KE ARAH PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA ...

20
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN | Bil 2 | Apr - Julai 2008 K UALA LUMPUR, 4 Jun 2008 - KPKT telah mengadakan mesyuarat Dasar Perumahan Negara (DRN) bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada penggiat industri (Industry Players) dan orang awam. Mesyuarat ini diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur dan dipengerusikan oleh Y.B. Dato’ Hamzah bin Zainudin, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Turut hadir adalah Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Persatuan Bahan Binaan, wakil Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), wakil pemaju serta wakil-wakil daripada agensi kerajaan. Kesungguhan dan keprihatinan kementerian memperlihatkan bahawa sebelum sesuatu dasar atau sebarang tindakan diambil, kementerian mengambil kira juga kepentingan pelbagai pihak terutamanya yang melibatkan kepentingan masyarakat. DRN dijangka akan dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada akhir tahun 2008. P ada 3 Julai KPKT telah menerima persijilan MS ISO 9001: 2000 daripada AJA EQS Certification Sdn. Bhd untuk 61 prosedur. KPKT merupakan kementerian pertama yang telah memperolehi persijilan MS ISO 9001:2000 bagi keseluruhan proses kerja yang meliputi kesemua 12 bahagian / unit di bawah KPKT. KE ARAH PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA TAHNIAH KPKT

Transcript of KE ARAH PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA ...

Page 1: KE ARAH PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA ...

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN | Bil 2 | Apr - Julai 2008

KUALA LUMPUR, 4 Jun 2008 - KPKT telah mengadakan mesyuarat Dasar Perumahan Negara (DRN) bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada penggiat industri (Industry Players) dan orang awam. Mesyuarat ini diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur dan dipengerusikan oleh Y.B. Dato’ Hamzah bin Zainudin,

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Turut hadir adalah Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Persatuan Bahan Binaan, wakil Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), wakil pemaju serta wakil-wakil

daripada agensi kerajaan. Kesungguhan dan keprihatinan kementerian memperlihatkan bahawa sebelum sesuatu dasar atau sebarang tindakan diambil, kementerian mengambil kira juga kepentingan pelbagai pihak terutamanya yang melibatkan kepentingan masyarakat. DRN dijangka akan dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada akhir tahun 2008.

Pada 3 Julai KPKT telah menerima persijilan MS ISO

9001: 2000 daripada AJA EQS Certifi cation Sdn. Bhd untuk 61 prosedur. KPKT merupakan kementerian pertama yang telah memperolehi persijilan MS ISO 9001:2000 bagi keseluruhan proses kerja yang meliputi kesemua 12 bahagian / unit di bawah KPKT.

KE ARAH PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA

TAHNIAH KPKT

Page 2: KE ARAH PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA ...

2 BULETIN KPKT 2008 3BULETIN KPKT 2008

Warkah Daripada Ketua SetiausahaAssalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat bertemu kembali pada edisi ke-2 Buletin KPKT. Alhamdulillah, sepanjang tempoh tujuh bulan 2008 warga kerja KPKT telah menunjukkan prestasi. Antara yang amat memberangsangkan ialah KPKT telah menerima Anugerah Laman Web dan Portal Kerajaan Malaysia Terbaik 2007 bertaraf lima bintang hasil penilaian Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDeC). Satu pencapaian yang amat membanggakan kerana ia selaras dengan matlamat merealisasikan KPKT sebagai Kementerian Nombor Satu bertaraf Lima Bintang. Syabas dan tahniah kepada semua warga kerja KPKT khususnya warga kerja Bahagian Teknologi Maklumat.

Kejayaan dan kecemerlangan sesungguhnya bergantung kepada usaha secara kolektif warga kerja Jabatan/Bahagian/Unit di bawah KPKT. Dalam hal ini, tahniah kepada KPKT kerana pada 3 Julai 2008 yang lalu secara rasminya diisytiharkan sebagai kementerian pertama memperoleh persij ilan MS ISO 9001:2000 bagi keseluruhan proses kerja yang meliputi kesemua 12 Bahagian/Unit di bawah KPKT. Diharapkan dengan pengiktirafan ini resam kerja KPKT akan sentiasa berubah kepada perkhidmatan yang berkualiti dan berpiawaian. Kualiti bukannya sesuatu amalan yang statik. Justeru itu, saya berharap kita semua hendaklah menitikberatkan aspek kualiti sepanjang masa dan jadikan kualiti satu budaya di tempat kerja. ‘Yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang.’ Sekiranya kita benar-benar menginginkannya, kita pasti boleh melakukannya. KPKT BOLEH!

Sejajar dengan usaha memperkasakan lagi imej KPKT, Sistem Star Rating PBT (SSR-PBT) telah dilaksanakan mulai 2008. Sesungguhnya, SSR-PBT yang melibatkan 144 PBT adalah sebagai kayu pengukur dan merupakan satu strategi di dalam meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan PBT. Sementara itu, KPKT turut memberi perhatian dan membuat persediaan rapi menghadapi Penilaian Sistem Star Rating (SSR) yang dikendalikan oleh MAMPU pada Julai 2008. Saya percaya komitmen yang bersungguh-sungguh oleh warga kerja KPKT sebelum dan semasa proses penilaian dij alankan, KPKT pasti dapat melakar satu lagi sejarah iaitu dinobatkan sebagai salah satu kementerian yang diiktiraf dalam kategori lima bintang. Insya-Allah!

Di sini, saya ingin menekankan bahawa mengekalkan kejayaan yang sedia dikecapi bukanlah satu perkara mudah. Kedudukan ini hanya dapat dipertahankan jika kita semua bersatu hati, komited terhadap tanggungjawab, berusaha meningkatkan keupayaan, kecekapan dan kepakaran kerja serta lebih kreatif dan inovatif.

Akhir kata, marilah kita terapkan minda yang utamakan perkhidmatan kelas pertama dan menghasilkan kerja berprestasi tinggi. Semoga 2008 akan terus menyinar dengan lebih banyak lagi pencapaian yang membanggakan untuk KPKT.

Dato’ Ahmad Fuad bin IsmailKetua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Sidang PengarangPenasihat

Y.Bhg. Dato’ Ahmad Fuad bin Ismail

Timbalan PenasihatY.Bhg. Datin Noriah binti Hashim

Ketua PengarangPuan Fatmah binti IlIadad Khan

Penolong Ketua PengarangPuan Aziah binti Ahmad

Sumbangan Penulisan Bahagian Dasar

Bahagian InspektoratBahagian Kemiskinan Bandar

Bahagian Kewangan dan PerolehanBahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian KorporatBahagian Pembangunan dan

Pelaksanaan ProjekBahagian Pemberi Pinjam Wang dan

Pemegang Pajak GadaiBahagian Sumber Manusia

Bahagian Teknologi MaklumatBahagian Undang-undang

Unit Audit DalamJabatan Bomba dan Penyelamat

Malaysia (JBPM)Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT)

Jabatan Landskap Negara (JLN)Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal

Negara (JPSPN)Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

(JPBD)Jabatan Perumahan Negara (JPN)

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal

dan Pembersihan Awam (PPSPPA)

PenerbitUnit Perhubungan Awam dan

Komunikasi Korporat

Sidang Pengarang Buletin KPKT amat mengalu-alukan sumbangan tulisan daripada warga KPKT. Sumbangan tulisan hendaklah dikemukakan ke :

Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi KorporatBahagian Korporat

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Aras 2, Blok K, Pusat Bandar DamansaraPeti Surat 12579

50782 Kuala Lumpur

Tel.: 03-2099 2403 / 03-2094 4702Faks: 03-2095 6523 / 03-2094 4133

E-mel: [email protected]

Page 3: KE ARAH PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA ...

2 BULETIN KPKT 2008 3BULETIN KPKT 2008

Mesyuarat Bagi Membincangkan Template MS ISO 9001: 2000 Bagi Permohonan Kelulusan Cadangan Pemajuan OSC PBT anjuran JKT telah diadakan pada 13 Mei 2008 di Holiday Villa

Subang, Selangor. Turut hadir ialah 30 orang pegawai di Unit OSC PBT yang terdiri daripada Ketua Unit OSC, Pembantu Teknik, Juruteknik dan Pembantu Tadbir. Mesyuarat ini bertujuan mendapatkan input bagi mewujudkan template MS ISO 9001:2000 yang seragam bagi cadangan pemajuan OSC untuk dilaksanakan oleh semua Unit OSC di PBT. Hasil dari perbincangan tersebut, satu draf template MS ISO 9001:2000 telah disediakan dan pelaksanaannya kelak dijangka dapat membantu PBT mendapatkan pensijilan MS ISO 9001:2000 bagi OSC.

OSC Ke arah Persijilan MS ISOOSC Ke arah Persijilan MS ISO9001:2000

Suasana di dalam dewan mesyuarat

Mesyuarat sedang berlangsungSesi soal JawabPerbincangan antara ahli mesyuarat

PENSIJILAN MS ISO 9001 : 2000 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Inisiatif bagi meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan kepada warga KPKT telah mendorong BSM untuk memulakan usaha pembudayaan kualiti dalam melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan terasnya. Justeru, sebagai langkah pertama, Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2000 dipilih sebagai satu mekanisme bagi mempertingkatkan lagi proses dan prosedur kerja di bahagian ini. Pada Mei 2008 BSM mula mendokumenkan proses kerja dan mengadakan bengkel. Setiap warga BSM dimestikan memahami proses-proses kerja yang telah dipermudahkan, diperjelaskan dan didokumenkan berdasarkan kepada bidang tugas masing-masing. Sebanyak 36 proses kerja dan 11 prosedur sokongan telah didokumenkan di bawah Sistem Pengurusan Kualiti ini. Pelaksanaan sepenuhnya MS ISO 9001:2000 telah dimulakan pada 2 Januari 2008 dan pada 9 Mei 2008, BSM telah memperoleh pensijilan MS ISO 9001:2000 di bawah skop Pengurusan Sumber Manusia daripada SIRIM Malaysia. Selain itu,

BSM turut memperoleh pensijilan daripada UKAS Quality Management dan I-Q Net yang bertaraf antarabangsa.

Pemantauan terhadap kualiti perkhidmatan BSM akan terus dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan setiap perkhidmatan yang disampaikan menepati piawaian yang ditetapkan.

Page 4: KE ARAH PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA ...

4 BULETIN KPKT 2008 5BULETIN KPKT 2008

Pusat Setempat (OSC) merupakan salah satu inisiatif yang diberi perhatian dalam mempertingkat dan memperkemaskan sistem penyampaian perkhidmatan

kerajaan di peringkat Kerajaan Tempatan. Bagi memantapkan lagi proses kerja OSC, satu siri road show “Pelaksanaan OSC dan Taklimat Tatacara Kewangan” anjuran bersama JKT dan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri telah diadakan pada bulan Jun 2008. Bengkel tersebut diadakan di Air Keroh d’Village Resort, Melaka, Dewan Annex, SUK Negeri Selangor dan di Hotel Casuarina Ipoh. Penceramah-penceramah terdiri daripada Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Perundangan Teknikal, Bahagian ICT dan Bahagian Kewangan, JKT. Objektif bengkel diadakan adalah untuk memberi penjelasan lanjut kepada pihak SUK Negeri dan kakitangan OSC berkaitan Portal OSC Versi 2 serta menjelaskan kaedah-kaedah yang betul bagi merekodkan permohonan dan status permohonan melalui portal. Ia juga untuk menyeragamkan proses dan prosedur pelaksanaan OSC melalui Portal OSC Versi 2, memberi penjelasan mengenai proses pengeluaran CCC yang berkaitan OSC dan memberi penjelasan mengenai peraturan kewangan yang berkaitan OSC. Bengkel ini dihadiri oleh seramai 160 peserta daripada wakil dari 103 buah OSC dan SUK Negeri. Mereka ini terlibat secara langsung dalam merekod dan memantau permohonan cadangan pemajuan melalui OSC.

JKT telah menganjurkan Program Sehari Bersama Pelanggan pada 31 Julai 2008 mulai jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di Ruang Pameran Aras 1, Blok K, Bangunan Pusat Bandar Damansara. Program ini bertujuan memberi peluang kepada para pelanggan untuk mengetahui mengenai peranan dan fungsi JKT. Lebih 100 orang telah mengunjungi dewan pameran serta mengambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan termasuk Pemeriksaan Kesihatan oleh National Kidney Foundation dan Peraduan Kuiz di Laman Web JKT.

Program Sehari Bersama Pelanggan Anjuran Jabatan Kerajaan Tempatan

Memperkasakan Proses Kerja OSC

Page 5: KE ARAH PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA ...

4 BULETIN KPKT 2008 5BULETIN KPKT 2008

SEMINAR MENGENAI PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB JABATAN/AGENSI TEKNIKAL PERINGKAT NEGERI DAN DAERAH DALAM MEMPERKEMASKAN PELAKSANAAN

PUSAT SETEMPAT (OSC)

Seminar Mengenai Peranan dan Tanggungjawab Jabatan/Agensi Teknikal Peringkat Negeri dan Daerah Dalam Memperkemaskan Pelaksanaan Pusat Setempat (OSC) anjuran Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah berlangsung dengan jayanya selama 1 ½ hari pada 2 hingga 3 Julai 2008 bertempat di Dewan B, Pusat Konvensyen Antarabangsa

Putrajaya (PICC). Seminar ini bertujuan untuk memberi penjelasan lanjut berkaitan peranan dan tanggungjawab jabatan/agensi teknikal di peringkat negeri dan daerah dalam memastikan pelaksanaan OSC berjalan lancar. Selain itu ia juga bertujuan untuk memperkenalkan OSC Online sebagai hala cara baru memproses cadangan pemajuan dan untuk mendapatkan maklumbalas dari jabatan/agensi teknikal peringkat negeri dan daerah mengenai keseluruhan proses kerja yang mereka lalui untuk mengeluarkan ulasan/perakuan teknikal bagi sesuatu cadangan pemajuan.

Seminar yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan ini telah dihadiri seramai 418 peserta yang terdiri daripada pelbagai jabatan/agensi teknikal peringkat persekutuan, negeri dan daerah. Sebanyak 12 kertas kerja berkaitan proses kerja dan checklist jabatan-jabatan teknikal telah dibentang dan dibincangkan.

Pembentang kertas kerja terdiri daripada pihak pengurusan atasan jabatan-jabatan teknikal yang membentangkan template proses dan checklist yang seragam yang terpakai pada semua peringkat semakan jabatan teknikal. Peserta seminar juga didedahkan kepada sistem pemantauan OSC melalui Portal OSC dan hala cara baru memproses cadangan pemajuan iaitu OSC Online. Sesi rumusan seminar ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Ahmad Fuad bin Ismail, Ketua Setiausaha KPKT di mana dalam ucapannya beliau telah menggariskan beberapa pemerhatiannya terhadap peranan jabatan/agensi teknikal yang perlu diberi keutamaan khususnya dalam melaksanakan OSC bagi mencapai hasrat kerajaan mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan di Pihak Kerajaan Tempatan.

Pada 19 Julai 2008, Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah merasmikan Festival

Antarabangsa Landskap dan Taman Malaysia 2008 (LAMAN 2008). Festival dwi-tahunan ini dianjurkan oleh KPKT melalui Jabatan Landskap Negara (JLN) dan dihoskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Festival yang berlangsung pada 19 hingga 27 Julai di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur dengan bertemakan Irama Alam atau Rhythm Of Nature bertujuan untuk mempromosikan kehidupan bertaman dan memupuk semangat masyarakat menghargai sumber-sumber landskap semulajadi tropika serta pengunjung berpeluang menimba ilmu mempelbagaikan idea di samping menikmati keindahan aneka jenis fl ora dan landskap.

Festival Antarabangsa Landskap Dan Taman Malaysia 2008

Page 6: KE ARAH PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA ...

6 BULETIN KPKT 2008 7BULETIN KPKT 2008

Pemasalahan pembuangan sampah yang agak meruncing di Malaysia menyebabkan kerajaan telah mengambil langkah penyelesaian dengan memperkenalkan Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) telah mengorak langkah apabila diberi tanggungjawab untuk menguruskan sisa pepejal dan pembersihan awam negara dengan lebih sistematik lagi efi sien. Perbadanan ini telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Jun 2008 di bawah KPKT. PPSPPA telah ditubuhkan di bawah Akta 673 PPSPPA. Ia mempunyai kuasa untuk mentadbir dan menguatkuasa undang-undang dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Perbadanan yang beribu pejabat di Wisma UOA Pantai, Kuala Lumpur diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Y.Bhg. Datuk Haji Zaini bin Md. Nor.

Ia merupakan agensi yang terlibat dalam perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan program pengurusan sisa pepejal, kejuruteraan kesihatan alam sekitar dan kesihatan awam di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Fungsi utama PPSPPA ialah untuk menghasilkan satu sistem pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang berkualiti dan bersepadu dengan menggunakan kaedah mesra alam dan berteknologi moden. Kini, tiada garis panduan yang spesifi k dan seragam dalam pengurusan sampah oleh PBT. Ia menyebabkan prestasi kerja yang berbeza antara PBT, seterusnya ia membawa kepada ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat. Bagi mengatasi masalah ini PPSPPA akan mengambil alih tanggungjawab PBT secara menyeluruh tidak lama lagi. Oleh yang demikian, PPSPPA telah mengenalpasti 69 ruang pejabat baru bagi membolehkannya beroperasi di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 12 adalah ibu pejabat negeri dan selebihnya adalah pejabat di peringkat daerah.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan 1,783 jawatan pelbagai gred bagi membolehkan perbadanan ini beroperasi di seluruh negara. Di Ibu Pejabat PPSPPA Kuala Lumpur sahaja, sebanyak 353 jawatan telah ditawarkan namun hanya 153 jawatan kini telah diisi. Pada 15 Julai 2008 yang lalu seramai 95 anggota baru peringkat kedua telah melapor diri di Ibu Pejabat. Kesemua anggota baru telah menjalani kursus orientasi selama dua minggu. Antara pengisian aktiviti ialah seperti taklimat pengenalan perbadanan dan syarikat konsesi Alam Flora Sdn. Bhd., latihan dalam kumpulan serta lawatan ke tapak pelupusan sampah di Bukit Tagar dan Stesen Pemunggahan di Taman Beringin. Setiap anggota diterapkan dengan etika kerja dan nilai integriti yang tinggi bagi memastikan matlamat PPSPPA tercapai. Diharap dengan penubuhan perbadanan ini juga, persekitaran yang selesa lagi kondusif dapat diwujudkan demi menjamin kualiti hidup masyarakat.

MENGORAK LANGKAH BERSAMA PPSPPA

Page 7: KE ARAH PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA ...

6 BULETIN KPKT 2008 7BULETIN KPKT 2008

Perhimpunan Bulanan Kementerian Perumahan Dan

Kerajaan Tempatan Anjuran JKTMajlis Perhimpunan Bulanan KPKT Julai 2008 telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Seri Ong Ka Chuan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 24 Julai 2008 bertempat di Dewan DRB, Pusat Bandar Damansara. JKT telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi hos bersama bagi majlis tersebut. Majlis ini telah dihadiri oleh 300 orang kakitangan KPKT yang terdiri daripada pelbagai peringkat jawatan.

TAHUKAH ANDA ?

Hasil penambahbaikan menyeluruh yang melibatkan semakan

ke atas proses kerja danprosedur dalam pengurusan pinjaman, Bahagian Skim Pinjaman Perumahan (SPP) di JPN telah memperkenalkan buat pertama kalinya Sistem Pengurusan Pinjaman Secara Berkomputer. Sistem ini dibangunkan dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat dan Unit Audit Dalam, KPKT. Bagi memastikan pengesahan penggunaan sistem ini, ia telahpun diluluskan oleh Jabatan Akauntan Negara pada 12 Mac 2008 dan Kementerian Kewangan pada 30 April 2008.

Secara umumnya perkhidmatan yang disediakan merangkumi

segala urusan pemprosesan permohonan, pengurusan akaun dan pengurusan pengerakan fail peminjam. Keupayaan untuk memproses pinjaman dengan mudah dan sistematik adalah penting selaras dengan urusan transaksi yang kini semakin pantas dalam dunia teknologi maklumat. Pelaksanaan sistem ini membolehkan maklumat pemohon terus dimasukkan ke dalam sistem apabila borang permohonan atau sebarang dokumen berkaitan diterima, secara tidak langsung rekod peminjam sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa. Selain itu, semua resit yang dijanakan akan terus dikemas kini ke dalam akaun peminjam SPP. Manfaat sistem ini juga termasuklah sebarang pergerakan fail juga dapat dikawal iaitu lokasi dan siapa yang memegang fail berkenaan dapat diketahui. Kaedah baharu ini mampu mengelakkan fail peminjam hilang.

Pencapaian dalam inovasi ini menunjukkan SPP adalah konsisten dengan

matlamat kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dalam kualiti sistem penyampaian perkhidmatan awam di seluruh negara.

Majlis Perjumpaan Kakitangan JKT Bersama Ketua Pengarah JKT, Y. Bhg. Datin Arpah binti Abdul Razak telah diadakan pada 24 Jun 2008 (Selasa) di Dewan DRB, Pusat Bandar Damansara. Majlis yang kali kedua diadakan pada tahun ini telah dihadiri oleh 123 kakitangan. Pada majlis itu juga, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JKT, Encik Halimi bin Abd. Manaf telah menyampaikan taklimat yang bertajuk ”Elaun-elaun Dalam Perkhidmatan” kepada kakitangan JKT berkaitan elaun-elaun yang layak dituntut.

MAJLIS PERJUMPAAN KAKITANGAN JABATAN KERAJAAN TEMPATAN BERSAMA KETUA PENGARAH

Page 8: KE ARAH PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA ...

8 BULETIN KPKT 2008 9BULETIN KPKT 2008

Page 9: KE ARAH PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA ...

8 BULETIN KPKT 2008 9BULETIN KPKT 2008

Page 10: KE ARAH PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA ...

10 BULETIN KPKT 2008 11BULETIN KPKT 2008

KEKELIRUAN UMUM ANTARA BIDANG KUASA TRIBUNAL TUNTUTAN PEMBELI RUMAH (TTPR) DAN TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA (TTPM)

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) merupakan satu badan yang ditubuhkan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 16B, Bahagian VI Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan (Pindaan) 2002 (Akta A1142) yang berkuatkuasa mulai 1 Disember 2002. Fungsi TTPR adalah sebagai saluran atau kemudahan alternatif kepada

pembeli rumah untuk menuntut ganti rugi dan pampasan daripada pemaju perumahan dengan cara yang mudah, murah dan cepat. Walau bagaimanapun masih ramai pembeli rumah yang keliru tentang bidang kuasa TTPR dan TTPM. Secara umum bidang kuasa TTPR dan TTPM adalah seperti berikut:-

Tempoh Masa Pemfailan Dibenarkan

Pemfailan adalah di bawah bidang kuasa TTPR sekira ianya juga memenuhi syarat – syarat seperti diperuntukkan dalam Seksyen 16 N (2) Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 dan ianya hanya berkait dengan Perjanjian Jual dan Beli yang diperuntukkan dalam Jadual G dan H Akta tersebut, pemaju membina lebih daripada empat buah rumah, tempoh pembinaan tersebut telah melampaui 24 bulan bagi rumah teres atau 36 bulan bagi rumah pangsa / apartment di mana rumah tanah tempat pembinaan rumah–rumah dan pemfailan dibuat dalam tempoh 12 bulan dari tarikh Sijil Kelayakan Menduduki atau Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (selepas pindaan undang-undang) atau tarikh tamat tempoh 18 bulan bagi liabiliti kecacatan.

TTPM • Tuntutan yang berbangkit daripada perjanjian tambahan

(mutual covenant).• Kehilangan sewa akibat kelewatan penyerahan milikan

kosong.• Hadiah sampingan/diskaun ke atas pembelian rumah

ketika perjanjian ditandatangani. • Kondominium dan hal-hal berkaitan dengan

penjagaannya “maintainance of common facilities / security”.

• Pengubahsuaian, penambahbaikan rumah dan pembinaan perabot dalam rumah.

TTPR• Pemulangan DEPOSIT pembeli rumah di mana terdapat

PENAMATAN KEPADA KONTRAK PERJANJIAN JUAL BELI SAHAJA dan laporan pengesahan projek perumahan terbengkalai daripada Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasa, KPKT telah diperolehi.

• Tuntutan ganti rugi ke atas kelewatan penyerahan milikan kosong atau rumah tersebut dan kemudahan bersama (Liquidated Ascertained Damages (LAD)).

• Tuntutan untuk kecacatan dan pembinaan tidak mengikut spesifi kasi seperti di dalam Perjanjian Jual dan Beli atau kerosakan teknikal lain yang tidak dibaikpulih oleh pemaju setelah beberapa laporan dibuat dalam tempoh liabiliti kecacatan.

Y.Bhg. Dato’ Ahmad Fuad bin Ismail, Ketua Setiausaha KPKT telah menyempurnakan

penyampaian tanda pangkat pada 27 Mei 2008 bertempat di Dewan Sutera, Ibu Pejabat JBPM. Ia melibatkan kenaikan pangkat 12 orang pegawai-pegawai kanan JBPM ke Gred Jawatan Utama ”A”, ”B”, ”C” dan Gred 54. Kenaikan pangkat ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2008. Turut hadir ialah Y.Bhg. Datin Noriah binti Hashim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KPKT dan pegawai-pegawai kanan JBPM.

MAJLIS PENYAMPAIAN TANDA PANGKAT DAN AMANATMAJLIS PENYAMPAIAN TANDA PANGKAT DAN AMANAT

Page 11: KE ARAH PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA ...

10 BULETIN KPKT 2008 11BULETIN KPKT 2008

PELAKSANAAN SISTEM STAR RATING PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Pada 1 April 2008, KPKT telah mengeluarkan Pekeliling Pelaksanaan Sistem Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan (SSR-PBT). Pekeliling ini bertujuan memberi

panduan kepada semua Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan PBT tentang SSR-PBT. Sistem penggredan ini bertujuan untuk menggredkan tahap penyampaian perkhidmatan yang disediakan oleh setiap PBT. Penggredan ini akan dilaksanakan dengan berdasarkan penilaian ke atas empat kriteria seperti berikut:-

(i) Pengurusan (30%);

(ii) Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras (35%);

(iii) Pengurusan Pelanggan (15%); dan

(iv) Penyertaan Komuniti dan Pandangan Penduduk

a. Penglibatan komuniti (10%)

b. Pandangan penduduk - Soal Selidik (10%)

Kriteria-kriteria ini mengandungi angkubah-angkubah (variables) yang tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa. Penggredan ini juga mengambil kira pandangan dan penilaian penduduk sebagai pengguna perkhidmatan dan pembayar cukai. Jumlah markah yang diperoleh oleh PBT akan menentukan taraf bintang seperti berikut:-

Jadual 1 : Julat Pemarkahan

Jumlah Markah Taraf Bintang

90-100

75-89

60-74

46-59

45 dan ke bawah

Panel Penilai yang diterajui oleh Bahagian Inspektorat, KPKT telah membuat lawatan ke PBT-PBT pada 1 April sehingga 16 Julai 2008, yang melibatkan 39 Dewan/Majlis Bandaraya/Majlis Perbandaran dan 10 Majlis Daerah di Semenanjung Malaysia. Terdapat 48 Majlis Daerah yang masih belum dilawati. Lawatan penggredan ke PBT-PBT di Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan setelah perbincangan yang lebih mendalam dimuktamadkan memandangkan PBT-PBT di Sabah dan Sarawak menggunakan Akta, Ordinan, Enakmen dan Undang-undang Kecil yang berbeza daripada PBT di Semenanjung Malaysia.

PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS

ISO 9001:2000JABATAN KERAJAAN TEMPATAN

JKT telah mendapat sijil Sistem Pengurusan Kualiti mengikut keperluan standard MS ISO 9001:2000 pada 22 Mei 2008 daripada SIRIM QAS International Sdn.

Bhd. Sistem Pengurusan Kualiti JKT merangkumi tiga proses utama iaitu Pengurusan Peruntukan dan Pemantauan Projek Pembangunan, Penggubalan Dasar dan Peruntukan Perundangan, dan Pengurusan Khidmat Nasihat Teknikal dan Bukan Teknikal. Sebanyak 24 prosedur kualiti telah didokumenkan. Sijil MS ISO 9001:2000 telah disampaikan oleh Y.B. Dato’ Seri Ong Ka Chuan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada Y.Bhg. Datin Arpah binti Abdul Razak, Ketua Pengarah JKT di Perhimpunan Bulanan KPKT Jun 2008.

Page 12: KE ARAH PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA ...

12 BULETIN KPKT 2008 13BULETIN KPKT 2008

PENARAFAN 5 BINTANG LAMAN WEB KPKT

PENGURUSAN ADUAN PERUMAHAN

Buat pertama kalinya pada 2006, Laman Web KPKT dinilai oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) menerusi Penilaian Web dan Portal

Agensi Kerajaan 2005. MDeC ialah sebuah badan yang bertanggungjawab menganalisa prestasi semasa web/portal agensi-agensi kerajaan termasuklah penarafan antarabangsa e-Government. Namun pada masa itu, KPKT hanya berada di tangga 161 daripada 903 laman web dan portal agensi kerajaan dengan markah 33.5% dan status 2 Bintang. Pada 2007, menerusi Penilaian Web dan Portal Agensi Kerajaan 2006 menyaksikan peningkatan penarafan bintang apabila Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) KPKT mengambil tindakan proaktif memperbaiki Laman Web KPKT. Akhirnya KPKT berjaya mencapai status 4 Bintang dengan catatan markah 60%.

Pada 2008 pula, KPKT sekali lagi menjalani Penilaian Web dan Portal Agensi Kerajaan 2007. Kali ini dengan berbekalkan semangat “Terbaik Dari Yang Terbaik”, BTM

telah mengambil tindakan yang agresif bagi merealisasikan impian tersebut. Hasilnya, KPKT meraih keputusan yang amat cemerlang. KPKT berjaya mengetepikan saingan 1,133 laman web agensi untuk mengungguli Tempat Pertama dengan markah 83% dan seterusnya diiktiraf berstatus 5

Bintang. Sebagai penghormatan, MDeC telah menjemput pihak KPKT untuk memberikan taklimat pada sesi Knowledge Sharing di Seminar Portal dan Laman Web Kerajaan Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 14 Ogos 2008 di Hotel Shangri-La, Putrajaya.

Bagi penilaian MDeC pada tahun berikut, BTM akan terus komited menggandakan usaha dengan melaksanakan penambahbaikan serta memperkenalkan lagi ciri-ciri

tambahan bagi mempertahankan rekod cemerlang yang dicapai KPKT.

Mulai 12 April 2007 KPKT telah menguatkuasakan pindaan kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] bagi

menjamin kepentingan para pembeli rumah dalam sesuatu urus niaga jualan atau belian hartanah terbabit. Antara contoh kepada pindaan tersebut ialah perluasan tafsiran pemajuan perumahan yang meliputi pangsapuri perkhidmatan serta rumah kedai dan kenaikan jumlah tuntutan di Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) kepada RM50,000.00. Sehubungan itu, dengan mengambil kira pindaan kepada Akta 118 dan Peraturan ini, bahagian menjangkakan akan berlaku peningkatan bilangan aduan daripada para pembeli.

KPKT melalui Bahagian Penguatkuasaan Perumahan, JPN menerima aduan perumahan melalui pelbagai saluran iaitu kaunter aduan, faks, surat, e-mel, anggota pentadbiran dan pihak pengurusan tertinggi KPKT, Persatuan-persatuan Pengguna Negeri, Jawatankuasa Bertindak Pembeli-pembeli Rumah, Biro Pengaduan Awam (BPA), fi rma-fi rma guaman dan akhbar-akhbar tempatan.

Aduan terbahagi kepada dua iaitu bersifat teknikal dan bukan teknikal. Aduan yang bersifat teknikal adalah seperti kecacatan mutu kerja, masalah Sijil Layak Menduduki, kelewatan serahan rumah, masalah perkhidmatan dan masalah infrastruktur. Manakala aduan bersifat bukan teknikal adalah berkaitan faedah, ganti rugi (tuntutan pampasan), bayaran, masalah cagaran/surat hak milik

103

19

102

2277 83

5511

114

199

660

0

100

200

300

400

500

600

700

Kecacatan MutukerjaGantirugiBayaranSijil Layak MendudukiKelewatan Serah RumahFaedahPerkhidmatanCagaran/ HakmilikInfrastrukturMelanggar Akta PeraturanLain-Lain

Rajah 1 : Aduan perumahan mengikut jenis dari Januari sehingga Jun 2008

(individu dan strata) dan melanggar akta dan peraturan. Peratusan penyelesaian bagi jenis aduan yang diterima adalah pelbagai dan ianya adalah berdasarkan kepada kompleksiti jenis aduan yang diterima. Sepanjang Januari sehingga Jun 2008, sebanyak 996 aduan (69%) telah berjaya diselesaikan daripada 1,445 aduan diterima. Pecahan aduan perumahan mengikut jenis aduan adalah seperti di Rajah 1.

Bagi memastikan setiap aduan berjaya diselesaikan dengan berkesan, kementerian sentiasa prihatin terhadap masalah pembeli, membuat pemantauan yang lebih teratur dan sentiasa bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat.

Page 13: KE ARAH PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA ...

12 BULETIN KPKT 2008 13BULETIN KPKT 2008

BRIEF INTRODUCTION TO WIMAX

Worldwide Interoperability for Microwave Access (WiMAX) is currently known to be “last mile” wireless broadband access as an alternative to existing cable access such as Dial-up or Digital Subscriber Line and broadband access to places where it has been economically unavailable. WiMAX technology provides wireless data transmission based on IEEE 802.16-2004 for fi xed wireless applications and 802.16e-2005 for mobile wire-less. Internet Service Provider (ISP) offering WiMAX technology has high potential in replacing existing telecommunications because IEEE 802.16-2004 confi guration can replace copper wired network, coaxial cable infrastructure and while 802.16e-2005 has potential to replace cellular networks.

We often confuse between WiMAX and Wi-Fi because both begin with the same two letters, beginning with “802.” and both are wireless connectivity to Internet. Despite this, the two standards are aimed at different applications.

Comparison between WiMAX and Wi-Fi

Particulars WiMAX Wi-FiCoverage Distance

Up to 10 km Less than 100 meter

Spectrum Licensed Spectrum Unlicensed Spectrum Quality of Service (QoS) mechanisms

Based on connections set up between the Base Station and the user device

Similar to Fixed Ethernet

IEEE Standard

802.16 802.11

Frequency 2.3GHz, 2.5GHz, and 3.5GHz

2.4GHz, 5GHz

Mobility High LowConnection Point-to-point

connection from an ISP to an end user.

Used by an end user to access their own network, which may or may not be, connected ISP.

WiMAX technology was deployed to assist communications in Aceh, Indonesia, after the tsunami in December 2004 destroyed most of the communication infrastructure. WiMAX broadband access assists to generate communication to and from Aceh. WiMAX was also used assist the US authority in their communications efforts in the areas affected by Hurricane Katrina in August 2005.

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) in March 2007 awarded WiMAX licenses to four telcos i.e. Bizsurf (M) Sdn Bhd, Packet One Networks Sdn Bhd, Asiaspace Dotcom Sdn Bhd and Redtone-CNX Broadband Sdn Bhd to roll out their services. These ISPs are relatively will be able to offer broadband connectivity between 1Mbps and 10Mbps compared to existing wired broadband speeds now are between 384 kbps and 4Mbps.

HABITATHabitat is defi ned by the Oxford English Dictionary as the natural home or environment of an animal or plant. However, the word which originated from the Latin phrase ‘it inhabits’, has wide connotation. Habitat denotes economic, social and cultural contexts which is associated with human settlement. In a nutshell, habitat can simply be defi ned as a home or environment (human settlements) which co-relates with economic, social and cultural contexts.

Inline with the importance of habitat, the United Nations (UN) has given mandate to the United Nations Human Settlements Programme (UNCHS), UN-HABITAT towns and cities with the goal of providing adequate shelter for all. The main documents outlining the mandate of the organisation are the Habitat Agenda, Vancouver Declaration on Human Settlements, Istanbul Declaration on Human Settlements, the Declaration on Cities and Other Human Settlements in the New Millennium, and Resolution 56/206.

The Habitat Agenda is a Global Plan of Action which was deliberated and adopted during the United Nations Conference on Human Settlements-UNCHS) in Istanbul, Turkey from 3-14 June 1996. The document places emphasis on providing adequate shelter for all and sustainable human settlements development in an urbanising world. As one of the signatories to Habitat Agenda, Malaysia’s 20 key commitment towards achieving this noble aim encompasses areas such as shelter, social development and eradication of poverty, environmental management, economic development, governance and international cooperation.

As the national focal point for Habitat Agenda, the Ministry of Housing and Local Government has organised many programmes in tandem with the Malaysian Government’s pledge towards achieving this Agenda. Among the programmes conducted are People’s Housing Programme (PHP), Urban Poverty Eradication Programme (UPEP) and effi cient waste management programmes.

Page 14: KE ARAH PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA ...

14 BULETIN KPKT 2008 15BULETIN KPKT 2008

SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA 2008

LARIAN BERSAMA BOMBA 2008

Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba 2008 telah disambut meriah di Dataran Kawat, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya pada 5 Mei 2008. Majlis disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Seri Ong Ka Chuan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Hadir sama ialah Y.B. Datuk Robert Lau Hoi Chew dan Y.B. Dato’ Hamzah bin Zainudin, Timbalan Menteri KPKT, Y. Bhg. Dato’ Ahmad Fuad bin Ismail, Ketua Setiausaha KPKT, Y.A.S. Dato’ Hamzah bin Abu Bakar, Ketua Pengarah JBPM, Y.A.S. Dato’ Mahadi bin Md. Ali, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Y.A.S. Dato’ Wan Mohd Nor bin Hj. Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), pegawai-pegawai kanan JBPM, ketua-ketua jabatan, tetamu VIP dan masyarakat setempat. Tema sambutan pada tahun ini ialah ”Profesionalisme Teras Kecemerlangan”.

Setiap tahun pada 4 Mei, semua anggota di kebanyakan negara akan menyambut Hari Anggota Bomba khusus

Bersempena dengan Sambutan Hari Anggota Bomba 2008, program Larian Bersama Bomba kali ke-6 turut diadakan pada 10 Mei 2008 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Majlis disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Seri Ong Ka Chuan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Turut hadir ialah Y.B. Datuk Robert Lau Hoi Chew, Y.B. Dato’ Hamzah bin Zainudin, Y.A.S. Dato’ Hamzah bin Abu Bakar, Dato’ Mahadi bin Md. Ali, Dato’ Wan Mohd Nor bin Hj. Ibrahim serta pegawai-pegawai kanan JBPM dan KPKT. Sebanyak sebelas kategori dipertandingkan dengan pelbagai hadiah menarik disediakan oleh pihak penganjur. Program ini telah menarik penyertaan seramai 4,900 orang dari dalam dan luar negara termasuk peserta Orang Kurang Upaya (OKU).

bagi memperingati pengorbanan dan jasa anggota bomba keseluruhannya, tidak kira sama ada anggota bomba dalam JBPM mahupun anggota bomba sukarela, anggota bomba pelabuhan, anggota bomba di lapangan terbang, anggota bomba dalam industri dan sebagainya. Sambutan Hari Anggota Bomba yang diadakan saban tahun memperlihatkan kerajaan sentiasa memberikan penghormatan dan pengiktirafan atas dedikasi dan komitmen anggota bomba yang menyelamatkan nyawa dan harta benda daripada risiko kebakaran dan bencana lain. Pelbagai program menjadi acara utama dalam sambutan ini, antaranya ialah majlis bacaan tahlil, yasin dan doa selamat, pameran kebombaan, Larian Bersama Bomba, Hari Mesra Pelanggan, program gotong royong, program Derma Darah Kebangsaan dan Majlis Sembahyang Khas Pegawai-pegawai India.

Page 15: KE ARAH PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA ...

14 BULETIN KPKT 2008 15BULETIN KPKT 2008

MAJLIS PERASMIAN BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT,

BACHOK, KELANTAN DARUL NAIM KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, Sultan Kelantan telah berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Balai Bomba dan Penyelamat, Bachok, Kelantan Darul Naim pada 14 Mei 2008. Balai bomba ini dibina berdasarkan kepada keperluan meningkatkan keupayaan JBPM dalam memberikan perlindungan kebakaran kepada penduduk di negeri ini khususnya jajahan Bachok. Projek pembinaan balai bomba dua petak dilengkapi dengan sebuah menara

kawat dan kemudahan latihan iaitu Offensive Indoor Fire Fighting bertujuan untuk melatih anggota dan pegawai bomba di Kelantan. Turut hadir dalam majlis ini ialah DYMM Raja Perempuan Kelantan, YTM Tengku Mahkota dan Tengku Ampuan Mahkota, Kerabat Diraja Kelantan, Y.A.B. Menteri Besar Kelantan, Y.B. Dato’ Hamzah bin Zainudin, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Y.A.S. Ketua Pengarah JBPM, pegawai-pegawai kanan JBPM serta masyarakat setempat.

Page 16: KE ARAH PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA ...

16 BULETIN KPKT 2008 17BULETIN KPKT 2008

INFO SUMBER MANUSIAPENILAIAN TAHAP KECEKAPAN

(PTK)

Ketahui dan dapatkan maklumat terkini mengenai PTK Kompetensi Umum bagi Jawatan Tertutup Kementerian (Gred J17 - J41 dan Skim PMR, SRP

dan ke bawah) seperti Jadual Peperiksaan PTK Tahun 2008, muat turun Borang Permohonan Menduduki PTK dan Senarai Sukatan Peperiksaan PTK melalui www.kpkt.gov.my.

PELAKSANAAN SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANAGEMENT

INFORMATION SYSTEM-HRMIS) DI KPKT

Kerajaan komited untuk mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan Pengurusan Sumber Manusia (PSM) menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) terkini melalui pembangunan Aplikasi Perdana Kerajaan Elektronik. Selaras dengan usaha ini, Projek Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (Human Resource Management Information System atau HRMIS) telah dilaksanakan. Antara objektif HRMIS adalah untuk membolehkan perancangan tenaga kerja perkhidmatan awam yang berkesan dan mambangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu, terbuka dan fl eksibel serta kemas kini. HRMIS juga sebagai langkah penjimatan penggunaan kertas (paperless).

Antara ciri penting HRMIS ialah ia dibangunkan berasaskan web dan boleh dicapai melalui internet yang menggunakan rangkaian EG*Net. Ini membolehkan kemudahan layan diri dipraktikkan iaitu pengguna mengendalikan sendiri

kemudahan seperti mengemas kini Data Peribadi dan Keluarga, memantau prestasi kerja, memohon cuti, kursus dan lain-lain lagi. HRMIS juga membolehkan penjawat awam memohon Surat Jaminan Hospital (Guarantee Letter atau GL) secara online di hospital kerajaan dengan hanya menggunakan Kad Pengenalan.

Dari segi pelaksanaannya di KPKT, Bahagian Sumber Manusia (BSM) telah selesai mengadakan Taklimat Penggunaan HRMIS dan Latihan Training Of Trainers (T.O.T) kepada semua bahagian dan jabatan. Ia meliputi model-model seperti penyediaan Data Asas, Data Perjawatan, Pengurusan Rekod Peribadi, Pemohonan Cuti, Perisytiharan Harta dan modul Majlis Bersama Jabatan (MBJ). Sesi taklimat dan latihan ini dilaksanakan oleh pasukan Flying Squad HRMIS KPKT semenjak Mac 2008. Selain itu, pasukan ini turut turun padang ke setiap bahagian dan jabatan untuk memberikan taklimat, latihan dan bantuan teknikal berkaitan HRMIS.

Pada 22 Mei 2008, buat julung kalinya Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan HRMIS KPKT telah diadakan. Namun, di luar jangkaan KPKT apabila wakil JPA yang merupakan korum tetap mesyuarat telah memberikan maklumbalas positif di samping memperakui bahawa perancangan, pelaksanaan dan pemantauan HRMIS di KPKT adalah yang terbaik di kalangan kementerian buat masa ini.

Justeru, warga KPKT digesa agar mengaplikasikan HRMIS sebagai satu sistem perantaraan di kalangan pengguna bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai dasar PSM serta perkembangan semasa. Faedah-faedah yang akan diperoleh melalui HRMIS antaranya ialah peningkatan kepuasan pengguna dari segi kemasukan Maklumat Asas Personel dan Profi l Perkhidmatan yang tidak perlu dibuat berulang kali memandangkan proses-proses PSM yang bersepadu dan dikemas kini serta pangkalan data PSM yang berpusat di JPA memungkinkan semua maklumat boleh dicapai walau di mana jua seseorang penjawat awam itu ditempatkan.

Semua warga KPKT dipelawa melayari laman web HRMIS di www.eghrmis.gov.my. Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi:-

Flying Squad HRMIS KPKT, Bahagian Sumber Manusia, Aras 5, Blok K, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur

No. Telefon : 03-2099 2095 / 2324 / 2393 / 2107 / 3032No. Faks : 03-2094 7380e-Group : http://fi nance.groups.yahoo.com/group/

hrmis_kpkt/e-mel : [email protected]

kemudahan seperti mengemas kini Data Peribadi dan

boleh dicapai walau di mana jua seseorang penjawat awam itu ditempatkan.

Semua warga KPKT dipelawa melayari laman web HRMIS di www.eghrmis.gov.my. Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi:-

Flying Squad HRMIS KPKT, Bahagian Sumber Manusia, Aras 5, Blok K, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur

No. Telefon : 03-2099 2095 / 2324 / 2393 / 2107 / 3032No. Faks : 03-2094 7380e-Group : http://fi nance.groups.yahoo.com/group/

e-mel : [email protected]

Page 17: KE ARAH PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA ...

16 BULETIN KPKT 2008 17BULETIN KPKT 2008

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANGAnugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan satu bentuk pengiktirafan dan penghargaan kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam yang menunjukkan mutu dan penghasilan kerja melebihi daripada tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Perkhidmatan yang diberikan itu boleh dijadikan contoh dan ikutan serta memberi pengaruh menggerakkan kecergasan bekerja dan daya usaha anggota perkhidmatan awam yang lain.

KPKT telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007 bersekali dengan Majlis Jasamu Dikenang pada 17 April 2008 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Seramai 99 penerima APC diraikan pada majlis yang sungguh bermakna itu. Sementara itu, sebagai penghargaan kepada jasa bakti yang dicurahkan kepada perkhidmatan awam khasnya dan KPKT khususnya, seramai

Unit Kaunseling dan Perhubungan Pekerja (UKPP), Bahagian Sumber Manusia telah menjalankan beberapa program bagi memperkenalkan perkhidmatan kaunseling dan psikologi kepada warga KPKT. Fungsi dan peranan yang dilaksanakan oleh unit ini tertumpu kepada tiga pendekatan utama iaitu pembangunan, pencegahan dan pemulihan bagi mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan di tempat kerja. Pendekatan sedemikian juga berupaya meningkatkan lagi produktivti anggota perkhidmatan awam.

Berikut adalah perkhidmatan yang disediakan oleh UKPP :-• Perkhidmatan kaunseling individu,

keluarga dan kelompok• Jawatankuasa Rakan Pembimbing

Perkhidmatan Awam (AKRAM)• Program Siri Ceramah Kaunseling 2008:-

- Kaunseling Keluarga (Teknogaya Memikat Suami Isteri)

- Kaunseling Organisasi (Menangani Gangguan Seksual di Organisasi & Pengurusan Stress dan Teknik Releksasi)

- Kaunseling Kesihatan (Kesihatan di Tempat Di Tempat Kerja)

- Kaunseling Kewangan (Pengurusan Kewangan Berhemat)

• Program Peningkatan Motivasi• Program Pengukuhan Pasukan• Program Pementoran

Perkhidmatan “Walk in” Kaunseling diadakan pada setiap hari Rabu. Anda boleh membuat temu janji dengan menghubungi Pegawai Psikologi anda di talian 03-20992139/ 2182 atau datang terus ke UKPP, Aras 1 (bersebelahan perpustakaan KPKT), Blok K, Pusat Bandar Damansara, 50782 Kuala Lumpur

15 pesara dan bakal pesara turut diraikan dalam majlis yang sama.

Penyampaian APC kepada penerima dan penyampaian cenderahati kepada pesara dan bakal pesara telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Seri Ong Ka Chuan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Terdahulu, dalam ucapan alu-aluan beliau menyeru semua pegawai dan kakitangan KPKT meningkatkan lagi prestasi kerja dan produktiviti dalam melaksanakan urusan kerja seharian. Pada majlis yang sama, Y.Bhg. Dato’ Ahmad Fuad bin Ismail, KSU KPKT turut menyampaikan ucapan yang juga menyentuh perkara yang sama. Malah, kata Y.Bhg. KSU menyaran semua pegawai dan kakitangan KPKT supaya berusaha bersama-sama untuk mencapai matlamat KPKT menjadi Nombor 1 dan Terbaik Di Kalangan Agensi Kerajaan di Malaysia.

SENARAI PEGAWAI PSIKOLOGI KPKT

CIK MAEMUNA BT. ABIDINPEGAWAI PSIKOLOGI S44

PN. NUR NADZIRAH BT. ABU BAKAR

PEGAWAI PSIKOLOGI S41

MAHFUDZAH BT. MAHADZIRPEGAWAI PSIKOLOGI S41

UNIT KAUNSELING DAN PERHUBUNGAN PEKERJA

Page 18: KE ARAH PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA ...

18 BULETIN KPKT 2008 19BULETIN KPKT 2008

KPKT GIAT TURUN PADANG MENYELARAS DAN MEMANTAU PELAKSANAAN PPKB

Keazaman untuk menjadi sebuah negara maju, bersatu dan kekal utuh mendorong dasar dan rangka kerja pelaksanaan Misi Nasional tersedia bagi memastikan usaha pembangunan negara menghasilkan impak dan prestasi yang lebih tinggi ke arah pencapaian wawasan dan mat lamat negara dalam jangka masa 15 tahun yang akan datang. Rangka kerja ini mengambil kira aspek mengukuhkan perpaduan dan mewujudkan keseimbangan pendapatan melalui penyertaan bermakna oleh rakyat.

Walaupun secara umum p r e s t a s i k e s a k s a m a a n

sosioekonomi adalah baik, usaha ke arah mencapai matlamat menjelang 2020 akan menempuh pelbagai cabaran memandangkan persekitaran sosioekonomi sentiasa berubah. Lantaran itu, usaha akan ditumpukan kepada kumpulan sasar sebenar dan menyediakan peluang yang mencukupi untuk kemajuan dan bina upaya.

Memandangkan tempoh tamat RMK-9 (2006-2010) semakin hampir, kerajaan te lah mengkaj i semula mekan i sme penya lu ran bantuan dan mewujudkan peluang kemajuan dan bina upaya. Memformulakan

semula Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) mengikut kawasan bandar dan luar bandar , me laksanakan bancian golongan miskin dan memantapkan jentera p e l a k s a n a a n p r o g r a m pembasmian kemiskinan adalah langkah strategik yang dilaksanakan oleh kerajaan. Mewujudkan Mesyuarat Focus Group Peringkat Persekutuan dan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada pertengahan tahun 2007 memperlihatkan kesungguhan ke ra jaan membasmi kemiskinan tegar menjelang 2010. Mesyuarat berkenaan juga diwujudkan di peringkat Kerajaan Negeri dan Pentadbiran Daerah.

Tugasan mesyuarat itu adalah memberi perhatian kepada aspek penyelarasan dan pemantauan pelaksanaan program pembasmian kemiskinan yang sedia ada.

KPKT selaku lead agency bagi penyelarasan dan pelaksanaan p r o g r a m p e m b a s m i a n kemiskinan bandar, telah m e m a n t a p k a n j e n t e r a pentadbiran yang sedia ada (Bahagian Kemiskinan Bandar atau BKB) bagi mengorak langkah men ingkatkan impak dan prestasi ke arah pencapaian matlamat Misi Nasional. Walaupun KPKT telah membelanjakan sejumlah RM33 juta daripada RM50 juta peruntukan pembangunan di

Perunding motivasi Encik Muhamad Halil Abdul Manaf berkata “Bila saya tiada visi, saya keliru. Bila saya ada visi, saya boleh buat keputusan positif. Apabila visi saya

jelas, tiada masalah atau halangan untuk mendapatkan kehendak saya TETAPI bila saya ada visi dan tiada tindakan, saya hanya berangan-angan”. Begitulah ungkapan kata-kata berupa dorongan kepada 108 keluarga miskin dan miskin tegar yang menyertai Bengkel Motivasi Keluarga PPKB bagi memupuk keyakinan dan berfikiran positif dalam menempuh kehidupan. Program yang dianjurkan oleh KPKT bersama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah diadakan di Kuching, Sarawak pada 15 hingga 16 Julai 2008.

Antara pengisian program ialah ceramah berkaitan membina jati diri oleh Perunding Habenero Training and Consultancy dan taklimat tentang pembiayaan kredit mikro, latihan dan kemahiran serta peluang-peluang perniagaan yang disampaikan oleh agensi seperti MARA, AIM, TEKUN, SEDC dan FAMA.

Dalam ucapan penutupan majlis, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Encik Yeo Heng Hau berkata, penerangan yang diberikan itu dapat memberi keinsafan dan kesungguhan peserta untuk membuat perubahan positif demi untuk diri dan keluarga. Pihak KPKT dengan kerjasama NGO akan sentiasa membina jalinan rangkaian dengan pihak majikan bagi mengenalpasti keperluan tenaga kerja setempat.

Puan Norhayati binti Abd Manaf selaku Penyelaras Program ini menjelaskan bahawa Bengkel Motivasi Keluarga PPKB yang berlangsung selama dua hari ini merupakan kesinambungan projek perintis Bengkel Motivasi Keluarga

108 SERTAI PROGRAM MOTIVASI PEMBASMIAN KEMISKINAN

PPKB yang telah diadakan di tiga buah PBT (MB Petaling Jaya, MP Selayang dan MP Klang) pada Februari 2008 dan di MB Kuala Terengganu pada Mac 2008. Program motivasi adalah langkah permulaan untuk mengenal pasti keperluan isi rumah miskin dan miskin tegar sebelum mereka dilibatkan kepada projek khusus yang berasaskan minat, kelayakan, pengalaman dan kebolehan masing-masing.

Page 19: KE ARAH PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA ...

18 BULETIN KPKT 2008 19BULETIN KPKT 2008

bawah RMK-9 untuk disalurkan bantuan kepada 15,000 ketua isi rumah miskin dan miskin tegar di bandar, tetapi masih ada ruang untuk penambahbaikan. Sehubungan itu, Pelan Tindakan Turun Padang telah dirangka oleh BKB untuk mengadakan mesyuarat dan perbincangan dengan pegawai-pegawai penyelaras PPKB di PBT dan di samping itu diaturkan lawatan ke rumah keluarga miskin yang terpilih bagi mengetahui keadaan kehidupan mereka dan mengetahui cara mana bantuan itu digunakan.

Jadual Lawatan Pasukan Penyelarasan dan Pemantauan PPKB

Tarikh Negeri27 Mei 2008 W.P. Kuala Lumpur dan Selangor

26 Jun 2008 Melaka dan Negeri Sembilan

24 Julai 2008 Perak

29 Julai 2008 Johor

1 Ogos 2008 Sabah

12 Ogos 2008 Sarawak

INFO KEMISKINAN Berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (Household Income Survey atau HIS) 2007, terdapat sebanyak 11, 900 isi rumah miskin tegar di bandar dan 76,400 isi rumah miskin keseluruhan di bandar. Penyiasatan yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2007 meliputi kawasan bandar dan luar bandar dengan jumlah isi rumah Malaysia pada tahun 2007 dianggar 5.8 juta. Justeru, KPKT sebagai salah satu agensi pelaksana program pembasmian kemiskinan giat melaksanakan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB), yang menumpukan kepada sasaran khusus iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bandar. Usaha berterusan KPKT adalah bagi memastikan sasaran RMK-9 tercapai iaitu mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan daripada 5.7 peratus pada tahun 2004 kepada 2.8 peratus dan menghapus kemiskinan tegar sepenuhnya menjelang 2010. Sebanyak tujuh projek dalam PPKB iaitu:-

(i) Perumahan keluarga miskin ;(ii) Bantuan beban tanggungan keluarga ;(iii) Pusat Sejahtera ;

(iv) Mengenalpasti peluang pekerjaan ;(v) Pendidikan dan latihan ;(vi) Pangkalan data ; dan(vii) Bantuan ihsan penduduk miskin di bandar.

Sesebuah isi rumah dianggap miskin jika pendapatan bulanan isi rumah tersebut kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinannya (PGK), bermakna isi rumah tersebut kekurangan sumber bagi memenuhi keperluan asas setiap ahlinya. Manakala isi rumah dianggap sebagai miskin tegar sekiranya pendapatan bulanan isi rumah tersebut kurang daripada PGK makanan. Isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan melebihi PGK tetapi mempunyai saiz isi rumah yang besar (ahli isi rumah ramai) juga diambilkira dalam mengenalpasti golongan yang layak menerima bantuan. Pendekatan yang diguna pakai adalah berdasarkan pendapatan per kapita yang dikira berdasarkan jumlah pendapatan bulanan isi rumah dibahagi dengan bilangan ketua isi rumah dan tanggungan.

PENDAPATAN GARIS KEMISKINAN 2007

WilayahKemiskinan Keseluruhan Kemiskinan Tegar

PGK Kasar (RM)

PGK Per Kapita(RM)

PGK Makanan (RM)

PGK Per Kapita(RM)

Sem. Malaysia 720 180 430 100BandarLuar Bandar

740700

185160

420440

100100

Sabah & Labuan 960 200 540 110BandarLuar Bandar

970940

200190

540540

110110

Sarawak 830 190 520 115BandarLuar Bandar

860810

190190

530500

120110

Sumber :Unit Perancang Ekonomi, 2007

Nota :PGK terdiri daripada dua komponen iaitu PGK Makanan dan PGK Bukan Makanan. PGK ditentukan secara berasingan bagi setiap isi rumah dalam HIS mengikut saiz isi rumah, komposisi demografi dan lokasi (negeri dan strata).

Page 20: KE ARAH PELAKSANAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA ...

MEREALISASIKAN AKPK TAHUN 2008 – KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

SELAMAT DATANG Y.B. DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDIN TIMBALAN MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATANParas 1 - 7, Blok K, Pusat Bandar Damansara

Peti Surat 12579, 50782 Kuala Lumpur

No. Telefon : 03-2094 7033,No. Faksimile : 03-2094 9720

Website : www.kpkt.gov.my

Selaras dengan matlamat untuk menjadikan KPKT sebagai Kementerian No. 1 bertaraf 5 bintang dalam pentadbiran kerajaan, KPKT sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kecekapan dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran supaya lebih dinamik menempuh perubahan senario ekonomi, politik global tempatan secara perancangan dan pelaksanaan projek-projek tempatan.

Aspek pengurusan kewangan kini menjadi salah satu indikator penting bagi mencapai matlamat tersebut dan kini dijadikan antara fokus utama KPKT. Usaha telah diambil dengan menyediakan Cadangan Belanjawan yang realistik dan ‘result-oriented’, sistem pengurusan kewangan telah menjadi lebih strategik dengan mengambil kira teras-teras utama kementerian malah pembayaran bil-bil diuruskan selaras dengan kehendak Arahan Perbendaharaan (AP) 103 di mana bil-bil perlu diselesaikan bayarannya dalam tempoh 14 hari.

Kementerian Kewangan telah mengeluarkan pelawaan menyertai AKPK melalui surat bil. (6) dlm. BNPK CR (8.15) 201/1/6-4 bertarikh 4 Mac 2008. Dengan keyakinan Pengurusan Tertinggi terhadap kecekapan pengurusan kewangan di KPKT, persetujuan telah dibuat agar KPKT menyertai pertandingan tersebut dan suatu Bengkel Penyediaan Laporan AKPK Tahun 2008 selama tiga hari telah diadakan di Hotel Equatorial Bangi pada 4 hingga 6 Mei 2008 dan dihadiri oleh 12 orang pegawai KPKT. Laporan AKPK setebal 291 muka surat telah berjaya dihantar ke Kementerian Kewangan pada tarikh tutup penyertaan iaitu 16 Mei 2008.

Komitmen Pengurusan Tertinggi dapat dilihat apabila Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Fuad bin Ismail, Ketua Setiausaha KPKT telah membentangkan sendiri laporan AKPK kepada Panel Penilai AKPK di Kementerian Kewangan pada 8 Julai 2008. Sekali lagi, komitmen ditunjukkan apabila Y. Bhg. Dato’ KSU dan Ketua-ketua Jabatan/Bahagian sendiri telah menghadiri sesi taklimat kepada barisan Panel Penilai ketika program Lawatan Panel Penilai Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan pada 21 Julai 2008 di KPKT.

Bahagian Kewangan dan Perolehan mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Y. Bhg. Dato’ KSU, Y. Bhg. Datin TKSU (P), Y. Brs. TKSU (D), Ketua-ketua Jabatan dan Setiausaha-setiausaha Bahagian serta kakitangan KPKT terutamanya Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Teknologi Maklumat dan Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek atas sokongan, dorongan, nasihat, maklumat serta kepercayaan kepada Bahagian Kewangan dan Perolehan. Sesungguhnya, persediaan untuk AKPK tidak mampu dilakukan tanpa kerjasama semua.

[Sumber: Prakata, Ringkasan Eksekutif Laporan Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan (AKPK), Lawatan Rasmi Panel AKPK 21 Julai 2008, KPKT (2008)]

Tanggal 21 April 2008 yang lalu Jabatan Landskap Negara (JLN) menerima kunjungan hormat Y.B. Dato’ Hamzah bin Zainudin, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada siri lawatan pengenalan ke jabatan-jabatan di bawah KPKT. Setiausaha-setiausaha beliau turut mengiringi.

Satu majlis ringkas turut diadakan dan rombongan lawatan diberi taklimat penerangan oleh Y. Bhg. Dato’ Ismail bin Ngah, Ketua Pengarah JLN berhubung dengan fungsi, peranan, program dan aktiviti serta pencapaian jabatan. Majlis dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan JLN.

Pada majlis ini juga Y.B. Dato’ Hamzah merakamkan ucapan tahniah kepada JLN atas pencapaian program dan aktiviti yang telah dilaksanakan. Beliau kemudiannya menyampaikan amanat dan mencadangkan agar JLN menggiatkan lagi aktiviti promosi JLN dan pembangunan landskap bagi tujuan menggalakkan pembudayaan dan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pembangunan landskap.

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati yang disampaikan oleh Y.Bhg. Dato’ Ismail bin Ngah kepada Yang Berhormat Dato’ Hamzah bin Zainudin.