Kehendak Pelaporan Penyelidikan Tindakan
-
Upload
haze-hazlin-juhar -
Category
Documents
-
view
20 -
download
1
description
Transcript of Kehendak Pelaporan Penyelidikan Tindakan
KEHENDAK PELAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
BIL
PERKARA & KEHENDAK
1.0
PENDAHULUAN - Refleksi pengalaman yang lalu / Refleksi Sorotan Literatur
Menghurai pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus kajian amat jelas
Menilai kembali pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus amat berkesan
Membincangkan secara mendalam andaian, nilai dan kepercayaan terhadap P&P dalam refleksi pengalaman P&P
Membincangkan secara amat terperinci jurang antara nilai dan kepercayaan yang dipegang dengan amalan P&P yang dilaksanakan
Persoalan untuk menjana masalah kajian;
Apa yang kita hendak ketahui?
Apakah soalan-soalan yang boleh ditanya untuk memahami masalah tersebut?
Apakah (individu, artifak, amalan dan lain-lain) yang hendak dikaji?
Mengapakah masalah atau persoalan tersebut penting? Adakah ia merupakan persoalan yang signifikan dan akan menyumbang kepada bidang atau amalan?
Adakah masalah boleh dikaji berdasarkan sumber-sumber yang ada?
2.0
FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN [(2.1)Tinjauan Masalah & (2.2) Analisis Tinjauan Masalah]
Mengenal pasti dan menghuraikan isu keprihatinan yang berkait dengan pengalaman pengkaji dan relevan kepada keperluan murid dengan amat baik dan jelas
Dapat menilai pemilihan fokus berdasarkan kriteria berikut:
Kebolehtadbiran
Kepentingan
Kebolehgunaan
kawalan
kolaborasi
kerelevanan kepada sekolah
Menyatakan fokus kajian dan peluang penambahbaikan dengan amat jelas
Menghuraikan cara pengumpulan data awal untuk membuktikan masalah / isu wujud secara amat terperinci
3.0
OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
Pernyataan objektif kajian tindakan dapat dinyatakan dengan amat jelas 3 perkara berikut
fokus
tindakan
pencapaian tindakan
Soalan kajian amat relevan dengan objektif kajian
4.0
KUMPULAN SASARAN
Memerihalkan ciri-ciri responden secara amat terperinci
bilangan
jantina
nama kelas/jawatan
prestasi akademik
5.0
TINDAKAN
5.1 Prosedur Tindakan
ciri-ciri unik yang lain
Memperincikan langkah-langkah/aktiviti tindakan (P&P) dengan amat jelas
Memberi rasional terhadap tindakan yang dicadangkan dengan amat jelas
Menjelaskan matlamat cadangan tindakan yang berkait dengan masalah yang hendak diselesaikan atau amalan yang hendak dipertingkatkan atau sesuatu idea/strategi baru yang hendak dicuba uji dalam konteks bilik darjah
Menjelaskan sebab-sebab cadangan tindakan itu diambil dengan memberikan asas pemikiran atau teori-teori berkaitan yang dapat menerangkan dengan lebih lanjut tentang bentuk dan skop tindakan
Menerangkan dengan jelas bagaimana tindakan dilakukan.
5.2 Cara Mengumpul Data
Kaedah pengumpulan data yang amat sesuai untuk menjawab soalan kajian tindakan
Instrumen kajian tindakan dijelaskan dengan amat terperinci dan dilampirkan
Menerangkan secara terperinci bagaimana proses sesuatu instrumen itu dibina.
6.0
ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Kaedah analisis data amat sesuai bagi data yang dikumpul
Analisis data telah dijelaskan dengan amat baik
Menginterpretasi semua data dengan amat lengkap
7.0
DAPATAN
Dapatan kajian yang dilaporkan amat sesuai dengan soalan kajian .
Menghubungkaitkan kajian lepas dengan dapatan kajian secara amat jelas
8.0
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Dapat menilai tindakan yang diambil secara kritis
Cadangan untuk kajian lanjutan dibincangkan dengan amat jelas.
9.0
Pengolahan/ Kejelasan Penulisan
Kesemua isi telah diolah dengan amat baik
Urutan idea yang teratur
Penggunaan bahasa amat sesuai dengan penulisan ilmiah
Unsur refleksi amat jelas
10.0
SENARAI RUJUKAN
Menyenaraikan lebih daripada 10 rujukan yang berkaitan
Penulisan rujukan adalah konsisten dengan gaya rujukan American Psychological Association (APA)
Semua rujukan yang digunakan amat relevan dan berkredibiliti