Kepentingan Penyebatian Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

download Kepentingan Penyebatian Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

of 15

Transcript of Kepentingan Penyebatian Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

  • 8/10/2019 Kepentingan Penyebatian Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

    1/15

    KEPENTINGAN PENYEBATIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN

    KREATIF (KBKK) DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    ABSTRAK

    FAIZAH BINTI OTHMAN

    SAEMAH BINTI RAHMAN

    Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Pada masa kini, kemahiran berfikir merupakan aspek yang penting untuk diterapkan kepada

    pelajar-pelajar. Hal ini kerana kemahiran berfikir dapat memperkembangkan lagi potensi

    setiap individu khususnya pelajar untuk menghasilkan idea-idea baru. Peranan guru menjadifaktor utama dalam merealisasikan pelajar yang mampu mengaplikasikan kemahiran berfikir

    dalam pembelajaran mereka. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti bagaimana guru-

    guru mengaplikasikan KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perbincangan inimeliputi tiga aspek penting yang diperlukan oleh seorang guru iaitu ilmu pengetahuan,

    kemahiran pedagogi dan sikap guru. Selain itu, kertas konsep ini membincangkan berkenaan

    perbezaan corak kemahiran berfikir dalam bidang sains, bahasa dan teknikal. Ketiga-tigabidang ini mempunyai perbezaan corak kemahiran berfikir yang diaplikasikan dan ia adalahbersesuaian bagi setiap bidang. Memandangkan kemahiran berfikir penting dalam sistem

    pendidikan, maka kertas kerja ini ingin mengupas dengan lebih lanjut aspek-aspek penting

    tentang pengaplikasian kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran diMalaysia. Perbincangan ini juga akan mengemukakan beberapa cadangan bagi meningkatkan

    pengaplikasian kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

    1.0 PENGENALAN

  • 8/10/2019 Kepentingan Penyebatian Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

    2/15

    Kertas konsep ini membincangkan kepentingan penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan

    kreatif (KBKK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penyebatian kemahiran berfikir

    secara kritis dan kreatif menjadi aspek penting di dalam sistem pendidikan negara Malaysia.Kepentingannya telah dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dalam Mok Soon

    Sang (2002) iaitu . memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

    bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosidan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...

    Penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ini perlu dilaksanakan mengikut

    kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut Abdul Rahim (1999) dalam Sarimah(2008), pemikiran kritis perlu diperkembangkan untuk melahirkan warganegara yang dapat

    memainkan peranan mereka dengan lebih bertanggungjawab kepada negara. Pendidikan tanpa

    mengutamakan perkembangan fikiran ibarat jasad tanpa roh. Pendidikan perlu melahirkan

    golongan yang berkeupayaan berfikir dan mendorong kepada penerusan tradisi intelektual dalam

    masyarakat.

    Kertas konsep ini akan mengupas kepentingan penyebatian KBKK dalam prosespengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Berbagai kepentingan dapat dilihat dari aspek politik,ekonomi dan masyarakat. Perlaksanaan penyebatian KBKK dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran juga akan dilihat dari sudut kesediaan guru, kemahiran pedagogi dan sikap

    individu yang terlibat secara khusus mahupun tidak. Seterusnya bagaimana penyebatian KBKKini dijalankan oleh guru-guru. Setiap guru mata pelajaran perlu untuk melaksanakan penyebatian

    KBKK ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran masing-masing.

    2.0 KONSEP PENYEBATIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN

    KREATIF

    Penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif pada masa kini merupakan suatu perkara

    yang penting dalam bidang pendidikan. Di Malaysia, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

    telahpun diberikan penekanan sejak penggubalan semula Kurikulum Bersepadu SekolahMenengah (KBSM) pada tahun 1988 (Sulaiman 2000) dalam Sarimah (2008). Proses pengajaran

    dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dengan menyebatikan unsur-unsur kemahiran

    berfikir secara kritis dan kreatif. Menurut Rajendran (1998a) dalam Rajendran (2001),pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1981 dan Kurikulum Bersepadu

  • 8/10/2019 Kepentingan Penyebatian Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

    3/15

    Sekolah Menengah pada tahun 1989 telah menuntut beberapa perubahan dalam pembinaan

    kurikulum, pendidikan perguruan, penggunaan strategi pengajaran pembelajaran dan pentadbiran

    sekolah. Dalam konteks ini, satu daripada inisiatif yang diperkenalkan oleh KementerianPendidikan adalah program menyebatikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam

    proses pengajaran pembelajaran. Program ini telah diperkenalkan secara rasmi dalam kurikulum

    sekolah pada tahun 1992 dan dalam kurikulum pendidikan guru pada tahun 1993.

    Beyer (1985) dalam Selva Ranee (2007), menyatakan bahawa ramai pendidik

    beranggapan bahawa pelajar akan belajar bagaimana berfikir. Menurut Ennis dan Norris (1989),

    pemikir yang baik tidak semestinya pemikir yang kritis tetapi pemikir yang kritis adalah pemikiryang baik. Kemahiran berfikir ialah proses menerima maklumat atau rangsangan. Edward de

    Bono (1990) dalambuku beliau yang berjudul I Am Right You Are Wrong menurut Rafiei

    (1998) mendefinisikan berfikir sebagai satu proses yang kompleks yang berlaku dalam minda

    seseorang apabila seseorang itu menerokai pengalamannya secara terperinci untuk mencapai

    sesuatu tujuan. Tujuan yang dimaksudkan itu mungkin untuk pemahaman, memberi maknasesuatu, menilai sesuatu, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. George (1990) dalam

    Adnan, Mimi & Kamalularifin (2006) melihat pemikiran sebagai satu proses penyelesaianmasalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks.

    Penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif adalah proses

    menyebatikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam proses pengajaran danpembelajaran. Setiap guru perlulah menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif bagi

    melaksanakan proses penyebatian KBKK ke dalam mata pelajaran yang diajar masing-masing.

    Kajian-kajian yang dilakukan oleh penyelidik-penyelidik seperti Bloom et al. (Beyer,1988)menunjukkan orang tidak menguasai secara sendiri proses-proses pemikiran yang kompleksseperti pemikiran kritis dan membuat keputusan. Oleh kerana kemahiran berfikir tidak tumbuh

    secara automatik atau semula jadi, kita perlu mengembangkannya dalam pendidikan formal.

    Teori Roger Sperry (1970) dalam Mok Soon Sang (2009) menghuraikan fungsi otak kiri

    manusia yang secara kritis dan otak kanan berfikir secara kreatif. Otak kiri mempunyai

    kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitik, urutan atau susunan, bahasa, fakta,

    matematik dan ingatan. Manakala otak kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidangberupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk seperti corak, pola, ruang, lukisan, gambar, di

    samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi. Untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir

    secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak hendaklah dikembangkan secara seimbangdengan pelbagai aktiviti pembelajaran yang bercorak kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

    2.1 Pemikiran Kritis

  • 8/10/2019 Kepentingan Penyebatian Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

    4/15

    Beyer (1988) mendefinisikan pemikiran kritis sebagai proses menilai ketulenan,ketepatan dan nilai (worth) sesuatu pengetahuan, dakwaan (claim), kepercayaan atau perbahasan

    (argument). Model pemikiran kritis yang dikemukanak oleh Forgarty dan Bellanca (1990) ialah

    mencirikan, membanding beza, mengklasifikasi, membuat urutan, menyusun mengikutkeutamaan, membuat kesimpulan, menentukan sebab dan akibat, menganalisa untuk menentukan

    bias, menganalisis untuk menentukan andaian, membuat analogi dan menilai. Manakala model

    pemikiran kritis yang digunakan oleh Kementerian Pelajaran (1994) adalah sepertimencirikan,membanding dan membeza, mengumpul dan mengelas, membuat urutan, menyusun

    mengikut keutamaan, menganalisis, menilai dan membuat kesimpulan.

    Jelaslah bahawa pemikiran kritis melibatkan proses menilai satu-satu pengetahuan,dakwaan, kepercayaan atau perbahasan berdasarkan maklumat atau pemerhatian dan

    menimbangkannya secara menyeluruh bagi menyokong kesimpulan yang hendak dibuat. Berfikirsecara kritis dapat meningkatkan kefahaman, kejelasan dan keupayaan menggunakan maklumat

    secara berkesan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupanseharian.

    2.2 Kemahiran berfikir kreatif

    Mengikut Perkins (Beyer, 1988) pemikiran kreatif didorong oleh keinginan untukmencari keaslian (original). Ia menghargai mobiliti, penjelajahan, fleksibiliti dan diversiti.

    Pemikiran kreatif memberi perhatian bukan sahaja kepada tujuan tetapi juga kepada hasil,berfungsi di tahap tinggi kecekapan dan didorong oleh motivasi intrinsik untuk bertindak secara

    asli (original). Model pemikiran kreatif yang dikemukakan oleh Forganty dan Bellanca (1990)

    adalah seperti sumbang saran, memvisualisasi, personafikasi, mencipta, membuat hubungan,membuat inferens, mengeneralisasi, meramal, membuat hipotesis, membuat analogi dan

    menangani ketaksamaan dan paradok. Manakala model pemikiran kreatif yang digunakan oleh

    Kementerian Pendidikan (1994) pula adalah seperti menjana idea, membuat inferens dan

    menghubungkait.

    Pemikiran kreatif sering dikaitkan dengan usaha-usaha memperkembangkan daya

    imaginasi, inovasi dan kreativiti untuk mendapatkan idea-idea yang banyak, pelbagai dan baru.Orang-orang yang berfikiran kreatif dikatakan berupaya menggunakan mindanya untuk

    meneroka pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai.

  • 8/10/2019 Kepentingan Penyebatian Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

    5/15

    3.0 KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF.

    Terdapat beberapa kepentingan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran. Kepentingannya meliputi 3 aspek penting bagi menjaminpeningkatan taraf hidup Malaysia iaitu :

    3.1 Kepentingan dari aspek ekonomi

    Menurut Selva Ranee (2007), perkembangan sains dan teknologi yang pesat adalah pentinguntuk sebuah negara membangun seperti Malaysia untuk menaikkan taraf ekonomi dan

    menjadikannya sebagai sebuah negara industri baru. Kini, aktiviti ekonomi tradisional telahdiambil alih oleh sektor perkilangan serta perkhidmatan yang kompetitif dalam pasaran eksport

    dan mempunyai nilai tambah yang tinggi. Perancangan masa depan mengandaikan perantaian

    yang meningkat terhadap pekerja-pekerja mahir Sains untuk menemui permintaan pasaran buruh

    yang meningkat. Untuk mencapai matlamat ini, pekerja yang mahir perlu mempunyai kemahiranberfikir kritis dan kreatif di samping menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran teknologi.

    Dalam proses mencapai hasrat ini, sistem pendidikan di Malaysia kini lebih menekankanaspek kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah. Ini jelas tertera dalam Kurikulum SekolahBestari yang dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada perkembangan keupayaan kognitif

    dan kreatif pelajar selain daripada pemupukan nilai-nilai murni. Pemikiran dijadikan asas kepada

    semua aktiviti putting thinking at the centre of all that happens (Kementerian PendidikanMalaysia, 1996) dalam Selva Ranee (2007). Aktiviti peningkatan ekonomi negara akan menjadi

    lebih efektif dengan dilingkungi oleh pekerja-pekerja yang mempunyai kemahiran berfikir kritis

    dan kreatif.

    Menurut Sarimah (2008), dalam menuju sebuah negara maju, rakyat Malaysia juga perlumemiliki ilmu dan kemahiran untuk bersaing dengan negara maju yang lain. Sistem pendidikan

    bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada rakyatnya. Oleh itu,penyebatian kemahiran berfikir kritis dan kreatif dapat menerapkan unsur-unsur berfikir secara

    kritis dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran agar pelajar-pelajar kita mampu

    menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan dan bijak terutamanya tuntutan di alampekerjaan dalam era teknologi kini.

  • 8/10/2019 Kepentingan Penyebatian Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

    6/15

    3.2 Kepentingan dari aspek politik

    Pembangunan sesebuah negara amatlah bergantung kepada minda dan potensi rakyatnya.

    Kekuatan sebenar sesebuah negara terletak pada tahap ilmu dan kemahiran yang dikuasai olehrakyat negara tersebut. Rakyat Malaysia pada masa kini memerlukan bukan sahaja pencapaian

    akademik yang cemerlang malah kebolehan berfikir agar dapat memenuhi keperluan negara

    maju iaitu sebuah negara yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai keyakinanditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah negara

    demokrasi, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan

    makmur dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing. (Mahathir 1991) dalam

    Sarimah (2008). Kestabilan politik negara akan menjamin untuk menjadikan sesebuah negara itumencapai matlamat pembangunannya. Menyedari kepentingan pelajar menguasai kemahiran

    berfikir kritis dan kreatif ini bagi kestabilan negara menjadikan proses pengajaran danpembelajaran mengalami satu perubahan dengan menyebatikan kemahiran berfikir secara kritis

    dan kreatif di dalamnya. Menurut kenyataan Alimuddin Mohd Dom, soalan-soalan peperiksaansekarang memerlukan pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif (News Straits Time , 9

    Januari 2006) dalam Sarimah (2008).

    3.3 Kepentingan dari aspek sosial

    Kestabilan ekonomi dan politik negara tidak akan terlaksana seandainya masyarakat yang

    meliputi sesebuah negara itu berada dalam keadaan yang tidak seperti dikehendaki oleh pihakkerajaan. Kini kita hidup di dalam masyarakat yang sangat kompleks dan berkembang maju.

    Maklumat dan ilmu pengetahuan sering kali berubah. Tambahan pula dengan kemajuan sains

    dan teknologi yang semakin canggih menyebabkan penyebaran ilmu dan maklumat berlakudengan cepat. Jadi kita seharusnya bersedia dan sentiasa terbuka untuk terus menimba ilmu

    pengetahuan bagi menempuh cabaran yang bakal ditempuhi. Ilmu pengetahuan yang dituntut

    juga perlulah sejajar dengan keperluan negara. Di sinilah peranan penyebatian kemahiran berfikir

    secara kritis dan kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ilmu pengetahuan yangdiperolehi tanpa kemahiran berfikir kritis dan kreatif akan menjadikan rakyat tidak mampu

    bersaing dengan negara maju yang lain. Menurut Chaffee (1977) dalam Siti Rahayah et. al. ( ).

    Dalam kehidupan seharian kita sering diajukan dengan soalan-soalan yang mencabar

    minda dan kritis. Manakala dalam bidang pendidikan juga kita sering berhadapan dengan situasi

    yang memerlukan kita menyoal soalan yang relevan kemudian disokong dengan fakta yang

    kukuh tentang sesuatu isu yang telah dinyatakan serta memperolehi suatu rumusan berdasarkan

  • 8/10/2019 Kepentingan Penyebatian Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

    7/15

    kajian yang telah dijalankan. Jelaslah di sini terdapat keperluan untuk kita mempersiapkan

    masyarakat secara amnya dan juga para pelajar khususnya untuk memiliki kemahiran berfikir

    secara kritis dan kreatif. Menurut pakar-pakar pendidikan (Goldman, Hasselbring et. al. 1997;Montague, Wagner & Morgan 2000) dalam Siti Rahayah et. al. ( ) menegaskan keperluan untuk

    mempersiapkan diri dengan kemahiran-kemahiran seperti kemahiran penyelesaian masalah,

    kemahiran komunikasi berkesan, kemahiran membuat keputusan dan sebagainya. Manakaladalam Cornell Critical Thinking Skills (1989) dalam Siti Rahayah et. al. ( ) menekankankeperluan untuk mengintegrasikan kemahiran berfikir di dalam kurikulum di peringkat pengajian

    tinggi. Jadi adalah penting bagi seseorang graduan untuk memperolehi kemahiran berfikir untuk

    menjadi pemimpin yang efektif. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi satukepentingan untuk disebatikan dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

    Menurut Poh Swee Hiang (1999) dalam Adnan et. al (2006), menyatakan pemikiran kritis

    amat penting untuk membentuk warganegara yang tahu dan mampun menggunakan pemikiran

    mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran, tekanan dan perubahan manakala pemikiran kreatifdapat membentuk individu lebih inovatif mempunyai daya kreativiti yang baik, ideal, imaginatif

    dan mempunyai unsur-unsur humanistik dan artistik yang tinggi. Apabila kedua-dua kemahiranini dikuasai oleh pelajar melalui rangsangan dan latihan yang diberi seterusnya pelajar

    mengaplikasikan dalam corak pembelajaran harian maka pembelajaran yang optimum akan

    berlaku.

    4.0 ISU-ISU

    Hasil tinjauan literatur, kajian-kajian lepas yang telah dijalankan kebanyakannya secara terusmahupun tidak pasti membincangkan mengenai kepepentingan penyebatian kemahiran berfikir

    secara kritis dan kreatif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam kertas konsep

    ini, terdapat dua isu utama yang akan diperbincangkan. Isu pertama,adakah penyebatian

    kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif mempunyai kepentingan untuk melayan gayapembelajaran? Isu kedua, bagaimanakah pendekatan penyebatian kemahiran berfikir secara kritis

    dan kreatif dijalankan oleh guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

    4.1 Isu pertama: Adakah penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

    mempunyai kepentingan untuk melayan gaya pembelajaran?

    Peranan yang dimainkan oleh guru dalam menyebatikan kemahiran berfikir secara kritis dankreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah begitu penting. Proses pengajaran dan

  • 8/10/2019 Kepentingan Penyebatian Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

    8/15

    pembelajaran yang berlaku tanpa unsur-unsur kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif akan

    menjadi tidak efektif. Namun begitu pelajar-pelajar mempunyai gaya pembelajaran dan pelbagai

    kecerdasan yang berbeza. Oleh itu penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifmerupakan strategi yang berkesan untuk melayan gaya pembelajaran dan pelbagai kecerdasan

    pelajar.

    Setiap manusia mungkin mempunyai lebih daripada satu atau dua jenis gayapembelajaran. Fungsi gaya pembelajaran ini juga mungkin berbeza mengikut masa, alam sekitar,

    isu pembelajaran serta juga beberapa ciri mental, fisikal dan psikologi orang yang berkenaan.

    Dan mungkin juga, seseorang itu lebih cenderung kepada satu atau eberapa gaya pembelajarantertentu sahaja. Gaya pembelajaran seseorang itu mungkin juga bersifat dinamis. Ia boleh

    dikembangkan dan boleh berubah ( Guild, 1994) dalam K.Narayanasamy (2000).

    Menurut Felder (1996) dalam Mohd Noor Badlishah (2009), gaya pembelajaran merujukkepada kecenderungan dan kekuatan pada sesuatu gaya bagi mendapat dan memproses

    maklumat. Setiap individu mempunyai kekuatan serta kecenderungan yang unik untuk

    memahami dan memproses memproses maklulmat. Dengan lain perkataan, setiap individumempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran ditakrifkan sebagai cara unikyang digunakan oleh individu untuk mengambil, memproses, memahami dan mempersepsi

    maklumat. Gaya pembelajaran juga sering dikaitkan dengan gaya kognitif. Ada individu yang

    cenderung untuk belajar maklumat yang konkrit (seperti fakta dan konsep, simbolik dan modelmatematik). Sebilangan besar pelajar lebih suka sekiranya maklumat dipaparkan secara visual

    (seperti carta alir,gambar rajah, skema) dan ada pula yang lebih gemar sekiranya maklumat

    diberikan dalam bentuk verbal (seperti kuliah). Sebilangan individu lebih suka belajar secaraaktif seperti berbincang dengan rakan serta belajar dengan berbuat, manakala ada sebilanganindividu yang belajar secara reflektif iaitu dengan berfikir dan lebih gemar belajar secara

    sendirian. Ada juga individu yang belajar secara urutan dan memahami perincian dahulu

    kemudian mendapat gambaran keseluruhan sesuatu konsep, manakala ada pula yang belajardengan memahami gambaran keseluruhan kemudian barulah memahami perincian sesuatu

    konsep.

    Sekiranya gaya pembelajaran pelajar adalah sama atau selari dengan gaya pengajaranguru, maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih efektif. Sebaliknya, jika gaya

    pembelajaran pelajar tidak selari dengan gaya pengajaran guru, kemungkinan besar pelajar akan

    mudah berasa bosan, tidak selesa, kurang memberi tumpuan, mempunyai tanggapan yang negatifterhadap subjek atau kemungkinan menyebabkan prestasi yang kurang memuaskan dalam

    sesuatu subjek. Oleh itu proses pengajaran dan pembelajaran perlulah seiring dengan keadaan

    realiti ini. Penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam proses pengajarandan pembelajaran merupakan strategi yang dapat mengisi hasrat ini.

  • 8/10/2019 Kepentingan Penyebatian Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

    9/15

    Menurut K.Narayanasamy (2000), seseorang guru yang mengajar kemahiran berfikirakan memberi tumpuan kepada beberapa elemen penting di dalamnya. Di antara elemen-elemen

    tersebut adalah, salah satu kemahiran berfikir yang spesifik, proses kemahiran berkenaan,

    metakognisi, pengurusan lisan dalam bentuk soalan dan pengurusan grafik dalam bentuk visual.Misalnya, seorang guru cuba menyebatikan kemahiran berfikir membuat banding-beza di

    dalam mata pelajarannya. Beliau akan memberi penekanan terhadap proses-proses utama

    kemahiran berfikir berkenaan dalam pengajaran dan pembelajarannya. Proses-proses utamakemahiran berfikir membuat banding dan beza yang ditekankan oleh guru tersebut seperti :

    Mengenal pasti perkara/objek yang dibanding bezakan

    Mencari aspek-aspek persamaan di antara perkara/objek tersebut

    Mencari perbezaan

    Sebelum mencari perbezaan, menentukan komponen-komponen perbezaan Mencari perbezaan berdasarkan komponen-komponen tersebut

    Memberi pendapat/membuat keputusan berdasarkan perbandingan dan perbezaan.

    Penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan konteks dan isi kandungan

    pembelajaran memberi peluang untuk pelajar memproses informasi secara aktif dan reflektif.Teks atau bahan isi kandungan yang digunakan oleh guru membolehkan pelajar beranjak dalam

    satu kontinum gaya pembelajaran.

    Apabila guru menggunakan pengurusan lisan (soalan-soalan berpandukan prosestersebut) pelajar analitik dapat terlibat secara aktif. Mereka dapat mengamati proses berfikir

    secara abstrak dan memikir secara reflektif. Mereka dapat menganalisis, menaakul dengan lebih

    berkesan.

    Malahan, dengan menggunakan pengurusan grafik, pelajar bukan sahaja melihat proses

    kemahiran berfikir tersebut secara eksplisit dan konkrit tetapi juga berfikir dan memproses secara

    aktif. Secara lazimnya, pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir menjadi lebih berkesandengan menggunakan pengurusan grafik. Pengurusan grafik adalah bentuk visual proses berfikir

    berkenaan. Pengurusan grafik membolehkan pelajar melihat secara konkrit dan visual, proses

    berfikir yang terbentang secara abstrak. Kombinasi menggunakan pengurusan lisan dan grafikdalam jangka masa panjang akan membolehkan concrete perceivers menjadi abstract perceivers

    ((McCarthy 1987) dalam K.Narayanasamy (2000).

  • 8/10/2019 Kepentingan Penyebatian Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

    10/15

    4.2 Isu kedua: Bagaimanakah pendekatan penyebatian kemahiran berfikir secara kritis

    dan kreatif dijalankan oleh guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

    Setiap guru mata pelajaran selain memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikapyang sesuai, harus bijak untuk mengatur perancangan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru

    mesti berusaha menukar amalan pengajaran pembelajaran di kelas mereka supaya amalan

    tersebut benar-benar berbeza dari amalan di kelas konvensional. Menurut Bereiter &Scardamalia, 1987 dalam N.S.Rajendran (2001), pengajaran pembelajaran kemahiran berfikir

    memerlukan suasana di bilik darjah yang memberangsangkan pelajar-pelajar supaya mereka

    turut serta dalam keseluruhan proses tersebut. Ini bermakna pelajar seharusnya terlibat secaralangsung dari masa bahan ataupun kandungan sukatan pelajaran dipilih untuk sesi pelajaran dan

    dalam pemilihan dan pengendalian aktiviti pengajaran pembelajaran.

    Pendekatan penyebatian menstruktur semula isi kandungan mata pelajaran untukmengajar pemikiran secara langsung. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendekatan

    penyebatian, guru mengajar kemahiran berfikir secara eksplisit, menyebatikan pengajaran

    pemikiran dalam kandungan pelajaran, membincangkan kemahiran yang digunakan oleh pelajarsemasa berfikir dan berusaha untuk meningkatkan cara pemikiran pelajarnya.

    Masa pelajaran diperkongsikan untuk mengajar kedua-dua komponen pelajaran,

    kandungan pelajaran dan kemahiran atau proses berfikir secara saling berkait. Pendekatan

    penyebatian mengutamakan empat amalan pengajaran yang mencirikan cara berfikir secaraeksplisit iaitu :

    Guru memperkenalkan kemahiran atau proses berfikir dengan menunjukkan pentingnyamelakukan kemahiran atau proses berkenaan dengan bijak.

    Guru menggunakan rangsangan yang eksplisit untuk membimbing pelajar mengamalkan

    pemikiran yang bijak sambil pelajar mempelajari fakta, konsep dan kemahiran yangberkaitan dengan kandungan mata pelajaran.

    Guru bertanya soalan-soalan, refleksi yang dapat menjauhkan pelajar daripada kandungan

    pelajaran supaya pelajar sedar akan bagaimana dirinya berfikir dan mempelajari caraberfikir yang bijak.

    Guru mengukuhkan lagi stategi berfikir dengan cara menyediakan peluang-peluang

    tambahan untuk melatih pelajar menggunakan kemahiran atau proses yang sama secara

    berdikari.

  • 8/10/2019 Kepentingan Penyebatian Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

    11/15

    5.0 CADANGAN

    Pada masa kini, sistem pendidikan di Malaysia lebih menekankan aspek penyebatian kemahiran

    berfikir secara kritis dan kreatif. Gaya pengajaran guru dalam proses pengajaran danpembelajaran akan mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar. Menurut (Lortie, 1975) dalam

    N.S.Rajendran (2001), guru-guru telah menerima orientasi yang sungguh berbeza daripada apa

    yang mereka sendiri dikehendaki lakukan di kelas-kelas sebagai pendidik. Mereka memilihuntuk mencontohi gaya guru mereka sendiri. Faktor ini menjadi penghalang utama kepada usaha

    guru dalam membuat inovasi ke atas proses pengajaran pembelajaran mereka. Perlu diakui

    bahawa perubahan yang dihasratkan bukanlah suatu perkara yang mudah dilakukan oleh guru-guru. Namun demikian, guru-guru haruslah dibimbing supaya mereka melihat kepentingan

    inovasi ini dan membuat perubahan yang diperlukan. Dalam hubungan ini, (Duckworth 1987)

    dalam N.S.Rajendran (2001), mencadangkan bahawa, one of the two aspects of teaching is to

    have the students try to explain the sense they are making and instead of explaining things to

    students do try to understand their sense.

    Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perkara penting yang perlu diteliti olehguru-guru ialah merancang pengajaran pembelajaran dengan baik dan teratur. Namun perkarayang menjadi cabaran utama kepada guru-guru ialah ketidaktentuan dalam mengendalikan proses

    pengajaran pembelajaran.Menurut Atan Long dalam bukunya Pedagogi, Kaedah Am Mengajar

    (Rafiei, 1998), pengajaran dan pembelajaran merupakan proses interaksi yang berlaku antara tigakomponen penting iaitu guru, murid dan isi pelajaran dalam bilik darjah. Di dalam mengatur

    perancangan pengajaran pembelajaran guru perlulah mengambil kira dari setiap sudut. Cazden

    (1979) dalam N.S.Rajendran (2001) telah menunjukkan bahawa penggunaan kemahiranmendengar dan bertutur oleh guru dan pelajar mewujudkan suasana bilik darjah yang bolehmenyokong atau menghalang perkembangan beberapa jenis kemahiran berfikir. Memberi klu

    (clue) dan menyoal juga adalah dua strategi utama yang boleh digunakan oleh guru untuk

    menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam proses pengajaran danpembelajaran.

    Inovasi pendidikan pada tahun 1981 dan 1989 telah berusaha mengubah pemikiran guru

    dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Inovasi tersebut telahmengharapkan bahawa guru akan menjalankan sebahagian besar daripada pengajaran yang

    berpusatkan pelajar dan akan menggunakan pelbagai strategi dan teknik untuk melibatkan pelajar

    dengan aktif ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 1981) dalam N.S Rajendran ( 2001). Guru-guruperlu diberi sistem sokongan untuk melaksanakan inovasi di dalam bilik darjah di sekolah

    masing-masing. Sistem sokongan ini meliputi aspek-aspek seperti bahan rujukan, sumber untuk

    mengendalikan pengajaran pembelajaran, dan wacana untuk guru-guru membincangkan isu-isuberkaitan pengajaran pembelajaran kemahiran berfikir. Guru-guru juga diberi kebebasan untuk

    membuat keputusan masing-masing berhubung dengan pendekatan dan strategi yang bakal

  • 8/10/2019 Kepentingan Penyebatian Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

    12/15

    digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Tidak dapat dinafikan

    bahawa guru-guru mempunyai kreativiti tersendiri dalam mengendalikan proses pengajaran dan

    pembelajaran yang dipengaruhi oleh faktor-faktor termasuk keperluan kurikulum yang begitupadat dan isu peperiksaan pusat.

    Penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam kelas penting untuk

    mewujudkan suasana yang memberangsangkan kepada pelajar. Guru mestilah berusaha menukaramalan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mereka supaya amalan tersebut benar-benar

    berbeza daripada amalan di kelas konvensional. Oleh itu, guru perlu memiliki ilmu pengetahuan,

    kemahiran pedagogi dan sikap yang sesuai untuk melakukan perubahan tersebut. N.S Rajendran( 2001) menyatakan terdapat perkara-perkara yang asas yang perlu dimiliki oleh guru iaitu ilmu

    pengetahuan, kemahiran dan sikap untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.

    Dalam konteks mengajar kemahiran berfikir dalam mata pelajaran di sekolah, guru-guru perlu

    memiliki perkara tersebut untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih

    berkesan.

    Guru juga boleh menggunakan pengajaran kemahiran membaca untuk menggalakkanpelajar supaya mereka menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Satu daripada caraialah teknik reciprocal teachingyang diperkenalkan oleh Pallnscar dan Brown (1994) dalam

    N.S.Rajendran (2001).Teknik ini menggunakan satu proses koperatif di antara guru dan pelajar

    dalam mengemukakan soalan dan mendapatkan respons dengan tujuan menunjukkan ciri-cirimetakognitif dalam proses membaca. Ini bermakna proses metakognitif boleh digunakan

    sebelum, semasa dan selepas membaca.

    Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

    telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pendidikan yang meliputi

    aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. Guru-guru setiap matapelajaran boleh

    mengaplikasikan penggunaan alat-alat berteknologi untuk memantapkan kemahiran berfikirsecara kritis dan kreatif pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran. Menurut Molnar (1997)

    dalam N.S.Rajendran (2001), teknologi-teknologi pendidikan sekiranya digunakan dan

    diaplikasikan dengan betul, akan membawa kesan yang bermakna dalam pembelajaran pelajar.

    6.0 KESIMPULAN

    Salah satu faktor dominan yang menentukan kejayaan sesebuah negara adalah dalam bidangpendidikan. Pelbagai perancangan dan piawaian dilakukan bagi meningkatkan sistem pendidikan

  • 8/10/2019 Kepentingan Penyebatian Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

    13/15

    negara sejak dahulu lagi sehingga kini. Menyedari kepentingan kemahiran berfikir ini

    Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan penyebatian kemahiran berfikir khususnya

    kemahiran berfikir kritis dan kreatif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiapmata pelajaran. Oleh itu guru-guru juga perlulah bersama-sama mengembleng tenaga

    merealisasikan hasrat kerajaan untuk terus meningkatkan sistem pendidikan negara. Menurut

    K.Narayanasamy (2000) guru yang berinovatif dan kreatif perlulah memikirkan pelbagai caradan aktiviti lain untuk mengatur aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut bidang mereka.Ini secara tidak langsung menunjukkan betapa pentingnya penyebatian kemahiran berfikir secara

    kritis dan kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.

    Kerjasama antara guru dan pelajar amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi

    memantapkan lagi adaptasi kemahiran berfikir dalam setiap mata pelajaran. Penyebatian

    kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif juga dapat mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar.

    Kepentingan penyebatian kemahiran kritis dan kritis juga memberikan kesedaran agar

    melakukan keseragaman gaya pengajaran mereka dengan gaya pembelajaran pelajar. Pelajar-pelajar juga telah dapat mengimbas kembali dan membuat refleksi tentang proses kognitif dalam

    konteks pengajaran dan pembelajaran. Pelajar telah membuat refleksi dalam menghubungkaitkanapa yang dipelajari dengan proses berfikir untuk memperolehi pengetahuan serta kemahiran

    sesuatu bidang yang dipelajari. Kesediaan guru juga diambilkira dalam melaksanakan segala apa

    yang telah dirancangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Rakyat yang berfikiran kritis dan

    kreatif akan menjamin negara agar mampu bersaing dan setanding dengan negara maju yang lainselaras dengan Wasasan 2020.

    RUJUKAN

    Abdul Halim Abdullah & Mohini Mohamed. 2007. Penggunaan Kemahiran berfikir di kalangan

    pelajar dalam persekitaran perisian geometri interaktif. 1st International Malaysia EducationalTechnology Convention.

    Adnan bin Ahmad, Mimi Mohaffyza Mohamad& Kamalularifin Suhari. 2006.Aplikasi corak

    pembelajaran kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di kalangan pelajar dalam subjekpengajian kejuruteraan awam sekolah menengah teknik negeri Johor. Latihan Ilmiah. Universiti

    Teknologi Malaysia.

    Beyer, B.K. 1988.Developing a thinking skills program. Boston: Allyn & Bacon

  • 8/10/2019 Kepentingan Penyebatian Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

    14/15

  • 8/10/2019 Kepentingan Penyebatian Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

    15/15

    N.S.Rajendran. 2001.Pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi: kesediaan gurumengendalikan proses pengajaran pembelajaran. Kertas kerja. Seminar/ pameran projek KBKK.

    Poh Swee Hiang. 2002.Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Kuala Lumpur.Percetakan Sentosa

    Rafiei Mustapha. 1998.Kajian tentang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)

    dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah.

    Sarimah Kamrin. (2008). Tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis pelajar sains tingkatan

    empat di daerah Kulai merentas etnik.

    Selva Ranee Subramaniam. 2007. Penyebatian kemahiran berfikir dalam pengajaran kimia secara

    kontekstual. Jurnal pendidikan.27(1) : 85-98.

    Siti Rahayah Ariffin, Rosadah Abd Majid, Zolkepeli Haron, Rodiah Idris, Anisa Alias, ShahirSamsuri, Basri Hassan, Nor Azaheen Abdul Hamid. ( ).Kemahiran pemikiran kritikal dan

    penyelesaian masalah pelajar-pelajar sains di Malaysia.

    Zainudin Hassan, Hamdan Said, Jamilah Omar & Haslita Hassan.2006.Pengaplikasian

    kemahiran berfikir dalam pengajaran kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah

    Kota Bahru, Kelantan.Universiti Teknologi Malaysia.

    Mohd izham& Norazah. http://www.iab.edu.my/Jurnal/Jurnal%202007/IntICT.pdf. 19 Oktober

    2010

    http://www.iab.edu.my/Jurnal/Jurnal%202007/IntICT.pdf.%C2%A0http://www.iab.edu.my/Jurnal/Jurnal%202007/IntICT.pdf.%C2%A0