Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

76
BIODATA

Transcript of Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

Page 1: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

BIODATA

Page 2: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

ISI KANDUNGAN

Page 3: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

PENGHARGAAN

Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang

dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah

Perkembangan Kanak-kanak saya, Puan Fauziah Binti Hashim kerana dengan tunjuk ajar

serta bimbingan daripadanya, membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan

jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa

saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah

memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga berjaya

saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak

memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya

dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara

lansung atau sebaliknya dalam pelaksanaan kerja kursus ini.Terima kasih

Page 4: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

PENDAHULUAN

Kami telah diberi dua tugasan secara individu dalam kerja kursus ini. Dalam tugasan

pertama terdapat dua perkara yang perlu kami lakukan. Pertama, kami dikendaki untuk

merekod maklumat dua orang murid yang kami pilih. Kami dikehendaki untuk mengumpul

dan merekodkan maklumat tentang latar belakang pencapaian akademik serta tingkah laku

mereka dan persekitaran kelas dan sekolah tersebut.

Kedua, berdasarkan maklumat yang telah kami perolehi , kami dikehendaki untuk

menulis satu esei membincangkan hasil analisis perkembangan kanak-kanak serta faktor-

faktor yang mempengaruhi perkembangan mereka. Kami juga dikehendaki untuk

mencadangkan bagaimana komuniti sekolah tersebut boleh membantu mempengaruhi

perkembangan kanak-kanak ini ke tahap optimum.

Dalam tugasan yang kedua juga terdapat dua perkara yang perlu kami lakukan.

Pertama, kami perlu menyediakan satu peta pemikiran yang menjelaskan kategori, ciri-ciri

serta tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas .

Kedua, kami juga dikehendaki untuk menulis esei dengan merujuk kanak-kanak

dalam video yang dipaparkan dan kami perlu mencadangkan bagaimana kami boleh

membantu dalam mencapai perkembangan yang optimum dari aspek kognitif, psikomotor

dan efektif semasa melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan dalam bilik darjah.

Page 5: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

SOALAN

Tugasan 1

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 menegaskan bahawa

pendidikan adalah untuk semua murid tanpa mengira apa jua keadaan atau kebolehan

murid dan harus diberi perhatian mengikut keperluan masing-masing.

Berdasarkan pernyataan di atas:

(1) Merekodkan maklumatAnda dikehendaki:

Memilih dua orang murid dari umur 6 hingga 12 tahun

• mengumpul dan merekodkan maklumat tentang latar belakang pencapaian akademik

dan tingkah laku kanak-kanak serta persekitaran kelas dan sekolah tersebut.

• mendapatkan data-data perkembangan kanak-kanak tersebut dari aspek fizikal, kognitif

dan sosial.

(20 markah)(2) Laporan KajianBerdasarkan maklumat yang diperolehi, tuliskan satu esei membincangkan:

• hasil analisis perkembangan kanak-kanak serta faktor-faktor yang mempengaruhi

perkembangan mereka.

• cadangkan bagaimana komuniti sekolah tersebut boleh membantu mempengaruhi

perkembangan kanak-kanak ini ke tahap optimum.

(40 markah)

Tugasan 2Laporan PPPM juga menyebut tentang ekuiti pendidikan di mana ia adalah hak bagi setiap kanak-kanak. Oleh yang demikian sistem pendidikan kebangsaan mengambil kira semua murid termasuk murid-murid yang bekeperluan khas. a) Pengurusan Grafik Berdasarkan video yang diberi, sediakan satu peta pemikiran yang menjelaskan kategori ,

ciri-ciri serta tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas tersebut.

(10 markah) b) Penulisan Esei Dengan merujuk kepada kanak-kanak dalam video tersebut, cadangkan bagaimana anda

boleh membantu mencapai perkembangan yang optimum dari aspek kognitif, psikomotor

dan efektif semasa melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan dalam bilik darjah

(30 markah)

Page 6: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

TUGASAN 1

1. MEREKODKAN MAKLUMAT

Pengenalan

Bagi kerja kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak ini, kami dikehendaki untuk memilih

dua orang murid dan mengumpulkan serta merekodkan maklumat tentang latar

belakang pencapaian akademik, tingkah laku mereka, persekitaran kelas dan sekolah,

juga data-data perkembangan kanak-kanak tersebut dari beberapa aspek seperti aspek

fizikal, kognitif dan sosial sebagai tugasan pertama. Dalam melaksanakan tugasan

pertama kerja kursus Perkembangan Kanak-kanak ini, saya telah memilih 2 orang

pelajar perempuan dari sebuah sekolah rendah tempat saya menjalankan Pengalaman

Berdasarkan Sekolah (PBS) pada 4 Ogos 2014 yang lalu iaitu Sekolah Rendah

Kebangsaan Kilimu, Ranau, Sabah. SK. Kilimu merupakan sebuah sekolah luar Bandar

yang telah dibina sejak tahun 2002 lagi. Kedua-dua murid tersebut adalah murid

perempuan tahun 5 dari dua buah kelas yang berbeza iaitu kelas 5 Galaxy dan 5 Orbit.

Page 7: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

Maklumat murid

Jadual di bawah menunjukkan maklumat-maklumat diri serta maklumat-maklumat berkaitan

pencapaian akademik dan tingkah laku, serta persekitaran sekolah dan kelas murid-murid

yang saya pilih melalui kaedah soal selidik.

BIODATA MURID 1 MURID 2

1. Nama penuh Elvira Fredollin Aurora Ilia Bt. Rosly

2. Gambar

3. Jantina Perempuan Perempuan

4. Umur 11 tahun 11 tahun

5. Tarikh lahir 22 Oktober 2003 20 Januari 2003

6. Bangsa Dusun Dusun kacukan Bisaya

7. Agama Kristian Islam

8. Alamat Kg Kilimu. 89300 Ranau, Sabah Flat Guru Smk Lohan, 89308

Ranau, Sabah

9. Kelas Tahun 5 Orbit Tahun 5 Galaxy

10. Persekitaran kelas

Kurang kemas Sangat kemas

11. Persekitaran sekolah

Terlalu besar dan luas namun kurang fasiliti

12. Nama ibu Rosnine Kadog Armah Bastin

13. Nama bapa Fredollin Sinddeh Rosly Biun

14. Pekerjaan ibu Suri rumah Guru

15. Pekerjaan bapa

Kerja sendiri Guru

16. Status ibu Bercerai Berkahwin

Page 8: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

bapa

17. Tinggal bersama?

Ibu Ibu dan bapa

18. Bilangan adik-beradik

Anak kedua dari 3 adik beradik Anak ke 4 dari 5 adik beradik

19. Bahasa pengantaraan di rumah

Bahasa Melayu dan Bahasa Dusun Bahasa Melayu

20. Kedudukan rumah

Di kawasan kampung yang agak

terpencil dan jauh dari kawasan

pekan dan jiran tetangga adalah

majoriti petani.

Di flat guru yang juga terletak

berdekatan kawasan sekolah dan

jiran tetangga adalah majoriti warga

pendidik

21. Kenderaan ke sekolah

Berjalan kaki Mengikuti bas sekolah

22. Kedudukan dalam kelas

18/25 1/26

23. Kawan rapat Briana Fay Laila Balqish

24. Kedudukan kawan rapat di dalam kelas

16/25 3/26

25. Subjek kegemaran

Matematik Pendidikan Seni

26. Cita-cita Belum ada Arkitek

27. Hobi Berborak dengan rakan Bermain permainan komputer

Page 9: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

Data-data perkembangan kanak-kanak

Saya mendapatkan data-data pada jadual-jadual di bawah menggunakan kaedah

pemerhatian, soal selidik serta ujian.

(i) Fizikal

FIZIKAL MURID 1 (ELVIRA FREDOLIN) MURID 2 (AURORA ILIA BT. ROSLY)

Berat 59 kg 36 kg

Tinggi 139cm 138 cm

Saiz baju L S

Saiz kasut 6 3

Warna kulit Kuning langsat Putih

Warna rambut Hitam Hitam

Jenis rambut Ikal Lurus

Warna anak mata

Hitam Coklat

Bentuk mata Bundar Bulat

Tahap kekemasan diri

Sederhana Sangat kemas

Page 10: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

(ii) Sosial dan emosi

SOSIAL DAN EMOSI

MURID 1 (ELVIRA FREDOLIN) MURID 2 ( AURORA ILIA BT. ROSLY)

Cara bercakap Sopan Sopan

Cara bergaul dengan guru dan rakan

Mesra dan banyak berbicara Kurang mesra dan lebih banyak

mendiamkan diri

Cara makan Agak gelojoh Sopan dan teratur

Keyakinan tampil di hadapan

Tidak yakin Yakin

Kekerapan bertanya

Kurang bertanya Kurang bertanya

Bahasa yang digunakan

Bahasa Melayu bercampur

dengan slanga bahasa Ibunda

Bahasa Melayu baku

Reaksi bila dipuji

Tersenyum girang Tersenyum girang

Reaksi bila dimarah

Menangis Diam dan tunduk

Page 11: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

(iv) Kognitif

KOGNITIF MURID 1 (ELVIRA FREDOLIN)

MURID 2 ( AURORA ILIA BT. ROSLY)

Keputusan peperiksaan 3[C]2[D] 4[A]1[B]

Kedudukan dalam kelas 18/25 1/26

Cara mewarna Sederhana Kemas

Masa dan ketepatan menyelesaikan 4 soalan matematik

45 minit dan semua jawapan

tidak tepat

19 minit dan jawapan

semuanya tepat

Kekemasan tulisan Kurang kemas Sangat kemas

Kebolehan menggunting Kurang kemas dan tidak

menggunting mengikut bentuk

yang dilukis

Kemas dan menggunting

mengikut bentuk yang dilukis

Ujian bilangan duit syiling (Kekalan nombor)

Menjawab kedua-dua baris

wang syiling mempunyai

bilangan yang berbeza

Menjawab kedua-dua baris

wang syiling mempunyai

bilangan yang sama

Ujian isipadu air dalam gelas (Kekalan isi padu)

Menjawab bahawa isipadu air

dalam gelas yang lebih tinggi

adalah lebih banyak

Menjawab bahawa isipadu air

dalam kedua-dua gelas adalah

sama

Ujian saiz doh tanah liat (Kekalan pepejal)

Menjawab bahawa tanah liat

yang dipenyekkan mempunyai

doh yang lebih banyak

Menjawab bahawa kedua-dua

bentuk tanah liat mempunyai

doh yang sama

Page 12: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

2. LAPORAN KAJIAN

Definisi perkembangan

Mook Soon Sang (2008) menyatakan, perkembangan merupakan satu proses

yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan dan beliau

menjelaskan bahawa perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur

secara kuantitatif tetapi dapat dilihat pada sifat baru yang berlainan daripada peringkat

lebih awal.

Menurut Santrock (2008), perkembangan ialah perubahan dalam corak biologi,

kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan hingga

ke akhir ayat. Menurut beliau lagi, perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak

dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan dari

sifat yang lebih awal.

Menurut Karl E. Garrisson (2007) pula, perkembangan terhasil daripada tindakan

yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua

perkembangan itu sama ada berbentuk struktur, kemahiran tingkah laku atau sahsiah,

adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan bersifat sejagat.

Selain itu, Shaffer (1999) menyatakan, perkembangan merupakan satu proses

perubahan yang berlaku secara kompleks dan perubahan secara kuantitatif adalah

perubahan yang dapat diukur seperti pertambahan saiz, tinggi dan berat. Perubahan ini

adalah perubahan kuantiti kerana ia dapat ditentukan dengan ukuran dari satu peringkat

ke peringkat yang lain. Mengikut ahli psikologi perkembangan manusia dari aspek

perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh dua faktor

yang utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Perkembangan juga boleh

disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan

perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu.

Page 13: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

Prinsip Perkembangan Kanak-kanak

Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008) dalam buku

‘Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian

Empat Tahun’ , terdapat 5 prinsip perkembangan kanak-kanak. Prinsip pertama ialah proses

perkembangan mengikut aturan. Misalnya, seorang bayi pada peringkat awal boleh duduk

dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti oleh kebolehan berdiri dan seterusnya

berjalan. Perkembangan juga boleh bermula daripada konkrit kepada abstrak. Ini dapat

dilihat terutamanya dalam perkembangan kognitif dan bahasa.

Prinsip kedua ialah perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur

daripada keadaan umum kepada keadaan yang lebih spesifik. Seorang bayi boleh

menggengam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan.

Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot besar dahulu sebelum otot-otot kecil.

Prinsip ketiga ialah pertumbuhan dan perkembangan ialah satu proses yang berlaku

secara berterusan. Dalam proses perkembangan seorang kanak-kanak, kemahiran sedia

ada akan bertambah. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan asas untuk

mencapai kemahiran-kemahiran baru kelak.

Prinsip keempat ialah corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi

kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Contohnya, sesetengah

kanak-kanak dapat berjalan pada umur sepuluh bulan manakala ada yang hanya boleh

berjalan pada umur lapan belas bulan. Ini adalah salah satu faktor yang membawa kepada

perbezaan di antara manusia yang boleh dilihat di dalam sebuah bilik darjah.

Prinsip kelima ialah perkembangan ialah hasil interaksi di antara kematangan dan

pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada dalam diri

seseorang individu contohnya merangkak, duduk, berjalan, dan kemudian berlari. Ia

dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik.

Proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangkan potensi

yang sedia ada dalam dirinya. Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang

sempurna memungkinkan seseorang itu berenang tetapi dia hanya boleh berenang jika dia

kerap berlatih untuk berenang.

Page 14: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

Faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak

Menurut Rohani Abdullah (2001), terdapat lima aspek perkembangan kanak-kanak

iaitu aspek jasmani, emosi, rohani, kognitif dan sosial. Aspek-aspek berikut pula dipengaruhi

oleh dua faktor iaitu faktor baka dan faktor persekitaran.

Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) dalam buku ‘Perkembangan

Kanak-kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, baka merujuk kepada ciri-ciri

biologi atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya. Ciri-ciri

yang kita warisi daripada ibu bapa terkandung di dalam gen-gen ini. Tidak dapat dinafikan

bahawa pertumbuhan dan perkembang dipengaruhi oleh faktor genetik individu seperti

bentuk badan, ketinggian, rambut dan juga warna mata. Baka juga boleh mempengaruhi

penyuburan mental individu seperti pandai dan tidak pandai dan . Kenyataan ini disokong

lagi oleh hasil kajian ahli-ahli psikologi seperti Galton (1865) , Newman (1937) dan Shieldo

(1962) yang menyatakan bahawa baka mempengaruhi dalam perbezaan kecerdasan dan

kebolehan intelek setiap individu.

Antara contoh pengaruh baka terhadap perkembangan kanak-kanak ialah sahsiah,

kecerdasan dan sosial individu. Contohnya, dari segi sahsiah, individu yang mempunyai saiz

badan yang besar akan berasa malu untuk bersosial dengan orang lain dan banyak aktiviti

yang boleh dilakukannya adalah terbatas. Oleh itu, individu tersebut akan sukar untuk

melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti tersebut dan menyebabkan individu tersebut berasa

rendah diri. Ini akan membawa kepada perkembangan sahsiah yang tidak sihat. Dari segi

kecerdasan pula, ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu

dengan perbezaan kecerdasan ibu bapa mereka. Selalunya, ibu bapa yang bijak pandai

akan melahirkan anak-anak yang bijak pandai dan sebaliknya. Seterusnya ialah aspek

sosial individu. Contohnya, jika seseorang individu berasal daripada keturunan yang

mempunyai saiz badan yang besar, individu tersebut akan menghadapi kesukaran untuk

menyertai aktiviti-aktiviti tertentu dan mereka akan berasa malu untuk menyertai aktiviti-

aktiviti sosial. Oleh itu, perkembangan sosial dan emosinya akan terjejas.

Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), persekitaran pula merujuk

kepada semua pengalaman seseorang individu yang dihadapi di rumah, bersama jiran,

sekolah, masyarakat serta semua tempat di mana individu tersebut berada. Ia juga termasuk

pengalaman sebelum dan selepas kelahiran. Pengalaman sebelum lahir merangkumi

pemakanan dan kesihatan serta gaya hidup ibu. Misalnya, adakah ibu merokok semasa

mengandung, usia ibu serta rawatan yang diterimanya dan keadaan emosi ibu. Pemakanan,

Page 15: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

taraf sosioekonomi, tahap pendidikan keluarga, rakan sebaya, sekolah dan masyarakat

serta persekitaran dunia menyumbang kepada pengalaman selepas lahir individu. Semua

ini akan mempengaruhi perkembangan manusia.

Contohnya, keluarga yang mempunyai sosio-ekonomi yang baik dan kukuh akan

membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana

keluarga ini mampu menyediakan makanan yang berzat dan seimbang serta kemudahan

pendidikan yang baik dan sempurna kepada anak-anak. Selain itu, ibu bapa yang

memberikan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak akan

menyebabkan anak-anak mempunyai akhlak yang baik dan terpuji. Faktor pemakanan juga

mempengaruhi perkembangan fizikal, mental dan rohani anak-anak. Contohnya, jika anak-

anak diberikan makanan yang seimbang dan berzat, kesihatan mental, emosi dan fizikal

mereka akan berkembang dengan baik.

Urie Bronfenbrenner, seorang ahli psikologi Amerika menjelaskan,perkembangan

kanak-kanak sebagai hasil interaksi di antara alam persekitaran dengan kanak-kanak

tersebut. Menurut teori Sistem Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1989) seperti yang ditulis

oleh Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) dalam buku ‘Perkembangan Kanak-kanak

untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan’, persekitaran kanak-kanak terdiri dari satu

set sistem sosial kompleks dan saling berkaitan yang mempunyai lima lapisan sistem, iaitu

Mikrosistem, Mesosistem, Ekosistem, Makrosistem dan Kronosistem.

Sistem Mikrosistem ialah persekitaran yang terdekat dengan dunia kanak-kanak

tersebut seperti interaksi kanak-kanak dengan ibu bapa, penjaga, adik-beradik, rakan dan

guru. Sistem Mesosistem pula melibatkan interaksi ibu bapa dengan pengasuh, ibu bapa

dengan jiran, ibu bapa dengan rakan dan ibu bapa dengan sekolah. Seterusnya, Sistem

Ekosistem pula melibatkan kanak-kanak contohnya peraturan-peraturan tempat kerja ibu

bapa seperti cuti dan waktu kerja fleksi. Ekosistem juga merangkumi saudara-mara dan

rakan ibu bapa yang dapat membantu keluarga. Sistem Makrosistem pula merupakan

perkembangan individu yang melibatkan norma-norma dan nilai masyarakat. Sistem

Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh masa sebagai

contoh kanak-kanak masa kini lebih fokus kepada permainan komputer berbanding kanak-

kanak pada zaman dahulu yang suka bermain di persekitaran rumah.

Page 16: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

Definisi perkembangan fizikal kanak-kanak

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan

bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia

(Woofolk & Margets, 2007). Semasa membesar, kanak-kanak akan mengalami perubahan

dalam ketinggian, berat badan dan menjadi lebih kuat serta dapat melibatkan diri dalam

aktiviti fizikal yang lebih kompleks.

Teori perkembangan fizikal kanak-kanak

Menurut Robert Havighurst (2000), prinsip asas dalam perkembangan fizikal

bermula dari kepala dan berunsur ke kaki. Contohnya, kanak-kanak dapat mengawal

kepalanua terlebih dahulu kemudian diikuti dengan tangan dan kaki. Seterusnya, arah

perkembangan berlaku iaitu daripada tengah badan dan berterusan ke luar. Contohnya,

seorang bayi selepas kelahiran akan cuba untuk mencapai objek yang dilihatnya tetapi

gagal namun setelah beberapa bulan, bayi boleh menggunakan kedua-dua belah tangannya

untuk menggenggam objek dan seterusnya bayi dapat memegang objek menggunakan

jarinya kerana ototnya sudah berkembang. Kebolehan bayi akan bertambah jelas dan

spesifik selepas itu. Sebagai contoh, apabila bayi terhantuk, mereka akan menangis kuat.

Selepas beberapa bulan, jika insiden yang sama berulang, mereka masih akan menangis

dengan kuat namun mereka sudah boleh menunjuk bahagian badan yang sakit kerana

terhantuk. Selepas itu, aspek berbeza akan berkembang pada tahap yang berbeza. Kaki

dan tangan akan mencapai tahap perkembangan maksimum semasa peringkat remaja

tetapi bahagian bahu akan mengambil masa yang lebih lama.

Page 17: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

Data dan perbincangan ujian perkembangan fizikal kanak-kanak

FIZIKAL MURID 1 (ELVIRA FREDOLIN) MURID 2 (AURORA ILIA BT. ROSLY)

Berat 59 kg 36 kg

Tinggi 139 cm 138 cm

Saiz baju L S

Saiz kasut 6 3

Warna kulit Kuning langsat Putih

Warna rambut Hitam Hitam

Jenis rambut Ikal Lurus

Warna anak mata

Hitam Coklat

Bentuk mata Bundar Bulat

Tahap kekemasan diri

Sederhana Sangat kemas

Jadual 1: Data-data fizikal murid-murid yang dikaji

Jadual 1 di atas menunjukkan data ujian perkembangan fizikal dua orang murid

perempuan tahun 5 yang merangkumi berat, tinggi, saiz baju, saiz kasut, warna kulit, warna

rambut, jenis rambut, warna anak mata, bentuk mata dan tahap kekemasan. Murid-murid

yang terlibat kedua-duanya diambil dari kelas yang berbeza. Daripada jadual di atas, jelas

kelihatan terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara dua orang murid tersebut.

Dari segi ketinggian, Elvira Fredolin dan Aurora Ilia Bt. Rosly mempunyai ketinggian

yang tidak jauh bezanya iaitu 139 cm dan 138 cm. Purata ketinggian mereka ialah 138.5 cm.

Ini menunjukkan pada tahap ini, ketinggian mereka adalah hampir sama.

Dari segi berat badan dan saiz baju, Elvira Fredolin jauh lebih berat dan badannya

bersaiz lebih besar berbanding Aurora Ilia Bt. Rosly. Berat Elvira Fredolin ialah 59 kg dan

saiz bajunya ialah saiz ‘L’ manakala berat Aurora Ilia ialah 36 kg dan saiz bajunya ialah saiz

‘S’. Setelah disoal selidik, didapati bahawa ahli keluarga Elvira Fredolin semuanya

mempunyai saiz badan yang besar dan Elvira Fredolin juga menyatakan bahawa dia makan

dua kali pada waktu malam iaitu makan malam pada pukul 7.00 pm dan sejam sebelum tidur

setiap malam. Aurora Ilia pula menyatakan bahawa ayah dan ibunya mempunyai saiz badan

Page 18: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

yang sederhana dan ibunya sangat mementingkan pemakanan yang simbang. Dari segi

baka, ibu bapa yang mempunyai saiz badan yang besar selalunya akan melahirkan anak-

anak yang turut mempuyai saiz badan yang besar. Dari segi pemakanan pula, pemakanan

yang tidak sihat dan tidak seimbang akan menyebabkan saiz badan kanak-kanak tidak

sesuai dengan umur mereka terutamanya yang menghidap obesiti.

Jika dikira Body Mass Index (BMI) kedua-dua murid ini, Elvira Fredoline mempunyai

BMI yang tidak normal kerana mencatatkan BMI sebanyak 29.7 menunjukkan dia

mempunyai berat badan yang berlebihan manakala BMI Aurora Ilia Bt. Rosly pula

mencatatkan BMI normal iaitu 18.9.

Dari aspek saiz kasut pula, saiz kasut Elvira Fredolin ialah saiz 6 manakala saiz

kasut Aurora Ilia ialah saiz 3 iaitu separuh daripada saiz kasut Elvira Fredolin. Setelah

menjalankan soal selidik, kaki ibu bapa Elvira Fredolin adalah bersaiz besar manakala saiz

kaki ibu bapa Aurora Ilia Bt. Rosly adalah sederhana. Ini menunjukkan, saiz kaki murid-

murid tersebut dipengaruhi oleh faktor baka.

Dari segi warna kulit pula, Elvira Fredolin mempunyai kulit yang berwarna kuning

lasngsat yang juga merupakan warna kulit kaum Dusun manakala Aurora Ilia Bt. Rosly

mempunyai warna kulit putih susu kerana Aurora berdarah kacukan Dusun iaitu kaum yang

mempunyai kulit berwarna kuning langsat dan kaum Bisaya yang mempunyai warna kulit

putih susu. Ini menunjukkan, warna kulit mereka dipengaruhi oleh faktor baka.

Dari aspek warna rambut dan jenis rambut, kedua-dua orang murid mempunyai

rambut berwarna hitam tetapi jenis rambut mereka berbeza. Elvira Fredolin mempunyai jenis

rambut ikal mayang manakala Aurora Ilia Bt. Rosly mempunyai jenis rambut yang lurus.

Setelah disoal selidik, didapati bahawa bapa kepada Elvira Fredolin berambut ikal manakala

ibu bapa Aurora Ilia Bt. Rosly kedua-duanya berambut lurus. Jelasnya, aspek ini juga

dipengaruhi oleh faktor baka.

Dari segi warna anak mata dan bentuk mata, Elvira Fredolin bermata bundar dan

anak matanya berwarna hitam manakala Aurora Ilia Bt. Rosly bermata bulat dan anak

matanya berwarna coklat kerana dia berdarah kacukan Dusun dan Bisaya.

Dari aspek tahap kekemasan diri atau penampilan, tahap kekemasan diri Elvira

Fredolin ialah sederhana manakala tahap kebersihan Aurora Ilia Bt. Rosly ialah sangat

kemas. Setelah disoal selidik, didapati bahawa ibu Elvira Fredolin akan memastikan Elvira

akan berpenampilan kemas ke sekolah namun menurut Elvira, sebaik sahaja sampai di

sekolah pada awal pagi, dia akan bermain di padang sekolah menggunakan pakaian

Page 19: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

seragam sekolah bersama rakan-rakannya sementara menunggu kelas bermula. Oleh itu,

pakaian seragam sekolahnya akan menjadi kotor dan berkedut-kedut. Menurut Aurora Ilia

Bt. Rosly pula, ibu dan bapanya yang juga bekerja sebagai guru telah mendidik dia dan

adik-beradiknya untuk memastikan tahap kekemasan diri pada tahap yang memuaskan

setiap hari. Oleh itu, Aurora sentiasa menjaga kekemasan dirinya kerana dia ingin kelihatan

bersih dan menyenangkan seperti kedua-dua ibu bapanya. Jelasnya, aspek ini dipengaruhi

oleh faktor persekitaran.

Konklusinya, perkembangan fizikal kanak-kanak ini mengalami proses

perkembangan yang berbeza-berbeza disebabkan oleh faktor baka dan persekitaran.

Page 20: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

Definisi perkembangan kognitif kanak-kanak

Kognitif merujuk kepada intelek atau pemikiran (Rohani A. 2007). Kemahiran kognitif

merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati

perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti-aktiviti

mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah,

mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif penting untuk kelangsungan hidup

individu.

Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan kepada pembinaan

pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan kanak-kanak yang berlaku daripada

satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.

Teori perkembangan kognitif kanak-kanak

Untuk mengkaji perkembangan kognitif, dua teori utama akan dibincangkan iaitu teori

utama perkembangan kognitif oleh ahli psikologi Switzerland , Jean Piaget. Teori ini

memainkan peranan untuk membantu memahami cara kanak-kanak berfikir.

Menurut teori perkembangan Jean Piaget dalam buku Haliza Hamzah dan Joy N.

Samuel (2009) , Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda

Perguruan, perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada empat iaitu Peringkat Deria Motor

(0-2 tahun), Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun), Peringkat Konkrit (7-12 tahun), dan

Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun).

Bagi kanak-kanak berumur 7-11 tahun, mereka berada pada tahap ketiga

berdasarkan teori Jean Piaget. Pada peringkat ini, mereka berkebolehan berfikir secara logic

walaupun pemikiran mereka terikat dengan situasi yang konkrit. Mereka sepatutnya

memahami proses transformasi, keterbalikan dan menaakul.

Jean Piaget berpendapat bahawa kanak-kanak akan mengalami pemusatan

perhatian terhadap satu-satu perkara, mereka mula memperoleh konsep transformasi,

menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsang. Pada peringkat ini,

perasaan ingin tahu kanak-kanak mula meningkat dan gemar bertanyakan sesuatu yang

menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri

ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain.

Page 21: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

Dalam Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget (1970), terkandung 5 konsep asas

iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan akomodasi. Skema merujuk kepada

kebolehan atau pengalaman individu yang dipelajari dan diperolehi berdasarkan syarat-

syarat yang diwarisi untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Adaptasi pula

merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi

untuk disesuaikan dengan persekitaran. Keseimbangan akan berlaku apabila kanak-kanak

mempunyai kecenderungan semula jadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajar

dengan kehendak persekitaran. Seterusnya ialah asimilasi. Asimilasi ialah proses

penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema sedia ada. Proses asimilasi

yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada

pengalaman yang baru diperolehi. Akomodasi merupakan suatu proses di mana struktur

kognitif mengalami perubahan. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat

menyesuaikan persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-

kanak. Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.

Jean Piaget mendapati, kemampuan manusia muncul di tahap tertentu dalam proses

perkembangan yang dilalui. Menurut beliau, perubahan daripada satu peringkat ke satu

peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan

yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan.

Menurut Nani M. dan Rohani A. (2007), terdapat beberapa faktor yang

mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Pertama, faktor persekitaran fizikal.

Kewujudan alat permainan binaan seperti blok dan lego akan menggalakkan mereka berfikir

secara kreatif dan inovatif. Faktor kedua ialah persekitaran emosi. Persekitaran emosi

negatif dapat mengganggu perkembangan kognitif kanak-kaak. Faktor ketiga pula ialah

persekitaran komunikasi. Persekitaran komunikasi amat penting dalam menggalakkan

keupayaan berfikir secara logikal dan kreatif

Page 22: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

Data dan perbincangan ujian perkembangan kognitif kanak-kanak

KOGNITIF MURID 1 (ELVIRA FREDOLIN)

MURID 2 ( AURORA ILIA BT. ROSLY)

Keputusan peperiksaan 3[C]2[D] 4[A]1[B]

Kedudukan dalam kelas 18/25 1/26

Cara mewarna Sederhana Kemas

Masa dan ketepatan menyelesaikan 4 soalan matematik

45 minit dan semua jawapan

tidak tepat

19 minit dan jawapan

semuanya tepat

Kekemasan tulisan Kurang kemas Sangat kemas

Kebolehan menggunting Kurang kemas dan tidak

menggunting mengikut bentuk

yang dilukis

Kemas dan menggunting

mengikut bentuk yang dilukis

Ujian bilangan duit syiling (Kekalan nombor)

Menjawab kedua-dua baris

wang syiling mempunyai

bilangan yang berbeza

Menjawab kedua-dua baris

wang syiling mempunyai

bilangan yang sama

Ujian isipadu air dalam gelas (Kekalan isi padu)

Menjawab bahawa isipadu air

dalam gelas yang lebih tinggi

adalah lebih banyak

Menjawab bahawa isipadu air

dalam kedua-dua gelas adalah

sama

Ujian saiz doh tanah liat (Kekalan pepejal)

Menjawab bahawa tanah liat

yang dipenyekkan mempunyai

doh yang lebih banyak

Menjawab bahawa kedua-dua

bentuk tanah liat mempunyai

doh yang sama

Jadual 2: Data-data kognitif murid-murid yang dikaji

Jadual 2 menunjukkan butiran-butiran berkaitan kognitif murid-murid yang saya kaji.

Butiran-butiran tersebut merangkumi keputusan peperiksaan, kedudukan dalam kelas, cara

mewarna, masa dan ketepatan menyelesaikan 4 soalan matematik, kekemasan tulisan,

kebolehan menggunting, ujian bilangan duit syiling, ujian isipadu air dalam gelas dan ujian

saiz doh tanah liat.

Dari segi keputusan peperiksaan dan kedudukan dalam kelas, Elvira Fredolin

mendapat keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan dan kedudukan yang agak

Page 23: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

belakang dalam kelas. Dia mendapat 3 C dan 2 D dalam peperiksaan yang dijalankan oleh

pihak sekolah baru-baru ini. Dia juga mendapat kedudukan ke 18 daripada 25 orang pelajar

dalam kelas. Aurora Ilia Bt. Rosly pula mendapat 4 A dan 1 B dalam peperiksaan baru-baru

ini dan kedudukannya di dalam kelas ialah pertama daripada 26 orang pelajar. (Slip sebenar

keputusan murid-murid boleh dilihat pada bahagian lampiran). Setelah disoal selidik,

didapati bahawa rakan baik Elvira Fredoline yang juga merupakan murid dalam kelas yang

sama dengannya juga mendapat kedudukan yang agak tercorot dalam kelas iaitu pada

kedudukan ke 16 daripada 25 orang pelajar. Selain itu, Elvira juga menyatakan bahawa

abangnya yang kini berumur 25 tahun masih menganggur dan hanya mempunyai sijil

Penilaian Menengah Rendah kerana berhenti sekolah setelah ibu dan bapanya bercerai.

Menurut Elvira Fredoline, dia sangat meminati subjek matematik namun setakat ini dia

belum ada cita-cita. Juga didapati bahawa persekitaran kelas Elvira Fredoline iaitu kelas 5

Orbit agak berselerak dan tidak teratur. Suasana kelas tersebut juga cenderung untuk

mempengaruhi minat dan fokus Elvira Fredoline untuk belajar dalam kelas. Keadaan kelas

Elvira Fredoline boleh dilihat pada gambar rajah 1 di bawah. Berbeza dengan Elvira

Fredoline, Aurora Ilia Bt. Rosly mempunyai pencapaian yang cemerlang dan agak

memuaskan di sekolah. Setelah disoal selidik, didapati bahawa 3 orang kakak Aurora Ilia Bt.

Rosly yang kini sedang melanjutkan pelajaran di universiti-universiti luar negara juga

merupakan pelajar-pelajar terbaik negeri Sabah ketika mereka berada di sekolah rendah

dan sekolah menengah. Aurora Ilia Bt. Rosly juga mengatakan kedua ibu bapanya yang

nekerja sebagai guru juga sering memberi motivasi dan dorongan kepadanya untuk belajar

bersungguh-sunggu. Kawan baik kepada Aurora Ilia Bt. Rosly iaitu Laila Balqish juga

mendapat kedudukan kedua di dalam kelas bagi peperiksaan sekolah yang dijalankan baru-

baru ini. Menurut Aurora Ilia Bt. Rosly, dia sangat meminati subjek Pendidikan Seni dan dia

bercita-cita untuk menjadi arkitek kelak. Kelas Aurora Ilia Bt. Rosly iaitu kelas 5 Galaxy

sangat kemas, cantik serta tersusun. Keadaan kelas Aurora Ilia Bt. Rosly boleh dilihat pada

gambar rajah 2. Faktor persekitaran seperti latar belakang keluarga, rakan-rakan,

persekitaran tempat belajar sangat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak.

Keluarga yang mempunyai latar pendidikan yang baik selalunya melahirkan anak-anak yang

pandai. Suasana tempat belajar yang cantik dan kemas serta kondusif turut akan

menyebabkan minat dan fokus murid untuk belajar meningkat dan ini sekaligus akan

menyuburkan perkembangan mental ke arah yang baik.

Page 24: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

Gambar rajah 1: Keadaan kelas Elvira Fredoline, 5 Orbit

Page 25: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

Gambar rajah 2: Keadaan kelas Aurora Ilia Bt. Rosly , 5 Galaxy

Dari segi cara mewarna, saya menguji kebolehan mereka dengan memberikan

mereka kertas mewarna dan pensil warna yang sama jenama dan membiarkan mereka

mewarna kertas warna masing-masing dengan tenang di perpustakaan. Setelah mereka

siap mewarna, saya membandingkan hasil kerja mereka. Saya dapati hasil kerja Aurora Ilia

Bt. Rosly adalah lebih kemas dan teratur berbanding hasil kerja Elvira Fredoline. (Hasil kerja

murid boleh dilihat pada lampiran). Aurora Ilia Bt. Rosly menggemari subjek Pendidikan Seni

kerana menurut Aurora, dia biasa melihat ayahnya melukis dan mewarna. Oleh itu, secara

tidak langsung Aurora juga meminati subjek tersebut. Menurut Elvira Fredoline pula, tiada

antara ahli keluarganya yang menunjukkan minat dalam seni. Oleh yang demikian, dia juga

kurang minat kepada perkara-perkara seperti mewarna dan melukis. Jelasnya, aspek ini

dipengaruhi oleh aspek persekitaran.

Dari segi kekemasan tulisan dan kebolehan menggunting pula, saya telah

memberikan tugasan kepada mereka untuk menyalin semula ayat yang telah diberi pada

kertas yang telah disediakan dan saya juga memberi mereka tugasan untuk menggunting

bentuk-bentuk yang terdapat pada kertas yang telah diberikan mengikut bentuk yang telah

dilukis. Hasil kerja bagi kedua-dua tugasan ini menunjukkan hasil kerja Aurora Ilia Bt. Rosly

adalah jauh lebih kemas berbanding hasil kerja Elvira Fredoline. Tulisan tangan Aurora

Page 26: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

adalah sangat kemas dan teratur manakala tulisan tangan Elvira kurang kemas dan tidak

teratur. (Tulisan tangan murid boleh dilihat pada bahagian lampiran.) Hasil guntingan Aurora

juga jauh lebih kemas berbanding hasil guntingan Elvira. Aurora menggunting bentuk

mengikut garisan yang telah dilukis manakala Elvira menggunting bentuk tidak mengikut

garisan yang telah dilukis. Hasil guntingan mereka boleh dilihat pada rajah 3 dan rajah 4.

Setelah disoal selidik, saya mendapati bahawa Aurora sering membantu guru kelasnya

menggunting kertas-kertas origami untuk dijadikan perhiasan kelas. Dia juga sering berlatih

untuk mencantikkan tulisan tangannya dengan menyalin semula cerita-cerita menarik yang

dijumpainya dari buku di perpustakaan manakala Elvira pula menyatakan bahawa dia tidak

suka menulis dan dia jarang memegang gunting kerana ibunya tidak membenarkannya

memegang benda-benda tajam. Jelasnya, aspek-aspek yang dinyatakan di atas dipengaruhi

oleh faktor persekitaran.

Page 27: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

Gambar rajah 3: Hasil guntingan Aurora Ilia Bt. Rosly

Page 28: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

Gambar rajah 4: Hasil guntingan Elvira Fredoline

Page 29: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

Untuk ujian pengiraan, saya telah memberikan mereka 4 soalan matematik

tahun 4 dan mengambil masa mereka untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Dari

segi masa dan ketepatan menyelesaikan 4 soalan matematik pula, Aurora Ilia Bt.

Rosly menyiapkan soalan dengan jawapan semua betul dalam masa 19 minit

manakala Elvira Fredoline pula menjawab soalan dengan jawapan semua salah dan

mengambil masa 45 minit.( Hasil kerja mereka boleh dilihat pada bahagian lampiran.)

Setelah disoal selidik, saya dapati bahawa ayah Aurora Ilia Bt. Rosly merupakan

seorang guru Fizik dan beliau sering memberi anak-anaknya soalan-soalan Matematik

untuk dijawab. Oleh yang demikian, selain mewarisi kepandaian ayahnya dalam

subjek Matematik, Aurora juga sering membuat latih tubi Matematik. Saya mendapati

bahawa ibu Elvira Fredoline hanya bersekolah sehingga tingkatan 3 lalu berhenti

sekolah kerana keadaan ekonomi keluarga yang tidak memuaskan suatu ketika

dahulu. Jelasnya, latar belakang pendidikan keluarga sangat mempengaruhi dalam

aspek ini. Contohnya, jika sesebuah keluarga itu berlatar belakangkan pendidikan

tinggi, maka anak-anak yang dilahirkan akan mempunyai tahap perkembangan kognitif

yang baik.

UJIAN BILANGAN DUIT SYILING SEBELUM SELEPAS

NAMA Sama Tidak

sama

Sama Tidak

sama

Elvira Fredoline

Aurora Ilia Bt. Rosly

Jadual 2.1: Jadual menunjukkan data-data ujian bilangan duit syiling yang dijalankan

ke atas ke dua-dua orang murid

Jadual 2.1 menunjukkan butiran mengenai ujian bilangan duit syiling yang dijalankan

ke atas murid-murid tersebut. Dalam ujian ini, kedua-dua orang murid tersebut dikehendaki

menyatakan sama ada bilangan duit syiling yang disusun dalam dua baris yang berbeza

adalah sama atau tidak. Pada mulanya, duit syiling disusun selari dengan kadar jarak yang

sama. Kemudian, salah satu baris duit syiling itu akan dipanjangkan jaraknya. Soalan yang

sama akan ditanya sekali lagi kepada murid. Jawapan murid terhadap bilangan kedua-dua

baris duit syiling tersebut akan direkodkan.

Page 30: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

Gambar rajah 5: Gambar menunjukkan kedua-dua orang murid ketika sedang diuji

dengan ujian bilangan duit syiling.

Daripada jadual 2.1 , untuk soalan pertama, kedua-dua murid menyatakan

bilangan duit syiling adalah sama. Selepas susunan duit syiling diubah, Elvira

Fredoline menyatakan bahawa bilangan duit syiling yang diubah susunannya lebih

banyak daripada susunan yang tidak diubah jaraknya manakala Aurora Ilia Bt. Rosly

menyatakan bahawa bilangan duit syiling tetap sama setelah diubah susunannya.

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak dalam peringkat operasi Konkrit ( 7 – 11

tahun ) sudah boleh menyatakan bilangan duit syiling adalah sama walaupun baris

kedua dipanjangkan susunannya. Beliau menyatakan bahawa kanak-kanak dalam

peringkat Operasi Konkrit ini sudah boleh menguasai konsep pemuliharaan.

Daripada ujian ini, saya dapat simpulkan bahawa Elvira Fredoline masih

belum dapat menguasai prinsip Identiti seperti yang terkandung pada konsep

Page 31: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

Pemuliharaan manakala Aurora Ilia Bt. Rosly telah mencapai peringkat operasi Konkrit

dan telah menguasai prinsip Indentiti seperti yang terkandung pada konsep

Pemuliharaan. Dalam prinsip Identiti, kanak-kanak tahu sekiranya tiada bilangan yang

ditambah atau dikurangkan, bilangan objek adalah sama walaupun bentuk dan

susunannya diubah.

UJIAN ISIPADU AIR DALAM GELAS SEBELUM SELEPAS

NAMA Sama Tidak

sama

Sama Tidak

sama

Elvira Fredoline

Aurora Ilia Bt. Rosly

Jadual 2.2: Jadual menunjukkan data-data ujian isipadu air dalam gelas yang

dijalankan ke atas kedua-dua orang murid

Jadual 2.2 menunjukkan butiran mengenai ujian kuantiti air yang dijalankan ke atas

murid-murid tersebut. Dalam ujian ini, dua bekas air yang sama dan satu bekas air yang

lebih tinggi dan runcing digunakan. Pada mulanya, isipadu air yang sama dimasukkan ke

dalam dua bekas yang sama saiz. Murid dikehendaki menentukan sama ada isipadu air

tersebut adalah sama ataupun tidak dan jawapan mereka direkodkan. Seterusnya, salah

satu bekas yang berisi air tadi dituangkan di dalam bekas yang mempunyai saiz yang lebih

tinggi dan runcing itu dan murid dikehendaki untuk menentukan sama ada isipadu air

tersebut adalah sama ataupun tidak.

Page 32: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

Gambar rajah 6: Gambar menunjukkan kedua-dua murid ketika ujian isipadu air

dalam gelas sedang dijalankan

Seperti yang boleh dirujuk pada jadual 2.2, untuk soalan pertama, kedua-dua murid

menyatakan isipadu air adalah sama. Selepas salah satu air dalam gelas dituangkan di

dalam gelas yang lebih tinggi dan runcing itu, Elvira Fredoline menyatakan bahawa isipadu

air dalam gelas yang lebih tinggi dan runcing itu adalah lebih banyak daripada isipadu air

dalam gelas yang asal manakala Aurora Ilia Bt. Rosly menyatakan bahawa isipadu air dalam

kedua-dua gelas adalah sama.

Page 33: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun)

sudah dapat menyatakan isipadu air itu tetap sama walaupun dituangkan ke dalam bekas

yang berbeza.

Dalam ujian ini, jelas terbukti bahawa Elvira Fredoline masih belum menguasai

prinsip identiti yang terdapat dalam konsep Pemuliharaan manakala Aurora Ilia Bt. Rosly

telah menguasai prinsip Identiti. Dalam prinsip identiti, kanak-kanak sudah boleh

mengetahui jika tiada bilangan yang ditambahkan atau dikurangkan, bilangan objek tetap

sama walaupun bekasnya berubah.

UJIAN SAIZ DOH TANAH LIAT SEBELUM SELEPAS

NAMA Sama Tidak

sama

Sama Tidak

sama

Elvira Fredoline

Aurora Ilia Bt. Rosly

Jadual 2.3: Jadual menunjukkan data-data ujian saiz doh tanah liat yang dijalankan

ke atas kedua-dua murid.

Jadual 2.3 menunjukkan butiran-butiran mengenai ujian saiz doh tanah liat yang

dijalankan ke atas dua orang murid. Dalam ujian ini, dua doh tanah liat yang mempunyai

saiz yang sama digunakan. Pada mulanya, kedua-dua doh tanah liat tersebut dibentukkan

menjadi bulat kemudian murid dikehendaki untuk menentukan jika saiz doh kedua-dua tanah

liat adalah sama atau tidak. Selepas itu, salah satu tanah liat akan diubah bentuknya

menjadi leper dan murid dikehendaki untuk menentukan sama ada saiz doh kedua-dua

tanah liat adalah sama atau tidak.

Page 34: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

Gambar rajah 7: Gambar menunjukkan kedua-dua murid ketika ujian saiz doh tanah

liat sedang dijalankan

Seperti yang boleh dilihat pada jadual 2.3, pada soalan pertama, kedua-dua murid

menjawab bahawa saiz doh kedua-dua tanah liat adalah sama. Namun, setelah salah satu

doh tanah liat diubah bentuk menjadi leper, Elvira Fredoline menyatakan bahawa saiz doh

tanah liat tersebut tidak sama dengan saiz doh tanah liat yang tidak diubah bentuknya.

Aurora Ilia Bt. Rosly pula menyatakan bahawa saiz doh tanah liat adalah tetap sama setelah

salah satu doh tanah liat diubah bentuknya.

Page 35: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

Menurut Jean Piaget, kanak-kanak peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun) mampu

menentukan bahawa kedua-dua saiz doh tanah liat adalah sama walaupun bentuknya

diubah.

Kesimpulannya,daripada ujian saiz doh tanah liat ini, terbukti bahawa Elvira

Fredoline belum menguasai prinsip Identiti yang terdapat dalam konsep Pemuliharaan

manakala Aurora Ilia Bt. Rosly sudah boleh menguasai prinsip Identiti tersebut. Dalam

prinsip Identiti. kanak-kanak tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan,

bilangan objek adalah sama walaupun bentuknya berubah.

Page 36: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

Definisi perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak

Menurut Halizah Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) dalam buku mereka yang

bertajuk Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan,

perkembangan sosial kanak-kanak ialah kemahiran menjalin perhubungan sosial dan

menunjukkan perlakuan baik dan sesuai mengikut norma-norma masyarakat. Menurut Wong

Kiet Wah , Khairuddin Mohamad, Maridah Hj. Alias, Rashinawati Abd. Rashid, dan Azlina

Ahmad (2013) dalam buku mereka yang bertajuk Perkembangan Kanak-kanak,

perkembangan sosial merupakan satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung

dengan orang lain mengikut cara yang diterima oleh masyarakat dan budayanya. Proses ini

meliputi cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial. Pendapat ini turut

disokong oleh Ainee binti Hajah Ahmad , pelajar Pra-syarat bagi mata pelajaran Psikologi

Perkembangan. Hal ini disebabkan perkembangan ini melibatkan proses sosialisasi yang

membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian

sosial mereka. Identiti sosial dan kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua

peringkat, iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri (Lewis, 1995; Lewis & Books-Gunn,

1979).

Menurut Halizah Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) dalam buku mereka yang

bertajuk Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan juga,

perkembangan emosi kanak-kanak didefinisikan sebagai satu perasaan afektif yang dialami

oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya.

Emosi datang dari pelbagai bentuk seperti emosi gembira, marah, sedih, takut, gentar dan

sebagainya. Tahap emosi juga pelbagai dan secara kasarnya emosi dikelaskan sebagai

emosi positif dan emosi negatif. Emosi positif adalah seperti gembira, teruja, girang

manakala emosi negatif adalah seperti marah, sedih, dan kecewa.

Teori perkembangan sosioemosi kanak-kanak

Mengikut teori Erik Erikson dalam buku Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) ,

beliau menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran

kanak-kanak. Menurut beliau lagi, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil

daripada perkembangan psikososial ini. Dalam teori ini, Erikson memperkenalkan lapan

peringkat perkembangan psikososial iaitu peringkat asas kepercayaan lawan asas

ketidakpercayaan dimana bayi perlu mendapat kasih sayang dan kepercayaan daripada

Page 37: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

penjaga. Sekiranya tidak, ketidakpercayaan akan timbul. Peringkat kedua ialah autonomi

lawan keraguan di mana perkembangan kanak-kanak tertumpu pada fizikal. Sekiranya

mereka berjaya, mereka akan percaya pada keupayaan diri. Jika tidak, keraguan pada

keupayaan diri akan timbul. Peringkat ketiga ialah inisiatif lawan rasa bersala dimana kanak-

kanak cuba berdikari dan sekiranya gagal boleh membawa rasa bersalah. Peringkat

keempat ialah industri lawan rasa rendah diri dimana kanak-kanak perlu menguasai

kemahiran-kemahiran tertentu di alam persekolahan jika tidak, rasa rendah diri akan timbul.

Peringkat kelima ialah identiti lawan kekeliruan identiti dimana remaja mencari identiti diri.

Peringkat keenam ialah keintiman lawan keasingan dimana individu mula membentuk

keintiman dalam perhubungan. Peringkat ketujuh ialah generativiti lawan kekakuan dimana

individu mulai berkeluarga dan mempunyai kerjaya yang baik. Jika tidak, perasaan

mementingkan diri akan timbul. Peringkat kelapan ialah integriti lawan kekecewaan.dimana

individu mula mencari kejayaan hidup dan karier. Jika gagal, kekecewaan akan timbul.

Data dan perbincangan ujian perkembangan sosial kanak-kanak

SOSIAL MURID 1 (ELVIRA FREDOLIN) MURID 2 ( AURORA ILIA BT. ROSLY)

Cara bercakap Sopan Sopan

Cara bergaul dengan guru dan rakan

Mesra dan banyak berbicara Kurang mesra dan lebih banyak

mendiamkan diri

Cara makan Agak gelojoh Sopan dan teratur

Keyakinan tampil di hadapan

Tidak yakin Yakin

Kekerapan bertanya

Kurang bertanya Kurang bertanya

Bahasa yang digunakan

Bahasa Melayu bercampur

dengan slanga bahasa Ibunda

Bahasa Melayu baku

Reaksi bila dipuji

Tersenyum girang Tersenyum girang

Reaksi bila dimarah

Menangis Diam dan tunduk

Jadual 3: Data-data sosioemosi murid-murid yang dikaji

Page 38: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

Jadual 3 di atas menunjukkan butiran-butiran sosioemosi dua orang murid

yang saya kaji iaitu Elvira Fredoline dan Aurora Ilia Bt. Rosly. Jadual 3 di atas

merangkumi cara murid bercakap, cara murid bergaul dengan guru dan rakan, cara

murid makan, keyakinan murid tampil di hadapan, kekerapan bertanya dan bahasa

yang murid gunakan.

Dari segi cara bercakap, kedua-dua murid tersebut bercakap dengan cara

yang sopan. Mereka menggunakan perkataan-perkataan yang sesuai dengan norma

masyarakat sekeliling dan mereka tidak kasar ketika berbicara. Setelah disoal selidik,

saya mendapati bahawa Elvira Fredoline kini dijaga oleh ibunya kerana ibu dan

bapanya telah bercerai ketika dia masih kecil lagi. Oleh itu, Elvira Fredoline

dibesarkan dengan lemah lembut dan penuh kesopanan oleh seorang ibunya dan

tanpa bapa. Elvira juga menyatakan bahawa ibunya jarang memarahinya. Ibunya

juga sangat lemah lembut dan bersopan ketika berbicara. Menurut Aurora pula, ayah

dan ibunya yang bekerja sebagai guru sangat sopan orangnya. Oleh itu, ketika

berada di rumah, dia dan adik-beradiknya berkomunikasi antara satu sama lain

dengan sopan dan tidak kasar. Menurut Aurora lagi, ayah dan ibunya akan menegur

dia dan adik-beradiknya jika mereka bertutur dengan kasar dan kurang sopan.

Jelasnya, aspek ini dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

Dari aspek cara bergaul dengan guru dan rakan, Elvira Fredoline adalah lebih

mesra dan banyak berbicara berbanding Aurora Ilia yang lebih banyak mendiamkan

diri dan kurang mesra. Setelah disoal selidik, saya mendapati bahawa Elvira sangat

rapat dengan ibu dan abangnya. Dia menyatakan bahawa mereka sering berbual

ketika berada di rumah. Hobi Elvira juga adalah berborak dengan rakan. Aurora pula

menyatakan bahawa dia jarang berbual dengan ibu bapanya mahupun adik-

beradiknya kerana mereka jarang berada di rumah. Jika ahli keluarganya berada di

rumah sekalipun, mereka hanya akan berbicara soal akademik. Jelasnya, aspek ini

juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

Dari segi cara makan pula, Elvira Fredolin makan dengan gelojoh manakala

Aurora Ilia Bt. Rosly makan dengan sopan dan teratur. Setelah disoal selidik, saya

mendapati bahawa selain berborak dengan rakan, Elvira merupakan seorang

pencinta makanan. Begitu juga dengan ahli keluarganya. Dia menyatakan bahawa

jika ada masa lapang, ibunya akan memasak makanan kegemarannya dan Elvira

akan makan makanan tersebut dengan pantas kerana dia ingin memakan makanan

tersebut lebih dari sekali sebelum adik beradiknya yang lain menghabiskan makanan

Page 39: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

tersebut. Oleh itu, dia terbiasa dengan cara makan yang gelojoh. Menurut Aurora

pula, ibu bapanya mendidik dia dan adik-beradiknya untuk makan secara beradab

dan mengikut aturan. Ibu bapanya sangat mementingkan disiplin dan peraturan.

Oleh itu, Aurora makan dengan sangat sopan dan teratur. Jelasnya, aspek ini juga

dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

Dari aspek keyakinan untuk tampil di hadapan pula, Elvira Fredoline sangat

tidak yakin manakala Aurora Ilia Bt. Rosly yakin untuk tampil di hadapan. Setelah

disoal selidik, didapati bahawa Elvira malu untuk tampil ke hadapan kerana dia

berbadan besar. Dia menyatakan bahawa dia malu dan takut diejek oleh rakan-rakan

sekelas yang lain jika dia berdiri di hadapan mereka di dalam kelas. Dia mengatakan

bahawa dia tidak selesa dengan saiz badanya yang gemuk. Aurora pula menyatakan

bahawa dia suka tampil ke hadapan untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang dia ada

dan dia suka akan cabaran dan soalan-soalan yang diberikan oleh gurunya apabila

dia disuruh untuk tampil ke hadapan kerana dia yakin bahawa jika dia berkongsi ilmu

yang dia tahu, ilmu tersebut akan lebih kukuh diingati. Aurora juga mengatakan

bahawa ibu bapanya telah memupuk keyakinan diri dalam diri Aurora dan adik-

beradiknya sejak kecil lagi. Jelasnya, faktor persekitaran mempengaruhi dalam

aspek ini.

Dari aspek kekerapan bertanya pula, kedua-dua murid tersebut kurang

bertanya apabila guru mengajar dalam kelas. Setelah disoal selidik, saya dapati

bahawa Elvira tidak tahu apa yang dia tidak faham dalam pelajaran. Oleh itu, dia

tidak yakin untuk bertanya kerana dia takut jika rakan-rakannya yang lain akan

mentertawakannya. Saya juga dapati bahawa latar pendidikan keluarga Elvira adalah

rendah. Oleh itu, bertanya soalan seperti tidak dipraktikan dalam keluarga mereka.

Menurut Aurora pula, dia lebih suka melayari internet untuk mencari maklumat

mengenai hal yang dia tidak faham. Aurora menggunakan IPad yang dibeli oleh

ayahnya untuk mencari maklumat-maklumat yang dia ingin tahu. Oleh itu, Aurora

kurang bertanya kepada guru. Jelasnya, aspek ini juga dipengaruhi oleh faktor

persekitaran.

Dari segi bahasa yang digunakan pula, Elvira Fredoline menggunakan

bahasa Melayu bercampur dengan bahasa ibundanya iaitu bahasa Dusun manakala

Aurora Ilia Bt. Rosly pula menggunakan bahasa Melayu baku dalam pertuturan.

Setelah disoal selidik, saya mendapati bahawa ibu Elvira Fredoline memahami

bahasa Melayu namun tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu. Di rumah, ibu

Elvira bertutur dalam bahasa Dusun dengan dia dan adik-beradiknya namun Elvira

Page 40: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

dan adik-beradiknya bertutur dalam bahasa Melayu bercampur dengan bahasa

Dusun antara satu sama lain. Elvira tinggal di kawasan pedalaman dan dikelilingi

oleh jiran-jiran yang bekerja sebagai petani dan hanya bertutur dalam bahasa Dusun.

Rakan-rakan Elvira di sekolah pula bertutur dalam bahasa Melayu. Oleh itu, Elvira

berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu bercampur dengan bahasa Dusun.

Aurora pula menyatakan bahawa ibu bapanya bertutur dalam bahasa Melayu

dengan dia dan adik-beradiknya. Rakan-rakan serta Aurora juga bertutur dalam

bahasa Melayu. Aurora tinggal di kawasan sekolah yang dikelilingi oleh rumah-

rumah guru. Jiran-jirannya semua berpendidikan tinggi dan aras bahasa yang

digunakan oleh mereka adalah aras bahasa Melayu yang baik. Oleh itu, bahasa

Melayu Aurora sangat baik. Jelasnya, aspek ini juga dipengaruhi oleh faktor

persekitaran.

Dari segi emosi pula, melalui pemerhatian yang telah saya lakukan, reaksi

kedua-dua murid yang saya kaji apabila dipuji oleh guru dalam kelas adalah sama

iaitu mereka tersenyum dengan girang. Ini menunjukkan bahawa mereka

menunjukkan reaksi emosi yang positif dan sesuai dengan tindakakan yang

dilakukan oleh guru mereka. Apabila dimarah oleh guru pula,saya dapati Elvira

Fredoline menangis. Setelah disoal selidik, saya dapati bahawa Elvira Fredoline

dimanjakan oleh ibunya di rumah. Oleh itu, dia menangis apabila dimarahi oleh guru.

Aurora Ilia Bt. Rosly pula hanya diam dan tunduk apabila dimarahi oleh guru. Setelah

disoal selidik, saya dapati bahawa ibu bapa Aurora sangat tegas. Oleh itu, Aurora

sudah biasa dimarahi dan dia tidak menangis apabila dimarahi. Dengan itu, saya

dapati kedua-dua orang murid yang saya kaji mempunyai emosi yang seimbang

kerana mereka memberi reaksi yang sesuai dengan tindakan yang dilakukan oleh

guru mereka.

Kesimpulannya,perkembangan sosioemosi antara dua orang murid ini adalah

berbeza dan faktor persekitaran adalah faktor yang mempengaruhi perbezaan

perkembangan sosial mereka ini.

Page 41: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

Cadangan untuk pihak sekolah bagi membantu perkembangan kanak-kanak ke tahap optimum.

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk

meningkatkan proses perkembangan kanak-kanak ke tahap optimum. Setelah

menjalankan Pengalaman Berdasarkan Sekolah (PBS) di sekolah tempat kedua-dua

murid yang saya pilih itu bersekolah iaitu SK. Kilimu, Ranau, saya mendapati

bahawa sekolah tersebut sangat besar dan mempunyai banyak kelas kosong serta

terbiar. Selain terlalu besar dan kosong, sekolah tersebut juga kelihatan sangat

suram dan tidak ceria. Gambar sekolah tersebut boleh dilihat pada gambar 8.

Howard ( 1974 ), mendefinisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya

sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya.Perkembangan

Kurikulum ( 1981 ), mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang baik

di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan

pembelajaran yang lancar. Iklim merupakan elemen penting dalam pembinaan

persekitaran bilik darjah yang kondusif. Ia menjadi penanda awal dalam proses

pembentukan para murid bagi mencapai kualiti pendidikan secara menyeluruh

seterusnya dapat melahirkan modal insan yang cemerlang. Menurut Parker J.

Palmer ( 1998 ), suasana bilik darjah turut mempengaruhi perlakuan pelajar. Mereka

berasa bosan, rimas dan tidak selesa untuk belajar dengan tekun di dalam bilik

darjah. Mereka lebih seronok jika dibawa ke bilik sumber yang berhawa dingin atau

ke perpustakaan.

Page 42: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

Gambar rajah 8: Gambar menunjukkan kawasan SK. Kilimu, Ranau.

Oleh itu, cadangan pertama saya adalah untuk membuatkan suasana dan

persekitaran sekolah terutamanya kelas dijadikan lebih ceria untuk mewujudkan

suasana pembelajaran yang kondusif. Menurut Ting Len Siong & Dr. Hj. Muhamad

Sidek Said ( 2007 ), kelas yang kondusif boleh diwujudkan dengan menggunakan

Page 43: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

ruang dinding sebagai ruang melekatkan atau menampal hasil kerja murid, bahan

pengajaran, bahan hiasan dan sebagainya. Selain itu, ruang siling boleh

diaplikasikan sebagai tempat menggantung mobile, hiasan, dan hasil kerja murid

yang bersesuaian termasuk bahan pengajaran. Selain itu, lokasi khas untuk

menempatkan bahan-bahan rujukan seperti kamus, malajah, akhbar, peta, dan

bahan manipulatif termasuk juga tugasan murid yang disalin dalam bentuk CD

disimpan untuk tujuan kegunaan pada masa hadapan juga perlu diadakan dan

menyediakan tempat khas bagi bekas makanan dan minuman di bahagian belakang

kelas. Seterusnya, untuk persekitaran sekolah pula, bangunan sekolah bolehlah

dicat dengan warna yang lebih terang berbanding warna-warna tanah yang suram

seperti coklat dan kelabu. Pihak sekolah juga boleh membuat mural serta menampal

banyak info-info menarik pada dinding-dinding kosong di sekolah dan di dalam kelas

bagi menghilangkan suasana suram yang terdapat pada sekolah tersebut. Dengan

itu, suasana pembelajaran kondusif akan dapat dilaksanakan dan hal ini akan

membantu perkembangan kanak-kanak terutamanya dari segi intelek dan kognitif

dan secara tidak langsung akan meningkatkan prestasi akedemik murid-murid di

sekolah tersebut. Selain itu, daripada membiarkan banyak kelas di sekolah tersebut

kosong dan terbiar, pihak sekolah seharusnya memikirkan cara untuk menigisi kelas

tersebut seperti membuat kelas khas untuk kelas bercerita, kelas menjahit, kelas

tempat bermain alat-alat permainan yang dapat membantu perkembangan jasmani,

emosi, rohani dan intetek murid-murid , dan kelas-kelas yang menyeronokkan dan

sesuai dengan peringkat umur murid-murid sekolah rendah. Penggunaan kelas yang

efektif akan mempengaruhi perkembangan kognitif serta sosioemosi kanak-kanak.

Faktor persekitaran ini akan mempengaruhi secara besar kadar perkembangan

kognitif kanak-kanak yang juga merupakan murid-murid dalam sekolah tersebut.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, interaksi dan

komunikasi antara guru dengan murid dan murid dengan murid memainkan peranan

penting. Apa pentingnya interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran? Interaksi

melibatkan guru dan murid dan sangat berkaitan dengan kaedah guru

menyampaikan isi kandungannya (Gilbert dan Moore, 1998). Menurut Jones ( 1995 ),

pencapaian akademik dan tingkah laku murid dipengaruhi oleh kualiti hubungan guru

dengan murid. Lebih banyak berlaku komunikasi dan interaksi antara guru dengan

murid, maka lebih banyak guru dapat membantu dan memahami murid. Hal ini

seterusnya akan meningkatkan prestasi pembelajaran murid.

Selain daripada persekitaran fizikal sekolah, iklim kondusif antara guru dan

murid juga perlu diwujudkan. Pembinaan interaksi dan komunikasi dalam suasana

Page 44: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

pengajaran dan pembelajaran yang kondusif akan memberikan implikasi positif

kepada kedua-dua belah pihak. Bagi pihak guru, dapat melicinkan perjalanan

pengajaran dan pembelajaran, guru menjadi semakin bermotivasi, murid lebih

senang dikawal, kerjasama antara guru dengan murid dapat melancarkan perjalanan

aktiviti dan dalam masa yang sama dapat menaikan imej guru. Manakala di pihak

murid pula, mereka akan lebih berminat untuk belajar, berani berdamping dan

berhubung dengan guru, meningkatkan motivasi murid, dan prestasi akademik akan

meningkat. Saya berpendapat proses pembinaan interaksi dan komunikasi yang

berkesan ini mempunyai perkaitan dengan gaya kepimpinan seseorang guru. Oleh

itu, saya mencadangkan agar guru menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai

dengan suasana bilik darjah ketika mengajar. Selain itu, saya juga mencadangkan

agar guru-guru di sekolah tersebut sentiasa menerapkan nilai-nilai murni di kalangan

murid-murid. Penerapan nilai-nilai murni di kalangan murid-murid dalam bilik darjah

sangat penting. Ia perlu dilaksanakan dan diamalkan sepanjang masa. Perkara ini

perlu diberi perhatian serius memandangkan komuniti bilik darjah terdiri daripada

berbagai etnik, sosiobudaya, tingkah laku, emosi, dan gaya pembelajaran. Menurut

Kirk & Kirk ( 1994 ), murid-murid berbeza dari segi kognitif , dan emosi. Menurut

Woolfolk ( 1990 ), motivasi atau kuasa dalaman akan membangkit, mengarah dan

mengawal tingkah laku murid. Tugas guru bukan hanya menyampaikan isi

pengajaran semata-mata. Banyak elemen lain yang perlu diberi perhatian. Antaranya

ialah memberi motivasi dan penerapan nilai-nilai murni di kalangan murid-murid.

Guru boleh memberi pujian kepada murid-murid yang melakukan sebarang perkara

positif walaupun kecil, dalam masa yang sama elakkan guru menggunakan kata-kata

negatif terhadap murid kerana ia boleh membunuh semangat dan keinginan untuk

belajar.

Seterusnya, tidak ada makna segala tindakan untuk menjadikan iklim dan

budaya sekolah serta kelas yang kondusif sekiranya tugas perguruan sebenar

diabaikan. Oleh yang demikian, seseorang guru mesti melaksanakan tugas

pengajaran dan pembelajaran sebaik mungkin dan bertepatan dengan objektif

Falsafah Pendidikan Negara. Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan

selamanya adalah sama, iaitu untuk mengajar, mendidik dan merubah manusia yang

bernama pelajar dari keadaan yang tidak mengenal huruf, tidak tahu memngira dan

tidak boleh membaca kepada celif huruf, bijak mengira dan menjadi manusia yang

berjaya ( Shuib & Johari, 2001 ).

Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar guru-guru di sekolah tersebut

menjadikan pengajaran lebih berkesan dengan menggunakan bahan audio, video,

Page 45: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

perisian multimedia dan diikuti dengan penggunaan bahan cetak seperti dalam

aktiviti perbincangan dengan rakan sebaya. Pengajaran pembelajaran boleh

diteruskan lagi dengan menggunakan bahan daripada internet untuk mendedahkan

maklumat yang terkini. Pada akhir pengajarannya pula, murid boleh digalakkan

membuat persembahan hasil pembelajaran melalui komputer dan disebarkan

kepada rakan sebayannya melalui ‘classnet’. Murid boleh berbincang dan

berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan komputer masing-masing

melalui ‘classnet’ dalam bilik darjah bestari itu. Semua perancangan pengajaran dan

pembelajaran saya akan tercapai dengan dibantu oleh suasana bilik darjah kondusif

seperti yang dihuraikan sebelum ini.

Cadangan saya seterusnya ialah transformasi dan pembaharuan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran haruslah dilakukan oleh tenaga pengajar. Guru

haruslah peka dengan kebolehan dan minat murid- murid. Komunikasi dan interaksi

yang baik dengan murid dapat membantu guru mengetahui kebolehan dan minat

mereka. Dengan cara ini, kendiri positif dapat ditingkatkan dalam diri murid. Apabila

mereka menyedari keupayaan diri mereka, maka keyakinan diri akan

meningkat.Sebagai seorang pendidik, meneliti perbezaan fizikal murid-murid adalah

sangat penting kerana pendidik perlu melihat potensi dan kekurangan murid dan

dapat melaksanakan proses pengajaran mengikut tahap muridnya. Pengaruh

perbezaan individu dari aspek fizikal mampu mematikan minat dan masa depan

murid-murid (Sheldon, 1992). Dengan mengetahui perbezaan fizikal individu akan

membantu guru mengawal dirinya supaya tidak menyinggung hati dan perasaan

muridnya serta dapat memahami pelajarnya dengan lebih baik agar guru dapat

menyalurkan pengajaran yang bukan sahaja berkesan tetapi juga dapat diaplikasikan

oleh murid-murid.

Seterusnya, guru hendaklah mempelbagaikan kaedah pengajaran. Pemilihan

kaedah pengajaran yang tepat akan menjadikan proses P&P lebih menarik dan

berkesan. Hal ini demikian kerana, murid-murid mempunyai persepsi yang berbeza

terhadap kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru mereka. Justeru, guru perlu

bijak melihat kecenderungan murid agar proses pembelajaran sentiasa menjadi sesi

yang menarik dan tidak menjemukan. Selain itu, guru perlu merancang variasi

penyampaian. Guru seharusnya menggunakan segala kebolehan dan bakat yang

dikurniakan contohnya bermain muzik, bercerita dan sebagainya. Selain itu, guru

perlu bijak mengawal intonansi suara agar murid-murid sentiasa terhibur. Guru juga

mestilah sentiasa memastikan tahap kemampuan pelajar terlebih dahulu sebelum

memulakan pengajaran. Bagi murid yang cerdas, guru perlu membimbing dalam

Page 46: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

proses pengkayaan ilmu manakala bagi pelajar yang kurang cerdas guru perlulah

sentiasa membimbing dan melakukan aktiviti asas dan mudah untuk memudahkan

mereka memahami pembelajaran yang disampaikan.

Selanjutnya, semasa menjalankan PBS di SK. Kilimu, saya juga dapati

bahawa terdapat segelintir pelajar yang kebanyakannya terdiri daripada keluarga

yang tidak berkemampuan terpaksa berjalan kaki dari rumah ke sekolah pada jarak

yang jauh iaitu lebih kurang 4 kilometer setiap hari untuk mendapatkan ilmu di

sekolah dan setelah menyoal selidik guru-guru di sekolah tersebut, saya dapati

bahawa kebanyakan murid lemah di sekolah tersebut adalah berlatar belakangkan

keluarga yang berpecah-belah dan sering mengalami konflik seperti pergaduhan

besar-besaran dalam keluarga. Dengan keadaan tersebut, kebanyakan murid yang

menghadapi masalah yang telah saya nyatakan di atas sering ponteng sekolah dan

ini menyebabkan prestasi akedemik mereka merundum. Oleh itu, saya

mencadangkan agar pihak sekolah membantu para murid yang menghadapi

masalah tersebut untuk mencari sekolah rendah yang berasrama memandangkan

SK. Kilimu tidak mempunyai asrama dan memindahkan pelajar-pelajar yang layak ke

sekolah berasrama tersebut untuk memberi mereka peluang meneruskan pelajaran

dan meningkatkan prestasi mereka dari segi akedemik dan kokurikulum. Dengan

adanya usaha pihak sekolah untuk membantu murid-murid tersebut, hasrat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan sudah tentu dapat dicapai dan modal insan cemerlang yang

akan memimpin negara pada masa akan datang seperti yang dinyatakan dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut dapat dilahirkan.

Kesimpulannya, pihak sekolah harus memainkan peranan dalam membentuk

perkembangan kanak- kanak agar mereka dapat menjalani kehidupan yang stabil

dan sempurna dan seterusnya kanak-kanak ini akan menjadi aset negara yang

paling bernilai.

Rumusan

Teori perkembangan perlu difahami oleh guru kerana ini akan sedikit

sebanyak memberi panduan kepada guru tentang perkembangan yang dilalui oleh

seseorang kanak-kanak dan setiap kanak-kanak adalah berbeza dari segi

perkembangan kognitif, fizikal dan sosialnya yang kemungkinan dipengaruhi oleh

faktor-faktor lain seperti baka, persekitaran, makanan, kecerdasan dan sebagainya.

Teori perkembangan ini juga memberi panduan kepada guru dan tentang

perkembangan yang lalui oleh seseorang kanak-kanak dan setiap kanak-kanak

adalah berbeza dari perkembangan kognitifnya yang kemungkinan dipengaruhi oleh

Page 47: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

faktor-faktor lain seperti baka, persekitaran, makanan dan sebagainya. Pertumbuhan

dan perkembangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dari satu sama yang lain. Ini

berlaku kerana terdapat perbezaan yang nyata dari segi genetik yang boleh

membezakan seseorang dari segi fizikal.

Menurut Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif ( 2005), bagi memahami perbezaan

individu kanak-kanak, guru bolehlah cuba memahami perbezaan-perbezaan itu,

menerimanya,berempati dengan pelajar itu serta berusaha untuk membantu mereka.

Seterusnya, guru mestilah mempelbagaikan isi pelajaran agar pelajar yang berbeza

dari segi kognitif dapat faedah dari satu-satu pelajaran dan mengumpulkan pelajar

mengikut pencapaian mereka, iaitu kumpulan A, B dan C. guru boleh memberi

bimbingan yang lebih kepada pelajar lemah di dalam kumpulan C, manakala pelajar

yang cerdas dalam kumpulan A boleh digalakkan membantu pelajar yang sederhana

pencapaiannya di dalam kumpulan B. Di samping itu, guru bolehlah

mempellbagaikan strategi pengajaran agar sesuai dengan kebolehan pelajar yang

berbeza. Alat bantu mengajar hendaklah juga dipelbagaikan agar pelajar yang

berbeza dari segi kebolehan atau minat mendapat faedah daripadanya.

Pengetahuan mengenai teori perkembangan kanak-kanak akan memberi

banyak faedah kepada guru, ibu bapa dan golongan professional untuk membuat

keputusan mengenai pembelajaran dan persepsi yang peril ditegaskan. Setiap satu

teori mempunyai penegasannya yang tersendiri terhadap sesuatu konsep yang

dikemukakan. Oleh itu kita perlu mengenali kesemua teori agar dapat kita

mengetahui kesannya ke atas perkembangan kanak-kanak

Page 48: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

TUGASAN 2

A) PENGURUSAN GRAFIK

Pengenalan

Untuk tugasan dua bagi kerja kursus Perkembangan Kanak-kanak ini, saya telah

ditayangkan sebuah video kanak-kanak yang menghidap Autisme. Melalui video

tersebut, kami dikehendaki untuk menyediakan satu peta pemikiran yang menjelaskan

kategori, ciri-ciri serta tingkahlaku kanak-kanak berkeperluan khas tersebut.

Page 49: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

KANAK-KANAK AUTISTIKAutistic disorder / Sindrom Autism

Sindrom AspergerPervasive

Developmental Disorder

Komunikasi Jarang menggunakan

bahasa, dan sukar diajak bercakap

Interaksi sosial

Tidak mempedulikan perasaan orang lain.

Anti-sosial Gemar bermain secara

bersendirian. Tidak suka disentuh

Ketidakupayaan imaginasi

Tidak dapat memikirkan atau mencari sesuatu permainan untuk bermain.

Gemar melakukan sesuatu aktiviti yang sama tanpa jemu-jemu seperti menyusun benda dengan warna yang sama dan menyusun alat-alat permainan.

Fizikal• Perut buncit dan mengalami “Bowel Impaction”

Intelektual dan kognitif

Mempunyai purata antara atas purata IQ

Dapat mengingati fakta, bentuk, data, waktu dan lain-lain yang disukai

Komunikasi Berbahasa agak formal

menggunakan tatabahasa yang tinggi.

Mempunyai masalah bercakap dan tidak memahami percakapan orang lain.

Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.

Interaksi sosial Tidak menghiraukan

orang lain Tidak sensitif pada

keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain.

Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.

Tidak suka sentuhan

Satu kumpulan yang berkongsi keadaan gangguan sebagai kemerosotan nilai kebiasaan mereka dalam kesalingan sosial, gangguan perkembangan yang memberikesan pada komunikasi dan manifestasi terhad serta tingkah laku yang berulang-ulang. Kelainan biasa termasuk Autisme, Sindrom Asperger, dan Pervasive Developmental Disorder Not Otherwise Specified (PDD-NOS). lebih menampilkan perbezaan secara klinikal dengan mengambil kira kecacatan sosial dan komunikasi.

• Hiperaktif ataupun hippoaktif , dan suka mencederakan diri.

• Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuk-nepuk tangan, berlari atau berjalan mundar mandir.

• Tidak suka pada perubahan daripada apa yang sedang dilakukannya dan dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi.

PETUNJUK Kategori kanak-kanak autistik

Ciri-ciri khusus kanak-kanak autistik

Tingkah laku kanak-kanak autistik

Page 50: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

B) PENULISAN ESEI

Usaha-usaha membantu kanak-kanak Autistik mencapai perkembangan optimum dari aspek kognitif, psikomotor dan efektif semasa melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan di bilik darjah.

Pengenalan

Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) dalam buku yang bertajuk

“Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan”, asalnya

perkataan autism ialah daripada perkataan bahasa Greek iaitu ‘autos’ yang bermaksud

sendiri dan dan isme yang bermaksud aliran. Dalam konteks ini, Autos merujuk kepada

seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri

Autisme merujuk kepada gangguan perkembangan yang sangat kompleks pada

anak, yang gejalanya sudah timbul sebelum anak itu mencapai usia tiga tahun. Leo Kanner

(1943) menggunakan istilah autistik yang bermakna ‘lari dari realiti’. Beliau membezakan

autisme dalam tiga perkara iaitu mengasingkan diri secara melampau sejak dari kecil. ,

terlalu sayang pada sesuatu objek yang tertentu. dan keinginan yang kuat untuk

bersendirian. Pada tahun 1943 di Pusat Perubatan John Hopkin,seorang ahli psikiatri

kanak-kanak dari Amerika iaitu Leo Kanner menjalankan kajian ke atas 11 kanak-kanak

Autistik selama beberapa tahun. Pemerhatian beliau terhadap pengidap Autisme yang

menunjukkan respon yang negatif dalam berkomunikasi dengan orang lain., pengasingan

diri, keadaan yang tidak fleksibel dengan orang lain dan cara komunikasi yang berbeza

daripada orang biasa. Oleh itu, Leo Kanner (1943) merumuskan bahawa, Autisme

didefinasikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri atau individu yang

tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran. Menurut

Kannar (dalam Safari, 2005), Autisme sebagai ketidakmampuan untuk berinteraksi dengan

orang lain. Cohen dan Bolton(1999) mendefinisikan Autisme sebagai keadaan yang

mempengaruhi kanak-kanak membuat mereka tidak dapat membentuk hubungan sosial

atau mengembangkan komunikasi secara normal.

Dalam buku Perkembangan Kanak-kanak oleh Wong Kiet Wah, Khairuddin

Muhamad dan Azlina Ahmad (2013), dinyatakan bahawa National Autism Society of

Malaysia (NASOM) atau Persatuan Autisme Kebangasaan Malaysia telah menyenaraikan

ciri-ciri kanak-kanak Autistik seperti berikut iaitu tidak suka bertentang mata, tidak

menunjukkan sebarang reaksi dalam apa-apa situasi, tidak mengenal bahaya dalam

Page 51: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

kehidupan seharian, tidak suka disentuh, seolah-olah tidak merasa kesakitan,menangis dan

menjerit tanpa sebab yang ketara, kemahiran motor tidak sekata, masalah menyesuaikan

diri dengan kanak-kanak lain, berkelakuan seperti orang pekak, bermain alat permainan

yang terhad dalam cara yang luar biasa dan bertingkahlaku hiperaktif atau pasif keterlaluan.

Masalah-masalah sampingan yang dihadapi oleh kanak-kanak Autistik

NASOM, dalam buku Perkembangan Kanak-kanak oleh Wong Kiet Wah, Khairuddin

Muhamad dan Azlina Ahmad (2013), juga telah menyenaraikan masalah-masalah

sampingan yang dihadapi oleh kanak-kanak yang mengidap Autisme. Antaranya ialah

masalah perkembangan kognitif. Perkembangan kognitif kanak-kanak Autisme adalah

berbeza dengan kanak-kanak lain. Kebanyakan individu Autisme mempunyai tumpuan yang

singkat atau terhad, namun begitu keadaan ini tidak pula berlaku apabila mereka memberi

tumpuan yang berlebihan kepada perkara yang mereka sukai. Kanak-kanak Autisme juga

tidak mampu menumpukan perhatian kepada perkara-perkara kecil yang boleh dikaitkan

dengan ingatan masa lalu dan mengimbas kembali untuk melihat perkara yang telah

berlaku. Oleh yang demikian, kanak-kanak Autisme juga tidak mampu melihat perkaitan

antara dua perkara.

Seterusnya ialah masalah perkembangan bahasa. Bahasa bagi kanak-kanak

Autisme adalah terhad dan tidak fleksibel. Bagi mereka yang boleh bertutur, kanak-kanak ini

banyak bergantung kepada ingatan secara hafalan daripada menggunakan peraturan asas

bahasa secara kreatif. Topik perbualan kanak-kanak autisme adalah terhad di samping

bermasalah dalam bahasa badan yang bersesuaian.

Selain itu ialah masalah perkembangan komunikasi. Kanak-kanak Autisme tidak

mempunyai sebarang niat dan keinginan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka

tidak akan memberitahu atau menunjuk kepada barang yang dikehendaki. Sangat sukar

mendapat perhatian mereka ketika bercakap dan mereka juga tidak memberi perhatian

terhadap apa yang orang lain sedang lakukan. Kanak-kanak Autisme juga sukar memahami

bahasa badan dan juga ekspresi orang lain. Sebab itulah mereka tidak dapat mentafsir

dengan tepat perasaan orang lain dan kerap memberi tindak balas yang tidak sesuai atau

salah.

Selanjutnya ialah masalah perkembangan sosial. Kanak-kanak Autisme menjadi

handikap apabila berinteraksi dengan orang lain. Mereka kerap dikatakan cuba mengelak

daripada bertentang mata ketika bercakap, tidak mahu memulakan perbualan dan tidak

suka bermain dengan rakan-rakan lain.

Page 52: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

Akhir sekali ialah masalah perkembangan emosi. Kanak-kanak Autistik sukar

membuat hubungan secara emosi dengan orang lain kerana mereka tidak sedar bahawa

perasaan tertentu boleh ditunjukkan dalam cara yang tidak disalah faham. Individu Autisme

juga tidak menyembunyikan perasaan suka atau tidak suka kepada orang lain dan ada

kalanya menunjukkan kemesraan yang melampau. Selain itu, individu Autisme menunjukkan

beberapa ekspresi muka yang berbeza-beza, kedudukan badan yang kaku dan suara yang

mendatar atau monotonous seperti robot.

Usaha-usaha membantu kanak-kanak Autistik mencapai perkembangan optimum

Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang

memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak

normal. Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri

mental,keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri

fizikal. Menurut NASOM, maksud Autisme adalah seperti berikut: “Autisme adalah satu

kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang

pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak

dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku.

namun individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas.” Maka jelaslah di sini

bahawa mereka yang menghidap Autisme juga tergolong dalam kategori berkeperluan khas.

Oleh yang demikian kanak-kanak Autistik juga memerlukan modifikasi atau perubahan

dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan

mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai

seperti kanak-kanak normal. Dengan itu, usaha-usaha yang untuk membantu murid-murid

Autistik mencapai perkembangan yang optimum dari aspek kognitif serta melaksanakan

pembelajaran dan pemudahcaraan yang efektif di dalam kelas haruslah diwujudkan oleh

guru-guru bagi membantu mereka berkembang dari segala aspek dan dapat menimba ilmu

serta menikmati hidup kurniaan Tuhan seperti insan biasa.

Pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang mengalami kelambatan dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran. Memandangkan Autisme merupakan masalah kecacatan sepanjang hayat, maka adalah mustahil untuk menyembuhkan kanak-kanak Autisme menjadi normal seperti kanak-kanak biasa. Walau bagaimanapun, kanak-kanak Autisme dapat dipulihkan menjadi lebih baik jika diberi pendidikan

Page 53: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

yang bersesuaian dengan mereka. Masalah bahasa dan komunikasi yang mereka hadapi boleh dikurangkan sedikit sebanyak dan memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk berinteraksi seperti biasa. Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini melalui pembelajaran mereka serta menjalani kehidupan secara optimum pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang bersesuaian berserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu mereka capai (Yasmin, 2000;Khatijah & Yasmin 2006). Menurut Sandra F. Rief (2011) dalam buku beliau yang bertajuk

“Mendekati dan Mendidik Kanak-kanak Berkeperluan Khas”, terdapat banyak cara untuk

mendekati dan mendidik kanak-kanak berkeperluan khas termasuk Autisme untuk

berkembang dari segi emosi, rohani, intelek dan sosial iaitu dengan strategi bahasa , strategi

kesenian bahasa atau lisan dan strategi penulisan.

Kanak-kanak Autisme sangat sukar menumpukan perhatian kepada bacaan yang mempunyai perenggan yang panjang dan mengandungi perkataan yang susah. Mereka lebih cenderung untuk mudah menghafal perkataan yang singkat. Oleh itu, untuk strategi bahasa, guru-guru boleh menarik perhatian kanak-kanak Autisme dengan menggunakan tiga peringkat dalam usaha mendidik mereka untuk belajar membaca. Peringkat-peringkat ini ialah, penggunaan gambar, penggunaan gambar dan suku kata pendek dan penggunaan suku kata panjang pada kad imbas. Menurut Vacca (2007), beliau menyatakan bahawa guru perlu menjadikan aktiviti

membaca untuk autistic suatu aktiviti yang menyeronokkan dengan menggunakan Authetic

High Interest Visual Material. Berdasarkan journal beliau, Grandin (2002) menyatakan

bahawa kanak-kanak autisti memiliki pemikiran visual. Mereka tidak memikirkan bahasa

tetapi dalam bentuk gambar rajah. Penggunaan gambar pada kad imbas tersebut bertujuan untuk menarik minat pelajar dan seterusnya guru perlu menyebut objek yang terdapat dalam gambar tersebut berulang kali bersama-sama dengan pelajar. Mengunakan gambar yang sama, guru perlu beralih kepada peringkat yang kedua iaitu dengan meletakkan perkataan di bawah gambar tersebut. Kanak-kanak perlu diajar untuk

Page 54: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

membaca perkataan tersebut berulang-ulang dan akhirnya, guru perlu membuang gambar pada kad imbas tersebut dan melatih kanak-kanak untuk menyebut perkataan tersebut tanpa bantuan gambar. Berdasarkan kepada kenyataan NASOM yang mengatakan bahawa individu Autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas dan kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran mekanikal ataupun dalam seni muzik, maka penggunaan muzik dalam proses pengajaran kaedah membaca sudah tentu dapat membantu kanak-kanak membaca dengan lebih baik. Ahli sains menyatakan bahawa kanak-kanak yang terdedah kepada muzik dan instrumen mempunyai potensi yang lebih baik untuk cemerlang dalam akademik. Dengan ini, guru boleh menggunakan lagu sebagai set induksi untuk mengajar murid Autisme. Dengan adanya muzik iringan, kanak-kanak Autistik dapat menyanyi sambil membaca lirik. Hal ini dapat memberi kesan positif kepada kanak-kanak ini dalam aspek pembacaan.

Untuk strategi kesenian bahasa atau lisan, terdapat banyak perkara yang boleh guru lakukan untuk memperbaik masalah lisan murid Autistik. Pertama, guru perlu melatih murid untuk mematuhi arahan yang mudah. Sebagai contoh, arahan ‘Duduk’ , ‘Lihat’ dan sebagainya. Arahan yang mudah ini akan memberi pemahaman kepada murid dan dia mampu mengikutinya. Guru juga perlu memastikan murid autistik menyebut perkataan arahan bersama guru dengan tujuan murid tersebut dapat mengingat arahan dan melakukannya. Seterusnya guru boleh memberi arahan yang lebih panjang selepas terdapat perubahan pada murid yang mematuhi arahan mudah. Seterusnya, guru bolehlah mengaplikasikan teknik Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (AAC) dalam proses memperbaik masalah komunikasi kanak-kanak autisme. Teknik AAC yang mempunyai 3 komponen iaitu teknik komunikasi, sistem simbol dan kemahiran komunikasi. Teknik komunikasi terbahagi kepada dua iaitu dengan bantuan dan tanpa bantuan. Teknik komunikasi tanpa bantuan ini boleh dipraktikkan oleh guru bersama murid Autistik dalam kelas. Hal ini kerana kaedah ini tidak memerlukan alat sokongan luaran atau prosedur khas. Guru hanya perlu menggunakan kaedah pertuturan, bahasa isyarat,

Page 55: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

bahasa badan dan mimik muka. Selain itu, kaedah ini tidak menggunakan kos mahupun sebarang alat sokongan luar. Namun demikian, guru perlu melakukan kaedah ini berulang kali setiap hari untuk memastikan kanak-kanak Autistik dapat mengingat  pembelajaran mereka dengan mudah.             Aspek tulisan kanak-kanak autisme juga boleh diperbaik dengan melakukan strategi penulisan. Oleh itu, untuk strategi penulisan, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh guru untuk membantu masalah tulisan kanak-kanak Autistik. Misalnya,guru bolehlah mengajar kanak-kanak Autistik cara memegang pensel dan alat tulis dengan betul. Guru perlu membimbing murid dengan memegang tangan murid sambil membimbing menulis. Murid juga perlu mengimbangkan kestabilan tangan ketika menulis dan menggerakkan tangan secara konsisten. Selain itu, sebelum murid boleh diajar dengan kemahiran menulis, guru perlu memastikan tahap kemahiran motor halus kanak-kanak tersebut. Guru perlu menekankan kemahiran motor halus kanak-kanak dengan melakukan aktiviti ringkas seperti menguli doh. Dengan menguli doh, saraf dan urat murid tidak akan menjadi tegang dan seterusnya memudahkan murid untuk memegang pensel dengan baik. Latihan pra-tulisan amat penting bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah dengan tulisan. Guru perlu memperkenalkan latihan pra-tulisan yang terdiri daripada menulis mengikut garisan bertitik, membentuk huruf di udara, dalam air dan di atas pasir, latihan membentuk garisan lurus, bentuk melengkung dan sebagainya. Apabila mereka selesai dalam melakukan sesuatu

tugasan atau latihan, berikanlah kata-kata pujian walaupun adakalanya mereka tidak

memahami pujian tersebut. Ganjaran juga boleh diberikan seperti melebihkan masa bermain

mereka kerana mereka telah berjaya melakukan sesuatu tugasan. Kesabaran dan ketabahan

diperlukan dalam menguruskan kanak-kanak Autisme ini kerana tanpa kesabaran dan

ketabahan yang tinggi menyebabkan kanak-kanak ini akan terus cacat seumur hidup mereka.

Kesimpulan

Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam kajian kes ini, walaupun Autisme

merupakan suatu ketidakupayaan yang tidak dapat disembuhkan, namun begitu,

Page 56: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

individu Autisme ini haruslah dibantu melalui pendidikan yang terancang untuk

memberikan mereka peluang untuk turut sama berkembang dan meningkatkan potensi

yang mungkin ada pada mereka. Oleh itu, para guru haruslah mencuba sedaya-upaya

untuk melakukan usaha-usaha seperti yang telah dinyatakan di atas untuk membantu

mereka yang istimewa ini. Kesabaran membimbing dan mengajar anak-anak istimewa

ini amat penting supaya mereka terus berkeyakinan dan bersemangat mempelajari

sesuatu perkara yang diminati. Walau dalam situasi bagaimana sekalipun, murid dengan

keperluan khas ini perlu dilihat dan dilayan seperti murid normal yang lain. Dengan itu,

guru-guru perlulah menyemaikan nilai-nilai positif seperti kasih sayang, keikhlasan,

bertanggungjawab dan kesabaran dalam diri mereka untuk mendidik murid-murid yang

berkeperluan khas seperti Autisme ini dan para guru haruslah sentiasa meningkatkan

usaha mereka serta sentiasa memikirkan idea-idea kreatif untuk melaksanakan kaedah

pengajaran baru untuk membantu murid-murid berkeperluan khas ini selaras dengan

hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan dan mampu memperkembang potensi diri ke tahap yang optimum.

Page 57: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

Refleksi

Pertama sekali saya sangat bersukur kerana dapat saya menyiapkan tugasan ini

dengan jayanya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semasa menerima tugasan ini, apa

yang dapat saya gambarkan ialah halangan-halangan yang terpaksa saya hadapi sama ada

dari segi masa serta sumber rujukan. Namun setelah diberi penerangan daripada

pensyarah, saya dapat memahami cara untuk melaksanakan kerja kursus ini dan ia

memudahkan saya untuk merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini.

Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus ini, saya dapati bahawa setiap yang saya

pelajari selama ini bukan mudah untuk difahami. Sebagai contoh, sebelum ini, pemahaman

saya mengenai teori-teori perkembangan kanak-kanak adalah agak kurang. Namun, setelah

melaksanakan kerja kursus ini, saya kini dapat memahai dengan baik teori-teori tersebut.

Selain itu, saya juga dapat menguasai kemahiran berinteraksi dengan murid-murid

secara lisan dengan betul semasa menemu bual mereka untuk mendapatkan maklumat-

maklumat mereka. Sebelum ini, kemahiran berkomunikasi saya agak kurang namun, setelah

melaksanakan kerja kursus subjek Pendidikan Awal Kanak-kanak ini, saya dapat menguasai

kemahiran tersebut dengan baik. Semasa melaksanakan kerja kursus ini juga, saya dapat

menguasai komunikasi lisan dengan baik dan berkesan semasa berbincang dan bertukar-

tukar pendapat dengan rakan-rakan sekelas dan ini merupakan salah satu perkara yang

harus saya banggakan kerana sebelum melaksanakan kerja kursus ini, saya kurang

berkomunikasi secara lisan dengan rakan-rakan saya disebabkan oleh kurangnya keyakinan

komunikasi kerana di rumah saya dan ahli keluarga saya bertutur dalam bahasa Dusun iaitu

bahasa ibunda kaum saya.

Sebelum ini, tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk mengadakan sesi soal selidik

dan menjalankan ujian ke atas orang lain. Namun, semasa melaksanakan kerja kursus ini,

saya berpeluang untuk menyoal selidik dan menjalankan ujian ke atas dua orang murid

tahun 5. Ini merupakan satu pengalaman yang sangat menyeronokkan bagi saya kerana

sebelum ini, saya kurang mengambil kisah tentang perbezaan orang-orang di sekeliling

saya. Kini, saya lebih memahami orang di sekeliling saya kerana semua orang berbeza dari

setiap aspek.

Seterusnya, dalam usaha melaksanakan tugasan pertama dalam kerja kursus ini,

saya kini lebih memahami tajuk-tajuk yang kami pelajari bagi kursus Perkembangan Kanak-

kanak ini. Setelah melaksanakan kerja kursus ini, lebih yakin dan lebih mengingati topik-

topik dan teori-teori yang dibincangkan semasa kuliah berlangsung kerana saya dapat

Page 58: Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak

melaksanakan dan mengaplikasikan ujian-ujian berkaitan teori yang telah kami pelajari ke

atas dua orang murid yang saya kaji itu.

Saya juga telah mempelajari erti kesabaran semasa menyiapkan kerja kursus ini

terutamanya ketika saya mencari bahan-bahan rujukan dan idea bagi melengkapkan

tugasan yang diberi ini. Dalam kerja kursus ini, kami telah ditugaskan untuk menyiapkan dua

esei dengan tajuk yang berbeza. Oleh itu, saya terpaksa mencari rujukan dari pelbagai

sumber seperti buku, jurnal, artikel dan sebagainya. Salah satu cabaran yang saya hadapi

ketika mencari bahan rujukan bagi kerja kursus ini ialah kekurangan buku dan bahan

rujukankerana buku di perpustakaan IPG mengenai tajuk yang telah diberikan kepada kami

adalah agak terhad. Contohnya, untuk tugasan kedua bagi kerja kursus ini, saya telah

diberikan tajuk Autisme. Namun, saya menghadapi kesukaran untuk mencari buku rujukan

berkaitan Autisme di perpustakaan kerana hanya terdapat sebuah buku yang berkaitan

dengan Autisme terdapat di perpustakaan dan buku tersebut telah dipinjam terlebih dahulu

oleh senior. Oleh yang demikian, saya terpaksa bersabar untuk menanti buku yang

seharusnya saya pinjam dikembalikan oleh peminjam di perpustakaan. Selain itu, saya juga

mempelajari erti kesabaran ketika memerah otak untuk memikirkan idea-idea yang mantap

bagi melengkapkan kerja kursus ini. Hasil daripada kesabaran saya, saya berjaya

menyiapkan kerja kursus ini atas hasil titik peluh saya sendiri tanpa perlu bergantung

kepada orang lain.

Saya juga berjaya memupuk semangat bekerjasama dengan rakan-rakan sekelas

dan rakan-rakan daripada kelas TESL semasa melaksanakan kerja kursus ini. Kami saling

membantu antara satu sama lain terutamanya dalam perbincangan kami semasa

menyiapkan kerja kursus ini. Kami saling bertukar-tukar idea dan memberikan pendapat

antara satu sama lain bagi menyiapkan kerja kursus ini. Kami juga saling bekerjasama

dalam bertukar-tukar sumber rujukan seperti buku. Dengan itu, hubungan antara saya dan

rakan-rakan seperjuangan juga semakin erat dan kukuh secara tidak langsung.

Akhir kata, saya amat bersyukur kepada Tuhan, kepada pensyarah yang tidak

pernah bosan membimbing saya, dan kepada rakan-rakan yang selalu membantu dalam

memberikan pendapat dan pandangan dalam melaksanakan kerja kursus ini dengan

jayanya walaupun banyak halangan yang saya hadapi kerana halangan itulah yang

membina saya untuk terus bersemangat dalam menyiapkan kerja kursus ini.