kelim_t3.docx

12
3.4.1 KELIM 1. Definisi Kelim Kelim ialah cantuman dua atau lebih kepingan fabrik yang dijahit dengan jahitan tangan atau mesin. 2. Kegunaan Kelim 2.1 Kelim digunakan untuk menyambung dua atau lebih kepingan fabrik 2.2 Kelim digunakan untuk mengukuh dan mengemaskan tepi fabrik . 2.3 Kelim boleh memberikan bentuk kepada pakaian. 2.4 Kelim juga digunakan sebagai hiasan. 3. Faktor yang mempengaruhi pemilihan kelim 3.1 Jenis fabrik Kelim yang hendak dijahit mestilah sesuai dengan jenis fabrik. Contohnya fabrik yang mudah berbulu, nipis dan halus sesuai dijahit dengan Kelim Betawi. 3.2 Jenis pakaian Pakaian yang kerap dipakai dan sentiasa didobi memerlukan kelim yang lebih kukuh. Contohnya pakaian kanak-kanak.

description

rbt

Transcript of kelim_t3.docx

3.4.1KELIM1. Definisi Kelim Kelim ialah cantuman dua atau lebih kepingan fabrik yang dijahit dengan jahitan tangan atau mesin.2.Kegunaan Kelim2.1 Kelim digunakan untuk menyambung dua atau lebih kepingan fabrik2.2 Kelim digunakan untuk mengukuh dan mengemaskan tepi fabrik.2.3 Kelim boleh memberikan bentuk kepada pakaian. 2.4 Kelim juga digunakan sebagai hiasan.3.Faktor yang mempengaruhi pemilihan kelim3.1 Jenis fabrik Kelim yang hendak dijahit mestilah sesuai dengan jenis fabrik. Contohnya fabrik yang mudah berbulu, nipis dan halus sesuai dijahit dengan Kelim Betawi.3.2 Jenis pakaian Pakaian yang kerap dipakai dan sentiasa didobi memerlukan kelimyang lebih kukuh. Contohnya pakaian kanak-kanak. 3.3 Gaya dan kedudukan kelim. Kelim biasanya terdapat di bahagian bahu, rusuk dan tepi seluar , skirt atau sarung 4. Jenis kelim4.1 Kelim Belah Kangkung4.2 Kelim Betawi4.3 Kelim Lipat Tindih4.4 Kelim Papan Mesin 4.5 Kelim Papan Tangan4.1 Kelim Belah Kangkung Untuk semua jenis fabrik, kecuali fabrik nipis Untuk menyambung bahagian rusuk dan lengan pada pakaian, kelengkapan rumah tangga dan mencantum pita serong tepat Lebar kelim yang siap antara 1.25 cm hingga 2.5 cmCiri Kelim Belah Kangkung Lebar kedua-dua basi kelim sama Kelim rata dan terbuka Mata jahitan tidak kelihatan di sebelah luar Tidak beralur di sebelah luar Tepi basi kelim perlu dikemaskan

Proses menjahit kelim belah kangkung1a. Temukan sebelah luar fabrik. b. Sematkan peniti, jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan.

2. Cabut jelujur. Tekan dan seterika supaya kelim terbuka

3.Kemaskan tepi basi kelim belah kangkung dengan kaedah yang berikut:3.1Mengemas basi kelim dengan jahitan insang pari 3.2Mengemas basi kelim dengan jahitan mesin 3.3Mengemas basi kelim dengan mesin pengemas tepi 3.4Mengemas basi kelim dengan jahitan lilit kemas

Sunday, 16 October 2011JENIS-JENIS KELIMa. KELIM BELAH KANGKUNG1. Kelim belah kangkung adalah jenis kelim yang popular dan mudah dijahit. Ia hanya terdiri daripada satu jalinan pada sebelah dalam pakaian.2. Kelim belah kangkung diguna untuk memberi bentuk kepada pakaian supaya ia kelihatan lebih padan.3. Ciri-ciri kelim belah kangkung:(a) Tidak beralur di sebelah luar.(b) Rata dan terbuka.(c) Mata jahitan tidak kelihatan di sebelah luar.(d) Lebar kedua-dua basi kelim sama.(e) Lebar kelim yang siap dijahit ialah 1.25cm ( inci).

PROSES MENJAHIT KELIM BELAH KANGKUNGLangkah 1:Temukan kedua bahagian luar fabrik.Langkah 2 :Jelujur dan jahit mesin di atas garis pamadan.Langkah 3:Tanggalkan jelujur, tekan, dan buka kelim.Langkah 4:Kemaskan tepi fabrik dengan jahitan insang pari, jahitan mesin, jahitan lilit kemas atau mesin pengemas tepi.

CARA-CARA MENGEMASKAN KELIM BELAH KANGKUNG.1. Jahitan mesinSesuai untuk fabrik nipis dan sederhana yang tidak berjerumbai.2. Jahitan insang pariSesuai untuk fabrik yang nipis, jarang tenunannya, dan mudah berjerumbai. Misalnya, fabrik sutera dan fabrik kapas yang lembut.3. Menggunakan kunPita lurus, reben atau kun jalur serong tepat boleh digunakan untuk mengemas tepi belah kangkung. Sesuai digunakan untuk fabrik tebal dan berjerumbai.4. Jahitan lilit ubiSesuai untuk fabrik yang mudah berjerumbai.b. KELIM BETAWI1. Kelim betawi sesuai dijahit pada fabrik nipis dan fabrik yang mudah berjerumbai.2. Ciri-ciri kelim betawi :(a) Kukuh dan tahan lasak.(b) Tepinya tidak perlu dikemas.(c) Lebar kelim antara 4mm hingga 6mm.(d) Jahitan tidak kelihatan di sebelah luar.(e) Dijahit dengan dua baris jahitan.

PROSES MENJAHIT KELIM BETAWILangkah 1: Temukan sebelah dalam fabrik, semat dengan peniti, jelujur atas garisan pemadan dan jahit mesin dengan jarak 6 mm dari garisan pemadan. Gunting basi kelim sehingga lebarnya tinggal 3mm.Langkah 2: Buka dan ratakan kelim pada sebelah dalam supaya ia tidak beralur apabila diterbalikkan.Langkah 3 : Terbalikkan kelim supaya sebelah luar fabrik bertemu, semat dngan peniti, jelujur dan jahit mesin di atas garisan pemadan.Langkah 4 : Tanggalkan jahitan jelujur dan tekan kelim supaya menghala ke belakang artikel.

c. KELIM LIPAT TINDIH1. Kelim lipat tindih adalah kelim yang sangat berguna bagi pakaian dalam dan pelbagai jenis pakaian luar.2. Kelim jenis ini memperlihatkan mata jahitan pada kelim di sebelah luar.3. Kelim tersebut adalah teguh kerana ia dijahit menggunakan tiga lapisan kain. 4. Kelim ini tidak digunakan pada kain-kain tebal yang berkedut.KEDUDUKAN KELIM LIPAT TINDIH garisan bahu mendatang garisan puteri garisan pinggang kelim lengan pesak skirt atau gaun dan baju melayu mengenakan ropol pada pakaian atau artikelCARA-CARA MENGEMAS KELIM LIPAT TINDIH Dengan jahit insang pari Dengan cara balutan sendiri Dengan kun / pita jalur serong tepat Dengan mesin pengemas tepi

d. KELIM PAPAN MESIN1. Kelim papan mesin adalah rata, kemas dan tidak berjerumbai. 2. Oleh itu, kelim ini digunakan untuk kain yang mudah berjerumbai dan sederhana tebal.3. Kelim ini kelim yang kukuh kerana ia dijahit dengan menggunakan dua baris jahitan. 4. Ia boleh disiapkan di sebelah luar atau di sebelah dalam pakaian.5. Jika disiapkan di sebelah luar, dua baris jahitan mesin akan kelihatan di sebelah luar dan satu baris jahitan akan kelihatan di sebelah dalam.6. Begitu juga sebaliknya jika disiapkan di sebelah dalam maka dua baris jahitan mesin akan kelihatan di sebelah dalam dan satu baris jahitan akan kelihatan di sebelah luar. 7. Kelim ini juga boleh dijahit menggunakan benang yang berwarna kontras untuk menjadi hiasan atau stail pada pakaian.

KEDUDUKAN KELIMKemeja,Blaus, Pijama , Seluar, Pakaian kerja dan Jeans