KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini...

54
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PAKKD2023 KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018 PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM) KURSUS DALAM CUTI (KDC)

Transcript of KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini...

Page 1: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

PAKKD2023 KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)

KURSUS DALAM CUTI (KDC)

Page 2: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

ii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Hak Cipta

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cetakan November 2018 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DPEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 3: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

iii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan/ Falsafah Pendidikan Guru/ Notis Hak Pengarang

ii

Kandungan iii Panduan Pelajar iv Pengenalan vi Agihan Tajuk dan Unit vii

UNIT 1 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PAKK)

1

UNIT 2 ASAS PERTIMBANGAN DALAM PEMBANGUNAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

7

UNIT 3 KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 12

UNIT 4 PERANCANGAN AKTIVITI BERDASARKAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

26

UNIT 5 ISU DAN TRENDA DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

34

Bibliografi 40 Panel 42 Simbol 43

KANDUNGAN MUKA SURAT

Page 4: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

iv

PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran

agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk

mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini.

SASARAN KURSUS Pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) yang mendaftar dengan Institut

Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran

yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat

menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai

autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam

pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Perguruan Malaysia

(PDPM) dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di

mana interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu.

Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka

secara kuliah/tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian).

Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.

PANDUAN PELAJAR

Page 5: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

v

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai.

Pensyarah dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara

langsung dalam talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil dari Maklumat

Kursus (MK) mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.

SUSUNAN UNIT MODUL Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai enam eleman asas yang

konsisten:

1. Hasil Pembelajaran Unit

2. Sinopsis

3. Kandungan Unit

4. Penulisan berkaitan kandungan unit

5. Latihan

6. Panduan pelaksanaan dalam talian bagi tajuk yang berkaitan

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat

media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar

pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.

Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar. Peperiksaan

bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang

pelajar pelajari secara interaksi bersemuka dan modul.

Page 6: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

vi

PENGENALAN

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan kurikulum dalam

Pendidikan Awal Kanak-kanak untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menghuraikan konsep, prinsip, matlamat, objektif dan asas pertimbangan bagi

pembangunan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak secara bertulis.

2. Menganalisis Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak serta aktiviti mengikut

peringkat umur.

3. Menilai secara kritis aspek profesionalisme, nilai, sikap dan etika pendidik awal

kanak-kanak dalam proses pelaksanaan kurikulum melalui forum.

Page 7: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

vii

Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.

TAJUK/ TOPIK

JUMLAH JAM

KESELU-

RUHAN

45 JAM

INTERAKSI BERSEMUKA

60%

27 JAM

MODUL

40%

16 JAM

KULIAH/

TUTORIAL/

AMALI

40%

16 JAM

DALAM

TALIAN

20%

9 JAM

1. Pengenalan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK)

Konsep PAKK (M/DT)

Sejarah perkembangan kurikulum PAKK (M)

Prinsip, matlamat dan objektif kurikulum PAKK (K)

8 3 1 4

2. Asas Pertimbangan Dalam Pembangunan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (M)

Rukun Negara (M)

Dasar Pendidikan Kebangsaan (DT)

Dasar Pendidikan Awal Kanak-kanak (K)

Pelan Pendidikan Malaysia (DT)

Deklarasi Antarabangsa (K)

7 2 2

3

3. Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak

PERMATA Negara

Model Konseptual (M)

Bidang Pembelajaran (M)

Bidang Asuhan (M)

Analisis kurikulum

13

4

3 6

AGIHAN TAJUK Panduan Kepada Pengguna

Page 8: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

viii

TAJUK/ TOPIK

JUMLAH JAM

KESELU-

RUHAN

45 JAM

INTERAKSI BERSEMUKA

60%

27 JAM

MODUL

40%

16 JAM

KULIAH/

TUTORIAL/

AMALI

40%

16 JAM

DALAM

TALIAN

20%

9 JAM

berdasarkan peringkat umur (K)

Pemilihan/ penyediaan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran (DT)

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

Model Konseptual (M/DT)

Analisis kurikulum berdasarkan Tunjang dalam KSPK (K)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Kandungan kurikulum Tahun 1 dan 2 (K)

Kesinambungan kurikulum Prasekolah dengan Tahun 1 (M/DT)

4. Perancangan Aktiviti Berdasarkan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak

Kurikulum PERMATA (K)

Kurikulum KSPK (K/M)

Pemilihan/ penyediaan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran (M/DT)

5 3

1

1

Page 9: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

ix

TAJUK/ TOPIK

JUMLAH JAM

KESELU-

RUHAN

45 JAM

INTERAKSI BERSEMUKA

60%

27 JAM

MODUL

40%

16 JAM

KULIAH/

TUTORIAL/

AMALI

40%

16 JAM

DALAM

TALIAN

20%

9 JAM

5. Isu dan Trenda Dalam Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak

Kanak-kanak berkeperluan khas(K)

Kesediaan guru terhadap perubahan kurikulum dan tuntutan semasa(K)

Persepsi masyarakat terhadap kurikulum PAKK(K)

Dasar-dasar semasa kerajaan(DT)

Elemen merentas kurikulum (M)

Perkembangan Teknologi Pendidikan(DT)

8

4

2

2

JUMLAH 41 JAM 16 JAM 9 JAM 16 JAM

Nota: K - Kuliah, T - Tutorial, A - Amali, M - Modul, DT - Dalam Talian

Page 10: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

1

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

DI akhir topik ini, pelajar dapat:

i Menghuraikan konsep dan definisi pendidikan awal kanak-kanak dari perspektif

barat dan Islam.

ii Menghuraikan sejarah perkembangan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak di

Malaysia.

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai konsep dan

definisi pendidikan awal kanak-kanak dari perspektif barat dan Islam. Turut

dibincangkan ialah sejarah perkembangan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak di

Malaysia.

KANDUNGAN UNIT

1.1 Konsep Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK)

1.2 Sejarah Perkembangan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK)

1.3 Latihan

UNIT 1

PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PAKK)

Page 11: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

1

1.1 KONSEP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PAKK)

Pendidikan Awal Kanak-kanak adalah pendidikan asas yang penting. Ia merupakan

pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di

rumah. Ia menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit cintakan ilmu pengetahuan dan

sukakan sekolah. Oleh sebab itu guru pendidikan awal perlu mempunyai pengetahuan

yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan

kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan

aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah.

Perkataan ‘pendidikan awal kanak-kanak’ diberikan pelbagai tafsiran oleh banyak

pihak. Antaranya, pendidikan awal kanak-kanak (early childhood) merujuk kepada

kanak-kanak yang berumur sejak lahir sehingga lapan tahun dan mendapat jagaan di

taman asuhan atau taman didikan, prasekolah atau sekolah rendah. Program

seumpama itu dikendalikan oleh pelbagai institusi yang berbeza-beza.

Dalam tamadun Barat, pendidikan awal bermaksud pendidikan peringkat

prasekolah. Pada mulanya peringkat ini hanya meliputi kanak-kanak dari umur 3 hingga

6 tahun, yang lebih dikenali dengan peringkat ‘kindergarten’. Selepas beberapa kajian,

konsep pendidikan awal ini dipindah supaya meliputi kanak-kanak di peringkat selepas

lahir hingga ke peringkat enam tahun. Peringkat selepas lahir hingga ke peringkat tiga

tahun dikenali juga sebagai peringkat ‘nursery’.

Dari perspektif Islam, pendidikan awal bermula dari masa anak masih berada

dalam kandungan ibu sehingga kanak-kanak berumur enam tahun. Secara umum,

pendidikan awal Islam dapat dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat sebelum

lahir dan peringkat sesudah lahir. Peringkat sesudah lahir dipecahkan lagi kepada dua

tahap, iaitu dari mula dilahirkan hingga tiga tahun dan tahap seterusnya dari umur tiga

hingga meningkat ke enam tahun.

1.2 SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-

KANAK (PAKK)

Menurut Ornstein & Hunkins (2012), kurikulum merupakan suatu dokumen

perancangan. Pelaksanaan kurikulum oleh guru merujuk kepada cara guru

menterjemahkan kandungan kurikulum tersebut. Dokumen kurikulum merujuk kepada

Page 12: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

2

dokumen rasmi yang dihasilkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),

termasuk Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Jabatan Pelajaran Wilayah

Persekutuan dan sekolah. Antara dokumen tersebut ialah Dokumen Standard

Prasekolah Kebangsaan, Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan pelajaran, Modul-modul

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, buku rekod pengajaran, surat pekeliling

dan surat siaran yang berkaitan dan rekod- rekod pentaksiran dan penilaian.

Menurut Akker (2003), dalam memahami perkara yang berlaku di dalam bilik

darjah, pelbagai jenis kurikulum telah dilabelkan oleh pengkaji. Antaranya adalah;

dokumen kurikulum yang dihasratkan, kurikulum yang diajar, kurikulum yang diterima

murid, kurikulum operasional, kurikulum sebenar, kurikulum yang digunakan, kurikulum

yang dialami, kurikulum yang dilaksanakan dan kurikulum yang dipelajari (Cuban, 1992).

Kurikulum yang diterima dan kurikulum yang dinilai, kurikulum yang diuji,

kurikulum yang dicapai, kurikulum potensi, kurikulum yang dilaporkan, kurikulum

tersembunyi dan kurikulum luaran, kurikulum terhindar (American Association of

University Women, dalam Brown, 2007) dan kurikulum nol. Kurikulum nyata adalah

pengajaran dan pembelajaran secara langsung berkenaan pelbagai aspek

perkembangan kanak-kanak seperti jasmani, emosi, rohani, intelek, merancang aktiviti

dan membuat penilaian. Kurikulum tersembunyi pula ialah perkara yang dipelajari oleh

kanak-kanak secara tidak langsung seperti tingkah laku kanak-kanak secara tidak

langsung seperti tingkah laku dan tindakan guru serta pengaruh persekitaran.

Pendidikan prasekolah berkembang sejak tahun 50-an tetapi melalui Akta 1996

pendidikan prasekolah telah diinstitusikan ke dalam pendidikan kebangsaan. Kerajaan

Malaysia mengiktiraf pendidikan prasekolah sebagai asas pembelajaran di sekolah

rendah dan seterusnya. Penstrukturan semula sistem pendidikan kebangsaan bertujuan

menyediakan pendidikan bermula dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat tertier

(Rohaty, 2003). Menurut Sufean Hussin (1996), pendidikan prasekolah di era tahun 50-

an tertumpu untuk kanak-kanak daripada golongan atasan kerana kadar yuran

perkhidmatan yang tinggi. Walaupun kebanyakan guru yang mengajar di prasekolah

ketika itu tidak mendapat latihan profesional dalam bidang pendidikan awal kanak-

kanak, namun kemahiran mereka tidak diambil kira kerana pendidikan prasekolah ketika

itu lebih bersifat elit. Kurikulum yang digunapakai ketika itu bersifat tradisional yang

menyediakan kemahiran asas dalam aspek membaca, menulis dan mengira sahaja.

Pada masa yang sama, wujud prasekolah yang ditaja dan dikendalikan oleh pertubuhan

agama Kristian yang dijalankan di gereja-gereja. Keadaan ini menjadikan peluang

Page 13: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

3

pendidikan awal dalam kalangan kanak-kanak golongan bawahan menjadi semakin

terbatas terutama di kawasan luar bandar di Malaysia.

Pada tahun 1969 bermulalah detik paling bersejarah bagi perkembangan

pendidikan prasekolah di Malaysia. Hal ini berikutan langkah Yayasan Asia yang telah

menyumbangkan peruntukan kewangan kepada Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia

untuk membiayai penubuhan beberapa buah pusat prasekolah. Pusat-pusat prasekolah

ini ditubuhkan di beberapa tempat di negeri Selangor adalah mirip 'Projek Head Start' di

Amerika Syarikat. Kalangan sasarannya adalah kanak-kanak dalam kalangan

masyarakat Melayu, Cina dan India yang miskin dan tidak berkemampuan.

Antara agensi-agensi yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan

program pendidikan prasekolah ini adalah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS),

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Hal Ehwal Agama

Islam, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Pihak Berkuasa Kemajuan

Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah

Persekutuan (FELCRA), Yayasan Sabah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (Sufean

Hussin, 1996).

Pusat-pusat prasekolah di Malaysia lebih dikenali sebagai Taman Didikan

Kanak-kanak (Tadika), Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan juga kindergarden.

Pertambahan bilangan tadika yang berlaku di Malaysia menunjukkan satu perubahan

yang amat menggalakkan dan memberangsangkan di peringkat pendidikan prasekolah.

Senario ini hasil daripada usaha dan keprihatinan yang dimainkan oleh semua pihak dan

pelbagai agensi kerajaan seperti KEMAS, FELDA dan RISDA. Agensi-agensi inilah yang

lebih banyak mensasarkan kegiatan pendidikan prasekolah mereka kepada kumpulan

kanak-kanak yang berada di kawasan luar bandar.

Menurut Rohaty (2003), kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia telah menganggarkan sejumlah 490,700 orang kanak-kanak yang berumur 5

tahun harus mendapat pendidikan prasekolah pada tahun 1991. Hakikatnya hanya kira-

kira 47% dari jumlah anggaran kanak-kanak tersebut yang telah berpeluang mengikuti

pendidikan prasekolah, manakala selebihnya, iaitu kira-kira 53% tidak berpeluang untuk

mengikuti kelas prasekolah. Ekoran daripada itu, pada awal Januari 1992, Kementerian

Pendidikan Malaysia telah mewujudkan sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah atau

dikenali prasekolah 'Annex' di seluruh Malaysia dan bilangan prasekolah ini kekal

sehingga tahun 2001.

Page 14: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

4

Dalam tahun 2000, terdapat sebanyak 399,980 orang kanak-kanak mendaftar di

pusat pendidikan prasekolah mewakili 63.7% kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6

tahun. Garis panduan Kurikulum Prasekolah telah digubal untuk menstandardisasikan

kurikulum, kemudahan dan latihan guru di dalam sektor awam dan juga di pusat-pusat

prasekolah swasta supaya dapat memenuhi kualiti yang diperuntukkan dalam Akta

Pendidikan 1996 (Sufean Hussin, 1996). Pada tahun 2003 Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan yang pertama telah dilaksanakan. Sebelum itu, satu program rintis telah

dilaksanakan di 100 buah sekolah di seluruh negara pada tahun 2002 bagi memastikan

keberkesanan kurikulum tersebut.

Pekeliling Ikhtisas: Bil: 15/2002, Kementerian Pelajaran Malaysia telah

menetapkan bahawa Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh

semua tadika kerajaan, bantuan kerajaan, BBK (Balai Bukan Kerajaan) dan swasta

mulai 1 Januari 2003. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang telah digubal

mempunyai matlamat untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek

perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai

persediaan masuk ke sekolah rendah.

Keprihatinan kerajaan kepada program pendidikan prasekolah terus dijelmakan

dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 apabila perluasan program

prasekolah telah menjadi salah satu fokus dan strategi dalam usaha untuk

memperkasakan sekolah kebangsaan. Pada tahun 2010 kerajaan telah melancarkan

NKRA di bawah Program Transformasi Kerajaan (PTK). Mulai tahun 2010 ini juga,

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) telah dilaksanakan di semua

prasekolah kerajaan dan bukan kerajaan. KSPK digubal berdasarkan reka bentuk

kurikulum berasaskan standard, berbentuk modular, dan berkisar pada enam tunjang

yang akan diteruskan pada sekolah rendah dan sekolah menengah. Penggubalan KSPK

mengambil kira keperluan bagi memastikan kesinambungan antara KSPK dan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berlaku.

Bersesuaian dengan keperluan semasa dan berpandu kepada teori

pembelajaran yang menyatakan kanak-kanak mampu belajar lebih daripada satu

bahasa, maka KSPK memperuntukkan masa yang lebih panjang untuk pengajaran dan

pembelajaran dalam bahasa Inggeris berbanding dengan apa yang terdapat dalam

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003.

Page 15: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

5

Salah satu fokus inisiatif bagi meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti

adalah meningkatkan enrolmen prasekolah. Inisiatif NKRA mensasarkan pertambahan

enrolmen murid prasekolah, terutama di kawasan luar bandar, daripada 67% ke 87%

pada tahun 2012. Melalui NKRA, program pendidikan prasekolah telah mencapai

keputusan yang membanggakan. Senario pendidikan prasekolah di Malaysia terus

menyaksikan perkembangan yang memberangsangkan (Kementerian Pelajaran

Malaysia, 2012).

Di bawah gelombang 1 (2013-2015), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(2013-2025), peningkatan enrolmen dan penambahbaikan kualiti prasekolah diberi

tumpuan bertujuan untuk mencapai akses sejagat. Kerajaan menyasarkan peningkatan

sehingga 92% enrolmen murid dalam prasekolah yang berdaftar menjelang tahun 2015.

Sasaran ini menuntut pertambahan sebanyak 3,500 buah bilik darjah bagi menampung

hampir 71,000 orang kanak-kanak pada tahun 2015. Menjelang tahun 2020, kerajaan

menyasarkan enrolmen prasekolah sejagat seramai 900,000 orang kanak-kanak

berdaftar pada peringkat prasekolah seluruh Negara (Kementerian Pendidikan Malaysia,

2013).

Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) ini juga telah

menyarankan agar KSPK yang telah dilaksanakan pada tahun 2010 di semak semula.

Semakan ini bertujuan untuk memberi penekanan kepada penguasaan abad ke-21

seperti pemikiran kritis, kreatif dan inovatif, penyelesaian masalah dan kepimpinan bagi

membolehkan murid bersaing di peringkat global. KSPK (semakan 2017) dilaksanakan

mulai 2017 di semua prasekolah kerajaan dan swasta.

Page 16: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

6

1.3 LATIHAN

1 Apakah yang dimaksudkan dengan kurikulum? .

2 Huraikan sejarah pembentukan kurikulum untuk kanak-kanak 0 hingga 4 tahun.

a. Media digunakan

i. WhatsApp

ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi

satu sesi. (rujuk agihan tajuk)

b. Tajuk Pembelajaran: Pengenalan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK)

c. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran: -

Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak

d. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk/soalan

iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk/soalan

iv. Kesimpulan

e. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian.

LATIHAN

PANDUAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Page 17: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

7

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

Di akhir topik ini, pelajar dapat:

i Menghuraikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi asas

pertimbangan dalam pembangunan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak.

ii Menghuraikan Rukun Negara yang menjadi asas pertimbangan dalam

pembangunan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak.

iii Menjelaskan elemen-elemen falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun

Negara yang terkandung dalam Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak.

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang menjadi asas pertimbangan dalam pembangunan

Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak. Turut dibincangkan ialah mengenai Rukun

Negara.

KANDUNGAN UNIT

2.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2.2 Rukun Negara

2.3 Latihan

UNIT 2

ASAS PERTIMBANGAN DALAM PEMBANGUNAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PAKK)

Page 18: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

8

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara.

2.1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Kurikulum pendidikan awal kanak-kanak dibina berlandaskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan sebagai teras untuk membina potensi individual kanak-kanak sebagai

modal insan berkualiti tinggi melalui pendidikan awal kanak-kanak Pernyataan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan adalah seperti berikut:

Rajah 1: Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dicetuskan pada tahun

1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Pelaksanaan

Dasar Kebangsaan. FPK yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara

(FPN) telah digubal sembilan tahun kemudiannya dicermin berdasarkan dokumen-

dokumen dasar dan berlandaskan ketiga-tiga ideologi negara, iaitu; Rukun Negara,

Dasar Ekonomi Baru (Rancangan Malaysia Ketiga pada 1976-1980) dan Dasar

Pendidikan Kebangsaan (1999). Penggubalan FPK oleh pakar-pakar pendidikan digubal

secara teliti dan mengambil berat tentang keperluan-keperluan individu, masyarakat dan

negara. FPK digambarkan sebagai medium penghasilan produk (anak-anak murid) yang

menepati citarasa masyarakat dan hasrat Negara melalui kurikulum yang dibentuk.

FPK menjadi rujukan para guru dalam merealisasikan Misi Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara Malaysia yang rancak membangun.

Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan

sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan. Falsafah menggambarkan tujuan

prasekolah, nilai dan kepercayaan guru berkenaan bagaimana kanak-kanak belajar.

Falsafah yang dipegang oleh para guru prasekolah sangat mempengaruhi keputusan

yang dibuat untuk kanak-kanak. Pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk

Page 19: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

9

mengembang bakat, potensi dan kebolehan mereka menerusi interaksi sosial dengan

orang lain dan pragmatik.

FPK bermatlamat ke arah memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Gabungan kesemua item tersebut berkemampuan menghasilkan modal

insan yang dihasratkan oleh negara Malaysia. Pendidikan di Malaysia adalah suatu

usaha berterusan ke arah...”. Perkataan “berterusan” menunjukkan bahawa sistem

pendidikan tidak terhenti sebegitu sahaja, malahan berlangsung secara tekal dan dapat

membuktikan kedinamikan pendidikan berdasarkan keperluan individu, masyarakat dan

negara dari semasa ke semasa. FPK menentukan arah haluan, asas dan sumber

inspirasi kepada semua rancangan dalam bidang pendidikan. Misalnya, “...bertujuan

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak

mulia, ...”. Ia menjadi asas penentuan kurikulum, ko-kurikulum dan citra guru yang

diharap-harapkan. Variasi usaha pendidikan yang sedia ada, direformasi secara mudah

dan dilaksanakan ke arah mencapai matlamat pendidikan negara dengan merujuk FPK

tersebut.

FPK menjadi medium merealisasikan misi Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM); iaitu membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia dan

memenuhi aspirasi negara kita. FPK menjadi rujukan para guru, para penggubal

kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah.

2.2 RUKUN NEGARA

Lima prinsip Rukun Negara telah menjadi panduan, pegangan dan asas bagi guru-guru

mendidik kanak-kanak prasekolah kerana negara kita terdiri daripada masyarakat

majmuk dengan berbilang kaum yang mempunyai pelbagai cara hidup dan budaya,

bahasa dan latar belakang yang berbeza. Oleh itu, dalam proses pengajaran dan

pembelajaran perkara yang perlu diutamakan oleh guru ialah agar kanak-kanak dapat

berkerjasama antara satu sama lain dalam usaha untuk menerapkan semangat

perpaduan pada peringkat asas lagi.

Page 20: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

10

Perpaduan yang lebih erat, saling hormat menghormati dan menikmati

kemakmuran negara secara adil dan saksama diharapkan dapat dicapai sebaik

mungkin. Justeru, setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang agar

prinsip-prinsip Rukun Negara dapat direalisasikan.

Negara kita Malaysia sentiasa berhasrat hendak mencapai perpaduan yang lebih

erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik;

mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati

bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-

tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat

progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Mari baca dan hayati ikrar yang menjadi pegangan rakyat negara kita ini.

Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha

kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :

Kepercayaan kepada tuhan

Kesetiaan kepada raja dan negara

Keluhuran perlembagaan

Kedaulatan undang-undang

Kesopanan dan kesusilaan

Page 21: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

11

2.3 LATIHAN

1 Apakah asas pertimbangan dan proses pembentukan kurikulum prasekolah di negara kita?

2 Rujuk matlamat atau objektif setiap kurikulum Pendidkan Awal, tunjukkan bukti bahawa elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara dijadikan rujukan untuk pembentukan kurikulum tersebut.

a. Media Digunakan

i. WhatsApp

ii. Masa 2 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi

satu sesi. (rujuk agihan tajuk)

b. Tajuk Pembelajaran: Asas Pertimbangan dalam Pembangunan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak

c. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran :-

Dasar Pendidikan Kebangsaan (Prasekolah)

Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Prasekolah)

d. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk/soalan

iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk/soalan

iv. Kesimpulan

e. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian.

LATIHAN

PANDUAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Page 22: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

12

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

Di akhir topik ini, pelajar dapat:

i. Menghuraikan Model konseptual, bidang pembelajaran dan bidang asuhan

Kurikulum PERMATA Negara.

ii. Menghuraikan Model Konseptual Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

iii. Menghuraikan Kesinambungan kurikulum prasekolah dengan Tahun 1

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah Kurikulum PERMATA

Negara, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR).

KANDUNGAN UNIT

3.1 PERMATA Negara - Model konseptual, bidang pembelajaran dan bidang asuhan

3.2 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) - Model Konseptual

3.3 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) – Kesinambungan kurikulum

prasekolah dengan Tahun 1

3.4 Latihan

UNIT 3

KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PAKK)

Page 23: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

13

3.1 PERMATA NEGARA - MODEL KONSEPTUAL, BIDANG PEMBELAJARAN DAN BIDANG ASUHAN

Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia mempunyai tiga peringkat yang merangkumi tiga

kurikulum yang melibatkan usia antara 0 hingga 8 tahun. Oleh itu, kurikulum pendidikan

awal kanak-kanak boleh dibahagi seperti di bawah:

i. 0 hingga 4 tahun (Kurikulum PERMATA Negara)

ii. 5 hingga 6 tahun (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan)

iii. 7 hingga 8 tahun (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)

Kurikulum PERMATA Negara bermatlamat menyediakan program asuhan dan

pengalaman pembelajaran awal kanak-kanak berumur 0-4 tahun ke arah perkembangan

holistik dengan mengambil kira kepelbagaian potensi kanak-kana, berasaskan kaedah

belajar melalui bermain. Kurikulum PERMATA juga berpaksikan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK) yang menekankan kepada lima aspek utama bagi memastikan ianya

menjadi sebuah program yang holistik bagi kanak-kanak di bawah umur 4 tahun iaitu

aspek:

interaksi dan komunikasi aktif

rangsangan minda dan literasi

memperkasakan kanak-kanak

pembelajaran secara bebas

pemantauan kebolehan dan potensi kanak-kanak

pembelajaran melalui permainan.

Pengisian kurikulum juga telah digubal untuk merangkumi enam bidang pembelajaran

utama khusus bagi mental, fizikal dan emosi kanak-kanak di bawah umur 4 tahun iaitu :

i. Perkembangan Fizikal,

ii. Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik,

iii. Perkembangan Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran,

iv. Perkembangan Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal,

v. Perkembangan Kreativiti dan Estetika

vi. Perkembangan Sahsiah, Sosio-Emosi dan Kerohanian

vii. Pengisian aspek pengasuhan pula meliputi:

Keselamatan,

pemakanan seimbang,

penjagaan bayi dan kanak-kanak

amalan pengasuhan

Page 24: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

14

Kurikulum PERMATA berasaskan prinsip:

i. setiap anak permata negara

ii. setiap anak amat berharga

iii. setiap anak adalah modal insan negara

iv. berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah PERMATA

Negara (FPN)

v. Kerjasama antara pendidik, ibu bapa dan komuniti

Objektif kurikulum PERMATA Negara adalah untuk membolehkan kanak-kanak :

mengamalkan nilai-nilai kerohanian dan nilai-nilai murni dalam kehidupan

mempunyai sahsiah dan kawalan emosi yang seimbang

memahami persekitaran yang dapat membantu literasi awal

menguasai kemahiran awal berbahasa, komunikasi

mampu untuk bergaul dalam masyarakat pelbagai budaya

membina asas kebolehan berfikir secara logik

mempunyai keupayaan dalam penguasaan Matematik

mempunyai keupayaan untuk menumpu perhatian

menguasai kefahaman tentang alam sekeliling melalui interaksi

mempunyai kebolehan dalam pengurusan diri dan bebas membuat

keputusan berdasarkan kebolehan diri

mendapat peluang untuk meneroka dan mencuba idea baharu, melalui pelbagai

bahan dan aktiviti kreatif

Pelaksanaan Kurikulum PERMATA Negara

Amalan asuhan berasaskan kasih sayang

Memperbayakkan interaksi dan komunikasi

Merangsang pemikiran kreatif dan logik

Menekankan kepada proses pembelajaran dan bukan kepada hasil

pembelajaran

Menekankan kepada konsep kesediaan belajar (tanpa paksaan)

Menanam rasa suka dan minat membaca, bukannya mengajar membaca

secara intensif

Mengguna kaedah yang memberi kebebasan pembelajaran,

pengupayaan dan belajar melalui bermain

Mengembangkan bakat dan potensi kanak-kanak

Menggalakkan kreativiti kanak-kanak melalui aktiviti seni seperti kraf,

musik, lukisan, nyanyian, tarian dan lakonan

Page 25: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

15

Meningkatkan kefahaman pelbagai budaya dan pergaulan antara etnik

Melaksanakan amalan kesihatan dan pemakanan yang seimbang

Melakukan pengesanan awal dan intervensi kanak-kanak berkeperluan

khas dan berisiko melalui kaedah pemerhatian berterusan dan aktiviti

yang berasaskan kebolehan individu dan bersesuaian dengan peringkat

umur.

3.1.1 Model Konseptual Kurikulum PERMATA Negara

Kurikulum PERMATA Negara dibina berasaskan kepada konsep berikut:

i. Pendidikan secara holistik atau whole brain learning.

ii. Pendekatan kurikulum menekankan pengupayaan kanak-kanak (empowerment)

di mana kanak-kanak digalakkan meneroka, mencuba, menjalankan eksperimen,

berinteraksi dengan rakan-rakan dan orang dewasa secara bebas dalam

persekitaran yang selamat.

iii. Pembelajaran adalah menyeronokkan (learning is fun), bertujuan membina

kemahiran sosial, kemahiran awal matematik dan awal literasi, merangsang

minda dan meningkatkan minat ingin tahu (curiosity) yang tinggi, di samping

membina sosioemosi yang ceria dan tenang.

iv. Kurikulum dan pedagogi melibatkan penyertaan aktif ibubapa dan komuniti,

termasuk pakar bidang awal kanak-kanak, pegawai kesihatan/perubatan,

psikologi, neurosaintis, sosiologis, jabatan-jabatan kerajaan dan pihak-pihak

berkuasa tempatan.

v. Program asas pengasuhan berkualiti untuk bayi dan kanak-kanak adalah

meliputi aspek-aspek membina hubungan emosi (attachment), penjagaan,

pemakanan, kebersihan, kesihatan, keselamatan dan keselesaan persekitaran

(well-being).

vi. Proses pendidikan disebatikan dengan proses pengasuhan agar perkembangan

pembelajaran kanak-kanak dapat berlaku secara serentak, optimum dan

berkesan

Page 26: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

16

vii. Penaksiran dan penilaian kanak-kanak adalah berasaskan pemerhatian klinikal

menggunakan kaedah 'pedagogi bermain' (play pedagogy) yang direkodkan

dengan jelas.

MODEL KONSEPTUAL KURIKULUM PERMATA NEGARA

Kurikulum PERMATA Negara mempunyai dua bidang utama, iaitu :

Bidang pembelajaran

Bidang asuhan kanak-kanak

3.1.2 Bidang Pembelajaran

Terdapat enam bidang perkembangan iaitu:

i. Perkembangan sahsiah, sosio-emosi dan kerohanian

ii. Perkembangan bahasa, komunikasi, dan literasi awal

iii. Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran

iv. Perkembangan fizikal

v. Perkembangan kreativiti dan estetika

vi. Perkembangan awal Matematik dan pemikiran logik

PENDIDKAN

PEMAKANAN SIHAT

LATIHAN URUS DIRI

SENAMAN & KECERGASAN

KESIHATAN, KEBERSIHAN

KESELAMATAN

PERKEMBANGAN

AWAL

MATEMATIK DAN

PEMIKIRAN LOGIK

PERKEMBANGAN

BAHASA ,

KOMUNIKASI &

AWAL LITERASIA

PERKEMBANGAN

SAHSIAH, SOSIO-

EMOSI &

KEROHANIAN

PERKEMBANGAN

DERIA

&PEMAHAMAN

DUNIA

PERSEKITARAN

PERKEMBANGAN

FIZIKAL

PERKEMBANGAN

KREATIVITI &

ESTETIKA

PENDIDIK

IBU BAPASISTEM

KOMUNITI

MODAL

INSAN

Page 27: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

17

Berasaskan bidang asuhan dan bidang pembelajaran ini, dan berdasarkan

kepada perkembangan peringkat umur yang berbeza aktiviti anak PERMATA

Negara adalah berdasarkan modul :

Modul 1 : Panduan Pelaksanaan Aktiviti Anak PERMATA 0 hingga 6 bulan

Modul 2 : Panduan Pelaksanaan Aktiviti Anak PERMATA 6 hingga 12 bulan

Modul 3 : Panduan Pelaksanaan Aktiviti Anak PERMATA 1 hingga 2 tahun

Modul 4 : Panduan Pelaksanaan Aktiviti Anak PERMATA 2 hingga 3 tahun

Modul 5 : Panduan Pelaksanaan Aktiviti Anak PERMATA 3 hingga 4 tahun

Modul 6 : Pendekatan Projek untuk kanak-kanak 4 tahun lebih

3.1.3 Bidang Asuhan

Terdapat empat aspek dalam bidang asuhan iaitu:

i. Pemakanan sihat

ii. Latihan Urus Diri

iii. Senaman dan Kecergasan

iv. Kesihatan, Kebersihan dan Keselamatan

3.2 KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK) - MODEL KONSEPTUAL

3.2.1 Model Konseptual

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berasaskan enam tunjang, iaitu

Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Keterampilan Diri;

Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta Sains dan Teknologi. Enam tunjang

tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan

disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan

membangunkan modal insan yang menghayati nilai-nilai murni berteraskan

keagamaan, berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kritis dan kreatif serta

inovatif sebagaimana yang digambarkan dalam Rajah 1.

Page 28: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

18

Rajah 1: Kerangka Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Tunjang Komunikasi

Tunjang Komunikasi menekankan kepada kemahiran berbahasa secara lisan dan bukan

lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini mengandungi disiplin ilmu bahasa yang wajib

dipelajari oleh semua murid prasekolah iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bagi

murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil, mereka wajib mempelajari Bahasa

Cina/Bahasa Tamil.

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi keutamaan kepada aspek penghayatan

amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Tunjang ini mengandungi disiplin ilmu

Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh murid

beragama Islam, manakala Pendidikan Moral dipelajari oleh murid bukan beragama

Islam.

Tunjang Kemanusiaan

Tunjang Kemanusiaan menekankan kepada penguasaan ilmu dan amalan tentang

kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global serta penghayatan

semangat patriotisme dan perpaduan.

Page 29: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

19

Tunjang Keterampilan Diri

Tunjang Keterampilan Diri memberi penekanan kepada perkembangan sosioemosi dan

pembinaan kemahiran berinteraksi serta kemahiran sosial dalam kalangan murid.

Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum juga

ditekankan dalam Tunjang ini.

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika menekankan perkembangan jasmani dan

kesihatan untuk kesejahteraan diri serta pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat

dan apresiasi terhadap karya seni dalam kalangan murid. Tunjang ini melibatkan

komponen Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan; serta Kreativiti dan Estetika.

Tunjang Sains dan Teknologi

Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada pengetahuan sains,

kemahiran dan sikap saintifik; serta pengetahuan dan kemahiran matematik. Disiplin

ilmu yang terkandung dalam tunjang ini ialah Sains Awal dan Matematik Awal.

Fokus

Kurikulum Prasekolah berfokus untuk melahirkan murid yang mempunyai kebolehan

berkomunikasi dan bersosialisasi dengan yakin. Di samping itu, kurikulum ini

menghasratkan murid yang mampu menghadapi cabaran, menyelesaikan masalah,

berkeinginan untuk belajar dan bersedia untuk pembelajaran seterusnya.

Kemahiran Abad Ke- 21 Satu daripada hasrat KSPK adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai kemahiran

abad ke-21 dengan memberi fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup

dan kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni. Kemahiran abad ke-21 bermatlamat

untuk melahirkan murid yang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan dalam profil murid

seperti dalam Jadual 1 supaya berupaya bersaing di peringkat global. Penguasaan SK

dan SP dalam kurikulum prasekolah menyumbang kepada pemerolehan kemahiran

abad ke-21 dalam kalangan murid.

Page 30: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

20

3.3 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) - KESINAMBUNGAN KURIKULUM PRASEKOLAH DENGAN TAHUN 1

3.3.1 Prinsip KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini

dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan

holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:

Bentuk Kurikulum

Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk

pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada

pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi

asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-

tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran

dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan

bersepadu.

Rajah 2 : Insan seimbang

Page 31: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

21

Rajah 3 : Konsep KSSR

Pendekatan Bersepadu

Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan,

kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segi intelek, rohani,

emosi, jasmani dan sosial.

Perkembangan Individu Secara Menyeluruh

KSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhi

keperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi murid

dikembangkan secara bersepadu.

Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid

KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk

mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang.

Pendidikan Seumur Hidup

KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukanoleh semua murid

sebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikan sepanjang

hayat.

Page 32: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

22

3.3.2 Fokus KSSR

KSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi

penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul.

Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan

menggunakan akal atau logik.

Rajah 4 : Empat Kemahiran KSSR

Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas

4M. Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid

menguasai kemahiran tersebut. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran

nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK.

Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi

kemahiran 4M di samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran

yang lebih kompleks, pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan sahsiah.

3.3.3 Organisasi Kurikulum

KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata

pelajaran dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai modul. Mata pelajaran

juga diorganisasikan secara modular iaitu kandungan mata pelajaran disediakan

dalam bentuk modul yang kendiri-lengkap (self-contained). Setiap modul

mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk

dikuasai oleh murid.

Page 33: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

23

Organisasi Tahap I

Pada Tahap I kurikulum diorganisasikan dalam Modul Teras Asas, Modul Teras

Tema dan Modul Elektif. Komposisi KSSR Tahap I adalah seperti jadual di

bawah.

Rajah 5 : Modul KSSR

Modul Teras Asas

Modul Teras Asas merangkumi bidang pembelajaran asas yang terdiri daripada Modul

Bahasa, Modul Matematik, Modul Pendidikan Jasmani, dan Modul Pendidikan

Kesihatan. Modul-modul ini mesti dipelajari oleh semua murid.

Modul Pendidikan Islam mesti dipelajari oleh murid beragama Islam, manakala Modul

Pendidikan Moral dipelajari oleh murid bukan beragama Islam.

Modul Teras Tema

Modul Teras Tema menggabungkan beberapa disiplin ilmu dalam satu modul. Terdapat

dua modul Teras Tema iaitu Dunia Kesenian dan Dunia Sains dan Teknologi (DST).

Dunia Kesenian terdiri daripada Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik. DST pula

menggabungkan disiplin Sains, Reka Bentuk Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat

& Komunikasi (TMK). Modul Teras Tema mesti dipelajari oleh semua murid.

Modul Elektif

Modul elektif merupakan pilihan disiplin bahasa yang ditawarkan kepada murid seperti

Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan,

Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun. Modul ini ditawarkan untuk membolehkan

murid berkemahiran dalam pelbagai bahasa. Pihak sekolah perlu memilih untuk

melaksanakan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut

Page 34: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

24

kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru, permintaan daripada murid serta

prasarana sekolah.

3.3.4 Kurikulum Berasaskan Standard

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada

standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam

suatu tempoh dan tahap persekolahan.

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Rajah 11: Standard KSSR

Page 35: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

25

3.4 LATIHAN

1. Kurikulum PERMATA mempunyai kesinambungan dengan Kurikikulum

Standard Prasekolah Kebangasaan.

Dengan menggunakan peta i think yang sesuai, tunjukkan unsur

kesinambungan tersebut.

2. Pilih salah satu bidang bagi setiap kurikulum. Rancang aktiviti

pembelajaran mengikut bidang yang anda pilih mengikut peringkat umur.

a. Media Digunakan

i. WhatsApp

ii. Masa 3 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi

satu sesi. (rujuk agihan tajuk)

b. Tajuk Pembelajaran: Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak

c. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:

PERMATA NEGARA - Pemilihan / Penyediaan Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) – Model Konseptual

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) – Kesinambungan Kurikulum Prasekolah dengan Tahun 1

d. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

i . Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk/soalan

iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk/soalan

iv. Kesimpulan

e. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian.

LATIHAN

PANDUAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Page 36: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

26

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

Di akhir topik ini, pelajar dapat :

i Menghuraikan perancangan aktiviti berdasarkan kurikulum pendidikan awal

kanak-kanak, iaitu Kurikulum PERMATA dan Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan.

ii Menghuraikan pemilihan dan penyediaan bahan bantu pengajaran.

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai perancangan

aktiviti berdasarkan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak, iaitu Kurikulum PERMATA

dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Turut dibincangkan ialah pemilihan

dan penyediaan bahan bantu pengajaran.

KANDUNGAN UNIT

4.1 Perancangan aktiviti berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

(KSPK)

4.2 Pemilihan/penyediaan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran

4.3 Latihan

UNIT 4

PERANCANGAN AKTIVITI BERDASARKAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PAKK)

Page 37: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

27

4.1 PERANCANGAN AKTIVITI BERDASARKAN KURIKULUM STANDARD

PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

Pengelolaan aktiviti terbahagi kepada 3 iaitu;

Aktiviti kelas

Aktiviti kumpulan

Aktiviti individu

Aktiviti secara kelas:

AKTIVITI KELAS

1. Semua murid

menjalankan aktiviti

yang sama serentak

2. Pemupukan kemahiran

bersosial

3. Pemupukan nilai murni

seperti Kerjasama, hormat

menghormati, Keadilan dan

Semangat bermasyarakat

4. Pemupukan

kemahiran berfikir

secara kritis, kreatif

dan inovatif

Contoh Aktiviti Kelas:

- bercerita

- circle time

- nyanyian/ gerakan

- lawatan luar

- bersoal jawab

- eksperimen

Page 38: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

28

Aktiviti kumpulan:

Pengelolaan aktiviti secara kumpulan

Kumpulan kecil ; bilangan ahli yang kecil 5-8 orang

Murid menjalankan tugas bersama untuk menghasilkan satu hasil

Pembelajaran secara kolaboratif atau usaha sama

AKTIVITI KUMPULAN

1. Pembelajaran secara

koloboratif atau usahasama

6. Proses

penerapan nilai

murni

5. Proses pemupukan

kemahiran sosial dan

penyelesaian masalah4. Pembelajaran melalui

rakan sebaya

3. Murid

menjalankan

tugas bersama

untuk

menghasilkan

satu hasil

2. Bilangan ahli yang

kecil

Aktiviti yang boleh dijalankan

- Main doh, main pondok, main bongkah

- Main permainan tradisioanl

- Cantuman puzzle

- Berkebun

- Penerokaan

- Permainan bahasa/matematik

- Kolaj/capan/renjisan/cetakan/melukis/

- Pertandingan: menyusun huruf/perkataan/gambar bersiri

Page 39: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

29

Pengelolan aktiviti secara individu

AKTIVITI

INDIVIDU

1. Peluang untuk murid menumpukan

kebolehan istimewa yang ada

padanya bagi meningkatkan

Kefahaman tentang sesuatu konsep

2. Murid bebas mencuba dan

Meneroka dengan gaya tersendiri

5. Peluang untuk mengukuhkan nilai

Murni seperti berdikarai, kerajinan

dan sayangkan hak sendiri serta

menghormati hak orang lain

6. Murid secara aktif

membuat aktiviti

seperti binaan dari

bongkah, bermain

dengan doh atau

bermain suai pasang

3. Peluang untuk

mengaplikasikan Kemahiran

berfikir seperti membuat

Perbandingan, menganalisis

dan menyelesaikan masalah

4. Peluang untuk guru

berinteraksi dengan

murid secara individu

serta membimbing

mereka membuat

keputusan

Contoh Aktiviti individu

- Melukis gambar

- Menyusun gambar bersiri

- Menggunting/menampal

- Menguntai manik/bunga

- Mengenakan butang baju

- Membaca buku kecil/kad bacaan

- Main doh/suai pasang

- Membasuh tuala/ sapu tangan/peralatan mainan/peralatan makan

Page 40: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

30

Pembelajaran berpusatkan murid

Pembelajaran digerakkan atas minat dan dorongan murid. Guru sebagai pemudahcara

atau pembinbing. Murid mencari jawapan sendiri menerusi penerokaan dan pengalaman

yang dibina sendiri. Guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran. Aktiviti ini

berpandukan kepada teori konstruktivis iaitu menekankan pembelajaran berlaku apabila

terdapat perubahan tingkahlaku hasil daripada pembelajaran yang dibina sendiri

menerusi pengalaman baru.

Kebaikan aktiviti berpusatkan murid

- Mendorong minat meneroka

- Menggalakkan murid berdikari

- Membina keyakinan diri

- Membna pengetahuan menerusi cuba jaya

- Memahami sendiri sesuatu konsep

- Menyelesaikan masalah ingin tahu

- Memberi peluang memilih bidang yang diminati

- Memupuk minat kepada penyelidikan saintifik

- Menerima kegagalan sebagai satu pengalaman pembelajaran

- Mewujudkan suasana ceria dalam pembelajaran

-

Pembelajaran berpusatkan guru Aktiviti berpusatkan guru bermaksud pembelajaran yang berlaku atas rancangan dan

arahan guru. Peranan guru sebagai penentu aras pengetahuan yang diperlukan oleh

murid-murid. Kemahiran dalam sesuatu konsep dirancang oleh guru dan dilaksanakan

menerusi latihan dan pengulangan. Murid tidak mempunyai pilihan dalam menentukan

pembelajaran. Pengajaran guru lebih kepada satu hala. Guru mengajar dan murid

menerima. Murid digalakkan mengemukakan soalan dan guru membantu mendapatkan

jawapan kepada masalah yang dikemukakan.

Aktiviti berpusatkan guru adalah berpandukan kepada teori behavioris yang juga

dikenali sebagai teori perkembangan. Teori ini menekankan pembelajaran berlaku

mengikut kronologi umur. Pengetahuan perlu dirancang mengikut peringkat keupayaan

murid.

Page 41: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

31

Pendekatan satu konsep, unit, gabungjalin, bertema dan inkuiri merupakan

pembelajaran yang kebanyakannya ditentukan oleh guru dan murid menerima

pengetahuan yang disediakan.

Antara kebaikan aktiviti berpusatkan guru:

(i) pengurusan masa pembelajaran;

(ii) murid yang lemah dapat bantuan pembelajaran;

(iii) tiada penangguhan jawapan;

(iv) latihan kecekapan kemahiran;

(v) mengenal pasti kelemahan murid yang tidak aktif;

(vi) pengetahuan setara menerusi aktiviti yang sama;

(vii) pencapaian yang boleh dijangkakan untuk setiap murid; dan

(viii) mengingat secara hafalan dan latih tubi.

4.2 PEMILIHAN/PENYEDIAAN BAHAN BANTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Bahan dan peralatan memainkan peranan penting dalam membantu pengajaran dan

pembelajaran di kelas prasekolah. Peralatan dianggap sebagai bahan media pengajaran

dan pembelajaran yang membantu kefahaman murid dalam proses pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pengajaran yang disampaikan secara

lisan tanpa menggunakan bahan bantu akan mengelirukan kefahaman murid. Murid di

peringkat prasekolah memerlukan bahan konkrit untuk menjelaskan sesuatu perkara

yang dipelajari, terutama perkara-perkara di luar pengalamannya amat memerlukan

bahan dan peralatan untuk menjelaskan sesuatu konsep.

Terdapat dua jenis bahan yang digunakan dalam kurikulum iaitu bahan guru dan

bahan murid. Bahan guru adalah bahan yang digunakan oleh guru semasa membuat

persediaan pengajaran. Bahan murid adalah bahan yang digunakan semasa murid

terlibat dengan aktiviti pembelajaran.Peralatan merujuk kepada perabot dan benda-

benda yang besar dianggap berharga dan sebagai pelaburan jangka panjang untuk

kemudahan prasekolah. Bahan merujuk benda-benda kecil, selalunya habis guna yang

boleh ditukar ganti.

Page 42: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

32

Pemilihan bahan dan peralatan adalah penting untuk disesuaikan dengan

keperluan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, bahan

mestilah tahan lasak dan harga yang bersesuaian. Terdapat beberapa faktor dalam

membuat pemilihan bahan dan peralatan di prasekolah. Guru boleh membina sendiri

peralatan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan buangan untuk dijadikan

bahan pengajaran dan pembelajaran adalah sebagai salah satu cara menggalakkan

murid berkreatif.

Page 43: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

33

4.4 LATIHAN

1. Bincangkan ciri-ciri pemilihan bahan bantu mengajar yang

sesuai digunakan di taska dan prasekolah?

2. Senaraikan bahan-bahan persekitaran atau bahan terbuang

yang boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar . Pilih

satu dan simulasikan dalam kelas anda.

a. Media digunakan: i. WhatsApp ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekurang-kurangnya 1 jam bagi satu

sesi. (rujuk agihan tajuk)

b. Tajuk Pembelajaran: Perancangan Aktiviti Berdasarkan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK)

c. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:

Pemilihan/penyediaan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran

d. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk/soalan

iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk/soalan

iv. Kesimpulan

e. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian.

LATIHAN

PANDUAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Page 44: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

34

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

Di akhir topik ini, pelajar dapat :

i Menghuraikan mengenai kanak-kanak berkeperluan khas.

ii Menghuraikan kesediaan guru terhadap perubahan kurikulum dan tuntutan

semasa.

iii Menghuraikan persepsi masyarakat terhadap kurikulum Pendidikan Awal Kanak-

kanak, dasar-dasar semasa kerajaan, elemen merentas kurikulum serta

perkembangan teknologi pendidikan.

SINOPSIS

Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai kanak-kanak

berkeperluan khas serta kesediaan guru terhadap perubahan kurikulum dan tuntutan

semasa. Turut dibincangkan ialah persepsi masyarakat terhadap kurikulum Pendidikan

Awal Kanak-kanak, dasar-dasar semasa kerajaan, elemen merentas kurikulum serta

perkembangan teknologi pendidikan.

KANDUNGAN UNIT

5.1 Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

5.2 Latihan

UNIT 5

ISU DAN TRENDA DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PAKK)

Page 45: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

35

5.1 ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses

pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) selain yang ditetapkan dalam standard

kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan

keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa

dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti bahasa,

sains dan teknologi, kelestarian alam sekitar, nilai murni, patriotisme serta teknologi

maklumat dan komunikasi.

Elemen merentas kurikulum (semakan 2017), di tambah menjadi 10, iaitu

bahasa, sains dan teknologi, kelestarian alam sekitar, nilai murni, patriotism, teknologi

maklumat dan komunikasi, kreativiti dan inovasi, keusahawanan, kelestarian global dan

pendidikan kewangan. Empat elemen yang ditambah dikenal pasti sebagai pelengkap

kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR. Guru hendaklah memastikan

kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

Penerangan setiap Elemen Merentas Kurikulum (EMK) KSSR (semakan 2017)

Bahasa

Penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu dititikberatkan dalam semua

mata pelajaran.

Semasa PdPc bagi setiap mata pelajaran, aspek sebut, struktur ayat,

tatabahasa,

Istilah dan laras bahasa perlu diberi penekanan bagi membantu murid menyusun

idea dan berkomunikasi secara berkesan.

Kelestarian Alam Sekitar

Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid perlu

dipupuk melalui PdP semua mata pelajaran.

Pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar dalam

membentuk etika murid untuk menghargai alam.

Page 46: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

36

Nilai Murni

Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata pelajaran supaya murid akan

kepentingan dan mengamalkannya.

Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan

yang menjadi amalan dalam kehidupan harian.

Sains dan Teknologi

Menambahkan minat terhadap sains dan teknologi dapat meningkatkan literasi

sains serta teknologi dalam kalangan murid.

Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat membantu serta menyumbang

kepada pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan.

Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam PdPc merangkumi empat perkara

iaitu :

a. Pengetahuan sains dan teknologi (fakta, prinsip, konsep yang berkaitan

dengan sains dan teknologi)

b. Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan kemahiran manipulatif tertentu)

c. Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran, keselamatan)

d. Penggunaan teknologi dalam aktiviti PdPc

Patriotisme

Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua mata pelajaran, aktiviti

kokurikulum dan khidmat masyarakat.

Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang mempunyai semangat cintakan

negara dan berbangga sebagai rakyat Malaysia.

Kreativiti dan Inovasi

Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi untuk mengumpul,

mencerna dan menjana idea atau mencipta sesuatu yang baharu atau asli

melalui ilham atau gabungan idea yang ada.

Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui ubah suaian, membaiki dan

mempraktikkan idea.

Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu untuk memastikan

pembangunan modal insan yang mampu menghadapi cabaran Abad 21

Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam PdPc.

Page 47: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

37

Keusahawanan

Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciir-ciri dan amalan

keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid.

Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam PdP melalui aktiviti yang mampu

memupuk sikap seperti rajin, jujur, amanah dan bertanggungjawab serta

membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk memacu idea ke pasaran.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Penerapan elemen TMK dalam PdPc memastikan murid dapat mengaplikasi dan

mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari.

Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid menjadi kreatif malah

menjadikan PdPc lebih menarik dan menyeronokkan serta meningkatkan kualiti

pembelajaran.

TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang hendak diajar dan sebagai

pengupaya bagi meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap kandungan mata

pelajaran.

Kelestarian Global

Elemen Kelestarian Global bermatlamat melahirkan murid berdaya fikir lestari

yang bersikap responsif terhadap persekitaran dalam kehidupan harian dengan

mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi melalui elemen

Penggunaan dan Pengeluaran Lestari, Kewarganegaraan Global dan

Perpaduan.

Elemen Kelestarian Global penting dalam menyediakan murid bagi menghadapi

cabaran dan isu semasa di peringkat tempatan, negara dan global.

Elemen ini diajar secara langsung dan secara sisipan dalam mata pelajaran yang

berkaitan.

Kewangan

Penerapan elemen pendidikan kewangan bertujuan membentuk generasi masa

hadapan yang berkeupayaan membuat keputusan kewangan yang bijak,

mengamalkan pengurusan kewangan yang beretika serta berkemahiran

menguruskan hal ehwal kewangan secara bertanggungjawab.

Elemen pendidikan kewangan boleh diterapkan dalam PdPc secara langsung

ataupun secara sisipan. Penerapan secara langsung adalah melalui tajuk-tajuk

Page 48: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

38

seperti Wang yang mengandungi elemen kewangan secara eksplisit seperti

pengiraaan faedah mudah dan faedah kompoun. Penerapan secara sisipan pula

diintegrasikan melalui tajuk-tajuk lain merentas kurikulum. Pendedahan kepada

pengurusan kewangan dalam kehidupan sebenar adalah penting bagi

menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dapat

diaplikasikan secara berkesan dan bermakna.

Page 49: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

39

5.2 LATIHAN

Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan

Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan

Komunikasi.

Secara berkumpulan (3 orang), rancang aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang melibatkan EMK dalam pendidikan awal

kanak-kanak

a. Media Digunakan

i. WhatsApp

ii. Masa 2 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi

satu sesi. (rujuk agihan tajuk)

b. Tajuk Pembelajaran: Isu dan Trenda Dalam Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak

c. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:-

Dasar-dasar semasa kerajaan

Perkembangan Teknologi Pendidikan

d. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Semakan kehadiran

ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk/soalan

iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk/soalan

iv. Kesimpulan

e. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi

pembelajaran dalam talian.

LATIHAN

PANDUAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Page 50: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

40

BIBLIOGRAFI

Akker, J.J.H. van den. 2003. Curriculum perspectives: an introduction. Dalam J. van den Akker, W. Kuiper & U. Hameyer (Eds.), Curriculum landscape and trends (hlm. 1-10). Dordrecht: Kluwer Academic Publishers.

Baldock, P. (2011). Developing early childhood services, past, present and future. Glasgow: The McGraw Hill Companies.

Brewer, J.A. (2014). Introduction to early childhood education: preschool through primary grades. (6th. Edition) New York: Pearson Education Inc.

Brown, R.A. 2007. Curriculum consonance in technology education classrooms: The official, intended, implemented, and experienced curricula. Unpublished doctoral dissertation, Indiana University. (UMI No. 3278212).

Bustam Kamri dan Putri Zabariah Megat A. Rahman (2007). Tadika berkualiti. Kuala Lumpur: PTS.

Cuban, L. 1992. Curriculum stability and change. Dalam P. Jackson (Ed.), Handbook of

research on curriculum (hlm. 216-242). New York: Macmillan Publishing Company.

Essa, E. L. (2014). Introduction to early childhood education. (7th ed.). Belmont:

Wadsworth Cengage Learning. Henniger, M, L (2017). Teaching Young Children, An Introduction (6th ed) New Jersey,

Pearson Education. Jabatan Perdana Menteri. Kurikulum PERMATA Negara (2011). Cyberjaya: Bahagian

Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA). Perbadanan Percetakan Negara. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025 (Pendidikan prasekolah hingga lepas menengah). Putrajaya: Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Flipped Classroom Prasekolah. Putrajaya:

Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen Standard Kurikulum dan

Pentaksiran KSPK. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan

Pentaksiran KSSR Sains Tahun 2. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Marie, A. E. (2012). Curriculum for young Children: An introduction. (2nd ed.) Belmont:

Wadsworth Cengage Learning. Mayesky, M. (2015). Creative activities and curriculum for young children. (11th ed.).

Australia: Cengage Learning. Morrison, G. S. (2015). Early childhood education today. (12th ed.). New Jersey: Pearson

Education Inc.

Page 51: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

41

Morrison, G. S. (2017). Fundamentals of early childhood education. (8thed.).United

States. Pearson Merill Prenticer Hall.

Ornstein, A.C. & Hunkins F.P. (2012). Curriculum: Foundations, Principles, and Issues.(6th ed.) Allyn & Bacon

Puckett, M. B. & Diffily, D. (2004). Teaching Young Children: An Introduction to the

Early Childhood Profession, (2nd ed.). NY: Thomson Delmar Learning. Rohaty Mohd Majzub. (2003). Pendidikan prasekolah: Cabaran kualiti. Bangi: Universiti

Kebangsaan Malaysia. Sufean Husin. (1996). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, sistem dan falsafah. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 52: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

42

PENYELARAS MODUL PDPM (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)

Nama Pegawai Akademik

Dr. Siti Iwana binti Abu Samah

Bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak

PANEL PENGGUBAL PAKKD2023 KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Bil. Nama Kelayakan Akademik

1 Dr. Rusini binti Kamaluddin

PhD (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) M.A Pendidikan (Sekolah Rendah) B.A (Hons) (Pengajian Melayu)

2

Pn. Normasura binti Hj Jani

M Ed. (Pendidikan Awal Kanak-kanak) Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu)

Page 53: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

43

SIMBOL PEMBELAJARAN

Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan / maksud seperti yang dinyatakan

Gunakan pita rakaman audio atau radio.

Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.

Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

Gunakan bahan-bahan multimedia.

Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Buatkan ujikaji.

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.

Senarai semak.

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.

Buatkan catatan atau nota-nota penting.

Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul.

Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.

Page 54: KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM... · yang luas mengenai pendidikan ini yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran,

44

Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Rujukan surat khabar.

Panduan kepada pengguna.

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

Sediakan graf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas.

Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.

Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual, lukisan).

Aktiviti Tutorial

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.