Kepentingan Sastera Dalam Kehidupan

download Kepentingan Sastera Dalam Kehidupan

of 6

Transcript of Kepentingan Sastera Dalam Kehidupan

  • 7/28/2019 Kepentingan Sastera Dalam Kehidupan

    1/6

    KEPENTINGAN SASTERA DALAM

    KEHIDUPANKata Sasterawan Negara, Dato Shahnon Ahmad, sastera ialah seismograf kehidupan. Apa itu seismograf?

    Menurut Kamus Dewan, seismograf ialah alat bagi mengukur kekuatan gempa bumi. Jadi, mengapa perkataanseismograf dipilih? Itu makna yang bersifat literal ataupun harafiah. Seismograf dalam erti kata lain ialah kayuukur ataupun penyukat kepada kehidupan.

    Cuba lihat kehidupan hari ini. Seni dan sastera wujud daripada persekitaran yang ada. Perhatikan

    bahawa satu masa dahulu, lagu dangdut kedengaran di mana-mana. Pada ketika itu, Indonesia melalui zaman

    hedonisme yang melampau hinggakan Presidennya pun tumbang. Kini lagu-lagu dari Indonesia sudah berubah.

    Seiring dengan perubahan pola dan cara hidup masyarakatnya.

    Cuba lihat pula lambakan pasaran buku hari ini. Penerbit buku kini lebih ghairah menerbitkan buku-buku yang bertemakan cinta dengan nafsu murahan. Mengapa? Kerana ada pasarannya. Perhatikan

    bagaimanakah bangsa Melayu hari ini? Secara kasarnya sudah berani hanyut dengan hiburan-hiburan yang sia-

    sia. Anak-anak muda menangis meraung jika gagal menyertai program-program realiti. Penonton pun sama

    meraung-raung apabila ada peserta yang gagal ke peringkat yang selanjutnya. Ibu bapa juga mengucapkan

    Alhamdulillah, anak saya terpilih dalam program realiti tv ini.Jadi, tidak cukupkah kita hanya berhibur, berhibur dan berhibur hingga tiada suatu pun yang kita

    tinggalkan untuk ruang berfikir ataupun ruang taakul ruang penafsiran.Sastera pula bukan sekadar buku cerita, bukan sekadar puisi. Bagi saya, sastera ialah suatu seni kata-

    kata bagi menyampaikan sesuatu yang bermanfaat untuk tamadun, mengajak pembacanya berfikir dan

    mendorong pembaca melakukan kebaikan serta menimbulkan rasa insaf.Jadi apa pentingnya sebuah buku cerita dalam kehidupan?Sebuah karya sastera yang mewakili bangsa dan negaranya akan memberikan beberapa perkara,

    antaranya : jati diri patriotisme rasa syukur

    Membaca puisi-puisi A. Samad Said, misalnya, menemukan saya dengan banyak perkara.

    Kecintaannya terhadap bahasa, kritikan sosialnya yang lembut tetapi dalam makna dan juga rakaman peristiwa

    yang diabadikan dalam karyanya. Begitu juga dengan karya-karya Usman Awang yang banyak berbicara

    tentang kedamaian dan keseimbangan masyarakat.

  • 7/28/2019 Kepentingan Sastera Dalam Kehidupan

    2/6

    Cuba-cubalah membaca karya Siti Zainon Ismail, sama ada cerpennya ataupun puisi-puisinya yang

    penuh kewanitaan tanpa meninggalkan akarnya yang gemilang. Sebagai penyair dan ahli akademik, Siti Zainon

    telah merantau ke seluruh dunia, namun karya-karyanya masih segar mempertahankan jati dirinya sebagai

    wanita Melayu Islam yang sejati.

    Di kalangan penulis yang lebih muda, bacalah karya-karya SM Zakir, Faisal Tehrani, Siti Jasmina

    Ibrahim dan Nisah Haji Haron. Pendek kata, mereka ini bukan penulis yang hanya menggarap kisah cinta yang

    selapis, terlalu polos ataupun bersifat superficial. Penulis-penulis ini telah berjaya menyampaikan suatu mesej

    yang jauh lebih dalam berbanding usia mereka.Dari aspek kelulusan dan kerjaya, penulis-penulis muda hari ini bukan sekadar berkelulusan sastera.

    Terdapat ramai penulis muda (berusia bawah 40-an) yang mempunyai latar belakang disiplin yang berbeza

    tetapi dapat menjadi penulis yang baik.Mengapa mereka ini boleh menulis? Satu perkara penting yang ada dalam diri penulis-penulis ini ialah

    jati diri yang disebutkan tadi. Para penulis ini tahu akan identiti dirinya sebagai bangsa Melayu dan sedar diri

    bahawa, jika bukan merekalah yang melangsungkannya. Siapa lagi?Lantas, apa pula peranan kita sebagai pembaca karya sastera?Pilihlah bahan bacaan yang boleh menjentik pemikiran yang tinggi. Carilah bahan bacaan yang diiktiraf

    sebagai kesusasteraan Melayu tinggi yang boleh membangkitkan rasa kemanusiaan, kerana itulah peranan

    sastera yang utama : melahirkan rasa kemanusiaan dalam diri manusia.Sastera sebagai satu elemen kehidupan bukannya untuk diasing-asingkan. Sastera tidak boleh

    bercampur dengan sains, ataupun sastera tidak boleh bercampur dengan ekonomi, perubatan, kejuruteraan,

    perakaunan dan sebagainya. Sastera itu boleh wujud dalam mana-mana cabang ilmu yang ada. Itulah

    kelebihannya.Ada pihak yang menyatakan sastera ini berbelit-belit. Satu perkara yang langsung akan disampaikan

    dalam bentuk yang berkias-kias. Bagi saya, di situlah seninya penyampaian orang Melayu. Sebagai contoh,

    perhatikan tulisan Bapak Tenas Effendy dalam bukunya Ungkapan Tradisional Melayu Riau tentang peranan

    seorang anak :

    Pertama anak manusia

    Anak yang tahu asal jadinya

  • 7/28/2019 Kepentingan Sastera Dalam Kehidupan

    3/6

    Yang tahu membalas guna

    Kecil cencilak padi

    Besarnya cencilak padang

    Kecilnya duduk mengajiBesarnya tegak sembahyang

    Mengaji syarak dengan adat

    Mengaji salah dengan silih

    Mengaji aib dengan malu

    Mengaji untung dengan rugi

    Yang kuat mememang amanat

    Yang setia memegang amanah

    Duduk tahu akan dirinya

    Tegak tahu akan maruahnya

    Cakapnya berhingga-hingga

    Baiknya berpada-pada

    Sifatnya berpatut-patut

    Patut bergaul sama sebaya

    Patut duduk dalam majlis.

    Andainya, kata-kata ini dikatakan secara langsung, kesannya tidak akan sama. Mesej yang cuba

    diperkatakan dalam ungkapan ini ialah, jadilah anak yang baik dan berguna kepada ibu bapa, masyarakat dan

    tanah air. Namun, mesej ini disampaikan dalam bentuk yang indah.Kata-kata ini tidak wujud dalam bahasa lain. Kalau ada pun, ia dalam bentuk yang berbeza. Pantun

    Melayu, contohnya, tidak wujud dalam mana-mana tamadun bukan Melayu. Pantun menjadi subjek kajian

    sarjana Barat yang hairan betapa hebatnya orang Melayu mencipta pantun. Mereka cuma ada quatrain kata-

    kata dalam empat baris satu rangkap. Tetapi, orang Melayu boleh mencipta pantun dengan 2 baris pembayang

    dan 2 baris maksud. Kedua-duanya mempunyai perbezaan tetapi ada perkaitan.Contoh :

    Buah cempedak di luar pagar,

    Ambil galah tolong jolokkan;

    Saya budak baru belajar,

    Kalau salah tolong tunjukkan.

  • 7/28/2019 Kepentingan Sastera Dalam Kehidupan

    4/6

    Pantun ini menujukkan akal budi orang Melayu pada zaman itu. Frasa di luar pagar, menujukkan

    melangkau had ataupun batasan kemampuan. Galah itu pula simbol bantuan dari luar. Jika bantuan dalam

    dirinya, mungkin frasa yang berbeza digunakan, misalnya ambil jari. Sedangkan kalau kita pernah lihat pokok

    cempedak, ia berbuah pada bahagian batang dan rendah pula. Itu menunjukkan betapa budak tadi terlalu kecilsifatnya hinggakan buah cempedak yang yang rendah itu pun tidak boleh dicapainya, kerana dia berada di

    dalam pagar sedangkan buah cempedak tadi di luar pagar.Oleh itu, dia memerlukan bantuan untuk mengambilnya. 2 baris tadi pula digabungkan dengan baris

    saya budak baru belajar / kalau salah tolong tunjukkan. Perhatikan juga pemilihan kata yang santun iaitu

    tolong. Orang Melayu mempunyai sifat santun yang terpancar dalam bahasas dan karya sastera. Inilah yang

    tidak boleh kita tinggalkan. Saya teringat kepada petikan puisi Sasterawan Negara Usman Awang yang berjudul

    Melayu.Melayu itu orang yang bijaksanaNakalnya bersulam jenakaBudi bahasanya tidak terkiraKurang ajarnya tetap santun.....Melayu itu kaya falsafahnyaKias kata bidal pusakaAkar budi bersulamkan dayaGedung akal laut bicara'....Berkelahi cara MelayuMenikam dengan pantunMenyanggah dengan senyumMarahnya dengan diamMerendah bukan menyembahMeninggi bukan melonjak......Watak Melayu menolak permusuhanSetia dan sabar tiada sempadanTapi jika marah tak nampak telinga

    Musuh dicari ke lubang cacingTak dapat tanduk telinga dijinjingMaruah dan agama dihina janganHebat amuknya tak kenal lawan.....

    Semua ini hanya boleh ditemui dalam buku-buku sastera. Bukan sekadar buku-buku cerita yang hanya

    menggarap tema cinta biasa. Carilah keluarbiasaan dalam membaca. Bukan sekadar membaca cerita yang

    serupa dengan formula yang sama. Ya, cinta itu indah. Namun, cinta itu juga luas maknanya dan cinta juga

    dalam sifatnya.

  • 7/28/2019 Kepentingan Sastera Dalam Kehidupan

    5/6

    Apabila kita melihat seorang gadis yang cantik, mengapa mesti jatuh cinta pada kecantikannya sahaja.

    Mengapa terhenti setakat itu? Jatuh cintalah kepada Dia yang mencipta kecantikan itu. Dialah meminjamkan

    kecantikan tersebut kepada gadis itu. Satu hari nanti, kecantikan itu akan diambil kembali. Sanggupkah nanti,

    kita bercinta dengan gadis yang sudah tidak cantik itu? Tetapi, kalau kita mencintai Dia yang menciptakecantikan itu, nanti akan timbullah perasaan yang lebih dalam. Kecantikan gadis itu bukan lagi dilihat kepada

    sesuatu yang zahir tetapi apa yang terpancar daripada dalam diri.Apa lagi kepentingan sastera dalam kehidupan? Dalam sastera ada ilmu. Penulisnya bertungkus-lumus

    memasukkan suatu ilmu yang boleh pembaca manfaatkan. Ilmu hanya boleh digali. Ilmu itu tidak datang sendiri.

    Ilmu bukan sahaja diperoleh melalui buku-buku teks. Tetapi aplikasi sesetengah ilmu itu boleh juga ditemui

    dalam karya sastera. Novel saya Mencari Locus Standimemasukkan ilmu perundangan dalam bentuk cerita.

    Sesiapa yang membacanya akan mengutip banyak hal tentang dunia perundangan, kehidupan pelajar undang-

    undang dan aplikasi undang-undang itu sendiri.Kata Zaba dalam syairKelebihan Ilmu:

    Ilmu itulah gemala sakti,

    Sinarnya cerah cahaya sejati,

    Asal puncanya lamun didapati,Sukar bercerai sehingga mati.

    Sejarah telah pun merakamkan bahawa tokoh-tokoh sarjana di dalam dunia sains Islam sepertiAl-Harth ibn Kaladah (Ahli perubatan Islam terawal dan juga seorang pemuzik berkebolehan)Al-Kindi (Bapa Falsafah Islam dan sasterawan)Al-Razi (tokoh perubatan dan pemuzik)Al-Farabi (tokoh falsafah dan pemuzik)Ibn Yunus (pakar astronomi dan sasterawan yang kreatif serta penyair paling prolifik)Ibn Maskawaih (doktor yang berpengetahuan luas dalam bidang bahasa, sastera dan ilmu-ilmu klasik)Ibn Sina (tokoh multi-disiplin yang memulakan pengajiannya di bidang bahasa dan sastera)

  • 7/28/2019 Kepentingan Sastera Dalam Kehidupan

    6/6

    Ibn Haitham (Sarjana sains dan falsafah yang juga menulis tentang sastera)dan ramai lagi merupakan tokoh-tokoh multi-disiplin yang menjadi sastera sebagai sebahagian daripada

    pengisian jiwa dan rohani mereka.Hal yang sama turut berulang pada zaman permulaan di Andalus. Nama-nama seperti Abu Al-Sult ibn

    Abdul Aziz, Ibn Al-Sayid Al-Batalyausi, Ibn Bajjah dan Ibn Khaldun tidak boleh dicicirkan daripada senarai

    sasterawan Islam yang turut menguasai cabang-cabang ilmu yang lain.Islam berada di puncak ketamadunannya apabila ramai di kalangan sarjana ini mempunyai kemahiran

    yang tinggi di dalam pelbagai bidang. Rekod-rekod yang mereka tinggalkan menunjukkan bahawa masyarakat

    pada zaman ini tidak mengkategorikan setiap ilmu yang ada lantas menghalang golongan tertentu daripada

    melintasi disiplin ilmu yang lain. Sarjana dunia Islam ini dapat dilihat sebagai mereka yang amat mencintai ilmu

    dan mempelajari setiap ilmu serta benar-benar mempraktikkan kata-kata tuntutlah ilmu dari dalam buaian

    hingga ke liang lahad.Kesimpulannya, sastera itu ialah sebahagian daripada kehidupan. Usah dinafikan kepentingannya.