Kemahiran Belajar Yang Cemerlang Dan Kemahiran Literasi Maklumat

13
Kemahiran belajar yang cemerlang DEFINISI KEMAHIRAN BELAJAR Sebelum kita merujuk definisi kemahiran belajar, kita terlebih dahulu boleh merujuk kepada definisi kemahiran dan definisi belajar. Menurut Kamus Dewan Bahasa(Edisi ke3) kemahiran diertikan sebagai kecekapan atau kepandaian manakala definisi bagi belajar diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran iaitu dengan adanya rangsangan-rangsangan,pemilihan rangsangan yang yang sesuai oleh organ deria,pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam otak,membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan dan mengamalkan dalam situasi yang sepadan dan perubahan tingkah laku. Definisi bagi kemahiran belajar adalah proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada guru atau tanpa guru. Terdapat pelbagai kajian dan pendapat terhadap kemahiran belajar yang telah diketengahkan. Menurut Abdul Razak Habib(2002) kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperolehi hasil pembelajaran tertentu. Dunn dan Dunn (1992) menyatakan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang,lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang positif apabila mereka mempunyai teknik belajar yang berkesan.Justeru itu,kaedah dan pendekatan kemahiran belajar yang lebih praktikal adalah wajar untuk diketengahkan kepada para pelajar. JENIS-JENIS KEMAHIRAN BELAJAR 1. Kemahiran dalam proses belajar. Ia yang melibatkan kemahiran membaca, memahami, mengingat dan mengaplikasi. Pelajar harus tahu dan mengamalkan langkah belajar berikut semasa belajar: i. Menerima dan mendaftar data atau maklumat: ii. Memahami apa yang diterima: iii. Mengingat apa yang telah dipelajari: iv. Mengaplikasi apa yang telah dipelajari

description

emahiran Belajar Yang Cemerlang Dan Kemahiran Literasi Maklumat

Transcript of Kemahiran Belajar Yang Cemerlang Dan Kemahiran Literasi Maklumat

Kemahiran belajar yang cemerlangDEFINISI KEMAHIRAN BELAJARSebelum kita merujuk definisi kemahiran belajar, kita terlebih dahulu boleh merujuk kepada definisi kemahiran dan definisi belajar. Menurut Kamus Dewan Bahasa(Edisi ke3) kemahiran diertikan sebagai kecekapan atau kepandaian manakala definisi bagi belajar diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran iaitu dengan adanya rangsangan-rangsangan,pemilihan rangsangan yang yang sesuai oleh organ deria,pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam otak,membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan dan mengamalkan dalam situasi yang sepadan dan perubahan tingkah laku.Definisi bagi kemahiran belajar adalah proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada guru atau tanpa guru. Terdapat pelbagai kajian dan pendapat terhadap kemahiran belajar yang telah diketengahkan. Menurut Abdul Razak Habib(2002) kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperolehi hasil pembelajaran tertentu.Dunn dan Dunn (1992) menyatakan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang,lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang positif apabila mereka mempunyai teknik belajar yang berkesan.Justeru itu,kaedah dan pendekatan kemahiran belajar yang lebih praktikal adalah wajar untuk diketengahkan kepada para pelajar.

JENIS-JENIS KEMAHIRAN BELAJAR1. Kemahiran dalam proses belajar. Ia yang melibatkan kemahiran membaca, memahami, mengingat dan mengaplikasi. Pelajar harus tahu dan mengamalkan langkah belajar berikut semasa belajar:i. Menerima dan mendaftar data atau maklumat:ii. Memahami apa yang diterima:iii. Mengingat apa yang telah dipelajari:iv. Mengaplikasi apa yang telah dipelajari

2. Kemahiran menguruskan masa. Kemahiran ini adalah kemahiran menyediakan jadual waktu belajar. Pembelajaran cemerlang bergantung kepada masa yang diperlukan untuk belajar dan menguasai sesuatu. Pelajar lemah memerlukan lebih banyak masa untuk menguasai sesuatu berbanding dengan pelajar cerdas. Pelajar harus boleh menyediakan jadual waktu belajar di rumah. Pelajar yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran harus memberi lebih masa belajar untuk mata pelajaran itu.3. Kemahiran perpustakaan. Ini melibatkan kemahiran mencari maklumat yang dikehendaki. Kemahiran perpustakaan akan membolehkan mereka mencari maklumat yang dikehendaki di perpustakaan. Kemahiran perpustakaan melibatkan pengetahuan sistem klasifikasi bahan rujukan, kemahiran dalam merujuk melalui kad katalog atau komputer, dan mendapat bahan rujukan daripada rak-rak.4.Kemahiran memperoleh maklumat. Ini melibatkan kemahiran mengenal pasti, mengumpul,membuat analisa, dan menyampaikan maklumat. Dalam p&p untuk pembelajaran masteri, anda harus melatih pelajar menjadi pelajar berdikari supaya mereka mahir memperoleh maklumat atau menyelesaikan sesuatu masalah dengan sendiri.

5.Kemahiran membaca: Pelajar seharusnya dapat menguasai kemahiran membaca kerana ia akan membantu pelajar memilih maklumat yang dikehendaki dan mengenal pasti idea utama atau idea yang penting.Pada asasnya, pelajar anda harus menguasai lima langkah berikut (SQ3R):i. Skim: Baca sepintas lalu.ii. Question: Menyoaliii. Read: Membacaiv. Recite: Menyebut kembaliv. Review: Menyemak Untuk menyemak idea utama yang telah dicatatkan supaya dapat memahaminya.Terdapat 4 gaya pembacaan iaitu Skimming ( luncuran ) Imbasan(scanning )Bacaan intensif & Bacaan laju .6. Kemahiran membuat nota: Guru selalu meminta para pelajar untuk menyalin nota tetapi mereka tidak diajar bagaimana membuat nota. Kemahiran ini penting untuk menguasai sesuatu maklumat dan membantu mereka membuat ulang kaji dengan cepat serta mengingat maklumat itu.Mencatat nota bermakna pelajar mencatat maklumat ringkas dan penting sahaja Dengan pelbagai cara seperti perkataan penting, singkatan, simbol, akronim, lakaran, dan pelbagai bentuk seperti objektif, jadual, carta aliran, gambar rajah Venn & peta minda.7. Kemahiran memotivasi: Kemahiran yang melibatkan pelajar dirangsang dengan ganjaran atau hukuman.8. Kemahiran berfikir. Proses menggunakan minda samada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu,membuat pertimbangan atau keputusan dan menyelesaikan masalah.Terdapat beberapa kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir kreatif &kritis, membuat keputusan serta induktif dan deduktif.9. Kemahiran mengingat: Para pelajar selalu tidak dapat mengingati pelajaran yang telah diajar untuk jangka masa panjang.Pada asasnya, cara untuk mengingat ialah mengulang kaji: kerap kita ulangkaji lebih lama ingatan. Pelajar yang berbeza dalam kecerdasan memerlukan bilangan ulang kaji yang berbeza. Paling penting pelajar selalu mengulang kaji bagi mengingat .Mengulang nota yang telah disediakan dengan berulang kali,kerja amali atau eksperimen.

10. Kemahiran menulis : Terdapat 2 jenis iaitu menulis laporan dan menulis cepat.

11. Kemahiran mendengar: Mendengar merupakan sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia yang melibatkan aktiviti kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar.

12. Kemahiran maklumat : Keupayaan seseorang mengenal pasti keperluan maklumat mencari dan mengumpulkan, mengurus dan mengolah maklumat dan membekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu. Maklumat tersebut boleh diperoleh dari banyak sumber.

13. Kemahiran Menjawab Soalan Pepeperiksaan Kemahiran menjawab soalan peperiksaan berbentuk objektif dan subjektif. Kemahiran menjawab soalan peperiksaan adalah penting untuk pelajar mendapat markah yang lebih tinggi dan mempunyai keputusan peperiksaan yang baik.

KEPENTINGAN MEMPELAJARI KEMAHIRAN BELAJARPelbagai kepentingan yang boleh pelajar perolehi dari kemahiran belajar. Antaranya ialah pelajar akan dapat menggunakan celik akal untuk menyelesaikan masalah-masalah yang wujud, pelajar akan dapat mengaitkan pengalaman yang sedia ada dengan pembelajaran yang baru, membangkitkan kesediaan pelajar terhadap isi pelajaran yang akan dipelajari, dan melatih pelajar menggunakan persepsi dengan tepat untuk membina jalan pemikiran yang rasional.Selain itu, objektif kemahiran belajar adalah menyediakan pelajar berupaya belajar tanpa guru, membolehkan pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran, membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri, membolehkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan. Teknik-teknik dalam kemahiran belajar juga dapat meningkatkan pemahaman dan pencapaian pelajar. Antara teknik-teknik belajar yang dikemukakan oleh Francis P.Robinson (1961),Walter Pauk (1962) dan Peter Edward (1973) adalah seperti teknik STUV1. S-sumarize [ringkaskan nota penting]2. T-test your self [uji diri anda]3. U-use [gunakan]4. V-visualize [bayangkan selalu]

Teknik Belajar 5R1. Recopy [salin semula]2. Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x] 3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]4. Recheck [semak semula]5. Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]KEMAHIRAN BELAJAR YANG MEMBERI KESAN POSITIF

Pernyataan mengenai dengan mempelajari kemahiran belajar akan memberi kesan yang positif kepada pencapaian pelajar sememangnya benar. Saya bersetuju dengan pernyataan tersebut dengan cara kita melihat beberapa kesan yang baik kepada seorang pelajar.Kemahiran belajar mampu meningkatkan daya belajar dan daya intelek seseorang individu . Dengan adanya kemahiran belajar ,seorang pelajar mampu belajar dengan cara yang betul dan mengaplikasikan serta proses pembelajaran akan berterusan dalam diri pelajar tersebut.Kemahiran belajar juga dapat memupuk disiplin belajar. Kemahiran belajar yang memupuk disiplin seperti kemahiran mengurus masa yang melibatkan pelajar membuat jadual waktu belajar untuk pembahagian masa belajar. Hal ini akan mendisiplinkan pelajar untuk belajar pada masa yang dijadualkan mengikut jadual waktu belajarnya. Pelajar juga akan dapat mengurus masa dengan lebih berkesan.Pelajar juga akan dapat mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat dan dari semasa ke semasa akan meningkatkan daya ingatan akibat mempelajari kemahiran belajar. Kemahiran belajar membuat suatu maklumat dari proses pembelajaran akan mudah difahami dan ingati oleh pelajar.Pembelajaran kemahiran belajar juga akan dapat meningkatkan pencapaian individu dan sekaligus mencapai matlamat pelajar tersebut. Beberapa jenis kemahiran belajar yang dipelajari dapat meningkatkan pencapaian individu dengan membantu mereka ketika proses pembelajaran dengan cara yang betul dan berkesan. Akhirnya,seorang pelajar akan dapat membina budaya belajar yang berkesan dan membawa kecemerlangan.KEMAHIRAN BELAJARStrategi Dan Teknik Pembelajaran BerkesanPengenalan :Setiap manusia dikurniakan otak yang sama bijak. Bergantung kepada manusia tersebut menggunakan otaknya dengan sebaik mungkin. Teknik belajar yang baik dapat membantu orang yang berkebolehan sederhana mencapai keputusan yangcemerlang berbanding dengan orang yang berkebolehan baik tetapi mempunyai teknik yang lemah.Sesuatu teknik / strategi belajar yang baik akan menjimatkan masa, memudahkan kerja, menambat minat dan boleh kita menguasai pelajaran kita. Semua orang ingin mencapai keputusan yang cemerlang tetapi tidak tahu bagaimana untuk mencapainya ? Seringkali ramai penuntut yang beranggapan bahawa keputusan cemerlang hanya untuk orang yang bijak pandai sahaja. Dengan demikian, mereka tak perlu lagi berusaha mencapai kecemerlangan kerana mereka bukan dari orang yang bijak pandai..2. Bagaimanakah caranya mencapai keputusan yang cemerlang ?Kebanyakan orang bukan bijak pandai, tetapi mereka masih boleh berjaya , mengapa ?Kita perlulah mempunyai perkara-perkara berikut untuk berjaya dalam pelajaran :2.1 Suatu sistem yang teratur lagi tepat.2.2 Keazaman yang tinggi untuk mencapai kejayaan..2.3 Pegangan hidup Kerjanya minima tetapi hasilnya maximum.2.4 Peraturan yang teliti dan cekap.Ramai pelajar yang membuat jadual waktu untuk belajar tetapi tidak kurang juga yang hanya sekadar membuat jadual waktu untuk hiasan dinding tanpa dipatuhi. Bagi yang mematuhinya pula mereka lebih cenderong untuk membuat diri sibuk dengan membuat pelbagai ulangkaji dan sebagainya dalam jadual waktu itu. Keadaan seperti ini boleh kita ibaratkan seperti mendulang bijih timah. Banyak kerja yang hendak dilakukan tetapi perkara pokok yang dikehendaki di sana ialah bijih timah sahaja, bukannya tanah, batu, pasir, air dll yang terdapat dalam tanah yang telah digali tadi. Ramai pelajar gagal mencari bijih timah ini tetapi lebih gemar mengali tanah yang mempunyai banyak bijih timah. Keadaan seperti ini telah menyebabkan mereka tidak mampu mendapat keputusan yang baik kerana mereka merasakan pelajaran tersebut terlalu berat untuk di bawa bersama.

LITERASI DAN KEMAHIRAN MAKLUMATLITERASI MAKLUMATLiterasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.Doyle (1992) mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai satu kebolehan untuk mengakses, menilai dan mengunakan maklumat dari pelbagai sumber. Bahagian Teknologi Pendidikan (2002) pula mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai keupayaan untuk mengkakses dan menilai maklumat bagi membuat pemilihan dan menyelesaikan permasalahan secara efektif.

DOYLE (1992)Satu kebolehan untuk mengakses, menilai dan menggunakan maklumat daripada pelbagai sumber. Bahagian Teknologi Pendidikan (2002)Keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membuat pemilihan dan menyelesaikan permasalahan secara efektif. American Library Association (1989)Seseorang yang berliterasi maklumat adalah seseorang yang boleh mengenalpasti bila maklumat diperlukan dan mempunyai kebolehan untuk menentu, menilai danmengguna secara berkesan maklumat yang diperlukan.

Kesimpulannya :Definisi LM adalah boleh mengakses, menilai dan menggunakan maklumat tersebut.

Teknologi maklumat (IT) telah mengubah cara kita bekerja (aspek ekonomi), berkomunikasi (aspek sosial), dan berfikir (aspek psikologi). Walaupun Malaysia masih belum mencapai status masyarakat maklumat, kita sudah merasai bahang dan gelora Zaman Maklumat. Kita tidak dapat menguasai teknologi dengan hanya menekan butang komputer. Kita perlu mempunyai kemahiran mengakses maklumat. Hanya dengan adanya literasi komputer dan literasi maklumat yang tinggi, barulah kita dapat bekerja, dalam persekitaran maya, yang dirangkaikan menjadi pangkalan data sejagat. Literasi maklumat atau celik maklumat adalah kemahiran melakukan perkara-perkara seperti mengenal pasti dan mencari sumber maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai. Selepas itu, kita perlulah menilai kualiti dan menyusun maklumat dengan betul serta dapat menggunakan maklumat itu dengan efektif. Kecekapan utama ataupun teras dalam celik maklumat berdasarkana. Pemahaman luas berkenaan sifat maklumatSeseorang perlu memahami sifat maklumat dalam pelbagai subjek atau disiplin ilmu.Kesedaran berkaitan kewujudan pelbagai jenis sumber rujukan dan kegunaannya perlu diketahui.b. Kebolehan mencapai maklumatMengenal pasti sumber-sumber maklumat yang akan digunakan bagi sesuatu tujuan. Selain itu, keupayaan bagi memastikan berapa banyak maklumat yang diperlukan juga penting. Dalam mencapai makluamat eletronik, mengetahui kaedah carian yang berkesan adalah penting. Carian maklumat dalam pangkalan data ataupun internet memerlukan kemahiran khusus. Kebolehan Menilai Kebenaran MaklumatMaklumat yang diperoleh perlu dipastikan kesahihannya. Ia dapat dilakukan dengan beberapa cara seperti meneliti pengarang, penerbit, tahun penerbitan dan isi kandungan sumber maklumat.

Kebolehan menganalisis dan merumus maklumat.Seseorang perlu tahu memilih maklumat yang relevan dan sesuai sahaja bagi memenuhi sesuatu keperluan.Sejak tahun 1960-an, pelbagai istilah telah digunakan untuk mengungkap sesuatu yang bermaklumat. Antaranya ialah Automasi Perpustakaan, Pengajaran Perpustakaan, Pengajaran Bibliografik dan Pendidikan Pembaca. Tapi pada tahun 1990-an, ia mula dikenali dengan nama Kemahiran Maklumat, Pengajaran Kemahiran Maklumat dan Literasi Maklumat. Oleh sebab kuasa, kawalan, dan minat juga dikaitkan dengan maklumat dan IT, sesiapa yang menguasai maklumat juga menguasai yang lain. Daripada kuasa dan kawalan itulah lahirnya perbezaan kelas dalam masyarakat yang menjadi faktor utama penyebaran, pengaksesan, dan juga kapasiti masing-masing dalam menggunakan maklumat yang sedia ada.

Konsep konsep literasi maklumat

Konsep literasi maklumat mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 1980 oleh American Library Association (ALA). ALA membentuk Forum Kebangsaan Mengenai Literasi Maklumat (National Forum on Information Literacy) yang dianggotai 65 organisasi bagi menggembangkan konsep literasi maklumat atau celik maklumat. Pada tahun 1989, ALA mengeluarkan definisi literasi maklumat yang diterima dan diguna pakai oleh umum sehingga sekarang.Jika dilihat secara terperinci, literasi bermaksud keupayaan untuk membaca dan mendapatkan makna daripada perkataan. Selain itu, literasi juga didefinisikan sebagai mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk menggunakan sesuatu. Manakala, maklumat pula ialah hasil daripada pemprosesan , pengumpulan dan penganalisaan data yang dapat menambah pengetahuan kepada penerima maklumat. Secara ringkasnya, maklumat merupakan konteks apabila data digunakan. Tambahan lagi, maklumat ialah sesuatu penerangan yang diperolehi daripada pelbagai sumber terutamanya dalam bentuk data, pengetahuan atau kebijaksanaan. Maklumat juga merupakan proses menambah pengetahuan secara langsung atau tidak langsung melalui pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain seperti pengetahuan yang disimpan dalam bentuk bahan cetak, bahan tayang dan bahan tiga dimensi.Jadi, literasi maklumat boleh digambarkan sebagai keupayaan mendapat makna daripada maklumat. Menurut Rader (1991), literasi maklumat ialah satu keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat dengan berkesan bagi menyelesaikan sesuatu masalah dan mengambil keputusan. Doyle,C (1994) pula merujuk kepada keupayaan untuk mengakses, menilai dan mengguna maklumat daripada pelbagai sumber.

Ciri Ciri Orang Berliterasi MaklumatOrang yang berliterasi maklumat merupakan orang yang celik maklumat di mana mereka dapat menguasai semua kemahiran yang diperlukan. Mereka sering dijadikan bahan rujukan oleh semua orang kerana mereka boleh didibaratkan sebagai kamus bergerak. Terdapat 7 ciri ciri yang dapat dinyatakan. Antaranya ialah mereka mengakses maklumat secara berkesan dan efisien, mereka dapat menilai maklumat secara kritis dan cekap , mereka dapat menggunakan maklumat secara betul dan bersesuaian dengan apa yang dikehendaki, mereka sering berusaha mendapatkan maklumat berhubung pelbagai aspek kehidupan yang berkait rapat dengan mereka, mereka juga menghargai bahan bahan sastera yang kreatif, mereka berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan maklumat dan penjanaan ilmu, mengamalkan tingkah laku dan etika yang baik berhubung maklumat dan IT, dan mereka suka mengambil bahagian dalam kumpulan untuk menjadi pencari maklumat yang baik. Selain itu, orang yang berliterasi maklumat mampu untuk bersaing dengan ledakan maklumat pada zaman serba teknologi menuju wawasan 2020 kelak.

Kepentingan Literasi Maklumat Dalam KehidupanLiterasi maklumat amat penting dalam kehidupan terutamanya buat seseorang pelajar. Literasi maklumat juga memberikan banyak impak dalam kehidupan seharian kita semua tidak mengira jantina mahupun kaum.Dari aspek dasar pembangunan negara, celik maklumat dapat membangunkan ekonomi berasaskan k ekonomi dan k masyarakat. K ekonomi ialah satu cabang ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Ekonomi ini adalah satu sistem ekonomi dimana penjanaan dan eksploitasi ilmu dan pengetahuan memainkan peranan yang dominan didalam usaha untuk membina kekayaan. Bagi negara ekonominya maju, lebih daripada 70% tenaga manusia adalah pekerja berilmu . Manakala, k masyarakat pula ialah masyarakat yang berasaskan pengetahuan. Jadi, disini jelaslah sudah bahawa literasi maklumat amat penting dalam membangun ekonomi dan melahirkan individu yang berdaya saing selaras dengan arus pemodenan dan globalisasi yang terlalu bergantung kepada teknogi maklumat amnya.Tambahan lagi, literasi maklumat amat bertepatan dengan Matlamat Pendidikan Negara yang ingin melahirkan generasi ulul-albab yang celik maklumat selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Manakala, dari aspek sosial, maklumat yang sudah diproses akan menjadi ilmu yang akan menjadikan kita lebih pandai, proaktif, produktif,kreatif,dan inovatif , iaitu syarat yang dituntut oleh era baru. Dari segi pendapatan negara, menggunakan lebih banyak maklumat bukan sahaja boleh meningkatkan pengeluaran perkhidmatan dan barangan baru, malahan pengeluarannya dapat dilakukan dengan lebih murah, kualiti yang tinggi, dan dalam tempoh jangka masa yang lebih singkat. Contohnya, sistem penempahan tiket kapal terbang. Selain membolehkan prosesnya berjalan lancar, syarikat penerbangan juga dapat memantau dan mengawal perjalanan penumpang di seluruh dunia pada tiap tiap hari. Daya saing syarikat meningkat, keuntungan bertambah dan kos operasi berkurang.Dalam erti kata yang lain, semakin banyak maklumat yang digunakan, semakin kuranglah tenaga manusia dan bahan mentah konvensional lain yang diperlukan. Hal ini dapat diperhatikan di Jepun dan Singapura. Walaupun mereka tidak mempunyai sumber alam dan galian, negara mereka dapat mengeksport barangan dan perkhidmatan ke negara lain. Negara ini hanya memanfaatkan sumber yang ada dengan memberikan pendidikan yang baik kepada rakyatnya dengan maklumat dan ilmu terkini. Daripada maklumat dan ilmu itulah, banyak produk baru dapat dihasilkan dan dieksport.

Literasi maklumat amat penting dalam mengejar arus ledakan maklumat yang serba canggih sekarang. Semua manusia haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang IT untuk menjadi orang yang berliterasi maklumat.Dari aspek pendidikan, ia membawa perubahan ke arah sistem pendidikan bestari. Pembestarian sistem pendidikan di sekolah perlu mengambil kira aspek pembinaan minda/kognitif pelajar maklumat. Program literasi maklumat membantu membina intelek pelajar dan ianya hendaklah dilaksanakan untuk menjana modal insan yang mempunyai minda kelas pertama (RMK9). Literasi maklumat perlu dikuasai oleh semua pelajar. Kemahiran yang sama perlu digunakan di semua peringkat pembelajaran dengan skop yang berbeza. Kemahiran ini penting diajarkan dalam konteks kurikulum sebagai satu proses untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Oleh sebab kuasa, kawalan, dan minat juga dikaitkan dengan maklumat dan IT, sesiapa yang menguasai maklumat juga menguasai yang lain. Daripada kuasa dan kawalan itulah lahirnya perbezaan kelas dalam masyarakat yang menjadi faktor utama. dalam perkembangan sosioekonominya.

Bagi pelajar yang mengambil pengajian jarak jauh,

BIBLIOGRAFI

http://books.google.com.my/booksapps.emoe.gov.my/pkgtbb/Ambigapathy Pandian. Literasi Maklumat dikalangan guru pelatih bahasa.Computer literacy, Universiti Sains Malaysia 2005ISBN9833391214Irma Indayu Omar & Yushiana Mansor(2005). Siri Teknologi Maklumat,Panduan Mencari Maklumat. PTS Professional PublishingSdn.Bhd (678274-D) 2005.