Kerja Kerja Minggu Rekreasi Matematik

14
Pok Mat PANITIA MATEMATIK, SK SUNGAI SERAI SK SUNGAI SERAI 2014 Page 1 of 14 KERTAS KERJA REKREASI MATEMATIK

Transcript of Kerja Kerja Minggu Rekreasi Matematik

KERTAS KERJA REKREASI MATEMATIK

SK SUNGAI SERAI2014

1.0 Tajuk Kertas kerja

Kertas kerja sempena Rekreasi Matematik Tahun 2014, anjuran Panitia Matematik, SK Sungai Serai, Hulu Langat.

2.0 Pengenalan

Bulan Matematik diadakan bagi membuka ruang kepada semua murid untuk memahami dan menghayati mata pelajaran Matematik. Bidang ini biasanya dilabel sebagai bidang abstrak yang hanya mereka yang mempunyai IQ tertentu sahaja yang mampu menguasainya. Ini berpunca daripada ketiadaaan kemahiran atau keupayaan berfikir dalam kalangan majoriti murid.

Justeru, bagi memanggil semua lapisan murid mendekati bidang ini dengan lebih mesra, Bulan Matematik diadakan. Harapan program ini agar murid-murid akan bersedia membuka minda dan menerima pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan lebih baik daripada sebelumnya. Program ini disusun untuk mengembangkan minat pelajar dalam meningkatkan pemahaman mereka terhadap matematik. Seterusnya membudayakan Matematik dalam kehidupan seharian.

3.0 Objektif Program

3.1 Membuka minda murid bahawa matematik adalah fenomena yang berlaku di sekeliling mereka.3.2 Menyedarkan murid bahawa matematik adalah pelajaran yang menyeronokkan di samping mencabar minda.3.3 Mencungkil bakat kepantasan menyelesaikan masalah semasa pertandingan.3.4 Menarik minat murid supaya memberi lebih tumpuan semasa P&P matematik di dalam kelas.3.5 Membuka peluang meneroka alam matematik di luar bilik darjah melalui pertandingan dan permainan.3.6 Melatih murid-murid mencari informasi berguna semasa terlibat di dalam aktiviti yang dianjurkan.

4.0 Tarikh Aktiviti

Tarikh: 31 Mac - 4 April 2014Hari: Isnin - Jumaat

5.0 Masa Aktiviti

Pelan rancangan aktiviti adalah seperti di dalam Lampiran A. 6.0 Tempat Aktiviti

Pelbagai aktiviti yang dirancang melibatkan aktiviti dalaman sahaja. Tempat aktiviti dijalankan adalah seperti di dalam Lampiran A.

7.0 Senarai Jawatankuasa Pengelola

Penasihat:Puan Dr Hajah Nazirah Binti

Pengerusi:Puan Hafizah Binti Derahman

Naib Pengerusi: Puan Siti Hazwani Binti Mahamad Daim

Penyelaras Program:Puan Intan Diana Binti Othman

Pengarah Program: Muhammad Aiman Bin Yusoh Azih

Setiausaha:Mohamad Rezduan Bin Mohd Noor

AJK Pelaksana:1. Muhammad Aiman Bin Yusoh Azih2. Mohamad Rezduan Bin Mohd NoorPembahagian tugas jawatankuasa program adalah seperti di dalam Lampiran B.

8.0 Kumpulan Sasaran

Semua warga SK Sungai Serai terutama murid dari darjah 1 hingga darjah 6 akan terlibat dengan program ini. Aktiviti yang dirancang mengikut tahun adalah seperti yang disenaraikan di dalam Lampiran A.

9.0 Anggaran Perbelanjaan

Jumlah anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM100.00. Senarai terperinci anggaran perbelanjaan adalah seperti di dalam Lampiran C.

10.0 Penutup

Secara keseluruhannya, diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya,mendapat kerjasama padu dari semua guru dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kami akan berusaha memberi kesan positif di dalam diri murid-murid yang aktif mengambil bahagian dan juga yang memberi khidmat bersama guru-guru. Dengan sokongan dan sumbangan pihak pentadbir kami berharap prestasi Matematik sekolah ini akan meningkat dengan lebih baik lagi.

Disediakan oleh:

.......................................(MOHAMAD REZDUAN BIN MOHD NOOR)Setiausaha,Projek Minggu Rekreasi MatematikSK Sungai Serai, Hulu Langat.

Disemak oleh:

........................................(PUAN INTAN DIANA BINTI OTHMAN)Penyelaras Program,Projek Minggu Rekreasi MatematikSK Sungai Serai, Hulu Langat.

Disahkan oleh:

........................................(PUAN HAFIZAH BINTI DERAHMAN)Guru Penolong Kanan Petang,Sekolah Kebangsaan Sungai Serai,Hulu Langat.

Diluluskan oleh:

.........................................(DR HAJAH NAZIRAH BINTI MOHD NORDIN)Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Sungai Serai,Hulu Langat.

Page 13 of 13

LAMPIRAN APelan rancangan aktiviti BULAN MATEMATIK

BILAKTIVITITARIKH & MASA CADANGANSASARAN PENYERTAANTEMPATTATACARA PELAKSANAAN / CATATAN

Pelancaran program31 Mac 2014(6.05pm 6.35pm)

Murid tahap 1.Tapak perhimpunan.

Jelajah Kira2 April 2014( )

Terbuka kepada semua murid. (10 penyertaan terawal)Sekitar kawasan sekolah.Rujuk Lampiran D

Mathematics Puzzles

Terbuka kepada semua murid. (30 penyertaan terawal)Dewan SKSS.Rujuk Lampiran F

Bijak Kira

Terbuka kepada semua murid. (30 penyertaan terawal)Sudut LINUS dan Klinik Matematik.Rujuk Lampiran F

Sifira Challenge 31 Mac 4 April 2014(Waktu sebelum Pdp atau waktu rehat murid)

Terbuka kepada semua murid tahap 1.Bilik guru.Rujuk Lampiran F

Teka Berat Saya31 Mac 4 April 2014(Waktu rehat murid)

Terbuka kepada semua murid.Sudut LINUS dan Klinik Matematik.Rujuk Lampiran F

Penutup dan penyampaian hadiah7 April 2014(6.05pm 6.35pm)

Murid tahap 1.Tapak Perhimpunan

LAMPIRAN BPembahagian tugas jawatankuasa program

BILSENARAI TUGASGURU

Pelancaran program / majlis penutup Tempah dan menggantung banner Bekerjasama dengan bahagian hadiah untuk penyampaian hadiah kepada pemenang

AJK Pelaksana

Hadiah pemenang Menguruskan pembelian dan pembungkusan hadiah. Melabel hadiah mengikut kategori pemenang.

AJK Pelaksana

Penyelaras aktiviti Jelajah Kira Menyelaras penyertaan murid Aturkan aktiviti dan menyediakan keperluan sepanjang aktiviti dijalankan. Dokumentasikan penyertaan dan keputusan

AJK Pelaksana

Penyelaras aktiviti Bijak Kira Perbanyakkan kertas soalan Kumpulkan dari guru mata pelajaran / kelas yang lain Cari pemenang Dokumentasikan penyertaan dan keputusan

AJK Pelaksana

Penyelaras aktiviti Sifira Challenge Mencari peserta Melaksanakan pertandingan Merekod keputusan Mencari pemenang dan dokumentasikan penyertaan dan keputusan

AJK Pelaksana

Teka Berat Saya Menyelaras penyertaan murid Menyediakan bahan untuk timbangan Aturkan aktiviti dan menyediakan keperluan sepanjang aktiviti dijalankan. Dokumentasikan penyertaan dan keputusan

AJK Pelaksana

LAMPIRAN CANGGARAN PERBELANJAAN

BILAKTIVITI / BAHANITEMKOS SEUNIT (RM)JUMLAH KOS (RM)

1Banner26.00

2Hadiah aktiviti Jelajah KiraTempat 1: 1 kumpulanTempat 2: 1 kumpulanTempat 3: 1 kumpulan

5 orang dalam setiap kumpulan. Jumlah murid ialah 15 orang

RM10.00 untuk 1 hamper

(RM2.00 x 3 kumpulan)30.00

3Hadiah aktiviti Bijak KiraTempat 1 hingga 3 terbaik dalam setiap aliran

(Tahun 1, 2,dan 3 sahaja)3.00

(RM2.00 x 3 orang x 3 aliran)

18.00

4Hadiah aktiviti Sifira ChallengeTempat 1 hingga 5 terbaik dalam setiap aliran

(Tahun 2 dan 3)

2.00

(RM2.00 x 5 orang x 2 aliran)20.00

5Hadiah Teka Berat SayaTempat 1 hingga 3 Hadiah berbentuk individu (terbuka)2.00

(RM2.00 x 3 orang )

6.00

JUMLAHRM100.00

LAMPIRAN DTATACARA MENGENDALIKAN AKTIVITI JELAJAH KIRA

STESYEN / TOPIKSKOP SOALANBAHAN DIPERLUKANCATATAN / CONTOH SOALAN

1Whole numbers

Menyelesaikan penyelesaian masalah melibatkan operasi bergabung dan 10 set soalan (penyelesaian masalah) yang tidak sama.

Bekas untuk menyimpan soalan tersebut (kotak).

Murid memilih 1 soalan secara rawak daripada 10 soalan yang disediakan. Murid menyelesaikan soalan tersebut di stesen.

2FractionsMenambah pecahan dengan berpandukan rajah pecahan yang diberi. 2 rajah yang menunjukkan pecahan.

Kertas jawapan. Lorekkan rajah tersebut.

Pastikan soalan akan menyebabkan murid perlu memudahkan pecahan tersebut (jawapan dalam bentuk termudah).

Contoh soalan :

3DecimalsMewarnakan petak mengikut nombor perpuluhan yang diberi.Kertas yang mengandungi 100 petak. Boleh menggunakan kertas buku matematik murid 10 helai (mengikut jumlah kumpulan murid).Pensel warna. Kad nombor perpuluhan

Soalan : Lorekkan 47 % daripada rajah berikut.

STESYEN / TOPIKSKOP SOALANBAHAN DIPERLUKANCATATAN / CONTOH SOALAN

4PercentageMengira peratus suatu objek daripada keseluruhan objek. Kertas berlainan berwarna yang dipotong kecil. 7 keping warna hijau.13 keping warna merah

Soalan : Berapa peratuskah kertas merah yang ada daripada semua kertas ini?

5MoneyMendarab dan menambah wang.Tanda harga. Sehelai baju.Sehelai seluar. Sepasang kasut.

Soalan : Berapakah jumlah yang perlu dibayar jika anda membeli sehelai seluar dan 2 helai baju yang sama ?

Kasut diletakkan sebagai pengganggu sahaja.

6TimeMembaca jam dan seterusnya menukar masa ke sistem 24 jam.Jam dinding.Gambar bulan atau matahari.Kertas jawapan.Jam menunjukkan jam 4.25. Tunjukkan gambar matahari disebelah jam tersebut.

Soalan: Nyatakan waktu berikut dalam sistem 24 jam.

7LengthMengukur panjang sesuatu objek dengan menggunakan unit centimeter (cm) dan meter (m).Tali yang berlainan warnaPembaris 1 meterGunting

Memotong 2 utas tali dengan ukuran yang berbeza. 32 cm dan 0.4 m.

STESYEN / TOPIKSKOP SOALANBAHAN DIPERLUKANCATATAN / CONTOH SOALAN

8MassMenimbang objek dengan menggunakan unit gram (g) dan kilogram (kg).

Alat penimbang. Plastik berwarna putih.Plastik berwarna merah.

Soalan : Sukat 350 g pasir ke dalam beg plastik berwarna putih. Sukat pula 0.2 kg pasir ke dalam beg plastik berwarna merah.

9Volume of liquidMenyukat isipadu cecair mengikut kuantiti yang diarahkan dengan menggunakan unit mililiter dan liter.Silinder penyukatAir berwarna 2 warna berbeza. Plastik membungkus aiskrimSenduk / cawan

Soalan : Buat aiskrim dengan isipadu berikut:Aiskrim merah : 250 mlAiskrim hijau : 0.3 liter

10Shape and spaceMembuat bentangan untuk sesuatu objek. Objek berbentuk kiub. Pembaris.Pensel.Gunting.

Soalan: Buat bentangan untuk objek yang anda lihat dengan menggunakan kertas yang disediakan.

Pastikan lokasi adalah rata.

LAMPIRAN EPENYERTAAN AKTIVITI SIFIR CHALLENGE

1. Masa maksima ialah 3 minit.2. Batalkan penyertaan jika tempoh masa telah melebihi 3 minit. 3. Murid boleh menyertai pertandingan ini sekali sahaja dalam sehari tetapi boleh mengulang semula untuk memperbaiki keputusan pada hari esoknya.

BILNAMA PENUHTARIKHKELASMASA (saat)

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

Diselia oleh :

Tandatangan:----------------------------------------

Nama guru :----------------------------------------LAMPIRAN FTATACARA MENGENDALIKAN AKTIVITI

Aktiviti : Bijak Kira

1. Guru memilih bahan soalan yang bersesuaian dengan tahap murid.2. Guru memperbanyakkan bahan mengikut bilangan murid.3. Guru mengedarkan bahan kepada murid di kelas masing-masing.4. Beri peluang murid untuk menjawab di luar waktu PnP. 5. Guru mengumpulkan jawapan murid mengikut kelas masing-masing.6. Penyelaras aktiviti memilih pemenang.7. Dokumentasikan bilangan penyertaan dan pemenang. 8. Jawapan pemenang hendaklah dilekatkan di kertas bersaiz A4 sebagai contoh jawapan terbaik.

Aktiviti :Sifir Challenge

1. Aktiviti ini mengkehendaki murid menyusun nombor (sifir) dengan pantas dan betul. 2. Guru hendaklah bersedia dengan jam randik untuk mencatat masa yang diambil oleh murid. 3. Masa maksima ialah 3 minit.4. Batalkan penyertaan jika tempoh masa telah melebihi 3 minit. Catatkan BATAL diruangan masa. 5. Jika jawapan murid salah, maka catatkan BATAL diruangan masa. 6. Murid boleh menyertai pertandingan ini sekali sahaja dalam sehari tetapi boleh mengulang semula untuk memperbaiki keputusan pada hari esoknya.7. Murid yang terpantas menyusun jawapan akan menjadi pemenang. 8. Rekodkan penyertaan di dalam borang (Lampiran E).

Aktiviti : Teka Berat Saya

1. Guru menyediakan satu objek yang hanya diketahui beratnya oleh guru itu sahaja (dilabel sebagai objek X). 2. Pada masa yang sama, satu pemberat lain yang telah dilabel beratnya (katakan sebagai 2 kg) akan diletakkan bersebelahan dengan objek X itu tadi (dilabel sebagai objek Y).3. Murid boleh mencuba mengangkat objek X dan Y sebagai perbandingan dan meneka berat objek X tersebut.4. Murid merekodkan tekaan mereka di dalam borang yang disediakan. 5. Tekaan terhampir dikira sebagai pemenang. 6. Jika terdapat pertindihan pemenang, maka mereka yang cuba meneka terlebih awal akan dianggap sebagai pemenang berbanding mereka yang meneka lebih lewat. 7. Rekodkan penyertaan di dalam borang (Lampiran G).

LAMPIRAN GPENYERTAAN AKTIVITI TEKA BERAT SAYA

BILNAMA PENUHTARIKHKELASBERAT

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

Diselia oleh :

Tandatangan:----------------------------------------

Nama guru :----------------------------------------