KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK

8
WAJ 3062- HUBUNGAN ETNIK Suki Ha Chi Wei PISMP SEM 3- PSV SJK(C) 2.0 KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK Malaysia merupakan sebuah negara yang unik antara negara. Hal ini kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakt majmuk iaitu masyarakat yang pelbagai kaum. Rakyat dalam negara Malaysia adalah kaum Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah serta Sarawak, Iban, Kadazandusun, dan lain- lain. Keadaan ini telah mewujudkan satu ciri kelainan negara kita. Malaysia mampu memupuk semangat perpaduan yang harmoni dalam mewujudkan negara yang seimbang dengan keadaan rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik. Malaysia terkenal dengan keunikan yang mempunyai penduduk berbilang kaum serta hidup aman damai sejak kemerdekaan 57 tahun yang lalu. Inilah yang menjadi pemangkin ke arah pencapaian kejayaan negara. Sebagai rakyat yang prihatin, tanggungjawab di bahu kitalah untuk terus mengekalkan keharmonian ini demi beberapa kepentingan wujudnya hubungan etnik. Pertama sekali kepentingan hubungan etnik dalam negara kita, Malaysia yang terdapat pelbagai kaum adalah untuk menjaga keamanan negara. Peristiwa 13 Mei 1969 yang telah berlaku telah menunjukkan rusuhan kaum dalam negara kita. Kesannya, kerugian besar dihadapi oleh negara kita seperti kekorbanan manusia, kehilangan harta benda dan sebagainya. Oleh itu, hubungan etnik ini adalah penting untuk menjaga keamanan negara kita. Semangat saling menghormati dan memahami antara satu sama lain adalah kepentingan hubungan etnik bagi mewujudkan satu negara yang aman. Hubungan baik yang terjalin erat bukan sahaja menjadi asas kehidupan yang tenteram bahkan juga memakmurkan negara. Sebagai 2

description

waj

Transcript of KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK

Page 1: KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK

WAJ 3062- HUBUNGAN ETNIKSuki Ha Chi Wei

PISMP SEM 3- PSV SJK(C)

2.0 KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik antara negara. Hal ini kerana Malaysia

merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakt majmuk iaitu masyarakat

yang pelbagai kaum. Rakyat dalam negara Malaysia adalah kaum Melayu, Cina, India,

Bumiputera Sabah serta Sarawak, Iban, Kadazandusun, dan lain-lain. Keadaan ini

telah mewujudkan satu ciri kelainan negara kita. Malaysia mampu memupuk semangat

perpaduan yang harmoni dalam mewujudkan negara yang seimbang dengan keadaan

rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik. Malaysia terkenal dengan keunikan yang

mempunyai penduduk berbilang kaum serta hidup aman damai sejak kemerdekaan 57

tahun yang lalu. Inilah yang menjadi pemangkin ke arah pencapaian kejayaan negara.

Sebagai rakyat yang prihatin, tanggungjawab di bahu kitalah untuk terus mengekalkan

keharmonian ini demi beberapa kepentingan wujudnya hubungan etnik.

Pertama sekali kepentingan hubungan etnik dalam negara kita, Malaysia yang

terdapat pelbagai kaum adalah untuk menjaga keamanan negara. Peristiwa 13 Mei

1969 yang telah berlaku telah menunjukkan rusuhan kaum dalam negara kita.

Kesannya, kerugian besar dihadapi oleh negara kita seperti kekorbanan manusia,

kehilangan harta benda dan sebagainya. Oleh itu, hubungan etnik ini adalah penting

untuk menjaga keamanan negara kita. Semangat saling menghormati dan memahami

antara satu sama lain adalah kepentingan hubungan etnik bagi mewujudkan satu

negara yang aman. Hubungan baik yang terjalin erat bukan sahaja menjadi asas

kehidupan yang tenteram bahkan juga memakmurkan negara. Sebagai contoh, setelah

melewati setengah abad negara Malaysia mencapai kemerdekaan, telah banyak

perubahan positif yang berlaku. Dengan mewujudkan satu negara yang aman dan

damai, semangat saling menghormati antara masyarakat mampu mengelak sebarang

perasaan negatif seperti pentingkan diri sendiri, hasad dengki dalam kalangan

masyarakat. Malah, dengan keadaan negara kita yang telah bersatu padu selepas

kemerdekaan, Malaysia telah terkenal sebagai sebuah negara yang membangun.

Pendek kata, kepentingan hubungan etnik dalam negara Malaysia adalah untuk

mewujudkan keamanan di negara kita.

Selain itu, sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk perlu

mewujudkan hubungan etnik yang bersatu padu. Kepentingan hubungan etnik adalah

untuk menjamin kestabilan politik. Sebuah negara yang stabil, tentu adanya

2

Page 2: KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK

WAJ 3062- HUBUNGAN ETNIKSuki Ha Chi Wei

PISMP SEM 3- PSV SJK(C)

kestabilan politik. Jabatan utama yang menunjukkan ke arah kestabilan politik adalah

perpaduan antara kaum dalam sebuah negara. Di Malaysia, terdapat berbagai kaum

telah terlibat dalam politik bagi mewujudkan kestabilan politik. Contohnya, beberapa

parti yang ditubuhkan dengan adanya berbagai kaum seperti UMNO yang terdiri

daripada kaum Melayu, MCA yang terdiri daripada kaum Cina dan MIC yang terdiri

daripada kaum India. Ahli-ahli dalam beberapa parti ini telah berganding bahu untuk

membangunkan negara kita. Ini telah menunjukkan perpaduan antara berbilang kaum.

Dengan adanya kestabilan politik dalam sesebuah negara, maka negara Malaysia akan

menjadi lebih maju dan membangun. Oleh itu, politik perkauman perlu dielakkan

supaya tidak akan menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan

semangat perkauman sekiranya sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata

sepakat oleh semua pihak. Dengan ini, hubungan etnik yang positif dalam kalangan

masyarakat majmuk adalah penting bagi menjamin kestabilan politik di sebuah negara.

Seterusnya, kepentingan hubungan etnik dalam setiap negara terutama negara

Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk adalah mengukuhkan kestabilan ekonomi negara. Kehidupan yang harmoni dalam sesebuah negara dengan adanya

perpaduan antara setiap kaum merupakan jabatan utama untuk menuju ke arah

kemajuan. Negara yang sejahtera membolehkan rakyat mengambil peluang

meningkatkan taraf hidup. Peningkatakan taraf hidup boleh menyebabkan keadaan

ekonomi di negara Malaysia stabil. Keadaan ekonomi yang stabil boleh diperolehi

dengan adanya perpaduan antara kaum ini kerana ketiadaan sebarang pergaduhan

dan perpecahan antara kaum yang boleh menggugat ekonomi negara. Contohnya,

pada zaman sebelum era kemerdekaan, kaum yang menguasai ekonomi adalah kaum

Cina yang kebanyakannya menetap di kawasan bandar-bandar besar. Kaum Cina ini

telah dilatih untuk memegang aktiviti ekonomi. Oleh itu, pihak kerajaan telah mengambil

pendekatan dengan memastikan aktiviti ekonomi ini dikuasai oleh berbagai kaum

seperti kaum Melayu dalam bidang komersial manakala kaum Cina dalam bidang

perdagagan. Dengan adanya perpaduan antara kaum, ia dapat menjana ekonomi

negara dengan pelaburan dari pelbagai bidang. Hal ini dikatakan demikian kerana

perpaduan dapat memberi manfaat kepada negara dalam perkembangan ekonomi

negara. Sekiranya sebuah negara seperti negara Malaysia tidak memupuk semangat

perpaduan antara kaum, negara kita kemungkinan besar tidak akan membangun

3

Page 3: KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK

WAJ 3062- HUBUNGAN ETNIKSuki Ha Chi Wei

PISMP SEM 3- PSV SJK(C)

dengan pesat seperti hari ini. Jelaslah bahawa, kepentingan hubungan etnik dalam

negara Malaysia adalah untuk mengukuhkan kestabilan ekonomi negara.

Di samping itu, kepentingan hubungan etnik adalah untuk menjamin keselamatan negara. Keselamatan sebuah negara perlu dijaminkan demi masa kini

dan yang akan datang dengan syaratnya hubungan etnik yang baik dalam sebuah

negara. Hal ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini

seperti rusuhan kaum yang telah berlaku pada 13 Mei 1969 di negara kita. Melalui

peristiwa ini, kesan buruk telah didatangkan dengan adanya pengorbanan nyawa orang

ramai, kerugian harta benda dan sebagainya. Kita telah mengetahui bahawa peristiwa

rusuhan kaum yang telah berlaku ini telah menyebabkan betapa ramai rakyat di

Malaysia kita yang meninggal dunia dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu, ktia dapat

menyatakan bahawa betapa pentingnya hubungan etnik dalam sesebuah negara yang

terdiri daripada masyarakat majmuk. Bukan itu sahaja, kepentingan hubungan etnik

adalah untuk mewujudkan keharmonian antara kaum supaya melahirkan perasaan

cintakan tanah air dan sanggup berkorban utnuk negara kita Malaysia. Semangat

cintakan tanah air seharusnya wujud dalam diri sendiri setiap kumpulan etnik di negara

kita demi memastikan setiap golongan etnik mempunyai kesedaran tentang

tanggungjawab kita untuk mempertahankan keselamatan negara. Akhir sekali,

hubungan etnik yang baik antara satu sama lain penting dapat mengukuhkan lagi

keselamatan negara daripada luar dan dalam negara. Negara kita haruslah

dipertahankan kedaulatannya daripada segala peristiwa yang melibatkan pergaduhan

dan pertumpuhan darah supaya memastikan negara kita akan terus membangun dan

berjaya mencapai wawasan 2020 dan mengekalkan perpaduan negara kita Malaysia.

Tegasnya, kepentingan hubungan etnik dalam sebuah negara adalah untuk menjaga

keselamatan negara.

Kepentingan hubungan etnik dalam sebuah negara majmuk iaitu terdiri daripada

pelbagai kaum adalah untuk mewujudkan budaya-budaya yang berbagai dan diamalkan oleh berbagai kaum dalam sebuah negara. Aspek budaya ini mempunyai

budaya kepentingannya tersendiri dan harus dipelihara dalam hubungan etnik supaya

dapat menjamin kesejahteraan hidup bersama dalam masyarakat majmuk. Seperti

yang telah kita tahui, Negara Malaysia terdiri daripada berbilang etnik seperti Melayu,

Cina, India, Kadazandusun, Iban, Bidayuh dan sebagainya. Dalam masyarakat ini telah

4

Page 4: KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK

WAJ 3062- HUBUNGAN ETNIKSuki Ha Chi Wei

PISMP SEM 3- PSV SJK(C)

mempunyai pelbagai budaya, adat dan agama. Dengan adanya perpaduan dari aspek

budaya ini, hubungan antara etnik dapat dieratkan dalam negara kita. Bukan itu sahaja,

jurang perbezaan antara kaum dapat dirapatkan dengan adanya perpaduan antara

hubungan etnik. Akhirnya, sebuah masyarakat yang berbilang kaum dapat hidup

bersama dengan aman dan harmoni dapat dilahirkan. Dengan inilah telah dapat

mengharumkan nama negara Malaysia yang merupakan sebuah negara yang aman

dan harmoni dengan adanya berbagai jenis budaya yang diamalkan oleh berbilang

etnik dalam sebuah negara.

Selain daripada itu, kepentingan hubungan etnik dalam negara kita adalah

untuk menghapuskan sikap pentingkan kaum sendiri. Semangat pentingkan kaum

sendiri ini adalah seperti mengagung-agungkan budaya kaum masing-masing dan tidak

ingin bekerjasama dalam apa-apa aktiviti yang dianjurkan melibatkan berbagai kaum.

Contohnya, etnik kaum Melayu tidak dapat menerima kehadiran etnik kaum lain dengan

memulaukan etnik kaum lain tanpa memberi bantuan sekiranya mereka dalam

kesusahan. Perbuatan ini sama sekali tidak relevan lagi pada masa kini kerana

masyarakat Malaysia sudah hidup aman dan harmoni dalam etnik yang berbilang kaum

tanpa perbezaan budaya kerana semua etnik ini merupakan rakyat Malaysia. Buktinya,

semasa perayaan Hari Raya Aldifitri, etnik Melayu telah menganjurkan rumah terbuka

dan menjemput etnik lain seperti etnik Cina dan etnik India untuk datang ke rumah

supaya memeriahkan suasana hari perayaan. Dengan inilah telah mewujudkan satu

negara yang aman dan harmoni dengan mementingkan budaya yang diamalkan oleh

etnik lain. Akhir sekali, kepentingan hubungan etnik adalah untuk mewujudkan

kefahaman tentang budaya yang berbeza dalam kalangan rakyat Malaysia yang

berbilang etnik. Setiap masyarakat di Malaysia haruslah mempelajari budaya dan adat

etnik yang terdapat di negara Malaysia supaya dapat memahami budaya masyarakat

negara ini dengan jelas dan dapat mengelakkan dariapda persefahaman antara kaum.

Pendek kata, kepentingan hubungan etnik adalah untuk mewujudkan budaya yang ada

di Malaysia dan diamalkan oleh berbagai etnik dapat diwarisi secara turun-temurun dan

mengharumkan nama Malaysia.

Tambahan pula, kepentingan hubungan etnik dalam negara kita adalah untuk

menggalakkan pelancong luar datang ke dalam negara kita. Negara kita yang

terdiri daripada berbilang etnik seperti etnik Melayu, etnik Cina, etnik India dan etnik

5

Page 5: KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK

WAJ 3062- HUBUNGAN ETNIKSuki Ha Chi Wei

PISMP SEM 3- PSV SJK(C)

lain yang hidup secara aman dan damai dalam sebuah negara merupakan satu tarikan

pelancong di luar negara untuk datang ke negara kita. Hal ini adalah untuk

meningkatkan ekonomi dan memajukan bidang pelancongan negara Malaysia serta

mengharumkan negara kita. Contohnya, hubungan etnik yang hidup bersatu padu

antara satu sama lain dan merayakan hari perayaan bersama dapat menjadi satu

tarikan kepada pelancong di luar negara untuk datang ke negara kita. Dengan adanya

kedatangan pelancong-pelancong asing datang ke negara kita, maka ekonomi negara

kita akan dipertingkatkan. Hal ini dikatakan demikian kerana wang atau modal akan

masuk ke negara kita. Dengan inilah dapat memajukan negara dengan bidang

pelancongan di Malaysia. Selain daripada itu, hubungan etnik penting untuk

menggalakkan pelancong luar datang ke dalam negara dengan menghasilkan kraft

tradsional atau memperkenalkan budaya yang ada dalam etnik masing-masing. Ini

bukan sahaja dapat menarik minat pelancong asing datang ke dalam negara kita

bahkan juga dapat memperkenalkan budaya yang diamalkan oleh berbilang etnik

kepada rakyat di luar negara. Cotohnya, etnik Melayu boleh menghasilkan baju batik,

etnik Cina boleh menghasilkan baju Cheongsam, dan etnik India boleh menghasilkan

baju sari supaya dapat menjual kepada pelancong asing. Keunikan baju yang ada pada

berbilang etnik di negara kita bukan sahaja dapat memperkenalkan keistimewaan yang

ada di negara kita kepada pelancong asing bahkan juga menjadi satu tarikan kepada

pelancong asing untuk melancong ke negara Malaysia yang terdiri daripada berbilang

etnik. Jelaslah bahawa, kepenting hubungan etnik adalah untuk menggalakkan

pelancong luar datang ke dalam negara kita.

Kesimpulannya, kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara itu amat

bergantung pada hubungan baiik yang terjadin antara masyarakat. Hubungan etnik

yang baik di negara kita adalah penting untuk memastikan negara Malaysia merupakan

sebuah negara yang maju dengan adanya berbagai jenis etnik yang dapat hidup

bersama secara aman dan damai. Seperti bak kata perpatah: “ bersatu teguh, bercerai

roboh”. Ini telah menjelaskan bahawa begitu pentingnya hubungan etnik yang baik

demi kesejahteraan hidup dalam sebuah masyarakat majmuk.

6