Kemahiran Set Induksi Variasi Azman

5
NORAZMAN BIN AHMAT SYAFRI / 4 PISMP BAHASA ARAB AMBILAN JAN 2014 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4. Hari : Tarikh : / / 2015 Darjah : 4 Bilangan Pelajar : Mata Pelajaran : Pendidikan Islam Masa : 30 minit. Bidang : Ibadah Tajuk : Bersuci daripada najis Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat : 1. Menyebut jenis-jenis najis dengan betul. 2. Menerangkan cara bersuci daripada najis mukhaffafah, mutawassitoh dan mughallazah dengan betul. Kaedah Pembelajaran : 1) Penerangan 2) Bersoal jawab 3) Sumbangsaran 4) Perbincangan Pengetahuan Sedia Ada Murid : Murid telah dapat membezakan benda- benda yang bersih dan kotor Alat Bantu Mengajar : Bola, radio, CD(muzik), MS PowerPoint, Persembahan power point. Kad-kad (mengandungi nama- nama najis dan maksudnya), lembaran yang mengandungi contoh-contoh najis, kad manila dan pen marker. Nilai : 1) Istiqamah menjaga kebersihan dan melaksanakan cara bersuci yang betul. 2) Bekerjasama.

description

a

Transcript of Kemahiran Set Induksi Variasi Azman

Page 1: Kemahiran Set Induksi Variasi Azman

NORAZMAN BIN AHMAT SYAFRI / 4 PISMP BAHASA ARAB AMBILAN JAN 2014

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4.

Hari : Tarikh : / / 2015

Darjah : 4 Bilangan Pelajar :

Mata Pelajaran : Pendidikan Islam

Masa : 30 minit.

Bidang : Ibadah

Tajuk : Bersuci daripada najis

Hasil Pembelajaran :

Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :

1. Menyebut jenis-jenis najis dengan betul.

2. Menerangkan cara bersuci daripada najis mukhaffafah, mutawassitoh dan mughallazah

dengan betul.

Kaedah Pembelajaran : 1) Penerangan

2) Bersoal jawab

3) Sumbangsaran

4) Perbincangan

Pengetahuan Sedia Ada Murid : Murid telah dapat membezakan benda-benda yang bersih

dan kotor

Alat Bantu Mengajar : Bola, radio, CD(muzik), MS PowerPoint, Persembahan power point.

Kad-kad (mengandungi nama-nama najis dan maksudnya), lembaran

yang mengandungi contoh-contoh najis, kad manila dan pen marker.

Nilai : 1) Istiqamah menjaga kebersihan dan melaksanakan cara bersuci yang

betul. 2) Bekerjasama.

Page 2: Kemahiran Set Induksi Variasi Azman

KEMAHIRAN 1

KEMAHIRAN SET INDUKSI + KEMAHIRAN VARIASI + KEMAHIRAN PERSOALAN (10 MINIT)

Isi Pelajaran Aktiviti

Benda-benda bersih dan kotor di sekeliling murid.

1. Guru akan berdiri dihadapan kelas dan menerangkan kepada murid-murid dengan suara yang kuat berkenaan aktiviti membaling bola yang akan dilaksanakan kepada mereka.

2. Guru meminta murid-murid memberi perhatian terlebih dahulu terhadap penerangan berkenaan dengan aktiviti yang akan dijalankan.

3. Guru dihadapan kelas dan menggunakan suara yang terang dan bahasa yang mudah difahami meminta murid-murid berdiri ditempat mereka masing-masing dengan sopan.

4. Guru akan berjalan-berjalan kehadapan dan kebelakang kelas sambil memberitahu kepada semua murid syarat permainan kepada murid-murid.

5. Selepas murid-murid menyebut benda-benda yang kotor yang ada di sekeliling mereka, guru berjalan ke kanan dan ke kiri kelas dengan mukanya yang mesra menanyakan kepada murid-muridnya :

5.1 : “Suka tak bau benda-benda kotor tu?”5.2 : Respon murid : Dijangkakan murid menjawab tak suka. Guru akan memberi pengukuhan kepada jawapan murid.5.3 : “Cuba kamu semua belajar di tempat yang kotor, bagaimana kamu semua rasa ?” 5.4 : Respon murid : Dijagkakan murid menjawab tidak suka. Guru akan memberi pengukuhan kepada jawapan murid.5.5 : “Jadi penting ataupon tidak kita jaga kebersihan kelas, sekolah, rumah mahupon negara kita ?”5.6 : Respon murid : Dijangkakan murid menjawab penting. Guru akan memberi pengukuhan kepada murid.5.6 : “Siapa antara kamu selalu bergotong royong

Page 3: Kemahiran Set Induksi Variasi Azman

membersihkan kawasan rumah bersama keluarganya?”5.7 : Respon murid : Dijangkakan murid akan

menjawab selalu. Guru akan memberikan pengukuhan kepada murid.

6. Setelah soalan demi soalan guru ajukan kepada murid-murid, guru membuat kesimpulan bahawa semua murid tidak suka kepada benda-benda yang kotor dan suka kepada benda-benda yang bersih lantas murid-murid dapat membezakan benda-benda yang kotor dan bersih yang ada di sekeliling mereka.

7. Kemudian guru menasihatkan kepada murid-murid kita sebagai orang islam terutamanya, perlulah sentiasa menjaga kebersihan sentias kerana kebersihan itu sebahagian daripada iman.

8. Guru mula bertanya kepada murid siapakah diantara murid-muridnya kukunya panjang dan kotor pada hari itu dengan keadaan guru berjalan-berjalan kehadapan dan kebelakang kelas sambil tangan guru diletakkan dibelakang pinggannya dam matanya melilau melihat keseluruhan murid-muridnya.

8.1 : Respon murid : Sebahagian murid-muridnya mangangkat tangan dan mengaku yang kuku mereka panjang dan kotor. Guru memberi pengukuhan kepada murid.

9 Guru berjalan mundar-mandir menghampiri sebahagian murid yang kukunya panjang dan kotor tersebut dan ketuk tangan mereka dan nasihat kepada mereka balik kerumah potong kuku mereka serta esok harinya guru hendak tengok kuku sebahagian daripada kuku muridnya itu seudah bersih dan pendek.

10 Seterusnya guru bertanya kepada murid-muridnya yang kukunya panjang dan kotor tersebut, bagaimana kamu makan?

10.1 : Respon murid : Menjangkan murid-murid menjawab makan menggunakan tangan sahaja. Guru memberi pengukuhan kepada murid.

11 Guru berjalan mundar-mandir dan menghampiri dua orang murid yang kukunya bersih dan pendek, kamu

Page 4: Kemahiran Set Induksi Variasi Azman

hendak berkawan ataupon tidak dengan kawan-kawan yang tidak menjaga kebersihan dirinya?

11.1 : Respon murid : Dijangkakan murid tidak mahu berkawan dengan kawan-kawan yang pengotor. Guru memberi pengukuhan kepada murid.

12 Guru dalam keadaan muka yang serius dan bertanya kepada murid-murid, kenapa kita perlu jaga kebersihan?

12.1 : Respon murid : Dijangkakan murid akan menjawab perlu menjaga kebersihan. Guru memberi pengukuhan kepada murid.

13 Guru memuji jawapan murid-murid yang betul dan bernas dan mengaitkan dengan isi pelajaran yang akan diajar dengan berdiri di hadapan kelas dan dengan menggunakan suara yang kuat dan memek muka yang mesar.