KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA...perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik dan mesra...
Transcript of KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA...perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik dan mesra...
BUKU PANDUAN PERPUSTAKAAN
POLITEKNIK MELAKA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
VISI
Perpustakaan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia adalah:
Membangunkan koleksi berkualiti serta memberi
perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik dan mesra pelanggan.
MISI
Perpustakaan Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia:
Sebagai pemangkin ke arah proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan melalui teknologi terkini bagi melahirkan tenaga separa profesional.
OBJEKTIF
1. Mengesan, mengumpul, menyimpan, mengurus, menyedia dan
menyebarkan sumber yang bersesuaian dan terkini dalam semua program anjuran politeknik.
2. Memberi perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang
bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat. 3. Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi memupuk minat
dan membudayakan ilmu. 4. Membantu melahirkan tenaga separa profesional yang kreatif
dan berdaya saing serta mempunyai sahsiah diri yang tinggi.
KAMI BERILTIZAM DAN BERJANJI AKAN :-
Memberi perkhidmatan pinjaman, pemulangan dan pembaharuan koleksi dalam tempoh 5 minit.
Memastikan perolehan koleksi yang bersesuaian dengan keperluan organisasi.
Memberikan perkhidmatan yang cekap, tepat dan mesra
untuk memenuhi kehendak pelanggan.
Memastikan susun atur kelengkapan dan kekemasan koleksi yang sistematik bagi memudahkan dapatan kembali.
Dalam melaksanakan tugas ini, kami bersedia menerima cadangan dan maklumbalas serta teguran bagi memastikan kepuasan pelanggan.
PIAGAM PELANGGAN
KOLEKSI PERPUSTAKAAN
Perpustakaan menyediakan koleksi meliputi semua bidang dan perkara utama Politeknik Melaka terutama dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan. Antaranya :-
Kejuruteraan Awam Kejuruteraan Elektrik Kejuruteraan Mekanikal Perdagangan Umum
Perpustakaan juga menyediakan pelbagai jenis bahan untuk kemudahan pengguna. Antaranya adalah :-
Bahan monograf (buku) Bahan terbitan berkala (majalah, laporan tahunan,
suratkhabar, buletin dan lain-lain) Bahan sumber media (CD, VCD, Kaset video, Kaset audio
dan Multimedia kit) Soalan-soalan peperiksaan Lain-lain
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
a) PERKHIDMATAN PINJAMAN, PEMULANGAN DAN TEMPAHAN Pelbagai jenis bahan disediakan bagi tujuan pinjaman. Perpustakaan menyediakan pinjaman :-
KATEGORI BUKU TEMPOH
PELAJAR 5 NASKHAH 2 MINGGU
PENSYARAH 6 NASKHAH 1 BULAN
KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK 2 NASKHAH 2 MINGGU
Biasa. Pelajar hanya dibenarkan meminjam buku. Bahan rujukan hanya boleh dipinjam bagi tujuan fotostat sahaja. Koleksi bahan rujukan hanya boleh digunakan di dalam perpustakaan
sahaja. b) PERKHIDMATAN RUJUKAN
Pelbagai buku dan bahan terbitan bersiri disediakan untuk rujukan.
c) PERKHIDMATAN SISTEM PEMBEKALAN PENERBITAN (SPP)
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna meminjam bahan atau salinan artikel yang tiada dalam koleksi perpustakaan dari perpustakaan lain yang memilikinya. Setiap permohonan mestilah melalui perpustakaan ini.
d) INTERNET
Perkhidmatan ini hanya dibenarkan untuk tujuan pencarian maklumat sahaja.
e) PERKHIDMATAN MAKLUMAT KESEDARAN SEMASA f) SDI (Selective Dissemination Information) g) PUSAT PENYERAHAN BAHAN ORGANISASI h) PENDIDIKAN PENGGUNA
KEMUDAHAN UMUM Perpustakaan sentiasa cuba menyediakan kemudahan-kemudahan yang terbaik bagi memastikan pengguna perpustakaan dapat menikmati suasana yang kondusif dan capaian maklumat dengan cepat dan tepat. Antara kemudahan yang terdapat di perpustakaan :-
a) Ruang bacaan b) Karel c) Internet
WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
ISNIN – KHAMIS : 8.00 pg – 5.30 ptg
JUMAAT : 8.00 pg – 12.15 tgh
2.45 ptg – 5.30 ptg
SABTU & AHAD : TUTUP
CUTI UMUM : TUTUP
PERATURAN PERPUSTAKAAN
1. Dilarang membawa keluar bahan-bahan perpustakaan tanpa
kebenaran.
2. Semua pelajar hendaklah sentiasa memakai kad pelajar dan
berpakaian kemas mengikut peraturan Politeknik Melaka.
3. Dilarang makan/minum di dalam perpustakaan.
4. Buku-buku yang telah dirujuk hendaklah diletakkan di atas troli yang
telah disediakan.
5. Telefon bimbit tidak boleh digunakan di dalam perpustakaan.
6. Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang
kehilangan/kerosakan barang persendirian yang diletakkan di luar/di
dalam perpustakaan.
7. Sekiranya bahan-bahan perpustakaan didapati hilang dalam pinjaman,
pengguna perlulah mengganti atau membayar dua kali ganda mengikut
harga semasa bahan-bahan tersebut.
8. Pemulangan bahan lewat akan dikenakan denda sebanyak RM0.10
sehari.
9. Pengguna perpustakaan perlu menjaga tatatertib dan sopan ketika
berada di dalam perpustakaan.
10. Penggunaan perpustakaan akan digantung keahlian sekiranya melanggar peraturan perpustakaan.
PENDAFTARAN KEAHLIAN
Percuma
11.
PANDUAN PENCARIAN NOMBOR PENGKELASAN DAN
PORTAL U-PUSTAKA
Perpustakaan Politeknik Melaka menggunakan pengkelasan Library of
Congress (LC) yang diguna pakai oleh kebanyakan perpustakaan akademik
di seluruh dunia amnya dan Malaysia khususnya.
Pencarian bahan melalui Sistem ILMU :-
1. Layari laman web www.polimelaka.edu.my 2. Klik pada bahagian Pengurusan/Unit, kemudian klik pada
Perpustakaan, seterusnya klik Rujukan Online dan kemudian klik pada logo ILMU
3. Pencarian bahan boleh dilakukan melalui judul, subjek, siri, ISBN, nama pengarang, keyword atau no.panggilan (call no.) sesuatu bahan itu.
Pencarian bahan melalui Portal U-Pustaka :-
1. Layari laman web www.polimelaka.edu.my 2. Klik pada bahagian Pengurusan/Unit, kemudian klik pada
Perpustakaan, seterusnya klik Rujukan Online dan kemudian klik pada logo Portal.
3. Klik pada “Daftar sekarang” untuk mendaftar sebagai pengguna
4. Pilih mana-mana sumber online yang disediakan portal dan
mulakan carian.
RINGKASAN SISTEM PENGKELASAN
LIBRARY OF CONGRESS (LC)
A - UMUM B - FALSAFAH DAN AGAMA C-F - SEJARAH G - GEOGRAFI, ANTROPOLOGI, REKREASI H - SAINS KEMASYARAKATAN HA - STATISTIK HB - EKONOMI HD - PENGURUSAN HE - PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN HF - PERDAGANGAN HG - KEWANGAN HM-HX - SOSIOLOGI K - UNDANG-UNDANG L - PENDIDIKAN M - MUZIK N - SENI HALUS P-PZ - BAHASA DAN KESUSTERAAN Q - SAINS QA - MATEMATIK QB - ASTRONOMI QC - FIZIK QD - KIMIA QE - KAJIBUMI QH-QR - BIOLOGI R - PERUBATAN S - PERTANIAN T - TEKNOLOGI TA - KEJURUTERAAN AM,AWAM,ILMU UKUR TC - KEJURUTERAAN HIDRUALIK TD - KEJURUTERAAN PERSEKITARAN DAN KESIHATAN TE - KEJURUTERAAN LEBUHRAYA TF - KEJURUTERAAN KERETAPI TG - KEJURUTERAAN JAMBATAN TH - BINAAN BANGUNAN TJ - KEJURUTERAAN JENTERA TK - KEJURUTERAAN ELEKTRIK,ELEKTRONIK,NUKLEAR TL - KEJURUTERAAN BERMOTOR TN - KEJURUTERAAN PERLOMBONGAN & PERUSAHAAN GALIAN TP - TEKNOLOGI KIMIA TR - SENIFOTO TS - BARANG-BARANG PERUSAHAAN TT - PERUSAHAAN DAN KERAJINAN TANGAN U - SAINS TENTERA V - SAINS KEJURUTERAAN LAUT Z - BIBLIOGRAFI DAN SAINS PERPUSTAKAAN
PERTANYAAN DAN KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI :-
PERPUSTAKAAN
POLITEKNIK MELAKA
NO.2 JALAN PPM 10
PLAZA PANDAN MALIM
75250 MELAKA
TEL : 06-3376326/6019
FAKS : 06-3376007
WEBSITE:
http://www.polimelaka.edu.my
LAWATI KAMI DI FACEBOOK
“Search” Perpustakaan PMK