Kelemahan Sekolah Kurang Murid

3
Sekolah Kurang Murid berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan Sekolah Kurang Murid seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan. Selain itu, penempatan guru di Sekolah Kurang Murid sukar dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh di pedalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil menyebabkan Sekolah Kurang Murid mengamalkan pengajaran kelas bercantum. KELEMAHAN SEKOLAH KURANG MURID ( SKM )

Transcript of Kelemahan Sekolah Kurang Murid

Page 1: Kelemahan Sekolah Kurang Murid

• Sekolah Kurang Murid berada dalam keadaan daif dan

menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan

dan guru terlatih.

• Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan

keperluan Sekolah Kurang Murid seperti ketiadaan

perjawatan guru pemulihan.

• Selain itu, penempatan guru di Sekolah Kurang Murid sukar

dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh di

pedalaman.

• Jumlah murid yang terlalu kecil menyebabkan Sekolah

Kurang Murid mengamalkan pengajaran kelas bercantum.

KELEMAHAN SEKOLAH KURANG MURID ( SKM )

Page 2: Kelemahan Sekolah Kurang Murid

• Kelas bercantum diwujudkan apabila bilangan murid

dalam tahun persekolahan kurang daripada 15 orang

dan bilangan ini tidak mencukupi untuk membentuk

sebuah kelas biasa.

• Kelas bercantum diwujudkan dengan mencantumkan

dua atau tiga kumpulan murid yang tediri daripada

tahun persekolahan yang berbeza di dalam satu kelas.

• Seorang guru akan dikehendaki mengajar lebih

daripada satu tahun persekolahan secara serentak

dalam sesebuah kelas bercantum.

Page 3: Kelemahan Sekolah Kurang Murid

•Guru sukar memberi perhatian terhadap pelajar di

dalam kelas kerana kesuntukan masa dan ini merugikan

pelajar lemah yang memerlukan lebih masa untuk

ditunjuk ajar.

•Strategi pengajaran dan pembelajarannya juga berbeza

daripada kelas biasa di mana, semasa guru mengajar

murid-murid dalam satu tahun persekolahan, murid-

murid dari tahun persekolahan yang lain akan

ditinggalkan.

•Guru juga perlu memilih dan merancang strategi

pengajaran yang sesuai untuk menyelenggarakan bilik

darjah.