Kerja kursus geo 2013

21
KAWASAN KAJIAN Kawasan kajian yang saya pilih ialah (1) ______________. Bentuk muka bumi di kawasan kajian ini adalah (2) _______________. Lokasi kawasan kajian ialah di (3)_____________ bandar __________. Jarak dari bandar __________ ialah (4)__________ km. Nota: (1) nama kawasan kajian dengan lengkap(taman, bandar dan negeri) (2) Tanah tinggi/tanah pamah/pinggir pantai/lembah sungai (3) Mata angin(Utara/timur/selatan/barat/timur laut/tenggara/barat daya/barat laut (4) angka(1,2,3,4 dan seterusnya)

Transcript of Kerja kursus geo 2013

Page 1: Kerja kursus geo 2013

KAWASAN KAJIANKawasan kajian yang saya pilih ialah (1) ______________. Bentuk muka bumi di kawasan kajian ini adalah (2) _______________. Lokasi kawasan kajian ialah di (3)_____________ bandar __________. Jarak dari bandar __________ ialah (4)__________ km.Nota: (1) nama kawasan kajian dengan lengkap(taman, bandar dan negeri)(2) Tanah tinggi/tanah pamah/pinggir pantai/lembah sungai(3) Mata angin(Utara/timur/selatan/barat/timur laut/tenggara/barat daya/barat laut(4) angka(1,2,3,4 dan seterusnya)

Page 2: Kerja kursus geo 2013

PETA DAERAH__________

U

PETUNJUK:

BANDAR SRI DAMANSARA

BANDAR SRI DAMANSARA

Page 3: Kerja kursus geo 2013

PETA KAWASAN KAJIAN

PETUNJUK:

PELAJAR PERLU LUKIS PETA

U

Page 4: Kerja kursus geo 2013

KAEDAH KAJIANAntara kaedah kajian yang saya gunakan semasa menjalankan kerja kursus ini ialah:a) Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian di kawasan kajian _______ untuk mengenal pasti jenis pengangkutan awam yang beroperasi di kawasan kajian.

b) RujukanSaya telah membuat rujukan di internet dan surat khabar untuk mendapatkan maklumat tentang masalah yang boleh berlaku akibat perkembangan pengangkutan awam dan cadangannya.

c) Temu bualSaya telah menemubual beberapa orang penduduk untuk masalah yang boleh berlaku akibat perkembangan pengangkutan awam dan cadangannya

d) Soal selidikSaya telah menyediakan borang soal selidik kepada penduduk kawasan tersebut bagi mendapatkan maklumat tentang tajuk kajian.

Page 5: Kerja kursus geo 2013

DAPATAN KAJIAN8.1 KONSEP

• Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutanyang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai termasuk perkhidmatan rel/kereta api dan bas, definasi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi, beca dan sebagainya iaitu mana-mana sistem yang mengangkut orang awam.

Pengangkutan awam biasanya menawarkan perkhidmatan berjadual dan dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, pusat membeli-belah atau institusi pendidikan.

Page 6: Kerja kursus geo 2013

8.2 JENIS PENGANGKUTAN AWAM DI __________

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, terdapat ___________ jenis pengangkutan awam di kawasan kajian saya iaitu perkhidmatan _____________

Terdapat _______ jenis perkhidmatan bas iaitu bas ekspres dan bas henti-henti (stage bus).  bas henti-henti beroperasi di_______________________. 

(Pelajar perlu beri contoh laluan bas tersebut seperti contoh di bawah)

Laluan 1 dari Kolej Komuniti, Gambang ke Terminal Makmur, sejauh 49.4 km dengan 14 bas disediakan meliputi lokasi antara lainnya, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Lapangan terbang Sultan Hj Ahmad Shah, Taman TAS, Perkampungan Sungai Isap, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), dan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1.

  

Pengangkutan awam yang kedua ialah______________.

(Terangkan jenis pengangkutan tersebut seperti contoh di bawah)

Perkhidmatan __________beroperasi __________________.

Laluan yang dilalui oleh _________ ialah ___________________________________________.

Page 7: Kerja kursus geo 2013

8.3 KEPENTINGAN PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI _______

• Perkhidmatan pengangkutan awam memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Antaranya ialah :

~Mengangkut barangan   - Perkhidmatan bas ekspress juga mengangkut barang seperti bungkusan akhbar/majalah dan barang-barang lain atas permintaan pelanggan untuk dihantar ke destinasi yang diingini.

~Mengurangkan kesesakan - Perkhidmatan kereta api elektrik seperti LRT, Monorel, ERL dan Komuter di Kuala Lumpur telah mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar itu.

~Ketersampaian - Pelancaran Bas Rapid Kuantan pada 1 Disember 2012, yang melibatkan 25 buah bas henti-henti meningkatkan darjah ketersampaian ke  tiga laluan utama Fasa 1. Penerangan lengkap, sila ke link berikut : Jenis Pengangkutan

Page 8: Kerja kursus geo 2013

• Mengangkut penumpang -  Seawal jam 6.00 hingga 6.30 pagi, perkhidmatan bas sekolah (tambang bulanan) dan bas Rapid Kuantan telah mengangkut penumpang yang terdiri dari pelajar sekolah dan pekerja. 

~Pelancongan - Perkhidmatan beca di bandaraya Melaka menjadi satu tarikan pelancongan. Beca-beca dihiasi dengan cantik dan memberi perkhidmatan pemandu pelancong kepada pelancong samada pelancong dalam negeri atau luar negara.

Page 9: Kerja kursus geo 2013

• ~Perdagangan - Perkembangan pengangkutan awam juga telah meningkatkan kegiatan perdagangan di Malaysia. Contohnya perkhidmatan Mas Kargo telah meningkatkan perdagangan dengan negara Arab Saudi ketika musim haji. Ramai jemaah haji menggunakan khidmat Mas Kargo untuk menghantar buah kurma, air zam-zam dan permaidani yang dibeli di Mekah ke Malaysia.  ~Sumber pendapatan - Perkhidmatan bas/van sekolah (tambang bulanan) yang mengenakan tambang antara RM100 hingga RM150 bagi seorang penumpang (pelajar) menjadi sumber pendapatan utama kepada pemilik bas/van sekolah.

Page 10: Kerja kursus geo 2013

•~Peluang pekerjaan - Tidak dinafikan perkembangan pengangkutan awam seperti bas Rapid Kuantan telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar seperti bekerja sebagai pemandu bas ataupun atendan bas.

~Meningkatkan mobiliti penduduk - Kekerapan bas Rapid Kuantan mengunjungi laluan setiap 20 minit memudahkan penduduk untuk bergerak. Bas yang berhawa dingin juga lebih selesa.

~Menjimatkan masa - Laluan yang berjadual dan setiap 20 minit oleh bas Rapid Kuantan telah menjimatkan masa penduduk. Penduduk tidak perlu membazirkan masa menunggu lama sebagaimana sebelum ini, mereka terpaksa menunggu bas selama 1 jam. 

Page 11: Kerja kursus geo 2013

UNSUR PATRIOTISME

• SAYA BERASA BANGGA KERANA PENGANGKUTAN AWAM YANG ADA DI KAWASAN KAJIAN INI MEMBERIKAN BANYAK KEPENTINGAN KEPADA MASYARAKAT SETEMPAT.

Page 12: Kerja kursus geo 2013

MASALAH PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI _____

• Antara masalah-masalah yang sering dialami oleh pengguna pengangkutan awam ialah :

1. Tambang Mahal ~ Sesetengah pengangkutan awam seperti teksi dan LRT mengenakan bayaran yang agak tinggi yang tidak mampu dibayar oleh penumpang. Oleh itu, perkhidmatan teksi dan LRT hanya menjadi pilihan ketika keadaan terdesak seperti hendak ke pejabat dan mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Tambang bulanan bas/van sekolah juga agak mahal. Contohnya untuk seorang anak, ibubapa terpaksa memperuntukan sebanyak sekurang-kurangnya RM100 sebulan. Bayangkan jika terdapat 3 atau 4 orang anak yang bersekolah, sudah tentu peruntukan untuk bayaran tambang bas/van sekolah mencecah RM500!

2. Kemalangan ~ Pada musim perayaan, kita sering digegarkan dengan kes-kes kemalangan yang menyayat hati yang melibatkan perkhidmatan bas ekspres. Kemalangan ini dapat dielakkan jika pemandu bas menjalankan tugasnya dengan berhemah dan bertanggungjawab.   

Kemalangan yang melibatkan pelajar sekolah juga sering terpapar di dada akhbar. Kemalangan ini berlaku kerana bas sekolah yang dinaiki terlalu penuh sehingga menyebabkan terdapat penumpangnya terpaksa berdiri di tangga bas. Situasi seperti ini amat bahaya dan berisiko kepada berlakunya kemalangan.

Page 13: Kerja kursus geo 2013

3. Keselamatan penumpang terancam ~ Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pemandu bas dan teksi telah membawa padah kepada penumpang! Penumpang merasa tidak selamat untuk menggunakan perkhidmatan bas ekspres atau teksi. Sikap seperti ini juga boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Sikap tamak pemilik bas/van sekolah yang hanya mementingkan keuntungan, telah sanggaup bertindak mengancam keselamatan penumpangnya yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Bas/van sekolah yang dinaiki oleh pelajar-pelajar ini biasanya melebihi muatan.

4. Kesesakan lalu lintas ~ Pada waktu puncak iaitu di awal pagi (7.00 hingga 8.00 pagi) dan waktu petang (4.00 hingga 6.00 petang) perkhidmatan LRT, KTMB dan Rapid K.L gagal beroperasi dengan baik.   Biasanya kesesakan lalu lintas berlanjutan selama 2 hingga 3 jam ketika waktu puncak di Kuala Lumpur.

5. Jangka masa lama ~ Sebelum dilancarkan Rapid Kuantan, pengguna terpaksa menunggu perkhidmatan bas henti-henti hampir sejam. Ketibaan bas yang tidak tentu juga menyukarkan penumpang yang menggunakan khidmat bas ini.  

Page 14: Kerja kursus geo 2013

•6. Kos Bahan Api Meningkat ~ Harga petroleum yang semakin meningkat menyebabkan tambang pengangkutan awam seperti teksi, bas ekspres, bas sekolah dan van meningkat. Anggaran perbelanjaan bulanan untuk tambang bas/van sekolah ialah antara RM80 hingga RM150 bagi seorang penumpang.

7. Kenderaan lama ~ Perkhidmatan bas samada bas ekspres atau bas/ van sekolah adalah kenderaan lama yang telah berdaftar 10 hingga 15 tahun. Tempat duduk dan kondisi bas juga tidak selesa.

8. Pencemaran udara ~  Pengangkutan awam seperti bas, feri, van dan teksi menggunakan minyak diesel yang boleh mencemarkan udara. Udara dicemari dengan gas karbon monosida dan asap hitam yang berjelaga yang mencemarkan udara.

Page 15: Kerja kursus geo 2013

• . Pencemaran bunyi ~ Kondisi bas/van yang telah tua/lama boleh menimbulkan suasana yang membingitkan telinga dengan bunyi enjin kenderaan yang bising atau kuat! Situasi ini boleh mengganggu ketenangan penumpangnya.

Bagi penduduk yang tinggal berhampiran dengan lapangan terbang, sering terganggu dengan bunyi bising enjin  kapal terbang yang sedang mendarat atau kapal terbang yang sedang berlepas.

10. Pencemaran air ~ Sikap sesetengah pemilik bot penambang yang membuang sisa minyak ke dalam sungai telah menyebabkan air sungai tercemar. Ini boleh menjadi ancaman kepada hidupan akuatik.  

•  

Page 16: Kerja kursus geo 2013

UNSUR PATRIOTISME

• Saya berasa amat berbesar hati dan bangga kerana penduduk di kawasan kajian saya berusaha gigih dan berganding bahu dalam mengatasi masalah ini.

Page 17: Kerja kursus geo 2013

CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN MASALAH PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI _________

• Antara cadangan yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam ialah

1. Kuat kuasa undang-undang ~ Tindakan tegas perlu diambil terhadap pemandu bas yang melakukan kesalahan yang berulang-ulang. Denda atau penjara boleh dikenakan terhadap pemandu tersebut.Pihak JPJ boleh mengenakan denda atau mengeluarkan saman kepada bas/van sekolah yang mengeluarkan asap hitam yang mencemarkan udara.

2. Penggunaan petrol tanpa plumbum ~ Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

3. Penapis asap /Catalytic converter ~ Bagi mengurangkan pembebasan asap hitam oleh pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang menggunakan minyak diesel, penggunaan penapis asap amat dialu-alukan. Dengan ini, asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang tidak mencemarkan udara.

Page 18: Kerja kursus geo 2013

4. Mengurangkan kos operasi (contoh; subsidi diesel dan alat ganti) ~ Bagi mengatasi masalah tambang yang tinggi, pihak kerajaan boleh memberi subsidi diesel. Dengan ini, diharap tambang pengangkutan awam (contohnya bas dan teksi) dapat dikurangkan.

5. Penggunaan bahan api alternatif (contoh; NGV, elektrik, tenaga suria) ~ Dalam usaha mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor (bas, lori, teksi dan sebagainya), penggunaan bahan api alternatif yang mesra alam amat digalakkan. Contohnya, menggunakan diesel kelapa sawit, kereta hibrid (menggunakan bateri) dan tenaga suria.

6. Kursus pemanduan berhemah ~ Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan boleh mewajibkan pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan tujuan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang dan mematuhi peraturan jalan raya.

7. Kempen Alam Sekitar ~ Bagi melindungi alam sekitar dan mengurangkan pencemaran udara, kempen berbasikal boleh dilancarkan. Contohnya, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menganjurkan Kempen Berbasikal Kali Ke 12 sempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada tahun 2012. ( Link : Sinar Harian ).

8. Kempen Berkongsi Kereta ~ Bagi mengatasi kesesakan lalu lintas, terutama pada waktu puncak, kerajaan boleh menggalakkan kempen berkongsi kereta sebagaimana yang dijalankan di negara Singapura. ( NOTA: CADANGAN MESTI BERKAITAN DENGAN MASALAH )

Page 19: Kerja kursus geo 2013

UNSUR PATRIOTISME

• Saya amat bersyukur dan bangga kerana pihak kerajaan dan pihak berkuasa amat bertanggungjawab menjalankan tugas mengatasi masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian saya.

Page 20: Kerja kursus geo 2013

BAHAN GRAFIK• DUA BAHAN GRAFIK YANG BERLAINAN.• CONTOH: JADUAL DAN GRAF• CONTOH:PETA MINDA DAN CARTA PAI• (KRITERIA MARKAH SETIAP BAHAN GRAFIK PERLU

RUJUK BUKU PANDUAN KERJA KURSUS)• BAHAN GRAFIK DIPERSEMBAHKAN DALAM MANA-

MANA ASPEK DAPATAN KAJIAN SEPERTI 8.2 JENIS PENGANGKUTAN AWAM, 8.3 KEPENTINGAN PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN, 8.4 MASALAH PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN DAN 8.5 CADANGAN

Page 21: Kerja kursus geo 2013

RUMUSAN