Keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kepada Allah s.w.t

download Keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kepada Allah s.w.t

of 13

Transcript of Keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kepada Allah s.w.t

  • 8/6/2019 Keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kepada Allah s.w.t

    1/13

  • 8/6/2019 Keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kepada Allah s.w.t

    2/13

    Justeru, dalam tulisan ini, pengkaji ingin membincangkan ciri keperibadian GCPI ini kepadaAllah S.W.T. yang menjadi subjek kajian dalam tulisan ini.

    OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

    Kajian ini dijalankan untuk melihat objektif berikut iaitu untuk melihat ciri keperibadianGCPI kepada Allah S.W.T. di kelas dan sekolah. Manakala persoalan kajian pula menyentuhkepada iaitu, "Apakah ciri keperibadian GCPI kepada Allah S.W.T. ketika berada di kelasdan sekolah?

    METODOLOGI KAJIAN

    Perbincangan metodologi kajian adalah menyentuh kepada pendekatan dan jenis kajian, sampelkajian, dan kebolehpercayaan kajian. Kajian ini merupakan kajian melalui pendekatan kualitatif dengan pemilihan jenis kajian kes atau lebih tepat lagi sebagai kajian pelbagai kes ( multiplecase ) atau dikenali sebagai kajian pelbagai tempat lapangan ( multisite studies ). Kajian pelbagaikes menurut Merriam (2001) adalah kajian yang melibatkan pelbagai tempat lapangan kajian.Data yang dikumpul dan dianalisis adalah datang daripada pelbagai tempat lapangan. Dataseperti ini menurut Merriam lagi dapat meningkatkan kesahan luaran atau generalisasi dapatankajian. Kajian ini seterusnya menggunakan tiga kaedah pengumpulan data, iaitu kaedah temu

    bual terhadap GCPI, pengetua, dua orang rakan, dan dua orang pelajar GCPI sebagai datautama. Manakala kaedah pemerhatian terhadap sampel kajian dan kaedah analisis dokumendilaksanakan bagi menyokong data temu bual. Selain itu, nota lapangan dan diari jugadigunakan untuk memperkukuhkan ketiga-tiga data tersebut.

    Pemilihan sampel kajian pengkaji menggunakan persampelan bertujuan ( purposive sampling ), iaitu kelompok responden yang mewakili populasi yang hendak dikaji dikenal pastidan kesemua individu dalam kelompok tersebut diambil kira sebagai sampel (Sabitha 2005).Oleh itu, pengkaji mengenal pasti lapan buah sekolah yang terdapat GCPI yang disenaraikanoleh Majlis Guru Cemerlang Malaysia (2007). Mengikut Majlis Guru Cemerlang, pada tahun2006 terdapat 32 orang GCPI yang termasuk dalam kajian ini. Namun daripada 32 orang ini,hanya lapan orang sahaja yang dipilih dalam kajian kes ini berdasarkan perkara berikut:(a) GCPI mestilah dalam pangkat DG 48 atau 52 supaya tahap keupayaan dan kecemerlangan

    boleh dianggap hampir sama untuk menghasilkan dapatan yang agak bersamaan; (b) GCPImestilah mengajar tingkatan 4, 5 atau 6 atas atau 6 bawah. Oleh itu, GCPI yang hanyamengajar tingkatan 1, 2 dan 3 tidak termasuk dalam kajian ini. Pemilihan pelajar daripadatingkatan 4 dan ke atas berdasarkan kematangan mereka yang lebih untuk sesi soal selidik dan temu bual (Abdullah Nasih Ulwan 1998); (c) GCPI juga mestilah mengajar subjek PendidikanIslam, Syariah, Usuluddin dan Tasawwur Islam; (d) GCPI mewakili daripada pelbagai jenissekolah dan lokasi, iaitu sama ada sekolah menengah bandar atau luar bandar, sekolah jenisagama atau jenis kebangsaan, sekolah harian atau berasrama, sekolah di pantai barat atau timur semenanjung Malaysia, dan sekolah di utara atau tengah semenanjung. Bahagian selatanSemenanjung Malaysia tidak mempunyai wakil GCPI sebagaimana yang tercatat dalamsenarai Majlis Guru Cemerlang Malaysia (2007) (e) Pengkaji juga memilih lapan orang GCPIyang paling senior daripada kategori (a), (b), (c) dan (d) kerana pengalaman mereka yanglebih berbanding yang junior dalam GCPI.

  • 8/6/2019 Keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kepada Allah s.w.t

    3/13

    Ciri utama bagi menentukan kesesuaian dan kebolehgunaan sesuatu instrumenialah kesahan dan kebolehpercayaan. Dalam kajian ini, Kesahan muka dan keboleh

    percayaan yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian kualitatif ini melibatkan beberapalangkah sebagaimana yang dicadangkan oleh Bogdan & Biklen (2003), iaitu pengesahaninventori soalan separuh berstruktur oleh penyelia dan pakar bidang, kajian rintis,triangulasi data, laporan nota lapangan dan diari, pengesahan pakar terhadap tema yangdibina, serta pengiraan Cohhen Kappa terhadap tahap persetujuan pakar terhadap tema.Triangulasi data dalam kajian ini melibatkan triangulasi antara lapangan kajian,triangulasi antara data tembual GCPI dengan temubual bersama pengetua, dua rakan gurudan dua pelajar GCPI, triangulasi antara data temubual dengan data pemerhatian sertaanalisis dokumen yang disokong oleh nota lapangan dan diari pengkaji. Setelah semuahasil transkrip telah disahkan serta disusun semula, begitu juga laporan nota lapangan dandiari telah siap, pengkaji mula menyusun tadbir data tersebut untuk mendapatkan temadapatan kajian dengan bantuan program NVivo 7.0. Sebaik sahaja semua data diproses,dan data keseluruhan serta pola dapatan kajian dihasilkan, pengkaji menyediakan satu set

    borang persetujuan pakar terhadap tema yang dibina oleh pengkaji. Persetujuan pakar terhadap tema yang dibina ini penting menurut Cohen (et.al. 2000; lihat Jadual 1) kerana

    pakar merupakan interater (persetujuan antara penilai), iaitu orang luar yang mengesahkan pembinaan tema yang dilakukan oleh pengkaji selaku pendidik (Cohen et al. 2000).

    Jadual 1 Indikator Tahap Persetujuan Cohen Kappa

    Indikator Nilai Cohen KappaSangat tinggiTinggi

    SederhanaRendah

    > 0.900.70-0.89

    0.30-0.69< 0.30Sumber: Wiersma (1991)

    Jadual 2 Sanarai Panel Pakar Analisis Persetujuan Pembinaan Tema Data Kualitatif

    Bil. Nama Wakil Jawatan danKelayakan

    Kepakaran TahapPersetujuan

    (Cohen Kappa)

    1. Pakar A Institute of Education, IIUM Pembantu Professor, Dr. Pendidikan Islam 0.94

    2. Pakar B

    Dep. of Education

    Foundation andHumanities, FP, UM

    Pensyarah Kanan,Ketua Jabatan, Dr.

    Pendidikan Guru

    dan PendidikanIslam 0.92

    3. Pakar C Fakulti PengajianPendidikanPensyarah Kanan,Ketua Jabatan, Dr.

    Pendidikan Islam,Pendidikan Nilai,dan Pedagogi

    0.92

    Sumber: Borang persetujuan pakar Pendidikan Islam terhadap tema data kualitatif 2009

    Berdasarkan Jadual dua sebanyak tiga orang pakar kualitatif dalam bidangPendidikan Islam yang telah dilantik untuk menjadi interater terhadap tema yang dibina.Hasil daripada penilaian pakar ini menunjukkan bahawa pembinaan tema yang dilakukanoleh pengkaji mencapai tahap pengukuran Cohen Kappa pada tahap melebihi 9.0 (sangat

  • 8/6/2019 Keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kepada Allah s.w.t

    4/13

    tinggi). Pencapaian tahap persetujuan yang sangat tinggi mengikut penilaian Cohen Kappa iniadalah merupakan bukti terbaik bagi menentukan kebolehpercayaan yang tinggi data kajian.

    DAPATAN KAJIAN

    Soalan separuh berstruktur tentang Apakah ciri keperibadian kepada Allah S.W.T. yang kamu dapati ada pada GCPI? serta proses pemerhatian di dalam kelas oleh pengaji sertaanalisis dokumen khususnya melalui tulisan GCPI telah menghasilkan pola sifat keperibadianGCPI kepada Allah S.W.T. dari Jadual 3 hingga Jadual 7.

    Berdasarkan Jadual 3, Sifat pertama dan tertinggi yang terdapat kepada GCPIialah keperibadian kepada Allah S.W.T. ialah amanah. Berdasarkan analisis data,

    pengkaji mendapati kesemua responden memilih amanah sebagai akhlak GCPI kepadaAllah S.W.T. yang terjelma pula sifat ini dalam tindakannya kepada rakan setugas dan

    para pelajar. Ini bermaksud sifat ini boleh dilihat dari segi rangka hubungan manusiakepada Allah S.W.T. dan rangka hubungan antara manusia dengan manusia.

    Jadual 3 Pola Keperibadian GCPI Kepada Allah Melalui Sifat Amanah

    Sek. Data Temubual Observasi DokumenGCPI P1 P2 G1 G2 P/PK OB AD

    S1 x - x x - x x -S2 x - - x - - - -S3 x x - - - - - xS4 x - x x x - - -S5 - x - - - - x -S6 - - - x - x - -

    S7 x - - - x - - -S8 x x x x x - -

    Keterangan: x bermakna mewakili data. S1-S8 Sekolah 1 hingga Sekolah 8, Guru Cemerlang Pendidikan Islam, P pelajar, G guru,P/PK Pengetuan/Penolong Kanan, AD Analisis Dokumen, dan OB Observasi.

    Amanah sebagai keperibadian kepada Allah S.W.T. merujuk kepada tugas P&Padalah amanah Allah S.W.T. yang akan ditanyakan di akhirat dari segi kesempurnaannya(GCPI1 2008: 1155; P1S3 2008: 326; P2S4 2008: 483). Justeru, jika ada yang tertinggalkerana kerja-kerja di luar sekolah, maka kelas itu perlu diganti dengan kelas tambahan diluar waktu sekolah (P2S1 2008: 241; P2S4 2008: 428; G2S4 2008: 155; G1S4 2008: 73;G2S7 2008: 211; PS6 2008: 192). Ini adalah hasil daripada pegangan amanah yang dapatdilihat dari sudut manusia. Ini disebabkan pengajaran agama adalah tanggungjawab bagi

    ustaz atau ustazah yang diamanahkan Allah. Maksud ini terkandung dalam kata-kataseorang pelajar dalam memperihalkan GCPI beliau:

    (GCPI:K/KGKA/AMNH) Mungkin perkara pertama yang dia rajin bercakap adalahamanah, ustazah cakap dia perlu, apa orang kata, langsaikan pula dah, apa itu, ustazahkenalah, mengajar itu sebab itu adalah amanah daripada Allah. Yang itu memang diaselalu tekankan dalam kelas, sebab itu dia selalu minta halal daripada kami, kalau diatinggal kami, dia kata, ni adalah tanggungjawab dia sebagai seorang pendidik, macammana dia nak jawab dengan Allah nanti kalau dia tinggalkan kami, ha, itu memang,mungkin dorongan dia adalah amanah, tugas dia datangnya dari Allah...

    P2S4 2008: 483

  • 8/6/2019 Keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kepada Allah s.w.t

    5/13

    Kata-kata P2S4 memperlihatkan bagaimana dia menggambarkan sifat amanahyang ada pada GCPI beliau dengan Allah S.W.T. dengan menyatakan macam mana dianak jawab dengan Allah S.W.T. Ada pula rakan guru yang memberikan sifat amanahkepada GCPI2 dan GCPI4 dengan penjelasan bahawa GCPI ini adalah seorang yangamanah. Sedangkan amanah ini adalah lambang atau ciri takwa. Orang yang takwa, diatidak bertindak menjaga amanah dengan tidak mencuri masa P&P dengan tidak hadir ataulewat supaya dapat gaji bersih kerana takut dengan kemurkaan Allah S.W.T. jika mendapatgaji yang tidak bersih (G2S1 2008: 187; G2S4 2008: 155). GCPI2 dan GCPI4 sendirimenganggap keperluan amanah dalam P&P kerana ini juga adalah konsep ibadat dantanggungjawab kepada Allah S.W.T. yang menyentuh hubungan kerohanian hamba kepadaAllah S.W.T. dan perlu ada kepada seorang guru (GCPI2 2008: 418, 431, 695; GCPI4 2008:146). GCPI4 menambah bahawa dia merasa bersalah (berdosa) jika tidak datang kelas. Olehsebab itu, P&P beliau menjadi keutamaan dan beliau sedaya upaya tidak akanmeninggalkan kelas sekalipun ada tugas di peringkat JPN atau PPD atau dari sekolah lainyang memerlukan kepakaran beliau (GCPI4 2008: 112).

    Jadual 4 pula menunjukkan data yang mewakili gambaran sifat ikhlas GCPIkepada Allah S.W.T. Ikhlas walaupun tidak dapat dinilai dan diukur secara zahir tetapi

    para responden melihat terdapat keikhlasan kepada GCPI daripada tingkah laku merekayang berkaitan yang melambangkan keikhlasan mereka serta daripada pengakuanresponden sendiri tentang kepentingan ikhlas dalam diri mereka.

    Jadual 4 Pola Keperibadian GCPI Kepada Allah Melalui Sifat Ikhlas

    Sek. Data Temubual Observasi DokumenGCPI P1 P2 G1 G2 P/PK OB AD

    S1 x x - - - - - -S2 - - - x x - - -S3 - - x - - - - -S4 - - - - x - - xS5 x x - - x - x -S6 x - - - - - - -S7 x x x x x x - -S8 x x - x x - - -

    Keterangan: x bermakna mewakili data. S1-S8 Sekolah 1 hingga Sekolah 8, Guru Cemerlang Pendidikan Islam, P pelajar, G guru,P/PK Pengetuan/Penolong Kanan, AD Analisis Dokumen, dan OB Observasi.

    Sebagai contoh para pelajar dan rakan guru memberikan sifat ikhlas ini kepada GCPIkerana melihat kesungguhan GCPI dalam P&P yang tidak mengharapkan balasan, tetapiingin melihat para pelajar berjaya (P1S1 2008: 172; G2S2 2008: 320; G2S4 2008: 63, 119;P1S5 2008: 174; PKS7 2008: 255; P2S7 2008: 166; P1S8 2008: 366). Begitu juga dari segimenolong para pelajar yang susah rakan guru dan para pelajar melihat GCPI menolongmereka dari segi memberi buku rujukan dan sebagainya tanpa berkira dan meminta duit (G1S22008: 203). Ada rakan GCPI yang menilai keikhlasan berdasarkan GCPI bersedekah untuk membangunkan surau dengan duit belanjanya yang banyak tanpa diketahui oleh sesiapa (G1S22008: 220). Begitu juga dari segi pelaksanaan apa sahaja tugasan dan P&P, GCPI melakukantugas sama ada orang nampak atau tidak dengan bersungguh-sungguh (G2S4 2008: 82; G2S82008: 176; G1S7 2008: 145). Pengukuran keikhlasan juga boleh dilihat apabila GCPI menegaskan

    bahawa kalau beliau buat kerja tidak ikhlas kerja beliau tidak boleh jadi ibadat bahkan tidak

  • 8/6/2019 Keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kepada Allah s.w.t

    6/13

    mampu memberi kesan kepada para pelajar agar menjadi contoh ikutan (P2S3 2008: 341;ADS4 2008: 852; GCPI8 2008: 678).

    Sifat ketiga dan keempat yang tertinggi ialah takwa dan beramal dengan ilmuyang dimiliki. Sifat yang keempat itu sebenarnya adalah definisi kepada makna takwa itusendiri. Namun pengkaji mengasingkan kedua-duanya berdasarkan penilaian yang

    berbeza responden terhadap GCPI antara kedua-dua sifat ini. Oleh itu, tidak timbul isutidak terdapat data dicatat dalam kedua-dua sifat ini pada GCPI di S1 dalam Jadual 5 danS4 dalam Jadual 6 kerana kedua-dua sifat adalah gambaran antara satu sama lain.

    Jadual 5 Pola Keperibadian GCPI Kepada Allah Melalui Sifat Takwa

    Sek. Data Temubual Observasi DokumenGCPI P1 P2 G1 G2 P/PK OB AD

    S1 - - - - - - - -

    S2 x - - x - - - -S3 - x - - - - - -S4 x x x - x - - -S5 x - x - x - - -S6 - x - - - - - -S7 - x x x x - -S8 x x - - - - - -

    Keterangan: x bermakna mewakili data. S1-S8 Sekolah 1 hingga Sekolah 8, Guru Cemerlang Pendidikan Islam, P pelajar, G guru,P/PK Pengetuan/Penolong Kanan, AD Analisis Dokumen, dan OB Observasi.

    Jadual 6 Pola Keperibadian GCPI Kepada Allah Melalui Sifat Beramal Berasalkan Ilmu

    Sek. Data Temubual Observasi DokumenGCPI P1 P2 G1 G2 P/PK OB AD

    S1 - x - - - - - -S2 - - - x - - - -S3 - x - x - x - -S4 - - - - - - - -S5 x - - - - - - -S6 - x - x - - - -S7 x - - - - x - -S8 x - - - - x - -

    Keterangan: x bermakna mewakili data. S1-S8 Sekolah 1 hingga Sekolah 8, GCPI Guru Cemerlang Pendidikan Islam, P pelajar, G guru, P/PK Pengetuan/Penolong Kanan, AD Analisis Dokumen, dan OB Observasi.

    Kebanyakan responden rakan guru dan pelajar mengiktiraf GCPI sebagai orangyang bertakwa di sisi Allah kerana tidak mencuri masa P&P dengan datang lewat atau

    ponteng kelas atau apa yang dipanggil sangat menjaga amanah Allah S.W.T. (G1S22008: 183; G2S4 2008: 155; G2S4 2008: 155) Di samping itu, GCPI sentiasa memastikanamalan agamanya dan para pelajarnya seperti solat malam tidak ditinggalkan (P1S32003: 394; P1S4 2008: 297; G2S5 2008: 107; G2S7 2008: 221; PKS7 2008: 261) danmenjaga penampilan yang menggambarkan pegangan syairat (P1S8 2008: 360). Begitu

    juga terdapat rasa bimbang amal ibadatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T. (P2S4 2008:355), bimbang dengan laknat-Nya (P1S6 2008: 210), dan sangat menjaga perkara yangsubhat apatah lagi yang haram (P2S5 2008: 240), serta sangat suka menimba ilmu agamawalau pun mereka telah sendiri telah ada gelaran guru agama (G1S7 2008: 145). Dalam

  • 8/6/2019 Keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kepada Allah s.w.t

    7/13

    hal menceritakan hal takwa yang wujud kepada GCPI, contoh gambaran cerita ini sangat jelas menghuraikan sifat takwa tersebut:

    (GCPI:K/KGKA/TKW) Ha ketaqwaan ini rasanya tinggilah. Kalau hendak kategorikanorang yang beriman dan orang yang bertaqwa ini taraf dia tinggilah. Sebab dari segi ilmuyang dia dapat, amalan seharian yang dia lakukan kemudian sikap tidak mementingkan dirisendiri, ikhlasan pada dia, memang tingkatan ketaqwaan dia memang tinggi Cuma apabila dia

    bergaul dengan kita dia tidak menunjukan ketaqwaan macam orang yang taqwa ini diahendak mengasingkan diri tapi bagi dia ada sifat itu tapi apabila dia berdamping dengankita dia cuba secara bersosial dia tidak lupa sosial ha itu yang sikap taqwa dia itu.

    G2S5 2008: 107

    Dalam perbualan ini, gambaran takwa diberikan kepada GCPI5 adalah pada peringkattinggi kerana ilmu dan amalnya yang banyak dan keperibadian yang baik seperti tidak mementingkan diri lagi bersifat ikhlas. Di samping itu, GCPI5 juga dikatakan bertakwa tetapi

    dalam masa yang sama beliau tidak meninggalkan aktiviti bersosial bersama rakan-rakan guru.Selain daripada penjelasan rakan guru dan pelajar, GCPI sendiri menganggap takwa adalahsatu sifat yang penting bagi dirinya yang merupakan seorang guru Pendidikan Islam. Melaluitakwa kesedaran sebagai hamba kepada Tuhan yang memberi amanah dapat dirasa (GCPI22008: 418; GCPI8 2008: 678) di samping mendorong untuk membuat apa yang disuruh danmeninggalkan apa yang dilarang, iaitu berbalik kepada sifat keempat keperibadian kepada AllahS.W.T. (GCPI2 2008: 418). Takwa juga menurut GCPI adalah hubungan hati terhadap kehadiranTuhan (GCPI5 2008: 558), dan menjadi sesuatu amalan diberkati (GCPI4 2008: 357).

    Sifat yang kelima daripada sifat keperibadian GCPI kepada Allah S.W.T. ialah sifatkhusyuk dan tawaduk (lihat Jadual 7). Khusyuk dalam hubungan dengan keperibadian dirikepada Allah S.W.T. membawa maksud kerendahan diri, iaitu sama makna dengan tawaduk.

    Jadual 7 Pola Keperibadian GCPI Kepada Allah Melalui Sifat Khusyuk Dan Tawaduk

    Sek. Data Temubual Observasi DokumenGCPI P1 P2 G1 G2 P/PK OB AD

    S1 x - - - - - - -S2 - - - x - - - -S3 - - - x - - - -S4 - - x - - - - -S5 - - - - x - - -S6 - - - - - - - -S7 - x x - - x -

    S8 - - - - x - - -Keterangan: x bermakna mewakili data. S1-S8 Sekolah 1 hingga Sekolah 8, Guru Cemerlang Pendidikan Islam, P pelajar, G guru,P/PK Pengetuan/Penolong Kanan, AD Analisis Dokumen, dan OB Observasi.

    Sifat tawaduk ini juga diperakukan oleh rakan guru dan para pelajar terhadap GCPI(G1S2 2008: 42; G1S3 2008: 278; P2S4 2008: 353; P1S7 2008: 221; G2S8 2008: 103)sehingga tidak terkesan dengan pujian (G1S7 2008: 156; OS7 2008: 143). Namun begitu,tidak terdapat satu pun data temubual yang menyokong sifat ini kepada GCPI6. Sebagaicontoh, GCPI1 mengakui sifat khusyuk dan tawaduk kepada Allah S.W.T. ini tidak bolehlari daripada dalam diri jika ingin menjadi cemerlang. Beliau menjelaskan:

  • 8/6/2019 Keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kepada Allah s.w.t

    8/13

    (GCPI:K/KGKA/KSYKTWDK) Dia kalau kita sebut sifatlah maknanya sifat ikhlas, sifatrendah diri dan tawaduk, khusyuk. Itu tidak boleh larilah. Maknanya dalam contoh yang kita bolehsebut, kalau cikgu, dia kena tulus dan ikhlas ketika dia mengajar, ketika dia berkomunikasi dengan

    kawan, rakan dan sebagainya. Begitu juga dia kena rendah diri dan qonaah kan. Maknanyadia tidak perlu tonjol apa yang dia boleh buat, apa yang dia buat, tetapi yang penting ialah diakena memikirkan apa matlamat, perutusan kepada apa yang dia buat tu, pendidikan dia tu,

    pengajaran dan pembelajaran dia tu, untuk pelajar dia tu. Kalau dia nak hukum ke, kalau dianak menyampaikan pelajaran dia ke, dia nak right paper pelajar dia tu ke. Maknanya, di situsaya nak nampakkan macammana rendah diri dan qonaah tu. Di situ yang kata hubungan kitadengan Allah, yang kita meletakkan harapan kita, tawakal kita kepada Allah. Jadi, itulah yangmenjadikan hubungan kita dengan Allah dan apa yang kita dapat daripada orang lain untuk menjadikan kecemerlangan kita. Di situ kita tak boleh nilai. Orang lain yang nilai.

    GCPI1 2008: 952

    Penjelasan GCPI1 ini menunjukkan bagaimana hubungan antara pekerjaandengan sifat ikhlas, qonaah, dan rendah diri kepada Allah S.W.T. Apa yang pentingkepada beliau ialah matlamat yang ingin dicapai di sisi-Nya. Apabila usaha telahdijalankan, sifat rendah diri dan tawakal kepada Allah menjadi tunggak kepadanya agar usaha beliau benar-benar diterima sehingga mampu membawa kejayaan kepara para

    pelajar. Kejayaan pelajar yang cemerlang itu sendiri menjadi lambang kecemerlangan diritanpa perlu diwar-war atau ditunjuk-tunjukkan.

    Semua perbincangan dapatan kajian ini telah menghuraikan objektif kajian, iaitumelihat keperibadian GCPI kepada Allah S.W.T. ketika di dalam kelas dan sekolahmelalui soalan kajian: "Apakah ciri keperibadian GCPI kepada Allah S.W.T. ketika beradadi kelas dan sekolah?

    PERBINCANGAN KAJIAN

    Ali Murad (2003) menjelaskan bahawa dalam keperibadian keperibadian seorang guruagama yang baik kepada Allah S.W.T. mestilah memenuhi ciri berikut, iaitu keimanan,ikhlas, istiqamah, takwa, khusu dan takut, cinta, bersikap tawaduk dan menjauhi ujub,hidup zuhud (sederhana) dan suci daripada pekerjaan yang syubhat, tenang dan sopan,sentiasa muraqabah (merasakan Allah S.W.T. sentiasa bersama melihat diri) sibuk

    berfikir tentang hak Allah S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dalam beribadat danmenegak syiar-Nya dan takut terjerumus ke lembah dosa.

    Keperibadian kepada Allah S.W.T. ini disenaraikan oleh Ali Murad berdasarkanayat al-Quran dan hadis. Pada hakikatnya keperibadian yang tidak boleh nampak denganzahir mata responden. Penilaian yang diberikan pula hanya berkisar kepada pengakuan

    GCPI dan penilaian responden lain terhadap manisfestasi daripada keperibadian sedia adayang menjadikan pengukur kepada keperibadian ini antara GCPI dengan Allah S.W.T.Sebagai contoh tidak mengharapkan balasan dan bayaran terhadap pemberian dansedekah GCPI kepada para pelajar diakui sendiri sebahagian GCPI bahawa mereka hanyamengharapkan pahala di sisi Allah S.W.T. terhadap pemberian tersebut. Sifat ini jugadiceritakan oleh responden pelajar yang menjelaskan bahawa GCPI mereka ikhlas buatkelas tambahan dengan menyediakan makannya sekali tanpa meminta bayaran.

    Pola data kualitatif menunjukkan bahawa terdapat lima sifat keperibadian GCPI diS1-S8 terhadap Allah S.W.T. yang merangkumi, sifat amanah, ikhlas, takwa, beribadatkepada-Nya, khusyuk dan tawaduk. Kelima-lima sifat ini pada dasarnya adalah selarasdengan apa yang disenaraikan oleh Ali Murad (2003). Sifat amanah bersamaan dengan

  • 8/6/2019 Keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kepada Allah s.w.t

    9/13

    meninggalkan perkara shubhat dan haram dalam pekerjaan melalui menepati masa dantidak ponteng mengajar di dalam kelas, atau waktu yang tidak dapat hadir digantikannya

    pada waktu yang lain. Ikhlas dan takwa terkandung di dalamnya juga sifat keimanan, muraqabah ,dan cinta kepada Allah S.W.T., melakukan ibadat secara bersungguh, menegakkan syiar Allah, dan takut terjatuh dalam perkara haram. Akhir sekali khusyuk dan tawaduk terkandung

    pula khusyuk dan takut, zuhud atau bersederhana dalam kehidupan.

    IMPLIKASI KAJIAN

    Berdasarkan pola dapatan kajian, pengkaji mendapati terdapat satu model KeperibadianGCPI kepada Allah S.W.T. (MKCGCPI-KA) yang terdiri daripada sifat asasi dan sifatsokongan yang juga penting dalam rangka keperibadian GCPI kepada Allah S.W.T. Sifatasasi ini bermaksud, mengikut data sifat ini mewakili keseluruhan GCPI dalam kajian, olehitu sifat ini tidak boleh tidak mesti dimiliki oleh semua guru Pendidikan Islam yang ingincemerlang. Manakala sifat sokongan pula merujuk sifat ini mewakili sebahagian besar GCPI yang menunjukkan mereka ada sifat ini dalam diri mereka. Model ini bolehdigambarkan sebagaimana dalam Rajah 1.

    Rajah 1 Model Keperibadian GCPI kepada Allah S.W.T. (MKGCPI-KA)

    Berdasarkan MKGCPI-KA ini, guru Pendidikan Islam secara khusus atau guruagama secara umum yang ingin menjadi cemerlang sebagaimana cemerlangnya GCPIyang dikaji dalam kajian ini, model ini perlu menjadi penanda aras yang perlu ada dalamdiri mereka. Ini kerana MKGCPI-KA ini adalah tunjang dalam diri GCPI yangmencorakkan kecemerlangan mereka di sekolah. Sekiranya tunjang ini dimiliki olehsesiapa sahaja dari kalangan guru Pendidikan Islam atau guru agama, corak luaran yang

    lahir daripada tunjang ini akan menyerupai apa yang dicorakkan oleh guru cemerlangyang dikaji.

    KESIMPULAN

    Tulisan ini telah membincangkan objektif, metodologi, dapatan, perbincangan kajian kesKeperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) Sekolah Menengah KepadaAllah S.W.T. Hasil daripada pola dapatan kajian didapati terdapat model MKGCPI-KAyang boleh dijadikan penanda aras kepada semua guru Pendidikan Islam secarakhususnya dan guru agama secara umumnya dalam memberi keutamaan sifat dalaman

    Sifat Asasi:1. Amanah2. IkhlasSifat Sokongan:1. Takwa2. Beramal Berdasarkan Ilmu3. Khusyuk & Tawaduk

  • 8/6/2019 Keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kepada Allah s.w.t

    10/13

    diri seorang guru untuk menjadi cemerlang dalam kehidupan sebagaimana yang berlakukepada GCPI yang dikaji.

    RUJUKAN

    Ali Murad, Yahya Hasan. 2003. Adab al-Alim wa al-Mutaalim ind al-Mufakkirin al-Muslimin min Muntasif al-Qarn al-Thani al-Hijriy wa hatta Nihayah al-Qarn al-Sabi. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

    ADS1. 2008. Laporan Analisis Dokumen di S1. Laporan diadakan pada jam pada jam8.00 pagi bertarikh 29.4.2008; 7.30 pagi bertarikh 8.5.2008 di Bilik KnowledgeCaf.

    ADS2. 2008. Laporan Analisis Dokumen di S2. Laporan diadakan pada jam 10.15 pagi bertarikh 12.5.2008; 11.15 pagi bertarikh 21.5.2008; 10.30 pagi bertarikh 9.6.2008di Bilik Guru Cemerlang (BGC).

    ADS3. 2008. Laporan Analisis Dokumen di S3. Laporan diadakan pada jam 8.00 pagi bertarikh 18.6.2008; 10.00 pagi bertarikh 19.6.2008; 8.00 pagi bertarikh 22.6.2008;8.00 pagi bertarikh 30.6.2008; dan 8.00 pagi bertarikh 1.7.2008 di Bilik GuruKanan Kemanusiaan dan Kemahiran Hidup (BGKKKH).

    ADS4. 2008. Laporan Analisis Dokumen di S4. Laporan diadakan pada jam 10.15 pagi bertarikh 2.7.2008; 12.00 tengahari bertarikh 3.7.2008; dan 10.00 pagi bertarikh8.7.2008 di BGC.

    ADS5. 2008. Laporan Analisis Dokumen di S5. Laporan diadakan pada jam 3.00 petang bertarikh 9.7.2008 di Bilik Mesyuarat.

    ADS6. 2008. Laporan Analisis Dokumen di S6. Laporan diadakan pada jam 10.00 pagi bertarikh 21.7.2008; 2.42 petang bertarikh 25.7.2008 di Pusat Sumber Sekolah(PSS).

    ADS7. 2008. Laporan Analisis Dokumen di S7. Laporan diadakan pada jam 12.00tengahari bertarikh 30.7.2008; 12.00 tengahari bertarikh 3.8.2008; 9.30 pagi

    bertarikh 5.8.2008 di Bilik Guru Kanan (BGK).ADS8. 2008. Laporan Analisis Dokumen di S8. Laporan diadakan pada jam 12.00

    tengahari bertarikh 10.8.2008; dan 10.15 pagi bertarikh 12.8.2008 di Bilik guru.Bogdan, R. C. & Miklen, S. K. 2003. Qualitative Research for Education: An

    Introduction To Theory and Methods. Boston: Allyn & Bacon.Borang persetujuan pakar Pendidikan Islam terhadap tema data kualitatif 2009Cohen, L, Manion, L. & Morrison, K. 2000. Research Methods in Education. Fifth

    Edition. London: Routledge Falmer.G1S1. 2008. Teks Temubual Bersama G1S1 . Temubual diadakan pada jam 1.45 petang

    bertarikh 5.5.2008 di Bilik Majalah.G1S2. 2008. Teks Temubual Bersama G1S2 . Temubual diadakan pada jam 1.35 petang

    bertarikh 13.5.2008 di Bilik Intervensi.G1S3. 2008. Teks Temubual Bersama G1S3 . Temubual diadakan pada jam 12.45

    tengahari bertarikh 17.6.2008 di Bilik Guru Kanan Kemanusiaan Pendidikan Islam(BGKKPI).

    G1S4. 2008. Teks Temubual Bersama G1S4 . Temubual diadakan pada jam 10. 05 pagi bertarikh 26. 6. 08 di BGK.

  • 8/6/2019 Keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kepada Allah s.w.t

    11/13

    G1S5. 2008. Teks Temubual Bersama G1S5 . Temubual diadakan pada jam 1.12 petang ,7.7.2008 di Bilik Mesyuarat.

    G1S6. 2008. Teks Temubual Bersama G1S6 . Temubual diadakan pada jam 9.00 pagi bertarikh 23.7.2008 di Bilik Gerakan.

    G1S7. 2008. Teks Temubual Bersama G1S7 . Temubual diadakan pada jam 12.55tengahari bertarikh 3.8.2008 di Bilik Mesyuarat.

    G1S8. 2008. Teks Temubual Bersama G1S8 . Temubual diadakan pada jam 11.03 pagi bertarikh 6.8.2008 di Bilik Mesyuarat.

    G2S1. 2008. Teks Temubual Bersama G2S1 . Temubual diadakan pada jam 8.30 pagi bertarikh 6.5.2008 di bilik Knowledge Caf.

    G2S2. 2008. Teks Temubual Bersama G2S2 . Temubual diadakan pada jam 9.45 pagi bertarikh 14.5.2008; 12.40, 8.6.2008 di BGC.

    G2S3. 2008. Teks Temubual Bersama G2S3 . Temubual diadakan pada jam 8.15 pagi bertarikh 19.6.2008 di Bilik Guru Kanan Kemanusiaan Kemahiran Hidup(BGKKKH).

    G2S4. 2008. Teks Temubual Bersama G2S4 . Temubual diadakan pada jam 8.50 pagi bertarikh 2.7.2008 di Perpustakaan.

    G2S5. 2008. Teks Temubual Bersama G2S5 . Temubual diadakan pada jam 3.00 petang bertarikh 7.7.2008 di Bilik Mesyuarat.

    G2S6. 2008. Teks Temubual Bersama G2S6 . Temubual diadakan pada jam 12.30tengahari bertarikh 23.7.2008 di Bilik Gerakan.

    G2S7. 2008. Teks Temubual Bersama G2S7 . Temubual diadakan pada jam 8.05 pagi bertarikh 4.8.2008 di Bilik Mesyuarat.

    G2S8. 2008. Teks Temubual Bersama G2S8 . Temubual diadakan pada jam 12.22tengahari bertarikh 6.8.2008 di Bilik Mesyuarat.

    GCPI1. 2008. Teks Temubual Bersama GCPI1 . Temubual diadakan pada jam 8.30 pagi bertarikh 8.5.2008; 10.00 pagi 8.5.2008; 11 pagi bertarikh 11. 5.2008 di bilik Knowledge Caf.

    GCPI2. 2008. Teks Temubual Bersama GCPI2 . Temubual diadakan pada jam 10.15 pagi bertarikh 13.5.2008; dan 10.15 pagi bertarikh 21.5.2008 di BGC.

    GCPI3. 2008. Teks Temubual Bersama GCPI3 . Temubual diadakan pada jam 11.50 pagi bertarikh 18.6.2008 di BGKKPI.

    GCPI4. 2008. Teks Temubual Bersama GCPI4 . Temubual diadakan pada jam 12.50tengahari bertarikh 2.7.2008 di Perpustakaan.

    GCPI5. 2008. Teks Temubual Bersama GCPI5 . Temubual diadakan pada jam 1.30tengahari bertarikh 10.7.2008 di Bilik Mesyuarat.

    GCPI6. 2008. Teks Temubual Bersama GCPI6 . Temubual diadakan pada jam 1.30 pagi bertarikh 21.7.2008 di Pusat Sumber Sekolah (PSS).

    GCPI7. 2008. Teks Temubual Bersama GCPI7 . Temubual diadakan pada jam 3.20 petang bertarikh 4.8.2008 di BGK.

    GCPI8. 2008. Teks Temubual Bersama GCPI8 . Temubual diadakan pada jam 12.35tengahari bertarikh 13.8.2008 di Bilik Mesyuarat dan Makmal Komputer.

    Ibn Abi al-Dunya, al-Hafiz al-Imam Abi Bakr Abdullah bin Muhammad bin Ubaid.2000. Makarim al-Akhlak. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

    Majlis Guru Cemerlang Malaysia (MGCM). 2007. Diari Majlis Guru Cemerlang Malaysia 2007. t.tp.: t.pt.

  • 8/6/2019 Keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kepada Allah s.w.t

    12/13

    Merriam, S. B. 1997. Qualitative Research and Case Study Applications in Education .San Francisco: Jossey-Bass.

    Mubarak, Zaki. 1988. Al-Akhlaq ind al-Ghazali. Beirut: Dar al-Jail.Mustafa Helmi, Dr. 2004. Akhlaq baina al-Falasifah wa Ulama al-Islam. Beirut: Dar

    al-Kutub al-Ilmiyyah.OS1. 2008. Laporan Observasi dan Nota Lapangan di S1. Laporan daripada Tarikh

    28.4.2008 hingga 15.5.2008.OS2. 2008. Laporan Observasi dan Nota Lapangan di S2. Laporan daripada Tarikh

    12.5.2008 hingga 23.6.2008.OS3. 2008. Laporan Observasi dan Nota Lapangan di S3. Laporan daripada Tarikh

    11.6.2008 hingga 30.6.2008.OS4. 2008. Laporan Observasi dan Nota Lapangan di S4. Laporan daripada Tarikh

    24.6.2008 hingga 15.10.2008OS5. 2008. Laporan Observasi dan Nota Lapangan di S5. Laporan daripada Tarikh

    4.7.2008 hingga 20.10.2008OS6. 2008. Laporan Observasi dan Nota Lapangan di S6. Laporan daripada Tarikh

    18.7.2008 hingga 10.11.2008OS7. 2008. Laporan Observasi dan Nota Lapangan di S7. Laporan daripada Tarikh

    30.7.2008 hingga 20.10.2008OS8. 2008. Laporan Observasi dan Nota Lapangan di S8. Laporan daripada Tarikh

    5.8.2008 hingga 12.10.2008P1S1. 2008. Teks Temubual Bersama P1S1 . Temubual diadakan pada jam 11.30 pagi

    bertarikh 30.4.2008 di bilik Knowledge Caf.P1S2. 2008. Teks Temubual Bersama P1S2 . Temubual diadakan pada jam 12.00

    tengahari bertarikh 8.6.2008 di BGC.P1S3. 2008. Teks Temubual Bersama P1S3 . Temubual diadakan pada jam 11.30 pagi

    bertarikh 16.6.2008 di BGKKKH.P1S4. 2008. Teks Temubual Bersama P1S4 . Temubual diadakan pada jam 8.55 pagi

    bertarikh 25.6.2008 di Bilik Guru Cemerlang (BGC).P1S5. 2008. Teks Temubual Bersama P1S5 . Temubual diadakan pada jam 9.55, 4.7.2008

    di Bilik Mesyuarat.P1S6. 2008. Teks Temubual Bersama P1S6 . Temubual diadakan pada jam 10.00,

    18.7.2008 di Bilik Galeri Sejarah (BGS).P1S7. 2008. Teks Temubual Bersama P1S7 . Temubual diadakan pada jam 8.05 pagi

    bertarikh 1.8.2008 di Bilik Mesyuarat.P1S8. 2008. Teks Temubual Bersama P1S8 . Temubual diadakan pada jam 9.05 pagi

    bertarikh 6.8.2008 di Bilik Mesyuarat.P2S1. 2008. Teks Temubual Bersama P2S1 . Temubual diadakan pada jam 10.15 pagi

    bertarikh 4.5.2008 di bilik Knowledge Caf.P2S2. 2008. Teks Temubual Bersama P2S2 . Temubual diadakan pada jam 9.30 pagi

    bertarikh 9.6.2008 di BGC.P2S3. 2008. Teks Temubual Bersama P2S3 . Temubual diadakan pada jam 10.30 pagi

    bertarikh 17.6.2008 di BGKKKH.P2S4. 2008. Teks Temubual Bersama P2S4 . Temubual diadakan pada jam 9.55 pagi

    bertarikh 25.6.2008 di BGC.

  • 8/6/2019 Keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kepada Allah s.w.t

    13/13

    P2S5. 2008. Teks Temubual Bersama P2S5 . Temubual diadakan pada jam 10.35 pagi bertarikh 4.7.2008 di Bilik Mesyuarat.

    P2S6. 2008. Teks Temubual Bersama P2S6 . Temubual diadakan pada jam 10.45 pagi bertarikh 18.7.2008 di BGS.

    P2S7. 2008. Teks Temubual Bersama P2S7 . Temubual diadakan pada jam 8.50 pagi bertarikh 1.8.2008 di Bilik Mesyuarat.

    P2S8. 2008. Teks Temubual Bersama P2S8 . Temubual diadakan pada jam 9.55 pagi bertarikh 6.8.2008 di Bilik Mesyuarat.

    PKS7. 2008. Teks Temubual Bersama PKS7 . Temubual diadakan pada jam 12.15tengahari bertarikh 4.8.2008 di Bilik Penolong Kanan.

    PKS8. 2008. Teks Temubual Bersama PKS8 . Temubual diadakan pada jam 10.30 pagi bertarikh 11.8.2008 di Bilik Penolong Kanan Ko-Kurikulum.

    PS1. 2008. Teks Temubual Bersama PS1 . Temubual diadakan pada jam 8.00 pagi bertarikh 28.4.2008; 8.30 pagi bertarikh 7.5.2008 di Bilik Pengetua.

    PS2. 2008. Teks Temubual Bersama PS2 . Temubual diadakan pada jam 9.00 pagi bertarikh 13.5.2008 di Bilik Pengetua.

    PS3. 2008. Teks Temubual Bersama PS3 . Temubual diadakan pada jam 8.00 pagi bertarikh 18.6.2008 di Bilik Pengetua.

    PS4. 2008. Teks Temubual Bersama PS4 . Temubual diadakan pada jam 2.00 petang bertarikh 3.7.2008 di Bilik Pengetua.

    PS5. 2008. Teks Temubual Bersama PS5 . Temubual diadakan pada jam 9.30 pagi bertarikh 9.7.2008 di Bilik Pengetua.

    PS6. 2008. Teks Temubual Bersama PS6 . Temubual diadakan pada jam 10.00 pagi bertarikh 24.7.2008 di Bilik Pengetua.

    Sabitha Marican. 2005. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya, Selangor:Pearson Prentice Hall.

    Wiersma W. 1991. Research Methods in Education. 5th ed. Boston: Allyn & Bacon.