KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR)...
Transcript of KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM · PDF filePENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT . ... (KSSR)...
DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
PENDIDIKAN MUZIK
TAHUN EMPAT
DRAF
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS
(MASALAH PEMBELAJARAN)
PENDIDIKAN MUZIK
TAHUN EMPAT
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Cetakan Pertama 2013 © Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi
kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif
yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
SENARAI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
PENDAHULUAN 1
MATLAMAT 1
OBJEKTIF 2
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 3
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 3
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4
FOKUS MATA PELAJARAN 6
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 7
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 8
PENTAKSIRAN SEKOLAH 9
PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH 11
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN 13
1
PENDAHULUAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu,
perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan
dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan
pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran adalah bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan
tidak membebankan murid, ini selaras dengan teras kedua Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan.
Bagi memenuhi keperluan individu proses pengajaran dan
pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah
Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang
menyatakan “ guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik
pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan
aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai
tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.
KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina supaya
pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat
diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga
menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid
bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang
seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.
MATLAMAT
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk
mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan
bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid.
Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan
berakhlak mulia.
OBJEKTIF
KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran membolehkan
murid:
i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam
menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna
serta menjadi warganegara yang berguna
ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat
berdikari dalam kehidupan seharian
2
iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah
kehidupan bekerjaya
iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri
dengan sempurna
v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,
berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila
masyarakat majmuk
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian
bagi yang beragama Islam
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah
ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya
x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi seiring dengan perkembangan semasa
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi
membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang
saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Domain bagi setiap tunjang adalah:
i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai
iii. Kemanusiaan
iv. Sains dan Teknologi
v. Perkembangan Fizikal dan Estetika
vi. Keterampilan Diri
Bentuk Kurikulum Transformasi
3
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas
(Masalah Pembelajaran) digubal dalam bentuk pernyataan
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu
dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang
mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan
boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan.
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang
seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,
bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,
berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad
ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid
untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid
akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran
berfikir.
Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun
1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Secara Kritis
dan Kreatif (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada
pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada
tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah
memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT).
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
4
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1.
KBAT Penerangan
Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan
nilai dalam situasi berlainan untuk
melaksanakan sesuatu perkara
Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian
kecil untuk memahami dengan lebih
mendalam serta hubung kait antara bahagian
berkenaan
Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan
menggunakan pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi
Mencipta menghasilkan idea atau produk atau
kaedah yang kreatif dan inovatif
Jadual 1: Penerangan KBAT
Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap kurikulum
mata pelajaran.
KBAT boleh diaplikasikan di dalam bililik darjah melalui aktiviti
berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah
dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti
peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan
aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan
murid berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaran
mereka.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah
diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar,
Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif
dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan
Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR
dikekalkan dan ditambah dengan memperkenalkan elemen
Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi.
5
Kreativiti dan Inovasi
Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara
umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea,
pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana
idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu.
Elemen kreativiti dan inovasi merupakan salah satu elemen yang
diberi penekanan dalam KSSR untuk menyediakan murid dalam
menangani cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi murid perlu
dipupuk dan dibangunkan ke tahap optimum supaya mereka
berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan
seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan
warganegara Malaysia pada masa hadapan. Bagi mencapai
matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata pelajaran
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Suaian) yang berkaitan
dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara
tersurat. Walau bagaimanapun guru juga digalakkan menerapkan
elemen kreativiti dan inovasi di mana-mana topik yang difikirkan
sesuai jika elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru
haruslah menyediakan aktiviti yang meningkatkan minat dan
kreativiti. Murid pula perlu dibekalkan dengan pengetahuan,
kemahiran dan alat yang membolehkan mereka membangunkan
kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti individu kreatif.
Keusahawanan
Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020
adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen
keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan
keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan
murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:
Mengamalkan sikap keusahawanan;
Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
pengurusan perniagaan;
Memformulasikan konsep, proses atau produk keusahawanan;
dan
Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam
keusahawanan.
Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap
kebolehan murid sekolah rendah.
6
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk
memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.
Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet,
perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan
berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam
mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh
dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web.
Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan
dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK
iaitu:
Belajar mengenai TMK
Belajar melalui TMK
Belajar dengan TMK
FOKUS MATA PELAJARAN
Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik
I. Matlamat
Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil
dan mengembangkan bakat juga potensi murid supaya
dapat mengamalkan kemahiran yang dipelajari seterusnya
melahirkan murid-murid yang berkeyakinan, berkemahiran,
berketerampilan serta bersikap positif dalam kehidupan.
Aspek yang diberi penekanan ialah kemahiran nyanyian,
bermain alat-alat perkusi dan bermain rekoder. Proses ini
memberi keutamaan kepada aktiviti bagi memenuhi
kehendak tajuk persepsi muzik, pengalaman nyanyian,
pengalaman muzikal serta apresiasi dan estetika seni
berdasarkan kebolehan dan kreativiti murid.
II. Objektif
Pendidikan Muzik membolehkan murid :
i. mengembangkan bakat dan minat dalam bidang nyanyian,
tarian ,permainan alat alat-perkusi dan rekoder.
ii. mengamalkan semangat kerjasama dan berdisiplin dalam
kumpulan
iii. mahir menggunakan alatan muzik
iv. melakukan gerakan mengikut rentak lagu
v. mengenal lagu berdasarkan melodinya
vi. mengawal koordinasi anggota badan
’
7
III. Pelaksanaan Modul Pendidikan Muzik
Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard
Kurikulum Pendidikan Muzik untuk membantu guru
menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru
boleh mengubahsuai atau membina modul yang
bersesuaian mengikut keperluan. Mana-mana standard
kandungan dan standard pembelajaran yang sesuai boleh
digabungjalinkan bagi menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang bermakna.
Modul Pembelajaran Pendidikan Muzik
Modul Pembelajaran Pendidikan Muzik juga disediakan
untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi senarai
semak untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid
untuk mencapai Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran.
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Muzik, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai
kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Antaranya adalah:
Inkuiri
Analisis Tugasan
Belajar Melalui Bermain
Pengajaran Bertema
Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin)
Konstruktivisme
Multi Sensori
Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran Interaktif
Pembelajaran Koperatif
Simulasi
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)
8
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
Definisi Rancangan Pendidikan Individu :
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen
bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang
dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan
panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid.
(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid
Berkeperluan Khas, 2000)
RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai
disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid
pendidikan khas. RPI dirancang khusus bagi individu murid, dan
dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan
penerapan ke atas program pembelajaran dan perkhidmatan yang
disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah
tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan
tersebut dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut,
perlu ada kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa,
dan murid itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan
peringkat negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat
sokongan lain.
RPI memperincikan antara lain:
i. Tahap prestasi sedia ada murid
ii. Perancangan akademik dan bukan akademik
iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid
iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur
v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi
mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian
vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid
vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu perkhidmatan
dapat disediakan untuk murid, dan
viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan
membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran
mereka.
9
PENTAKSIRAN SEKOLAH
Pentaksiran Sekolah (PS) adalah salah satu komponen utama
dalam PdP kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran
murid, meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan mampu
memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan
atau dicapai dalam PdP. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak
sekolah sepenuhnya bermula dengan perancangan, pembinaan
item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau
penskoran, perekodan hingga pelaporan. PS penting untuk
menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha
menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan
aktiviti berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi, dan hala
tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk
memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum. PS
mempunyai ciri-ciri berikut:
Holistik iaitu mampu memberi maklumat menyeluruh
tentang penguasaan, pengetahuan, kemahiran, dan
pengamalan nilai murni;
Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan
PdP;
Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai
mengikut kesesuaian dan kesediaan murid; dan
Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan
standard kurikulum.
PS boleh dilaksanakan secara:
Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan PdP.
Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit
pembelajaran, semester atau tahun.
Pentaksiran Rujukan Standard
Standard Prestasi diguna untuk melihat kemajuan dan
pertumbuhan (growth) pembelajaran, serta prestasi seseorang
murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses
mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham
dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari
berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan.
Pentaksiran sedemikian tidak membandingkan pencapaian
seseorang murid dengan murid lain. Prestasi murid dilaporkan
dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid
10
dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama
sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan,
kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan
dengan orang lain. Pihak sekolah berupaya mendapatkan maklum
balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif.
Maklumat yang diperolehi membolehkan pihak yang
bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf
dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting
dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan
negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-
masing.
Tahap Penguasaan (TP) merujuk kepada aras penguasaan tertentu
yang disusun secara hierarki, dan diguna bagi tujuan pelaporan.
Jadual 1 menyenaraikan maksud dan tafsiran umum tentang setiap
TP. Jadual 2 pula menyediakan tafsiran tentang TP yang diguna
pakai dalam mentafsir prestasi murid bagi mata pelajaran
Pendidikan Muzik.
Tafsiran Umum
TAHAP PENGUASAAN
MAKSUD TAFSIRAN UMUM
1 Tahu Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
2 Tahu dan Faham
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
Terpuji
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal, dan bersikap positif.
6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
Mithali
Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif, serta boleh dicontohi.
Jadual 1: Maksud dan tafsiran umum tentang Tahap Penguasaan
11
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN
1 Mengetahui pengetahuan dan kemahiran asas Muzik
2 Memahami pengetahuan dan kemahiran Muzik serta dapat menjelaskan kefahaman tersebut dengan apa-apa cara.
3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran Muzik
4 Menganalisis pengetahuan dan kemahiran Muzik
5 Menganalisis dan mensintesis pengetahuan dan kemahiran Muzik
6 Menganalisis dan mensintesis pengetahuan dan kemahiran Muzik
Jadual 2: Tafsiran Tahap Penguasaan bagi mata pelajaran
Muzik
PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH
Setiap guru perlu melaksanakan proses PdP dalam bilik
darjah dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran. Kebijaksanaan guru adalah perlu
dalam merancang dan melaksanakan PdP secara berkesan
dan bersesuaian. Pada waktu yang sama, guru perlu
mentaksir dan menentukan tahap keupayaan murid
berdasarkan Standard Prestasi yang telah disusun mengikut
kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran.
Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap muridnya
untuk mencapai tahap keupayaan yang lebih baik dengan
melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan.
Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu
dipelajari dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi
pula mengandungi panduan untuk mentaksir murid mengikut
tahap penguasaan seperti yang dihasratkan. Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran mengintegrasikan
standard kurikulum dan pentaksiran sekolah dalam satu
dokumen.
Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh
dijalankan adalah:
Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari
aspek kemahiran dan nilai murni. Kaedah pemerhatian adalah
untuk menilai kebolehan murid melaksanakan kemahiran
yang diperolehi dalam sebarang aktiviti.
12
Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau
lisan. Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk
soalan objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.
Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan
adalah penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan
diri dan pengetahuan murid tentang kemahiran yang
dipelajari.
Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu
tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji adalah
pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai murni.
Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara
individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap
dan folio.
Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk
menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik.
DRAF
13
1.Persepsi Muzik
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…..
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya…..
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN Murid boleh…..
1.1 Mengetahui irama
dalam muzik
1.1.1 Menepuk tekanan
detik pertama lagu
meter yang
didengar
1.1.2 Memainkan tempo
lagu yang didengar
i. tempo cepat
ii. tempo lambat
1
Menepuk tangan secara bebas
2
Menepuk mengikut meter
3
Menepuk tekanan detik lagu meter mengikut satu baris lagu
4
Menepuk tekanan detik meter secara berpandu
dengan tempo cepat dan lambat
5
Menepuk tekanan detik pertama meter dengan
tempo cepat dan lambat
6
Memainkan alatan mengikut tekanan detik pertama lagu
dengan tempo cepat dan lambat berpandukan meter
4
4
4
4
4
4
4
4
4
4
4
4
DRAF
14
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…..
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya…..
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN Murid boleh…..
1.2 Mengetahui sistem
notasi
1.2.1 Mengenal tanda
isyarat dan istilah
i. baluk
ii. garis bar
iii. bar
iv. kleftrebel
v. meter
1.2.2 Mengenal nilai not
i. krocet
ii. minim
1.2.3 Mengenal nilai
tanda
rehat
i. krocet
ii. minim
1
Menyatakan sistem notasi mengikut rajah dan gambar yang ditunjukkan.
2
Melukis sistem notasi mengikut rajah dan gambar yang dipamerkan.
3
Menunjuk dan menyebut sistem notasi mengikut gambar yang dipamerkan.
4
Membunyikan nilai not krocet dan minim mengikut sistem notasi yang dipamerkan di dalam skor.
5
Menunjukkan nilai tanda rehat krocet dan nilai tanda rehat minim mengikut sistem notasi yang dipamerkan di dalam skor
6
Membezakan nilai not dan nilai tanda rehat krocet dan minim dalam sistem notasi
DRAF
15
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…..
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya…..
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN Murid boleh…..
1.3 Mengetahui melodi
dalam muzik
1.3.1 Mengajuk melodi
mudah dengan
menggunakan
vokal
i. melodi mendatar
ii. melodi menaik
iii. melodi menurun
1.3.2 Mengenal bentuk
lagu struktur A
1.3.3 Mengenal warna
ton
i. suara lelaki,
suara perempuan
ii. suara kanak-
kanak,
suara orang
dewasa
1.3.4 Mengenal solfa
dengan isyarat
tangan Curwen
i. Mi
ii. So
1
Membunyikan melodi mudah dengan bimbingan guru
2
Membunyikan melodi dengan isyarat tangan Curwen dan
mengajuk lagu dalam struktur A .
3
Mengajuk melodi dalam nyanyian lagu struktur A
4
Membezakan melodi dan warna ton dalam muzik yang diperdengarkan.
5
Menyatakan melodi dan warna ton dalam muzik yang diperdengarkan
6
Menyanyikan solfa lagu struktur A berserta dengan isyarat tangan Curwen.
DRAF
16
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…..
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya…..
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN Murid boleh…..
1.4 Memahami ekspresi
dalam muzik
1.4.1 Mengenal pasti
dinamik pada lagu
yang didengar
i. dinamik lembut (p)
ii. dinamik kuat (f)
1.4.2 Mengenal pasti mud
lagu yang didengar
i. mud riang
ii. mud sedih
iii. mud bersemangat
1
Memberi respon terhadap bunyi
i. kuat ii. lembut
2
Memberi respon terhadap lagu yang di dengar mengikut dinamik dan mud.
3
Membezakan lagu yang didengar mengikut dinamik dan mud.
4
Membezakan lagu yang didengar mengikut dinamik dan mud dengan ekspresi.
5
Menunjukkan pelbagai ekspresi wajah yang sesuai dengan lagu yang didengar
6
Memilih ekspresi yang sesuai untuk lagu yang dipersembahkan.
DRAF
17
2. Pengalaman Nyanyian
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…..
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya…..
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN Murid boleh…..
2.1 Menyanyi mengikut muzik
2.1.1 Menyanyi dengan
teknik pernafasan
yang betul
2.1.2 Menyanyi dengan
postur badan yang
betul
i. duduk
ii. berdiri
2.1.3 Menyanyi dengan
sebutan yang jelas
2.1.4 Menyanyi dengan
ekspresi yang sesuai
i. mud riang
ii. mud sedih
iii. mud bersemangat
2.1.5 Menyanyi lagu
mengikut
i. pic
ii. tempo
iii. dinamik
1
Melakukan teknik pernafasan yang betul
menarik nafas
menghembus nafas
2
Menyanyi secara ‘humming’ satu rangkap lagu dengan teknik pernafasan yang betul
3
Menyanyi dengan postur badan yang betul
i. duduk ii. berdiri
4
Menyanyi dengan ekspresi yang sesuai untuk mud lagu riang, sedih dan semangat
5
Menyanyi lagu mengikut pic, tempo dan dinamik yang betul
6
Menyanyi lagu dengan teknik, postur, ekspresi dan cara yang betul
DRAF
18
3. Pengalaman Muzikal
STANDARD
KANDUNGAN
Murid dibimbing…..
STANDARD
PEMBELAJARAN
Murid berupaya…..
TAHAP
PENGUASAAN
TAFSIRAN
Murid boleh…..
3.1 Memainkan alat
perkusi
3.1.1 Memainkan alat
perkusi daripada
bahan persekitaran
i. peralatan bilik
darjah
ii. peralatan dapur
iii. tumbuh-tumbuhan
3.1.2 Memainkan alat
perkusi
i. loceng
ii. kastanet
iii. tamborin
iv. kayu tik tok
v. kerincing
3.1.3 Mengaplikasi
permainan alat
perkusi mengikut
i. corak irama
ii. dengan dinamik
iii. mengiringi lagu
1
Menyatakan 3 alat perkusi daripada bahan persekitaran
2
Menamakan 5 jenis alat perkusi konvensional
3
Menamakan alat perkusi mengikut lagu yang didengar
secara berpandu
4
Bermain alat perkusi mengikut corak irama dalam satu
garis bar meter
5
Bermain pelbagai alat perkusi dengan dinamik dalam
satu garis bar meter
6
Bermain alat perkusi mengikut corak irama dan dinamik
dengan iringi lagu
4 4
4 4
PENDIDIKAN MUZIK DRAF
19
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…..
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya…..
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN Murid boleh…..
3.2 Mengenal rekoder
3.2.1 Struktur Rekoder
i. kepala
ii. badan
iii. kaki
3.2.2 Penjagaan rekoder
Mengetahui cara-
cara:
i. membersih
rekoder
ii. menyimpan
rekoder
1
Menyebut struktur rekoder dengan betul
2
Menunjuk dan menamakan 3 struktur rekoder
3
Mengenal struktur rekorder dan menjaga rekorder
4
Menyatakan langkah membersihkan rekorder
5
Menunjukkan langkah membersihkan rekorder
6
Menunjukkan cara membersih dan menyimpan rekorder dengan betul
DRAF
20
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…..
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya…..
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN Murid boleh…..
3.3 Bermain rekoder
3.3.1Teknik asas meniup
rekoder
i. postur
ii. cara memegang
iii. Emboucher
iv. pernafasan
v. tiupan
vi. penglidahan
3.3.2 Penjarian
i. Not B
ii. Not A
iii. Not G
3.3.3 Meniup lagu
mengikut
i. tempo
ii. dinamik
1
Menyebut teknik asas meniup rekoder
2
Menunjukkan teknik asas meniup rekorder
3
Menunjukkan penjarian Not B, Not A dan Not G dengan teknik asas yang betul
4
Membunyikan penjarian Not B, Not A dan Not G dengan teknik asas
5
Meniup lagu dengan teknik asas mengikut tempo dan dinamik secara berpandu
6
Meniup lagu menggunakan rekorder mengikut tempo dan dinamik
DRAF
21
4. Apresiasi dan Estetika Seni Muzik
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…..
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya…..
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN Murid boleh…..
4.1 Menghayati muzik
4.1.1 Menyatakan
perasaan terhadap
lagu yang didengar
4.1.2 Melakukan gerakan
mengikut
i. lirik lagu
ii. irama
1 Memberi respon terhadap lagu yang didengar
2
Menyatakan perasaan terhadap lagu yang di dengar
3
Melakukan gerakan bebas mengikut lagu yang didengar
4
Melakukan gerakan yang sesuai mengikut lirik lagu dan irama yang didengar
5
Melakukan gerakan mengikut lirik lagu dan irama dengan perasaan yang sesuai
6
Membuat persembahan mengikut lirik lagu dan irama
DRAF
22
STANDARD KANDUNGAN
Murid dibimbing…..
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid berupaya…..
TAHAP PENGUASAAN
TAFSIRAN Murid boleh…..
4.2 Menghargai
kesenian dan
kebudayaan muzik
tradisional Malaysia
4.2.1 Mengenali Gamelan
4.2.2 Menghasilkan buku
skrap
1
Menunjukkan 5 alat gamelan berdasarkan gambar
2
Menyatakan alat gamelan secara berpandu.
3
Mengumpul 5 gambar alat gamelan
4
Menyatakan cara alat gamelan dimainkan.
5
Menghasilkan buku skrap gamelan dengan bimbingan
6
Menghasilkan buku skrap gamelan dan menghias buku skrap
TERBITAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8 BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604
PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917
http//www.moe. gov.my/bpk