kelas makanan

25
Objektif : Membolehkan murid memahami konsep kelas pemakanan dalam kehidupan seharian mereka. MAKANAN DAN NUTRISI GIZI 1. Semua benda hidup memerlukan tenaga untuk terus hidup, berkembang,bergerak dan sebagainya. 2. Makanan yang mengandungi semua jenis kelas makanan yang diperlukan oleh manusia setiap hari dalam kuantiti dan nisbah yang betuluntuk mendapatkan tenaga dan di kenali sebagai gizi. 3. Pada umumnya kita memerlukan makanan untuk :- i. Mendapatkan tenaga dalam bentuk ATP (adenosina trifosfat) bagi segala kegiatan badan seperti gerakkan, pengucupan otot jantung. dan sebagainya

Transcript of kelas makanan

Page 1: kelas makanan

Objektif : Membolehkan murid memahami konsep kelas pemakanan

dalam kehidupan seharian mereka.

MAKANAN DAN NUTRISI 

GIZI

1. Semua benda hidup memerlukan tenaga untuk terus hidup, berkembang,bergerak dan sebagainya.

2. Makanan yang mengandungi semua jenis kelas makanan yang diperlukan oleh manusia setiap hari dalam kuantiti dan nisbah yang betuluntuk mendapatkan tenaga dan di kenali sebagai gizi.

3. Pada umumnya kita memerlukan makanan untuk :-

i. Mendapatkan tenaga dalam bentuk ATP (adenosina trifosfat) bagi segala kegiatan badan seperti gerakkan, pengucupan otot jantung. dan sebagainya

ii. Membekalkan nutrien untuk membentuk tisu-tisu baru semasa pertumbuhan dan juga untuk membaiki tisu-tisu yang rosak.

iii. Membekalkan tenaga haba kepada manusia untuk mengekalkan suhu badan.

iv. Memastikan badan manusia mempunyai segala nutrien dan mengelakkan jangkitan penyakit dan pada masa yang sama,mengekalkan kesihatan umum manusia.

1. Makanan manusia boleh dibahagikan kepada tujuh kelas makanan yang utama:-

Page 2: kelas makanan

i. Karbohidrat.ii. Protein.

iii. Lemak.iv. Vitamin.v. Garam mineral.

vi. Air.vii. Pelawas.

1. Semua makanan di atas di ambil dalam kadar yang mencukupi dan mengikut keperluan semasa.

2. Gizi yang seimbang mestilah terdiri daripada:-

a. Semua jenis kelas makanan yang disebut di atas dalam kadar yang betul.

b. Jumlah kalori makanan yang mencukupi.

 

Kelas Makanan, Fungsi dan Sumbernya.

1. Setiap manusia memerlukan komposisi makanan yang betul dan mencukupi untuk mengekalkan kesihatan umum yang baik.

2. Suatu contoh makanan yang mempunyai kesemua kandungan zat yang diperlukan oleh badan ialah susu.

3. Oleh itu, bayi yang baru dilahirkan boleh mendapatkan bekalan zat makanan yang diperlukan untuk tenaga, pertumbuhan dan mengekalkan kesihatan umumnya daripada susu.

4. Walau bagaimanapun bagi orang dewasa susu tidak cukup untuk memberi zat-zat yang mencukupi.

5. Oleh itu, orang dewasa memerlukan makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak, garam mineral, vitamin, air dan juga pelawas dalam gizi hariannya.

 

Karbohidrat.

a. Karbohidrat merupakan satu kumpulan sebatian organik yang mengandungi unsur,unsur seperti karbon, hidrogen danoksigen.

b. Fungsi utama karbohidrat ialah:-

a. Membekalkan tenaga bagi aktiviti harian seperti gerakkan, pertumbuhan dan lain-lain aktiviti sel di dalam badan.

Page 3: kelas makanan

b. Membekalkan tenaga haba untuk memastikan suhu badan manusia kekal pada 36.9° C.

c. Sebagai makanan simpanan dalam haiwan dan tumbuhan. Sebagai contoh:-

i. Glukosa yang berlebihan akan di ubah menjadi glikogen untuk disimpan dalam hati.

ii. Glukosa yang berlebihan juga boleh diubah menjadi lemak dan di simpan di dalam tisu-tisu adipos di bawah kulit, pelvis, pinggang dan dada.

iii. Tumbuhan menyimpan karbohidrat dalam bentuk kanji.

a. Setiap gram karbohidrat dapat menghasilkan kira-kira 17 kJ ( kilojoule) tenaga kepada badan kita.

b. Sumber-sumber karbohidrat ialah:-

a. Makanan yang berkanji seperti nasi, roti dan ubi kentang.b. Makanan yang bergula seperti buah-buahan manis, madu dan

kuih-muih.

a. Contoh-contoh karbohidrat adalah seperti berikut::-

b. Karbohidrat dibahagikan kepada:

a. Monosakaridab. Disakarida.c. Polisakarida.

 

Monosakarida.

Page 4: kelas makanan

1. Merupakan gula yang paling ringkas dan dikenali sebagai gula ringkas.

2. Formula amnya ialah CnH2nOn dan formula kimianya ialah C6H12O6 .

3. Ciri-ciri monosakarida ialah:

a. Larut dalam air.b. Berasa manis.c. Mempunyai kuasa penurunan.d. Mempunyai bentuk hablur.

4. Monosakarida digunakan untuk mendapatkan tenaga dalam aktiviti sel.

5. Contoh-contoh monosakarida ialah:

a. Glukosa.

Ia juga dikenali sebagai dektrosa yang merupakan gula utama dalam darah manusia. Ia boleh dijumpai dalam buah seperti anggur, bawang dan madu. Madu mengandungi lebih kurang 35% glukosa.

b. Fruktosa.

Merupakan gula yang paling manis dan terdapat dalam buah-buahan dan madu.

c. Galaktosa.

Merupakan satu komponen laktosa atau gula susu. Ia terbentuk dalam badan kita apabila gula susu dicernakan.

1. Semua monosakarida adalah gula penurunan kerana monosakarida boleh bertindakbalas dengan larutan Fehling atau Benedict untuk menurunkan ion kuprum (ii) kepada ion kuprum (i) oksida dengan membentuk mendakan merah bata.

 

Disakarida.

1. Disakarida adalah gula kompleks.

Page 5: kelas makanan

2. Formula kimianya ialah C12H22O11 .

3. Disakarida mempunyai ciri-ciri berikut:

a. Larut dalam air.b. Berasa manis.c. Semua disakarida boleh menghablur.d. Semua disakarida adalah gula penurunan kecuali sukrosa.e. Semua disakarida boleh diubah kepada monosakarida dengan

mudah. Proses inimemerlukan air dan dikenali sebagai hidrolisis. Hidrolisis boleh dilakukan dengan pendidihan atau dengan tindakan enzim atau asid.

a. C12H22O11 + H2O ¾ ® C6H12O6 + C6H12O6

4. Contoh-contoh disakarida ialah:

a. Sukrosa.

o Sukrosa merupakan gula bukan penurunan.o Boleh di dapati dalam tebu, lobak merah, pisang,buah-buahan

yang manis serta akar-akar penyimpanan yang tertentu.o terbentuk daripada gabungan 1 unit glukosa dan i unit fruktosa.

b. Maltosa.

o Sejenis gula penurunan.o Boleh di dapati dalam bijirin yang ditapaikan dan juga bijirin yang

sedang bercambah.o Contoh gula barli didapati daripada pengekstrakan barli yang

sedang bercambah.o Terbentuk daripada pencernaan separa kanji dan merupakan

gabungan dua molekul glukosa.

c. Laktosa.

o Adalah gula penurunan.o Didapati dalam semua susu haiwan mamalia termasuk manusia.o Terbentuk daripada gabungan 1 molekul glukosa dan 1 molekul

galaktosa.

Polisakarida.

1. Merupakan karbohidrat kompleks dan terdiri daripada rangkaian molekul monosakarida.

2. Formula amnya ialah (C6H10O5)n .

Page 6: kelas makanan

3. Ciri-ciri:

a. Bukan gula penurunan.b. Tidak mempunyai rasa manis.c. Mempunyai berat molekul yang tinggi.d. Tidak larut dalam air tetapi membentuk larutan koloid.e. Tidak mempunyai bau.f. Tidak menghablur. (bersifat amorfus).

4. Contoh-contoh:

a. Kanji.

Merupakan sumber karbohidrat yang paling penting dalam makanan dan ia adalah karbohidrat simpanan utama dalam tumbuhan. Ia terdapat dalam kentang, ubi, roti, nasi dan gandum. Karbohidrat boleh wujud dalam bentuk serbuk putih dan ia tidak boleh dibina semula dan disimpan oleh haiwan.

b. Selulosa.

Wujud sebagai bahan binaan utama pada dinding sel tumbuhan. Ia terdiri daripada beribu-ribu molekul glukosa yang bercantum menjadi satu rantai lurus dan panjang. Ia tidak dapat dicernakan oleh manusiadan ia bertindak sebagai pelawas untuk mengelakkan sembelit.

c. Glikogen.

Bentuk simpanan karbohidrat yang penting dalam manusia dan haiwan. Ia terdiri daripada molekul-molekul glukosa yang dikondensasikan bersama untuk membentuk rantai yang panjang dan bercabang. Ia berwarna putih dan tidak larut di dalam air. Bagi mamalia, glikogen disimpan sebahagian besarnya dalam hati dan otot.

Protein.

1. Merupakan sebatian organik yang komplks dan terdiri daripada unsur-unsur seperti karbon, hidrogen, oksigen dannitrogen.

2. Sesetengah unsur protein mengandungi unsur-unsur seperti sulfur dan fosforus.

Page 7: kelas makanan

3. Unit asas bagi protein ialah asid amino. Satu molekul protein mengandungi beratus-ratus atau beribu-ribu unit asid amino.

4. Terdapat 25 jenis asid amino tetapi hanya 20 jenis sahaja yang wujud dalam alam semulajadi.

5. Setiap molekul asid amino mengadungi:

a. Satu kumpulan amino. (- NH2)b. Satu kumpulan karboksil. (- COOH).

1. Asid amino boleh dibahagikan kepada:

a. Asid amino perlu.b. Asid amino tak perlu.

1. Asid amino perlu.

a. Terdapat lapan jenis asid amino perlu. Di antaranya ialah Glisina, Lisina, Valina, dan Leusina.

b. Asid amino ini tidak dapat dibentuk dalam badan manusia dewasa.

c. Sumber-sumber bagi asid amino adalah seperti daging, ikan dan kuning telur.

d. Kebanyakkan protein tumbuhan kurang mengandungi protein jenis ini.

8. Asid amino tak perlu.

a. Asid amino jenis ini dapat disintesis oleh badan kita daripada sebatian sebatian yang lain.

b. Kebanyakkan protein tumbuhan mengandungi asid amino jenis ini.

9. Satu gram protein boleh mennghasilkan kira-kira 17 kJ tenaga.

10.Badan kita hanya menggunakan protein sebagai sumber tenaga apabila berlaku kebuluran.

11.Ciri-ciri protein termasuklah:

a. Molekul yang sangat besar oleh itu ia tidak boleh meresap melalui membran plasma.

b. Ia tidak larut dalam air tetapi membentuk larutan koloid, oleh itu protein mesti dicernakan menjadi asid amino dahulu.

c. Asid amino adalah molekul-molekul yang paling ringkas.d. Ia larut dalam air dan boleh meresap melalui membran plasma.

Page 8: kelas makanan

e. Oleh itu, badan kita menyerap protein dalam bentuk asid amino.

12. Badan kita memerlukan protein kerana protein:

a. diperlukan dalam proses pembentukan sel baru untuk menggantikan sel yang mati atau rosak.

b. diperlukan bagi pertumbuhan badan.c. diperlukan dalam sintesis sebatian sebatian protein seperti enzim,

hormon dan antibodi.d. boleh dioksidakan untuk membekalkan tenaga kepada aktiviti-

aktiviti badan.e. yang berlebihan akan diubah menjadi lemak. Lemak itu akan

disimpan dalam tisu-tisu adipos.f. boleh digunakan untuk mensintesis

hemoglobin dan melanin (pigmen kulit).

10.Kehadiran protein boleh dikesan dengan ujian Biuret dan ujian Millon.

 

Lemak

1. Lemak dan minyak dibentukkan daripada unsur, karbon, hidrogen dan oksigen sepertimana karbohidrat.

2. Perbezaan antara lemak dan minyak ialah lemak wujud dalam bentuk pepejal manakala minyak dalam bentuk cecair.

3. Lemak merupakan sumber tenaga. Kebanyakkan organisma menyimpan lemak atau minyak sebagai stor tenaga.

4. Tenaga diperolehi daripada 1 gram lemak adalah 2 kali jumlah tenaga yang diperolehi daripada 1 gram karbohidrat.

5. Lemak yang disimpan di bawah kulit haiwan bertindak sebagai penebat untuk mencegah kehilangan haba dari badan.

6. Minyak merupakan pelarut bagi vitamin A, D, E, dan K.7. Contoh makanan yang kaya dengan lemak atau minyak termasuklah

mentega, lemak haiwan, minyak masak, dan bijian.8. Lemak haiwan merupakan lemak tepu manakala lemak tumbuhan

adalah lemak tak tepu. Lemak tepu mudah dimendakkan dipermukaan dalam salur darah, mengecilkan salurannya, dan menaikkan tekanan darah. Oleh itu pengambilan minyak tumbuhan adalah digalakkan berbanding lamak haiwan.

9. Unit asas yang membentuk lemak ialah asid lemak dan gliserol. Molekul lemak terbentuk daripada satu molekul gliserol dan tiga molekul asid lemak.

10.Hidrolisis asid lemak akan menghasilkan gliserol dan asid lemak semula.

Page 9: kelas makanan

11.Lemak/minyak tidak larut di dalam air tetapi larut di dalam alkohol.

 

 Vitamin

1. Vitamin adalah bahan organik, iaitu bahan yang mengandungi unsur karbon dan hidrogen. Kebanyakkan vitamin juga mengandungi oksigen dan nitrogen dan ada juga yang mempunyai unsur zink dan kobalt.

2. Vitamin diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk memelihara kesihatan badan.

3. Vitamin memainkan peranan dalam fisiologi dan metabolisma badan.4. Vitamin terbahagi kepada dua kumpulan :

i. Vitamin yang larut dalam air, ( vitamin B dan C)ii. Vitamin yang larut dalam minyak, ( A, D, E dan K)

1. Dalam penyediaan makanan, makanan yang mengandungi vitamin B dan C harus dimasak dalam minyak kerana jika dimasak di dalam air sebahagian besar vitamin B dan C akan melarut.

2. Vitamin mudah termusnah akibat haba yang tinggi dan sinar ultraungu.3. Kekurangan vitamin akan mengakibatkan kesihatan merosot.

Vitamin Sumber Fungsi Penyakit

A (Retinol) Susu, hati, telur, bayam, minyak hati ikan kod, tomato, cili, lobak merah, mentega, keju.

Mensintesis rodopsin bagi retina supaya dapat melihat dalam cahaya samar. Bagi pertumbuhan dan pemeliharaan kulit yang sihat. Menggalakkan pertumbuhan. Menentang jangkitan respi-rasi.

Rabun malam. Xeroftalmia kornea, mata menjadi kering. Kulit menjadi kering dan bersisik.

B1 (Tiamina) Hati, kacang tanah, yis, sayur-sayuran hijau, germa gandum, beras tak ceruh.

Mengawal bekalan karbohidrat ke sel-sel saraf dan otot-otot. Koenzim dalam tindak balas membebaskan

Beri-beri. Hilang selera makan. Kejang otot. Gangguan saraf. Kadar denyutan jantung bertambah.

Page 10: kelas makanan

tenaga.

B2 (Riboflavin) Yis, hati, telur, kacang pea, bayam, susu, gandum, keju, sayur-sayuran hijau.

Memelihara kesihatan kulit. Menggalakkan pembebasan tenaga semasa respirasi. Mengawal kadar pertumbuhan.

Sakit mata. Tepi mulut merekah. Lidah menjadi bengkak dan berwarna ungu. Masalah kulit.

B3 Daging, susu, ikan, yis.

Pertumbuhan dan kesihatan sistem saraf.

Sistem saraf terjejas. Kemerosotan tindak balas saraf.

B5 (Niasin atau asid nikotinik)

Ginjal, yis, daging pejal, hati, kuning telur, sayur-sayuran segar.

Menolong dalam pembebasan tenaga daripada karbohidrat. Memelihara kesihatan kulit dan sistem saraf.

Cirit-birit Pelagra.

B6 (Piridoksina) Gandum, daging, hati, sayur-sayuran kacang bijirin, yis.

Memelihara kesihatan kulit. Menolong dalam pencemaran makanan. Menyelaraskan sistem saraf.

Pelagra. Cirit-birit. Sakit kulit. Anemia.

B12(Sianokobalamin)

Hasil tenusu, hati, telur, daging, ginjal.

Koenzim dalam sintesis protein.

Lambat membesar. Anemia.

Asid folik Yis, tiram, bayam, hati, ikan, bijirin, sayur-sayuran hijau.

Terlibat dalam proses sintesis asid nukleik.

Anemia.

H (Biotin) Yolka, telur, hati, susu, yis.

Penting bagi tindak balas enzim.

Dermatitis.

C ( Asid askorbik)

Tomato, betik, sayur hijau, buah sitrus.

Menolong dalam penyerapan besi. Memelihara kesihatan kulit. Menggalakkan pembentukan gigi dan tulang.

Anemia. Skurvi-gusi lembut dan berdarah. Mudah dijangkiti penyakit respirasi. Luka lambat

Page 11: kelas makanan

sembuh.

D (kalsiferol) Hati, ikan kod, telur, susu

Membantu dalam penyerapan kalsium dan fosforus. Mengawal kepekatan kalsium dan fosfat di dalam darah. Pembinaan tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

Rikets-cacat tulang. Sakit gigi.

E (Tokoferol) Sayuran hijau bijirin salad, minyak jagung, telur, susu, germa gandum.

Membantu dalam sistem pembiakan tikus. Mencegah kemandulan pada manusia. Pembentukan eritrosit. Sebagai pengganti oksida dan merencat pengoksidaan makanan yang mengandunsi lemak dan minyak.

Kemandulan pada tikus jantan dan betina.

K (Philokuinon) Kubis, salad, tomato, bayam, hati, kuning telur, sayur-sayuran hijau.

Untuk memangkinkan pembentukan prototrombin yang diperlukan dalam proses pembekuan darah.

Anemia. Darah lambat membeku atau tidak membeku langsung.

 Garam Mineral

1. garam mineral merupakan sebatian bahan tak organik yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi dengan sempurna dan juga mengekalkan kesihatan badan.

2. Berat badan manusia terdiri daripada 5% hingga7% garam mineral.3. Garam mineral boleh di bahagikan kepada dua kumpulan:

Page 12: kelas makanan

a. Unsur-unsur mineral utama (yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak) misalnya kalsium, fosforus, kalium, natrium, magnesium, dan klorin.

b. Unsur-undur surih (yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil) misalnya fluorin dan klorin.

1. Kekurangan sebarang unsur garam mineral akan menyebabkan penyakit kekurangan zat.

Mineral Sumber Fungsi Penyakit

Besi Telur, daging, hati, bayam, kacang, ginjal, sayur-sayuran hijau

Membina hemoglobin untuk mengangkut oksigen ke tisu. Mengekalkan kesihatan kulit.

Anemia- penghidap akan berasa ltih dan lemah kerana kekurangan oksigen dalam darah. Kulit kering dan bibir mulut merekah.

Kalsium. Keju, susu, sayuran hijau, kuning telur, ikan bilis, sardin, kacang.

Pembekuan darah. Pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Otot berfungsi dengan betul

Gigi tidak terbentuk dengan sempurna dan sering sakit. Rikets-kecacatan rangka badan seperti kaki dan lutut bengkok ke arah dalam. Darah lambat beku. Tetanus-kejang dan sakit otot atau ketar akibat pengecutan otot yang terputus-putus.

Iodin. Makanan laut-ikan, ketam, rumpai laut, udang.

Sintesis tiroksina untuk perkembangan otak dan badan kanak-kanak.

Goiter-kelenjar tiroid membesar iaitu menyebabkan pembengkakan bi leher. Kretinisme-kanak-kanak mengalami pertumbuhan

Page 13: kelas makanan

terbantut, otak terencat, rambut jarang-jarang, gigi lambat tumbuh, tidur sangat lama tetapi masih terasa penat.

Fluorin. Air minuman yang diperkayakan dengan fluorin, ikan dan sayur-sayuran.

Pembentukan gigi dan tulang yang sihat dan kuat.

Penyakit karies gigi.

Fosforus Susu, daging, kacang, ikan, telur, hati, sayuran hijau.

Pembentukan gigi dan tulang. Pengecutan otot. Pembinaan ATP.

Tulang dan gigi terbentuk dengan tidak elok. Pereputan gigi selalu berlaku. Terhalangnya proses pengecutan otot. Terhalangnya proses penghasilan tenaga.

Kalium. Terdapat dalam kebanyakan makanan, daging, susu, pisang, sayuran hijau.

Tugas-tugas biasa sel. Penghantaran utusan dalam saraf.

Sel-sel tidak dapat berfungsi dengan baik. Penghantaran utusan dalam saraf terjejas.

Natrium Terdapat dalam semua jenis makanan terutamanya susu, daging, telur dan garam biasa.

Kompenen yang mustahak dalam darah. Pemeliharaan tekanan osmosis yanng normal bagi bendalir darah. Pemeliharaan ketelapan yang normal bagi membran sel.

Otot-otot menjadi kejang. Membawa maut dalam keadaan teruk.

Magnesium. Makanan laut, sayuran hijau, susu dan kacang.

Sebagai pengaktif enzim untuk mengekalkan fungsi norma tisu saraf dan otot. Memangkinkan

Otot menjadi lemah.

Page 14: kelas makanan

tindak balas pembentukan tenaga.

Klorin. Garam biasa. Diperlukan untuk mensintesis asid hidroklorik dalam perut.

Pencernaan protein yanng tidak lengkap.

Pelawas

1. Merupakan bahan gentian yang tidak dapat dicernakan oleh badan.2. Pelawas terdiri daripada selulosa yang boleh di dapati dalam makanan

seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.3. Pelawas mempunyai nilai makanan yang rendah.4. Walaubagaimanapun pelawasa adalah penting kepada badan kerana ia

menggalakkan peristalsis dalam sistem pencernaan.5. Kesan kekurangan pelawas ialah:

a. makanan yang tidak dicernakan akan berada dalam usus besar untuk jangka masa yang lebih panjang.

b. Oleh itu lebih banyak air akan diserap oleh usus besar.c. Akibatnya tinja menjadi kering dan keras serta sukar dikeluarkan

melalui dubur. Fenomena ini dikenali sebagaisembelit.

Air.

1. Merupakan komponen penting bagi protoplasma.2. Lebih kurang 60% hingga 70% berat manusia terdiri daripada air.3. Air adalah penting kepada badan kerana;

a. merupakan pelarut yang baik.b. Diperlukan untuk tindak balas badan.c. Diperlukan untuk mengekalkan tekanan osmosis darah dan

bendalir tisu..d. Memainkan peranan yang penting dalam kawalan suhu badan.

1. Manusia memperolehi sebahagian daripada keperluan airnya melalui:

a. air minuman.b. Air metabolisma oleh pengoksidaan makanan.

1. Air yang berlebihan disingkirkan dari badan melalui:

a. air kencing oleh ginjal.

Page 15: kelas makanan

b. Wap air oleh paru-paru.c. Peluh oleh kulit.

Kelas Makanan

KarbohidratProtein

Page 16: kelas makanan

Lemak

Kelas MakananyKarbohidrat

Protein

Lemak

Page 17: kelas makanan

Air

Vitamin

Garam Mineral

Serabut dan AirGizi SeimbangGizi tidak seimbangKarbohidrat

Karbohidrat ialah sebatian organik besar terdiri daripada unsur-unsur karbon,hidrogen, dan oksigen.yFungsi utama karbohidrat dalam organisma ialah membekalkan tenaga.

T iga kumpulan karbohidrat ialah monosakarida, disakarida,dan polisakarida.

Monosakarida manis dan larut dalam air. Ia terdiri daripada glukosa, fruktosa, dan

Page 18: kelas makanan

galaktosa.

D isakarida terdiri daripada maltosa, sukrosa, dan laktosa. Ia manis dan larut dalam air.

Polisakarida tidak larut dalam air kecuali glikogen yang larut di dalam air. ia berasamanis.

C ontoh polisakarida ialah kanji, selulosa, dan glikogen

AirVitaminGaram MineralSerabut dan Air