Kemahiran Bahasa

9
ISL – KEMAHIRAN BERBAHASA KANAK-KANAK 1 JULAI 2008 PENULISAN Menulis boleh didefinisikan sebagai: Menulis adalah merupakan satu proses atau untuk menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau dengan dirinya. Menulis juga adalah satu proses untuk memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang, mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan pelahiran idea yang jelas dan tersusun. Kemahiran menulis adalah satu kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh pelajar bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi untuk mata pelajaran- mata pelajaran yang lain. Ini adalah disebabkan bahawa bahasa adalah alat untuk menyalurkan maklumat. Menulis dalam apa bentuk sekalipun adalah mustahak kerana ia dapat membantu mempertingkatkan tahap pencapaian pelajar di dalam pembelajaran. Faedah menulis kepada pelajar tidak terhad untuk jangka masa pendek, bahkan berlanjutan sepanjang usia hidupnya. Kesimpulannya menulis adalah penglahiran perasaan, idea ke dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik ini disusun sehingga

description

km

Transcript of Kemahiran Bahasa

ISL KEMAHIRAN BERBAHASA KANAK-KANAK 1 JULAI 2008 PENULISAN Menulis boleh didefinisikan sebagai: Menulis adalah merupakan satu proses atau untuk menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau dengan dirinya. Menulis juga adalah satu proses untuk memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang, mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan pelahiran idea yang jelas dan tersusun. Kemahiran menulis adalah satu kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh pelajar bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi untuk mata pelajaran- mata pelajaran yang lain. Ini adalah disebabkan bahawa bahasa adalah alat untuk menyalurkan maklumat. Menulis dalam apa bentuk sekalipun adalah mustahak kerana ia dapat membantu mempertingkatkan tahap pencapaian pelajar di dalam pembelajaran. Faedah menulis kepada pelajar tidak terhad untuk jangka masa pendek, bahkan berlanjutan sepanjang usia hidupnya. Kesimpulannya menulis adalah penglahiran perasaan, idea ke dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik ini disusun sehingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya. Aktiviti menulis Bagi menggalakkan kanak-kanak supaya dapat menulis dengan baik. Guru perlulah meningkatkan dan memperkukuhkan asas menulis bagi membolehkan kanak-kanak 1 dapat menulis dengan baik, cekap dan pantas. Dengan itu tujuan menulis boleh meningkat penulisan kanak-kanak. (a) Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca. (b) Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk lisan. (c) Menyuburkan minat suka menulis atau membentuk. Untuk itu guru perlukah menyediakan pelbagai aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran dalam penulisan dalam bentuk permainan. Antara kemahiran-kemahiran yang dicadangkan adalah seperti: Bermain membentuk huruf dengan menggunakan tangan dan jari. Seperti menulis di udara, menulis di atas pasir, menulis dengan menggunakan warna. Di samping untuk meningkatkan lagi kemahiran ini guru bolehlah menggalakkan kanak-kanak membentuk huruf dengan cara membuat corak, menekap dengan menggunakan warna air dan warna pensel. Latihan pernyataan fikiran atau mengeluarkan pendapat.Dengan memberikan kanak-kanak buku besar atau buku bergambar. Kita boleh mendapatkan kanak-kanak meluahkan fikiran dan menyatakan sesuatu tentang apa yang dilihatnya daripada dalam buku. Latuhan menyatakan perasaan. Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan apabila menulis sesuatu bentuk. Dia akan berpuas hati sekiranya guru memuji apabila dapat menghasilkan tulisan yang menarik, cantik dan kemas. Latihan pernyataan kehendak. Latihan menulis dengan meningkatkan kemahiran mekanis seperti menulis kemahiran huruf besar, tanda baca dan ejaan. PEMBACAAN Membaca memerlukan satu tingkat berfikir yang tinggi dan komunikasi mesej atau makna serta sedutan makna. Membaca merupakan proses kognitif, iaitu berfikir melalui bahan bercetak. Proses menguasai bacaan melibatkan tahap penguasaan yang berbeza-beza. Pada setiap aras penguasaan mencerminkan tahap penguasaanpembacaan bagi individu tersebut. Pada setiap tahap penguasaan bacaan ini terdapat beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh pembaca. Setiap tahap boleh disimpulkan seperti berikut: (a) Kaedah Abjad (Tahap prabacaan) Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah huruf atau kaedah mengeja dan merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Kanak-kanak dikehendaki mengenali nama, bentuk dan mengecam huruf abjad. (b) Kaedah Fonik (Tahap bacaan mekanis) Kaedah ini lebih menekankan amalan membuat latih tubi tentang penyebutan bunyi huruf, suku kata, frasa, ayat-ayat dan kurang memberi tumpuan kepada nama huruf. Kanak-kanak dilatih menyebut huruf secara terasing dan kemudiannya menggabungkan dengan bunyi huruf-huruf lain untuk membentuk suku kata dan perkataan. Contoh lambang b bukannya bi tetapi disebut sebagai beh, a disebut ah dan begitulah seterusnya. Kaedah fonik ini sesuai diajar kepada kanak-kanak kerana bahasa Melayu terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya. Amalan ini akan membolehkan mereka yang baru belajar membaca melakukan latihan sebutan perkataan-perkataan baru. (c) Kaedah Seluruh Perkataan (Tahap bacaan dan kefahaman) Kaedah ini juga dikenali dengan kaedah perkataan, kaedah rangkai kata, dan kaedah ayat. Kaedah ini lebih menumpukan kepada menyebut keseluruhan perkataan dengan bantuan gambar untuk merujuk kepada menyebut keseluruhan perkataan dengan bantuan gambar untuk merujuk benda yang dipamerkan itu. Kanak-kanak dilatih melakukan dua kemahiran di dalam satu masa, iaitu menyebutkan keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap rangsangan berbentuk gambar. Berbantukan gambar yang dilabelkan berhampiran dengan perkataan tersebut kanak-kanak boleh menyebut perkataan untuk mewakili maksud yang terdapat di atas gambar tersebut. Aktiviti membaca Aktiviti membaca boleh dijalankan oleh guru sama ada di dalam kelas mahu pun di luar kelas. Latihan bacaan dan kefahaman perlu diadakan bagi menajamkan kecekapan kanak-kanak untuk membaca dan memahami sesuatu bahan yang dibaca. Dalam memilih bahan bacaan untuk latihan, guru perlulah bijak untuk memilih bahan-bahan yan difikirkan sesuai. Antaranya ialah: Buku Bahan-bahan yang dicetak oleh guru Risalah-risalah. Misalnya risalah pelancongan dan risalah perniagaan Akhbar Majalah Bahan-bahan bacaan lain. Aktiviti membaca dapat dibahagikan kepada 2 iaitu: Bacaan bersuara Ia dilakukan secara mekanis dengan pembaca menyuarakan tulisan yang dilihatnya dengan sebutan yang jelas dan terang dengan menggunakan intonasi, sebutan, gaya, rentak, irama, tanda baca dan penjedaan yang betul. Jenis ini biasanya dilakukan diperingkatkan awal penguasaan bacaan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang baru hendak belajar membaca atau pada pembacaan sajak, pantun dan syair. Bacaan senyap Bacaan senyap merupakan bacaan yang menukarkan isi kandungan bacaan kepada makina tanpa bersuara. Di peringkat ini kanak-kanak telah dapat menguasai bacaan senyap. Bacaan ini lebih menekankan kefahaman pembaca terhadap isi kandungan bahan yang dibacanya. PERTUTURAN Kemahiran bertutur ialah kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan suprapenggalan ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti bertutur Aktiviti pertuturan menggalakkan kanak-kanak menyebut perkataan dengan betul, menggunakan intonasi dan jeda yang tepat dan jelas di samping merangsang kebolehan membentuk ayat yang lengkap. Aktiviti kuiz melatih kanak-kanak dalam penggunaan soalan seperti siapa, di mana, bagaimana, bila dan mengapa. Aktiviti nyanyian dapat memudahkan kanak-kanak belajar menyebut perkataan dan rangkaikata yang berirama. Melalui nyanyian juga dapat meningkatkan perbendaharaan kata kanak-kanak. Berikut adalah aktiviti-aktiviti pertuturan: Memberi ucap selamat, terima kasih, bermaafan Aktiviti perbualan awal dan bersoaljawab Menyanyi lagu pendek dan lagu tradisional Bercerita, menceritakan semula peristiwa ikut urutan Melafazkan pantun dan puisi Melakonkan watak dalam cerita Melakon watak penjual dan pembeli Melakon peranan ibu, ayah, guru Meniru aksi dan watak haiwan seperti kucing dan ayam Berjenaka Bersajak Penggunaan perisian komputer PENDENGARAN Kemahiran mendengar adalah satu cara penting dalam mempelajari sesuatu bahasa. Kemahiran melibatkan kemahiran menerima maklumat secara lisan. Tanpa mempunyai kemahiran mendengar yang baik akan menyebabkan seseorang kanak-kanak itu tidak akan dapat untuk menguasai kemahiran berbahasa yang lain dengan baik lagi. Untuk itu guru perlulah menyediakan beberapa aktiviti yang dapat memperkukuhkan kemahiran mendengar kanak-kanak. Pengalaman mendengar merupakan kemahiran lisan yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah. Kanak-kanak akan didedahkan dengan kemahiran-kemahiran berikut untuk pelbagai aktiviti antaranya ialah kemahiran: Mendengar dengan penuh perhatian Mengecam dan membezakan bunyi dalam sesuatu persekitaran Mendengar dan bergerak balas yang sesuai terhadap sesuatu perbualan, cerita, rima dan nyanyian. Aktiviti mendengar Ketiga-tiga kemahiran mendengar di atas melibatkan 2 proses utama iaitu membuat jangkaan dan menentukan tujuan. (a) Berdasarkan kemahiran mendengar dengan penuh perhatian aktiviti yang dapat dijalankan adalah seperti berikut; Mendengar dan memadankan objek dengan bunyi yang didengarkan. Untuk itu aktiviti yang dapat dijalankan ialah kanak-kanak akan mendengar, meneka dan mengajuk bunyi seperti bunyi burung, kereta, loceng, bunyi piano, bunyi kucing dan lain-lain lagi. Mendengar cerita dari guru sambil membunyikan objek atau haiwan yang terdapat di dalam cerita. Mendengar dan mengajukkan bunyi objek atau haiwan yang terdapat dalam cerita. (b) Mengecam dan membezakan bunyi dalam sesuatu persekitaran.

Menyusun objek berdasarkan tinggi rendah bunyi yang didengarkan seperti menyusun xilofon dan mengetuk botol yang diisi air dalam pelbagai ketinggian. Mengecam dan mendengar serta mengajuk bunyi yang diperdengarkan. (c) Mendengar dan bergerak balas yang sesuai terhadap sesuatu perbualan, cerita, rima dan nyanyian. Mendengar cerita, puisi atau muzik sambil menggerakkan bahagian tubuh badan dan menunjukkan gerak balas perasaan seperti gembira, sedih atau simpati. Berlatih mengecam bunyi perkataan yang sama dengan memberi isyarat seperti mengangkat tangan, bertepuk tangan dan menganggukkan kepala. RUJUKAN Zulkifli bin Yaakob (2007). Perkembangan Bahasa dan Pembelajaran Kanak-kanak. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd. http://pemulihankhas.blogspot.com/2008/01/pengajaran-bahasa-melayu-kelas.html