Kepentingan Mempelajari Mata Pelajaran Sejarah Dalam Kalangan Generasi Muda

10
Kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah dalam kalangan generasi muda. Pada masa ini, mata pelajaran Sejarah bukanlah suatu mata pelajaran yang asing kepada para pelajar. Sejak dari tingkatan satu, pelajar sudah mula berkenalan dengan mata pelajaran ini. Tambahan pula mata pelajaran Sejarah telah diwajibkan lulus bagi semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013. Walau bagaimanapun, terdapat murid yang menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadap pelaksanaan tersebut kerana beranggapan bahawa Sejarah merupakan suatu mata pelajaran yang susah dan membosankan walhal banyak faedah yang dapat diperoleh melalui pembelajaran mata pelajaran ini. Persoalannya, apakah kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah khususnya dalam kalangan generasi muda? Dengan mempelajari mata pelajaran Sejarah, generasi muda dapat memperoleh banyak pengajaran. Hal ini demikian kerana dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang dinyatakan mengandungi pelbagai pengajaran yang tersirat. Sebagai contoh, peristiwa Tanah Melayu dijajah dan ditindas oleh penjajah British memberi pengajaran kepada generasi muda supaya jangan terlalu mudah mempercayai orang asing. Orang British digambarkan dengan licik dan jahat pada masa itu kerana sanggup menggunakan tipu muslihat atau taktik kotor untuk meluaskan kawasan jajahan mereka di tanah air kita. Justeru, generasi muda perlulah sentiasa ingat akan pengajaran tersebut dan tidak mengulanginya pada masa akan datang bagi mengelakkan peristiwa yang sama berulang lagi. Dalam pada itu, perpaduan antara kaum akan dapat dicapai melalui pembelajaran mata pelajaran Sejarah dalam kalangan generasi muda. Tamsilnya, semasa Tingkatan 3, para pelajar akan mempelajari peristiwa Tanah Melayu mendapatkan kemerdekaan. Dalam perjuangan tersebut, penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai kaum tanpa mengira warna kulit sanggup mengetepikan semangat kenegerian demi mendapatkan kemerdekaan bagi tanah air yang tercinta. Mereka telah bekerjasama bagai aur dengan tebing dan tidak mudah menyerah kalah. Perkara ini cukup membuktikan bahawa betapa pentingnya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat dalam kemajuan negara sekali gus dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020. Pada masa yang sama, semangat cinta akan negara turut dapat dipupuk dalam diri generasi muda. Generasi muda

Transcript of Kepentingan Mempelajari Mata Pelajaran Sejarah Dalam Kalangan Generasi Muda

Kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah dalam kalangan generasi muda.

Pada masa ini, mata pelajaran Sejarah bukanlah suatu mata pelajaran yang asing kepada para pelajar. Sejak dari tingkatan satu, pelajar sudah mula berkenalan dengan mata pelajaran ini. Tambahan pula mata pelajaran Sejarah telah diwajibkan lulus bagi semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013. Walau bagaimanapun, terdapat murid yang menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadap pelaksanaan tersebut kerana beranggapan bahawa Sejarah merupakan suatu mata pelajaran yang susah dan membosankan walhal banyak faedah yang dapat diperoleh melalui pembelajaran mata pelajaran ini. Persoalannya, apakah kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah khususnya dalam kalangan generasi muda? Dengan mempelajari mata pelajaran Sejarah, generasi muda dapat memperoleh banyak pengajaran. Hal ini demikian kerana dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang dinyatakan mengandungi pelbagai pengajaran yang tersirat. Sebagai contoh, peristiwa Tanah Melayu dijajah dan ditindas oleh penjajah British memberi pengajaran kepada generasi muda supaya jangan terlalu mudah mempercayai orang asing. Orang British digambarkan dengan licik dan jahat pada masa itu kerana sanggup menggunakan tipu muslihat atau taktik kotor untuk meluaskan kawasan jajahan mereka di tanah air kita. Justeru, generasi muda perlulah sentiasa ingat akan pengajaran tersebut dan tidak mengulanginya pada masa akan datang bagi mengelakkan peristiwa yang sama berulang lagi. Dalam pada itu, perpaduan antara kaum akan dapat dicapai melalui pembelajaran mata pelajaran Sejarah dalam kalangan generasi muda. Tamsilnya, semasa Tingkatan 3, para pelajar akan mempelajari peristiwa Tanah Melayu mendapatkan kemerdekaan. Dalam perjuangan tersebut, penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai kaum tanpa mengira warna kulit sanggup mengetepikan semangat kenegerian demi mendapatkan kemerdekaan bagi tanah air yang tercinta. Mereka telah bekerjasama bagai aur dengan tebing dan tidak mudah menyerah kalah. Perkara ini cukup membuktikan bahawa betapa pentingnya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat dalam kemajuan negara sekali gus dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020. Pada masa yang sama, semangat cinta akan negara turut dapat dipupuk dalam diri generasi muda. Generasi muda seharusnya mengingati jasa dan sumbangan tokoh-tokoh tanah air seperti Tunku Abdul Rahman. Jasa beliau patut dikenang oleh semua rakyat Malaysia kerana tanpa beliau, tidak mungkin kita dapat menikmati kemakmuran dan kedamaian di negara kita sendiri. Oleh itu, semangat nasionalisme dapat dipupuk dalam jiwa generasi muda malah mereka akan sentiasa bersyukur dan memberi penghargaan terhadap pengorbanan pejuang tanah air terdahulu seterusnya menghindarkan generasi muda daripada bersikap seperti kacang lupakan kulit. Secara tuntas, mata pelajaran Sejarah sangat penting bagi generasi muda. Selain itu, banyak faedah boleh diperoleh melalui mata pelajaran Sejarah. Generasi muda tidak sepatutnya mempunyai anggapan bahawa Sejarah sesuatu yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk minat anak dalam mata pelajaran Sejarah. Minat tersebut harus dipupuk sejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Namun, kerjasama semua pihak dituntut dalam usaha memastikan pelaksanaannya mencapai matlamat yang telah ditetapkan kerana sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing hanya mendatangkan kerugian sebaliknya peribahasa bukit sama didaki lurah sama dituruni wajar dijadikan panduan.

KEPENTINGAN MEMPELAJARI MATAPELAJARAN SEJARAH

Mata pelajaran Sejarah sering dikatakan susah oleh para pelajar masa kini. Mereka tidak memahami bahawa Sejarah amat penting untuk masa dpan negara.Jadi mereka yang gagal untuk mempelajari sejarah mereka pasti mengulangi kesilapan orang kita pada masa dahulu. Dengan mempelajari sejarah kita dapat mengenal asal usul kemunculan tulisan, bandar, sistem pemerintahan dan sebagainya. Setiap rakyat malaysia khususnya anak muda harus mengetahui latar belakang negara kita dan pembentukan negara malaysia itu sendiri kerana ini merupakan sejarah negara kita.oleh itu, terdapat pelbagai kepentingan mempelajari mata pelajaran sejarah.

Mengambil iktibar daripada peristiwa lalu merupakan kepentingan mempelajari Sejarah. Hal ini demikian kerana, mereka yang tidak mempelajari sejarah berkemungkinan mengulangnya dan membawa kepada kejatuhan negara. Memetik kata-kata ahli falsafah george santayana mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya. Kesilapan orang terdahulu sewajarnya diambil berat dan bukannya dipandang enteng sahaja kerana kesannya amat menyakitkan. Buktinya pada zaman pendudukan jepun orang kita terdahulu hidup terseksa dan di bunuh tanpa belas kasihan akibat mempercayai janji palsu jepun. Oleh itu, kita wajar mengambil iktibar daripada peritiwa lalu. Selain itu, mempelajari sejarah dapat menimbulkan rasa patriotisme dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana, jika kita lihat senario pada hari ini, masyarakat tidak lagi menghargai jasa-jasa pejuang tanah air kita yang telah bersusah payah membebaskan negara kita daripada dijajah. Akibat daripada itu semangat patriotisme semakin terhakis dalam diri masyarakat kita terutamanya golongan remaja. Sambutan hari kemerdekaan juga sering tidak diendahkan oleh para remaja hari ini kerana mereka menganggap sambutan itu tidak mendatangkan apa apa faedah sedangkan sambutan itu wajib diadakan untuk menghargai jasa-jasa pejuang tanah air. Mereka harus sedar bahawa segala kesenangan dan kebebasan yang mereka perolehi pada hari ini hasil usaha pewira-perwira negara kita.nama mereka sentiasa meniti di bibir pejuang negara kerana harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama.

Seterusnya, kita dapat menyedari kepentingan mengekalkan perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, kestabilan negara bergantung kepada perpaduan masyarakat. Negara kita ibarat pokok dan rakyat kita ibarat akar. pokok tidak akan berdiri kukuh tanpa akar begitu juga negara kita. Jika rakyat bersatu padu, negara kita akan aman dan stabil, maka, perpaduan dapat dikekalkan. Negara kita penah mencatatkan sejarah hitam selepas merdeka iaitu tragedi persalahfahaman antara kaum pada 13 mei 1969. Tragedi ini meragut banyak nyawa dan perpaduan negara pada masa itu ibarat telur di hujung tanduk. Selepas terjadinya peristiwa hitam itu, kita mestilah sentiasa memastikan bahawa perpaduan antara kaum itu dipelihara agar tragedi itu tidak berulang kembali.

Tuntasnya, kepentingan mempelajari mata pelajaran sejarah negara amat penting dalam pembentukan masyarakat yang sentiasa menghayati dan menghargai jasa-jasa pejuang tanah air yang berjuang untuk kebebasan kita pada hari ini. Jadi, pelajar terutamanya tidak sewajarnya mengeluh untuk mempelajari matapelajaran kerana di dalamnya terkandung 1001 iktibar, teladan serta pengajaran untuk pedoman hidup.

Kepentingan Mata Pelajaran Sejarah

1. mengenal asal usul sesuatu tempat, kemunculan bandar, sistem pemerintahan, budaya dan tamadun - setiap rakyat malaysia khususnya anak muda harus mengetahui latar belakang negara kita dan pembentukan Malaysia itu sendiri

2. mengambil iktibar daripada peristiwa lalu - supaya kita tidak mengulangi kesilapan orang dahulu

3. dapat memperoleh banyak pengajaran - peristiwa-peristiwa sejarah yang telah berlaku mengandungi pelbagai pengajaran yang tersirat

4. menimbulkan rasa patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan masyarakat - belajar menghayati erti kemerdekaan

5. menghargai jasa-jasa pejuang tanah air kita yang telah bersusah payah membebaskan negara kita daripada dijajah - sedar bahawa segala kesenangan dan kebebasan yang mereka perolehi pada hari ini hasil usaha pewira-perwira negara kita

6. menyedari kepentingan mengekalkan perpaduan kaum - penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai kaum tanpa mengira warna kulit sanggup mengetepikan semangat kenegerian demi mendapatkan kemerdekaan bagi tanah air yang tercinta - kestabilan negara bergantung kepada perpaduan masyarakat

7. mengenali tokoh tertentu yang melakar sejarah tanah air seperti Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Dato Onn, Tunku Abdul Rahman dan Ahmad Boestaman - hargai keringat para pejuang silam

8. menambah pengetahuan dalam diri - segala pengetahuan tersebut boleh dimanfaatkan dalam kehidupan sehari-hari - tidak buta sejarah - dapat tahu bangunan dan lokasi bersejarah di negara kita - bukan sahaja belajar sejarah Malaysia malah sejarah dunia/negara lain

9. membuka minda pelajar agar bersyukur - belajar menghargai kesenangan dan kemewahan yang dinikmati hari ini

Kepentingan Mempelajari Sejarah

Oleh AZMI AHMAD

Sejarah sangat penting dalam kehidupan manusia dengan menjadi panduan dan iktibar kepada kita untuk memperbaikki kesilapan masa lalu bagi membolehkan kita mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Tanpa belajar daripada kesalahan dan kesilapan masa lalu, kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan sahaja merugikan seseorang individu tetapi mungkin juga kepada keluarga, masyarakat dan negara mahupun bangsa.

Melalui sejarah, kita dapat mempelajari kejayaan bangsa dan negara seperti zaman keemasan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 yang boleh dijadikan perangsang untuk memacu kemajuan negara. Tidak dapat dinafikan, pembentukan negara Malaysia pada hari ini bertitik-tolak daripada kewujudan Kerajaan Melayu Melaka yang telah diasaskan oleh Parameswara.

Sejarah juga membolehkan kita mengingati kegemilangan masa silam yang mana jika ada kesedaran, kegigihan dan kesungguhan di kalangan pemimpin dan rakyat, keagungan tersebut mampu diulangi malah mungkin lebih cemerlang. Malaysia kini mengecapi pelbagai kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan menjadi antara negara membangun yang paling maju di dunia. Dengan kegigihan pemimpin dan rakyatnya, tidak mustahil Malaysia mampu mengecapi kegemilangan dan mengulangi semula zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.

Di samping itu sejarah juga dapat memupuk semangat patriotisme atau semangat cintakan negara. Perasaan ini timbul apabila kita mempelajari sejarah tanahair dan dengan itu akan lahirlah rasa bangga terhadap negara dan bangsa. Tanpa semangat ini, maruah negara kita boleh tercalar apabila lahirnya warganegara yang sanggup mengadai dan menjual maruah negara seperti terlibat dengan kegiatan menyeludup masuk warga asing. Semangat patriotisme timbul apabila kita mengetahui dan memahami siapa diri, bangsa dan negara kita, serta mempunyai pengetahuan teguh tentang sejarah negara kita. Namun begitu, ramai generasi muda hari ini hanya mempelajari sejarah semata-mata untuk lulus di dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah mahu pun di universiti. Malangnya mereka gagal untuk memahami kepentingan mata pelajaran sejarah dan terhasil rakyat Malaysia yang buta sejarah negara sendiri.

Sejarah juga membantu kita menghargai dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatan negara. Proses mendapatkan kemerdekaan telah pun selesai pada1957 tetapi pengisiannya bukanlah perkara yang mudah. Lebih sukar di negara majmuk seperti Malaysia. Jika generasi muda hari ini tidak memahami sejarah pembentukan negara, apa yang telah bina akan runtuh dan musnah. Meruntuhkan sesuatu amat mudah tetapi untuk membina atau membentuk sesuatu itu yang sukar. Negara merdeka Tanah Melayu dibentuk hasil tolak ansur orang-orang Melayu untuk menerima golongan imigran Cina dan India. Pemahaman terhadap kontrak sosial ini amat penting untuk memacu Malaysia sebagai negara maju. Kegagalan memahami kontrak sosial ini mampu mendatangkan impak negatif kepada negara. Namun begitu dengan memiliki pengetahuan sejarah, rakyat Malaysia dapat memahami situasi ini dan akan menjadi bangsa yang bersyukur seterusnya bersama-sama mengembling tenaga untuk membangun dan mengukuhkan negara.

Jelas kepada kita betapa pentingnya pengetahuan sejarah kepada rakyat Malaysia. Tanpa pengetahuan sejarah terutamanya mengenai pembentukan negara kita yang bermula dengan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, akan lahirlah warganegara tanpa jati diri. Mereka ini tidak menghargai apa yang telah dimiliki pada hari ini dan lahirlah warganegara yang tidak bersyukur, lupa asal- usul, adat resam dan budaya. Tidak hairanlah jika akan lahir rakyat Malaysia yang tamak haloba dalam mencapai matlamat hidup tanpa mempedulikan halal-haram dari aspek undang-undang dan memcampakkan kontrak sosial negara ketepi demi mencapai cita-cita mereka. Hargailah apa yang telah kita kecapi hari ini. Presiden Amerika Syarikat ke-44, Barack Hussin Obama dalam ucapan sulung sebagai presiden mengungkapkan: Sejarah akan menilai kita dengan apa yang kita bina dan bukan dengan apa yang kita runtuhkan.

KEPENTINGAN MATA PELAJARAN SEJARAH

Dalam konteks pembinaan negara bangsa, kepentingan sejarah sebagai mekanisme utama telah disuarakan sejak sekian lama oleh pelbagai pihak. Wang Gung Wu umpamanya mengangkat martabat sejarah dari sudut kepentingan mengingati masa lalu khususnya dalam membentuk keperibadian sesuatu kumpulan, puak atau masyarakat Menurut Sartono Kartodirdjo pula, pendidikan sejarah berperanan sebagai alat didaktik khususnya sebagai tunjang pendidikan nasional. Dalam hal ini, pengetahuan sejarah khususnya sejarah nasional akan membolehkan sesuatu bangsa terutamanya generasi muda menjadi lebih prihatin terhadap bangsa dan pembangunan negaranya. Dengan keprihatinan terhadap sejarah secara tidak langsung membolehkan seseorang itu menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang warganegara. Dengan sifatnya sebagai alat memahami masa lalu serta fungsinya sebagai pedoman, pengajaran dan panduan membolehkan sejarah diberikan tempat istimewa dalam sistem pendidikan sesebuah negara.

Di Malaysia, ia juga bukanlah satu persoalan baru di negara ini. Sejak kemerdekaan hingga kini isu sejarah dan peranannya dalam pembinaan negara bangsa terus dibahaskan dan dinobatkan sebagai agenda utama negara. Sekadar memetik beberapa pandangan, isu ini jelas menjadi agenda utama negara khususnya sejak peristiwa 13 Mei 1969. Bekas Menteri Dalam Negeri Malaysia 1980, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie dalam ucapan perasmian persidangan International Association of Historians of Asia (IAHA) 1980 mengungkapkan kepentingan tersebut. Menurut beliau :

Every person, society or nation has a past which has moulded his or its present stature and together the past and the present mould his future. But the choice of his future image depends on his present beliefs of his history, of what he reckons he is and what he believes others believe of him. (Ghazali Shafie, 1980 : 3)

Tegas beliau juga : When people have lost their confidence and faith in their history because of oversimplistic historicism or intense subjectivism or for whatever reasons then story become wearisome and its study irrelevent. (Ghazali Shafie, 1980 : 18)

Di Malaysia, mata pelajaran sejarah diajar sejak pentadbiran British namun ia tidak bersifat mata pelajaran induk selaras dengan dasar pendidikan British yang membiarkan sistem persekolahan berkembang mengikut aliran berasaskan kaum sehingga mencetuskan kelas berbeza di kalangan penduduk Tanah Melayu. Sedikit perubahan terhadap pendidikan sejarah di Tanah Melayu hanya berlaku pada 1918 susulan pengenalan mata pelajaran Tawarikh di peringkat sekolah dan maktab susulan berakhirnya Perang Dunia Kedua dan penubuhan Jabatan Sejarah Universiti Malaya pada 1949 memberikan nafas baru kepada pendidikan sejarah di Malaysia. Melaluinya, penyelidikan dan penulisan ilmiah menjadi agenda utama yang secara tidak langsung memperluaskan ufuk pengkajian dan pengetahuan tentang sejarah negara. Selepas negara mencapai kemerdekaan sehingga kini, pendidikan Sejarah yang dirangka memberikan tumpuan kepada pembinaan dan penyatuan bangsa Malaysia. Matlamat ini menekankan proses pembinaan generasi baru Malaysia yang bersatu padu dan berpengetahuan khususnya melalui elemen bahasa dan kekuatan budaya bangsa. Sekolah pula berperanan sebagai institusi penting bagi mencapai matlamat tersebut melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

Matlamat ini tidak mustahil dicapai jika semua rakyat Malaysia mempunyai kesedaran, menghayati sejarah, menyedari kedudukan diri dan menjadikan pendidikan sejarah sebagai alat terpenting bagi mencapai matlamat tersebut. Akta Pendidikan 1995 umpamanya menekankan kepentingan ilmu sebagai penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa. Akta yang sama turut menegaskan peri penting Dasar Pendidikan Kebangsaan yang akan diterapkan melalui sistem pendidikan kebangsaan bagi memenuhi keperluan negara serta memupuk perpaduan negara dalam pelbagai bidang melalui sektor pendidikan. Bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia, integrasi nasional merupakan persoalan yang sangat rumit dan menyukarkan proses pembinaan negara bangsa. Dasar Pendidikan Kebangsaan menggariskan mata pelajaran sejarah sebagai alat utama bagi merealisasikan matlamat tersebut. Penekanan pendidikan sejarah tertumpu terhadap kesedaran sejarah, toleransi dan kepekaan masyarakat untuk berkongsi tanggungjawab terhadap masa depan negara.

Unsur penting dalam pengajaran sejarah turut meliputi pembinaan semangat kebangsaan. Bagi negara seperti Malaysia, semangat tersebut amat diperlukan untuk mencapai hasrat satu negara dan impian yang serupa bagi rakyat Malaysia. Patriotisme merupakan elemen utama dalam pendidikan sejarah yang bertujuan membina kesedaran dan mengukuhkan semangat perjuangan dan cintakan bangsa dan negara. Elemen tersebut bermatlamat melahirkan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, sedia berbakti dan sanggup berkorban untuk kepentingan negara. Hal ini pernah diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir. Menurut beliau :

Kalau semangat patriotisme sudah tidak ada di kalangan belia, kita bimbang apabila generasi muda dewasa kelak, mereka sudah tidak sayang pada bangsa dan negara sendiri. Dengan itu amat mudah bagi orang asing untuk menghasut mereka dan akan bersubahat untuk menghapuskan kebebasan negara kita .

Sejarah juga boleh dijadikan asas rujukan penting bagi membina aspirasi baru untuk membangunkan maruah, martabat dan kewibawaan sesuatu bangsa. Pendidikan sejarah juga dapat memainkan peranan dalam pembinaan negara bangsa apabila dapat mencetuskan inspirasi melalui tema-tema yang terdapat dalam sukatan kandungan matapelajaran tersebut. Melalui pendidikan sejarah juga, nilai kesetiaan dapat dipupuk dan ditanamkan sebagai satu nilai hidup yang penting bagi membina dan meningkatkan komitmen generasi muda kepada negara dan bangsa. Nilai kesetiaan ini akan dapat mengukuhkan ketahanan negara dan mendorong semangat ingin berkorban dan berbakti kepada bangsa dan negara.

Pendidikan sejarah juga berfungsi menerapkan nilai kewarganegaraan dan membentuk generasi muda menjadi warganegara yang berguna kepada bangsa dan negara. Nilai kewarganegaraan ini meliputi kebanggaan sebagai rakyat Malaysia, bersemangat setia negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, berusaha dan produktif. Ringkasnya, pendidikan sejarah merupakan proses mendidik melalui kaedah dan proses pembinaan sejarah sebagai satu disiplin ilmu melalui alat, prosedur dan kaedah tertentu. Seterusnya ilmu ini akan meneliti, memahami, menghurai, menginterprestasi dan seterusnya membina keseluruhan mengenai sesuatu perkara, kejadian atau fenomena yang berkaitan dengan kehidupan manusia pada zaman lampau. Kesemua ini dinyatakan dengan jelas dalam huraian sukatan mata pelajaran sejarah.