KEBERKESANAN

7
KEBERKESANAN PENGGUNAAN STILISTIK DALAM CERPEN Pengenalan Cerpen yang telah dipilih bertajuk “Laut Kehidupan.” Cerpen ini mengisahkan Milah yang datang dari sebuah keluarga yang hidup susah dan sering dihina oleh orang kampung terutamanya Mak Jenab. Namun keluarga tersebut sentiasa sabar sehinggakan pada suatu hari rahsia di antara Mak Jenab dan ibu Milah terbongkar. Sejak dari itu, Mak Jenab sudah tidak menghina keluarga Milah lagi malahan Mak Jenab sering membantu keluarga Milah. Analisis keberkesanan penggunaan stilistik dalam cerpen Menerusi stilistik, kita dapat menggunakan gaya bahasa atau ayat dengan baik serta dapat menguasainya. Melalui cara ini, sesuatu karya akan lebih indah dan kreatif. Analisis keberkesanan penggunaan stilistik dalam cerpen yang dipilih ini merangkumi aspek keindahan bahasa, gaya bahasa dan peribahasa. Keindahan bahasa Dalam kehidupan sehari-hari, manusia berkomunikasi dengan menggunakan bahasa. Bahasa merupakan wadah untuk manusia berkongsi maklumat, menyampaikan maksud dan apa-apa juga justifikasi yang mewajarkan berlakunya tindak balas. Dalam konteks karya sastera seperti cerpen, bahasa turut memainkan peranan penting. Hal ini demikian kerana peranan atau fungsi bahasa dalam kesusasteraan merupakan tulang belakang kepada penghasilan sesebuah hasil kesusaste

description

bmm3107

Transcript of KEBERKESANAN

Page 1: KEBERKESANAN

KEBERKESANAN PENGGUNAAN STILISTIK DALAM CERPEN

Pengenalan

Cerpen yang telah dipilih bertajuk “Laut Kehidupan.” Cerpen ini mengisahkan

Milah yang datang dari sebuah keluarga yang hidup susah dan sering dihina oleh orang

kampung terutamanya Mak Jenab. Namun keluarga tersebut sentiasa sabar

sehinggakan pada suatu hari rahsia di antara Mak Jenab dan ibu Milah terbongkar.

Sejak dari itu, Mak Jenab sudah tidak menghina keluarga Milah lagi malahan Mak

Jenab sering membantu keluarga Milah.

Analisis keberkesanan penggunaan stilistik dalam cerpen

Menerusi stilistik, kita dapat menggunakan gaya bahasa atau ayat dengan baik

serta dapat menguasainya. Melalui cara ini, sesuatu karya akan lebih indah dan kreatif.

Analisis keberkesanan penggunaan stilistik dalam cerpen yang dipilih ini merangkumi

aspek keindahan bahasa, gaya bahasa dan peribahasa.

Keindahan bahasa

Dalam kehidupan sehari-hari, manusia berkomunikasi dengan menggunakan bahasa.

Bahasa merupakan wadah untuk manusia berkongsi maklumat, menyampaikan

maksud dan apa-apa juga justifikasi yang mewajarkan berlakunya tindak balas. Dalam

konteks karya sastera seperti cerpen, bahasa turut memainkan peranan penting. Hal ini

demikian kerana peranan atau fungsi bahasa dalam kesusasteraan merupakan tulang

belakang  kepada   penghasilan   sesebuah    hasil      kesusasteraan. Bahasa

menjadi  wahana kepada pengarang untuk mencurahkan pemikiran, perasaan dan juga

falsafah yang   diperjuangkan   oleh   pengarang.  Di samping itu, bahasa jugalah yang

merupakan medium ekspresi,  komunikasi dan juga medan pernyataan

manifestasi  jiwa seseorang pengarang.  Jadi,  bahasa merupakan wahana atau alat

berkomunikasi,  alat berfikir dan alat untuk  mengembangkan  ilmu  pengetahuan

(Arba’ie  Sujud  2010 : 131 ). Sebagai contoh, ayat “ Dasar laut kelihatan jernih.

Sejernih fikiranku saat itu.” Ayat ini digunakan agar dapat memberi kesan ke dalam jiwa

Page 2: KEBERKESANAN

pembaca untuk membaca dan menghayati apa yang ingin disampaikan oleh pengarang

dalam cerpennya.

Gaya bahasa

Gaya bahasa digunakan dalam sesebuah karya adalah untuk mempelbagaikan

penggunaan bahasa supaya karya tersebut menjadi menarik dan memberikan kesan

kepada pembaca. Antara gaya bahasa yang terdapat dalam cerpen ini ialah:

1. Pengulangan

Gaya Bahasa Bilangan

penggunaan

Contoh dari cerpen

Anafora 4 i. “Laut adalah nadi kehidupan

keluargaku. Laut adalah

kehidupanku.”

ii. “ Ibu sudah tua. Ibu juga selalu

sakit.”

iii. “Aku muak dengan tingkahnya.

Aku mual dengan sikapnya.

iv. “Ayahlah yang mengajarku

mengenali …

Ayahlah yang mengajarku

membelah …

Epifora 2 i. … membisikkan kata-kata untuk

ibu.

... melangkah menenangkan

ibu.

ii. … rindukan ayah.

… rindukan ayah.

Jumlah 6

Page 3: KEBERKESANAN

2. Penyirnaan

Gaya bahasa Bilangan

Penggunaan

Contoh dari cerpen

Sinkof 7 i. … kita bahagia bu,

ii. … pergi dululah,

iii. …Midah lakukan, bang?

iv. …perempuan tak sedar diri.

v. … ada hati pulak tu menggoda

suami aku.

vi. Kalau mak kau ni …

vii. … menyihir suami aku kan?

Afesis 2 i. Menginsafkanku

ii. tak baik nak.

Aferesis 1 i. Kalau mak kau ni …

Jumlah 10

3. Perbandingan

Gaya bahasa Bilangan

penggunaan

Contoh dari cerpen

Depersonifikasi 1 i. Laut adalah jantungku

Metafora 3 i. Hinaan penduduk kampung

dengan benang kesabaran.

ii. Tanpa ayah di sisi, tiang

kekuatan kami seakan runtuh.

iii. Segala yang terbuku di hati.

Personifikasi 9 i. Kami bertiga menyulam segala

nista.

ii. Aku lihat ibu membuang

Page 4: KEBERKESANAN

pandangan ke arah laut yang

sedang terbentang luas.

iii. Aku lihat dadanya beralun

deras.

iv. Aku menyalurkan keyakinan

kepada ibu.

v. …ada tangisan yang menyapa

gegendang telingaku.

vi. Habis sumpah seranah

meluncur dari mulutnya yang

lancang.

vii. Milah tahu setiap kedengkian

yang bersarang dalam hati

semua orang di sini.

viii. Hatiku sedang tersenyum.

ix. Membelah lautan …

Diksi 1 Apatah lagi rumah beratap rumbia yang

sudah senget itu hanya……

(menggambarkan keadaan hidup yang

susah).

Simile 1 Memisahkan aku dengan laut ibarat

memisahkan jasad dan nyawaku.

Jumlah 15

4. Pertautan

Gaya Bahasa Bilangan

penggunaan

Contoh dari cerpen

Sinekdok 2 i. Mengharapkan ibu mencari

sesuap nasi aku tidak tega.

ii. Bukan menjadi tulang belakang

Page 5: KEBERKESANAN

kepada mereka …

Eufemisme 1 i. Abang, kenapa abang pergi

terlalu awal?

Antonomasia 1 i. Tok penghulu

ii. Ketua kampung

Jumlah 4

5. Pertentangan

Gaya bahasa Bilangan

penggunaan

Contoh dari cerpen

Hiperbola 1 Takut ada air mata yang akan membasahi

lantai kayu jati rumahku.

Jumlah 1

Peribahasa

Penggunaan peribahasa dalam sebuah karya, antaranya bertujuan untuk menimbulkan

unsur keindahan dan memantapkan penceritaan. Contoh peribahasa yang terdapat dalam

cerpen ini ialah ada hati, sakit hati dan tulang belakang.

Rumusan

Kesimpulannya, penggunaan stilistik di dalam sesebuah cerpen amat penting

dalam melahirkan unsur kekreatifan dalam menghasilkan sesebuah karya.

PERATUSAN PENGGUNAAN ASPEK STILISTIK DALAM CERPEN

Aspek Stilistik Bilangan Penggunaan Peratusan Pengulangan 6 16.67Penyirnaan 10 27.78

Perbandingan 15 41.67Pertautan 4 11.11

Pertentangan 1 2.78JUMLAH 36 100

Jadual 1

Page 6: KEBERKESANAN