Kerja Kursus Kertas Kerja IPG

15
1 1.0 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Kamus Dewan edisi keempat, 2005, mukasurat 767, menyatakan bahawa kertas kerja bermaksud makalah bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan – cadangan tertentu (dibentangkan dalam perbahasan). Terdapat dua jenis kertas kerja yang sering diguna pakai iaitu kertas kerja seminar dan kertas kerja projek. Kertas kerja seminar ialah kertas kerja yang dibuat bagi mengadakan sesuatu ceramah atau seminar. Kertas kerja projek pula dibuat bagi meminta kelulusan untuk melaksanakan sesuatu projek. Terdapat pelbagai cara dan format yang boleh diikuti untuk menyiapkan satu kertas kerja yang baik. Tugasan kali ini adalah tentang bagaimana hendak membuat satu kertas kerja projek dan contoh kertas kerja projek. 1.2 OBJEKTIF KAJIAN Objktif kajian ini adalah untuk mengetahui gaya penulisan untuk menghasilkan satu - satu kertas kerja. Disamping itu, tujuan kajian ini ialah mendapatkan panduan – panduan bagi menghasilkan satu kertas kerja dan mengkaji beberapa contoh kertas kerja bagi melihat format bagi menulis kertas kerja yang baik. Selain itu, tujuan kajian ini juga ialah untuk mencari laras – laras bahasa yang sesuai untuk menulis kertas kerja projek.

description

Kerja Kursus sewaktu PPISMP

Transcript of Kerja Kursus Kertas Kerja IPG

Page 1: Kerja Kursus Kertas Kerja IPG

1

1.0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Kamus Dewan edisi keempat, 2005, mukasurat 767, menyatakan bahawa kertas

kerja bermaksud makalah bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu

persoalan dan cadangan – cadangan tertentu (dibentangkan dalam perbahasan).

Terdapat dua jenis kertas kerja yang sering diguna pakai iaitu kertas kerja

seminar dan kertas kerja projek. Kertas kerja seminar ialah kertas kerja yang dibuat

bagi mengadakan sesuatu ceramah atau seminar. Kertas kerja projek pula dibuat bagi

meminta kelulusan untuk melaksanakan sesuatu projek.

Terdapat pelbagai cara dan format yang boleh diikuti untuk menyiapkan satu

kertas kerja yang baik. Tugasan kali ini adalah tentang bagaimana hendak membuat

satu kertas kerja projek dan contoh kertas kerja projek.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Objktif kajian ini adalah untuk mengetahui gaya penulisan untuk menghasilkan

satu - satu kertas kerja. Disamping itu, tujuan kajian ini ialah mendapatkan panduan –

panduan bagi menghasilkan satu kertas kerja dan mengkaji beberapa contoh kertas

kerja bagi melihat format bagi menulis kertas kerja yang baik. Selain itu, tujuan kajian ini

juga ialah untuk mencari laras – laras bahasa yang sesuai untuk menulis kertas kerja

projek.

Page 2: Kerja Kursus Kertas Kerja IPG

2

1.3 KAEDAH KAJIAN

Bagi menyiapkan tugasan ini, kaedah keperpustakaan telah digunakan dengan

merujuk buku-buku, jurnal, laman-laman web yang berkaitan, serta merujuk tokoh-tokoh

yang pakar tentang perkara yang berkaitan.

Selain itu, kaedah lain yang digunakan adalah kerja lapangan. Maksud kerja

lapangan pula ialah merujuk contoh kertas kerja yang telah disiapkan oleh guru – guru

sekolah dengan mengenalpasti format dan gaya penulisan di dalam kertas kerja

tersebut untuk dijadikan panduan untuk menulis kertas kerja projek.

1.4 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dibataskan hanya untuk mengkaji dan menulis kertas kerja projek

sahaja.

1.5 DEFINISI KONSEP

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, mukasurat 767, kertas kerja

bermaksud makalah bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu

persoalan dan cadangan – cadangan tertentu (dibentangkan dalam perbahasan).

Abdull Sukor Shaari, Mohd Isha Awang, F. Madya Dr. Nuraini Yusoff, 2003, p.

133, menyimpulkan bahawa kertas kerja adalah hasil tulisan untuk dibentangkan

kepada khalayak. Khalayak ini boleh terdiri daripada kumpulan kecil seperti

jawatankuasa projek ataupun kumpulan besar seperti peserta seminar dan

persidangan.

Dalam tugasan ini merupakan satu garis panduan mengenai penulisan kertas

kerja projek besertakan contoh akan dipaparkan.

Page 3: Kerja Kursus Kertas Kerja IPG

3

2.0 PANDUAN PENULISAN KERTAS KERJA PROJEK

2.1 KONSEP KERTAS KERJA PROJEK

Kertas kerja projek ialah kertas kerja yang ditulis bagi mendapatkan kelulusan

untuk membuat sesuatu projek. Biasanya kertas kerja ini akan dibentangkan di dalam

sesuatu mesyuarat untuk menyatakan permohonan – permohonan tertentu. Dalam satu

– satu organisasi, pihak yang ingin mendapatkan kelulusan projek perlu

membentangkan kertas kerja kepada jawatankuasa tertinggi dalam organisasi tersebut.

Kertas kerja ini juga berfungsi sebagai satu penanda yang menunjukkan bahawa projek

yang hendak dijalankan telah dirancang dan disusun dengan baik.

2.2 PANDUAN PENULISAN KERTAS KERJA PROJEK

Satu – satu kertas kerja yang baik mestilah mempunyai sekurang – kurangnya

pengenalan, objektif, tarikh dan waktu perlaksanaan, kumpulan sasaran, tentatif

program, jawatankuasa pengelola, perbelanjaan, penutup dan borang kelulusan.

2.2.1 PENGENALAN

Pengenalan merujuk kepada penerangan sesuatu tajuk secara menyeluruh

namun ringkas. Pengenalan terdiri daripada latar belakang yang memaparkan aspek

yang berkaitan dengan tajuk yang telah dikemukakan. Pengenalan turut menyatakan

apa yang hendak diperkatakan di dalam kertas kerja itu.

2.2.2 OBJEKTIF

Objektif adalah matlamat atau tujuan penulis menulis kertas kerja tersebut.

Objektif juga adalah idea penulis dan menentukan daya penarik kepada pembaca bagi

mendengar ataupun menilai isi kertas kerja berkenaan. Objektif biasanya ditulis dalam

bentuk pecahan yang menggunakan nombor seperti 1.1, 1.2, 1.3 dan seterusnya.

Page 4: Kerja Kursus Kertas Kerja IPG

4

2.2.3 TARIKH DAN MASA PERLAKSANAAN

Bagi tarikh dan masa pula hendaklah dituliskan tarikh dan masa projek tersebut

hendak dilaksanakan. Bagi kertas kerja projek yang baik, masa dituliskan dalam dua

kategori iaitu masa bermula projek tersebut dan jangka masa projek tersebut

dilaksanakan.

2.2.4 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran ialah kumpulan – kumpulan yang dijadualkan untuk mengikuti

projek tersebut. Dengan kata lain, projek tersebut dilaksanakan khas untuk golongan –

golongan tertentu bagi mencapai objektifnya.

2.2.5 TENTATIF PROGRAM

Dalam kebanyakan penulisan kertas kerja projek, ruangan ini hanya dituliskan

seperti “rujuk lampiran…”. Tentatif program adalah susunan aturcara program atau

projek tersebut dijalankan. Dalam tentatif hendaklah dimasukkan masa, hari dan aktiviti

yang dijalankan.

2.2.6 JAWATANKUASA PENGELOLA

Jawatankuasa pengelola terbahagi kepada dua iaitu jawatankuasa induk dan

jawatankuasa kerja. Dalam jawatankuasa induk biasanya diletakkan jawatankuasa

tertinggi sesuatu badan atau organisasi sebagai penaung atau penasihat. Bagi

jawatankuasa kerja pula ialah jawatankuasa yang ditubuhkan atau dilantik bagi

melaksanakan projek tersebut.

Page 5: Kerja Kursus Kertas Kerja IPG

5

2.2.7 PERBELANJAAN

Dalam ruangan perbelanjaan pula hendaklah menyatakan anggaran

perbelanjaan sesuatu projek dan sumber kewangan. Perkara – perkara yang

memerlukan bajet atau kewangan hendaklah dituliskan dan dianggarkan jumlahnya.

Jumlah wang yang hendak dimohon perlulah sama jumlahnya dengan perbelanjaan.

2.2.8 PENUTUP

Dituliskan dengan menyatakan kesimpulan kepada projek yang hendak

dijalankan.

2.2.9 TANDATANGAN

Tandatangan ini perlu bagi memberitahu siapakah penulis bagi kertas kerja

tersebut. Tandatangan perlu berada di bawah penutup dan perlu dinyatakan jawatan

penulis tersebut. Di sebelah kanannya perlu ada tandatangan penyemak kertas kerja

tersebut beserta jawatannya.

2.2.10 BORANG KELULUSAN

Borang kelulusan penting untuk memberitahu kertas kerja tersebut diluluskan

atau tidak. Format penulisan borang ini mengikut corak dan kehendak sesebuah badan

pentadbiran.

Page 6: Kerja Kursus Kertas Kerja IPG

6

3.0 KERTAS KERJA PROJEK

SMK BUKIT SAWA 21400 MARANG, TERENGGANU

KERTAS KERJA:-

BULAN MEMBACA

& KEMPEN PENGGUNAAN

BAHASA MELAYU

TAHUN 2009

ANJURAN BERSAMA:- PUSAT SUMBER SEKOLAH

& PANITIA BAHASA MELAYU

Page 7: Kerja Kursus Kertas Kerja IPG

7

SMK BUKIT SAWA, MARANG

A TAJUK : Pelancaran Bulan Membaca dan Kempen Penggunaan Bahasa Melayu

B ANJURAN : Panitia Bahasa Melayu dan Pusat Sumber Sekolah C TARIKH : 23 Julai 2009 Dan Sepanjang Tahun D SASARAN : Semua guru dan pelajar SMK Bukit Sawa, Marang

1.0 Pengenalan:-

Pelancaran Bulan Membaca diadakan setiap tahun di sekolah selaras dengan kempen membaca peringkat Kebangsaan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran.Mulai tahun 2005 kempen ini dilaksanakan selama dua bulan iaitu Julai dan Ogos dan seterusnya akan berterusan sepanjang tahun. Justeru tahun ini juga akan diadakan bulan bahasa seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.

2.0 Objektif:-

3.1 Murid menggunakan Bahasa Melayu dan mencintai bahasa kebangsaan. 3.2 Murid berminat untuk membaca dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan mereka. 3.3 Mempertingkatkan kecekapan berbahasa Melayu dikalangan pelajar 3.4 Memupuk potensi individu murid khususnya dalam melahirkan idea dan hujah serta berani dan berkeyakinan. 3.5 Melatih pelajar berdisiplin dan amanah dalam menjayakan aktiviti yang telah dirancang.

3.0 Tarikh Dan Masa Pelaksanaan:-

Sepanjang bulan Julai dan Ogos.

4.0 Kumpulan Sasaran:-

Semua guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa.

Page 8: Kerja Kursus Kertas Kerja IPG

8

5.0 Tentatif Program:-

5.1 Mesyuarat Jawatankuasa

5.2 Persiapan untuk majlis pelancaran dan aktiviti

5.3 Majlis pelancaran

5.4 Derma majalah / bahan bacaan

5.5 Aktiviti Bulan Membaca dan Kempen Berbahasa Melayu

Bil Aktiviti Tarikh Guru Penyelaras

Sasaran

1 Mesyuarat Jawatankuasa

1 Julai 2009

Ketua Panitia Bahasa Melayu

Guru – guru Bahasa Melayu

2 -Penyediaan Brosur -Penyediaan Banner

10 Julai 2009

Pn khadijah Pengawas PSS

3 Majlis Pelancaran

i. Sesi pagi ii. Sesi petang

23 Julai 2009

Pn. Julia Pn. Khadijah

Hazwani Pn. Jainabi

Pelajar di perhimpunan

4 Derma majalah dan bahan bacaan

23 Julai – 30 Ogos 2009

Pn. Khadijah Pn. Rodzilah Pn. Jainabi

Guru dan pelajar

Page 9: Kerja Kursus Kertas Kerja IPG

9

5 Aktiviti-aktiviti sepanjang kempen:-

i) Pertandingan membaca dan pengumpulan artikel dan akhbar

ii) Pertandingan menulis ulasan buku.

iii) Pengucapan awam

iv) Ulasan buku di perhimpunan (sehari sebuah buku)

v) Projek Mural (berkaitan dengan Bahasa Melayu)

vi) Drama Bahasa Melayu

vii) Kempen Perbualan Harian dalam Bahasa Melayu

1 Julai – 30 Julai 2009 23 Julai – 30 Ogos 2009 Setiap Isnin (bulan Ogos) Setiap Selasa dan Khamis (bulan Ogos) Sepanjang kempen dan tahun Bulan Julai Sepanjang bulan Julai dan Ogos

Pn Rodzilah – sesi pagi Pn Jainabi – sesi petang Cik rosidah – sesi pagi Pn suhainah – sesi petang Pn Intan Pn Khadijah En Daelemi Pn Intan Pn Julia

Semua murid SMKBS AJK Semua murid SMKBS AJK Wakil pelajar Melayu, Cina dan India Pengawas pusat sumber 6 Rendah Kelas 5 Zuhrah Pelajar menyanyikan lagu ‘Gunalah Bahasa Kebangsaan Kita’ di tapak perhimpunan

6 Penyampaian hadiah dan Majlis Penutup

3 Sept 2009 Pn Julia Semua murid

Page 10: Kerja Kursus Kertas Kerja IPG

10

6.0 Jawatankuasa Pengelola:-

Anjuran bersama Pusat Sumber Sekolah dan Panitia Bahasa Melayu PENAUNG

:

TN HAJI ROSLI B ABDUL RAHMAN (Pengetua SMKBS)

PENASIHAT

: : :

PN SITI MARIAM BT JONED EN TAUFIK BIN OMAR PN UMI KALTHOM BT MOHD NOR

PENGERUSI

:

PN JULIA BT KAMARUDDIN (Guru Kanan Bahasa Melayu)

NAIB PENGERUSI

:

PN KHADIJAH BT UMAR (Guru Media dan Pusat Sumber Sekolah)

SETIAUSAHA

:

CIK ROSIDAH BT HASSAN

P. SETIAUSAHA

:

PN RODZILAH BT AZIDAN

AJK

: : : : :

PN SALMAH BT IBRAHIM PN ROSLINDA BT CHE MAT CIK JULIA AZUMI BT ISKANDAR EN ROSLI B WAHAB EN AFFENDI B MUDA

DAN AJK JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER PENGAWAS PUSAT SUMBER

Page 11: Kerja Kursus Kertas Kerja IPG

11

7.0 Perbelanjaan :-

Bil

Sumber Kewangan

Jumlah

1

SUWA – Pusat Sumber

RM 100.00

2

SMK KOKURIKULUM

RM 100.00

3

PANITIA BAHASA MELAYU

RM 200.00

4

JUMLAH

RM 400.00

8.0 Penutup:-

Diharapkan aktiviti Bulan Membaca dan Kempen Penggunaan Bahasa Melayu

ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan

dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada para murid.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

……………………………………………….. (EN MOHD AFFENDI B. SAAD) Guru Media dan Pusat Sumber Sekolah, SMK Bukit Sawa, Marang.

……………………………………………….. (PN JULIA BT KAMARUDDIN) Ketua Bidang Bahasa, SMK Bukit Sawa, Marang.

Page 12: Kerja Kursus Kertas Kerja IPG

12

BAHAGIAN A

PENGESAHAN KELULUSAN

Saya dengan ini ( meluluskan / tidak meluluskan ) Kertas Kerja Bulan Membaca & Kempen Penggunaan Bahasa Melayu Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa.

Catatan:-

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

Cop Rasmi Tarikh:

Page 13: Kerja Kursus Kertas Kerja IPG

13

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulan daripada kajian yang telah saya laksanakan, saya mendapati

kebanyakan kertas kerja projek yang telah saya kaji di pelbagai bahan rujukan, terdapat

beberapa ciri yang perlu ada bagi menghasilkan satu – satu kertas kerja projek yang

baik. Satu – satu kertas kerja projek yang baik perlu mempunyai sekurang – kurangnya

perkara yang telah dinyatakan di dalam kajian saya. Kertas kerja projek yang dibuat

juga boleh berubah – ubah formatnya mengikut satu – satu badan pentadbiran dan

peredaran masa.

Page 14: Kerja Kursus Kertas Kerja IPG

14

RUJUKAN

1. Nuraini Yusoff, (1990), Penulisan Berformat, Pustaka Pertiwi Sdn. Bhd.

2. Ab Rahman Ab Rashid, Yap Kim Fatt, (2004), Bahasa Melayu Komunikasi 3,

Selangor, Longman.

3. Abdul Sukor Shaari, F. Madya Dr. Nuraini Yusoff, Mohd Isha Awang, (2003),

Bahasa Melayu Komunikasi, Pahang, PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

4. Kamus Dewan Edisi Ke-4, (2005), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 15: Kerja Kursus Kertas Kerja IPG

15

LAMPIRAN