KEPRLUAN KHAS

16
TUGASAN 2 i) Merujuk kepada pembangunan sahsiah, jelaskan empat (4) perkara utama yang cuba diterapkan kepada guru- guru. Profesion perguruan amat mulia dipandang. Mereka bertanggungjawab memimpin dan mendidik masyarakat. Tidak dinafikan, sehingga hari ini, guru telah menyumbang khidmat bakti dalam pembanggunan bangsa dan Negara, lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah pelajar. Sebelum membentuk sahsiah pelajar, guru terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh pelajar. Dalam hal ini, Prof. Mohd Kamal Hasan (1998) menjelaskan, "Contoh teladan guru inilah yang banyak membantu pembentukan akhlak pelajar. Mereka seharusnya terlebih dahulu dilengkapi dengan ciri akhlak mulia, walaupun ada segelintir masyarakat kurang menghargai watak berbudi luhur ini." Dari satu sudut lain, Abdul Al-Muhammadi(1991) menjelaskan, guru ialah agen keberkesan pendidikan. Waima sebaik manapun sistem pendidikan, maksud yang ingin disampaikan tidak akan mencapai matlamatnya jika agen yang

Transcript of KEPRLUAN KHAS

Page 1: KEPRLUAN KHAS

TUGASAN 2

i) Merujuk kepada pembangunan sahsiah, jelaskan empat (4) perkara

utama yang cuba diterapkan kepada guru-guru.

Profesion perguruan amat mulia dipandang.  Mereka bertanggungjawab memimpin dan

mendidik masyarakat.  Tidak dinafikan, sehingga hari ini, guru telah menyumbang

khidmat bakti dalam pembanggunan bangsa dan Negara, lebih-lebih lagi dalam

membentuk sahsiah pelajar. Sebelum membentuk sahsiah pelajar, guru terlebih dahulu

perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh pelajar. Dalam hal ini, Prof.

Mohd Kamal Hasan (1998) menjelaskan, "Contoh teladan guru inilah yang banyak

membantu pembentukan akhlak pelajar.  Mereka seharusnya terlebih dahulu dilengkapi

dengan ciri akhlak mulia, walaupun ada segelintir masyarakat kurang menghargai watak

berbudi luhur ini."

Dari satu sudut lain, Abdul Al-Muhammadi(1991) menjelaskan, guru ialah agen

keberkesan pendidikan. Waima sebaik manapun sistem pendidikan, maksud yang ingin

disampaikan tidak akan mencapai matlamatnya jika agen yang menyampaikannya tidak

efektif. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan berhubung rapat dengan

kesedaran guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan ilmu dan keluhuran

peribadinya. Panduan antara kemahiran keilmuan dengan keluhuran peribadi adalah

kriteria peribadi pendidik yang tidak boleh dipisahkan, sebaliknya boleh dijadikan

contoh berkesan.

Page 2: KEPRLUAN KHAS

Dalam Islam guru adalah murabbi, muallim, muaddib, mudarris atau ulama.

Islam juga memberi penghormatan tinggi kepada guru. Allah berfirman yang

bermaksud:"Sesungguhnya yang takut kepada Allah antara hambanya ialah ahli

ilmu." (Surah Faatir, ayat 28) "Wahai orang beriman, apabila dikatakan kepada kamu

berikanlah sedikit ruang dalam majlis, maka berikanlah ruang, nescaya Allah

mneluaskan ruang untuk kamu. Allah mengangkat darjat orang yang dikurniakan ilmu

kepada mereka dan ingatlah Allah itu maha Mengetahui terhadap apa-apa sahaja yang

kamu kerjakan." Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa guru ialah orang yang

bertanggungjawab membentuk tamadun manusia di dunia menerusi penyebaran ilmu

kepada masyarakat.  Dengan yang demikian, semua guru mesti menyedari

tanggungjawab dan sentiasa menjaga nama baik selaku pendidik dan pemimpin

masyarakat yang menjalankan tugas secara ikhlas dan jujur.

Dalam membentuk sahsiah pelajar bukanlah perkara yang mudah sebelum

mebentuk sahsiah pelajar guru haruslah membentuk sahsiah yang baik sebagai contoh

kepada pelajar, di dalam Kursus pembangunan sahsiah terdapat empat elemen yang

sangat penting yang perlu ada dalam diri setiap guru iaitu kognitif, rohani, fizikil dan

sosial. Kempat-empat elemen ini sangat berhubungkait dan tidak dapat dipisahkan dalam

pembentukan sahsiah guru. Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal,

sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial dan rohani individu. Berdasarkan

kesemua aspek tersebut, seseorang individu boleh dinilai sahsiahnya.

Guru merupakan orang yang penting dalam pembentukan diri seseorang pelajar

kerana mereka menghabiskan sebahagian besar masa di sekolah. Seorang kanak-kanak

berhadapan dengan guru bermula sejak umur mereka 6 tahun iaitu di peringkat

prasekolah sehingga peringkat remaja. Guru akan memuji, menegur, menguji dan

menengking mereka semasa menjalankan tugas. Segala gerak laku dan perbuatan guru

yang disenangi atau sebaliknya akan diperhatikan dan ditiru oleh pelajar. Oleh itu,

segala tingkah laku dan perbuatan guru akan mempengaruhi sikap dan pembelajaran

Page 3: KEPRLUAN KHAS

pelajar. Contohnya cara guru berpakaian, gaya berjalan, cara pertuturan dan lain-lain

penampilan diri guru akan menjadi perhatian dan ikutan pelajar terutama guru yang

menjadi idola kepada pelajarnya. Oleh itu, guru yang mempunyai personaliti baik serta

perwatakan bersih akan dapat melahirkan generasi yang berakhlak.

Guru yang mengamalkan tingkah laku yang beradab akan lebih disukai oleh

pelajar ( Atan Long, 1991 ). Cara hidup yang beragama, bermoral dan berdisiplin dapat

membimbing pelajar menjadi seorang insan yang baik secara tidak langsung. Reformasi

pendidikan mementingkan agama, pendidikan moral dan penerapan nilai-nilai murni

dalam kurikulum ( Esah, 1998). Oleh itu, guru harus menunjukkan ciri-ciri teladan

kepada para pelajar. Guru yang mempunyai ciri-ciri peribadi yang baik dan terpuji setiap

waktu dapat mengatasi masalah tingkah laku pelajar dengan mudah. Guru akan suka

bergaul mesra dengan pelajar, cuba memahami perasaan dan kehendak mereka serta

bimbing mereka menjadi orang yang baik.

Seseorang guru yang memiliki sifat-sifat yang mulia dalam diri mereka seperti

peramah, mesra, penyayang, bertimbang rasa, kemas dan suka buat lawak akan lebih

suka didampingi oleh pelajar. Guru yang menepati masa menghadiri kelas, ikhlas dan

sabar semasa menyampaikan pengajaran, tertib dan bertanggungjawab dalam

menjalankan tugas, yakin pada diri akan diminati dan disukai oleh pelajar. Ini akan

membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan berkesan

kerana pelajar akan berminat dan menumpukan perhatian dalam bilik darjah. Golongan

guru-guru ini pula harus tidak jemu-jemu menunjukkan contoh teladan kepada guru-

guru yang lain agar mereka juga mendapat ikhtibar tentang kepentingan pembinaan

sahsiah yang berkualiti dalam diri mereka. Pendekatan secara paksaan haruslah

dielakkan kerana ianya tidak mencerminkan sahsiah dan budipekerti guru unggul.

Kekuatan dan keistimewaan guru unggul adalah melalui tingkahlaku yang menarik hati

untuk didekati dan tidak memaksa orang lain membuat perubahan seperti dirinya.

Malahan orang lain akan terpaut untuk meneladani tingkah laku mulianya secara

sukarela dan keikhlasan inilah yang menjadi tunjang konsistensi kepada jatidiri

Page 4: KEPRLUAN KHAS

Dari segi emosi, guru seharusnya lebih mesra dan adil kepada murid dan ibu

bapa dan berurusan dengan mereka tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Selain itu,

guru yang mempunyai sahsiah yang baik sentiasa mendengar dan memahami perkara

yang dibangkitkan oleh pelanggan dan mengambil tidakan yang sewajarnya.

Menghormati ibu bapa juga penting selain guru memberi layanan dengan penuh rasa

hormat.

            Manakala, dari segi fizikal pula, guru yang mempunyai sahsiah yang tinggi akan

mementingkaan keselesaan murid mereka. Persekitaran kelas yang kondusif, kebersihan

dan suasana di sekolah juga turut memainkan peranan yang penting. Pada pendapat saya,

kebersihan dan keceriaan juga akan meningkatkan motivasi murid untuk hadir ke

sekolah dan mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran dengan lebih gembira.

Guru yang mempunyai aspek kognitif adalah guru yang bijak dalam

mengendalikan bilik darjah kerana ia memberikan kesan kepada pencapaian akademik

pelajar. Kemahiran terpenting yang perlu ada pada guru ialah menguasai kaedah dan

teknik pengajaran. Pengajaran yang menarik memerlukan perancangan teliti daripada

guru ( Ee Ah Meng, 1994). Kaedah mengajar yang melibatkan pelajar terlibat secara

aktif dalam pembelajaran akan lebih berkesan. Guru yang cekap menggunakan pelbagai

alat bantu mengajar dapat menarik perhatian pelajar untuk memberikan sepenuh

tumpuan kepada pembelajara mereka.

Dalam menyahut usaha kerajaan untuk menjadikan pembelajaran bertaraf dunia,

guru-guru perlu bersikap profesional. Seorang guru yang profesional memiliki sikap

yang cintakan ilmu, mempunyai iltizam yang tinggi, beretika dan juga kompeten.

Mereka berusaha untuk mendapatkan ilmu secara formal dan tidak formal. Contohnya,

sentiasa bersedia untuk berubah seiring dengan peredaran masa dan sentiasa menyahut

cabaran untuk meninggikan tahap pencapaian masing-masing. Ini semua dilakukan agar

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bertambah baik dan matang. Bagi

meningkatkan tahap profesionalisme guru, guru perlu berusaha untuk meningkatkan

Page 5: KEPRLUAN KHAS

kendiri mereka melalui penyelidikan tindakan, refleksi, mengamalkan budaya ilmu,

menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan dan mengamalkan budaya

pembelajaran sepanjang hayat.

Guru juga perlu mendalami pelbagai ilmu  serta mahirt dalam menggunakan IT 

 Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan

zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan

internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa banyak cabaran kepada kita. Kita

tidak dapat menyangkal betapa cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya

muncul pembelajaran melalui ‘online’. Para guru pada hari ini telah bersikap produktif,

proaktif dan responsive terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah

banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju.

Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat

digunakan sebagai pemankin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan

berkualiti. Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi info-komunikasi bukan

hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih

kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui

kesimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut. 

Kecemerlangan komunikasi adalah suatu aspek sahsiah yang amat perlu dikuasai

oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan

ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai

oleh seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi ialah Kecekapan

berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan. Memula dan merintis

sesuatu usaha sehingga berjaya. Berkeupayaan memelihara hubungan mesra serta

menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.

Page 6: KEPRLUAN KHAS

Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, menyebabkan

pembangunan negara bergerak dengan rancak. Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan

untuk membangunkan teknologi maklumat seperti koridor raya multimedia [ multimedia

super corridor (MSC)] yang menjadi pusat telekomunikasi dan penyiaran serantau dan

antarabangsa. Hal yang sama juga berlaku dalam kurikulum pendidikan  di negara ini,

komputer telah dijadikan sebagai satu kurikulum di sekolah. Penubuhan sekolah bestari

yang berteraskan penggunaan komputer merupakan salah satu bentuk kurikulum yang

memerlukan profesion keguruan tahu dan menguasai teknologi maklumat. Penggunaan

komputer dalam pendidikan membawa satu reformasi serta perkembangan baru dalam

pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan,

teori-teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan

serta kemahiran dan latihan guru ( Mok Soon Sang, 1996). Oleh itu, profesion keguruan

harus memperlengkapkan diri secara global dalam perkembangan  penggunaan teknologi

maklumat dalam kurikulum di sekolah.

            Dalam konteks dunia pendidikan yang serba mencabar dewasa ini, guru-guru

perlu peka dan beriltizam untuk menjadikan mereka dan juga produk mereka mendapat

pengiktirafan. Oleh itu kempat-empat aspek ini perlu dikuasai oleh guru-guru ini. Proses

pengajaran dan pembelajaran haruslah konsisten dengan halatuju dan falsafah

pendidikan negara. Dalam menuju negara maju tahun 2020 dan pembelajaran bertaraf

dunia, para guru haruslah mempunyai sikap dan semangat yang tinggi serta bersifat

proaktif dalam menjayakan iltizam dan harapan bangsa.

Sebagai kesimpulan sahsiah dan kualiti guru adalah asas kecemerlangan pelajar

dan sekolah. Kewibawaan guru merupakan tunggak kepada profesionalisme guru. Guru

sentiasa perlu membuat refleksi mendalam tentang diri sendiri dan amalan pengajaran

pembelajaran. Usaha guru untuk meningkatkan profesionalisme diri dari segi keilmuan,

ketrampilan dan kemahiran serta pembentukan sahsiah yang berakhlak mulia. Dengan

Page 7: KEPRLUAN KHAS

ini, guru dapat bergerak seiring dengan arus perubahan dalam era teknologi dan

globalisasi.

ii) Huraikan dengan member contoh yang jelas bagaimana kursus

memberi contoh bagaimana kursus pembangunan sahsiah member

kesan kepada perubahan karektor diri anda.

Pembangunan sahsiah atau program latihan yang menjurus kepada aspek fizikal atau

kemahiran psikomotor memang berleluasa dan menjadi amalan semua organisasi.

Pembangunan dan kemahiran fizikal ini perlulah diselaraskan juga dengan pembangunan

spiritual atau pembangunan sahsiah staf yang menjadi nadi organisasi. Pembangunan

atau kemahiran fizikal tanpa diimbangi dengan pembangunan sahsiah boleh

menyebabkan pekerja menjadi mahir tetapi hilang nilai kemanusiaannya. Sedangkan,

matlamat asal sesuatu organisasi atau lebih khusus lagi kementerian Pelajran seperti

sekolah-sekolah adalah untuk melahirkan pelajar yang berwibawa kemanusiaannya.

Lantaran itu, guru-guru yang menjadi nadi organisasi perlu lebih dahulu terbangun atau

tinggi nilai manusianya.

Dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysia, termasuklah sekolah-sekolah

yang ada di Malaysia perlu menwujudkan program‐program yang berbentuk

pembangunan atau latihan terutamanya di kalangan staf merupakan sesuatu yang lumrah

dilakukan oleh organisasi. Namun program‐program yang menjurus kepada Islam atau

pembangunan sahsiah belum dikenal pasti atau direkodkan secara terperinci.

Ringkasnya, program‐program yang menjurus kepada pembinaan sahsiah yang lebih

teratur dan bukan bersifat sementara perlukan kepada kajian untuk dikemaskini dan

dipertingkatkan. Di pihak lain, manusia yang mempunyai fitrah semulajadi

memerlukankepada kebenaran. Persoalan mengenai kemanusian seperti status, peranan

Page 8: KEPRLUAN KHAS

asal usul, ketuhanan, tuntutan harian dan hal berkaitan aspek rohaniah seperti keindahan,

kecantikan, kedamaian, kebahagian dan lain‐lain sifat yang mahmudah perlu diberikan

pengisian. Dengan kata lain, aspek pembangunan rohaniah ini menjuruskan kepada hal‐hal pembinaan sahsiah. Lantaran itu, sesebuah organisasi seperti Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) perlu memberikan penekanan kepada program latihan atau program

pembinaan sahsiah ini. Ini kerana kursus pembangunan sahsiah seperti ini dapat

memberi banyak kesan kepada perubahan karektor diri khusunya kepada guru-guru.

Kursus pembangunan sahsiah ini dapat membuat sesorang itu mencorakkan

kendiri yang berperanan sebagai piawaian ke arah pencapain dalam kehidupan. Ini

kerana kadang-kadang apa yang kita miliki adalah antara aset diri yang paling penting

dalam diri seseorang. Melalui program pembagunan sahsiah diri, ia dapat membantu

bagaimana kita membentuk pengalaman yang telah ditempuhi mahupun pengalaman

yang akan datang. Semua keinginan atau impian yang dikecapi termasuklah andaian kita

tentang masa hadapan akan mempengaruhi sahsiah diri kita. Jika kita inginkan kejayaan

dalam diri dan menjadi guru yang cemerlang kita hendaklah menunjukkan sahsiah yang

tinggi dah sentiasa berusaha menjaga sahsiah agar tidak menjejaskan etika sebagai

seorang guru. Dengan itu dengan sahsiah ini boleh membuatkan sesorang itu berfikiran

lebih tertutup atau lebih terbuka dengan dunia luar.

Selain itu, Sifat peribadi dalam konteks mengenal diri amat kompleks. Ingin

mencapai prestasi terbaik merupakan suatu perkara yang perlu di bangunkan dalam diri

sendiri, dan bukan dari desakan pihak lain. Kesedaran perlu datang dengan sendiri, dan

jika perlu di bantu ia adalah pada tahap minima. Kepentingan pembangunan sahsiah diri

bukan sahaja baik untuk peribadi diri, malah juga persepsi masyarakat sekeliling. 

Softskill ini boleh di bina, di bangunkan dan ia merupakan kelebihan dalam apa jua

tujuan. Sebagai contoh terdekat, calon temuduga selain mempunyai kemahiran dalam

bidang kerja yang di pohon, mereka juga perlu ada softskill dan sikap yang terpuji.

Page 9: KEPRLUAN KHAS

Elemen pengurusan masa, disiplin, komunikasi, berdikari dan keyakinan diri turut

diambil kira.

Kenyataan bahawa kemantapan sahsiah boleh memanifestasikan kerja

cemerlang turut diakui bukan setakat oleh Muslim dan ajaran Islam, tetapi juga disokong

oleh bukan Islam. Bekas politik prolifik negara dan ahli khidmat sosial, Lee Lam Thy

menyarankan bahawa staf awam perlu memupuk satu budaya yang boleh membawa

pentadbiran awam berdedikasi, cekap, beretika dan keutuhan pengurusan. Untuk

mencapai objektif itu, guru perlulah mewujudkan budaya jujur, boleh dipercayai,

disiplin dan telus serta menjauhi rasuah. Hal ini disokong oleh Saipul Adli Mohammad

yang menekankan konsep bekerja kerana Allah menjadikan guru itu lebih efisen. Ini

kerana gabungan iman, takwa, ilmu serta kemahiran akan menjadikan pekerja lebih

cekap serta model dalam bidang yang mereka ceburi.

Islam melihat perspektif pembangunan manusia tidak hanya

sekadar memenuhi tuntutan jasmani sahaja. Malah, hakikat asal

kejadian insan itu perlu difahami dan dipenuhi tuntutannya. Jika

manusia terdiri dari dua unsur yang saling berhubungkait, maka unsur

rohani itulah yang menjadi nadi dan tonggak kemanusiaannya. Oleh

yang demikian, pembinaan sahsiah atau insan sebenarnya membina

hakikat asal kejadian manusia itu sendiri. Tegasnya, Islam melihat

pembangunan sahsiah seseorang bukan sahaja berdasarkan kepada

pembangunan insan dari aspek jasmani, tetapi merangkumi seluruh

aspek rohani, naluri dan akal.

Page 10: KEPRLUAN KHAS

RUJUKAN

Mohd Azam Mahat 2009, Guru Pendidik Pengajar atau Pendakwah, Shah Alam:

Karisma Publications Sdn Bhd.

Mok Soon Sang 2005, Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kompenen 3: Profesionalisme

Keguruan Sekolah Rendah) Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mok Soon Sang 2008, Kompetensi Umum (Teras & Profesional) Selangor: Penerbitan

Multimedia Sdn Bhd.

Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan. (1993). Guru Dan Perguruan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahmattullah Khan Abdul Wahab Khan,Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip 2001,

Pembangunan Sahsiah KKD2063 Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan

Idris.

Robiah Sidin 2002, Konsep guru profesional. Dalam Prosiding seminar kebangsaan

profesion perguruan. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 11: KEPRLUAN KHAS