KEMAHIRAN ASAS SEORANG KAUNSELOR** - … · Suasana Teraputik Suasana yang aman dan tenang tanpa...

14
KEMAHIRAN ASAS SEORANG KAUNSELOR* * MOHAMED SHARIF MUSTAFFA, Ph.D & ROSLEE AHMAD Jabatan Pendidikan Sosial, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai SULAIMAN SHAKIB MOHD NOOR Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial Universiti Teknologi Malaysia, Skudai ABSTRAK Dalam kertas kerja ini membicarakan seorang kaunselor perlu mengetahui dan mempunyai kemahiran asas kaunseling yang mana ianya amat penting dalam kaunselor menjalankan sesi kaunseling. Kemahiran kemahiran asas kaunseling yang perlu ada dalam diri seseorang kaunselor antaranya adalah kemahiran prasesi, kemahiran membina hubungan, kemahiran membina suasana persekitaran, kemahiran menyoal, kemahiran mendengar, parafrasa atau menyatakan semula, meminta penjelasan, kemahiran berempati, kemahiran refleksi, kemahiran berkomunikasi, kemahiran merumus dan beberapa lagi kemahiran asas seperti yang dinyatakan dalam kertas kerja ini. Kaunselor harus mempelajari dan memahami segala kemahiran yang perlu dalam proses menolong klien mengikut kesesuaian masa dan tempat. Sekiranya kemahiran yang diaplikasikan tidak sesuai digunakan maka ia mempengaruhi seluruh proses kaunseling sepeti menyukarkan klien menyelesaikan masalah mereka akibat kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap kaunselor. * Kertas kerja Peringkat Antarabangsa dibentangkan di Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14 – 15 Jun 2003 di Wisma Indah, Changi Road 448, Singapura. Anjuran Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura.

Transcript of KEMAHIRAN ASAS SEORANG KAUNSELOR** - … · Suasana Teraputik Suasana yang aman dan tenang tanpa...

Page 1: KEMAHIRAN ASAS SEORANG KAUNSELOR** - … · Suasana Teraputik Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan memudahkan penghayatan ... proses kaunseling dapat berjalan …

KEMAHIRAN ASAS SEORANG KAUNSELOR**

MOHAMED SHARIF MUSTAFFA, Ph.D & ROSLEE AHMAD

Jabatan Pendidikan Sosial, Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

SULAIMAN SHAKIB MOHD NOOR Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

ABSTRAK

Dalam kertas kerja ini membicarakan seorang kaunselor perlu mengetahui dan

mempunyai kemahiran asas kaunseling yang mana ianya amat penting dalam

kaunselor menjalankan sesi kaunseling. Kemahiran kemahiran asas kaunseling

yang perlu ada dalam diri seseorang kaunselor antaranya adalah kemahiran

prasesi, kemahiran membina hubungan, kemahiran membina suasana

persekitaran, kemahiran menyoal, kemahiran mendengar, parafrasa atau

menyatakan semula, meminta penjelasan, kemahiran berempati, kemahiran

refleksi, kemahiran berkomunikasi, kemahiran merumus dan beberapa lagi

kemahiran asas seperti yang dinyatakan dalam kertas kerja ini. Kaunselor harus

mempelajari dan memahami segala kemahiran yang perlu dalam proses

menolong klien mengikut kesesuaian masa dan tempat. Sekiranya kemahiran

yang diaplikasikan tidak sesuai digunakan maka ia mempengaruhi seluruh

proses kaunseling sepeti menyukarkan klien menyelesaikan masalah mereka

akibat kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap kaunselor.

* Kertas kerja Peringkat Antarabangsa dibentangkan di Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14 – 15 Jun 2003 di Wisma Indah, Changi Road 448, Singapura. Anjuran Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura.

Page 2: KEMAHIRAN ASAS SEORANG KAUNSELOR** - … · Suasana Teraputik Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan memudahkan penghayatan ... proses kaunseling dapat berjalan …

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003

PENGENALAN

Kaunselor perlu mengetahui dan mempunyai kemahiran asas kaunseling bagi

melancarkan perjalanan sesi kaunseling yang akan dikendalikan olehnya. Oleh

yang demikian, sebelum seseorang kaunselor memberi perkhidmatan

kaunseling , mereka perlulah terlebih dahulu menguasai beberapa kemahiran

asas yang perlu di dalam proses menolong. Di antara kemahiran kemahiran

yang dimaksudkan adalah seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran

memparafrasa, kemahiran membuat refleksi, kemahiran membuat interpretasi,

kemahiran berempati dan lain- lain. Di bawah ini akan dihuraikan secara ringkas

tentang beberapa kemahiran asas untuk menolong yang dianggap penting.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

Kemahiran Prasesi Sebelum sesuatu sesi kaunseling dijalankan, kaunselor sewajarnya terlebih

dahulu menyemak rekod peribadi klien untuk mendapatkan maklumat yang boleh

membantu kelancaran sesi kaunseling yang akan dijalankan. Selain itu,

kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk

berbincang tanpa banyak berlakunya gangguan semasa sesi kaunseling

berlangsung. Ini adalah kerana sesuatu sesi kaunseling itu akan dapat berjalan

dengan baik apabila klien merasa selesa meneruskan sesi dan kaunselor pula

perihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh klien.

Kemahiran Membina Hubungan Kemahiran membina perhubungan ini termasuklah memberi perangsang kepada

klien supaya sentiasa tenang dan berfikiran positif. Kaunselor mesti berusaha

membina suasana persekitaran yang kondusif lagi meyakinkan dan

menunjukkan kemesraan kepada klien. Sesuatu perhubungan yang baik boleh

diperhatikan melalui beberapa perlakuan berikut:

2

Page 3: KEMAHIRAN ASAS SEORANG KAUNSELOR** - … · Suasana Teraputik Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan memudahkan penghayatan ... proses kaunseling dapat berjalan …

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003

1 Kemesraan perhubungan dalam pertemuan.

1 Klien berkongsi masalah tanpa rasa ragu.

1 Tanda kepercayaan lahir disebabkan penerimaan tanpa syarat oleh

kaunselor.

Di bawah kemahiran membina perhubungan ini terdapat beberapa sub

kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapuitik,

ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata,

pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan cara duduk dalam

kaunseling. Kesemua kemahiran-kemahiran ini adalah bertujuan untuk

memperbetulkan ketidak seimbangan kenyataan yang diberikan oleh klien.

Membina Suasana Persekitaran

Memandangkan biasanya sesuatu perbincangan kaunseling selalunya

berlangsung selama 30 minit atau lebih sedikit semetara tajuk yang

dibincangkan mungkin serius, maka tempat yang sesuai amat diperlukan. Kerusi

meja yang sesuai perlu digunakan seperti kerusi tadi tidak menyakitkan pinggang

atau bergoyang sehingga boleh menghilangkan tumpuan tehadap sesi yang

dijalankan. Suhu bilik pula tidak terlalu panas atau sejuk. Bilik atau ruang sesi

kaunseling mestilah kemas dan tidak menyakitkan penglihatan klien dan

kaunselor.

Suasana Teraputik

Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan memudahkan penghayatan

perasaan dan pengaliran idea-idea tanpa rasa terancam. Oleh itu suasana

teraputik merupakan asas penting yang membolehkan sesi kaunseling berjalan

baik dan lancar .

3

Page 4: KEMAHIRAN ASAS SEORANG KAUNSELOR** - … · Suasana Teraputik Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan memudahkan penghayatan ... proses kaunseling dapat berjalan …

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003

Ruang Untuk Berkomunikasi

Dalam kaunseling, kemahiran mengurus ruang penting dalam menentukan

proses kaunseling dapat berjalan dengan berkesan tanpa gangguan fizikal atau

psikologikal. Kaunselor perlulah memahami beberapa pertunjuk berhubung

masalah ruang ini seperti peraturan agama, perbezaan jantina, umur, budaya ,

latar belakang etnik dan isu yang dibincangkan. Di dalam sesi kaunseling

jarak/ruang kaunselor dan klien haruslah tidak terlalu hampir atau terlalu jauh

sehingga boleh menyukarkan interaksi kedua-dua pihak.

Penampilan Diri

Pandangan kali pertama penting dalam menentukan keberkesanan hubungan

yang bakal terjalin di antara kaunselor dan klien. Sebagai contoh kaunselor dan

klien harus berpakaian mengikut norma - norma tempatan. Penampilan yang

luar biasa pula boleh menganggu tumpuan semasa sesi seperti berpakaian

dengan pakaian yang menjolok mata, pakaian terlalu serebih mahupun bau

badan busuk atau bau minyak wangi yang terlalu kuat dan merangsangkan.

Ekspresi Muka

Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka merupakan satu cara manusia

menghantar mesej. Oleh itu, adalah penting kaunselor mempamerkan ekspresi

muka atau wajah yang dapat meyakinkan klien. Ekspresi muka yang tidak sama

dengan kata-kata akan menimbulkan reaksi kurang senang klien. Seperti mulut

tersenyum tetapi nada suara sinis. Senyuman seperti ini tidak akan ditafsirkan

sebagai ikhlas tetapi ia lebih kepada mengejek.

Kontak Mata Kontak mata bukan bererti kaunselor memandang tepat pada biji mata klien,

tetapi menumpukan perhatian ke arah muka klien. Tujuan sebenar kontak mata

adalah bertujuan untuk memberi tumpuan, menunjuk minat, menunjuk tanda

hormat, menggalakkan perundingan dan mempamerkan kesungguhan kaunselor

terhadap isu yang dibawa oleh klien.

4

Page 5: KEMAHIRAN ASAS SEORANG KAUNSELOR** - … · Suasana Teraputik Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan memudahkan penghayatan ... proses kaunseling dapat berjalan …

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003

Kemahiran Menyoal Satu lagi kemahiran asas yang penting dalam proses komunikasi ialah

“kemahiran menyoal”. Menyoal di sini bermaksud keupayaan kaunselor untuk

mengemukakan sesuatu soalan yang bertujuan memudahkan kefahaman klien

terhadap tajuk atau isu yang sedang dibincangkan. Kesesuaian soalan yang

dikemukakan amat penting agar maklum balas yang diperoleh boleh membantu

proses bimbingan yang sedang berlangsung.

Kemahiran menyoal ini dapat dipraktikkan melalui dua bentuk soalan, iaitu

soalan terbuka dan soalan tertutup.

Soalan Terbuka

Soalan Tertutup

• Bentuk soalan yang

dikemukakan kepada klien yang

memerlukan penerangan atau

penjelasan yang panjang.

• Memberi banyak ruang kepada

klien untuk terus bercakap.

Contoh

Kaunselor, “Bagaimanakah

peristiwa itu boleh berlaku,”

ataupun

“Cuba anda terangkan apakah

tindakan yang harus anda lakukan.”

• Bentuk soalan langsung yang

memerlukan jawapan

pengesahan secara ringkas,

iaitu “ya” atau “tidak”.

• Ruang untuk terus bercakap

terhad.

Contoh

Kaunselor, “Siapakah yang

melakukannya?” ataupun

“Sanggupkah anda menceritakan

peristiwa sebenar apa yang berlaku?”

5

Page 6: KEMAHIRAN ASAS SEORANG KAUNSELOR** - … · Suasana Teraputik Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan memudahkan penghayatan ... proses kaunseling dapat berjalan …

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003

Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar merupakan perkara asas yang perlu dikuasai dengn baik

oleh seseorang kaunselor. Secara amnya dapatlah kita katakan bahawa

mendengar itu adalah satu proses yang dinamik dimana kita cuba sedaya upaya

memberi sepenuh tumpuan dari segi jasmani, emosi dan perasaan untuk

memahami dan mendapatkan mesej yang hendak disampaikan secara

berkesan.

Biasanya dalam proses komunikasi, individu akan memberi tumpuan kepada dua

bentuk penyampaian yang berbeza, iaitu yang melibatkan lisan dan bukan lisan.

Penumpuan terhadap bentuk lisan melibatkan usaha kita untuk memahami

mesej yang disampaikan secara pertuturan, sebutan ataupun ucapan. Biasanya

mesej secara lisan lebih mudah difahami melalui nada, kata-kata, bahasa, gaya,

sebutan dan sebagainya.

Tumpuan bukan lisan pula memerlukan kaunselor mendapatkan mesej secara

tidak langung melalui penggunaan bahasa isyarat yang mana ia dipersembahkan

melalui pelbagai cara. Salah satunya ialah dengan cara memberi tumpuan

kepada gerak geri badan (contoh: cara duduk), mimik muka (contoh: senyum)

ataupun pergerakan anggota badan (contoh : mendakap tangan). Mesej yang

tersirat ini sebenarnya membantu kita untuk memahami dengan lebih jelas

tentang apa yang disampaikan secara lisan. Reik (1948) dalam bukunya

Listening With The Third Ear pernah menegaskan tentang kepentingan

mendengar yang dimaksudkan di atas di mana beliau menyatakan “mendengar

dengan telinga ketiga”.

Parafrasa atau Menyatakan Semula Dalam keadaan-keadaan tertentu, kaunselor perlu membuat penegasan tentang

sesuatu perkara yang sedang dibincangkan. Ketika ini kaunselor bolehlah

6

Page 7: KEMAHIRAN ASAS SEORANG KAUNSELOR** - … · Suasana Teraputik Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan memudahkan penghayatan ... proses kaunseling dapat berjalan …

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003

membuat parafrasa, iaitu menyatakan semula isi cerita secara ringkas supaya

mudah difahami.

Contoh: Klien : Kaunselor: Klien:

“Saya memang begitu serius sekali dengan semua rakan-

rakan saya.”

“Jadi anda begitu serius sekali dengan rakan-rakan anda.”

“Ya, saya memang serius.”

Meminta Penjelasan Kaunselor akan meminta kliennya untuk memberi penerangan yang lebih lanjut

mengenai sesuatu isu yang sedang dibincangkan. Keadaan ini berlaku apabila

isu yang cuba dibincangkan oleh klien menjadi semakin kabur dan sukar

difahami.

Contoh: Kaunselor:

“Saya kurang faham tentang apa yang anda cakapkan,

bolehkah anda terangkan dengan lebih lanjut satu persatu.”

Kemahiran Berempati

Empati bermaksud “memahami orang lain melalui kendiri dalaman orang itu

(rangka rujukan) yang dijadikan sebagai asas bagi memahaminya dan untuk

berkomunikasi dengannya” (Kurpius, 1986). Sebagai kaunselor, kemahiran

berempati amat penting untuk menunjukkan bahawa kaunselor betul-betul

7

Page 8: KEMAHIRAN ASAS SEORANG KAUNSELOR** - … · Suasana Teraputik Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan memudahkan penghayatan ... proses kaunseling dapat berjalan …

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003

berada di sisi klien. Maksudnya di sini klien boleh merasakan bahawa dia betul-

betul sedang dibantu dari segi jasmani, emosi, perasaan serta mental ketika itu.

Ee Ah Meng (1995) berpendapat empati ialah kebolehan untuk memahami idea

yang disampaikan oleh klien dan perasaan-perasaan yang berkaitan dengan

idea itu. Suasana hubungan yang mesra hasil dari sifat berempati tadi

membolehkan klien rasa lebih yakin untuk berada di hadapan kaunselor.

Dengan ini, klien merasa lebih selamat dan selesa untuk meneruskan sesi

kaunselingnya.

Contoh:

Klien : Kaunselor:

“Saya tidak tahu apa yang hendak dilakukan lagi. Saya

acap kali memikirkan masalah ini. Ayah dan ibu saya

seolah-olah tidak memahami bahawa saya sudah tidak

peduli lagi terhadap kehendak mereka.”

“Saya dapat merasakan kekecewaan yang anda alami.”

Kemahiran Refleksi

Kemahiran ini memperlihatkan sejauh mana kaunselor boleh membaca mesej

atau maklumat yang hendak disampaikan oleh klien. Pada waktu yang sama

kaunselor dengan menggunakan kemahiran refleksi cuba menyatakan kembali

mesej tersebut kepada kliennya. Dengan cara ini, kita boleh membuktikan

kepada klien bahawa kaunselor sedang berusaha menerokai serta melihat alam

klien sebagaimana apa yang sedang dilihat oleh klien sendiri ketika itu.

Kemahiran refleksi boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu refleksi

perasaan, refleksi pengalaman dan refleksi isi.

8

Page 9: KEMAHIRAN ASAS SEORANG KAUNSELOR** - … · Suasana Teraputik Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan memudahkan penghayatan ... proses kaunseling dapat berjalan …

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003

Refleksi Perasaan

Refleksi Pengalaman

Refleksi Isi

• Tumpuan kepada

emosi.

• Perasaan yang

dilafaz atau

dinyatakan secara

lisan. (kasih

sayang, kerisauan,

sedih, rasa

bersalah dsb).

Contoh

Kaunselor: “Guru

andalah yang

membuatkan anda

rasa bersalah setiap

masa.”

• Tumpuan kepada

tingkah laku.

• Perasaan yang

dibayangkan

melalui gerak geri

bukan lisan.

(senyuman,

gelisah,

menangis,

gementar dsb).

Contoh

Kaunselor: “Anda

tersenyum, sebaliknya

saya terasa yang anda

sebenarnya kecewa

sekali.”

• Tumpuan kepada

kognitif

• Pernyataan semua

idea-idea penting

secara ringkas dan

padat.

Contoh

Klien: “Kata-kata ibu

benar-benar

melukakan hati saya

cikgu.”

Kaunselor: “Ia benar-

benar menyakitkan

hati.”

Kemahiran Berkomunikasi Kemahiran berkomunikasi merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh

seorang kaunselor. Kaunselor hendaklah menggunakan perkataan-perkataan

yang mudah difahami oleh klien.. lni adalah kerana bukan semua klien adalah

berpelajaran tinggi atau mempunyai pengetahuan yang sama. Di samping itu

juga, kaunselor hendaklah mengelakkan penggunaan ayat-ayat yang panjang

dan berbelit-belit kerana mengelakkan klien daripada keliru dan tidak faham apa

9

Page 10: KEMAHIRAN ASAS SEORANG KAUNSELOR** - … · Suasana Teraputik Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan memudahkan penghayatan ... proses kaunseling dapat berjalan …

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003

yang telah dikatakan oleh kaunselor. Komunikasi bukan lisan pula melibatkan

gerak badan , kontak mata seperti kaunselor boleh mengangguk kepalanya dan

duduk mencodong ke hadapan sedikit sebagai tanda menunjukkan minat dan

lain-lain gerak balas.

Kemahiran Melakukan Dorongan Minimum Dorongan minima sangat diperlukan tanda sokongan dan dorongan kepada klien

untuk meneruskan perbincangan. Dorongan minima adalah merupakan respon

dalam bentuk ungkapan ringkas ataupun pergerakan positif yang mengalakkan

klien untuk terus bercakap dan memberikan penjelasan. Di antara contoh

dorongan minima dalam bentuk perkataan adalah seperti bagus , teruskan,

selepas itu, jadi, terangkan lagi, oh , dan dalam bentuk anggota seperti

sentuhan, angguk kepala, kerutan di dahi, senyuman, ya dan lain-lain lagi.

Tujuan dorongan minima adalah untuk memberikan rangsangan kepada klien

untuk terus bercerita. Di samping ia menunjukkan kaunselor mendengar dan

faham apa yang sedang diperkatakan oleh klien.

Ishammuddin Ismail (1999) menjelaskan tujuan melakukan mendorong minima

ialah;

a) kaunselor memberi perhatian

b) menolong penerokaan kendiri klien

c) supaya klien terns bercakap

d) mempengaruhi arus perbualan

e) Punctuate interview

Kemahiran Mengendali Kesenyapan Kaunselor perlu bijak dalam mengendalikan kesenyapan semasa sesi kaunseling

berjalan. Kaunselor perlu tahu masa yang sesuai untuk mengalakkan klien terus

bercakap atau mengekalkan kesenyapan untuk beberapa ketika. Kesenyapan ini

memberikan peluang kepada kaunselor dan klien untuk memikirkan tindakan

yang sewajarnya diambil seterusnya. Selain itu, ia juga memberikan peluang

10

Page 11: KEMAHIRAN ASAS SEORANG KAUNSELOR** - … · Suasana Teraputik Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan memudahkan penghayatan ... proses kaunseling dapat berjalan …

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003

kepada klien untuk berfikir kembali dengan tenang mengenai hujahnya itu atau

mengingat kembali sesuatu yang barangkali dia terlanjur mengatakannya atau

mahu mengubah fikirannya.

Kemahiran Aplikasi Teori Dan Teknik Kaunseling Apabila seseorang kaunselor menguasai teori-teori dan teknik-teknik kaunseling,

kaunselor akan lebih berupaya untuk menolong klien untuk berhadapan dengan

masalah yang dihadapi oleh klien dengan lebih yakin . Apa yang lebih penting

ialah kaunselor perlu tahu bagaimana dan bila masanya untuk mengaplikasi

kemahiran teori dan teknik-teknik kaunseling yang ada padanya. Kaunselor juga

perlu bijak memilih teknik sesuai digunakan apabila berhadapan dengan

seseorang klien itu.

Kemahiran Merumus Merumus boleh difahami sebagai pernyataan atau pengikatan semula bahagian

isi dan perasaan penting yang telah dikatakan oleh klien dalam sesi kaunseling

tersebut. Rumusan adalah lebih meluas jika dibandingkan dengan parafrasa.

Kemahiran merumus ini bertujuan untuk menyedarkan klien serta mengimbas

kembali apa yang telah dibincangkan semasa sesi kaunseling itu. Sesuatu

rumusan boleh dilakukan di permulaan, di tengah atau pun di akhir sesi

kaunseling. Rumusan yang dibuat pada hujung sesi kaunseling, biasanya

merupakan rumusan keseluruhan bagi sesuatu sesi kaunseling

lshamuddin Ismail (1999) menjelaskan tujuan merumus ialah;

a) Menghubungjalinkan beberapa elemen daripada mesej klien

b) Mengenalpasti satu paten atau tema yang konsisten atau yang selalu

timbul selepas beberapa mesej tersebut.

c) Supaya klien mendengar semula kata-katanya.

d) Supaya tidak ada berlaku perubahan rupa Sesuai digunakan apabila

sesi terhenti atau terbantut.

11

Page 12: KEMAHIRAN ASAS SEORANG KAUNSELOR** - … · Suasana Teraputik Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan memudahkan penghayatan ... proses kaunseling dapat berjalan …

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003

e) Dalam kesenyapan yang berpanjangan, rumusan boleh

mempercepatkan proses kaunseling.

Kemahiran Konfrontasi Kemahiran ini hanya dilaksanakan setelah terbentuk hubungan yang baik antara

klien dengan kaunselor. Semasa kemahiran konfrontasi dijalankan, kaunselor

menggunakan nada yang lembut yang mengandungi unsur- unsur ambil berat

agar mesej yang disampaikan tidak tersalah tafsir oleh klien. Biasanya

kemahiran konfrontasi akan digunakan oleh kaunselor kepada klien dalam

keadaan –keadaan berikutnya :

a) Terdapat percanggahan antara apa yang dikatakan oleh klien tentang

dirinya dengan apa yang dilakukannya.

b) Apabila terdapat percanggahan di antara apa yang dikatakan pada

satu masa apa yang dikatakan pada masa yang lain.

c) Tingkah laku bertentangan dengan apa yang dikatakan.

d) Pengalaman kaunselor dengan klien bertentangan dengan apa yang

dikatakan oleh klien mengenai dirinya .

Contoh l "Tadi anda kata anda ingin berjaya, tetapi nampaknya anda langsung tiada

persediaan untuk berjaya".

Contoh 2 "Tadi saya dengar anda rasa kecewa dengan pensyarah itu, tapi dalam masa

yang sarna, anda rasa takut berhadapan dengan pensyarah itu untuk

mengetahui isu yang sebenar".

12

Page 13: KEMAHIRAN ASAS SEORANG KAUNSELOR** - … · Suasana Teraputik Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan memudahkan penghayatan ... proses kaunseling dapat berjalan …

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003

Tujuan konfrontasi mengikut Ishamuddin Ismail (1999) adalah seperti berikut;

a) Membenarkan klien menerokai mekanisme bela diri yang menghindari

pemahaman dan tindakannya.

b) Membantu klien mengenalpasti satu kontrakdisi, rasionalisasi, helah atau

salah interpretasi.

c) Membantu klien menerokai bahagian-bahagian perasaan, pengalaman

dan tingkah laku yang klien sendiri merasa berat untuk menghadapinya.

d) Menunjukkan kepada klien apa yang sedang berlaku pada diri klien.

e) Supaya tingkahlaku klien rnenjadi lebih bersepadu.

KESIMPULAN Secara dasarnya, untuk menjadikan seorang kaunselor yang berjaya adalah

tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu.

Kaunselor harus mempelajari dan memahami segala kemahiran yang perlu

dalam proses menolong klien mengikut kesesuaian masa dan tempat. Sekiranya

kemahiran yang diaplikasikan tidak sesuai digunakan maka ia mempengaruhi

seluruh proses kaunseling sepeti menyukarkan klien menyelesaikan masalah

mereka akibat kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap kaunselor.

RUJUKAN Abdul Rashid Mohamad. 2000. Bimbingan dan Kaunseling 1. Petaling Jaya :

Pearson Education Malaysia Sdn Bhd.

Aziz Salleh. 2002. Kaunseling Islam Asas. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Manan Mulla Bar. 1990. Kaunseling Dalam Konteks Budaya Islam (Satu

Teori Peribadi Mengenainya. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.

Ibrahim Ahmad. 2002. Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah

Rendah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

13

Page 14: KEMAHIRAN ASAS SEORANG KAUNSELOR** - … · Suasana Teraputik Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan memudahkan penghayatan ... proses kaunseling dapat berjalan …

Seminar Antarabangsa Guru-Guru Agama Singapura (PERGAS) pada 14-15 Jun 2003

Kamal Abd Manaf. 1998. Masalah dan Penyelesaian Dalam Kaunseling Islam 2.

Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Kamal Abd Manaf. 1996. Manusia Dan Personaliti Membantuk Insan Yang

Sempurna. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Kamal Abd. Manaf. 1996. Kaunseling Islam. Perbandingan Antara Amalan Dan

Teori Kaunseling Barat. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors

Sdn Bhd.

Mohamed Fadzil Che Din & Rasidah Dato Hj Omar. 2002. Pengantar Bimbingan

Dan Kaunseling. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, Fatimah Mohamad Tajuddin & Nor Atiah

Ismail. 2002. Nilai-Nilai Cemerlang Kepimpinan Islam. Kuala Lumpur :

Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Suradi Salim. 1996. Bimbingan Dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd.

Shaharom Tm Sulaiman. 1999. Pengurusan Islam Dan Pembangunan Manusia.

Batu Caves: Thinker’s Library Sdn Bhd.

Wan Hussain Azmi Abdul Kadir. 1995. Kaunseling Dan Psikologi Menurut Islam.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ya’qub Muhammad Hussin. 2001. Beberapa Panduan Asas Usrah Dan Harakah.

Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.

14