KENYATAAN MEDIA KETUA PENGARAH PELAJARAN … PENINGK… · LATIHAN GURU 3. KPM juga ... Inggeris di...

4
1 KENYATAAN MEDIA KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA INISIATIF PENINGKATAN KEMAHIRAN BAHASA INGGERIS MURID DI BAWAH PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM 2013-2025) 1. Bagi merealisasikan aspirasi rakyat menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025), Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan usaha di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ia akan dilaksanakan menerusi pelbagai program sebagai kesinambungan kepada inisiatif sedia ada. 2. Dalam Gelombang 1 PPPM 2013-2015, KPM telah melaksanakan program Literasi Bahasa Inggeris di bawah LINUS 2.0, Oral Proficiency for Secondary Schools (OPS English), Program Peningkatan Penguasaan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah (PPPISM) dan Program Penutur Jati. Program-program ini telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dalam kalangan murid. LATIHAN GURU 3. KPM juga melaksanakan inisiatif untuk meningkatkan profisiensi guru Bahasa Inggeris selaras dengan Common European Framework of References for Languages (CEFR) bagi memastikan kualiti Bahasa Inggeris setaraf dengan peringkat antarabangsa. 4. Menyedari bahawa satu ekosistem pembelajaran perlu diwujudkan dalam komuniti untuk membangunkan murid secara holistik, KPM mengalu-alukan penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dalam Anjakan 9 PPPM untuk membantu mewujudkan persekitaran penguasaan Bahasa Inggeris. Keberhasilan inisiatif-inisiatif ini secara

Transcript of KENYATAAN MEDIA KETUA PENGARAH PELAJARAN … PENINGK… · LATIHAN GURU 3. KPM juga ... Inggeris di...

1

KENYATAAN MEDIA KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

INISIATIF PENINGKATAN KEMAHIRAN BAHASA INGGERIS MURID DI BAWAH PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM

2013-2025) 1. Bagi merealisasikan aspirasi rakyat menerusi Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025), Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan usaha di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ia akan dilaksanakan menerusi pelbagai program sebagai kesinambungan kepada inisiatif sedia ada.

2. Dalam Gelombang 1 PPPM 2013-2015, KPM telah melaksanakan

program Literasi Bahasa Inggeris di bawah LINUS 2.0, Oral Proficiency for Secondary Schools (OPS English), Program Peningkatan Penguasaan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah (PPPISM) dan Program Penutur Jati. Program-program ini telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dalam kalangan murid.

LATIHAN GURU 3. KPM juga melaksanakan inisiatif untuk meningkatkan profisiensi guru

Bahasa Inggeris selaras dengan Common European Framework of References for Languages (CEFR) bagi memastikan kualiti Bahasa Inggeris setaraf dengan peringkat antarabangsa.

4. Menyedari bahawa satu ekosistem pembelajaran perlu diwujudkan

dalam komuniti untuk membangunkan murid secara holistik, KPM mengalu-alukan penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dalam Anjakan 9 PPPM untuk membantu mewujudkan persekitaran penguasaan Bahasa Inggeris. Keberhasilan inisiatif-inisiatif ini secara

2

kualitatif dan kuantitatif telah dilaporkan dalam Laporan Tahunan PPPM 2013 dan 2014.

BAJET 2016 5. Kerajaan menerusi pembentangan Bajet 2016 pada 23 Oktober 2016

telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap pelaksanaan inisiatif di bawah dasar MBMMBI. Sejumlah RM135 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan program MBMMBI.

6. Kerajaan juga memandang bahawa oleh kerana Bahasa Inggeris amat

penting dalam persaingan global semasa, maka dua lagi inisiatif, iaitu Program Imersif Tinggi atau Highly Immersive Programme (HIP) dan Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) akan diperkenalkan. HIP akan dilaksanakan di semua sekolah secara berperingkat, manakala DLP akan dilaksanakan secara optional. Program ini melibatkan kos sebanyak RM38.5 juta.

7. Inisiatif ini adalah sejajar dengan usaha pengukuhan Bahasa Inggeris

di bawah dasar MBMMBI yang akan dilaksanakan menerusi Gelombang 2 PPPM 2013-2025.

8. Saya bagi pihak KPM mengambil kesempatan ini merakamkan

ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan di atas komitmen yang tinggi terhadap pelaksanaan inisiatif di bawah dasar MBMMBI dalam BAJET 2016.

PROGRAM IMERSIF TINGGI ATAU HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP) 9. Program Imersif Tinggi atau Highly Immersive Programme (HIP)

adalah satu program untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris murid melalui peningkatan penggunaan dan penguasaan bahasa tersebut di dalam komuniti sekolah. Program ini juga bertujuan untuk menanamkan sikap positif kepada murid terhadap pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris. Program ini merupakan usaha berterusan sebagaimana yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 1/1999: Garis Panduan Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Di Sekolah (No. Rujukan: KP (BS) 8591/Jilid XV/ (1) 4 Januari 1999).

3

10. Justeru, HIP bukan sesuatu yang baharu tetapi mengambil pendekatan berbeza dari segi pelaksanaan program dan mekanisme sokongan selaras dengan perkembangan semasa bagi memastikan kelestariannya. Pendekatan yang diambil berfokus kepada pengupayaan sekolah, oleh sekolah, dan untuk sekolah. Sekolah akan dibekalkan dengan sarana pelaksanaan supaya aktiviti yang dirancang adalah berdasarkan konteks dan kemampuan sekolah dan komuniti.

11. Sarana tersebut akan mengandungi contoh amalan terbaik sekolah-

sekolah yang telah berjaya melaksanakan aktiviti pengukuhan Bahasa Inggeris di dalam dan di luar bilik darjah. Satu mekanisme sokongan untuk menggalakkan sekolah berkongsi, belajar dan menyokong antara satu sama lain akan diwujudkan untuk melaksanakan aktiviti pengukuhan ini. Komitmen dan sokongan daripada semua pihak – murid, guru, pemimpin sekolah, ibu bapa, komuniti dan sektor swasta adalah dialu-alukan untuk menjayakan program ini.

PROGRAM DWIBAHASA ATAU DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP)

12. Program Dual Language (DLP) merupakan satu program pengukuhan

Bahasa Inggeris di mana sekolah diberi peluang untuk menawarkan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Rekabentuk dan Teknologi (RBT) dalam dua bahasa, sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

13. Program ini adalah selaras dengan objektif Kerajaan untuk

meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Program ini turut memberikan peluang kepada pihak sekolah dan ibu bapa untuk bersama-sama membuat keputusan secara kolektif. Sekolah yang memilih untuk melaksanakan program ini perlu memenuhi kriteria berikut: 13.1 Sumber yang mencukupi; 13.2 Kesediaan guru-guru untuk mengajar dalam dwibahasa, dan 13.3 Sokongan daripada ibu bapa

4

14. Sekolah-sekolah yang memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh menawarkan DLP untuk murid Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1 bermula 2016.

15. Sebagai permulaan, program ini ditawarkan kepada sekolah

kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK). PROGRAM RINTIS 16. Dalam hal pelaksanaan bagi kedua-dua inisiatif tersebut, sejumlah

300 buah sekolah telah dikenalpasti melaksanakannya secara rintis. Pemilihan sekolah tersebut adalah berdasarkan kepada permintaan ibu bapa dan pengetua atau guru besar serta kesediaan sekolah berkenaan melaksanakannya.

17. Selain itu, KPM juga telah menetapkan bahawa di samping

pelaksanaan bagi kedua-dua inisiatif ini, pihak sekolah juga telah memastikan bahawa tahap bahasa Malaysia di sekolah berkenaan juga telah berada pada tahap yang baik dari segi pelaksanaan dan pencapaiannya.

Terima kasih. DATO’ SRI DR. KHAIR MOHAMAD YUSOF Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 28 Oktober 2015