Kemahiran Menulis

26
Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah BMM 3104 PENGENALAN Tulisan dan bacaan mempunyai hubungan yang rapat dan saling melengkapi. Seseorang akan membaca hasil tulisan seseorang dan hasil tulisan seseorang pula adalah untuk dibaca oleh orang lain. Begitu juga apabila seseorang menulis, dia juga sedang membaca apa yang ditulisnya. Tulisan adalah lambang- lambang bunyi yang diwakili oleh perkataan-perkataan yang ditulis. Apabila lambang-lambang yang ditulis itu dibaca atau dibunyikan semula, maka barulah wujudnya bahasa melalui tulisan itu. Melalui tulisan manusia melahirkan perasaan, fikiran, dan juga kemahuan mereka. Melalui tulisan juga manusia dapat menikmati keindahan bahasa melalui penulisan yang indah dan penulisan yang banyak memberi maklumat. Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang dramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatf. 1

description

esaiman bmm sem 5

Transcript of Kemahiran Menulis

Page 1: Kemahiran Menulis

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah BMM 3104

PENGENALAN

Tulisan dan bacaan mempunyai hubungan yang rapat dan saling

melengkapi.  Seseorang akan membaca hasil tulisan seseorang dan hasil tulisan

seseorang pula adalah untuk dibaca oleh orang lain.  Begitu juga apabila seseorang

menulis, dia juga sedang membaca apa yang ditulisnya.  Tulisan adalah lambang-

lambang bunyi yang diwakili oleh perkataan-perkataan yang ditulis.  Apabila

lambang-lambang yang ditulis itu dibaca atau dibunyikan semula, maka barulah

wujudnya bahasa melalui tulisan itu. Melalui tulisan manusia melahirkan perasaan,

fikiran, dan juga kemahuan mereka.  Melalui tulisan juga manusia dapat menikmati

keindahan bahasa melalui penulisan yang indah dan penulisan yang banyak

memberi maklumat.

Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat

serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan

ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan

ayat yang dramatis, tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas, cantik,

dan kemas. murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk

menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatf.

Rajah 1 : Tujuan Menulis

1

Tujuan Menulis

Mendirikan asas menulis

Mengeja perkataan

Melahirkan fikiran dan perasaan

Menyuburkan minat

Meluaskan Kosa kata

Memberi kepuasan jiwa

Memenuhi masyarakat dan negara

Page 2: Kemahiran Menulis

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah BMM 3104

Secara umumnya terdapat dua jenis kemahiran menulis yang diberi

penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.  Pertamanya adalah

kemahiran menulis secara mekanis dan keduanya kemahiran menulis mentalis.

Kemahiran Menulis Mekanis

Kemahiran menulis secara mekanis menekankan kepada aspek tulisan yang

betul, kemas, cantik, dan mudah dibaca.   Kemahiran ini melibatkan koordinasi otot-

otot tangan dan jari dengan aspek visual dalam  menulis perkataan-

perkataan.  Kemahiran menulis secara mekanis diberi tumpuan pada peringkat awal

persekolahan kanak-kanak iaitu di peringkat pra sekolah dan tahap satu sekolah

rendah (Tahun 1 hingga tahun 3).  Kanak-kanak berkeperluan khas bermasalah

pembelajaran (PKBP) menunjukkan penguasaan kemahiran menulis secara

mekanis yang sangat lemah.  Mereka didapati sukar menulis  huruf –huruf dengan

betul dan juga cara menulis huruf  yang salah. 

Kemahiran Menulis Mentalis

Kemahiran menulis secara mentalis adalah kemahiran menulis untuk

pelahiran idea, perasaan, memberi maklumat, bercerita,  dan

sebagainya.  Kemahiran ini melibatkan proses kognitif dan perlu dipupuk melalui

latihan-latihan yang berterusan sehingga kemahiran tersebut dikuasai dengan

mantap.  Kemahiran menulis secara mentalis ini hanya diperkenalkan  oleh guru

kepada murid-muridnya setelah mereka menguasai kemahiran menulis secara

mekanis. Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutamanya dalam mata

pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,  penulisan secara mentalis diajar

melalui aktiviti penulisan berkenaan dengan sesuatu aspek seperti  menyatakan

kehendak, menyatakan perasaan, menyatakan pendapat, bercerita, memberi

maklumat seperti menulis berita, dan menulis puisi.

 

2

Page 3: Kemahiran Menulis

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah BMM 3104

  Peringkat Perkembangan Pengajaran Menulis

Kemahiran menulis perlu dikuasai oleh  kanak-kanak secara berperingkat-

peringkat mengikut kesediaan  dan keupayaan mereka.  Sebelum mereka mula

diajar menulis, ibu bapa dan guru perlu memastikan yang mereka sudah mempunyai

kesediaan menulis.  Kanak-kanak perlu bersedia dari segi kemahiran motor halus

iaitu kemahiran mengawal otot-otot jari dan juga pergerakan jari.  Oleh itu kanak-

kanak perlu didedahkan dengan pengalaman-pengalaman menggunakan  jari

seperti  menggenggam, meramas, melorek, mencubit, menggentel, memegang, dan

sebagainya.  Kesemua kemahiran ini diajar secara tidak langsung menggunakan

berbagai alat dan permainan.   Kanak-kanak juga perlu bersedia dari segi

keupayaan pengamatan visual melalui latihan  dan permainan tertentu.  Selain itu

kanak-kanak juga perlu menguasai kemahiran tatabahasa asas seperti boleh

menggunakan pelbagai jenis pola dan struktur ayat mudah.

Menurut Kamarudin Hj. Husin,1988 bahawa pengajaran kemahiran menulis di

sekolah rendah dapatlah dibahagikan kepada tiga :

i. Peringkat pra menulis

ii. Peringkat mendirikan  asas (peringkat mekanis)

iii. Peringkat untuk pelahiran (mentalis)

Kesalahan Biasa Dalam Penulisan.

Pada peringkat awal murid-murid mempelajari kemahiran menulis, biasanya tidak

sempurna dan sering berlaku kesilapan. Namun begitu, kesilapan-kesilapan tersebut

boleh diperbaiki dari semasa ke semasa dengan memperbanyakkan latihan menulis

serta memberi galakan.

Kesalahan-kesalahan biasa dalam penulisan yang sering kali terjadi adalah

dari segi bentuk huruf yang buruk, tidak sama besar atau kecil. Selain itu, jarak huruf

atau perkataan yang tidak seimbang, begitu juga dengan kedudukan yang tegak dan

condong. Di samping itu, rupa tulisan juga kadang kala kotor disebabkan oleh kerap

membetulkan kesilapan menggunakan getah pemadam.

3

Page 4: Kemahiran Menulis

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah BMM 3104

Prinsip-prinsip Kemahiran Menulis.

Kemahiran menulis seharusnya diajar dengan prinsip yang betul dan sesuai agar

pengajaran untuk menguasai kemahiran tersebut lebih efektif. Prinsip-prinsip

kemahiran menulis yang boleh dijadikan garis panduan melakukan latihan menulis

adalah seperi berikut :

Latihan imlak mestilah diberi penegasan wajar kerana ia memberi latihan

bertulis yang berguna kepada pelajar dengan memerlukan mereka menyalin

dengan tepat sesuatu yang telah dibaca oleh guru.

Latihan yang mencukupi perlu dijalankan untuk membolehkan pelajar

membuat ayat-ayat yang betul untuk melahirkan fikiran dan perasaan

tertentu.

Pelajar mesti diberi latihan yang memadai untuk menulis perenggan yang

terdiri daripada urutan ayat yang teratur dan logik.

Guru mestilah menitikberatkan kesalahan yang sering dilakukan oleh

pelajar termasuk kesalahan ejaan, tanda bacaan dan imbuhan.

KONSEP ATAU DEFINISI  PENDEKATAN,KAEDAH DAN TEKNIK DALAM

PENGAJARAN  KEMAHIRAN BAHASA MELAYU.

 Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah mahupun menengah

adalah untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan komunikasi

untuk memenuhi keperluan diri,memperolehi ilmu,perhubungan sosial,dan urusan

harian. Perkara ini menunjukkan kepentingan kemahiran penggunaan Bahasa

Melayu di kalangan murid- murid.

 Mengikut perakuan 57(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet pula menyatakan

bahawa kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang untuk membolehkan pelajar

mencapai kemahiran dalam bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam

sekeliling dan perkembangan bidang diri individu yang sesuai dengan keperluan,

minat,bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid- murid.

 Untuk mencapai matlamat di atas,bukanlah satu perkara yang mudah kerana

ia memerlukan kesungguhkan,kebijaksanaan dan ketabahan kedua belah pihak iaitu

guru dan murid- murid itu sendiri. Sebagai seorang guru Bahasa Malaysia,kita

4

Page 5: Kemahiran Menulis

Pendekatan,Strategi, Kaedah dan Teknik pengajaran

Pendekatan PengajaranStrategi Pengajaran Kaedah dan Teknik Pengajaran

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah BMM 3104

perlulah menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik  yang bersesuaian supaya

menjamin keberkesanan  penyampaian sesuatu pengajaran dan mencapai

objektifnya secara optima.

  Pemahaman mengenai pendekatan,kaedah,teknik dan aktiviti sangat penting

dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah. Bagi

tujuan menentukan pendekatan ,kaedah serta teknik dalam pengajaran dan

pembelajaran kemahiran berbahasa guru perlulah betul-betul mahir dan bijak

menggabungkan ketiga-tiga elemen tersebut. Kebijaksanaan guru memilih

pendekatan, kaedah serta teknik yang sesuai  akan memberi kesan kepada anak

didik. Disamping itu sebagai guru, kita juga boleh mengukur kebolehan serta

kemampuan kita melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sama ada tercapai

atau tidak objektif pengajaran pada hari itu.

5

Pemusatan Guru

Pemusatan Murid

Pemusatan Bahan

Pemusatantugasan/aktiviti

Induktif

Tematik

Deduktif

Integratif

Eklektik

Bermain

Lawatan

Demonstrasi

Perbincangan

Penyelesaian

Masalah

Page 6: Kemahiran Menulis

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah BMM 3104

PERKAITAN DIANTARA PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK

6

Khusus kepada umumPengajaran mendapatkan hukumBanyak menggunakan contoh

PENDEKATAN INDUKTIF

PENDEKATAN DEDUKTIF

Umum kepada khusus Pengajaran berdasarkan hukum kemukakan genelisasi

KAEDAH

LinguistikSemulajadiTerus

TEKNIK

Main PerananBerceritaLakonan/DramaTunjuk cara

Page 7: Kemahiran Menulis

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah BMM 3104

7

Penyelesaian masalah

Tunjuk cara Latih Tubi Soal jawb

PENDEKATAN ELEKTIK

KAEDAH

TEKNIK

- Gabungan Induktif dan deduktif- Pengajaran mengikut kebolehan dan kemampuan kanak-kanak

Linguistik

Oral-Aural

Semula jadi

Terus

KAEDAHLinguistikOral-Aural

Terus

TEKNIK- Bercerita

- Brainstorming- Soa;Jawab- Berbincang

- Permainan Bahasa

PENDEKATAN KOMUNIKATIF- Bahasa sebagai satu

komunikasi- Pengajaran kebih kepada

dialog- Situasi yang menyerupai

keadaan sebenar

Page 8: Kemahiran Menulis

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah BMM 3104

PROFIL PELAJAR

1. Nama penuh : Aghila A/P Raman

2. Jantina : Perempuan

3. Tarikh lahir : 15 Ogos 200

4. Umur : 11 Tahun

5. Tahun : 5 Orkid

6. Alamat Sekolah : SekolahKebangsaan Sri Langat,

SekolahKlusterKecemerlangan,

KementerianPelajaran Malaysia.

4. Tel.sekolah : 03- 31871278

5. Alamat rumah : No.17, Jln. Talapia 9, Tmn Sri Putra42700, Banting Selangor

8

Page 9: Kemahiran Menulis

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah BMM 3104

PERNYATAAN MASALAH

Bil Pernyataan Masalah murid Kekerapan Kesilapan

1. Kesalahan tanda baca 3

2. Kesalahan kata sendi 1

3. Kesalahan ejaan dalam ayat terutama

membezakan huruf b dan p

5

4. Kesalahan imbuhan dalam ayat 1

Saya telah menganalisis penulisan seorang murid tahun 5 dalam menjawab

soalan penulisan dalam Bahagian A. Dalam bahagian ini, murid dikehendaki

membina lima ayat yang gramatis berpandukan gambar atau bahan ransangan yang

diberi. Melalui analisis penulisan yang dijalankan, didapati tahap kemahiran menulis

murid masih berada di tahap sederhana dan belum mencapai objektif yang

disasarkan. Dari analisis yang dibuat saya dapati adik Aghila banyak melakukan

kesalahan ejaan terutama dalam membezakan huruf ‘b’ dan ‘p’ disamping sedikit

kesalahan dalam penggunaan tanda baca , kata sendi dan kesalahan penggunaan

imbuhan akhiran ‘kan’ dan ‘i’ .

Masalah utama adik Aghila ialah murid tidak dapat membezakan penggunaan

huruf b dan p ketika membina ayat atau karangan. Ini jelas kelihatan apabila saya

membuat semakan buku tulis dan karangan beliau . Terdapat kesalahan yang

dlakukan terutamanya perkataan yang mempunyai huruf b dan p dibelakang

perkataan.

Oleh itu, saya akan memfokuskan kajian ini kepada adik Aghila seorang

murid India dari Tahun 5 Orkid yang berpotensi untuk mendapat keputusan yang

baik dalam Bahasa Melayu 2 bahagian A. Keadaan ini adalah kerana murid-murid ini

sebenarnya mampu membaca dengan baik tetapi disebabkan mereka masih tidak

mampu membezakan huruf b dan p murid-murid ini sukar untuk mendapatkan

markah yang baik dalam penulisan. Justeru itu secara tidak langsung prestasi murid-

murid ini semakin merudum.

9

Page 10: Kemahiran Menulis

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah BMM 3104

Bagi murid-murid Tahun 5, penulisan yang betul tidak lagi sepatutnya menjadi

masalah bagi mereka. Ini kerana mereka seharusnya sudah mendapat latihan yang

baik di tahap satu dahulu dan mereka perlu mahir mengenai penulisan ini. Pada

tahap dua ini, penulisan adalah penting kerana mata pelajaran Bahasa Melayu

kertas dua memerlukan murid-murid yang mampu untuk menulis dengan baik.

    Objektif Kajian

Dalam kajian ini, objektif umum yang ingin dicapai adalah untuk mengenal pasti

masalah dalam kekeliruan penggunaan huruf b dan p terhadap seorang murid tahap

2, Manakala  objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut :

Mengenal pasti cara menulis huruf b dan p dan perbezaannya.

Meningkatkan penggunaan huruf b dan p dalam menulis perkataan

dalam kalangan murid-murid yang bermasalah .

Meningkatkan prestasi murid dalam aspek penggunaan huruf b dan p

  Tindakan yang dijalankan

Setelah melihat masalah kekeliruan murid dari perspektif psikologi, termasuk

setiap aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan juga intelektual, sekali lagi

persekitaran murid-murid ini baik di sekolah ataupun di rumah harus diberi perhatian

yang secukupnya terutama sekali aspek ejaan kerana terdapat interaksi antara

perkembangan dan persekitarannya. Walau  apa jua kaedah yang hendak

digunakan adalah untuk membantu murid-murid ini dengan membuat penyesuaian

yang cukup dengan permintaan situasinya, dengan tidak melupakan batasan yang

dikenakan oleh keadaan dan kebolehan semulajadinya. Kaedah untuk mengatasi

masalah kekeliran penggunaan huruf b dan p ini akan dijelaskan.

Kaedah Penyelesaian A&B iaitu kaedah ‘ Atas dan Bawah‘ yang telah dicipta

bagi mengatasi masalah kekeliruan penggunaan huruf b dan p dalam menulis

sesuatu perkataan. Kaedah A&B ini merupakan satu kaedah yang lebih

memfokuskan kepada murid untuk mengenal dan memahami penggunaan huruf b

dan p semasa menulis sesuatu perkataan dan ayat. Berikut adalah langkah-langkah

dalam menjalankan kaedah A & B ini.

10

Page 11: Kemahiran Menulis

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah BMM 3104

 Langkah 1

Untuk langkah pertama ini, saya akan menjalankan pemerhatian untuk mengenal

pasti secara tidak langsung tentang kekeliruan terhadap penggunaan huruf b dan p.

Pemerhatian akan dilakukan dengan saya membuat pemerhatian terhadap hasil

kerja murid di dalam buku tulis mereka. Di situ dapat dilihat bahawa terdapat

masalah dimana murid sering kali salah dalam penggunaan huruf b dan p ketika

menulis perkataan.

 Langkah 2                                

Dalam langkah ini, saya akan menerangkan kepada murid teknik menulis

huruf b yang betul iaitu dengan kedudukan bermula dari pangkalnya diatas terlebih

dahulu. Manakala bagi huruf p pula, kedudukan pensil bermula dari pangkalnya

dibawah dahulu. Cara ini secara mudah dapat difahami oleh murid-murid dalam

tujuan mengenal bentuk dan cara penulisan huruf b dan p dengan betul. Guru

meinta murid menggunakan buku tulis baris 3

 Langkah 3

Langkah seterusnya,saya memberikan latihan dengan murid dikehendaki untuk

mengenal pasti kedudukan huruf b dan p dalam sesebuah petikan yang diberikan

dengan cara menggariskan atau membulatkan. Cara ini bertujuan untuk

membiasakan murid dengan kedudukan huruf-huruf tersebut dalam sesuatu

perkataan sekali gus dapat memberi gambaran kepada murid tentang penggunaan

huruf b dan p dalam sesuatu perkataan itu.

 Langkah 4

Pada langkah keempat ini, saya akan menguji murid dengan cara melengkapkan

perkataan-perkataan yang mempunyai huruf b dan p dengan ejaan yang betul. Murid

akan menggunakan pengetahuan yang mereka ada untuk menulis ayat. Cara

sebegini murid akan cuba mengenal dan mengecam ejaan yang betul bagi sesuatu

11

Page 12: Kemahiran Menulis

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah BMM 3104

perkataan itu. Selain itu murid juga dapat melatih diri dalam menulis sesuatu

perkataan itu dengan menggunakan huruf b dan p dengan betul.

 Langkah 5

Setelah melaksanakan latihan dalam langkah 4, saya akan membuat penilaian

terhadap hasil kerja murid tersebut. Berdasarkan penilaian yang dibuat, sekiranya

murid itu telah menguasai atau mampu menyelesaikan ujian yang dilaksanakan

dengan baik akan dibuat tindakan selanjutnya, manakala seandainya masih lagi

tidak mampu mengenal perbezaan huruf b dan p dengan ujian dalam langkan 4

akan diuji semula. Dengan cara ini guru akan mengulangi semula langkah 4 untuk

memastikan supaya murid dapat melepasi tahap yang diinginkan dan dapat

melaksanakannya dengan lebih baik.

Langkah 6

Setelah guru melaksanakan pusingan kedua bagi murid-murid yang belum mencapai

tahap di langkah 5, guru mula mengumpulkan hasil dapatan yang diperolehi untuk

direkodkan . Justeru itu, guru sendiri dapat merumuskan bahawa kaedah yang

digunakan iaitu Kaedah A & B berhasil untuk dilaksanakan atau pun tidak.

12

Page 13: Kemahiran Menulis

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah BMM 3104

LAPORAN PENILAIAN

Untuk mengatasi kelemahan adik Aghila saya telah memilih Pendekatan Integratif.

Saya berpendapat pendekatan ini sangat sesuai untuk menyelesaikan kelemahan

murid ini kerana pendekatan integratif, menggabungjalinkan beberapa

pendekatan, kaedah, strategi dan teknik agar murid lebih mudah memahami apa

yang sedang disampaikan. Saya sentiasa berusaha mengintegrasikan idea-idea

baru dalam unit-unit pengajaran sedia ada supaya pembelajaran murid lebih

berkesan dan mereka berupaya mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam

kehidupan seharian. Antara prinsip pendekatan integratif adalah:

Tumpuan diberikan kepada strategi pemusatan murid

Penggunaan pembelajaran aktif, di mana teknik koperatif diintergrasikan

untuk memberikan pelajar-pelajar peluang mengaplikasi maklumat yang g

dipelajari secara teori kepada situasi dalam kehidupan seharian dan lebih

menekankan perkembangan kemahiran berbanding dengan penyampaian

maklumat semata-mata.

Peranan guru sebagai fasilitator.

Keutamaan diberikan kepada kemahiran asas

Tumpuan diberikan kepada strategi pemusatan pelajar

Pendekatan ini membolehkan guru memberikan fokus kepada kandungan dan

kemahiran berfikir. Sekiranya pelajar masih belum menguasai apa yang diajar, guru

seharusnya meminta pelajar menyatakan peraturan konsep atau perkaitan-perkaitan

yang mereka dapati sepanjang tempoh pengajaran sehingga mereka berjaya

menguasainya.

Pemerhatian di awal didapati adik Aghila banyak melakukan kesilapan

penggunaan huruf b dan huruf p pada akhir perkataan. Antara contohnya ialah

Ucap menjadi ucab

Silap menjadi silab

Kerap menjadi kerab

13

Page 14: Kemahiran Menulis

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah BMM 3104

Dengan terlaksananya Kaedah Penyelesaian A&B iaitu kaedah ‘ Atas dan

Bawah‘saya dapat mengklasifikasikan masalah-masalah murid ini kepada beberapa

kategori iaitu kategori peringkat 1, peringkat 2 dan peringkat 3.

Dalam peringkat 1, murid bermasalah ini berada pada tahap paling rendah.

Ini adalah kerana mereka langsung tidak  dapat mengenal dan membezakan huruf b

dan p dalam menulis perkataan.  

Manakala peringkat 2 pula, murid-murid ini dikategorikan sebagai

bermasalah dari aspek fizikal seperti kesalahan cara memegang pensil, mempunyai

masalah penglihatan dan sebagainya .P

Peringkat 3 pula murid-murid ini boleh diklasifikasikan dengan masalah

ketidakprihatinan dalam diri mereka. Ini dapat dijelaskan dengan murid-murid

tersebut melakukan kesilapan dalam penulisan b dan p atas sebab cuai dan lalai

ketika menulis sesuatu perkataan atau ayat. Ini secara tidak langsung akan

memberikan kesan yang negatif kepada prestasi mereka kerana kesalahan ini akan

menjadi tabiat dan kebiasaan bagi mereka jika tidak dibendung pada peringkat awal.

Setelah membuat beberapa latihan mengikut langkah, adik Aghila diklasifikasikan

dalam peringkat ke 3.

Selepas beberapa latihan diberi saya dapati adik Aghila telah dapat

mengatasi kelemahannya dengan mengurangkan kesilapan ejaan terutama

perkataan yang mempunyai huruf akhir b atau p. Saya dapati adik Aghila akan

lebih berhati-hati semasa membuat aktiviti penulisan dan kelihatan lebih yakin

sewaktu menjalani latihan penulisan sewaktu di dalam bilik darjah. .

14

Page 15: Kemahiran Menulis

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah BMM 3104

Cadangan Penambahbaik

Hasil dari kajian ini juga saya dapati terdapat beberapa perkara yang perlu

saya perbaiki antaranya ialah kepelbagaian Alat bantu mengajar yang digunakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya perlu membuat penambahbaikan

dengan mempelbagaikan alat bantu mengajar supaya murid lebih tertarik dan

bersemangat sewaktu menjalani aktiviti pemulihan ini. Antara BBM yang boleh

digunakan ialah penggunaan alatan multimedia seperti komputer dan internet. Ini

kerana pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dapat memberi impak yang baik

dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar terutamanya pelajar

yang berada pada tahap pencapaian akademik rendah. Ini kerana pelajar-pelajar di

tahap pencapaian akademik rendah kebiasaannya memerlukan pelbagai medium

dalam pembelajaran mereka seperti visual yang bergerak, animasi, teks, muzik dan

grafik. Semua mediaum ini terdapat dalam multimedia yang boleh didapati dalam

pembelajaran berbantukan komputer. Menurut Sander (1987), bahawa

pembelajaran berbantukan komputer ialah satu situasi pembelajaran apabila pelajar-

pelajar berinteraksi dan dibimbing komputer melalui satu proses pembelajaran

terancang yang bertujuan untu mencapai metlamat pembelajaran tertentu.

15

Page 16: Kemahiran Menulis

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah BMM 3104

RUMUSAN

Tugas menulis merupakan aktiviti yang kompleks kerana aktiviti menulis

dalam sebarang bahasa merupakan aktiviti mental yang kompleks dan melibatkan

kemahiran menyelesaikan masalah serta kebolehan berkomunikasi. Tambahan pula,

penulisan melibatkan kemahiran menulis untuk pelbagai tujuan dan konteks.

            Oleh yang demikian, kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat tetap

tetapi mampu membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan

terutama dalam suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

contohnya keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea

melalui pelbagai penulisan.

            Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting

kerana tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan

mempamerkan buah fikiran seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca

di mana kedua-duanya mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada

kalau tidak ada tulisan begitu juga sebaliknya.            

Kadangkala, para pelajar kurang berupaya untuk membina lingkaran

penulisan secara terangkum antara perkataan yang dipilih dengan ayat yang

dihasilkan. Masalah ini disebabkan oleh  kedengkelan dari segi pengetahuan

perbendaharaan kata yang konstruktif dan tepat, dan kurangnya penegasan dari

segi susun galur binaan wacana supaya kelihatan utuh dan sepadu sejajar dengan

perkaitan semantik yang sepatutnya mendasari bentuk penulisan masing-masing.

Ketidakupayaan ini akan menyebabkan persembahan idea dan maklumat seolah-

olah kelihatan terencat.

16

Page 17: Kemahiran Menulis

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah BMM 3104

BIBLIOGRAFI

1. Abdul Rasid Jamian. (2008) Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis

BahasaMelayu Murid-murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar: Jurnal Pendidikan

Bahasa Melayu.

2.  Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran

membaca dan menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar

bandar. Kertas kerja Di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008.Universiti

Pendidikan Sultan Idris. 2-4 Jun 2008.

3. Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa

Melayu, Siri Pendidikan Guru. Oxford Fajar Sdn.Bhd.

4. Dr. Faridah binti Nazir & Dr.Tuan Jah binti Tuan Yusof.(2013). Pengajian

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Penerbitan Multimedia

Sdn.Bhd.

5. Kamaruddin Hj.Hussin (1988 ).Pengkaedahan Mengajar Bahasa.Kuala

Lumpur.Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Rujukan Internet

 1. http://www.slideshare.net/army_gulz87/pendekatan-kaedah-teknik-dan-strategi

2. www.slideshare.net/.../ kemahiran - menulis -1143177

3.

http://yazidbiz369.blogspot.com/2011/04/pendekatankaedah-serta-caanra-

mengajar.html

17

Page 18: Kemahiran Menulis

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah BMM 3104

REFLEKSI

Alhamdulillah, akhirnya Berjaya juga saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus

Berasaskan Ilmu (KKBI) Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (BMM 3104) ini

dengan jayanya. Tugasan ini telah diterima pada 28 Februari 2014 dan perlu

dihantar pada 4 April 2014. Tugasan ini merupakan tugasan individu. Pada tugasan

kali ini saya telah ditugaskan untuk membuat tiga tugasan iaitu menghurai maklumat

kemahiran menulis yang merangkumi pendekatan, kaedah dan teknik. Mengenal

pasti dan menganalisis masalah penulisan seorang murid tahap 2 yang dipilih dan

memilih satu kaedah yang dipilih untuk mengajar kemahiran menulis berdasarkan

cirri-ciri masalah menulis yang dihadapi dan membuat lampiran bahan bantu

mengajar yang digunakanpakai.

Melalui tugasan ini, saya telah dapat memahami dengan lebih mendalam

mengenai pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran kemahiran bahasa yang

digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Selain dari itu saya juga dapat

memahami jenis-jenis kemahiran menulis dan peringkat perkembangan penulisan.

Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat

mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu mengambil kira matlamat,

penggunaan bahasa audiens dan gaya penulisan. Oleh yang demikian sebagai

seorang guru bahasa Melayu sudah semestinyalah memikirkan terlebih dahulu

pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan

murid.

Dalam melaksanakan tugasan ini saya dapat menganalisis masalah seorang

murid tahap dua yang berketurunan India. Murid ini belajar didalam kelas ke empat

dari lima kelas dalam senarai kedudukan kelas-kelas di sekolah saya. Murid yang

saya pilih ini mempunyai beberapa masalah dalam penulisan. Masalah yang paling

ketara dihadapi oleh Aghila adalah sering melakukan kesilapan penggunaan huruf p

dan b pada sesuatu perkataan yang berakhir dengan kedua-dua huruf ini.

18

Page 19: Kemahiran Menulis

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah BMM 3104

Saya telah mengaplikasikan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang

sesuai bagi mengurangkan dan seterusnya mengatasi masalah yang dihadapi oleh

murid ini. Setelah membuat beberapa langkah aktiviti dan latihan-latihan yang

sesuai, saya dapati masalah yang dihadapi oleh adik Agila dapat di selesaikan.

Dari kajian ini , telah menyedarkan saya bahawa, sebagai seorang guru, kita

hendaklah bukan sahaja mahir dalam merancang pengajaran, tetapi perlu bijak

dalam memilih pendekatan, kaedah dan teknik agar sesuai dengan tahap

pencapaian murid dan aktiviti yang hendak dijalankan agar objektif pembelajaran

dapat dicapai dan tidak mementingkan keseronokan semata-mata. Perkara ini

penting bagi seorang guru kerana pemahaman yang tinggi terhadap kaedah-kaedah

Pengajaran bahasa Melayu amat membantu dalam mengendalikan sebuah proses

Pengajaran dan Pembelajaran yang tersusun dan lancar dari awal hinggalah ke

penghujung pengajaran.

Saya sangat positif kemahiran menulis murid-murid dapat diperbaiki dari

masa ke semasa walaupun mengambil masa yang lama namun apa yang pasti

sebagai seorang guru masa dan waktu bukanlah satu titik persoalan bagi kita namun

fokus matlamat kita sebagai pendidik adalah untuk melihat satu perubahan tingkah

laku daripada tidak tahu kepada tahu.

Akhir kata , setinggi- tinggi teria kasih diucapkan kepada semua pensyarah

terutamanya Pn.Siti Zubaidah binti Raja Mohamed, atas segala bimbingan,nasihat,

dan kesabaran dalam membantu saya merealisasikan tugasan yang diberi. Semoga

segala pengalaman pahit dan manis yang dilalui dapat dijadikan panduan untuk

meneruskan pembelajaran dalam Program Pensiswazahan Guru ini.

Terima kasih,

Zarina Selamat

19

Page 20: Kemahiran Menulis

Pengajaran Kemahiran Bahasa melayu sekolah rendah BMM 3104

20