Kepentingan Memupuk Perpaduan Kaum

15
KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN KAUM Malaysia sebelum berdiri teguh sebagai negara membangun telah melalui pengalaman pahit. Bermula penjajahan Portugis, kemudian Inggeris, Belanda, Jepun, kemudian Inggeris lagi, pengalaman tersebut tidak mahu diulangi lagi. Teriakan keramat ‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957, tidak semudah dilalui dan memaknakan kemerdekaan tersebut. Perpaduan kaum amat penting untuk memastikan negara tidak diganggu gugat oleh negara asing. Kita tiada Dol Said untuk menentang kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, atau Rentap menentang kubu Raja Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, Dato’ Maharajalela membunuh J.W.W Birch 1875 di Pasir Salak, atau Mat Salleh yang gagah mengetuai gerakan menentang Inggeris pada tahun 1884 hingga 1900 di Sabah. Yang kita ada ialah barisan pemimpin negara yang diketuai oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Tanpa kegagahan seperti tokoh silam, yang perlu hanyalah kita bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama berlandaskan semangat Malaysia, bak kata peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh. Semangat nasionalisme ialah perasaan cinta akan negara dan perasaan ingin membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan. Oleh itu, perpaduan kaum telah dapat memupuk semangat nasionalisme yang mendalam kepada semua kaum di negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Berdasarkan senario hari ini, rakyat Malaysia haruslah bertanggungjawab menerima segala adat resam dan budaya yang berlainan agama dengan fikiran yang terbuka agar dapat membendung penindasan seperti di negara-negara Thailand, Afrika dan Indonesia. Kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya perlulah dipraktikkan dalam membentuk dan menanam semangat ini kepada anak-anak sejak kecil lagi. Sebagai contoh, nyanyian lagu kebangsaan dan menghayati Rukun Negara di sekolah sebagai ikrar untuk mendisiplinkan diri. Maka dengan itu, mereka akan sedar tentang kepentingan bersatu padu dan hormat-menghormati. Oleh itu, kita perlulah berganding bahu dan bukannya bersifat berat tulang dalam membajai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak yang masih berada di bangku sekolah.

description

Kepentingan Memupuk Perpaduan Kaum

Transcript of Kepentingan Memupuk Perpaduan Kaum

Page 1: Kepentingan Memupuk Perpaduan Kaum

KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN KAUM

Malaysia sebelum berdiri teguh sebagai negara membangun telah melalui pengalaman pahit. Bermula penjajahan Portugis, kemudian Inggeris, Belanda, Jepun, kemudian Inggeris lagi, pengalaman tersebut tidak mahu diulangi lagi. Teriakan keramat ‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957, tidak semudah dilalui dan memaknakan kemerdekaan tersebut. Perpaduan kaum amat penting untuk memastikan negara tidak diganggu gugat oleh negara asing. Kita tiada Dol Said untuk menentang kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, atau Rentap menentang kubu Raja Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, Dato’ Maharajalela membunuh J.W.W Birch 1875 di Pasir Salak, atau Mat Salleh yang gagah mengetuai gerakan menentang Inggeris pada tahun 1884 hingga 1900 di Sabah. Yang kita ada ialah barisan pemimpin negara yang diketuai oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Tanpa kegagahan seperti tokoh silam, yang perlu hanyalah kita bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama berlandaskan semangat Malaysia, bak kata peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh.

Semangat nasionalisme ialah perasaan cinta akan negara dan perasaan ingin membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan. Oleh itu, perpaduan kaum telah dapat memupuk semangat nasionalisme yang mendalam kepada semua kaum di negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Berdasarkan senario hari ini, rakyat Malaysia haruslah bertanggungjawab menerima segala adat resam dan budaya yang berlainan agama dengan fikiran yang terbuka agar dapat membendung penindasan seperti di negara-negara Thailand, Afrika dan Indonesia. Kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya perlulah dipraktikkan dalam membentuk dan menanam semangat ini kepada anak-anak sejak kecil lagi. Sebagai contoh, nyanyian lagu kebangsaan dan menghayati Rukun Negara di sekolah sebagai ikrar untuk mendisiplinkan diri. Maka dengan itu, mereka akan sedar tentang kepentingan bersatu padu dan hormat-menghormati. Oleh itu, kita perlulah berganding bahu dan bukannya bersifat berat tulang dalam membajai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak yang masih berada di bangku sekolah.

Selain itu, semangat perpaduan juga telah dapat menarik pelancong asing untuk melawat negara kita. Dengan keunikan masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan harmoni, para pelancong akan tertarik untuk mempelajari budaya rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, mereka akan lebih selamat dan selesa apabila berada di negara ini walaupun Malaysia turut tergugat dengan kemunculan wabak influenza H1N1 yang menjadi perbualan hangat negara-negara di dunia ini, namun industri pelancongan tetap maju dan berkembang dari tahun ke tahun kerana adanya perpaduan kaum. Timbalan Menteri Pelancongan ada menyatakan bahawa dengan adanya layanan mesra yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada pelancong asing, industri pelancongan akan terus mendapat tempat yang tertinggi walaupun agak berkurangan dengan masalah penularan wabak H1N1. Tidak dapat dinafikan bahawa, rakyat Malaysia dapat berinteraksi dengan baik antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan bangsa. Sebagai contoh, di sekolah menengah, para pelajar yang terdiri dengan pelbagai kaum dapat belajar dalam satu sekolah yang sama. Seperti peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa muafakat membawa berkat. Oleh itu, jelaslah perpaduan kaum bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malah dapat menarik lebih ramai pelancong asing ke negara kita.

Page 2: Kepentingan Memupuk Perpaduan Kaum

Seterusnya, sebagai rakyat Malaysia yang juga merupakan golongan majoriti di negara ini tidak terlepas daripada masalah pergaduhan dan penindasan yang pernah berlaku di negara kita. Pastinya sudah ada tertanam dalam pemikiran kita tentang rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 yang berlaku di negara kita. Pada masa itu, semua pemimpin dan rakyat telah berusaha untuk menamatkan masalah tersebut. Lantasan itu, semua penduduk di negara ini harus mengamalkan konsep perpaduan kaum dan bukan bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing untuk mengelakkan perpecahan kaum. Bahkan dengan perpaduan kaum juga dapat menjamin keamanan negara. Hal ini demikian kerana, masyarakat yang bersatu padu dapat hidup berbaik-baik dan menghormati kaum lain sejajar dengan dasar luar Malaysia yang digubal selepas Perang Dunia Kedua, hal ini sekali gus dapat menjamin keamaan setempat. Peribahasa ada menyatakan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Perealiasasian pepatah ini dapat dibuktikan melalui kerjasama yang erat antara kaum. Sebagai contoh, kaum Cina menghormati adat dan budaya kaum Melayu dan India. Memang tidak dapat dinafikan, walaupun negara sudah mengamalkan konsep perpaduan, masih ada lagi rusuhan-rusuhan kecil yang berlaku di negara ini seperti demontrasi jalanan yang berkaitan dengan Akta ISA. Maka jelaslah bukan sahaja perpaduan kaum menjadi kunci kepada keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh rakyat bahkan minda dan pemikiran juga haruslah diisi dengan nilai-nilai yang positif agar tidak berlaku permusuhan.

Dasawarsa ini, pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa ‘Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang lagi pontensi individu secara menyeluruh dan bersatu padu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kapada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.’ Secara tidak langsung, dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan pelajar. Izharlah bahawa perpaduan kaum penting dalam menjana masyarakat Malaysia yang mengutamakan semangat bersatu padu dalam memenuhi konsep 1Malaysia seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.

Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan. Kurikulum ini berorientasiakan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia seperti tolong-menolong, bekerjasama dan berfikiran optimis serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama

Page 3: Kepentingan Memupuk Perpaduan Kaum

manusia. Mahukah rakyat negara kita bersikap seperti kacang hantu? Yang hanya menambahkan lagi masalah di negara kita secara tidak langsung mencemarkan nama baik negara. Janganlah kita semua memandang enteng terhadap peranan pendidikan dalam mewujudkan semangat perpaduan kerana pendidikan merupakan benteng utama insan daripada ditipu oleh musuh-musuh negara yang berhajat untuk menghancurkan perpaduan kaum di negara kita. Mahukah perkara ini berlaku kepada kita dan generasi akan datang? Fikirkanlah, sesungguhnya melalui pendidikan sahaja yang dapat menjamin keutuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Intihanya, sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam pemupukan semangat perpaduan agar negara terpelihara daripada tipu helah pihak musuh.

Sehubungan dengan itu, perpaduan juga dapat meningkatkan imej negara, hasil daripada kerjasama antara semua kaum tanpa timbul sebarang permasalahan. Sebagai contoh, pada musim perayaan terutamanya, semua rakyat negara ini sudah pasti akan mengamalkan kunjung-mengunjungi, bermaaf-maafan dan berbual mesra antara satu sama lain. Bertitik tolak daripada ini, semangat perpaduan sedikit banyak dapat diwujudkan. Marilah kita bersama-sama menjadikan negara Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Hong Kong, di samping ekonomi negara yang semakin meningkat dengan drastiknya. Tidak mahukah kita mengecapi kejayan tersebut? Mengapa semua rakyat Malaysia masa kini bersikap membutakan mata dan memekakkan telinga masing-masing dalam menyahut seruan kerajaan untuk membangunkan negara agar nama Malaysia gah di seantero dunia? Sudah pastinya terdapat jawapan bagi kesemua persoalan tersebut walaupun jawapannya berbeza-beza. Konklusinya, imej negara dapat ditingkatkan jika seluruh rakyat bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam melaksanakan dan menjayakan rancangan kerajaan yang telah bertungkus lumus untuk menyediakan perancangan kerajaan yang efektif seterusnya membawa imej negara terkenal di seluruh dunia.

Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni insya-Allah perkara ini akan dapat direalisasikan lebih awal daripada jangkaan kita. Usaha Perdana Menteri kita dengan memperkenalkan konsep 1Malaysia sememangnya berbaloi dalam mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Sudah terang lagikan bersuluh, terdapat banyak kepentingan dalam memupuk perpaduan kaum sama ada kepada masyarakat ataupun negara. Kita sememangnya tidak dapat menjangka apa-apa yang bakal berlaku pada masa hadapan kerana semua itu terletak pada kekuasaan Allah s.w.t. Oleh itu, kita perlulah sediakan payung sebelum hujan dalam mendepani masa depan yang menjanjikan cabaran di luar jangkaan agar kita tidak ditimpa malang seperti peribahasa Melayu, sudah terhantuk baru nak tengadah. Masyarakat sepatutnya mempraktikkan elemen bertolak ansur dan memperteguh kefahaman antara satu sama lain supaya dapat membina impian negara pada masa depan yang lebih gemilang. Intihanya, semua rakyat perlulah mempertahankan semangat perpaduan di negara kita demi negara yang tercinta dan dapat menyambut gamitan negara impian.

Page 4: Kepentingan Memupuk Perpaduan Kaum

Langkah-langkah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat lebih berkesan sekiranya dimulakan dari rumah

Terdapat peribahasa Melayu yang berbunyi ,"bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat ". Semangat perpaduan berperanan signifikan dalam usaha melahirkan masyarakat yang bermuafakat dan menyemarakkan semangat integrasi nasional dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum selaras inspirasi "Satu Malaysia". Walau bagaimanapun , alangkah kecewanya melihat semangat yang murni ini kian hari kian di telan dek kemodenan dan diabaikan oleh generasi muda mutahir ini . Untuk mengelakkan semangat perpaduan daripada terkubur begitu sahaja , institusi keluarga memainkan peranan vital untuk menyuntik semangat perpaduan yang luhur dalam sanubari generasi muda yang merupakan bakal pelapis kepimpinan tanah air.

Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi , teladan ibu bapa atau lebih dikenali sebagai "role model" merupakan uslub primer yang efektif dan pragmatik untuk menyemai semangat solidariti dalam kalangan anak-anak. Dalam konteks ini , ibu bapa wajar menunjukkan suri teladan yang baik dengan menjalinkan perhubungan yang yang erat dan karib dengan jiran tetangga. Sempena sambutan perayaan , ibu bapa haruslah mengadakan majlis rumah terbuka . Secara tidak langsung , amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran tetangga setempat. Justeru, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh .

Di samping itu , memang tidak dinafikan bahawa ibu bapa turut berperanan penting dalam mengajar anak-anak mereka menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara serta menghormati adat istiadat kaum-kaum lain dengan penuh berdedikasi. Pada realitinya , ibu bapa haruslah memastikan generasi muda berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu-padu dan harmoni dalam pelbagai aspek. Bertitik tolak daripada itu , ibu bapa turut bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka memahami dan menghormati adat istiadat , pantang larang serta kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia demi mengelakkan konflik antara kaum .

Selain itu , semangat mahmudah yang jitu ini turut mampu diterap dalam jiwa generasi muda melalui dorongan yang diberi oleh anak-anak mereka untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum di sekolah seperti PLKN , RIMUP dan sebagainya. Maka , program-program khas yang diwujudkan untuk remaja ini amatlah efektif dalam menjana peluang untuk mewujudkan interaksi antara generasi muda. Strategi serampang dua mata ini bukan sahaja dapat menyemai semangat perpaduan dalam kalangan remaja malahan mampu menyemarakkan semangat patriotisme mereka , bak kata pepatah "sambil menyelam minum air".

Bukan itu sahaja , langkah bercerita tentang susur galur sejarah bangsa Malaysia kepada anak-anak juga merupakan satu minhaj yang ideal diambil oleh ibu bapa. Ibu bapa perlu menekankan bahawa kemerdekaan tanah air kita yang dicapai hari ini adalah berkat perjuangan semua kaum dan semua anak watan wajib menghargai titik peluh bekas pemimpin kita yang tidak ternilai ini. Sebagai analoginya ,

Page 5: Kepentingan Memupuk Perpaduan Kaum

generasi muda yang umur baru setahun jagung , darah baru setampuk pinang tidak akan terlalu taksud dengan kenikmatan materialistik sehingga hidup dalam kepompong sendiri dan mengambil enteng tentang kepentingan mewujudkan perpaduan dalam tanah air sendiri .

Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menggalakkan anak-anak mereka menonton filem , drama dan iklan yang bertemakan perpaduan antara kaum. Statistik yang sahih telah menunjukkan filem-filem ini memang jauh lebih efektif dan berkesan berbanding dengan bahan bertulis kerana persembahan media elektronik lebih menarik , kreatif dan inovatif. Maka , pelbagai iktibar dan pengajaran dapat diperoleh oleh generasi muda melalui persembahan-persembahan elektronik ini . Rentetan itu, wujudlah garis panduan yang berladaskan segala iktibar dan pengajaran yang diperolehi oleh generasi muda untuk mengecapi perpaduan dan keharmonian .

Seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh", semangat perpaduan yang menjadi panduan hidup anak watan merupakan inti kepada pembentukan masyarakat sakinat dan harmoni. Untuk merealisasikan matlamat ini , iaitu membentuk masyarakat sakinat dan mengecapi perpaduan antara kaum , segenap lapisan masyarakat sayugialah bersinergi bagai aur dengan tebing dan jangan sekali-kali bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar ,melepaskan pucuk masing-masing . sebagai intihanya , iltizam dan komitmen masyarakat amatlah vital dan berperanan signifikan .

Page 6: Kepentingan Memupuk Perpaduan Kaum

Cara mewujudkan perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat berbilang kaum diMalaysia³Bersatu kita teguh bercerai kita roboh´. Peribahasa ini merupakan satuperibahasa yang membawa satu pengertian yang cukup besar dalam usaha kitamengekalkan perpaduan kaum dikalangan rakyat Malaysia selama ini. Perpaduankaum membolehkan masyarakat hidup secara bersatu hati. Kesatuan kita akanmembawa kepada seribu satu macam keuntungan kepada Negara dan masyarakatMalaysia amnya. Kita dapat mengelakkkan pergaduhan antara kaum yang memberikanbanyak kesan negatif kepada negara. Banyak usaha atau cara bagi kita mewujudkanperpaduan kaum yang lebih erat sesame kita rakyat Malaysia, dari komuniti yang kecilterus kepada komuniti yang besar.Kita lihat dari perspektif komuniti yang kecil bermula dari didikan anak-anak dirumah. Inilah satu cara yang dilihat paling berkesan dan halus dalam membentuksemangat perpaduan dikalangan masyarakat. Ibu bapa ialah orang yang berperananpenting di dalam memupuk semangat perpaduan anak-anak di Malaysia. Merekaperlulah menjadi contoh teladan kepada anak-anak agar nilai perpaduan dapat dipupuksejak kecil lagi. ³Melentur buluh biarlah dari rebungnya´. Sebagai contoh ibu bapaperlulah berbaik-baik dengan jiran yang berlainan kaum dan agama. Mereka juga bolehmengajar anak-anak agar menghormati kaum dan agama orang lain. JIka hal inidilakukan oleh ibu bapa kepada anak-anak maka tidak mustahil kita telah menyiapkanpelantar atau pemangkin paling asas kepada usaha perpaduan kaum yang erat diMalaysia.Seterusnya sektor pendidikan dilihat sebagai satu medium yang sangat pentingdidalam mendidik,mengenalkan dan menerapkan perpaduan kaum dikalangan rakyatMalaysia. Jika kita lihat melalui dasar sekolah kebangsaan itu sendiri perpaduan muladiterapkan dimana pelajar-pelajar berbilang kaum ditempatkan di satu bumbung untukbelajar dan berkawan. Disini perhubungan sesama kaum dapat dieratkan semenjakmereka kecil lagi dan dari sekolah kebangsaan inilah kita tanamkan semangat

kecintaan kita kepada bangsa lain dan kita belajar menghormati perbezaan sesamakita. Melalui pendidikan di sekolah, guru-guru dapat menerapkan nilai-nilai perpaduandidalam matapelajaran. Sebagai contoh, mata pelajaran Pendidikan Islam,Pengetahuan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, murid-murid dapat diajar nilai-nilai menghormati kaum lain. Di samping itu, aktiviti kokurikulum seperti sukan,persatuan dan permainan dapat dilakukan bagi menyemai nilai perpaduan dalamkalangan pelajar. Jelaslah disini sektor pendidikan dapat membentuk masyarakat yangbersatu padu.Kemudian masyarakat sendiri perlu menambahkan usah untuk mengeratkan lagiperpaduan kaum. Nilai perpaduan dilihat dapat disemai melalui aktiviti kemasyarakatan.Masyarakat yang tinggal di kawasan kampung dan taman-taman perumahan perlumengadakan pelbagai aktiviti yang memupuk perpaduan. Antaranya ialah aktivitibergotong royong membersihkan kawasan kediaman, hari keluarga dan menyambutperayaan secara bersama-sama. Dengan cara ini mereka dapat bekerjasama danmengenali antara satu dengan lain. Apabila aktiviti ini diamalkan sudah pasti merekaakan dapat hidup dalam suasana yang harmoni. Hal ini kerana muafakat membawaberkat.Satu alat untuk mengembangkan ideology atau mencambahkan idea secaramenyeluruh, cepat dan berkesan pada masa kini ialah media massa, media massadapat membantu dalam usaha memupuk perpaduan kaum. Media massa sepertitelevisyen, radio, surat khabar dan majalah adalah dekat dengan masyarakat. Mediumini kuat dalam mempengaruhi persepsi atau tanggapan idea individu. Maka mediamassa ini perlu menyiarkan rancangan dan iklan yang menggambarkan perpaduankaum. Jika rancangan dan iklan tersebut disiarkan berulang kali, sudah pasti nilaiperpaduan dapat diterapkan. Hal ini kerana masyarakat

Page 7: Kepentingan Memupuk Perpaduan Kaum

akan mudah mengikuti teladanyang dipaparkan di media massa tersebut. Sesungguhnya, media massa memainkanperanan yang penting bagi memupuk perpaduan

Page 8: Kepentingan Memupuk Perpaduan Kaum

TEMA PERPADUAN

TAJUK: MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa"Jiran sepakat membawa berkat".Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Persoalannya apakah faedah di sebalik cogan kata “jiran sepakat membawa berkat “?.

Faedah yang dogmatik untuk merealisasikan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat adalah akan dapat memupuk hubungan baik antara jiran. Hal ini demikian kerana, memupuk hubungan baik antara jiran amat penting bagi mewujudkan sebuah kehidupan yang harmoni dan aman antara jiran. Hubungan baik antara jiran dapat dipupuk melalui aktiviti gotong-royong, ziarah-menziarahi SERTAsukan komuniti. Amalan gotong-royong akan dapat akan dapat menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Hal ini bertepatan dengan peribahasa seperti aur dengan tebing. Selain itu, hubungan baik melalui amalan gotong-royong ini, setiap komuniti akan saling bertanya khabar dan dapat dilakukan dengan cara membersih taman-taman di kawasan kediaman. Sebagai contoh, amalan gotong-royong ini boleh dilakukan di kawasan pembiakan nyamuk aedes dan dapat menghalang masyarakat kejiranan daripada dijangkiti demam denggi. Sekiranya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat tidak dapat direalisasikan, sudah pasti hubungan baik antara jiran tidak dapat dipupuk. Jelaslah bahawa semangat kejiranan dapat diwujudkan melalui hubungan baik antara jiran.

Selain itu, semangat kejiranan juga dapat memupuk nilai kerjasama dalam kalangan masyarakat di negara ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, nilai kerjasama dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Nilai kerjasama juga dapat membentuk jati diri yang baik dalam diri setiap masyarakat. Melalui amalan gotong-royong dapat meningkatkan lagi nilai kerjasama dalam kalangan masyarakat lantas semangat kejiranan ini akan dapat diperkukuhkan. Di samping itu,nilai kerjasama akan wujud apabila setiap individu membantu jiran mereka semasa mengadakan rumah terbuka terutama pada musim perayaan, sebagai contoh semasa perayaan Aidilfitri, masyarakat Islam, masyarakat India, masyarakat Cina bekerjasama dalam menyempurnakan rumah terbuka tersebut. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sekiranya,nilai kerjasama tidak diamalkan dalam kalangan masyarakat majmuk sudah pasti semangat kejiranan di negara ini sukar diterapkan. Sudah terang lagi bersuluh nilai kerjasama merupakan salah satu kelebihan bagi memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Page 9: Kepentingan Memupuk Perpaduan Kaum

Seterusnya, jiran yang baik akan membantu jirannya yang menghadapi kesusahan.Hal ini dikatakan demikian kerana sakit pening, susah senang, jiran adalah orang paling utama untuk kita mengadu. Apatah lagi dalam hal kecemasan, jiran orang pertama yang diharapkan untuk menghulur bantuan atau yang diharapkan bagi mendapatkan pertolongan. Jiran yang baik akan prihatin dan sentiasa bersedia memberikan pertolongan sekiranya jiran mereka memerlukan pertolongan tidak kira dalam keadaan susah atau senang. Jadi, melalui amalan ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Seandainya , sikap saling membantu jiran yang menghadapi kesusahan tidak diamalkan dalam diri masyarakat, sudah pasti masyarakat hidup dalam kucar-kacir dan berpecah belah. Sesungguhnya, sikap saling membantu jiran yang menghadapi kesusahan merupakan salah satu faedah di sebalik cogan kata jiran sepakat membawa berkat.

Bukan itu sahaja, melalui masyarakat yang mempunyai semangat kejiranan juga akan menjamin keselamatan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, jiran yang baik akan bersama-sama menjaga kawasan kediaman mereka daripada berlaku kejadian yang tidak diingini, seperti kejadian pecah rumah. Masyarakat sebegini boleh membuat rondaan pada waktu malam bagi memastikan kawasan kediaman mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat. Selain itu, mereka juga akan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab apabila kawasan kediaman mereka dimasuki orang yang mencurigakan. Sekiranya masyarakat di negara ini tidak mengamalkan cogan kata “jiran sepakat membawa berkat” dengan sebaiknya bersama jiran tertangga mereka sudah pasti keselamatan masyarakat tidak mendapat jaminan yang sepenuhnya. Tegasnya masyarakat yang mempunyai semangat kejiranan ini dapat menjamin keselamatan masyarakat setempat.

Dalam pada itu, mengenali adat kebudayaan kaum lain juga merupakan faedah hidup berjiran. Hal ini demikian kerana masyarakat di Malaysia ialah masyarakat yang berbilang kaum. Adat budaya yang berbeza antara kaum akan lebih merapatkan hubungan kejiranan dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, pada musim perayaan Aidilfitri kaum Melayu di negara ini memakai baju kurung dan baju melayu manakala pada musim perayaan Tahun Baru Cina, kaum Cina memakai pakaian tradisional mereka seterusnyan pada musim perayaan Deepavali, kaum india memkai sari. Majlis rumah terbuka juga sering diadakan pada perayaan-perayaan tersebut dan pelbagai jenis makanan tradisi dapat dinikmati. Selain itu, adat resam sesuatu kaum dapat diketahui oleh jiran yang berlainan kaum. Hal ini boleh menggambarkan hidup berjiran juga membolehkan kita mengenali adat budaya antara kaum. Sekiranya semangat kejiranan tidak diamalkan, maka adat dan budaya antara kaum akan lapuk dek hujan, lekang dek panas. Tegasnya semangat kejiranan memberikan faedah kerana masyarakat dapat mengenali adat dan budaya kaum lain.

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah yang diperoleh di sebalik cogan kata “ jiran sepakat membawa berkat “. Semua pihak hendaklah memainkan peranan dalam mengamalkan semangat kejiranan kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah

Page 10: Kepentingan Memupuk Perpaduan Kaum

sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

Page 11: Kepentingan Memupuk Perpaduan Kaum

11.KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN KAUM

Bagai duri dalam daging

Sudah terang lagi bersuluh

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”

melepaskan batuk di tangga

Tepuk dada tanya selera

serampang dua mata

berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu

seperti api dalam sekam

menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak

sediakan payung sebelum hujan

“ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”

,”seperti aur dengan tebing”,

“berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

‘bersatu teguh bercerai roboh’

. Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat

mulut biar manis, hati biar baik

Agak-agak bertutur malam hari

Asal ditugal, adalah benih

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut.

12. USAHA-USAHA MEMUPUK PERPADUAN.

Bagai duri dalam daging

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”

melepaskan batuk di tangga

Page 12: Kepentingan Memupuk Perpaduan Kaum

Tepuk dada tanya selera

serampang dua mata

sediakan payung sebelum hujan

berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu

seperti api dalam sekam

menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak

“ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”,

”seperti aur dengan tebing”,

“berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

‘bersatu teguh bercerai roboh’

mulut biar manis, hati biar baik

. Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat

Adat pulau limburan pasang

Agak-agak bertutur malam hari

Asal ditugal, adalah benih

Sudah terang lagi bersuluh

Seikat bagai sirih serumpun bagai serai

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut.

Alang-alang berminyak, biar licin

Genggam bara api biar sampai jadi arang