Ker Task on Sept Eka Silang Kata

3
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA 1.0 NAMA PERTANDINGAN Pertandingan Teka Silang Kata Bahasa Malaysia bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil). 2.0 OBJEKTIF 2.1 Untuk menggalakkan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil) menguasai serta mempertingkatkan tahap penggunaan bahasa Malaysia. 2.2 Meluaskan perbendaharaan kata murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil) dalam bahasa Malaysia. 2.3 Merapatkan hubungan antara guru serta murid SJK(Cina) SJK(Tamil) di Malaysia. 2.4 Menanam dan menyuntik semangat perpaduan dan muhibah. 2.5 Menanamkan semangat Cintailah Bahasa Malaysia . 2.6 Membiasakan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil) menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan harian mereka. 3.0 KELAYAKAN DAN SYARAT-SYARAT 3.1 Semua murid warganegara Malaysia bukan bangsa Malaysia di SJK (Cina) dan SJK (Tamil) Tahap 2 dan bahasa ibundanya bukan Bahasa Malaysia layak mengambil bahagian. 3.2 Peserta yang telah berjaya memenangi Johan Peringkat Kebangsaan pada tahun sebelumnya sahaja tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini pada semua peringkat. 3.3 Setiap murid hanya boleh menyertai SATU JENIS pertandingan sahaja. 4.0 BILANGAN PESERTA

description

Ker Task on Sept Eka Silang Kata

Transcript of Ker Task on Sept Eka Silang Kata

KERTAS KONSEPPERTANDINGAN TEKA SILANG KATA

1.0NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan Teka Silang Kata Bahasa Malaysia bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil).

2.0OBJEKTIF

2.1Untuk menggalakkan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil) menguasai serta mempertingkatkan tahap penggunaan bahasa Malaysia.

2.2Meluaskan perbendaharaan kata murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil) dalam bahasa Malaysia.

2.3Merapatkan hubungan antara guru serta murid SJK(Cina) SJK(Tamil) di Malaysia.

2.4Menanam dan menyuntik semangat perpaduan dan muhibah.

2.5Menanamkan semangat Cintailah Bahasa Malaysia.

2.6Membiasakan murid-murid SJK(Cina) dan SJK(Tamil) menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan harian mereka.

3.0KELAYAKAN DAN SYARAT-SYARAT

3.1Semua murid warganegara Malaysia bukan bangsa Malaysia di SJK (Cina) dan SJK (Tamil) Tahap 2 dan bahasa ibundanya bukan Bahasa Malaysia layak mengambil bahagian.

3.2 Peserta yang telah berjaya memenangi Johan Peringkat Kebangsaan pada tahun sebelumnya sahaja tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini pada semua peringkat.

3.3 Setiap murid hanya boleh menyertai SATU JENIS pertandingan sahaja.

4.0BILANGAN PESERTA

Setiap negeri layak menghantar TIGA (3) orang peserta sahaja untuk menyertai pertandingan ini pada Peringkat Kebangsaan.

5.0SOALAN-SOALAN

5.1Soalan-soalan Teka Silang Kata Peringkat Kebangsaan akan disediakan oleh panel yang dilantik oleh Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

5.2Semua soalan berdasarkan aspek-aspek bahasa dalam sukatan pelajaran mengikut tema Bahasa Malaysia Sekolah Rendah. Perkara-perkara yang akan diuji termasuklah kosa kata mengikut sukatan pelajaran.

5.3 Setiap peserta akan menjawab empat set soalan. Pada pusingan pertama peserta perlu menjawab tiga set soalan. Pada pusingan kedua pula, peserta akan menjawab satu lagi set soalan.

5.4 Masa untuk menjawabBahagian I- 1 jam (tiga set soalan)Bahagian II- 15 minit (1 set)

6.0CARA PENGHAKIMAN

6.1Jawapan akan disemak oleh satu panel pemeriksa yang dilantik oleh Jawatankuasa Pelaksana Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

6.2Markah bagi tiap-tiap soalan ialah satu (1) markah dan markah penuh ialah (60 markah).

6.3Bagi peserta yang mendapat markah yang sama, pemenang akan ditentukan berdasarkan markah yang diperoleh pada bahagian kedua.

6.4Sekiranya terdapat markah kumpulan tertinggi yang sama, pemenang akan dipilih berdasarkan markah individu tertinggi akan diambil kira dalam kumpulan tersebut. Jika masih lagi seri, markah kedua individu tertinggi pula akan diambil kira.6.5Keputusan para hakim adalah MUKTAMAD.

7.0PENGIRAAN MARKAH

7.1Hadiah Berpasukan (Johan Kebangsaan)

Bagi menentukan hadiah berpasukan, jumlah markah purata bagi pertandingan teka silang kata ditambah dengan jumlah markah purata syarahan untuk menentukan Johan Kebangsaan. Johan Kebangsaan akan meraih Piala Perpaduan atau piala pusingan itu selama satu tahun. Jika terdapat negeri yang memperoleh jumlah markah yang sama, negeri yang mendapat markah tertinggi dalam teka silang kata akan diisytiharkan sebagai Johan Kebangsaan. Sekiranya jumlah markah masih sama, mereka akan diumumkan sebagai Johan Bersama.

7.2Semua peserta yang mengambil bahagian akan mendapat sijil penghargaan.

8.0PAKAIAN PESERTA

Semua peserta wajib memakai pakaian seragam sekolah semasa pertandingan.

9.0HAL-HAL LAIN

Segala peraturan ini tertakluk kepada perubahan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

10.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.