kemahiran_menulis_

20
KEMAHIRAN MENULIS isnamaku_jpm_ipgmkpp Pengenalan Selain berkomunikasi secara lisan atau bacaan, manusia juga berkomunikasi melalui tulisan. Malah bahasa tulisan adalah satu bentuk komunikasi yang paling tinggi dan kompleks.

description

kem menulis

Transcript of kemahiran_menulis_

  • KEMAHIRAN MENULISisnamaku_jpm_ipgmkppPengenalan

    Selain berkomunikasi secara lisan atau bacaan, manusia juga berkomunikasi melalui tulisan.

    Malah bahasa tulisan adalah satu bentuk komunikasi yang paling tinggi dan kompleks.

    isnamaku_jpm_ipgmkpp

  • KEMAHIRAN MENULISisnamaku_jpm_ipgmkppMenulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea.

    Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor, dan keupayaan membentuk konsep-konsep.

    isnamaku_jpm_ipgmkpp

  • KEMAHIRAN MENULISisnamaku_jpm_ipgmkppMenurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffman, (1991) tulisan juga adalah saluran utama bagi murid-murid untuk menunjukkan pengetahuan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggi.

    isnamaku_jpm_ipgmkpp

  • KEMAHIRAN MENULISisnamaku_jpm_ipgmkppSebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untuk berkomunikasi, ia perlu menguasai kemahiran menulis secara mekanis dahulu, selepas itu barulah ia dapat menulis untuk tujuan berkomunikasi dengan orang lain.

    isnamaku_jpm_ipgmkpp

  • KEMAHIRAN MENULISisnamaku_jpm_ipgmkppSeseorang individu menulis untuk menyatakan idea dan perasaannya atau apa sahaja yang ingin disampaikannya supaya dapat dibaca dan difahami oleh orang lain.

    isnamaku_jpm_ipgmkpp

  • KEMAHIRAN MENULISisnamaku_jpm_ipgmkppKebanyakkan kanak-kanak bermasalah di kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) tidak menguasai kemahiran menulis, sama ada tulisan mekanis mahupun tulisan mentalis.

    isnamaku_jpm_ipgmkpp

  • KEMAHIRAN MENULISisnamaku_jpm_ipgmkppPeringkat kemahiran menulis

    Pengajaran kemahiran menulis di sekolah rendah dapatlah dibahagikan kepada tiga peringkat (Kamarudin Hj. Husin, 1998):

    Peringkat pra menulis (pra tulisan)Peringkat mendirikan asas (mekanis)Peringkat pelahiran (penulisan kreatif)

    isnamaku_jpm_ipgmkpp

  • KEMAHIRAN MENULISisnamaku_jpm_ipgmkppPeringkat Pra Menulis (Pra Tulisan)

    Kanak-kanak sudah boleh diajar kemahiran pra menulis sekiranya ia sudah mempunyai kesediaan menulis seperti pergerakan otot-otot tangan dan jari-jemari serta sudah dapat membuat pengamatan visual, iaitu sudah boleh membezakan dan mengecam benda-benda.

    isnamaku_jpm_ipgmkpp

  • KEMAHIRAN MENULISisnamaku_jpm_ipgmkppPada peringkat ini otot-otot tangan dan jari dilatih supaya lebih kemas dan teratur pergerakannya dan juga dapat memegang pensel dengan betul dan kemas. Selain itu, latihan-latihan koordinasi mata dan tangan dilakukan dengan banyak supaya kanak-kanak meniru bentuk-bentuk yang dilihat.

    isnamaku_jpm_ipgmkpp

  • KEMAHIRAN MENULISisnamaku_jpm_ipgmkppPada peringkat pra menulis, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih pergerakan tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata melalui lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanak-kanak.

    isnamaku_jpm_ipgmkpp

  • KEMAHIRAN MENULISisnamaku_jpm_ipgmkppMenurut Hughes, Mercer, Lenz dan Hoffmann (1991), kanak-kanak sepatutnya sudah boleh melakukan perkara-perkara berikut sebelum mereka diajar menulis:

    Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan, dan depan ke belakang.

    isnamaku_jpm_ipgmkpp

  • KEMAHIRAN MENULISisnamaku_jpm_ipgmkppMenekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus-putus.

    Menyambungkan titik-titik di atas kertas.

    Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah, dan bawah ke atas.

    isnamaku_jpm_ipgmkpp

  • KEMAHIRAN MENULISisnamaku_jpm_ipgmkppMelukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung, dan bulatan arah jarum jam.

    Melukis garis condong.

    Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk, dan

    isnamaku_jpm_ipgmkpp

  • KEMAHIRAN MENULISisnamaku_jpm_ipgmkppMengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan bentuk huruf-huruf tersebut.

    isnamaku_jpm_ipgmkpp

  • KEMAHIRAN MENULISisnamaku_jpm_ipgmkppPeringkat Mendirikan Asas (Mekanis)

    Apabila kanak-kanak sudah boleh menguasai kemahiran pra menulis dan dapat melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan baik, maka guru sudah boleh memperkenalkan pengajaran kemahiran menulis kepada mereka.

    isnamaku_jpm_ipgmkpp

  • KEMAHIRAN MENULISisnamaku_jpm_ipgmkppAktiviti awal adalah tertumpu kepada menulis huruf-huruf secara bebas di atas kertas kosong, kertas petak, dan kertas garis tiga.

    Pada peringkat ini guru menekankan cara memegang pensel yang betul, kedudukan badan, dan bentuk huruf.

    isnamaku_jpm_ipgmkpp

  • KEMAHIRAN MENULISisnamaku_jpm_ipgmkppBagi kanak-kanak berkeperluan khas, guru hendaklah menggunakan berbagai-bagai kaedah dan teknik untuk mengajar kanak-kanak menulis.

    isnamaku_jpm_ipgmkpp

  • KEMAHIRAN MENULISisnamaku_jpm_ipgmkppPeringkat Pelahiran (Penulisan Kreatif)

    Setelah kanak-kanak sudah dapat menulis huruf dan perkataan dengan betul dan baik, maka mereka akan digalakkan menulis untuk menyatakan perasaan, idea, atau menceritakan sesuatu perkara yang berlaku.

    isnamaku_jpm_ipgmkpp

  • KEMAHIRAN MENULISisnamaku_jpm_ipgmkppBerbagai-bagai cara boleh dilakukan untuk melatih kanak-kanak menulis untuk pelahiran seperti melengkapkan ayat, menjawab soalan pemahaman, menulis ayat berdasarkan gambar, membina ayat daripada perkataan yang diberi, menulis karangan, dan juga menulis surat kiriman.

    isnamaku_jpm_ipgmkpp

  • isnamaku_jpm_ipgmkpp

    isnamaku_jpm_ipgmkpp