Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

52
KEPENTINGAN KERJASAMA DENGAN NEGARA ANGGOTA APEC PERDAGANGAN ANTARA NEGARA Idea liberalisasi perdagangan diharap akan dapat dinikmati oleh semua negara dan tidak dimonopoli oleh negara tertentu sahaja. Contoh projek jalinan maklumat elektronik APEC (APEC ELIN) dihubungkan menerusi sistem perhubungan global yang beribu pejabat di Singapura membolehkan maklumat pasaran dan data perdagangan serantau diperoleh dengan mudah dan cepat oleh semua anggota negara.

description

pem

Transcript of Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

Page 1: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

KEPENTINGAN KERJASAMA DENGAN NEGARA ANGGOTA APEC

PERDAGANGAN ANTARA NEGARAIdea liberalisasi perdagangan diharap akan dapat dinikmati oleh semua negara dan tidak dimonopoli oleh negara tertentu sahaja.Contoh projek jalinan maklumat elektronik APEC (APEC ELIN) dihubungkan menerusi sistem perhubungan global yang beribu pejabat di Singapura membolehkan maklumat pasaran dan data perdagangan serantau diperoleh dengan mudah dan cepat oleh semua anggota negara.

Page 2: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

Melalui jalinan internet segala data mengenai perdagangan, peluang pelaburan kuasa beli pasaran, dan lain-lain di sesebuah negara anggota dapat diketahui dengan mudah untuk digunakan dalam urusan perdagangan antara negara.Selain itu, melalui penubuhan Pusat Penukaran Data Elektronik APEC pula, membantu dalam pertukaran dokumen perdagangan bagi usaha melicinkan perdagangan serantau APEC.

Page 3: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

PERLUASAN SAIZ PASARAN DAN KESAN-KESAN POSITIF MELALUI PERLUASAN PASARAN

Keadaan ini dinikmati oleh semua negara anggota APEC menerusi pertambahan penduduk serantau dan peningkatan kuasa beli yang menyebabkan barangan dan perkhidmatan boleh dijual ke serata negara.Dengan adanya APEC ELIN, maklumat dan kuasa pasaran sesebuah negara anggota dapat diketahui dengan mudah. Konsep globalisai pula membolehkan semua pasaran negara anggota APEC dapat ditembusi tanpa halangan atau sekatan yang ketat.

Page 4: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

Perkongsian teknologi R&D dan inovasi baru dalam pelbagai bidang tenaga, pembangunan sumber ,manusia, telekomunikasi, sumber marin, pelancongan, pengangkutan dan sebagainya.Negara-negara APEC yang kurang maju boleh menikmati keuntungan pemindahan teknologi dari negara yang lebih maju apabila kerjasama dapat dijalinkan dengan erat.

Page 5: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

PERKONGSIAN PELABURAN MODAL ATAU KEWANGANPerkongsian ini dilakukan melalui pelbagai konsep seperti pelaburan silang, pelaburan bersama, serta pelaburan langsung dalam pelbagai bidang ekonomi seperti pertanian, pelancongan, perindustrian, perkhidmatan, pengangkutan, perhubungan dan sebagainya.Pelaburan ini berdasarkan kesesuaian dan ketetapan yang telah dipersetujui bersama oleh negara anggota.

Page 6: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

Pelaburan modal biasanya datang daripada negara-negara anggota APEC yang maju khususnya Jepun dan Amerika Syarikat.Anggota APEC dapat membantu mengembangkan ekonomi negara yang mundur dan menikmati keuntungan daripada skim intensif pelaburan, taraf perintis dan kos tenaga buruh yang murah di negara yang dilaburinya.

Page 7: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

PENGALIRAN BURUH DAN TENAGA PAKAR Kekurangan buruh dan tenaga pakar dalam sesebuah negara ditampung oleh negara lain melalui pelbagai bentuk kerjasama seperti latihan lanjutan luar negara, pinjaman tenaga pakar atau program usahasama antara universiti menerusi Projek Pembangunan Sumber Manusia (HRD) pelbagai hala Asia Pasifik.Projek ini menggabungkan tigabelas buah universiti di rantau Asia Pasifik dalam satu jaringan internet yang memudahkan pertukaran maklumat mengenai pendidikan, latihan kemahiran dan teknologi tinggi bagi tujuan HRD sesama negara APEC dikembangkan.

Page 8: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

PEMBANGUNAN ALAM SEKITAR YANG LESTARIPengurusan dan penjagaan alam sekitar di negara masing-masing akan menjadi lebih mapan menerusi pertukaran maklumat dan teknologi terkini. Isu-isu alam sekitar serantau seperti pencemaran laut, jerebu, pencerobohan perairan perikanan di luar daripada ZEE dan isu kepupusan sumber marin ditangani secara bersama.

Page 9: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

MASALAH YANG MENGHALANG KERJASAMA EKONOMI DIKALANGAN NEGARA-NEGARA ANGGOTA APEC BAGI MENCAPAI SEBUAH WILAYAH EKONOMI YANG MAJU

Jurang ekonomi yang ketara antara negara. Dalam hal ini terdapat negara yang terlalu kaya dan ada negara yang amat miskin. Idea globalisasi dan liberalisasi perdagangan membolehkan negara-negara kaya seperti Amerika Syarikat dan Jepun mengambil kesempatan melalui kemajuan teknologinya untuk mengaut keuntungan dan memonopoli ekonomi negara yang lemah.

Page 10: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

Berlaku masalah kejatuhan nilai matawang yang melanda sebahagian besar negara-negara anggota APEC. Pada tahun 1997, negara-negara seperti Korea Selatan, Hongkong, Thailand, Indonesia, Filipina dan Malaysia mengalami krisis matawang yang teruk. Kejatuhan nilai matawang menyebabkan sistem ekonomi negara yang terlibat menjadi lumpuh dan negara menjadi muflis.Berlaku masalah politik tidak stabil di kalangan negara anggota. Sesetengah negara Asia Pasifik mengalami masalah pergolakan politik khususnya bagi Indonesia. Pergolakan politik mewujudkan ketidakstabilan politik serantau dan mewujudkan iklim pelaburan yang tidak sihat.

Page 11: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

Negara-negara anggota APEC juga pernah mengalami masalah kekurangan teknologi dan kepakaran. Sebahagian besar daripada negara-negara Asia Pasifik berada dalam kelompok negara sedang membangun dan negara mundur yang masih mempunyai tahap teknologi yang rendah.Hanya negara-negara tertentu sahaja yang mempunyai teknologi dan kepakaran yang tinggi khususnya negara Jepun dan Amerika Syarikat. Justeru kemajuan dan kemunduran sesebuah negara anggota masih terlalu bergantung dan terpaksa tunduk serta akur kepada kehendak dan telunjuk-telunjuk negara-negara maju berkenaan.

Page 12: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

Seterusnya negara-negara APEC mengalami masalah sikap kepentingan diri melebihi daripada kepentingan serantau terutama dari negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun.Negara Amerika Syarikat misalnya tidak begitu bersungguh membantu rakan-rakan dalam APEC yang lain kerana bimbang monopoli perdagangannya di rantau Asia Pasifik akan dapat disaingi dan dipecahkan oleh negara-negara yang dijangka muncul sebagai gergasi ekonomi Asia yang baru iaitu China, Korea Selatan dan Taiwan.

Page 13: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

Kerjasama Antara Kawasan: Persatuan negara-negara Asia Tenggara(ASEAN)

ASEAN (Persatuan negara-negara Asia Tenggara) ditubuhkan pada tahun 1967 melalui deklarasi Bangkok 1967.Pada awal penubuhan hanya terdiri daripada lima buah negara rantau Asia Tenggara iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.Namun begitu, ASEAN kini telah dianggotai oleh sepuluh buah negara di rantau Asia Tenggara dan dikenali sebagai ASEAN 10.Antara anggota ASEAN kini terdiri daripada Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, Filipina, Brunei, Vietnam, Kampuchea, Laos dan Myanmar.

Page 14: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

Peta 1.0 Kedudukan negara-negara anggota ASEAN

Page 15: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

OBJEKTIF PENUBUHAN ASEANAntara objektif penubuhan ASEAN adalah:a) Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial, dan

pembangunan budaya di Asia Tenggara melalui usaha bersama dalam semangat kesamaan dan perkongsian untuk memperkukuhkan asas masyarakat Asia Tenggara yang aman dan makmur.

b) Meningkatkan keamanan dan kestabilan serantau dengan penghormatan yang berkekalan ke atas aspek kehakiman dan pelaksanaan undang-undang di antara negara Asia Tenggara dan berpegang teguh kepada prinsip Charter Bangsa-Bangsa Bersatu.

c) Menggalakkan kerjasama yang pesat dan saling bantu membantu dalam perkara yang mempunyai kepentingan bersama dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, teknikal, sains dan pentadbiran.

Page 16: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

d) Memberi bantuan di kalangan negara Asia Tenggara dalam bentuk latihan dan kemudahan penyelidikan dalam aspek pendidikan, profesionalisme, teknikal dan pentadbiran.

e) Bekerjasama dengan lebih berkesan dalam sektor pertanian, perindustrian, perluasan perdagangan termasuklah pengkajian tentang masalah perdagangan, komoditi antarabangsa, meningkatkan kemudahan pengangkutan dan perhubungan serta meninggikan taraf hidup rakyat.

f) Meningkatkan bidang pengajian Asia Tenggara.g) Mengekalkan kerjasama yang lebih berfaedah dengan

pertubuhan antarabangsa dan wilayah yang memiliki tujuan dan kepentingan yang serupa seperti APEC, serta meneroka ruang kerjasama dengan lebih rapat antara negara anggota.

Page 17: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

Struktur Kerjasama ASEAN

ASEAN telah menggubal dua perjanjian untuk dipegang oleh negara anggota sebagai asas kerjasama pertubuhan iaitu:

a) Deklarasi kerukunan ASEANb) Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia

Tenggara.Kedua-dua perjanjian ini ditandatangani di persidangan ketua-ketua negara ASEAN di Bali pada 24 Februari 1976. Dokumen-dokumen ini menstrukturkan corak atau pola kerjasama ASEAN.

Page 18: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

DEKLARASI KERUKUNAN ASEAN

Tujuan:Memperkukuhkan lagi deklarasi Bangkok dalam usaha membentuk keamanan, kemakmuran, dan kesejahteraan di kalangan negara anggota. Negara-negara ASEAN yang menggubal deklarasi ini bersetuju pada prinsip deklarasi tersebut iaitu:

Page 19: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

a) Kestabilan dalam setiap negara anggota dan wilayah ASEAN ialah sumbangan utama kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa.

b) Negara anggota sama ada individu atau berkumpulan mesti berusaha mengambil langkah-langkah yang aktif dalam penubuhan wilayah aman, bebas dan berkecuali.

c) Menghapuskan kemiskinan, kebuluran, penyakit dan buta huruf ialah matlamat utama negara anggota.

d) Darurat dan bencana alam boleh membantutkan tahap pembangunan negara anggota. Oleh itu, negara-negara anggota mestilah meberikan sumbangan berdasarkan keupayaan mereka. Bantuan yang diberikan bertujuan untuk meringankan bebanan negara anggota yang berada dalam kesusahan.

Page 20: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

e) Negara anggota mestilah mengorak langkah bekerjasama melalui program pembangunan nasional dan wilayah, menggunakan setakat yang boleh sumber yang terdapat dalam wilayah ASEAN, dan memperluaskan kebergantungan ekonomi negara anggota.

f) Dalam semangat perpaduan ASEAN, negara anggota mestilah mengharapkan sepenuhnya kepada penyelesaian secara aman (rundingan) dalam mengatasi segala perbalahan dalam wilayah.

g) Negara anggota mestilah berusaha gigih secara individu dan berkumpulan mewujudkan keadaan yang menggalakkan kerjasama secara aman di kalangan negara Asia Tenggara berasaskan kehormatan dan keuntungan bersama.

Page 21: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

h. Negara anggota mestilah dengan jelas membentuk kesedaran tentang identiti wilayah dan memanjangkan segala usaha membentuk masyarakat ASEAN yang kukuh , dihormati dan menghormati negara-negara lain berdasarkan perhubungan yang menguntungkan bersama, berlandaskan prinsip usaha bersama, kedaulatan saksama, dan tidak mengganggu hal ehwal dalam negara lain.

Page 22: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

Kerjasama Ekonomi ASEANSelain daripada perjanjian yang dipersetujui di dalam Deklarasi Kerukunan ASEAN, satu rangka kerjasama ekonomi ASEAN turut ditubuhkan. Rangka kerjasama ekonomi ini lebih berbentuk aktiviti dan projek ekonomi yang perlu dilakasanakan secara bersama oleh negara-negara anggota ASEAN.Perancangan kerjasama ekonomi secara khusus bermula pada tahun 1996. pada tahun 1977 lima jawatankuasa utama telah dibentuk iaitu:

a) Jawatankuasa Perdagangan dan Pelanconganb) Jawatankuasa Perindustrian, Galian, dan Tenaga (COIME)c) Jawatankuasa Makanan, Pertanian, dan Perhutanan( COFAF)d) Jawatankuasa Pengangkutan dan telekomunikasi (COTAC)e) Jawatankuasa kewangan dan Urusan Bank (COFAB)

Page 23: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

Jawatankuasa ini dibentuk untuk sektor-sektor tertentu dan setiap satunya mempunyai rangka kerja yang khusus. Jawatankuasa ini diagihkan tanggungjawab mengendalikan perancangan ekonomi yang dirancang bersama. Lokasi pejabat pengurusan adalah seperti yang berikut:

a) Singapura mengendalikan COTTb) Filipina mengetuai COIMEc) Malaysia untuk COTACd) Indonesia untuk COFAFe) Thailand untuk COFAB

Page 24: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

JAWATANKUASA PERDAGANGAN DAN PELANCONGAN (COTT)Membentuk rangka kerja untuk menggalakkan lagi perdagangan sesama ASEAN dengan mewujudkan Perjanjian keutamaan Perdagangan (PTA). Dalam rangka kerja ini lima strategi:

a) Saling bertukar keutamaan tarifb) Kontrak kualiti jangka panjangc) Perolehan keutamaan oleh entiti kerajaand) Pelanggaran langkah bukan tarif atas dasar keutamaane) Syarat keutamaan bagi membiayai import.

Melalui strategi ini, barangan yang diperdagangkan sesama ASEAN akan diberi kelonggaran kemasukan dengan tarif khas atau bebas tanpa sekatan.Langkah-langkah ini adalah untuk meningkatkan perdagangan sesama ASEAN yang didapati lebih rendah jika dibandingkan dengan perdagangan dengan negara luar ASEAN

Page 25: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

JAWATANKUASA MAKANAN, PERTANIAN DAN PERHUTANAN (COFAF)COFAF pula membentuk satu strategi simpanan makanan untuk masa kecemasan yang dinamakan simpanan makanan keselamatan ASEAN. Negara anggota ASEAN bersetuju untuk menyimpan stok yang dikhaskan bagi tujuan ketika berlakunya sebarang kecemasan. Sebanyak 60 000 tan beras seperti yang tertera pada Jadual 17.1.

Page 26: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

Negara Jumlah Simpanan (Tan)

Indonesia 20 000

Filipina 12 000

Thailand 12 000

Malaysia 6 000

Singapura 5 000

Brunei 5 000

Jadual 17.1 Negara anggota ASEAN yang bersetuju menyimpan stok

Page 27: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

COFAF juga membentuk strategi dalam sektor perhutanan sebagai langkah mengawal kemerosotan sumber hutan ASEAN yang kian pupus.Kerjasama ini juga dikenali sebagai kesepakatan Jakarta iaitu kehutanan tropika.COFAF juga membentuk rangka kerjasama dalam bidang perikanan dan pertanian. Dalam sektor perikanan, ASEAN bekerjasama dalam penangkapan ikan laut dalam iaitu dalam wilayah batas sempadan 200 batu Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE).

Page 28: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

Dalam sektor pertanian pula kerjasama meliputi beberapa aspek seperti berikut:

a) Mewujudkan kerjasama daripada segi pembimbingan pertanian dengan menubukan pusat latihan dan institusi karantina tumbuh-tumbuhan.

b) Mengkoordinasikan penyelidikan pertanian dengan membentuk Lembaga Penyelarasan Penyelidikan Pertanian ASEAN.

c) Membentuk pusat maklumat atau bank data tentang masalah pertanian negara ASEAN dengan menubuhkan pusat perancangan pembangunan ASEAN.

d) Bekerjasama dalam bidang koperasi pertanian dengan menubuhkan pusat pembangunan koperasi pertanian ASEAN.

Page 29: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

JAWATANKUASA PENGANGKUTAN DAN TELEKOMUNIKASI (COTAC)COTAC telah menubuhkan empat jawatankuasa kecil ASEAN dalam bidang pengangkutan darat, laut, udara, dan pos atau perhubungan. Jawatankuasa itu telah menggubal tiga bentuk kerjasama ASEAN iaitu:a) Pemasangan kabel laut untuk perhubungan semua

negara ASEAN.b) Penggunaan satelit PALAPA yang dimiliki oleh

Indonesia dan kini MEASAT milik Malaysia.c) Mewujudkan tarif mudah untuk penerbangan

anatara beberapa ibu negara ASEAN.

Page 30: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

JAWATANKUASA KEWANGAN DAN URUSAN BANK (COFAB)Untuk kerjasama dalam sektor kewangan, COFAB telah menubuhkan empat bentuk kerjasama iaitu:a) Menubuhkan koperasi kewangan ASEAN dengan modal

AS$10juta oleh negara ASEANb) Membentuk peraturan Penukaran Wang ASEAN. Di

bawah peraturan ini, negara anggota yang menghadapi kecairan sementara dapat menukarkan mata wangnya kepada Dolar Amerika sebanyak AS$200 juta.

c) Menubuhkan majlis Bank ASEAN untuk menyelaraskan kegiatan bank perdagangan di negara ASEAN

d) Membentuk bank data tentang dana yang digunakan untuk projek ASEAN.

Page 31: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

Ketika rantau ASEAN dilanda krisis mata wang (1997) akibat serangan spekulator, negara-negara ASEAN bercadang untuk mewujudkan mata wang ASEAN yang seragam dalam urusan jual beli sesama negara anggota bagi menggantikan penggunaan dan kebergantungan kepada Dolar Amerika.

Page 32: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

JAWATANKUASA PERINDUSTRIAN, GALIAN DAN TENAGA (COIME)Dalam sektor perindustrian pula, COIMe telah mewujudkan tiga bentuk kerjasama perindustrian:a) Projek Perindustrian ASEAN (AIP) yang cuba mewujudkan

projek berskala besar yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

b) Projek Perindustrian Pelengkap (AJIV) yang bercorak lengkap melengkapi yang boleh dilaksanakan oleh swasta dari segi pengeluaran barangan siap yang disalurkan ke semua negara ASEAN ataupun menghasilkan komponen tertentu yang boleh digunakan oleh kilang pemasangan negara ASEAN yang lain.

Page 33: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

c) Projek Usaha Sama Perindustrian, iaitu mana-mana satu projek yang diusahakan dalam bentuk usaha sama antara pihak swasta di kalangan negara ASEAN dan juga bukan negara ASEAN

Projek kerjasama perindustrian ini diwujudkan sebagai usaha meningkatkan tahap perindustrian di kalangan negara ASEAN. Oleh sebab sektor perindustrian ini memerlukan modal yang besar maka kerjasama utama dalam kalangan anggota ASEAN diuasahkan.ASEAN memerlukan bantuan lanjut terutama dari segi teknologi dan kewangan khususnya dari negara industri Asia seperti Jepun, Korea, dan Taiwan untuk melabur secara bersama.

Page 34: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

Kerjasama perindustrian ASEAN juga dapat menyelaraskan aktiviti perindustrian di kalangan anggota ASEAN supaya tidak ada pertindihan, pembaziran dan persaingan. Usaha kerjasama ini juga digalakkan untuk mengatasi masalah pemasaran. Sekiranya tiada persaingan sesama negara anggota, pasaran ASEAN sekurang-kurangnya dapat menampung sebahagaian besar daripada pengeluaran ASEAN.Pada skala yang lebih kecil, kerjasama ekonomi ASEAN kini telah mencapai satu tahap yang lebih kukuh dengan terbentuknya segi tiga pertumbuhan ASEAN iaitu IMT-GT, IMS-GT, dan EAGA-BIMP.

Page 35: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

Menjelang abad ke-21 ASEAN telah mengorak langkah yang lebih jauh dan kukuh dalam konteks menghadapi cabaran globalisasi ekonomi setelah tertubuhnya AFT. Kawasan perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) ialah satu bentuk usahasama di kalangan negara ASEAN untuk mengurangkan atau menghapuskan tarif dan cukai bagi sesetengah barangan atau produk ASEAN yang diperdagangkan di kalangan negara-negara ASEAN itu sendiri.

Page 36: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

Tujuan AFTA ialah untuk memperkukuhkan kedudukan ASEAN dalam konteks pasaran serantau dan global. Menerusi AFTA peningkatan dalam aliran perdagangan intra-ASEAN akan berlaku apabila harga barangan menjadi lebih murah di samping hubungan pengeluar-pengguna di dalam ASEAN, hubungan perindustrian (pengilang) sesama negara ASEAN, dan hubungan rangkaian pemasaran akan menjadi lebih kukuh.

Page 37: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

AFTA mengamalkan konsep pengurangan tarif atau penghapusan takrif yang telah dipersetujui secara bersama oleh negara anggota ASEAN bagi barangan yang sama. Oleh itu, negara anggota akan menikmati tarif yang lebih rendah.Keuntungan daripada perkongsian tarif bersama ini menyebabkan harga barangan menjadi lebih rendah sekaligus kuasa beli pengguna akan bertambah dan barangan boleh dipasarkan dengan lebih luas. Misalnya sesetengah barangan elektrik diberikan potongan tarif sehingga 40% sekiranya barangan tersebut berasal atau diperbuat oleh mana-mana negara anggota ASEAN.

Page 38: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

Terdapat enam kategori barangan yang disenaraikan di bawah AFTA yang diberikan potongan atau pengurangan tarif iaitu:

a) Barangan Automatif b) Barangan pertanian yang telah diproses dan beberapa jenis

produk pertanian lain.c) Barangan yang dianggap sensitif seperti hasil pertanian yang

belum diproses misalnya beras. Negara anggota diberikan masa yang lebih panjang untuk mengurangkan tarif barangan ini.

d) Barangan ini berkaitan dengan keselamatan negara, kehidupan dan kesihatan manusia termasuk haiwan dan tumbuhan disamping barangan yang ada nilai seni, sejarah dan arkeologi. Barangan dalam senarai ini telah dikecualikan daripada pengurangan tarif buat selama-lamanya.

Page 39: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

KEPENTINGAN BEKERJASAMA: SEBAB NEGARA-NEGARA ASEAN PERLU BEKERJASAMA

PERDAGANGAN ANTARA NEGARA ASEANHal ini dicapai menerusi Perjanjian Keutamaan Perdagangan (PTA) dengan memberi tarif khas atau bebas cukai kepada sesetengah barangan dari sesama negara anggota. Kesan daripada perjanjian ini mengurangkan pergantungan kepada negara maju yang selalunya tidak adil dalam menjalankan hubungan dagangan dua hala.Apabila hubungan dagangan intra ASEAN diperluaskan maka semua negara anggota dapat menikmati faedah seperti harga barangan yang lebih murah, bekalan barangan yang berterusan dan mengurangkan defisit import barangan dari negara maju.

Page 40: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

PERLUASAN SAIZ PASARANKesan-kesan postif perluasan pasaran diperoleh melalui pertambahan penduduk dan peningkatan kuasa beli yang menyebabkan barangan dan perkhimatan boleh dijual ke serata negara. Konsep pasaran bersama yang diamalkan akan memberikan keuntungan kepada semua negara. Misalnya dalam kawasan segi tiga pertumbuhan (IMT-GT, IMS-GT, EAGA-BIMP).Dengan adanya perluasan pasaran ini barangan dan perkhidmatan akan dapat dijual tanpa karenah birokrasi yang cerewet. Oleh itu, semua pengusaha akan memperolehi keuntungan manakala penduduk pula boleh mendapatkan harga barangan yang lebih murah.Saling keuntungan ini menyebabkan konsep pasaran bersama Asean (AFTA) dilaksanakan pada tahun 2004.

Page 41: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

PERKONGSIAN TEKNOLOGI, R&D DAN INOVASI BARUSaling menguntungkan melalui perkongsian teknologi, R&D dan inovasi baru dalam pelbagai bidang perindustrian, tenaga, pertanian, perhutanan, pengangkutan, telekomunikasi, kewangan dan lain-lain yang dapat memberikan kesan positif kepada semua negara anggota.Apabila semua negara mengeratkan kerjasama maka kekurangan teknologi sesebuah negara boleh ditampung oleh kelebihan teknologi negara lain. Misalnya antara Malaysia dengan Thailand.Malaysia berkongsi kemahiran teknologi automotif dan telekomunikasi manakala Thailand pula menawarkan kemahiran dalam teknologi pertanian dan perlombongan. Saling pertukaran teknologi dan kepakaran ini memberikn faedah kepada semua negara anggota ASEAN.

Page 42: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

PERKONGSIAN PELABURAN MODAL ATAU KEWANGAN Perkongsian pelaburan modal atau kewangan menerusi pelbagai konsep dan kaedah seperti pelaburan silang, pelaburan bersama, koperasi kewangan ASEAN, dan lain-lain yang dilangsungkan di bawah Jawatan kuasa Kewangan dan Bank (COFAB). Negara-negara anggota yang lebih teguh keadaan ekonomi boleh melabur dan membantu negara-negara tang lemah.Selain itu konsep pelaburan bersama juga diamalkan. Misalnya kerjasama antara Malaysia dan Singapura di bawah projek IMS-GT. Kedua-dua negara ini melabur dan menyiapkan Projek Link Kedua yang menghubungkan Malaysia-Singapura. Kejayaan projek ini jelas memberi keuntungan kepada kedua-dua negara melalui kutipan tol. Pertambahan aliran barangan dan perkhidmatan, serta mempercepatkan pergerakan penduduk.

Page 43: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

SALING MELENGKAPI Negara anggota juga memperoleh keuntungan melalui keadaan saling melengkapi khususnya dalam konteks pengkhususan pengeluaran barangan industri pembuat, perkhidmatan serta sumber dan tenaga.Kekurangan aspek-aspek tersebut di sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain. Sebagai contoh negara Singapura yang mengalami masalah kekurangan sumber bahan mentah seperti bekalan air, minyak sawit dan petroleum ditampung oleh negara-negara jiran seperti Malaysia.Thailand pula membekalkan beras dan sumber perikanan kepada Singapura. Sebaliknya Singapura membantu negara lain melalui kepakaran perkhidmatan, kepakaran kewangan, serta kemudahan pelabuhan dan pergudangan.

Page 44: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

PENGALIRAN TENAGA BURUH DAN KEPAKARANKekurangan buruh dan tenaga dalam sesebuah negara juga boleh ditampung oleh negara anggota lain. Sesetengah negara ASEAN dapat mengurangkan masalah lebihan tenaga buruh yang berlaku di dalam negara melalui perkongsian tenaga buruh yang berlaku di dalam negara melalui perkongsian tenaga buruh. Contoh yang paling baik ialah antara Malaysia dengan Indonesia.Kekurangan buruh di Malaysia dalam sektor pembinaan, perladangan, dan pembantu rumah ditampung oleh kemasukan tenaga buruh dari Indonesia.Dengan itu, ekonomi Malaysia lebih pesat dan berkembang maju. Negara Indonesia juga memperoleh keuntungan dalam pengurangan bebanan lebihan tenaga buruh. Masalah pengangguran di Indonesia juga boleh dikurangkan.

Page 45: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

PENJAGAAN ALAM SEKITARNegara anggota turut memperoleh keuntungan melalui penjagaan alam sekitar secara bersama khususnya dalam menangani permasalahan alam sekitar. Negara-negara seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura bersetuju bersama untuk menjaga perairan selat Melaka.Negara-negara tersebut menjalankan usahasama dalam membuat pengesanan, rondaan, kawal selia, pengawasan dan pemuliharaan jika berlaku kes-kes pmbuangan enap cemar oleh kapal-kapal dagang melalui Selat Melaka.Selain itu di atas semangat ASEAN, semua negara anggota telah membantu Indonesia menangani masalah jerebu yang berlaku pada tahun 1997.

Page 46: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

HALANGAN PERDAGANGAN YANG DIHADAPI OLEH NEGARA-NEGARA ASEAN UNTUK MENINGKATKAN

PERDAGANGAN DALAM ASEAN

Negara-negara anggota ASEAN menghadapi masalah dalam meningkatkan perdagangan dalam ASEAN kerana berlaku persaingan sesama negara pengeluar. Komoditi barangan yang homogeneus menyebabkan ancaman perlambakan di pasaran yang akhirnya menurunkan pasaran harga pasaran. Contoh komoditi kelapa sawit dan getah antara Malaysia dengan Indonesia dan persaingan pengeluaran beras antara Thailand dan Myanmar.Kesan daripada pengeluaran barangan yang sama secara berlebihan ini akan menurunkan harga barangan tersebut dan seterusnya menjejaskan pendapatan petani-petani negara ASEAN.

Page 47: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

Negara-negara anggota ASEAN juga mengalami masalah dalam kejatuhan nilai mata wang. Contohnya negara Indonesia terpaksa berhadapan dengan masalah kegawatan ekonomi yang berlaku akibat kejatuhan nilai mata wang dan masalah tersebut masih di rasai sehingga pada masa ini.Selain itu, negara-negara anggota ASEAN juga mengalami masalah dalam kuasa beli pasaran yang masih rendah dan saiz pasaran yang kevil. Contohnya, walaupun Indonesia dan Filipina mempunyai ruang pasaran yang luas namun kuasa beli penduduknya masih rendah.Bagi negara yang kuasa beli pasaranya tinggi seperti Singapura dan Brunei pula memiliki saiz pasaran atau jumalh penduduk yang sedikit. Keadaan ini menyukarkan perluasan perdagangan antara negara dan kewujudan imbangan dagangan.

Page 48: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

Pakatan Ekonomi ASEAN mengurangkan kesan Negatif Proses Globalisasi Negara.Pakatan ekonomi ASEAN dapat menguranggkan monopoli pasaran barangan dalaman ASEAN dari negara-negara maju. Pakatan ini dilakukan menerusi kerjasama ekonomi ASEAN yang mewujudkan kawasan pasaran bebas ASEAN(AFTA).AFTA membolehkan produk-produk barangan sesama negara ASEAN dapat dijual dengan harga yang lebih murah berbanding dengan barangan dari negara luar ASEAN. Apabila harga barangan ASEAN lebih murah maka sudah tentunya permintaan barangan import dari negara luar ASEAN akan semakin berkurangan.

Page 49: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

Melalui pakatan ini juga, monopoli pasaran kewangan ASEAN oleh negara-negara maju khususnya Amerika Syarikat dapat dikurangkan. Pengurangan ini dapat dilakukan menerusi penubuhan Bank ASEAN, koperasi ASEAN, penggunaan mata wang ASEAN dan lain-lain.Persepakatan sesama negara ASEAN dalam konteks ini membolehkan risiko kejatuhan nilai mata wang boleh dikurangkan. Misalnya apabila urusan perdagangan antara negara ASEAN dilakukan dalam mata wang ASEAN sendiri maka keuntungan diperolehi dapat dikongsi secara bersama.

Page 50: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

Walaupun cadangan ini sukar dilaksanakan kerana perbezaan nilai mata wang yang begitu ketara antara negara ASEAN tetapi ia tidak mustahil boleh dilaksanakan demi mengelakkan daripada risiko terlalu bergantung kepada Dolar Amerika.Selain itu, kesepakatan ini juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada modal dari negara-negara kapitalis yang jelas tidak menguntungkan negara-negara ASEAN jika berlaku keadaan yang tidak diingini seperti kejatuhan nilai mata wang. Oleh sebab itu sesama negara negara ASEAN boleh meningkatkan pelaburan menerusi konsep pelaburan bersama dan juga pelaburan silang.

Page 51: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

Mengurangkan dominasi teknologi dan kepakaran dari negara-negara maju. Ini dilakukan melalui konsep perkongsian pintar, konsep saling melengkapi, prinsip menang-menang, lagkah pertukaran teknologi dan inovasi baru dan latihan tenaga manusia secara bersama dan bersepadu sesama negara anggota ASEAN.Seterusnya mengurangkan kebergantungan teknologi dari negara-negara maju sahaja. Setiap negara ASEAN yang mempunyai kelebihan teknologi boleh dikongsikan dengan anggota lain untuk mewujudkan keadaan saling melengkapi antara satu sama lain.

Page 52: Kepentingan Kerjasama Dengan Negara Anggota Apec

Membendung campur tangan politik dari negara-negara maju menerusi prinsip Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOFPAN), dasar tidak campur tangan negara-negara anggota, serta prinsip kemakmuran bersama ASEAN. Melalui persepakatan ini maka negara-negara luar tidak boleh sewenang-wenangnya mencampuri urusan politik dalaman ASEAN.