Kepentingan Dalam Membina Hubungan Guru Dengan Murid
description
Transcript of Kepentingan Dalam Membina Hubungan Guru Dengan Murid
kepentingan dalam membina
hubungan guru dengan muridHuraikan lima kepentingan dalam membina hubungan guru dengan murid.
Membina hubungan yang baik dengan murid merupakan satu proses yang
berterusan. Hubungan guru-murid bukanlah terjalin dalam sekelip mata. Hubungan
ini memerlukan usaha daripada kedua-dua belah pihak. Hubungan guru-murid akan
terjalin dengan balk apabila murid-murid berasa gembira dan seronok menjayakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hubungan guru-murid
juga memberikan impak kepada perjalanan rutin di dalam bilik darjah. Guru yang
berjaya membina komunikasi yang baik dengan murid dapat mengatur rutin dan
peraturan di dalam bilik darjah dengan lebih telus dan berkesan.
Menurut Good dan Brophy (2002), guru yang dihormati dan mesra pelajar
dapat bekerjasama dengan murid-muridnya dalam menjayakan aktiviti di dalam bilik
darjah. Hasilnya aktiviti tersebut akan memberikan kesan yang positif ke atas
pencapaian akademik murid dan konsep kendiri murid dan guru. Murid-murid yang
senang berkomunikasi dengan guru akan dapat meluahkan masalah dan berkongsi
pendapat tentang pembelajaran dengan gurunya. Hal ini secara langsung dapat
meningkatkan prestasi akademik mereka. Peningkatan prestasi murid akan
menyumbang kepada peningkatan konsep kendiri mereka. Perhubungan guru-murid
harus dimulakan seawal mungkin. Bermula daripada awal penggal persekolahan,
guru patut merancang langkah-langkah yang perlu diambil untuk membentuk satu
hubungan yang positif dengan murid-muridnya. Kadangkala hubungan ini
mengambil masa yang lama untuk dibentuk. Guru perlu mengetahui latar belakang
sosial dan akademik murid untuk menentukan corak hubungan yang sesuai dengan
murid-muridnya. Terdapat beberapa kebaikan menjalinkan hubungan yang
positifantara guru dengan murid.
Dari segi kebaikan kepada guru, hubungan guru-murid yang baik menaikkan
motivasi dan semangat kepada guru untuk mengajar. Guru yang membina
hubungan yang baik dengan murid-muridnya dapat melicinkan perjalanan
pengajaran dan pembelajaran. Apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berjalan lancar, guru akan manjadi semakin bermotivasi untuk mengajar.
Di samping itu, murid juga lebih senang dikawal. Hubungan guru-murid yang
baik akan membuahkan kerjasama antara guru-murid. Sebagai contoh, dengan
adanya hubungan yang baik, murid akan senang bekerjasama dengan guru dalam
mematuhi peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan. Hasilnya, guru dapat
mengurus dan mengawal murid dengan lebih efektif.
Tatkala itu, murid-murid akan memberikan kesan kepada pengajaran guru.
Aktiviti pengajaran akan menjadi lebih seronok dan efektif sekiranya mendapat
kerjasama yang padu daripada murid-murid. Penglibatan murid yang aktif dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran mendorong guru menyediakan aktiviti-aktiviti
yang lebih praktik dan berkesan.
Hubungan guru dengan murid juga dapat menjadikan guru-guru mengawal
murid untuk menjalankan aktiviti pengajaran dengan lebih berkesan. Keberkesanan
ini akan menaikkan imej guru. Guru akan lebih dihormati dan dipandang mulia. Imej
ini akan memberikan kesan positif terhadap keyakinan kendiri guru.
Hubungan guru murid yang positif juga membawa kebaikan kepada murid.
Murid lebih berminat untuk belajar. Murid-murid yang berkomunikasi dengan baik
dengan guru-guru dapat meluahkan masalah serta dapat memberikan pandangan
mereka. Guru juga dapat memberikan maklum balas yang dikehendaki yang boleh
diterima oleh murid. Komunikasi dua hala dan hubungan demokratik yang baik akan
merangsang minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Selain itu, murid-murid akan lebih memberikan kerjasama kepada guru.
Hubungan guru-murid yang baik memberikan peluang kepada murid untuk
menjalinkan kerjasama yang erat dengan guru. Murid berpeluang untuk lebih rapat
dengan gurunya. Hal ini membolehkan guru mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan murid-muridnya serta memberikan peneguhan yang sesuai.
Hubungan guru dan murid turut berfungsi dalam meningkatkan pencapaian
akademik murid. Guru yang dapat berhubungan baik dengan murid-muridnya akan
dapat mengenal pasti kebolehan murid-muridnya. Hubungan yang mesra dan
kondusif membolehkan guru membantu murid memperbaiki prestasi akademik
mereka.
Selain itu, murid akan lebih bermotivasi untuk belajar. Hubungan yang baik
antara guru dengan murid membolehkan guru membangkitkan motivasi intrinsik
murid. Murid-nmrid yang mesra dan rapat dengan guru akan terdorong untuk belajar
dengan lebih tekun.
Terdapat banyak kebaikan yang didapati daripada hubungan yang baik
antara guru dengan murid. Antaranya termasuklah mengurangkan masalah disiplin,
membentuk peribadi yang muha dan menjadi model yang boleh diikuti oleh murid
dan guru yang lain. Hubungan yang baik dapat memberikan manfaat kepada kedua-
dua belah pihak yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi guru dan
murid.