keja kursus geo 2010
-
Upload
amir950704 -
Category
Documents
-
view
365 -
download
9
Transcript of keja kursus geo 2010
TAJUK KAJIAN
KAJIAN TENTANG
MIGRASI DALAMAN PENDUDUK
DI BANDAR TUN HUSSEIN ONN,
CHERAS, SELANGOR
SENARAI KANDUNGAN
BIL.
PERKARA HALAMAN
1. PENGHARGAAN2. PENDAHULUAN3. OBJEKTIF KAJIAN 4. KAWASAN KAJIAN5. KAEDAH KAJIAN6. DAPATAN KAJJIAN 7. RUMUSAN8. LAMPIRAN 9. RUJUKAN
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat ilahi kerana saya diberi peluang untuk melakukan satu kajian
mengenai migrasi dalaman penduduk di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor dan
Berjaya menyiapkannya dengan sempurna. Sekalung penghargaan kepada guru saya, Encik
Hanisham bin Abdul Ghani kerana banyak membantu dan memberi dorongan kepada semasa
pelaksanaan kerja ini.
Tidak lupa juga ucapkan setinggi-tinggi ucapan kepada ibu dan bapa saya iaitu
Norazura binti Mohd Yunus dan Omar bin Achong. Mereka banyak menolong dan memberi
saya sumbangan bagi menyempurnakan kerja kursus ini.
Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang turut
membantu dalam pelaksanaan kerja kursus ini iaitu Abdul Adieka Amirul bin Hardie Amirul
Ambi dan Muhammad Hafiz Hadi bin Sumardi. Mereka banyak membantu saya dan kami
bersama-sama mencari bahan untuk melengkapkan kerja kursus ini.
PENDAHULUAN
Saya Muhammad Amir bin Omar membuat kajian di Bandar Tun Hussein Onn.
Bandar Tun Hussein Onn mempunyai bilangan penduduk yang ramai dan terdiri daripada
pelbagai kaum.
Saya memilih kawasan ini kerana terdapat banyak migrasi dalaman yang berlaku di
kawasan tersebut. Selain daripada itu, kawasan kajian berdekatan dengan tempat tinggal.
Masa yang diberikan untuk saya menyiapkan kajian ini bermula 1 April 2010 hingga
6 Jun 2010
OBJEKTIF KAJIAN
Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan
1. Mendefinisikan Konsep migrasi penduduk dengan tepat dan jelas
2. .Menyatakan Pola migrasi penduduk di kawasan kajian
3. Menyatakan Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman
penduduk di kawasan kajian.
4. Menyatakan Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.
5. Mencadangkan Langkah untuk mengatasi kesan migrasi yang
berlaku di kawasan kajian.
6. Penerapan nilai dan unsur patriotisme terhadap penduduk di Bandar Tun Hussein Onn
mengenai kepentingan migrasi.
KAWASAN KAJIAN
Saya telah memlih Bandar Tun Hussein Onn sebagai kaweasan kajian saya.
Rasionalnya ialah kawasan ini merupakan tempat tinggal saya. Olehitu,ini memudahkan saya
untuk menjalankan aktiviti ini.
Bandar Tun Hussein Onn terletak di negeri Selangor, iaitu di Daerah Hulu Langat di
kilometer 16 Jalan Cheras Kajang(lihat peta lakar 1). Kawasan ini dimajukan oleh Udapec
Sdn.Bhd. pada tahun 1990-an. Keluasan Bandar Tun Hussein Onn adalah kira-kira 750
hektar.
Bandar Tun Hussein Onn terdiri daripada lima fasa iaitu Suadamai, Suasana,
Suakasih, Suarasa dan Suaindah. Slogan kawasan ini adalah “Bandar Esok untuk Kehidupan
Kini”. Sebelum ini, Bandar Tun Hussein Onn merupakan lading getah. Bagi membinba
kawasan perumahan, syarikat pemaju telah menebang pokok-poko getah di kawasan ini.
Anggaran penduduk di Bandar Tun Hussein Onn ialah lebih kurang 35 000 orang.
Kebanyakan daripada penduduka yang tinggal di Bandar Tun Hussein Onn beragama Islam.
Kedudukan Bandar Tun Hussein Onn terletak berhampiran dengan Kajang dan
Balakong. Bandar Tun Hussein Onn boleh dihubungi dengan Kuala Lumpur melalui Lebuh
Raya Persekutuan. Perjalanan dari Bandar Tun Hussein Onn ke Kuala Lumpur mengambil
masakira kira 25 minit.
Kawasan Bandar Tun Hussein Onn dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti
masjid, klinik, restoran, farmasi,sekolah,kedai runic, taman permainan,padang, kedai buku
dan stesyen minyak. Terdapat banyak rumah teres setingkat dan dua tingkat. Ada juga rumah
banglo yang dibina di atas kawasan bukit yang bercerun landai.
KAEDAH KAJIAN
1. Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti pola migrasi yang berlaku di kawasan
Bandar Tun Hussein Onn.
2. Temu Bual
Seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk untuk mengetahui pendapat
dan pandangan mereka pola migrasi di kawasan kajian saya. Temu bual dijalankan kepada
penduduk yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman dan tahu
tentang keadaan kawasan kajian.
3. Soal Selidik
Saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi oleh penduduk yang
akan menjadi responden terhadap kajian yang akan dilakukan. ( borang soal selidik – sila
rujuk lampiran )
4. Rujukan
Selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk
mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang penerangan migrasi yang berlaku di
Malaysia.
DAPATAN KAJIAN
8.1 Konsep Migrasi Penduduk.
Secara umum migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang melintasi sempadan,
kawasan, negeri, negara atau sempadan antarabangsa. Merujuk kepada kajian ini migrasi
yang dibincangkan ialah migrasi dalaman. Dalam konteks ini, migrasi ialah penduduk dari
satu tempat ke tempat yang lain.
8.2 Pola Migrasi Penduduk
Setelah kajian dijalankan, saya dapati terdapat beberapa pola migrasi yang sering berlaku di
kawasan kajian. Berikut ialah pola migrasi yang wujud:
i) Migrasi Luar Bandar ke Bandar
Ini ialah merupakan migrasi yang paling banyak berlaku di kawasan kajian. Migrasi ini
berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu tolakan dan tarikan. Faktor tolakan disebabkan
kurangnya peluang pekerjaan dan pendapatan yang terhad, tidak lumayan dan tidak tetap di
Luar Bandar. Manakala faktor tarikan pula ialah kerana kawasan bandar menyediakan
peluang pekerjaan yang lebih baik sama ada di sektor awam dan swasta seperti perkilangan,
pembinaan, perniagaan dan perkhidmatan.
ii) Migrasi Bandar ke Bandar
Migrasi ini juga berlaku di kawasan kajian. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh faktor
pekerjaan. Segelintir penduduk bermigrasi ke kawasan kajian untuk mendapatkan peluang
pekerjaan yang lebih baik tetapi kebanyakan penduduk berpindah ke kawasan ini kerana
arahan majikan mereka. Keadaan ini telah menarik minat penduduk kawasan bandar yang
lain berhijrah ke kawasan ini.
8.3 Faktor yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian
Migrasi dalaman yang berlaku di kawasan kampung saya ini disebabkan oleh beberapa
faktor. Setelah menyemak borang soal selidik didapati faktor tersebut ialah :
Luar Bandar ke Bandar
i) Melanjutkan Pelajaran
Kebanyakan pelajar yang telah menghabiskan persekolahan telah meninggalkan kampung
untuk melanjutkan pelajaran ke bandar kerana di sana menawarkan banyak peluang
pendidikan seperti ILP (institut latihan perindustrian), Giat Mara, universiti awam dan swasta
serta kolej-kolej yang boleh memberikan masa depan kepada pelajar.
ii) Peluang Pekerjaan
Sememangnya migrasi luar bandar ini berlaku disebabkan oleh peluang pekerjaan yang lebih
meluas di kawasan bandar. Sebagai contoh peluang kerja dalam sektor perindustrian,
perniagaan, pembuatan dan lain-lain. Kadar upah yang tinggi juga menyebabkan penduduk di
kawasan luar bandar berpindah ke kawasan bandar.
Bandar ke Bandar
iii) Arahan Majikan
Kebanyakan penduduk yang berpindah ke kawasan kajian kerana arahan majikan. Penduduk
dari kawasan bandar yang bekerja dibawah majikan mereka diarahkan untuk berpindah ke
pejabat di kawasan kajian.Penduduk dari bandar di bahagian utara Malaysia banyak
bermigrasi ke kawasan kajian kerana arahan majikan mereka.
iv) Petempatan Baru
Terdapat juga beberapa penduduk dari Bandar berdekatan seperti Bangi dan Petaling Jaya
berpindah ke kawasan kajian sebagai petempatan baru. Pembukaan kawasan perumahan baru
menggalakkan penduduk dari bandar berdekatan untuk berpindah ke kawasan kajian.
Penerapan Unsur Patriotisme
Saya sangat bersyukur kerana di kawasan kajian saya mempunyai penduduk yang hidup
dalam keadaan aman, damai dan sentosa walau pun bilangan penduduk sering berubah
disebabkan oleh faktor migrasi dalaman ini.
8.4 Kesan Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian
8.4.1 Kesan Positif
i) Penduduk Bertambah
Migrasi dalaman yang berlaku ini telah menyebabkan bilangan penduduk di kawasan kajian
telah meningkat disebabkan kemasukan penduduk luar bandar. Ini diseimbangkan dengan
pembukaan kawasan-kawasan perumahan baru . Walau bagaimanapun penduduk di kawasan
kajian masih stabil dan masih lagi ada kawasan penempatan baru yang belum dihuni oleh
penduduk.
ii) Pasaran Bertambah
Ekoran migrasi dalaman yang meningkat pasaran barangan tempatan turut meningkat. Hal ini
kerana permintaan tinggi dalam kalangan penduduk disamping pembukaan kawasan
perniagaan baru yang menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan.
8.4.2 Kesan Negatif
iii) Masalah Sosial
Hal ini sebenarnya disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh pekerja asing yang di
bawa oleh penduduk tempatan untuk bekerja dalam sektor pembinaan. Keadaan ini telah
menyebabkan penduduk asing semakin bertambah di kawasan kajian saya. Mereka ini kadang
kala telah menimbulkan masalah sosial seperti kes pecah rumah dan mengganggu anak gadis
di kawasan kajian saya.
iv) Masalah Perumahan/Setinggan
Kemasukan pekerja warga asing juga telah menyebabkan pembinaan setinggan di kawasan
kajian bertambah. Kawasan yang tidak diusahakan dijadikan tapak untuk membina
petempatan setinggan. Hal ini menyebabkan perubahan landskap di kawasan kajian.
Pembinaan perumahan setinggan juga akan memburukkan imej kawasan kajian.
v) Struktur Penduduk Berubah
Migrasi luar Bandar ke Bandar yang berlaku di kawasan kajian saya telah menyebabkan
struktur penduduk berubah. Hal ini kerana kebanyakan penduduk luar Bandar yang
berpindah ke Bandar adalah golongan belia. Tujuan golongan muda yang berpindah ke
kawasan kajian adalah untuk melanjutkan pelajaran. Keadaan ini telah menyebabkan
golongan anak-anak dan belia bertambah dan golongan tua berkurang.
Penerapan Unsur Patriotisme
Saya berharap walau pun penduduk dikawasan kajian dapat mengeratkan hubungan dalam
kawasan kejiranan. Selain itu, kemakmuran di kawasan kajian juga perlu dipelihara.
Penduduk perlulah saling bekerjasama untuk memastikan keadaan kawasan kajian sentiasa
selamat untuk dihuni. Perlu meningkatkan ahli rukun tetangga untuk menjaga keselamatan
kawasan daripada sebarang masalah sosial daripada terus berlaku.
Walau bagai mana pun saya bersyukur kerana kawasan kajian saya masih lagi aman dan
selamat untuk dihuni.
8.5 Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk
Bagi memastikan keadaan kawasan kajian saya ini selamat daripada sebarang masalah
beberapa tindakan boleh diambil. Antaranya ialah :
i) Wujudkan Rukun Tetangga
Rukun tetangga ini perlu diwujudkan di kawasan kajian saya untuk memastikan kawasan
kajian sentiasa selamat daripada masalah sosial seperti pecah rumah. Giliran bertugas dan
jaga malam perlu di lakukan oleh penduduk kampung bagi memastikan keadaan di kawasan
kajian sentiasa terkawal terutamanya pada waktu malam.
ii) Membina Rumah Kos Rendah/ Percuma/ PPRT
Pembinaan rumah kos rendah perlu dibina bagi mengatasi perumahan setinggan di kawasan
kajian. Pihak pemaju perumahan perlu mengambil langkah drastik bagi mengatasi masalah
ini dengan membina rumah kos rendah bagi golongan berpendapatan rendah.
iii) Meningkatkan Kemudahan Kesihatan
Pihak kerajaan atau pemaju perlu meningkatkan kemudahan kesihatan. Hal ini dapat
dijadikan faktor penarik bagi golongan tua untuk berpindah ke kawasan kajian. Pembinaan
hospital dapat menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dan meningkatkan kadar
kelahiran serta mengurangkan kadar kematian.
Penerapan Unsur Patriotisme
Saya sebagai penduduk berasa amat bangga kerana melalui langkah-langkah yang dilakukan ,
masalah dan kesan negatif lain dapat dikurangkan. Kita perlu sedar bahawa kawasan kajian
ini merupakan tempat tinggal bagi saya sehingga saya menghembuskan nafas yang terakhir.
Justeru, saya amat mengharapkan agar semua individu mempunyai kesedaran yang tinggi
untuk menjaga kawasan kajian ini daripada sebarang masalah yang dihadapi. Semangat
kerjasama dan tolong menolong perlu ada dalam setiap diri penduduk di kawasan ini.
BAHAN GRAFIK
43%
27%
30%
BILANGAN RESPONDEN YANG MENETAP DI BANDAR TUN HUSSEIN ONN
Penduduk tetapMigrasi Bandar ke BandarMigrasi Luar Bandar ke Bandar
FAKTOR RESPONDEN BERHIJRAH KE BANDAR TUN HUSSEIN ONN
FAKTOR BILANGAN RESPONDEN
ARAHAN MAJIKAN 10
IKUT KELUARGA 2
MELANJUTKAN PELAJARAN 10
PELUANG PEKERJAAN 2
BERSARA -
PERKAHWINAN -
BENCANA ALAM -
GOVERNAN -
KEMUDAHAN ASAS 1
KADAR UPAH 3
PETEMPATAN BARU 5
MENINGKATKAN TARAF HIDUP 2
DARJAH KETERSAMPAIAN -
RUMUSAN
Migrasi ini sememangnya merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Apa
yang penting migrasi ini perlu di kawal supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada
penduduk di kawasan kajian. Sebagai contoh, kemasukan warga asing yang keterlaluan boleh
menyebabkan berlakunya masalah sosial kepada penduduk kampung. Di samping itu, diharap
pihak pemaju meneruskan usaha membangunkan kawasan kajian bertepatan dengan moto
“Bandar Esok untuk Kehidupan Kini”.
LAMPIRAN
RUJUKAN
Buku Teks
Buku teks Geografi, tingkatan 3, m/s 195-221
Internet
http://www.dromoz.com/directory/place/?id=892&p=Bandar+Tun+Hussein+Onn
http://en.wikipedia.org/wiki/Bandar_Tun_Hussein_Onn
Melawat Tempat Kajian
Bandar Tun Hussein Onn,43200, Cheras, Selangor.
Orang Sumber
Norazura binti Mohd Yunus, 40 tahun, No 24, Jalan Suadamai 2/1, Bandar Tun Hussein Onn,
Cheras, 43200,Selangor.