Kemahiran penutup
-
Upload
sohib-alquran -
Category
Documents
-
view
6.864 -
download
3
Transcript of Kemahiran penutup
KEMAHIRAN PENUTUP1
Penutup pelajaran adalah bahagian terakhir dalam proses pengajaran pembelajaran.
Guru boleh menggunakan bahagian ini untuk:
I. Mengukuhkan konsep atau kemahiran yang abru dipelajari dengan merumus isi
pelajaran atau mengadakan aktiviti susulan kepada pelajar.
II. Menilai pencapaian objektif serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah
dilaksanakan. Hasil penilaian akan digunakan untuk mempelbagai atau membuat
pengubahsuaian pelajaran berikutnya.
1. JENIS – JENIS PENUTUP
1.1. PENUTUP KOGNITIF
Penutup kognitif mengarah kepada pengukuhan paa yang telah dipelajari dan
memfokuskan perhatian murid kepada fakta-fakta penting yang telah dipelajari.
Di antara cara melaksanakan penutup kognitif ialah:
a) Membuat rumusan atau kesimpulan tentang aoa yang telah dipelajaroii melalui
aktiviti mencatit isi-isi penting di papan tulis.
b) Memberikan kerja tulis did alam bilik darjah.
c) Memberikan aktivit pengayaan kepda murid.
d) Menyoal isi-isi penting yang telah dipelajari oleh murid.
1 Kuliah, 26 februari 2011.
1.2. Penutup sosial
Penutup sosial menekankan kepada memberikan suatu perasaan pencapaian
kepada pelajar supaya mereka ingin terus belajar. Dengan sentuhan perasaan ini
mereka tidak akan berputus asa menghadapai masalah dalam pembelajran.
2. OBJEKTIF KEMAHIRAN PENUTUP
2.1. Menarik perhatian pelajar terhadap apa yang baru dipelajari.
2.2. Mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru dipelajari dengan merumus
fakta-fakta penting atau meberi kerja bertulis.
2.3. Mewujudkan sentuhan perasaan pencapaian dan kejayaan dikalangan
pelajar dengan mengunakan teknik peneguhan.
2.4. Membolehkan guru membuat pengubahsuaian terhadap pengajarannya.
2.5. Membolehkan murid memperbaiki dan meningkatkan prestasi
pembelajarannya.
2.6. Melalui aktiviti susulan, dapat memberi peluang kepada mengaplikasikan
konsep dan kemahiran yang baru dipelajari.