KelJpayaa - myrepositori.pnm.gov.my · awal kejayaan pelaksanaan fungsi komersial DBP dapat...

1
KelJpayaa » Untung lebih RM13juta hasH jualan buku, majalah selepas setahun ambil alih urusan komersial produk Oleh Hafizah Iszahanid hafiza@bh,com.my S elama 12 tahun fungsi komersial Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diken- dalikan syarikat konsesi, DBP menanggung pelba- gai kesan yang bukan sahaja menjejaskan imejnya sebagai agensi kerajaan, tetapi juga mem- bantutkan penyebarluasan bahan bahasa, sastera dan ilmu yang menjadi tugas utama DBP. Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Awang Sariyan dalam temu bualnya dengan Sastera BH me- nyebut, prestasi syarikat konsesi yang mengendalikan fungsi ko- mersil agensi itu selama 12 tahun ternyata tidak cukup berkesan, malah beberapa tahun menje- lang tamatnya tempoh konsesi, prestasinya semakin lema):l de- ngan lambakan manuskrip tidak dicetak menurut keperluan selain pemasaran serta pengedarannya amat terbatas. "Faktor itu adalah dorongan paling kuat mengapa DBP berjuang untuk mengambil alih fungsi komersial daripada syarikat konsesi," katanya. Perjuangan itu ternyata ber- baloi apabila sejak setahun lalu, fungsi komersial itu dikendalikan o1eh Bahagian Pengedaran dan Pema' saran DBP yang menyaksi- kan transformasi dalam sistem pengedaran dan pemasaran DBP. Mansuh sistem pelantikan pengedar Antaranya, DBP memansuhkan sistem pelantikan pengedar de- ngan melantik wakil penjual te- rus. Sehingga 25 September lalu, sebanyak 65 wakil penjual sudah Kedai buku bergerak yang dinamakan Ujana Suku DSP iaitu kedai da/am bentuk van diwujudkan untuk kemudahan pengguna. dilantik di seluruh nega- ra dan dalam waktu terdekat,jumlah itu dijang- ka meningkat 132. Transformasi itu ternya- ta membawa kesan positif, antaranya sebelas judul majalah terbitan DBP yang dahulunya sangat sukar dibeli kini boleh didapati di rangkaian kedai buku utama seperti Borders, MPH, Kinokuniya, Kedai Buku Satu Malaysia, Pasar Raya Mydin dan kini bakal diperoleh di stesen minyak PETRONAS. "Sejak pengambilalihan itu; penerbitan bahan yang lewat dapat diatasi. Buku judul am yang terbengkalai di tangan syarikat konsesi segera dicetak dan buku yang memenuhi keperluan masyarakat dicetak semula," katanya. Tambah Awang, merancakkan lagi proses pemasaran, DBP turut mewujudkan kedai buku bergerak, Ujana Buku DBP iaitu kedai dalam bentuk van, tiga buah untuk pantai barat Semenanjung dan masing- masing sebuah untuk pantai timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Pendekatan mesra pengguna "Ujana Buku DBP adalah pendeka- tan mesra pengguna yang mem- bawa produk DBP ke setiap lokasi yang dikunjungi. Selain itu, DBP juga membina portal e-buku de- ngan kerjasama Perbadanan Kota Buku, Digital DBP.com yang akan dirasmikan pada hari ini bersempena dengan Hari Inovasi DBP . "Portal ini dijangka akan men- jadi sayap pemasaran dalam ta- lian yang berkesan dan meluas, termasuk untuk pasaran antara- bangsa, selain produk DBP dapat dipesanmelalui e-sentral. com.my, book.capital.com.my, bukudbp. com, store.llstreet.mylbookstore dan lazada.com.my," katanya. Tegas Awang, ketika ini, DBP sedang merancang untuk me- nubuhkan syarikat di bawah ka- ® KHAMIS 1 OKTOBER 2019 walan Lembaga Pengelola DBP untuk ber- gerak secara lebih agresif dalam melaksanakari fungsi komersial. "Penubuhari syarikat itu bagi membolehkan DBP bergerak secara lebih profesional, ber- autonomi dan membuka be- berapa, banyak ruang yang tidak dibolehkan bagi agensi kerajaan. I Penuhi dasar kerlUaan "Selain itu, kami perlu memenuhi perubahan dasar kerajaan yang beransur-ansur memberikan autonomi kepada badan berka- nun, khususnya dalam mencari peruntukan untuk projek dan ' pengurusan," katanya. Tambah Awang, sejak fungsi komersial DBP dikembalikan, keyakinan penulis terhadap DBP juga semakin pulih dengan meningkatnya jumlah manuskrip yang diperoleh. Malah, menerusi Program Penerbitan Berpakej yang dilancarkan oleh DBP pada hujung tahun 2012, seramai 4,000 penulis pelbagai bidang sud,ah berdaftar dan sedang menyusun ribuan judul buku baharu yang merentas ratusan bidang ilmu dan karya kreatif. Selepas setahun, gambaran awal kejayaan pelaksanaan fungsi komersial DBP dapat dirumuskan, iaitu jualan produk DBP yang berlipat ganda seperti majalah yang mencapai jumlah . edaran antara 150 hingga 200 peratus sebulan dan DBP berjaya mencapai jumlah hasil bersih bagi buku judul am serta majalah (tidak termasuk buku teks) me- lebihi RM13 juta. Fungsi komersial DSP yang dikembalikan se/epas 12 tahun membuahkan kejayaan dan meningkatkan jua/an produk DBP.

Transcript of KelJpayaa - myrepositori.pnm.gov.my · awal kejayaan pelaksanaan fungsi komersial DBP dapat...

KelJpayaa

» Untung lebih RM13juta hasH jualan buku,

majalah selepas setahun ambil

alih urusan komersial produk

Oleh Hafizah Iszahanid hafiza@bh,com.my

S elama 12 tahun fungsi komersial Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diken­dalikan syarikat konsesi, DBP menanggung pelba­

gai kesan yang bukan sahaja menjejaskan imejnya sebagai agensi kerajaan, tetapi juga mem­bantutkan penyebarluasan bahan bahasa, sastera dan ilmu yang menjadi tugas utama DBP.

Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Awang Sariyan dalam temu

bualnya dengan Sastera BH me­nyebut, prestasi syarikat konsesi yang mengendalikan fungsi ko­mersil agensi itu selama 12 tahun ternyata tidak cukup berkesan, malah beberapa tahun menje­lang tamatnya tempoh konsesi, prestasinya semakin lema):l de­ngan lambakan manuskrip tidak dicetak menurut keperluan selain pemasaran serta pengedarannya amat terbatas.

"Faktor itu adalah dorongan paling kuat mengapa DBP berjuang untuk mengambil alih fungsi komersial daripada syarikat konsesi," katanya.

Perjuangan itu ternyata ber­baloi apabila sejak setahun lalu, fungsi komersial itu dikendalikan o1eh Bahagian Pengedaran dan Pema'saran DBP yang menyaksi­kan transformasi dalam sistem pengedaran dan pemasaran DBP.

Mansuh sistem pelantikan pengedar Antaranya, DBP memansuhkan sistem pelantikan pengedar de­ngan melantik wakil penjual te­rus. Sehingga 25 September lalu, sebanyak 65 wakil penjual sudah

Kedai buku bergerak yang dinamakan Ujana Suku DSP iaitu kedai da/am bentuk van diwujudkan untuk kemudahan pengguna.

dilantik di seluruh nega­ra dan dalam waktu terdekat,jumlah itu dijang­ka meningkat 132.

Transformasi itu ternya-ta membawa kesan positif, antaranya sebelas judul majalah terbitan DBP yang dahulunya sangat sukar dibeli kini boleh didapati di rangkaian kedai buku utama seperti Borders, MPH, Kinokuniya, Kedai Buku Satu Malaysia, Pasar Raya Mydin dan kini bakal diperoleh di stesen minyak PETRONAS.

"Sejak pengambilalihan itu; penerbitan bahan yang lewat dapat diatasi. Buku judul am yang terbengkalai di tangan syarikat konsesi segera dicetak dan buku yang memenuhi keperluan masyarakat dicetak semula," katanya.

Tambah Awang, merancakkan lagi proses pemasaran, DBP turut mewujudkan kedai buku bergerak, Ujana Buku DBP iaitu kedai dalam bentuk van, tiga buah untuk pantai barat Semenanjung dan masing­masing sebuah untuk pantai timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Pendekatan mesra pengguna "Ujana Buku DBP adalah pendeka­tan mesra pengguna yang mem­bawa produk DBP ke setiap lokasi yang dikunjungi. Selain itu, DBP juga membina portal e-buku de­ngan kerjasama Perbadanan Kota Buku, Digital DBP.com yang akan dirasmikan pada hari ini bersempena dengan Hari Inovasi DBP.

"Portal ini dijangka akan men­jadi sayap pemasaran dalam ta­lian yang berkesan dan meluas, termasuk untuk pasaran antara­bangsa, selain produk DBP dapat dipesanmelalui e-sentral.com.my, book.capital.com.my, bukudbp. com, store.llstreet.mylbookstore dan lazada.com.my," katanya.

Tegas Awang, ketika ini, DBP sedang merancang untuk me­nubuhkan syarikat di bawah ka-

® KHAMIS 1 OKTOBER 2019

walan Lembaga Pengelola DBP untuk ber-gerak secara lebih agresif dalam melaksanakari fungsi komersial.

"Penubuhari syarikat itu bagi membolehkan DBP bergerak secara lebih profesional, ber­autonomi dan membuka be­berapa, banyak ruang yang tidak dibolehkan bagi agensi kerajaan. I

Penuhi dasar kerlUaan "Selain itu, kami perlu memenuhi perubahan dasar kerajaan yang beransur-ansur memberikan autonomi kepada badan berka­nun, khususnya dalam mencari peruntukan untuk projek dan ' pengurusan," katanya.

Tambah Awang, sejak fungsi komersial DBP dikembalikan, keyakinan penulis terhadap DBP juga semakin pulih dengan meningkatnya jumlah manuskrip yang diperoleh. Malah, menerusi Program Penerbitan Berpakej yang dilancarkan oleh DBP pada hujung tahun 2012, seramai 4,000 penulis pelbagai bidang sud,ah berdaftar dan sedang menyusun ribuan judul buku baharu yang merentas ratusan bidang ilmu dan karya kreatif.

Selepas setahun, gambaran awal kejayaan pelaksanaan fungsi komersial DBP dapat dirumuskan, iaitu jualan produk DBP yang berlipat ganda seperti majalah yang mencapai jumlah . edaran antara 150 hingga 200 peratus sebulan dan DBP berjaya mencapai jumlah hasil bersih bagi buku judul am serta majalah (tidak termasuk buku teks) me­lebihi RM13 juta.

Fungsi komersial DSP yang dikembalikan se/epas 12 tahun membuahkan kejayaan dan meningkatkan jua/an produk DBP.