KEMAHIRANSOSIAL

download KEMAHIRANSOSIAL

of 3

Transcript of KEMAHIRANSOSIAL

  • 8/14/2019 KEMAHIRANSOSIAL

    1/3

    Kemahiran Sosial

    Apakah kemahiran sosial?

    Kemahiran yang membantu anda menjalin

    hubungan sosial yang lebih baik seperti

    Membina persahabatan Berbual dengan orang lain Mempunyai budi pekerti yang baik Mempunyai rasa empati terhadap orang

    lain

    Hubungan baik bererti memudahkan kehidupan

    anda.

    Kemahiran hidup di bilik darjah

    Kemahiran yang diperlukan untuk kehidupan dan penyesuaian di sekolah. Ini termasuklah:

    Mendengar dan mematuhi arahan Berkelakuan sopan dan menghindari gangguan Meminta bantuan Memberi sumbangan dalam perbincangan Membuat keputusan Pengendalian konflik

    Membina kemahiran akademik Melaksanakan kewajipan Bertanggungjawab atas tingkah laku anda

    Menghadapi perasaan

  • 8/14/2019 KEMAHIRANSOSIAL

    2/3

    Kemahiran sosial yang baik melibatkan kefahaman dan dapat mengendalikan perasaan anda

    sendiri. Ini termasuklah:

    Mengetahui perasaan anda Meluahkan perasaan anda Memahami perasaan orang lain Menguruskan kemarahan anda Mengatasi perasaan takut dan malu Menghargai diri anda

    Menjadi asertif

    Asertif dapat membantu anda dan menyatakan pandangan anda secara jelas dan tidak agresif.

    Meluahkan pemikiran, perasaan, permintaan dengan jelas, apa yang anda kehendaki

    Tip untuk menjadi asertif:

    Menunjukkan kemesraan Menggunakan hubungan mata yang baik Bercakaplah dengan tenang dan jelas Membuat permohonan secara terus dan jelas

    o Contoh : "Tolong buatkan ini untuk saya..." Elak menggunakan soalan sebagai arahan (membuat orang lain berkata "tidak")

    o Contoh : "Bolehkah anda tolong....?" sebaliknya "Sudikah anda ...?" atau"Adakah anda rasa anda boleh ...?"

    Luahkan perasaan dan fikiran dengan empati Katakan "tidak" kepada apa yang anda tidak ingini Tumpukan perhatian dengan apa yang ingin diubah Elakkan menuduh dan menyalahkan orang lain Beri maklum balas dengan tenang dan rasa hormat Jangan bersangka buruk Gunakan ayat "saya" berbanding ayat "awak"

    o Contoh:"Saya merasa tersinggung apabila anda memeriksa barang kepunyaansaya tanpa izin", berbanding "Awak membuat saya marah bila masuk ke biliksaya dan menyelongkar barang saya tanpa izin"

  • 8/14/2019 KEMAHIRANSOSIAL

    3/3

    Ulangi pandangan anda, dengan nada yang rendah dan menyenangkan

    Berinteraksi secara positif

    Ambil inisiatif untuk membantu orang lain Mendekati orang lain dengan cara yang boleh diterima Dapatkan kebenaran lebih baik dari mendesak Belajar untuk mendapat dan mengekalkan persahabatan Berkongsi bahan/permainan

    Pengendalian konflik

    Mengetahui cara menghadapi konflik akan membantu anda meneruskan hidup dengan lebih

    baik.

    Strategi pengendalian konflik:

    Kawal emosi anda - Lihat Ketenangan Jauhkan diri dari situasi yang boleh menimbulkan kemarahan anda Luahkan perasaan anda secara asertif Kenal pasti sebab berlakunya konflik. Siapakah yang bertanggungjawab? Sekiranya

    perlu, jauhkan diri dari orang yang menimbulkan konflik dan memikirkan cara dan

    merancang strategi untuk menyelesaikannya

    Bertanya kepada orang tersebut sama ada dia mempunyai masa untuk berbincang Beritahu mereka bagaimana perasaan anda (contohnya : Saya sangat sedih ketika ini) Dengar. Dengar. Dengar. Benarkan orang itu memberi maklum balas Berbincang tentang alternatif lain untuk menyelesaikan konflik tersebut

    Teruskan untuk berbincang dengan tenang Sekiranya konflik itu tidak boleh diselesaikan atau kemarahan anda semakin

    bertambah, beritahu orang itu yang anda perlu beredar dan ingin membicarakan

    tentang hal tersebut kemudian

    Semakan akhir : 17 Januari 2007