keganasan
description
Transcript of keganasan
Oleh : DATIN SERI DR. SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD. ALITempat: DEWAN MUKTAMAR, PUSAT ISLAM, KUALA LUMPURTarikh: 03/12/87Tajuk : MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN MENGENAI "ISU-
ISU KEGANASAN TERHADAP WANITA: PENCEGAHAN DAN PENDIDIKAN"
Bismillahirrahmannirrahim.Yang Berhormat Dato Megat Junid bin Megat Ayub, Timbalan Menteri Dalam Negeri; Yang Berhormat Dato Dr. Siti Zaharah bte Haji Sulaiman,Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengelola;Dif-dif Kehormat;Puan-puan dan tuan-tuan.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakahtuh Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala keranadengan limpah kurniaNya dapat saya bersama dengan puan-puandan tuan-tuan pada pagi ini untuk merasmikan PersidanganKebangsaan Mengenai Isu-Isu Keganasan Terhadap Wanita:Pencegahan dan Pendidikan.2. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada MajlisPenasihat Mengenai Integrasi Wanita Dalam Pembangunan(NACIWID) dan Urusetia Hal Ehwal Wanita (HAWA) diatas usahamereka mengadakan Persidangan Kebangsaan mengenai Isu-isuKeganasan Terhadap Wanita ini. Usaha sedemikian amatdigalakkan memandangkan kejadian keganasan terhadap wanitatelah meningkat saban hari dan ini telah mendapatperhatian masyarakat. Saya juga ingin mengucapkan terimakasih kepada Jawatankuasa Pengelola yang telah sudimenjemput saya untuk merasmikan persidangan ini.3. Saya berasa gembira melihat ramai peserta darijabatan-jabatan Kerajaan serta pertubuhan-pertubuhansukarela di dewan yang mulia ini yang akan berbincang selamatiga hari untuk merangka strategi-strategi bagaimanapencegahan dan pendidikan mengenai isu-isu keganasanterhadap wanita boleh diperluaskan dan merangkumi semualapisan masyarakat.Puan-puan dan tuan-tuan4. Keganasan terhadap wanita ialah satu penyakit sosialyang sebelum ini jarang di perkatakan. Kini bilangan kesyang terdapat daripada pihak polis dan hospital semakinmeningkat tahun demi tahun. Sama ada ini disebabkan olehlebih laporan dibuat oleh mangsa keganasan atau oleh ahlikeluarganya kepada pihak polis, ataupun ini menunjukkanbahawa masalah keganasan terhadap wanita telah bertambahperlulah dikaji dengan lebih mendalam untuk mengetahuikedudukan sebenarnya.5. Kita sering membaca peristiwa mengenai keganasanterhadap wanita melalui akhbar-akhbar tempatan. Setiapkejadian ini dicatitkan sebagai satu kes dalam buku laporanpolis ataupun hospital. Walau bagaimanapun kita perlulahsedar bahawa kepada mangsa setiap kejadian ini, samada ianyaseorang wanita atau kanak-kanak, kecederaan ini akan dirasainya sepanjang hayatnya dari segi fisikal, mental dan emosi.
6. Kajian telah menunjukkan bahawa seseorang mangsakeganasan itu tidak dapat melupakan pengalamanya, malahanpengalaman itu sentiasa di dalam fikiran mangsa itu danmenganggu kehidupan sehariannya seperti perasaan takut,tidak dapat tidur dan makan dengan selesa, tidak dapatbelajar atau bekerja, dan sering mangsa itu mengasingkandirinya daripada masyarakat. Akibat jangka panjang punternyata dan ramai mangsa-mangsa ini tidak dapat mendirikanrumah tangga dalam keadaan yang biasa dan aman keranaperasaan "salah" atau "guilt". Akibat kecederaan ini jugaada mangsa yang terbabit dalam kegiatan-kegiatan maksiatdan penagihan dadah sebagai langkah mengatasi penderitaanmereka.7. Pada hemat saya keganasan terhadap wanita adalah suatuperkara yang amat berat dan perlu diberi perhatian seriousoleh setiap individu. Kita perlu menyedari bahawa keganasanini boleh terjadi kepada setiap wanita dengan tidak mengiraumur, kaum dan taraf sosio ekonomi. Ia boleh berlaku dimana-mana tempat dan pada bila-bila masa sahaja. Oleh itusebagai wanita, kita mestilah sentiasa berwaspada danmelindungi diri kita dari bahaya yang mungkin kita tidakmenyedari atau menjangkakan.Para hadirin sekalian,8. Gambaran keganasan terhadap wanita di negara inimenunjukkan bahawa kebanyakan mangsa terdiri dari golonganremaja yang berumur 14 tahun ke atas dan kejadian inidilakukan oleh orang-orang yang dikenali mereka sebagaikenalan biasa ataupun kenalan baru. Keadaan yang amatmembimbangkan sekarang ialah laporan-laporan yang kita bacadalam akhbar mengenai keganasan terhadap kanak-kanakkecil yang semakin meningkat. Perbuatan kejam seperti inipernah dilakukan terhadap bayi yang baru berusia beberapabulan dan juga kepada kanak-kanak kecil yang belumbersekolah ataupun dalam sekolah rendah. Biasanya keganasanterhadap kanak-kanak kecil ini dilakukan oleh ahli keluargadan saudara mara sendiri ataupun oleh jiran sekampung.9. Soalan yang timbul difikiran kita ialah mengapakanak-kanak kecil boleh menjadi mangsa keganasan? Jika kitamenganalisa watak orang-orang yang melakukan keganasan inikita dapati kebanyakan mereka terdiri dari orang-orang yangkelihatan normal tetapi mempunyai watak yang sukamenunjukkan kekuasaannya terhadap wanita atau kanak-kanakyang dianggap sebagai golongan lemah. Mereka ini tidakmenghormati wanita malahan berasa megah dan angkuh keranadapat menguasai wanita sebagai mangsanya. Ada juga yangmelakukan keganasan ini kerana tidak dapat mengawaliperasaan diri dari marah dan dendam, dan golongan inilahyang biasanya melakukan jenayah iaitu pembunuhan selepasmelakukan keganasan.10. Baru-baru ini kita telah baca mengenai beberapa orangkanak kecil yang telah dibunuh setelah menjadi mangsakeganasan. Laporan ini telah menarik perhatian orang ramaidan pertubuhan-pertubuhan wanita seperti NCWO telahmendesak pihak berkuasa supaya menggubal undang-undanguntuk melindungi wanita daripada keganasan, danmemperketatkan penguatkuasaannya. Namun begitu, masalah initidak boleh dikawal tanpa kegiatan-kegiatan pencegahan dan
pendidikan yang perlu dititikberatkan sebagai usaha jangkapanjang.11. Usaha-usaha untuk membentuk strategi pencegahan amatsukar dibuat kerana kita tidak ada gambaran yang tertentuyang boleh digunakan sebagai panduan. Keadaan setiap kesberbeza-beza dan punca-punca kejadian ini perlu dikajidengan teliti supaya kita dapat menggunakannya sebagai bahanpengajaran. Daripada apa yang diketahui, sebilangan besarkejadian-kejadian ini boleh dielak jika wanita sentiasamengawasi diri mereka sendiri dan elakkan daripada amalanyang boleh membawa kepada bahaya seperti berjalanberseorangan di tempat terlindung, mengikut orang yang tidakatau baharu dikenali, dan mempercayai kepada orang yangdikenali lama.12. Daripada maklumat yang ada, adalah jelas bahawagolongan remaja dan kanak-kanak kecil sering menjadi sasarankepada pengganas-pengganas masyarakat. Sebagai ibu bapadan ahli keluarga, kita mestilah mengawasi gerak-gerianak-anak atau adik-adik kita kerana lebih dari 40% kejadianberlaku di antara gadis remaja yang ada hubungan dengan kaumlelaki. Pada lazimnya kejadian keganasan dilakukan olehorang yang dikenali oleh mangsa itu. Kejadian-kejadianseperti ini tidak dilaporkan oleh kerana mangsa sertakeluarganya berasa malu dan biasanya laporan dibuat lewatmungkin oleh sebab gadis itu mengandung. Para hadirinsekalian.13. Keharmonian dan keamanan rumah tangga merupakan satufaktor yang amat penting dalam pembesaran anak-anak kita.Gadis-gadis yang terlibat dalam keganasan sering datang darikeluarga yang kucar-kacir dimana hubungan di antara kaumkeluarga adalah renggang, tiada kemesraan dan kasih sayangataupun saling hormat-menghormati di antara ahli-ahlikeluarga. Anak-anak rasa terbiar dan tiada tempat mengadudan lama kelamaan mereka cenderung kepada pergaulan danpengaruh rakan-rakan sebaya.14. Saya ingin mengingatkan para hadirin betapa pentingnyaunit keluarga dalam masyarakat kita dan perlunya kitamemupuk hubungan yang erat dan mesra di kalangan ahli-ahlikeluarga kita supaya mereka tidak terpengaruh denganamalan-amalan yang tidak diingini. Sebagai ibu bapa kitaharuslah mendidik anak-anak kita dari awal lagi denganpendidikan moral dan keagamaan dan menasihati merekacara-cara pergaulan yang sihat untuk melengkapkan dirimereka apabila dewasa kelak.15. Saya juga ingin menyeru kepada ibubapa dan ahli-ahlikeluarga supaya mengawasi anak-anak kecil dengan rapi.Kanak-kanak kecil merupakan 30% daripada mangsa-mangsakeganasan. Mereka menjadi mangsa kerana mudah mengikutijiran-jiran atau orang-orang sekampung yang dikenali.Mereka tidak mengetahui bahaya atau pun menyedari apa yangdilakukan kepada diri mereka sehingga wujud tanda-tandafisikal atau gangguan emosi.16. Perhubungan dan pergaulan yang sihat di antaraahli-ahli keluarga amatlah penting kerana keganasan jugadilakukan oleh ahli-ahli keluarga sendiri khasnya bapa tiri,bapa saudara atau pun abang tiri. Perkara ini perlulah kitamenyedari supaya dapat kita elakkan kejadian ini berlaku
dalam keluarga kita sendiri. Kejadian seperti ini akanmencederakan bukan sahaja anak itu tetapi semua ahlikeluarga terutamanya ibu sendiri dan lazimnya ini akanmembawa kepada suasana yang lebih tegang dalam keluarga itu.Ini menunjukkan bahawa pendidikan hendaklah ditujukan kepadakesemua ahli keluarga supaya dapat diwujudkan satu keluargayang bahagia, bertanggungjawab, saling menghormati dan penuhkasih sayang.Puan-puan dan tuan-tuan17. Kita tidak boleh nafikan bahawa masalah ini adalahsuatu masalah yang rumit dan komplek dan langkah-langkahpencegahan amatlah sukar. Marilah kita mengemblingkan tenagake arah meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kepadaorangramai mengenai masalah ini supaya kejadian-kejadiankeganasan dapat dikurangkan. Kita mestilah bersikap positif.Setiap ahli keluarga boleh mendidik keluarganya sendiriserta jirannya supaya segenap lapisan masyarakat dapatmenyedari akan masalah ini. Marilah kita bermula dengankeluarga kita sendiri. Tentukan bahawa keluarga kita aman,bahagia, sihat, mesra dan berdisiplin. Tanggungjawabmenghapuskan keganasan berada dalam tangan kita sendirisebagai ibubapa, ahli keluarga dan masyarakat. Marilahkita bersama memulakan pendidikan ini secara bersepadusupaya dapat kita bersama mengurangkan penderitaan dankeganasan terhadap kanak-kanak dan wanita di negara kita.18. Pendidikan kanak-kanak sekolah lelaki dan perempuan,dan peranan media massa adalah bidang-bidang sokongan yangpenting dalam memajukan usaha kita ini. Kearah ini, sayaberharap usaha yang dimulakan di persidangan ini dapatditeruskan dan dimajukan oleh setiap peserta dari agensikerajaan, sektor swasta ataupun pertubuhan sukarela keranaini adalah tanggungjawab kita bersama.19. Saya percaya persidangan ini akan membuat syor-syorbagaimana aktiviti-aktiviti pendidikan dan penerangan dapatdipertingkatkan. Semoga persidangan ini akan memberimanfaat kepada kita semua bagi mengurangkan kejadiankeganasan terhadap wanita di negara ini.20. Atas nama Allah Subhanahuwataala saya dengansukacitanya merasmikan Persidangan Kebangsaan MengenaiIsu-Isu Keganasan Terhadap Wanita: Pencegahan dan pendidikanpada pagi ini. Wabillahi Taufik Walhidayah, WassalamualaikumWarahmatullahi Wabarakatuh.