KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan,...

51
Disatukan Oleh Nilai KEPERCAYAAN INTEGRITI HORMAT INOVASI KECEMERLANGAN TATAKELAKUAN KITA

Transcript of KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan,...

Page 1: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

Disatukan Oleh NilaiKEPERCAYAAN INTEGRITI HORMAT INOVASI KECEMERLANGAN

TATAKELAKUAN KITA

Page 2: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Mesej daripada Gregory Hayes

Di United Technologies, kita disatukan oleh nilai-nilai teras kita. Nilai-nilai ini bermakna kita bertindak dengan integriti dan melayan setiap pekerja, pelanggan dan pembekal dengan penuh kepercayaan dan hormat. Bertindak dengan integriti juga bermakna kita mematuhi semua undang-undang, aturan dan peraturan. Tahun ini kita melancarkan semula Tatakelakuan UTC untuk menumpukan pada nilai-nilai yang bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, hormat, inovasi dan kecemerlangan.

Reputasi kita bagi inovasi dan kecemerlangan sudah terkenal dan terus membezakan kita di pasaran. Kelebihan kompetitif ini dimungkinkan oleh bakat, dedikasi dan integriti 200,000 orang pekerja kita di seluruh dunia yang komited untuk mendukung nilai-nilai teras kita.

Komitmen kita terhadap budaya yang beretika bermula dengan memastikan kita menggalakkan dan menyokong komunikasi terbuka, di semua peringkat dan di setiap lokasi di seluruh dunia. Saya menggalakkan anda untuk bersuara dan melaporkan aktiviti atau tingkah laku yang tidak betul. Terdapat berbilang saluran untuk pekerja melaporkan kebimbangan secara langsung atau tanpa mendedahkan nama. Kita memandang serius setiap kebimbangan ini dan kita memastikan ia disiasat dengan rapi. Kita tidak akan toleransi tindakan balas terhadap mana-mana pekerja yang melaporkan salah laku – tanpa mengambil kira hasil penyiasatan tersebut.

Prinsip-prinsip yang memimpin kita ini akan membolehkan kita terus berkembang pada masa akan datang. Saya berasa bangga kerana UTC mempunyai reputasi untuk menjalankan perniagaan dengan cara yang betul. Mengekalkan reputasi ini adalah penting dan pekerja, pembekal, pelanggan dan pemilik saham kita bergantung padanya.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen berterusan anda terhadap nilai-nilai teras kita dan mengamalkan nilai-nilai ini setiap hari

Greg

Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif

Page 3: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Isi Kandungan

Perihal Tatakelakuan Kita

3

Bersatu Kita Teguh 13

Kita melaksanakan untuk pelanggan kita – berdasarkan merit produk dan perkhidmatan kita yang berbeza

22

Kita Pengawas yang Bertanggungjawab bagi Pelabur Kita

34

44Kita Membina Perkongsian yang Bertahan Lama

47Kita Melibatkan Diri dalam Masyarakat Kita

Page 4: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

3

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Perihal Tatakelakuan Kita

Prestasi dan Kekuatan Melalui Nilai

4

Nilai-nilai sedang Beraksi

5

Tanggungjawab Kita

6

Bersuara dan Minta Bantuan

8

Membuat Keputusan Beretika

7

Bagaimana Kita Mendukung Tatakelakuan tersebut

9

Penepian 10

Legasi Inovasi dan Integriti

11

Page 5: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

4

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Prestasi dan Kekuatan Melalui NilaiKita berbeza tetapi disatukan oleh tujuan dan nilai bersama.

Kita mencipta dan membangunkan cara baharu lagi baik untuk menjaga keselamatan, keselesaan individu dan menggerakkan mereka.

Kita mengekalkan hubungan berdasarkan Kepercayaan, yang disampaikan dengan Cemerlang, berkembang melalui Inovasi, melayan orang lain dengan penuh Hormat, dan bertindak dengan Integriti dalam segala perkara yang kita lakukan.

Kejayaan UTC dipacu oleh bakat, kemahiran dan dedikasi warganya. Kita menghormati dan menghargai satu sama lain sebagai individu dan mengiktiraf bahawa kita hanya boleh mencapai potensi kita dengan sepenuhnya secara bersama. Sambil kita beroperasi sepanjang masa di seluruh dunia, keadaan dan cabaran yang kita hadapi mungkin berbeza, namun nilai teras kita tiada perbezaan. Nilai-nilai kita meminta kita untuk bertindak secara telus dan tidak sekali-kali mengambil jalan keluar dengan menipu, mencuri atau sebarang bentuk penipuan lain.

Nilai-nilai kita menghubungkan, memimpin dan memperkasakan kita. Ia menentukan siapa kita, apa yang kita wakili dan bagaimana kita menjalankan perniagaan kita. Dalam persekitaran perniagaan yang rumit dan dinamik, yang mempunyai tekanan yang hebat dan cabaran yang selalunya unik, nilai-nilai kita memberi kejelasan dan kekonsistenan kepada kita dan mengeratkan hubungan kita. Nilai-nilai kita membantu kita mencapai standard kualiti, keselamatan dan prestasi yang tinggi yang diharapkan dan sepatutnya diterima oleh pelanggan kita. Pendek kata, nilai-nilai kita menyatukan kita sambil kita menjalankan tugas kita.

Di UTC, kita menjadikan kehidupan moden dapat dicapaiPerniagaan global kita memacu industri sistem pembinaan dan aeroangkasa.

Nilai-Nilai Rakan Sekerja, Oleh Rakan SekerjaDisatukan oleh Nilai telah dicipta dengan input beribu-ribu pekerja UTC. Ia dibangunkan atas usaha yang kita jalankan di seluruh syarikat untuk memahami dengan lebih mendalam tentang budaya kita dan nilai-nilai yang membimbing cara kita beroperasi.

Berikutan tinjauan global pekerja pada tahun 2014, yang melibatkan lebih daripada 23,000 orang pekerja, pada tahun 2015, kita telah mengadakan pelbagai kumpulan fokus dan temu bual. Usaha-usaha ini memberi kita gambaran tentang apa yang membuat seseorang berasa bangga untuk bekerja dengan UTC, nilai-nilai yang membimbing tingkah laku dan bagaimana kita boleh berazam untuk berusaha dengan cemerlang setiap hari. Di UTC, kita bukan sahaja memahami kepentingan untuk mencapai matlamat-matlamat kita dengan cara yang betul, tetapi kita juga komited untuk menjadikannya satu kenyataan setiap hari. Disatukan oleh Nilai, Tatakelakuan global kita mencerminkan dan mengukuhkan komitmen tersebut.

KEPERCAYAANKita berhubung dengan yang lain secara terbuka, telus dan empati.

INTEGRITIKita mendahulukan kejujuran, kebertanggungjawaban dan etika.

KECEMERLANGAN Kita berjaya mencapai kecemerlangan berdasarkan merit produk dan perkhidmatan kita dan melaksanakan secara pantas dan tanpa masalah.

INOVASIKita sentiasa berusaha untuk membangunkan, memperbaiki dan berkembang dengan mampan.

HORMATKita melayan orang lain dengan cara kita mahu dilayani.

Page 6: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

5

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Disatukan oleh Nilai ialah sumber yang praktik praktikal untuk membantu kita melindungi dan memacu perniagaan kita serta memperbaiki prestasi individu kita.

Nilai-nilai sedang Beraksi

Disatukan oleh Nilai ialah sumber untuk kita. Ia Tatakelakuan global kita dan diterima pakai untuk semua pengarah, pegawai dan pekerja kita serta wakil-wakil UTC dan anak syarikat serta sekutu kita di seluruh dunia. Sebagai alat dan panduan untuk mencapai matlamat kita dengan cara yang betul, Tatakelakuan ini:

• Menyepadukan nilai-nilai teras kita, mengingatkan kita bahawa keputusan harian kita menjadi mudah apabila kita menggunakan nilai-nilai kita—Kepercayaan, Integriti, Kecemerlangan, Inovasi dan Hormat—untuk membuat keputusan tersebut

• Merangkumi dasar, keperluan dan tanggungjawab utama yang perlu kita penuhi

• Menerangkan cara kita boleh mendapatkan bantuan apabila berhadapan dengan kebimbangan atau keputusan yang sukar

• Memerlukan kita untuk bertindak secara jujur dan mengelakkan semua bentuk dalih atau penipuan

• Membentuk asas program Etika & Pematuhan UTC

Panduan tambahan boleh ditemui dalam Manual Dasar dan Manual Kewangan kita.

Menentukan Nilai-nilai Kita Kepercayaan. Integriti. Kecemerlangan. Inovasi. Hormat. Dengan mengamalkan nilai-nilai ini dalam setiap keputusan yang kita buat dan dalam setiap tindakan yang kita ambil, kita:

• Memupuk budaya yang menggalakkan kerjasama dan pertumbuhan mampan dan membantu mencegah kesilapan kritikal

• Berusaha untuk menjadi yang terbaik mungkin, sentiasa menyasarkan kejayaan tetapi tidak sekali-kali mengkompromikan nilai-nilai kita

• Melindungi reputasi yang telah kita peroleh dengan bersusah payah, dengan menjalankan perniagaan secara beretika dan bertanggungjawab dari segi undang-undang, di mana sahaja kita beroperasi

• Mengukuhkan hubungan kita dengan rakan niaga dan pemegang kepentingan yang lain berdasarkan merit produk dan perkhidmatan kita

• Meningkatkan keupayaan kita untuk menarik dan mengekalkan pekerja yang berkongsi standard tinggi kita dan mengiktiraf perniagaan yang kerap berjaya kerana—bukan walaupun—melakukan perkara yang betul

Page 7: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

6

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Kita bertanggungjawab bagi Tatakelakuan ini dan dasar Syarikat kita, mendapatkan panduan apabila kita mempunyai kebimbangan dan melaporkan sebarang pelanggaran yang sebenar atau berpotensi.

Tanggungjawab Kita

Kejayaan UTC bergantung pada tindakan individu para pengarah, pegawai, pekerja dan wakil kita di seluruh dunia. Oleh itu, kita bertanggungjawab secara peribadi untuk:

• Mendukung nilai-nilai teras UTC dan memahami serta mematuhi Tatakelakuan kita

• Memastikan tindakan kita mematuhi sepenuhnya, secara tersurat dan tersirat, semua undang-undang dan peraturan yang berkenaan

• Memenuhi komitmen kita kepada pemegang kepentingan kita dan memimpin melalui teladan

• Melaporkan apa-apa yang atau kelihatan sebagai pelanggaran Tatakelakuan atau nilai-nilai kita

Bertindak balas terhadap sesiapa yang membuat laporan dengan niat yang baik bukan sahaja dilarang tetapi akan menyebabkan tindakan disiplin diambil.

Tanggungjawab Khas untuk Pemimpin dan Penyelia.Jika kita memimpin atau menyelia pekerja atau mengurus rakan niaga, kita mesti memimpin melalui teladan dan:

• Memupuk persekitaran kerja dan hubungan perniagaan yang positif, yang hanya menerima tindakan undang-undang dan etika yang mencerminkan nilai-nilai teras kita

• Jangan minta sesiapa—pekerja atau rakan niaga—untuk melakukan apa-apa yang akan mengkompromikan standard kita

• Berkomunikasi secara tetap kepentingan Tatakelakuan, dasar dan prosedur UTC berikut dan mendukung nilai-nilai kita—menekankan bahawa caranya sentiasa sama penting dengan hasilnya

• Mengambil tanggungjawab bagi tingkah laku dan tindakan kita dan pekerja kita dan melaksanakan inisiatif dan latihan pematuhan

• Menyediakan latihan yang membantu pekerja memahami tanggungjawab mereka, membangunkan kemahiran kepimpinan mereka dan memajukan kerjaya dan hubungan mereka secara beretika

• Proaktif dalam menggalakkan dan menyokong pekerja serta rakan niaga untuk mengemukakan idea dan kebimbangan

• Bertindak dengan segera dan berhemah terhadap kebimbangan dengan menangani situasi semasa dan mencegah kemunculan isu pada masa hadapan atau dengan mendapatkan bantuan yang sesuai

• Sentiasa mengelak daripada menyertai atau membiarkan tingkah laku yang melanggar undang-undang yang berkenaan atau Tatakelakuan ini

• Jangan sekali-kali mengambil atau membenarkan tindakan balas

Page 8: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

7

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Membuat Keputusan Beretika

Membuat keputusan beretika memerlukan anda menanya diri anda dan menjawab “ya” kepada dua soalan asas, sebelum anda bertindak:

1: Bolehkah saya? Adakah tindakan yang bakal diambil itu mematuhi undang-undang dan peraturan Syarikat yang tersurat dan tersirat!

2: Haruskah saya? Adakah tindakan yang bakal diambil konsisten dengan nilai-nilai teras dan reputasi UTC?

Apabila menjawab soalan-soalan ini, pastikan untuk memahami semua fakta yang berkaitan, pertimbangkan tanggungjawab terhadap pemegang kepentingan yang terjejas dan fikirkan tentang alternatif yang berpotensi. Anda juga mesti melibatkan individu yang sesuai untuk membantu anda, termasuk Pegawai Etika & Pematuhan anda, Pengurus Sumber Manusia dan pakar dalam bidang tersebut (cth. profesional teknikal, kejuruteraan, kualiti, operasi dan undang-undang).

Page 9: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

8

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Terdapat pelbagai sumber untuk membantu kita memenuhi tanggungjawab kita untuk melaporkan pelanggaran yang berpotensi dengan niat baik dan mendapatkan panduan tentang soalan-soalan etika. Kita tidak toleransi tindakan balas terhadap mereka yang melaporkan pelanggaran dengan niat yang baik.

Bersuara dan Minta Bantuan

Jika kita menyaksikan atau mengesyaki pelanggaran undang-undang, Tatakelakuan ini atau nilai-nilai kita, kita mesti bersuara dengan secepat mungkin. Laporan boleh dibuat kepada penyelia di mana-mana peringkat, Jabatan Undang-undang, Pegawai Etika & Pematuhan atau Sumber Manusia. Jika kita perlu membuat laporan secara sulit, kita juga boleh menggunakan program Ombudsman. Walaupun membuat laporan tanpa nama boleh dilakukan (jika dibenarkan oleh undang-undang tempatan), kita menggalakkan seseorang untuk mengenalkan diri kerana berbuat demikian boleh membantu penyiasatan dan susulan.

Tanpa mengambil kira cara laporan dibuat dan hasilnya, tindakan balas adalah dilarang. UTC mempunyai toleransi sifar bagi semua bentuk tindakan balas terhadap mereka yang membuat laporan dengan biat niat yang baik dan yang bekerjasama dengan penyiasatan. Ini tidak bermakna anda perlu tahu semua fakta atau sangat pasti bahawa pelanggaran peraturan telah berlaku; “dengan niat baik” bermakna anda mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai pelanggaran telah berlaku dan anda menghormati dan bersikap jujur dalam melaporkannya. Sebarang tindakan balas akan mengakibatkan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk pemecatan.

“ Hakikatnya, jika anda melihat sesuatu dan anda mengatakan sesuatu, tidak akan ada tindakan balas. Anda tidak akan menghadapi masalah. Walaupun perkara tersebut tidak benar—walaupun jika apa yang anda laporkan adalah sebaliknya. Anda tidak akan dipersalahkan. Sukar untuk seseorang mempercayainya, tetapi itu benar. Dan saya fikir itu merupakan budaya UTC: kita perlu menggalakkan seseorang untuk mengangkat tangan dan menanya soalan—walaupun soalan itu soalan sukar.”

Gregory Hayes, Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif

OmbudsmanSejak 1986, UTC telah menyediakan program Ombudsman sebagai saluran komunikasi alternatif. Program ini melindungi identiti orang yang mengemukakan isu dan kekal neutral dengan tidak menyokong pihak pengurusan mahupun pekerja. Ia juga bebas, beroperasi secara berasingan daripada pengurusan. UTC merupakan salah satu daripada beberapa buah syarikat sahaja yang mempunyai Program Ombudsman bertaraf dunia yang membenarkan anda untuk mengangkat gagang telefon dan mengemukakan pertanyaan tanda memberikan nama, yang akan melindungi anda—24 jam sehari, 7 hari seminggu. Program tersebut disediakan dalam lebih 30 bahasa dan boleh diakses dari dalam dan luar oleh pekerja, bekas pekerja dan pihak ketiga.

Page 10: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

9

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Kita mengaudit operasi kita secara tetap untuk memastikan pematuhan dan penambahbaikan secara berterusan. Semua laporan pelanggaran disiasat dengan teliti, adil dan saksama dengan objektif untuk mengenal pasti tindakan bagi penambahbaikan berterusan.

Bagaimana Kita Mendukung Tatakelakuan tersebut

Menggunakan pasukan pakar dalam dan luaran, UTC mengaudit entiti operasinya secara tetap bagi memastikan pematuhan dengan Tatakelakuan dan dasar Syarikat. Dari semasa ke semasa, UTC juga mungkin akan mengaudit rakan niaganya. Audit, sama ada diumumkan atau tidak, akan menghasilkan satu laporan yang dikongsi dengan pemegang kepentingan yang sesuai untuk memudahkan penambahbaikan yang berterusan.

Apabila berlaku pelanggaran sebenar atau berpotensi terhadap undang-undang, Tatakelakuan atau dasar syarikat, dilaporkan atau dikesan, Pejabat Etika & Pematuhan UTC akan menjalankan penyiasatan dengan segera dan teliti sebagai mematuhi undang-undang. Setiap usaha akan dilakukan untuk mengambil kenyataan daripada semua pihak, sambil mengekalkan kerahsiaan seberapa yang boleh serta keistimewaan peguam-klien apabila penyiasatan dilakukan atas arahan penasihat undang-undang.

UTC memberi kepastian akan melayan semua pihak yang terlibat dalam audit atau penyiasatan dengan penuh hormat. Untuk melindungi kerahsiaan atau menangani kebimbangan lain, ada kalanya butiran isu yang sedang disiasat tidak akan dikongsi dengan semua pihak. Semua pekerja dan rakan niaga mesti bersikap jujur dan bekerjasama sepenuhnya dengan audit dan penyiasatan, kecuali jika undang-undang yang diterima pakai mengehadkan kerjasama mandatori. Kerjasama mungkin termasuk mengambil bahagian dalam temu bual dan menyediakan dokumen.

Jika pelanggaran peraturan telah berlaku atau subjek audit atau penyiasatan telah berbohong atau tidak memberikan kerjasama, langkah-langkah disiplin yang sewajarnya akan diambil. Langkah-langkah tersebut mungkin termasuk kaunseling, amaran, penggantungan, pemecatan, pampasan kerugian atau dirujuk bagi pendakwaan jenayah. Pejabat Etika & Pematuhan UTC dan Sumber Manusia akan mengambil bahagian dalam prosiding disiplin untuk memastikan proses wajar dan layanan yang konsisten disediakan kepada semua pekerja.

Page 11: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

10

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Penepian

Penepian semua atau sebahagian daripada Tatakelakuan ini atau dasar-dasar lain yang dikeluarkan untuk melaksanakannya akan diberikan dalam keadaan terkecuali sahaja dan hanya selepas kelulusan oleh Naib Presiden, Etika & Pematuhan Global. Sebarang penepian bagi pengarah dan pegawai eksekutif, mesti diluluskan oleh Naib Presiden, Etika & Pematuhan Global serta Lembaga Pengarah atau jawatankuasa lembaga dan akan didedahkan dengan segera seperti yang diperlukan oleh undang-undang, peraturan dan dasar UTC.

Page 12: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

11

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Legasi Inovasi dan Integriti

Setiap perniagaan teras kita diasaskan oleh seseorang yang inovasinya membuat impak yang besar ke atas seluruh industri.

Sedikit penerangan tentang lif telah wujud berkurun-kurun lamanya, tetapi hanya apabila Elisha G. Otis mencipta brek keselamatan yang pertama di dunia pada tahun 1852, barulah lif menjadi mod pengangkutan yang boleh dipercayai dan selamat. Legasi inovasi itu telah berterusan sehingga kurun ke-20 dan ke-21, dengan produk revolusioner seperti tali sawat Gen2 keluli bersalut poliuretena yang rata yang menggantikan kabel keluli tradisional, serta sistem Remote Elevator Monitoring (REM) (Pemantauan Elevator Dari Jauh) yang pertama.

Sebelum ini, kunci agak mudah untuk dibuka, sehinggalah adik beradik Jeremiah dan Charles Chubb mencipta Kunci Pengesan yang pertama pada tahun 1818. Kunci tersebut sungguh berkesan lalu menjadikan adik beradik tersebut terkenal dalam bidang perlindungan dan keselamatan. Akhirnya, perniagaan mereka menjangkaui kunci dan peti besi, dan berkembang kepada sistem keselamatan dan keselamatan kebakaran. Hari ini, Chubb merupakan pemimpin industri yang boleh dipercayai dengan sejarah penganugerahan, termasuk Millennium Award for Design and Technology, International Fire Expo Award for Innovation dan Metropolitan Police Award for Intruder Alarm Performance.

Sebelum 1902, manusia bergantung pada belas kasihan haba dan kelembapan dalam kawasan tertutup, sehinggalah Willis Carrier mencipta alat hawa dingin yang pertama di dunia. Beliau memulakan industri yang membuat berjuta-juta orang hidup dengan selesa dan selamat hari ini dalam suhu yang melampau, sambil melindungi bekalan makanan dan perubatan. Carrier terus mengetuainya dengan teknologi generasi berikutnya, yang cekap tenaga bertujuan melindungi persekitaran kita serta mereka yang tinggal di dalamnya.

Kebakaran boleh merebak dengan pantas dan dengan akibat yang membinasakan di atas kapal di laut, sehinggalah Walter Kidde mencipta pengesan asap yang pertama dan sistem pemadam api karbon dioksida untuk kapal pada tahun 1918. Lima tahun kemudian, beliau mencipta pemadam api karbon dioksida bimbit yang pertama. Hari ini, produk Kidde Home Safety membantu untuk menghentikan kemalangan daripada menjadi tragedi, dengan teknologi pengesanan dan pemadaman api yang canggih. Kidde juga meneruskan legasi pengasasnya yang prihatin, dengan inisiatif komuniti dan perkongsian tidak bermotifkan keuntungan. Setiap tahun, ia memberi lebih daripada 100,000 alat pengesan asap dan karbon monoksida secara percuma.

Pengasas kita telah membuat persediaan asas bagi sejarah kita yang lama dalam mencipta dan membangunkan produk transformatif yang menawarkan paras keselamatan, prestasi, kemudahan dan keselesaan yang tiada bandingan. Setiap pengasas meminta standard kualiti dan etika yang tinggi, mencipta tradisi yang kita berasa bangga untuk mengikuti dan meneruskannya hingga ke hari ini.

Bersambung >

Page 13: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

12

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Legasi Inovasi dan Integriti (Bersambung)

Sebelum tahun 1925, kebanyakan pakar penerbangan mempercayai bahawa enjin pesawat haruslah disejukkan dengan cecair sehinggalah Frederick B. Rentschler mencipta Wasp—enjin yang lebih ringan dan disejukkan oleh udara, yang mengubah industri pesawat sama sekali. Hari ini, syarikat yang dicipta oleh beliau—Pratt & Whitney—terus mengetuai industri tersebut dengan teknologi yang mengubah cara seperti PurePower PW1000G, dengan teknologi Geared Turbofan yang dipatenkan. Enjin Pratt & Whitney boleh ditemui pada 25 peratus daripada flit penumpang syarikat penerbangan utama dunia, memberi kebolehpercayaan dan prestasi yang membuat kita selamat dan selesa di udara.

Kebanyakan pesawat mempunyai kipas kayu yang mudah pecah yang boleh bersepai di udara sehinggalah Thomas Hamilton membantu memperkenalkan era kipas keluli. Pada tahun 1910, beliau merupakan seorang remaja yang membina pesawat dalam garaj keluarga beliau. Pada tahun 1929, Hamilton Standard merupakan pengeluar kipas keluli yang terbesar di dunia. Syarikat tersebut terus mengetuai industrinya, menyediakan bahan-bahan penting bagi misi Apollo ke bulan dan berkembang menjadi salah satu pembekal terbesar sistem aeroangkasa di dunia yang dikenali sebagai Hamilton Sundstrand. Pada tahun 1879 Dr. Benjamin Franklin Goodrich mengarah syarikatnya untuk menghasilkan hos getah yang dibungkus dengan kain kapas bagi menggantikan hos kulit, yang akan menjadi beku dan retak dalam cuaca sejuk. Akhirnya, Goodrich membangunkan tayar pneumatik yang boleh tahan kelajuan dan muatan automobil dan pada tahun 1927, menyediakan tayar bagi Spirit of St. Louis dan penerbangan pertama merentasi Atlantik oleh Charles Lindbergh. Syarikat Goodrich bergabung dengan Hamilton Sundstrand, dan UTC Aerospace System kini menjadi pemimpin dunia dalam penyelesaian aeroangkasa bersepadu.

Page 14: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

13

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Bersatu Kita Teguh

Kita disatukan oleh kepercayaan kita terhadap satu sama lain. Kita menjangkakan budaya hormat menghormati dan penyertaan semua orang di tempat kerja kita, memahami bahawa kita hanya boleh berjaya sebagai sebuah pasukan. Kita mempertahankan dasar dan pelindung kita untuk memastikan kita dilindungi dan disokong dalam usaha mencapai potensi kita yang sepenuhnya.

Memupuk Budaya Hormat Menghormati Di Tempat Kerja

14

Menjaga Keselamatan dan Kesihatan & Keselamatan Tempat Kerja

16

Mengamalkan Kepelbagaian dan Penyertaan Semua

18

Menggalakkan Peluang Sama Rata

19

Melindungi Maklumat Peribadi

20

Menggunakan Media Sosial Secara Bertanggungjawab

21

Page 15: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

14

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Memupuk Budaya Hormat Menghormati Di Tempat KerjaKita mempercayai dan menghormati satu sama lain, mengambil tindakan untuk memastikan tiada siapa yang berasa terancam atau takut di tempat kerja kita.

MENGAPA IA MENYATUKAN KITA

Jika kita melayan orang lain dengan penuh hormat dan enggan membenarkan perbuatan membuli atau mengganggu, kita mencipta persekitaran kerja yang positif yang membolehkan kita meluahkan pendapat dan idea, mengemukakan soalan dan memberi saranan yang membina, dan mencapai potensi kita dengan sepenuhnya. Ini membenarkan inovasi, kreativiti dan kecemerlangan untuk maju sambil menggalakkan kepercayaan dan kerjasama. Dengan meletakkan diri kita bertanggungjawab bagi mengenali dan menangani situasi yang membuat orang lain terasa dikecualikan, tidak dihormati atau diganggu, kita mengamalkan nilai-nilai kita dan menegakkan undang-undang.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

UTC komited untuk menyediakan tempat kerja yang bebas daripada gangguan, perbuatan membuli, ancaman dan keganasan. Setiap daripada kita boleh memainkan peranan dengan:

• Secara proaktif, tidak menggalakkan tingkah laku yang merendahkan, memperkecilkan atau mengganggu orang lain

• Menggalakkan orang lain untuk bersuara, meluahkan idea dan pendapat, menanya soalan dan mendengar secara terbuka kepada saranan dan idea

• Melaporkan semua bentuk gangguan, sama ada kita menjadi sasaran langsung kelakuan tersebut ataupun tidak

• Menggalak keselamatan peribadi dan melaporkan sebarang tindakan atau ancaman keganasan

• Menunjukkan empati untuk orang lain dan melayan mereka dengan bermaruah

• Mematuhi semua undang-undang dan peraturan antigangguan

Jika anda menyaksikan atau mengesyaki gangguan, hubungi penyelia, Sumber Manusia, Pegawai Etika & Pematuhan atau Ombudsman UTC dengan segera. Jika anda menyaksikan atau mengesyaki tindakan atau ancaman keganasan atau mempercayai keganasan tidak dapat dielakkan, beri amaran kepada sesiapa yang terancam, jauhkan diri anda daripada ancaman yang berkemungkinan dan hubungi pihak Keselamatan dengan segera. Maklumkan juga kepada penyelia anda, Sumber Manusia, Pegawai Pematuhan atau Ombudsman UTC dengan seberapa segera.

Untuk maklumat lanjut, lihat Dasar Gangguan di Tempat Kerja.

Bersambung >

Page 16: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

15

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Memupuk Budaya Hormat Menghormati Di Tempat Kerja (Bersambung)

S: Apakah yang harus saya lakukan sekiranya salah seorang daripada rakan sekerja saya diganggu tetapi saya tidak mendengarnya mengadu mengenainya?

J: Jika anda berasa kurang selesa untuk berbuat demikian, anda boleh mula dengan bercakap kepada rakan sekerja itu tentang situasinya. Jika rakan sekerja itu enggan membuat laporan, tetapi anda tetap mengesyaki gangguan sedang berlaku, hubungi penyelia anda, Sumber Manusia atau jika anda ingini, bincangkan situasi tersebut secara rahsia dan kenal pasti pilihan-pilihan yang ada kepada anda, sila hubungi Ombudsman UTC. Penyiasatan boleh dibuat secara tidak menimbulkan syak. Jika gangguan didapati, anda bukan sahaja melindungi rakan sekerja anda tetapi juga mangsa lain yang mungkin turut diganggu oleh orang yang sama.

Pautan GangguanGangguan ialah perkataan atau tindakan yang mewujudkan persekitaran kerja yang menakutkan, ganas atau menyakitkan hati. Sama ada secara bersemuka atau dalam talian, gangguan bukan sahaja tentang tujuannya, tetapi bagaimana orang lain melihatnya. Ia mungkin:

• Apa yang dikatakan atau ditulis oleh seseorang, termasuk membuat lawak, mencemar atau stereotaip berdasarkan bangsa, kaum atau jantina serta menggunakan bahasa yang mengancam, kasar atau kesat

• Apa yang dilakukan oleh seseorang, seperti menyentuh tanpa disukai, menggatal, menghalang laluan seseorang, mengabaikan seseorang atau memalukan seseorang dengan sengaja

• Apa yang dipaparkan oleh seseorang, seperti meletakkan gambar lucah atau slogan menghina di atas stesen kerja atau berkongsinya secara elektronik

Page 17: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

16

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Menjaga Keselamatan dan Kesihatan & Keselamatan Tempat KerjaKesihatan dan keselamatan setiap orang yang memasuki tempat kerja kita menjadi keutamaan tertinggi kita.

MENGAPA IA MENYATUKAN KITA

Sebagai pengilang dan penyedia khidmat yang memastikan berjuta-juta orang selamat, selesa, produktif dan bergerak, kita diamanahkan untuk mendahulukan keselamatan. Ini bermula dengan mengambil tanggungjawab peribadi bagi melindungi keselamatan dan kesihatan rakan sekerja, rakan niaga, pelawat kita dan juga diri kita. Jika kita mempunyai tempat kerja yang selamat, kita boleh tumpukan pada inovasi untuk memberi penyelesaian yang menjadi kehidupan moden dapat dicapai. Keselamatan berada di tengah-tengah komitmen kita terhadap integriti, kepercayaan dan kecemerlangan.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Matlamat kita adalah untuk memastikan keselamatan di tempat kerja dan mencegah semua kecederaan atau ancaman terhadap sesiapa di premis atau tapak kerja UTC. Ini bererti kita:

• Mengikuti semua garis panduan keselamatan, dasar dan undang-undang

• Menjaga satu sama lain dan membantu orang lain untuk bekerja dengan selamat

• Melarang dadah, alkohol, senjata atau keganasan di tempat kerja

• Menghormati semua prosedur keselamatan fizikal UTC, termasuk akses kepada kemudahan dan penggunaan lencana pekerja

• Melaporkan dengan segera semua kecederaan, bahaya, ancaman dan kejadian yang hampir berlaku supaya ini dapat disiasat, ditangani dan dicegah pada masa hadapan

Untuk maklumat lanjut, lihat Program Bantuan Pekerja, Program Keselamatan Produk dan Perkhidmatan dan Dasar Penyalahgunaan Dadah, Alkohol dan Bahan.

S: Bagaimanakah dasar toleransi sifar dadah kita menjejaskan penggunaan ubat preskripsi?

J: Jika anda sedang mengambil ubat preskripsi yang boleh menjejaskan prestasi kerja anda, anda harus memaklumkan penyelia anda atau Sumber Manusia. Dalam keadaan tertentu, ubat preskripsi boleh menjejaskan pertimbangan atau kesedaran yang boleh menyebabkan keadaan bekerja yang tidak selamat. Dengan membincangkan perkara ini dengan penyelia anda atau Sumber Manusia, anda boleh memastikan anda dinilai dan diperhatikan dengan wajar demi keselamatan semua.

Bersambung >

Page 18: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

17

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Menjaga Keselamatan dan Kesihatan & Keselamatan Tempat Kerja (Bersambung)

Pautan Dadah & AlkoholSemua entiti UTC di seluruh dunia mematuhi undang-undang dan peraturan yang diterima pakai berhubung dengan pemilikan atau penggunaan alkohol, dadah dan bahan terkawal yang lain. UTC melarang penggunaan, penjualan, pembelian, pemindahan, pemilikan atau kehadiran dalam sistem seseorang, dadah terkawal di premis Syarikat. Pengurusan UTC tempatan mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada alkohol boleh dihidangkan di premis Syarikat. Berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol di tempat UTC atau pada majlis UTC ialah perbuatan yang tidak pernah diterima.

Melebihi MinimumMatlamat pertama UTC untuk semua pekerja ialah mereka pulang dengan selamat setiap hari. Untuk kami, keselamatan bermakna lebih daripada hanya mengelakkan kemalangan. Ia juga mengenai memperbaiki keadaan persekitaran, meningkatkan kualiti udara di kemudahan kita dan menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat. Menggunakan teknologi yang ada, kita kerap melangkaui standard keselamatan kawal selia, seperti dalam usaha berterusan kita untuk mengurangkan bunyi bising perkilangan di kemudahan kita ke paras yang tidak memerlukan pekerja untuk memakai perlindungan telinga.

Page 19: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

18

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Mengamalkan Kepelbagaian dan Penyertaan SemuaAset terbesar kita ialah bakat dan kepelbagaian warga kita serta kreativiti dan idea mereka. Kita menggalakkan dan menyokong semua idea, soalan dan pandangan.

MENGAPA IA MENYATUKAN KITA

Kejayaan kita sebagai pemimpin teknologi global bergantung pada bakat, perspektif dan pengalaman unik warga kita. Pelbagai kemahiran yang dimiliki oleh merekalah yang memacu inovasi dan mencipta penyelesaian yang pintar, mampan bagi pelanggan kita di seluruh dunia. Komitmen kita terhadap penyertaan semua membolehkan kita mengambil bahagian dan menyumbang kepada kejayaan UTC. Dengan mengamalkan kepelbagaian dengan keterbukaan dan kepercayaan, kita memperbaiki keupayaan kita untuk mengaitkan dan bekerja antara satu sama lain dan dengan pelanggan, rakan niaga dan komuniti kita, di mana sahaja kita melakukan perniagaan.

BAGAIMANA KITA MENCAPAINYA

UTC menggalakkan kepelbagaian dan penyertaan semua secara aktif di mana sahaja kita bekerja dan tinggal. Ini bererti kita:

• Menghormati satu sama lain dan memastikan suara setiap orang didengari

• Menggalakkan diri masing-masing untuk Bersuara dan berkongsi idea baharu

• Menyokong inisiatif yang memupuk kepelbagaian di tempat kerja

• Membuat penyesuaian bagi pekerja atau calon pekerjaan yang kurang upaya

• Mematuhi semua undang-undang pengambilan bekerja dan buruh yang berkenaan

Untuk maklumat lanjut, sila lihat Dasar Mengurus Kepelbagaian Di Tempat Kerja.

S: Calon untuk jawatan kosong Pakar Logistik Flit kita kelihatan mempunyai kemahiran pengurusan bahan yang hebat tetapi saya bimbang tentang keupayaannya untuk memberi sokongan kepada pelanggan kerana dia kurang upaya. Apakah yang harus saya lakukan?

J: Pertimbangkan sama ada terdapat teknologi yang boleh mengurangkan isu sokongan pelanggan yang berpotensi. Anda mungkin akan terkejut melihat bagaimana calon tersebut boleh menyesuaikan diri kepada situasi yang berbeza. Ia juga satu idea yang baik untuk menghubungi Sumber Manusia serta kepimpinan dalam unit perniagaan anda untuk mendapatkan panduan tentang keperluan tugas dan sama ada penyesuaian dapat dilakukan untuk mengambil calon ini bekerja.

Page 20: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

19

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Menggalakkan Peluang Sama RataSetiap orang mempunyai peluang yang sama untuk berjaya berdasarkan merit dan kemahiran mereka yang dapat diukur, tanpa sebarang diskriminasi.

MENGAPA IA MENYATUKAN KITA

Apabila kita jujur dan telus tentang standard pengambilan bekerja dan peningkatan pangkat, kita mengukuhkan kepercayaan dalam kalangan tenaga kerja kita dan meningkatkan reputasi kita sebagai sebuah syarikat yang mempunyai integriti. Menggalakkan peluang sama rata membolehkan kita untuk menarik dan mengekalkan individu yang terbaik bagi tugas tersebut dan mengoptimumkan usaha kita untuk mengejar kecemerlangan. Ia membawa kepada pekerja yang lebih berpuas hati dan produktif serta produk yang lebih inovatif dan boleh diharapkan.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

UTC membuat keputusan untuk mengambil bekerja dan menaikkan pangkat hanya berdasarkan pada penilaian kemahiran secara adil dan tidak berat sebelah, sejarah pekerjaan dan prestasi. Kita melarang diskriminasi berdasarkan sebarang asas yang menyalahi undang-undang, termasuk:

• Bangsa

• Warna

• Agama

• Negara asal

• Jantina

• Umur

• Ketidakupayaan

• Status veteran

• Status perkahwinan

• Status kewarganegaraan

• Akidah

• Orientasi seksual

• Kategori lain yang dilindungi seperti yang disediakan oleh undang-undang yang diterima pakai

UTC juga membuat penyesuaian yang munasabah bagi pekerja kurang upaya atau mereka yang mempunyai keperluan agama tertentu, jika perlu.

Untuk maklumat lanjut, sila lihat Dasar Tindakan Afirmatif/Pekerjaan Sama Rata.

Page 21: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

20

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Melindungi Maklumat Peribadi

Kita melindungi privasi maklumat peribadi dengan tidak mendedahkannya kepada sesiapa tanpa keperluan perniagaan yang sah dan hak undang-undang untuk menerimanya.

MENGAPA IA MENYATUKAN KITA

UTC menangani maklumat peribadi dengan penuh hormat dan mengikut langkah-langkah perlindungan yang sesuai. Dengan menyediakan perlindungan yang wajar semasa mengendalikan maklumat peribadi, kita bukan sahaja melaksanakan kewajipan undang-undang kita, tetapi juga melindungi satu sama lain dan reputasi Syarikat kita.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Kita melindungi maklumat peribadi pekerja UTC dan yang lain dengan:

• Mengikuti semua dasar dan prosedur yang meliputi maklumat peribadi

• Jangan kongsi maklumat peribadi orang lain dengan sesiapa, di dalam dan di luar UTC tanpa kelulusan yang wajar dan keperluan perniagaan yang jelas

• Mengumpul dan menyimpan maklumat peribadi hanya apabila dan selagi perlu dan dibenarkan oleh undang-undang

• Mengikuti semua undang-undang privasi data yang berkuat kuasa

Untuk maklumat lanjut, sila lihat dasar korporat kita tentang Maklumat Peribadi dan Notis Privasi Pekerja kita.

Maklumat PeribadiMaklumat peribadi bermakna maklumat yang berkaitan dengan orang yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti tetapi tidak termasuk maklumat agregat tanpa nama.

S: Penyelia saya meminta saya untuk bekerja dengan penyedia khidmat untuk mencipta direktori pasukan yang menyenaraikan para pekerja yang bekerja untuk projek saya. Dia meminta saya untuk memberikan nama, nombor telefon kerja, alamat e-mel kerja, nombor telefon rumah dan gambar setiap pekerja bagi memudahkan komunikasi, kerjasama dan berkongsi maklumat hubungan sekiranya berlaku krisis. Adakah saya harus mencipta dan menyediakan senarai itu kepada penyedia khidmat tersebut?

J: Tidak sebelum melengkapkan Penilaian Impak Privasi UTC. Semua maklumat yang diminta ialah Maklumat Peribadi. Manual Dasar Korporat mentakrifkan Maklumat Peribadi sebagai data yang mempunyai kaitan dengan orang yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti. Sebelum mengumpul atau berkongsi Maklumat Peribadi HR, pastikan untuk mengikuti dasar kerja standard UTC untuk mengesahkan bahawa pengumpulan dan perkongsian tersebut adalah wajar. Jika anda mempunyai sebarang soalan, rujuk kepada Profesional Privasi UTC anda.

Page 22: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

21

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Menggunakan Media Sosial Secara BertanggungjawabKita mengamalkan penggunaan media sosial secara bertanggungjawab bagi tujuan perniagaan, memastikan aktiviti individu dalam talian kita tidak memudaratkan UTC.

MENGAPA IA MENYATUKAN KITA

Media sosial memberi kita keupayaan luar biasa untuk berhubung dengan rakan sekerja, berkongsi maklumat dan mempengaruhi pendapat. Kita mesti menggunakan alat ini secara bertanggungjawab kerana maklumat boleh disebarkan dengan pantas dan tidak diduga secara dalam talian. Kita menghormati hak setiap individu terhadap kebebasan bersuara dan luahan kreatif. Walau bagaimanapun, kita juga mengiktiraf tugas kita untuk melindungi reputasi dan kepentingan Syarikat. Bagi kita yang mengusahakan produk-produk pertahanan, pendedahan yang tidak wajar boleh membahayakan nyawa. Dengan tidak sama sekalu menggunakan nama Syarikat atau jawatan kita secara tidak wajar, dan dengan berhati-hati melindungi maklumat sensitif, kita memastikan UTC dan rakan sekerja kita tidak akan diletakkan dalam bahaya oleh aktiviti dalam talian kita.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Kita berhati-hati di media sosial dan mengelak daripada menyiarkan sesuatu yang boleh menjejaskan reputasi UTC. Ini bererti kita:

• Terbuka dan jujur tentang identiti kita sebagai pekerja UTC dan menyatakan dengan jelas apabila meluahkan pendapat peribadi kita, bukan pendapat UTC

• Jangan siarkan maklumat yang sensitif tentang UTC—hanya pekerja yang dibenarkan secara khusus untuk bercakap bagi pihak Syarikat boleh berbuat demikian

• Jangan dedahkan maklumat Syarikat yang tidak diketahui umum, pelanggan, pembekal atau rakan niaga kita tanpa kebenaran dan kelulusan yang sewajarnya

• Jangan perkecilkan orang lain secara tidak adil atau siarkan kandungan yang menyakitkan hati atau lucah

• Ambil masa untuk mempertimbangkan bagaimana siaran anda boleh mencerminkan Syarikat, rakan sekerja, rakan niaga atau pelanggan sebelum berkongsinya—jangan kongsi maklumat peribadi, foto atau video rakan sekerja

• Jangan sekali-kali biarkan aktiviti media sosial mengganggu tugas anda kita

Untuk maklumat lanjut, sila lihat Dasar Media Sosial kita, Dasar Perlindungan Maklumat Proprietari kita, Garis Panduan Pekerja kita dan sumber video dan latihan tambahan di laman SharePoint Media Sosial UTC.

S: Kita baru sahaja melancarkan video yang hebat menerangkan kejayaan teknologi pendorong yang cemerlang. Bolehkah saya tweet pautan ke video tersebut atau biarkan sahaja kepada pasukan media sosial kita untuk uruskan?

J: Selagi anda pasti ia diluluskan untuk didedahkan kepada umum, dan anda menjelaskan dalam tweet dan profil Twitter anda bahawa anda seorang pekerja UTC, kami menggalakkan anda untuk berkongsi kandungan Syarikat yang menambat perhatian dalam rangkaian sosial anda.

Page 23: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

22

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Kita menetapkan matlamat yang tinggi dan mengotakan janji kita. Kita memahami pelanggan kita mempunyai pilihan dan kita perlu terus memperoleh kepercayaan mereka melalui inovasi secara tetap, menunaikan janji kita dan kecemerlangan. Kita bersaing dengan sengit, sentiasa dengan berwibawa, tidak sekali-kali melanggar undang-undang, nilai-nilai kita atau standard etika untuk memenangi perniagaan. Kita menjangkaui jangkaan atas kekuatan warga kita, produk kita dan perkhidmatan kita.

Kita melaksanakan untuk pelanggan kita – berdasarkan merit produk dan perkhidmatan kita yang berbeza

Menyampaikan Produk dan Perkhidmatan yang Selamat dan Berkualiti Tinggi

23

Berurusan secara Adil dan Jujur

24

Menyediakan khidmat kepada Kerajaan

25

Bersaing secara Sengit dan Sah

27

Mengumpulkan Maklumat Perisikan Kompetitif

29

Menjalankan Perniagaan Secara Global

30

Mencegah Rasuah dan Sogokan

32

Page 24: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

23

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Menyampaikan Produk dan Perkhidmatan yang Selamat dan Berkualiti TinggiKita enggan berkompromi tentang keselamatan atau kualiti produk dan perkhidmatan kita.

MENGAPA IA MENYATUKAN KITA

Sejak 1818 apabila syarikat adik beradik Chubb mempatenkan mekanisme kunci mereka yang selamat, UTC telah membangunkan produk-produk inovatif, berprestasi tinggi dan baharu yang melindungi dan menyelamatkan nyawa. Pada bila-bila masa, produk dan perkhidmatan kita membantu untuk memindahkan berjuta-juta orang dengan selamat di seluruh dunia. Ramai daripada mereka ini berada di atas yang sebahagiannya disebabkan oleh Dependable Engines™ dan komponen boleh dipercayai yang kita hasilkan dan khidmat cemerlang yang kita sediakan. Pada masa yang sama, berjuta-juta lagi bergantung pada kawalan cuaca dan sistem keselamatan kita untuk membuat mereka berasa selesa dan selamat di darat dan di laut. Ini bermakna kita mempunyai tanggungjawab yang besar—bukan sahaja terhadap pelanggan kita tetapi juga terhadap mereka yang berurusan dengan pelanggan kita. Kita memikul tanggungjawab ini sepenuhnya, setiap hari, dengan meminta kecemerlangan dalam setiap produk yang kita buat dan setiap perkhidmatan yang kita sediakan.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Kita memperoleh kepercayaan pelanggan kita dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang paling selamat dan produk yang berkualiti paling tinggi yang mungkin. Ini bererti kita:

• Jadikan keselamatan keutamaan teratas kita dalam segala apa yang kita reka, hasilkan, sediakan, pasang, selenggarakan dan baiki

• Reka produk dan perkhidmatan kita untuk memenuhi atau melebihi peraturan kerajaan dan standard industri

• Melengkapkan semua pemeriksaan dan ujian yang diperlukan dengan tepat dan pada masanya, memastikan semua dokumentasi adalah semasa, tepat dan lengkap

• Memberi semua pekerja kuasa dan tanggungjawab untuk mengemukakan isu tentang keselamatan atau kualiti dengan penyeliaan mereka, walaupun itu boleh menghentikan pengeluaran atau penghantaran

• Memupuk penambahbaikan secara tetap melalui budaya dan alat bagi sistem operasi ACE (Achieving Competitive Excellence) (Mencapai Kecemerlangan yang Kompetitif)

Untuk maklumat lanjut, sila lihat Program Jaminan Kualiti kita dan Program Keselamatan Produk dan Perkhidmatan.

Pautan ACESistem operasi ACE (Achieving Competitive Excellence) kita memacu kecemerlangan kompetitif dalam semua unit perniagaan kita. Ia bergantung pada interaksi harian budaya, alat dan kecekapan untuk memperbaiki prestasi operasi. Hasil tertumpu pada pekerja yang sangat terlibat, yang bekerja dalam persekitaran yang selamat untuk menghasilkan produk berkualiti sempurna disediakan tepat pada waktunya. Untuk maklumat lanjut tentang usaha ACE, sila lihat di sini.

Page 25: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

24

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Berurusan secara Adil dan Jujur

Kita bersikap adil, jujur dan telus dalam pasaran.

MENGAPA IA MENYATUKAN KITA

Pengasas kita membina tradisi kepercayaan dengan pelanggan dan rakan niaga mereka berdasarkan reputasi untuk integriti dan kejujuran yang berterusan hingga ke hari ini. Pesaing menghormati UTC kerana kita bersaing secara sengit dan sah. Kita menghormati dan membangunkan tradisi tersebut dengan perkataan dan tindakan kita dalam semua urusan perniagaan kita, tanpa mengambil kira di mana atau dengan siapa. Pelanggan kita perlu mengetahui dengan tepat apa yang mereka dapat dan bila mereka akan menerimanya. Mereka berhak menerima penilaian terus terang tentang keupayaan dan batasan produk kita. Kurang daripada itu boleh menyebabkan pelanggan tidak berpuas hati dan boleh membahayakan nyawa jika komponen penting gagal semasa digunakan.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Kita berurusan secara adil dengan pelanggan, rakan niaga dan pesaing kita dengan:

• Menjual dan memasarkan produk kita dengan jujur dan berdasarkan meritnya

• Mematuhi secara tersurat dan tersirat semua undang-undang dan peraturan yang berkenaan

• Tidak membuat kenyataan yang tidak tepat atau memperkecil-kecilkan pesaing kita

• Memerlukan semua wakil utama kita untuk mematuhi syarat-syarat ini

Page 26: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

25

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Menyediakan khidmat kepada KerajaanKita menghargai pelanggan kerajaan kita dan mematuhi sepenuhnya undang-undang dan peraturan unik yang berkenaan dengan setiap daripadanya.

MENGAPA IA MENYATUKAN KITA

Kita bekerja rapat dengan banyak entiti di seluruh dunia. Setiap daripadanya mempunyai undang-undang dan peraturan khusus yang kita mesti ikuti tentang cara kita bersaing dan memperoleh kontrak, yang kosnya boleh disertakan dalam harga kita dan apa yang kita sediakan—termasuk ujian dan pemeriksaan produk. Dengan bersaing secara adil bagi kontrak berdasarkan merit produk dan tawaran kita dan dengan mematuhi peraturan, syarat-syarat kontrak dan undang-undang yang berkenaan, kita menyediakan khidmat kepada pelanggan kerajaan kita dan memberi mereka keyakinan bahawa mereka telah memilih pembekal yang tepat.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

UTC mengikuti semua undang-undang dan peraturan apabila bekerja dengan pelanggan kerajaan dengan:

• Mematuhi pembidaan, harga yang adil dan standard kualiti

• Memastikan amalan perakaunan yang tepat dan hanya menuntut kos yang dibenarkan

• Memastikan semua cadangan, sebut harga, invois, ujian, pengesahan, komunikasi dan sebarang dokumentasi lain yang diperlukan dengan pelanggan kerajaan adalah semasa, tepat dan lengkap

• Tidak mendapatkan atau menggunakan maklumat yang tidak dibenarkan tentang pesaing dan pembidaan yang bersaing

• Mematuhi Akta Integriti Pemerolehan A.S., Peraturan Perolehan Persekutuan (FAR), Tambahan Peraturan Perolehan Persekutuan Pertahanan (DFARS) dan Peraturan Pemindahan Senjata Antarabangsa (ITAR) di Amerika Syarikat dan peraturan serta undang-undang yang berkenaan di luar Amerika Syarikat

• Mematuhi sekatan ke atas hadiah dan tawaran pekerjaan kepada pegawai kerajaan dan sanak saudara mereka

• Melindungi maklumat sulit melalui langkah-langkah keselamatan yang ketat

• Melindungi harta kerajaan melalui penyimpanan, penjejakan dan keselamatan yang wajar

Untuk maklumat lanjut, sila lihat Pernyataan Dasar tentang Etika Perniagaan dan Tingkah Laku dalam Ikatan Kontrak dengan Kerajaan Amerika Syarikat.

Bersambung >

Page 27: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

26

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Menyediakan khidmat kepada Kerajaan (Bersambung)

S: Saya bekerja dengan kontrak kerajaan dalam jawatan yang mengenakan caj secara langsung. Saya perlu pulang dua jam lebih awal hari ini untuk membawa saudara yang sakit ke janji temu perubatan. Saya akan menggantikan masa tersebut kemudian dalam minggu ini. Adakah penyelia saya boleh memasukkan masa satu hari penuh untuk saya hari ini selagi saya bekerja dua jam lebih lama pada hari lain?

J: Tidak, anda mahupun penyelia anda tidak harus memasukkan masa yang tidak tepat. Mengenakan caj yang tepat bagi masa adalah penting semasa melaksanakan kontrak kerajaan. Entri masa membentuk dasar bil yang dihantar kepada kerajaan, oleh itu mengenakan caj yang salah adalah sama dengan mencuri daripada seorang pelanggan. Walaupun anda bekerja beberapa jam tambahan pada hari lain, rekod syarikat tidak akan tepat melainkan tarikh dan masa mencerminkan perkara sebenar. Walau bagaimanapun, semua pekerja memerlukan sedikit masa untuk menguruskan komitmen peribadi, jadi tanya penyelia anda cara untuk melaraskan jadual anda dengan sewajarnya—dan kemudiannya merekodkan dengan tepat masa anda.

S: Tugas saya memerlukan saya memeriksa 100 peratus produk yang melalui talian pengeluaran. Jarang-jarang ada bahagian yang ditolak. Pengeluaran akan menjadi lebih pantas dan penghantaran kepada pelanggan akan dilakukan dengan tepat pada masanya jika saya memeriksa 10 peratus daripada bahagian tersebut. Adakah saya boleh menggunakan pertimbangan saya dan mengurangkan bahagian yang saya periksa?

J: Syarat-syarat kualiti mesti diikuti pada setiap masa. Pelanggan kita menjangkakan semua pekerja kita melakukan tugas mereka dengan tepat dan rapi, terutamanya apabila ia berkenaan dengan kualiti. Anda mesti terus mematuhi syarat-syarat tugas tersebut tetapi anda mungkin mempunyai penyelesaian yang inovatif untuk memperbaiki masa dan pemeriksaan pengeluaran. Bincangkan idea anda dengan penyelia atau wakil penambahbaikan proses anda. Walau bagaimanapun anda dijangka akan melakukan semua pemeriksaan yang diperlukan sehingga syarat-syarat tersebut diubah.

Page 28: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

27

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Kita mematuhi semua undang-undang persaingan di mana sahaja kita menjalankan perniagaan.

Bersaing secara Sengit dan Sah

MENGAPA IA MENYATUKAN KITA

Persaingan memupuk produk dan perkhidmatan yang lebih baik, memacu kita untuk menjadi lebih cekap dan lebih inovatif. Ia baik untuk kita dan untuk pelanggan kita yang menerima nilai yang lebih baik. Pada masa yang sama, amalan pakatan sulit dan antipersaingan, seperti menetapkan pembidaan atau harga, merosakkan pasaran. Ia menyebabkan harga yang melampau dan produk serta perkhidmatan yang kurang standard. Apabila ia melibatkan kontrak kerajaan, ia juga menipu pembayar cukai dan boleh membahayakan pelanggan kerajaan jika ia mengakibatkan pembelian produk yang kurang standard atau tiak selamat digunakan untuk pertahanan negara. Lebih daripada 100 buah negara sekarang mempunyai undang-undang yang mengharamkan tingkah laku antipersaingan. Tanpa mengambil kita tempat kita menjalankan perniagaan, aktiviti antikompetitif sentiasa melanggar nilai-nilai teras kita. Ia juga boleh mengakibatkan hukuman jenayah atau sivil yang teruk untuk syarikat dan individu. Kita bersaing dengan sengit dan sah, bukan hanya kerana ia baik untuk perniagaan dan reputasi kita tetapi kerana ia perkara yang baik untuk dilakukan.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Kita mematuhi semua undang-undang persaingan (atau “antitrust” atau “antimonopoli”) dengan:

• Tidak membincangkan atau membuat perjanjian dengan pesaing tentang:

‐ Pasaran

‐ Wilayah

‐ Harga

‐ Kontrak

‐ Bida atau sebut harga

‐ Pengeluaran

‐ Pelanggan

‐ Kos

‐ Inventori

‐ Kapasiti

‐ Boikot

‐ Keuntungan.

‐ Margin

‐ Strategi pemasaran

• Jangan sekali-kali kongsi butiran tentang pembidaan atau sebut harga dengan sesiapa selain pelanggan melainkannya sah dan ada keperluan perniagaan tertentu untuk mengetahuinya (cth. disebabkan susunan berpasukan atau subkontraktor)

• Malah mengelak timbulnya persetujuan yang kelihatan tidak betul dengan pesaing

• Berunding dengan Jabatan Undang-undang sebelum melibatkan diri dengan amalan komersial yang boleh mempunyai kesan yang memudaratkan persaingan (seperti tetapi tidak terhad kepada susunan bersepadu atau ikatan, diskriminasi harga, penentuan harga predatori, kontrak urusan eksklusif dan keengganan untuk membekal pesaing kita)

Untuk maklumat lanjut, sila lihat Dasar Pematuhan Antitrust kita, Panduan Antitrust Global untuk Pekerja, dan Mengumpulkan Maklumat Kompetitif.

Bersambung >

Page 29: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

28

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Bersaing secara Sengit dan Sah (Bersambung)

S: Saya berada di acara persidangan perangkaian aeroangkasa baru-baru ini. Semasa resepsi yang dianjurkan, sesetengah daripada kita sedang berbual dan seorang pesakit membawa kempen pemasaran baharu yang sedang dipromosikan oleh syarikatnya di YouTube. Sesetengah daripada videonya telah pun disiarkan, jadi ia sudah diketahui umum tetapi saya tetap berasa tidak selesa tentang tajuk itu dan membuat keputusan untuk meninggalkan perbualan tersebut. Adakah itu perkara yang betul untuk dilakukan?

J: Persidangan dan pertunjukan perdagangan ialah sumber penting untuk kekal semasa dalam industri kita tetapi ia juga boleh mencipta situasi yang boleh menyebabkan pelanggaran undang-undang persaingan—selalunya secara tidak sengaja. Walaupun membincangkan iklan awam tidak semestinya satu pelanggaran, perbualan tersebut dengan mudah boleh berubah kepada strategi pemasaran jangka panjang yang mendorong kempen tersebut atau pelan akan datang. Anda telah melakukan perkara yang betul dengan beralih. Jika anda mendapati diri anda dalam situasi yang membuat anda berasa bimbang tentang undang-undang persaingan, anda harus meluahkan bahawa anda merasakan perbualan tersebut mungkin tidak sesuai, meminta diri dan menghubungi Jabatan Undang-undang dengan seberapa segera.

Untuk maklumat lanjut tentang tajuk perbualan yang boleh menyebabkan pelanggaran undang-undang persaingan, sila lihat Senarai Semak Persaingan yang Adil.

Senarai Semak Persaingan Yang AdilApabila anda berinteraksi dengan pesaing yang berpotensi, jangan, sama ada secara serius atau berseloroh, bincangkan:

• Harga, diskaun, tambahan, terma kredit atau sebarang syarat jualan

• Kos, kapasiti, pengeluaran, inventori atau pengedaran syarikat

• Apa-apa yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan pelan atau prosedur pembidaan syarikat

• Sebarang perkara yang berkaitan dengan larangan wilayah atau jenis lain divisyen pemasaran (seperti peruntukan pelanggan)

• Pelan perniagaan, strategik atau pemasaran yang tidak diketahui umum

• Maklumat khusus pelanggan

• Enggan menjalankan perniagaan dengan pihak ketiga (seperti pelanggan, pesaing atau pembekal)

Page 30: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

29

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Kita mengetahui dan mengumpulkan maklumat tentang pasaran dan pesaing kita hanya melalui kaedah yang sah dan beretika.

Mengumpulkan Maklumat Perisikan Kompetitif

MENGAPA IA MENYATUKAN KITA

Dalam pasaran global kita yang dinamik dan mencabar, kita mempunyai tanggungjawab untuk mengetahui seberapa banyak yang mungkin tentang persaingan kita. Ini membantu kita untuk memperbaiki produk kita, mengenali trend industri dan menjangkakan keperluan pelanggan kita yang berubah. Tetapi seperti pentingnya maklumat ini, kita tidak akan sama sekali melanggar undang-undang atau mengkompromikan integriti kita untuk meminta atau memperoleh maklumat sensitif secara kompetitif atau maklumat proprietari lain yang tidak diketahui umum. Sebaliknya, kita melayan pesaing kita seperti mana kita ingin mereka melayan kita: secara adil dan jujur.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Kita mengumpulkan maklumat perisikan kompetitif secara sah dan beretika dengan:

• Mencari maklumat melalui sumber awam, seperti media berita, tinjauan industri, laporan kewangan, pemerhatian harta awam dan laman internet yang boleh diakses secara umum

• Mencari maklumat daripada pelanggan tentang cara kita boleh menjadi lebih kompetitif

• Jangan sekali-kali mendorong sesiapa untuk melanggar kewajipan kerahsiaan mereka

• Jangan sekali-kali menggunakan penipuan untuk memperoleh maklumat perisikan kompetitif

• Mendidik pekerja dan pemohon pekerjaan untuk tidak mendedahkan atau menggunakan sebarang maklumat proprietari tidak diketahui umum yang diperoleh semasa bekerja di organisasi lain sebelum ini

• Memastikan bahawa sebarang pihak ketiga yang mengumpulkan maklumat kompetitif untuk kita juga mematuhi standard undang-undang dan etika kita

Untuk maklumat lanjut, sila lihat dasar kita tentang Mengumpulkan Maklumat Kompetitif, Perlindungan Maklumat Proprietari, and Perjanjian Harta Intelektual.

S: Sebelum menyertai UTC, saya pernah bekerja untuk salah satu daripada pesaing kita. Banyak daripada yang saya tahu tentang bekas sejuk, saya belajar di sini. Bagaimanakah saya menentukan berapa banyak daripada pengetahuan tersebut yang boleh saya kongsi dalam tugas baharu saya di sini?

J: Peraturan asas yang baik adalah untuk memikirkan apa yang boleh dianggap sebagai maklumat sulit atau proprietari bekas majikan anda dan tidak menggunakan maklumat tersebut untuk menjalankan tugas baharu anda atau mendedahkan maklumat tersebut kepada kami. Sebagai contoh, jika anda mengetahui butiran sesuatu proses, reka bentuk atau formula yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum, anda tidak harus berkongsi maklumat tersebut. Jika anda mempunyai soalan, hubungi Pegawai Etika & Pematuhan atau Jabatan Undang-undang.

Page 31: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

30

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Kita bertanggungjawab bagi memahami dan mematuhi semua undang-undang dan peraturan pematuhan perdagangan antarabangsa (ITC) yang berkenaan dengan kita di seluruh dunia.

Menjalankan Perniagaan Secara Global

MENGAPA IA MENYATUKAN KITA

UTC ialah sebuah syarikat dengan hampir 200,000 orang pekerja yang beroperasi di beberapa buah negara dan membekalkan produk dan perkhidmatan berteknologi tinggi kepada pelanggan di seluruh dunia. Ini bermakna kita tertakluk kepada pelbagai undang-undang dan peraturan rumit yang mengawal perdagangan antarabangsa—termasuk kawalan eksport, sekatan ekonomi dan embargo, peraturan antiboikot A.S, dan kawalan import. Kerajaan negara dan organisasi berbilang negara di seluruh dunia menggunakan undang-undang pematuhan perdagangan antarabangsa (ITC) untuk mengawal pergerakan barangan, perkhidmatan dan teknologi bagi menjaga keselamatan negara, mengawal senjata pemusnah, menyokong objektif dasar luar negara dan melindungi kesihatan, keselamatan dan sumber berkurangan warga mereka.

Kegagalan untuk memenuhi kewajipan ITC kita boleh menyebabkan kita dikenakan hukuman yang berat dan merosakkan reputasi. Ia juga boleh menyebabkan produk dan teknologi kita jatuh ke tangan orang jahat. Sebagai pengilang dan pembekal sistem ketenteraan, dwi penggunaan dan komersial yang canggih, kita mempunyai kewajipan untuk mencegah perkara ini daripada berlaku.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

UTC komited terhadap menjalankan perniagaan di mana sahaja dengan mematuhi sepenuhnya undang-undang ITC yang berkenaan, pada setiap masa. Kita bertanggungjawab memastikan pematuhan dan pengurus juga mesti memastikan organisasi mereka mematuhi. Ini bererti kita:

• Mengenal pasti dan mengklasifikasikan semua produk, teknologi dan perkhidmatan kita untuk menentukan bagaimana ia dikawal

• Melindungi komoditi dan teknologi terkawal, secara fizikal dan tidak ketara, terhadap pemindahan atau pelepasan tanpa kebenaran

• Memastikan kebenaran kerajaan yang sesuai wujud untuk membenarkan pemindahan semua item yang disediakan kepada pembekal, pelanggan, rakan niaga dan pihak ketiga yang lain; menyaring semua transaksi bagi senarai pihak yang dilarang dan disekat yang berkenaan; mengesahkan bahawa penggunaan akhir, pengguna akhir dan destinasinya dibenarkan; dan menyelia sebarang kebenaran bagi kitaran hayat transaksi tersebut

• Menyimpan rekod yang tepat dan mekanisme pemindahan, penjejakan dan pelaporan yang berkesan

• Mengklasifikasikan barangan yang diimport dan menilainya dengan betul supaya kita membuat entri yang tepat dan pada masanya, membayar cukai import yang sepatutnya dan memastikan pengisytiharan negara asal yang sesuai

• Jangan bersetuju atau terlibat dengan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan boikot yang tidak konsisten dengan undang-undang antiboikot A.S. dan melaporkan permintaan yang berkaitan dengan boikot apabila perlu

Bersambung >

Page 32: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

31

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Menjalankan Perniagaan Secara Global (Bersambung)

Di Mana Untuk Mendapatkan SokonganUntuk maklumat lanjut, sila lihat dasar ITC korporat kita:

• Manual Dasar Korporat Seksyen 20, Pematuhan dengan Kawalan Eksport dan Sekatan Ekonomi

• Manual Dasar Korporat Seksyen 20A, Pematuhan dengan Undang-undang Import dan Kastam

• Manual Dasar Korporat Seksyen 6, Pematuhan dengan Undang-undang Antiboikot Amerika Syarikat

• Manual Syarat-syarat Pematuhan Perdagangan Antarabangsa UTC

Page 33: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

32

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Kita mengejar objektif perniagaan kita hanya berdasarkan merit—tidak pernah melalui sogokan atau amalan rasuah yang lain.

Mencegah Rasuah dan Sogokan

MENGAPA IA MENYATUKAN KITA

Sementara kita menghargai inovasi dan kecemerlangan membezakan apa yang kita lakukan, nilai-nilai integriti dan kepercayaan kita bercerita tentang bagaimana kita melakukannya. Apabila ia berkenaan memenangi perniagaan dan memilih rakan niaga, kita bergantung pada nilai-nilai kita untuk menentukan tindakan kita. Kita akan melepaskan peluang—tanpa mengambil kira rakan niaga, nilai atau lokasi—daripada membenarkan hasil perniagaan dipengaruhi secara tidak wajar.

Sebagai sebuah syarikat global yang terkemuka yang produk dan perkhidmatannya membantu menggerakkan orang dan memastikan keselesaan dan keselamatan mereka di seluruh dunia, kita mempunyai peluang dan tanggungjawab untuk menjadi kuasa bagi perubahan yang positif. Apabila kita memimpin melalui teladan dalam usaha melawan rasuah, kita memerangi pengaruhnya yang merosakkan dalam masyarakat dan kita membantu menggalakkan dan melindungi pasaran terbuka. Oleh sebab kita memperjuangkan amalan pasaran yang adil dan telus di mana kita menjalankan perniagaan, pelanggan kita boleh mengenali dengan mudah kualiti dan nilai yang hebat bagi produk dan perkhidmatan UTC.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

UTC komited terhadap menjalankan perniagaan di mana sahaja dengan mematuhi sepenuhnya undang-undang ITC yang berkenaan, pada setiap masa. Kita bertanggungjawab memastikan pematuhan dan pengurus juga mesti memastikan organisasi mereka mematuhi. Ini bererti kita:

• Menang berdasarkan merit produk, perkhidmatan dan terma tawaran kita

• Jangan sekali-kali menawarkan apa-apa yang bernilai untuk mempengaruhi keputusan secara tidak wajar—sama ada berurusan dengan pegawai kerajaan atau seseorang dalam sektor swasta

• Merekodkan semua transaksi sepenuhnya, dengan tepat dan jujur

• Mengikuti undang-undang antirasuah yang tersurat dan tersirat, di mana sahaja kita menjalankan perniagaan

• Memilih rakan niaga dengan teliti dan berurusan dengan mereka mengikut standard etika kita yang tinggi

Untuk maklumat lanjut tentang memberi hadiah perniagaan, menaja perjalanan pihak ketiga dan derma, sila rujuk pada rangka kerja antirasuah.

Bersambung >

Page 34: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

33

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Mencegah Rasuah dan Sogokan (Bersambung)

BENDERA MERAH RASUAHApabila memilih rakan niaga untuk membantu operasi kita, kita perhatikan:

• Dakwaan masa lalu tentang bayaran yang tidak wajar

• Permintaan untuk menerima komisen sebelum urus niaga selesai

• Permintaan bagi yuran yang tidak seimbang dengan perkhidmatan yang disediakan

• Saranan bahawa kita bekerja dengan orang tertentu disebabkan “hubungan istimewa”

• Percanggahan kepentingan yang boleh mempengaruhi pelanggan atau pegawai secara tidak wajar

• Penglibatan orang ketiga yang baharu apabila tarikh penganugerahan semakin hampir

• Permintaan untuk merekodkan perbelanjaan secara tidak jujur atau berbeza daripada sebenarnya

S: Seorang kerani bandar enggan melepaskan bayaran yang diperlu dibayar kepada UTC melainkan saya membuat bayaran tambahan secara tunai, yang menurut kerani itu akan “melajukan perkara.” Jumlah yang diminta agak kecil yang saya boleh bayar dari saku saya sendiri dan ia tidak perlu dimasukkan ke dalam buku UTC. Apakah yang harus saya lakukan?

J: Walau bagaimanapun kerani tersebut mungkin akan cuba mencirikan pembayaran tersebut, yang merupakan rasuah. Dasar dan nilai teras UTC melarang bayaran yang atau boleh ditaksirkan sebagai rasuah, walaupun jika ia merupakan adat di negara di mana kita menjalankan perniagaan. Dan, buku serta rekod UTC mesti mencerminkan dengan tepat urus niaga kita—merekodkan urus niaga kita secara tidak wajar melanggar undang-undang dan dasar. Apa yang anda sarankan bukan sahaja salah, tetapi juga haram di bawah undang-undang yang dikenakan ke atas UTC untuk mana-mana pekerja atau orang lain membuat bayaran seperti itu bagi pihak Syarikat. Hubungi Pegawai Etika & Pematuhan tempatan anda atau Jabatan Undang-undang dengan segera sekiranya anda mempercayai pernah diminta untuk memberikan rasuah.

S: Saya seorang pengurus akaun yang memproses perbelanjaan. Baru-baru ini, saya menerima permohonan daripada pengurus jabatan bagi pampasan perbelanjaan. Saya mendapati persidangan yang dinyatakan oleh pengurus itu sebagai perbelanjaan sebenarnya tidak wujud. Apakah yang harus saya lakukan?

J: Ia mungkin satu kesilapan yang mudah atau mungkin telah disengajakan. Perbelanjaan tidak tepat yang disengajakan mencipta risiko kepada kita di bawah undang-undang antirasuah. Ia juga menjejaskan keuntungan kita, yang memudaratkan kita. Jangan proses perbelanjaan ini. Bawanya kepada pengurus atau Etika & Pematuhan untuk semakan lanjut dan panduan.

Page 35: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

34

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Kita menghormati pemegang saham kita dan kepercayaan yang diletakkan oleh mereka pada kita. Kita membuat keputusan yang tidak berat sebelah yang menekankan pertumbuhan jangka panjang yang mampan dan fokus yang rapi pada komitmen kita. Kita membuat rekod kita tepat dan telus, menghargai dan melindungi aset kita dan beroperasi dengan integriti dan kecemerlangan setiap hari.

Kita Pengawas yang Bertanggungjawab bagi Pelabur Kita

Mengelakkan Percanggahan Kepentingan

35

Mencipta, Mengekalkan dan Mendedahkan Rekod serta Akaun yang Tepat

37

Melindungi Harta Intelektual Kita

39

Menghormati Harta Intelektual Orang Lain

41

Melindungi Harta Syarikat

42

Page 36: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

35

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Kita berhati-hati untuk tidak membuat kepentingan peribadi kita bercanggah dengan komitmen kita kepada Syarikat dan matlamat serta keperluannya.

Mengelakkan Percanggahan Kepentingan

MENGAPA IA MENYATUKAN KITA

Nilai integriti dan kepercayaan kita meminta kita tidak membenarkan kepentingan dan hubungan peribadi untuk menghalang kita daripada membuat keputusan yang terbaik untuk UTC. Menggunakan pertimbangan yang baik untuk membuat pilihan terbaik bagi perniagaan kita membantu kita mengekalkan kecemerlangan dan membolehkan kita bekerjasama dan membuat inovasi tanpa pengalihan perhatian. Ia juga mengiktiraf kesetiaan kita kepada UTC.

Malah percanggahan kepentingan yang ketara boleh menjadi satu masalah kerana ia boleh membuat orang lain berpendapat kita tidak bertindak dengan betul. Percanggahan kepentingan boleh dielakkan atau ditangani jika didedahkan dengan segera dan diurus dengan baik.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Kita mengelak percanggahan kepentingan (atau kemunculannya) dan apabila tidak dapat dielakkan, memastikan ia boleh diurus dengan baik melalui:

• Berjaga-jaga terhadap situasi yang boleh menjadikan kepentingan UTC dan kepentingan kita sendiri bercanggah dan mendedahkan percanggahan yang sebenar atau berpotensi kepada pengurus atau Pegawai Etika & Pematuhan tempatan

• Menarik diri daripada proses membuat keputusan apabila berada dalam situasi percanggahan yang sebenar atau berpotensi

• Tidak meletakkan diri kita dalam situasi yang mungkin akan membuat kesetiaan kepada ahli keluarga kita atau kenalan rapat kita mempengaruhi pertimbangan kita

• Mengenali apabila pertimbangan kewangan peribadi kita dan hubungan dengan pesaing, pembekal atau pelanggan mungkin akan mengkompromikan keupayaan kita untuk bertindak demi kepentingan UTC

• Menunjukkan kesetiaan kepada UTC dengan tidak menggunakan peluang untuk diri kita yang diperoleh daripada penggunaan kedudukan atau sumber Syarikat

• Berusaha dengan sebaik mungkin setiap hari di UTC dan tidak membenarkan tugas luar atau aktiviti lain menghalang sumbangan kita kepada perniagaan kita

• Menawarkan dan menerima hadiah serta hiburan hanya jika hadiah itu:

‐ Disemak, diluluskan dan didokumentasikan dengan sempurna

‐ Wajar dari segi nilai dan kekerapan

‐ Mempunyai tujuan perniagaan yang sah

‐ Bukan bertujuan untuk mendapatkan kelebihan perniagaan yang tidak wajar

‐ Tidak menjejaskan pertimbangan kita

Semua percanggahan sebenar atau berpotensi mesti didedahkan untuk dikaji semula. Jika anda mempunyai kebimbangan percanggahan kepentingan, dapatkan panduan daripada Pegawai Etika & Pematuhan. Untuk maklumat lanjut, sila lihat dasar kita tentang percanggahan kepentingan.

Bersambung >

Page 37: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

36

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Mengelakkan Percanggahan Kepentingan (Bersambung)

Ujian Pantas Percanggahan KepentinganJika saya ambil tindakan ini, adakah saya akan:

• Berasa bertanggungjawab terhadap seseorang atau membuat mereka berasa bertanggungjawab terhadap saya?

• Tidak menghormati nilai-nilai kita?

• Berisiko mengkompromikan pertimbangan saya?

• Menjadikan tingkah laku kelihatan tidak wajar atau kesetiaan yang berbelah bagi?

• Menerima sedikit keuntungan peribadi atau faedah untuk diri saya, ahli keluarga atau kenalan rapat yang luar biasa atau melampau nilai atau kekerapannya?

Jika anda menjawab “ya” kepada mana-mana soalan ini, anda mungkin berhadapan dengan percanggahan kepentingan. Dapatkan panduan.

S: Saya mempunyai anak saudara yang baharu sahaja lulus dengan ijazah dalam bidang aeronautik. Jika kita mengambilnya bekerja, dia tidak akan melaporkan diri kepada saya. Adakah saya boleh mengesyorkannya jawatan?

J: Sesetengah daripada pekerja baharu kita datang daripada rujukan pekerja. Untuk mengelakkannya daripada kelihatan seperti tidak wajar, anda mesti mendedahkan hubungan anda kepada pengurus pengambilan pekerja. Anda tidak harus mengambil bahagian dalam proses pengambilan pekerja, supaya anak saudara anda boleh dinilai berdasarkan meritnya sahaja.

Page 38: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

37

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Reputasi dan keberkesanan perniagaan kita bergantung pada rekod yang jelas dan tepat sambil dijaga dan didedahkan mengikut prinsip yang diterima dan dasar yang ketat.

Mencipta, Mengekalkan dan Mendedahkan Rekod serta Akaun yang Tepat

MENGAPA IA MENYATUKAN KITA

Sama ada kita sedang menyediakan laporan tahunan Syarikat atau mengisi kad masa, kita memainkan peranan dalam mendukung komitmen UTC kepada penjagaan rekod yang tepat. Kita memahami kepentingan tanggungjawab ini. Kita tahu UTC bergantung pada rekod yang tepat, lengkap dan benar untuk membuat keputusan perniagaan yang baik. Begitu juga, pemegang saham kita bergantung pada rekod yang tepat dan telus bagi keputusan pelaburan mereka. Dengan mengekalkan rekod dengan baik dan mengikuti prinsip-prinsip perakaunan yang diterima berikut, kita memenuhi kewajipan undang-undang kita dan mengelakkan kerosakan reputasi, denda dan hukuman sivil atau jenayah. Kita juga menjadikan perniagaan kita lebih cekap dan lebih produktif, sambil mengesahkan kepercayaan yang diletakkan oleh pemegang kepentingan pada kita.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Kita mencipta, mengekalkan dan menghapuskan rekod dengan sempurna dan dengan integriti. Ini bererti kita:

• Merekodkan semua aset, liabiliti, pendapatan, perbelanjaan dan urus niaga perniagaan dengan tepat dan pada masanya, mengikut peraturan, prinsip perakaunan yang diterima umum dan dasar-dasar UTC

• Pastikan cadangan bajet dan penilaian ekonomi mewakili semua maklumat yang berkenaan secara adil

• Jangan buat entri yang tidak tepat atau mengelirukan dalam buku dan rekod kita

• Jangan simpan dana tunai atau aset lain secara rahsia atau yang tidak direkodkan

• Nasihatkan pelanggan dan pembekal mengenai ralat dan betulkannya dengan segera melalui kredit, bayaran balik atau cara lain yang boleh diterima

• Simpan dan hapuskan rekod mengikut dasar UTC dan keperluan undang-undang

• Lindungi sebarang rekod yang mungkin berkaitan dengan prosiding undang-undang

Sebarang pelanggaran rekod yang disyaki mesti dilaporkan. Anda boleh menghubungi penyelia, Pegawai Etika & Pematuhan, Jabatan Undang-undang atau Ombudsman UTC. Untuk maklumat lanjut, sila lihat Dasar Menyimpan Rekod dan Data.

Bersambung >

Page 39: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

38

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Mencipta, Mengekalkan dan Mendedahkan Rekod serta Akaun yang Tepat (Bersambung)

S: Walaupun dasar pengurusan rekod kita membenarkan kita untuk melupuskan sesetengah rekod selepas tempoh masa tertentu. saya telah menyimpan kebanyakan rekod saya selama ini—terutamanya rekod elektronik seperti e-mel—supaya selamat. Wajarkah tindakan ini?

J: Dasar pengurusan rekod UTC tidak “membenarkan” pelupusan rekod—ia biasanya memerlukan pelupusan selepas tempoh tertentu, bergantung pada jenis rekod. Dengan tidak melupuskan rekod pada masanya, anda buka sahaja melanggar dasar Syarikat, anda boleh membebankan sistem storan, mencipta ketakcekapan dan membuat kita terdedah kepada isu undang-undang. Walau bagaimanapun, terdapat dokumen tertentu yang mesti disimpan, seperti yang terlibat dengan perkara undang-undang sedia ada atau yang berkemungkinan atau tertakluk kepada penantian undang-undang rasmi. Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab untuk mengetahui dan mengikuti jadual penyimpanan bagi setiap rekod yang kita hadapi.

Page 40: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

39

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Kita melindungi harta intelektual UTC daripada penyalahgunaan, pelesapan, pemusnahan dan kehilangan.

Melindungi Harta Intelektual Kita

MENGAPA IA MENYATUKAN KITA

Melalui nilai teras inovasi kita, UTC telah mencipta salah satu daripada portfolio harta intelektual yang terbesar di dunia. Aset ini ialah hasil kerja keras kita setia hari, dan ia membentuk platform bagi inovasi dan pertumbuhan. Melindunginya adalah penting kepada matlamat kita untuk mencapai kecemerlangan kompetitif dan kepada masa depan perniagaan kita.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Kita melindungi harta intelektual UTC dengan:

• Menilai, menggunakan dan mendedahkan harta intelektual UTC (seperti rahsia perniagaan, ciptaan, data teknikal, pengetahuan, perisian, strategi, butiran kontra dan maklumat kewangan) hanya apabila diperlukan untuk menjalankan tugas kita dan sentiasa mengikut dasar dan prosedur UTC yang berkenaan

• Mendedahkan dengan segera kepada Syarikat semua ciptaan yang dicipta semasa bekerja dengan UTC, supaya ia dapat dinilai pada masanya untuk dipatenkan

• Mendedahkan maklumat proprietari kepada yang lain—walaupun dalam Syarikat—hanya jika anda perlu mengetahui maklumat tersebut dan kepada pihak ketiga hanya selepas perjanjian tidak mendedahkan atau perjanjian lain yang sesuai disediakan

• Mematuhi dasar dan prosedur UTC untuk maklumat proprietari yang dihantar secara elektronik dan bagi kegunaan media sosial

• Memahami dan mematuhi sebarang keperluan berkontrak atau kawal selia untuk pihak ketiga yang menerima maklumat proprietari kita terikat untuk melindunginya

• Memastikan bahawa perjanjian yang mengawal pemilikan harta intelektual dan hak lesen disediakan sebelum bekerjasama dengan pihak ketiga

• Jangan sekali-kali menggunakan atau berkongsi maklumat dalaman jika ia mewujudkan risiko atau kelihatan seperti perdagangan orang dalam

Bersambung >

Page 41: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

40

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Melindungi Harta Intelektual Kita (Bersambung)

Harta IntelektualHarta intelektual termasuk, sebagai contoh:

• Idea dan ciptaan

• Tanda dagangan, nama dagang dan logo

• Karya penulisan (seperti ilustrasi, tulisan, lukisan, dokumentasi dan perisian)

• Maklumat proprietari, bersifat teknikal dan perniagaan, termasuk:

‐ Data teknikal, reka bentuk dan pengetahuan

‐ Pelan perniagaan, pemasaran, jualan, pemerolehan dan harga

‐ Strategi perniagaan

‐ Maklumat penggabungan dan pemerolehan

‐ Butiran kontrak

‐ Maklumat kewangan

UTC melindungi harta intelektualnya secara global melalui pelbagai kaedah undang-undang, termasuk kontrak, paten, rahsia perniagaan, tanda dagangan berdaftar dan tidak berdaftar, hak cipta dan hak reka bentuk.

Maklumat DalamanMaklumat penting yang tidak diketahui umum (“dalam”) ialah maklumat tentang sebarang syarikat yang belum didedahkan kepada umum dan pelabur yang munasabah akan menganggapnya penting apabila membuat keputusan untuk memperdagangkan saham. Ia boleh termasuk:

• Hasil kewangan dan dividen

• Penganugerahan kontrak baharu

• Tuntutan mahkamah, penyelesaian atau litigasi yang belum selesai

• Inisiatif pemasaran atau produk baharu

• Perubahan pada pengurusan atasan

• Penggabungan atau pemerolehan yang dijangkakan

Melaporkan sebarang penyalahgunaan harta intelektual kepada penyelia, Pegawai Etika & Pematuhan, Jabatan Undang-undang atau Ombudsman UTC. Untuk maklumat lanjut, sila lihat Dasar Perlindungan Maklumat Proprietari, Perjanjian Harta Intelektual, Dasar Media Sosial, Dasar Perdagangan Saham dan Pelepasan Maklumat Penting yang Tidak Diketahui Umum, dan Manual Kewangan kita.

Page 42: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

41

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Kita mengambil tindakan untuk mencegah penyalahgunaan, pelesapan, pemusnahan, gangguan atau kehilangan harta intelek orang lain.

Menghormati Harta Intelektual Orang Lain

MENGAPA IA MENYATUKAN KITA

Seperti mana UTC menilai hak harta intelektualnya sendiri dan menjangkakan orang lain akan menghormati hak-hak tersebut, UTC menghargai dan menghormati hak harta intelektual orang lain yang sah. Ini termasuk semua bentuk harta intelektual, sama ada yang diamanahkan kepada kita oleh pelanggan, rakan niaga atau pembekal atau yang dimiliki oleh pesaing kita atau pihak ketiga yang lain. Dengan melindungi hak tersebut, kita bukan sahaja mematuhi tanggungjawab undang-undang kita, kita juga mengukuhkan lagi kepercayaan dan hormat yang ada pada orang lain terhadap UTC.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Kita menghormati hak harta intelektual orang lain dengan:

• Mengikuti semua dasar dan prosedur yang berkaitan dengan perlindungan maklumat proprietari dan harta intelektual lain

• Tidak meminta, menerima, menggunakan atau mendedahkan maklumat proprietari pelanggan, rakan niaga, pesakit kita atau pihak ketiga yang lain tanpa kebenaran

• Tidak meniru kerja orang lain—termasuk sebagai contoh, imej, penerbitan, video atau kandungan lain yang ditemui di Internet—melainkan kita mempunyai lesen untuk berbuat demikian

• Menghormati hak paten, rahsia perniagaan dan maklumat proprietari orang lain semasa proses penyelidikan dan pembangunan kita

• Mematuhi perjanjian lesen harta intelektual yang berkenaan dan terma berkontrak lain yang mengawal penggunaan dan pendedahan maklumat proprietari orang lain

• Mengiktiraf hak cipta, logo, tanda dagangan, nama dagang dan reka bentuk pihak ketiga dalam pemasaran dan penerbitan kita yang lain

• Melaporkan produk palsu dan jenayah harta intelektual yang lain

Untuk maklumat lanjut, lihat Dasar Perlindungan Maklumat Proprietari, Perjanjian Harta Intelektual dan Dasar Pematuhan Lesen Perisian kita.

Page 43: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

42

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Kita melindungi semua harta UTC daripada bahaya, kehilangan dan salah guna.

Melindungi Harta Syarikat

MENGAPA IA MENYATUKAN KITA

Aset UTC dicipta melalui kerja keras kita setiap hari. Ia menjadi sumber dan cermin inovasi dan pertumbuhan kita; ia penting kepada matlamat mencapai kecemerlangan setiap hari. Kita menghormati dan melindungi aset ini seperti kita menghormati dan melindungi harta peribadi kita sendiri. Kita menjaganya daripada salah kendali dan pelesapan. Kita tahu bahawa Syarikat dan pemegang saham kita bergantung pada kita untuk mengambil tanggungjawab peribadi bagi melindungi aset kita daripada salah guna.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Kita ialah pengawas yang bertanggungjawab bagi harta Syarikat. Ini bererti kita:

• Sentiasa kendalikan aset ketara kita dengan betul dan mengikut dasar UTC

• Mencegah kehilangan, pembaziran, pemusnahan, kecurian dan penyalahgunaan sumber Syarikat

• Menggunakan aset Syarikat hanya bagi tujuan perniagaan dan jangan sekali-kali untuk keuntungan peribadi

• Mengehadkan penggunaan peribadi bagi peralatan dan sistem komunikasi Syarikat

• Melaporkan keadaan apabila kita mengesyaki aset Syarikat menghadapi risiko

• Memastikan semua urus niaga dibenarkan oleh pihak pengurusan dan tertakluk kepada proses penyemakan dalaman dan kelulusan

• Mereka bentuk dan mengikuti kawalan dalaman yang membantu memastikan pelaporan kewangan yang tepat dan mematuhi sepenuhnya audit, penyiasatan, undang-undang dan peraturan

• Mencegah aset kewangan daripada digunakan untuk pengubahan wang haram atau pembiayaan pengganas dengan berwaspada terhadap tanda-tanda amaran dan mengikuti peraturan antarabangsa

Aset KewanganAset yang ketara ialah apa-apa yang fizikal yang disediakan oleh UTC kepada pekerja untuk menjalankan perniagaan, seperti kemudahan, kenderaan, komputer dan peranti elektronik lain, jentera, peralatan, wang tunai, bekalan pejabat dan kad ID.

Aset KewanganAset kewangan ialah wang, instrumen kewangan UTC atau apa sahaja yang boleh ditukarkan kepada wang.

Bersambung >

Page 44: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

43

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Melindungi Harta Syarikat (Bersambung)

Tanda-tanda Amaran Pengubahan Wang HaramBendera merah yang berkemungkinan untuk pengubahan wang haram termasuk tetapi tidak terhad kepada:

• Pelanggan membuat bayaran melalui berbilang akaun

• Permintaan untuk bayaran dibuat kepada akaun peribadi atau luar pesisir daripada akaun syarikat yang biasa

• Permintaan untuk bayaran dibuat pada waktu pelik atau dalam jumlah yang luar biasa

• Permintaan untuk pelbagai bayaran yang kesemuanya di bawah $10,000

Melaporkan sebarang penyalahgunaan aset Syarikat kepada penyelia, Pegawai Etika & Pematuhan, Jabatan Undang-undang atau Ombudsman UTC. Untuk maklumat lanjut, lihat Dasar Perdagangan Saham dan Pelepasan Maklumat Penting yang Tidak Diketahui Umum, Manual Dasar Korporat dan Manual Kewangan kita.

Page 45: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

44

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Kita mencari rakan niaga yang berkongsi komitmen yang teguh terhadap kecemerlangan dan komitmen kita untuk memenuhi atau melebihi keperluan pelanggan kita. Kita memupuk kepercayaan dan melayan rakan kita dengan integriti dan hormat, melindungi hak mereka dan pada masa yang sama meminta mereka mengekalkan standard etika yang tinggi sebagai rantaian bekalan bertaraf dunia.

Kita Membina Perkongsian yang Bertahan Lama

Memilih Rakan yang Sesuai

Menghormati dan Melindungi Hak Manusia

45

46

Page 46: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

45

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Kita memilih rakan niaga kita berdasarkan merit dan nilai yang dikongsi dan kita melayan mereka dengan adil.

Memilih Rakan yang Sesuai

MENGAPA IA MENYATUKAN KITA

Kita mencari rakan niaga yang boleh membantu kita mencapai matlamat perniagaan kita dengan menyediakan kepakaran, sumber, kecekapan dan inovasi untuk membantu kita menyediakan produk yang boleh dipercayai mengikut jadual. Kita juga mencari rakan yang berkongsi standard etika yang tinggi dan keghairahan kita untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Kita memilih rakan niaga kita melalui proses yang kompetitif tetapi adil. Ini bererti kita:

• Mencari rakan yang memenuhi standard keselamatan, integriti dan prestasi kita sambil mengotakan apa yang dijanjikan oleh mereka pada masanya dan mengikut bajet

• Menjalankan usaha wajar untuk memastikan rakan niaga utama yang berpotensi layak dan mempunyai reputasi baik sebelum kita berurusan dengan mereka dan memantau prestasi mereka selepas itu

• Menetapkan syarat-syarat prestasi yang jelas dan khusus dengan hasil yang boleh diukur

• Merasmikan hubungan secara bertulis supaya semua transaksi adalah telus dan direkodkan dengan betul dan rakan niaga bertanggungjawab untuk melaksanakan mengikut keperluan keselamatan, etika dan pematuhan kita

• Mencari peluang untuk perniagaan kecil, tidak beruntung, dimiliki oleh minoriti, dimiliki oleh wanita, dimiliki oleh veteran, kurang digunakan berdasarkan sejarah

Untuk maklumat lanjut, sila lihat Tatakelakuan Pembekal, Dasar Percanggahan Kepentingan, Dasar Kontrak dengan Pelbagai Perniagaan kita dan dasar kita tentang Hadiah Perniagaan daripada Pembekal.

Page 47: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

46

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Kita komited terhadap kewarganegaraan yang baik dan melibatkan diri dengan orang lain untuk menggalakkan keadaan bekerja yang lebih baik untuk semua.

Menghormati dan Melindungi Hak Manusia

MENGAPA IA MENYATUKAN KITA

Jejak global kita yang luas membolehkan kita untuk meninggalkan kesan kita dalam permintaan kita bagi keadaan kerja yang lebih selamat dan peluang yang sama rata di seluruh dunia. UTC mengambil langkah-langkah yang ketat dan rapi untuk melindungi pekerja di kemudahan kita sendiri. Tetapi kita juga boleh menggalakkan perubahan yang positif dengan menggalakkan rakan niaga dan masyarakat kita untuk turut menghormati hak manusia. Oleh itu, kita menghormati nilai-nilai teras kita dengan melibatkan mereka yang berkongsi komitmen kita untuk membantu menjadikan manusia selamat, selesa, produktif dan bergerak.

MENGAPA IA MENYATUKAN KITA

UTC menghormati dan melindungi hak manusia dengan:

• Memastikan keadaan bekerja yang selamat dan sihat untuk pekerjanya, berdasarkan apa yang paling ketat: Standard A.S, standard tempatan atau dasar UTC

• Jangan sekali-kali menggunakan buruh kanak-kanak atau buruh paksa dan sentiasa mencari rakan niaga yang berkongsi komitmen kita untuk melawan pemerdagangan manusia dan menyokong hak manusia

• Menggalakkan amalan mencari sumber secara bertanggungjawab dan menetapkan jangkakan bagi pembekal utama kita melalui Tatakelakuan Pembekal UTC, termasuk pembekal mesti memastikan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk pekerja mereka, mengelakkan diskriminasi, memastikan bahawa buruh kanak-kanak tidak digunakan dan mengelakkan pemerdagangan manusia

Untuk maklumat lanjut, sila lihat Tatakelakuan Pembekal, Dasar Pemerdagangan Manusia dan Dasar Mineral Konflik kita.

Page 48: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

47

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Produk kita membantu menjadikan kehidupan moden dapat dicapai. Ia juga membuat sesuatu menjadi lebih baik—dan itu misi yang setiap daripada kita juga bawa kepada masyarakat kita. Kita melindungi persekitaran yang kita kongsi dan mencari cara yang mampan untuk mencipta nilai. Kita juga menyokong peluang sukarela, usaha penambahbaikan sosial dan usaha amal yang bertenaga, memahami bahawa apabila masyarakat kita semakin kukuh, kita juga menjadi lebih kukuh.

Kita Melibatkan Diri dalam Masyarakat Kita

Melindungi Persekitaran

Menyumbang kepada Komuniti Kita

Menyertai Proses Politik

48

50

49

Page 49: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

48

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Kita menghormati semua undang-undang dan peraturan persekitaran yang berkenaan dengan kita, sambil mengejar matlamat-matlamat yang tinggi bagi pemuliharaan dan kelestarian.

Melindungi Persekitaran

MENGAPA IA MENYATUKAN KITA

Operasi global kita—dan terutamanya penggunaan banyak produk kita di bandar-bandar besar—telah menunjukkan kita tekanan yang meningkat yang dihadapi oleh persekitaran kita daripada pertumbuhan penduduk dan urbanisasi. Ia juga telah memberi kita peluang untuk menetapkan contoh yang berkuasa. Itu sebabnya kita tidak berpuas hati dengan hanya memenuhi kewajipan undang-undang kita apabila ia berkenaan dengan standard persekitaran. Kita mahu menjadi mangkin bagi perubahan positif, membuat kemajuan melalui inovasi dan menunjukkan kepada rakan setara dan masyarakat kita bahawa mengurangkan jejak persekitaran anda bukan sahaja baik untuk dunia, bahkan baik untuk perniagaan.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

UTC menggalakkan tanggungjawab dan kelestarian persekitaran. Ini bererti kita:

• Mengikuti semua undang-undang persekitaran yang berkenaan, mempunyai kebenaran setiap masa, melaporkan sebarang kejadian dan melupuskan sisa berbahaya dengan selamat

• Mencari peluang untuk memulihara tenaga, air dan bahan

• Bekerja untuk mereka bentuk dan menghasilkan produk yang mengukuhkan komitmen kita terhadap pemuliharaan

• Mereka bentuk enjin, lif dan sistem pemanas dan pendingin yang mengurangkan emisi dan menggalakkan kelestarian

• Menjangkakan pembekal utama kita untuk meningkatkan amalan-amalan yang mampan

• Menetapkan matlamat yang mendorong kita dan pembekal utama kita untuk berusaha membuat penambahbaikan secara tetap dalam pemuliharaan dan kelestarian

• Berusaha secara peribadi untuk mencari cara baru kita boleh memulihara sebagai individu

Jika anda mempunyai kebimbangan tentang isu persekitaran, sila hubungi penyelia, profesional Kesihatan & Keselamatan Persekitaran (EH&S), Pegawai Etika & Pematuhan atau Ombudsman UTC. Untuk maklumat lanjut, sila lihat dan Tatakelakuan Pembekal.

Page 50: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

49

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Kita merupakan rakan aktif dalam masyarakat kita, menyumbang masa, sumber dan bakat kita secara sukarela untuk membantu mereka berkembang.

Menyumbang kepada Komuniti Kita

MENGAPA IA MENYATUKAN KITA

UTC beroperasi dalam skala global. Tetapi kita juga mendapat kekuatan dan inspirasi daripada masyarakat tempatan kita—tempat di mana kita bekerja dan tinggal. Kita berusaha untuk menggalakkan pertumbuhan dan kesegaran memalui penglihatan yang positif dengan jiran tetangga kita, meningkatkan perasaan saling hormat menghormati dan percaya mempercayai serta pada masa yang sama, meningkatkan reputasi dan usaha mengambil pekerja.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

UTC ialah warga korporat yang bertanggungjawab dalam masyarakat yang kita beroperasi. Ini bererti kita:

• Menggalakkan dan meraikan peranan aktif yang dimainkan oleh pekerja kita dalam masyarakat kita sebagai sukarelawan, mentor dan pekerja amal

• Melibatkan diri dalam kerja amal dan sivik yang berbaloi, memeriksanya dahulu bagi memastikannya sah

• Jangan sekali-kali meminta apa-apa sebagai balasan bagi sumbangan amal

Untuk maklumat lanjut, sila lihat Dasar Sumbangan Amal dan Bersifat Dermawan.

S: Saya akan menjadi seorang sukarela di pencarian dana amal pada hujung minggu ini. Adakah wajar jika saya mewakili diri saya sebagai seorang pekerja UTC kerana saya tahu Syarikat ini telah menjadi penyokong badan amal ini sekian lama?

J: Walaupun Syarikat juga menyokong badan amal anda, anda tidak harus menghadiri sebarang acara sebagai wakil UTC rasmi tanpa kebenaran untuk berbuat demikian diperoleh terlebih dahulu. Hubungi pihak pengurusan anda terlebih dahulu untuk kebenaran dan mungkin akan boleh mendapatkan Syarikat untuk menyokong acara tersebut secara rasmi.

Page 51: KEPERCAYAANINTEGRITI HORMAT INOVASI … · bertindak sebagai asas budaya kita: kepercayaan, integriti, ... Penepian 10 Legasi Inovasi dan Integriti 11. 4 ... secara tersurat dan

50

UNITED TECHNOLOGIES DISATUKAN OLEH NILAI

Kita mematuhi semua undang-undang negara, negeri dan tempatan yang mengawal penyertaan korporat dalam hak ehwal politik dan kita menggalakkan pekerja untuk terlibat dalam proses politik sebagai rakyat biasa.

Menyertai Proses Politik

MENGAPA IA MENYATUKAN KITA

Sebagai sebuah syarikat, kita bekerja rapat dengan kerajaan di seluruh dunia dan mempunyai kepentingan dalam kesudahan politik. Kita mengambil bahagian sebagai sebuah syarikat dalam proses politik tetapi kita berbuat demikian secara bertanggungjawab. Kita memahami dan menghormati had undang-undang ke atas syarikat dan mengikuti peraturan yang tersurat dan tersirat. Pada masa yang sama, kita menyokong sepenuhnya pekerja kita dalam mematuhi tanggungjawab sivik mereka dengan kekal termaklum dan menyumbangkan masa atau sokongan kewangan mereka kepada aktiviti politik.

BAGAIMANA KITA MENJADIKANNYA KENYATAAN

Kita terlibat dengan politik secara sah dan beretika, sebagai sebuah perniagaan dan sebagai individu. Ini bererti kita:

• Mematuhi semua had undang-undang tentang sumbangan korporat kepada parti, jawatankuasa politik dan calon individu

• Apabila melibatkan diri dalam politik sebagai rakyat biasa, kita menjelaskan bahawa pandangan dan tindakan kita ialah pandangan dan tindakan kita sendiri, dan bukan UTC

• Memaklumkan Pejabat Etika & Pematuhan jika bertanding untuk jawatan sebagai individu bagi mengelakkan percanggahan kepentingan yang berpotensi

• Memahami peraturan melobi dan mengelak daripada menghubungi pegawai kerajaan tanpa kebenaran jelas dan memahami tentang keperluan pelaporan dan pendedahan umum

• Jangan buat sumbangan politik bagi pihak UTC atau menggunakan dana Syarikat melainkan dibenarkan oleh undang-undang dan kita telah menerima kelulusan awal daripada Jabatan Undang-undang

Untuk maklumat lanjut, sila lihat Dasar Hubungan Kerajaan.

PenafianTatasusila tidak mengurniakan sebarang hak berkontrak, sama ada tersurat atau tersirat, untuk kekal bekerja dengan Syarikat. Ia juga tidak menjamin sebarang terma dan syarat yang tetap bagi pekerjaan anda.