Kajian Perkembangan Lukisan Kanak-kanak
-
Upload
puay-khee- -
Category
Documents
-
view
1.293 -
download
18
description
Transcript of Kajian Perkembangan Lukisan Kanak-kanak
KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV
1
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya saya
dapat menyiapkan tugasan kerja kursus pendek “Kajian Peringkat Perkembangan
Lukisan Kanak-Kanak Victor Lowenfeld”
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah
Pendidikan Seni Visual kami iaitu Tn. Hj. Mohd Jamel bin Hj. Ismail di atas tunjuk ajar
dan bimbingan beliau serta bantuan yang diberikan sepanjang tempoh penyiapan
tugasan ini. Saya juga merakamkan ribuan terima kasih kepada keluarga saya yang
banyak memberi sokongan moral serta sentiasa mendoakan kejayaan saya.
Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih
kepada sahabat-sahabat yang turut sama membantu dalam menyiapkan tugasan kerja
kursus pendek ini. Terima kasih buat semua.
KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV
2
ABSTRAK
Kajian peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak ini merupakan sebuah hasil kajian
yang melibatkan lukisan kanak-kanak dari umur 2 tahun hingga ke 17 tahun. Kajian ini
berdasarkan kepada teori Victor Lowenfeld dan Britain (1982).
Sebanyak 6 lukisan kanak-kanak telah digunakan sebagai sampel kajian bagi mewakili
setiap peringkat perkembangan seni kanak-kanak. Kajian ini dapat menunjukkan
bahawa perkembangan seni kanak-kanak yang berkembang dari satu peringkat ke
peringkat yang lain terutamanya aspek-aspek kemahiran penggunaan bahan dan media
serta pendedahan kepada persekitaran mereka.
Kajian ini juga boleh menjadi panduan kepada guru-guru pelatih seni di dalam
perancangan kurikulum kelak.
KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV
3
PENDAHULUAN
Definisi Pendidikan Seni
Pendidikan Seni Di Dalam Sistem Pendidikan Formal Negara bermaksud program
pendidikan yang bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhi
keperluan individu dan aspirasi negara. Ia merangkumi idea-idea yang dicetuskan
melalui lukisan, ukiran dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang diadunkan
daripada pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari.
Feldman ( 1996 ) memberikan pendefinisian pendidikan seni sebagai usaha yang
melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping
mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Seni yang dimaksudkan di
sini adalah meliputi apa jua cabang seni visual seperti catan, arca, seni bina, reka
bentuk industri, grafik komputer, serta apa jua yang berkaitan dengan seni, baik yang
berupa seni tampak tradisional mahupun seni moden.
Pendidikan seni merangkumi pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan di dalam
penghasilan produk seni, mempelajari sejarah dan antropologi seni, membezakan
makna seni serta melihat nilai produk seni individu. Lantaran itu, pendidikan seni lebih
menitik beratkan pemikiran, perbuatan dan penilaian yang original di samping memberi
kesempatan untuk individu itu memperkembangkan idea semula jadinya secara teratur
menerusi peringkat-peringkat perkembangan yang artistik.
Kesimpulannya, pendidikan seni merupakan suatu sistem pengajaran dan
pembelajaran seni tampak yang terancang dan mempunyai hala tuju serta matlamat
bermatlamat melahirkan individu yang celik seni bagi diri dan masyarakatnya.
KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV
4
PENGENALAN
Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian
yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, di
dalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang
difikirkan paling efektif.
Menurut Herbert Read, seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang
menggembirakan, menyenangkan. Selain itu, seni juga telah diberi banyak definisi oleh
pelbagai pihak. Antaranya, seni adalah “Pernyataan sesuatu perasaan dan melahirkan
apa yang dirasakan”. Definisi ini telah diberi oleh Emerson. Seni juga sesuatu yang
dihasilkan melalui daya imaginasi, ciptaan, atau apa yang terlintas dan terfikir melalui
pemikiran kreatif. Seni juga adalah sesuatu yang berunsur indah, halus dan penuh
bermakna. Seni juga adalah sesuatu yang memiliki lebih dari sifat –sifat yang biasa,
secara melahirkan apa yang dirasai melalui apa yang dilihat, didengar dan juga
berdasarkan pengalaman yang lalu.
KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV
5
LATAR BELAKANG
Kanak-kanak dan Seni Visual
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang
mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang
dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-
kanak.
Kepentingan Pendidikan Seni Visual Kepada Kanak-kanak
(a) Aspek Kognitif
Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-
kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat
penilaian dan bijak membuat keputusan.
(b) Aspek Fizikal
Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot
tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.
(c) Aspek Kreativiti
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk
mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni
visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.
(d) Aspek Persepsi
murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria
melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di
sekeliling mereka.
(e) Aspek Sosial dan Emosi
KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV
6
Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial. Selain meningkatkan
keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat
bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.
Keinginan Asas Kanak-kanak
I. Keinginan untuk bergerak secara bebas, Berjaya dan diiktiraf, diterima dan
disanjung (hasil karya dipuji dan dipamerkan)
II. Keinginan untuk bersaing, ketangkasan fizikal dan memahami (pertandingan)
III. Keinginan untuk meneroka, pencapaian kreatif dan meluahkan perasaan (bagi
peluang kepada mereka meneroka dan bereksperimentasi)
Kanak- Kanak dan Seni Lukis
Melukis sebagai Medium Komunikasi.
Disini melukis dilihat sebagai satu aspek emosi dan juga sosial.Lukisan merupakan
bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya
dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Melalui lukisan, mereka
mencurahkan segala perasaan mereka semasa melakukan aktiviti, ini merupakan satu
bentuk ekspresi diri. Sebagai contoh ciri-ciri pengunaan warna didalam lukisan
mengambarkan perasaan seseorang itu seperti warna biru yang melambangkan
keamanan dan kedinginan. Melukis juga dapat menyampaikan mesej yang ingin
disampaikan kepada orang lain. Dengan demikian, aspek komunikasi satu hala
tercapai. Malahan, sewaktu aktiviti melukis, terdapat perhubungan antara rakan-rakan
dalam menjayakan sesuatu proses pengkaryaan. Murid boleh berinteraksi dan
meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran
pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti
berkumpulan yang dibentuk:
Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri.
KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV
7
Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak.
Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat
membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya
intuisi kanak-kanak. Ini boleh dilihat sebagai faktor fizikal. Semakin tinggi tahap
perkembangan diri kanak-kanak, semakin penguasaan dalam menghasilkan sesuatu
karya dengan mempelbagaikan teknik dan bahan yang digunakan. Penggunaan alat
dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan
(psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata
Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem).
Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan
apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik
mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat
meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. Latihan dan projek yang bersifat terbuka
dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan
projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan
hasilan akhir. murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan
pancaindera dan deria melalui proses
penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.
Kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat
merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat dihasilkan dengan
memanipulasikan objek alam.
TOKOH PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK
KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV
8
LATAR BELAKANG VICTOR LOWENFELD
Victor Lowenfeld telah dilahirkan di Linz, Austria pada tahun 1903. Dr. Lowenfeld
merupakan lulusan daripada College of Applied Arts di Vienna dan Academy of Fine
Arts di bandar yang sama. Tidak lama kemudian beliau telah memperoleh Ijazah
Sarjana dalam Pendidikan dari University of Vienna dan telah bertugas sebagai
seorang guru sekolah menengah. Ketika di Vienna, beliau juga telah dilantik menjadi
pengarah kesenian kepada Blind Institute. Pada tahun 1938, Lowenfeld telah berhijrah
ke England sebelum kembali ke United States. Beliau telah bersara pada tahun 1946
selepas berkhidmat sebagai „wartime visual aids consultant‟ dalam tentera laut.
Lowenfeld telah menyertai Hampton Institute di Virginia pada tahun 1939 sebagai
pembantu professor di Industrial Arts dan juga telah berkhidmat sebagai guru seni di
institut ini. Tidak lama kemudian beliau telah dilantik menjadi Pengerusi “Art
Department” di institut yang sama. Lowenfeld kemudiannya berhijrah ke The
Pennsylvania State University sebagai professor Pendidikan Seni pada tahun 1946.
Selepas 10 tahun beliau telah menjadi “head of the newly founded Department of Art
Education”. Beliau kekal dalam posisi ini sehinggalah beliau meninggal dunia pada
tahun 1960. Dr. Lowenfeld juga terkenal dengan “Visual-Haptic theory in Art Education”
yang juga merupakan asimilasi daripada kebudayaan Vienna. Beliau juga merupakan
seorang ketua yang aktif dalam National Art Education Association dan The National
Committee dalam Pendidikan Seni.
TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK OLEH VICTOR LOWENFELD
KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV
9
a) Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.
Pernyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka
dan penuh dengan perasaan ingin tahu.
b) Victor Lowenfeld – menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur
melalui empat komponen utama iaitu kelancaran (secara spontan serta pantas),
fleksibel (mampu menyesuaikan diri denganpelbagai keadaan dan situasi), keaslian
(mencari idea baru dan asli), kepekaan (penggunaan deria pancaindera seperti melihat,
merasa, mendengar, menghidu, dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagai
proses pengamatan dan merekod).
Victor Lowenfeld dalam bukunya „Teori Perkembangan Kanak-kanak‟ menulis tentang
terapi seni ini di mana kecenderungan seorang kanak-kanak yang melukis figura ibunya
lebih besar dari ayahnya, mempunyai maksud tersirat. Gambaran sebenarnya
memperlihatkan kasih saying kanak-kanak itu lebih pada ibunya, sebab itu figura ibunya
diberi penekanan sebegitu rupa.
Victor Lowenfeld mengkaji beribu-ribu lukisan yang memberi pengertian yang tersurat
dan tersirat. Penyelidikan ini menolong ahli bidang psikologi mengakui kepentingan
terapi seni dalam merawat kesan psikologi terhadap pelajar-pelajar.
PERINGKAT PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK MENGIKUT TEORI
VICTOR LOWENFELD
KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV
10
Victor Lowenfeld telah membuat kajian beribu-ribu lukisan kanak-kanak dan telah
menentukan tahap-tahap perkembangan artistik mereka. Enam tahap-tahap ini adalah
seperti berikut:
PENGENALAN TEORI VICTOR LOWENFELD
PERINGKAT PERIOD IF DECISION/ ADOLESCENT ART IN HIGH SCHOOL (14-17 TAHUN)
PERINGKAT PSEUDO-NATURALISTIC/ REASONING (12-14 TAHUN)
PERINGKAT DAWNING REALISM/ THE GANG AGE (9-12 TAHUN)
PERINGKAT SCHEMATIC (7-9 TAHUN)
PERINGKAT PRE-SCHEMATIC (4-7 TAHUN)
PERINGKAT SCRIBBLING (2-4 TAHUN)
KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV
11
Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanak-
kanak yang merangkumi peringkat umur dari 2 hingga 14 tahun. Peringkat
perkembangan artistik mereka merangkumi lima peringkat utama iaitu peringkat
scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, dawning realism, peringkat
pseudonaturalistic dan peringkat adolescent art.
Peringkat Scribbling (2-4 tahun)
Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Proses
menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot
moto tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan
badan, mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan
melintang kepada melukis bulatan.
Peringkat Pre-schematic ( 4-7 Tahun )
Memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama
untuk melukis objek disekelilingnya dengan menggunakan garisan
Contoh :Ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai
karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang
berbeza-beza.
Peringkat Schematic ( 7-9 Tahun )
Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat
awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan
lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia
dan objek yang terdapat di sekelilingnya.
Contoh : Kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada
kertas lukisan kepada 2 bahagian iaitu satah udara dan tanah. Bagi pemandangan
satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula
dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan
KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV
12
berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan
lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi
Peringkat Dawning Realism / The Gang Age ( 9-12 Tahun )
Kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan
pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej
lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal
dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan
sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitik
beratkan kualiti karya yang dihasilkan.
Peringkat Pseudo-naturalistic / Reasoning ( 12-14 tahun )
Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik dalam menghasilkan lukisan . Mereka
menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar melukis
melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata dengan lukisan menerusi
imaginasi. Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan
perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak
menarik
Peringkat Period If Decision / Adolescent Art In High School ( 14-17 tahun )
Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni
dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat
keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.
KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV
13
KAJIAN & ANALISA LUKISAN KANAK-KANAK MENGIKUT PERINGKAT
PERKEMBANGAN
Peringkat Scribbling (Contengan)
Muhammad Fakrul Amin Bin Mohd Daud ( 2 tahun 9 bulan)
Contengan tanpa kawalan atau contengan tidak menentu
Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan
kerana usia mereka yang masih muda, selalunya di dalam lingkungan umur dua hingga
lima tahun. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat
di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan
dan medium seperti krayon, pensel warna serta bahan-bahan lain. Penghasilan karya
pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi
menggambarkan sesuatu imej. Pada usia ini, kanak-kanak lebih gemar untuk mencuba
dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui
pelbagai media. Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara kanak-
kanak memegang alatan untuk melukis. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah
KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV
14
mengikut keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh mereka. Keupayaan menconteng
sangat bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata
dan tangan. Fokus imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang
pelbagai. .Adik Fakrul ini merupakan kanak-kanak yang mampu berdikari sendiri
apabila beliau bermain. Beliau tidak banyak bercakap tetapi mampu membawa diri
disekeliling persekitarannya. Apabila diminta melukis beliau mengambil warna pensel
dan terus membuat lukisan. Hasil lukisan diatas memberi maksud kepadanya adalah
seekor ikan, ini kerana sewaktu lukisan ini dijalankan dia melihat kakak-kakaknya
sedang melukis gambar ikan di dalam laut. Disini dapat dilihat bahawa kanak-kanak
mempunyai imaginasi untuk menghasilkan lukisan dan pembentukan imej bergantung
kepada peringkat perkembangan usia kanak-kanak.
KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV
15
Peringkat Pre-schematic
Fatin Syahfinas Binti Safarizan ( 6 Tahun)
Bermulanya bentuk konkrit dan kanak-kanak peringkat ini kebiasaannya melukis
bentuk-bentuk yang terdapat di persekitarannya. Persekitaran memainkan pengaruh
besar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti rumah, kereta, bunga, alat
permainan dan sebagainya. Gambar yang dilukis telah mula dikenali imejnya seperti
objek awan, matahari, pokok dan sebagainya. Imej yang digambarkan berasaskan apa
yang mereka tahu bukan merupakan representasi tampak. Objek yang dilukis di mana-
mana sahaja pada ruang lukis. Di peringkat awal penghasilan imej, imej-imej yang
dihasilkan melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Unsur ruang cuba dinampak
kan iaitu berdasarkan objek-objek penyokong yang diletakkan di sekeliling objek
pertama (imej pokok). Ruang ini dinamakan ruang badan. Kanak-kanak yang tinggal di
kampung dengan nilai masyarakatnya menjadi sebahagian daripada cara dan sikap
mereka pada seni dan persekitaran. Adik Fatin merupakan kanak-kanak yang sangat
petah bercakap. Beliau menghasilkan lukisan ini dan menjadikan pengalamannya untuk
menghasilkan lukisan di atas, ini kerana beliau cuba untuk melukis persekitaran
KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV
16
rumahnya. Melalui lukisannya di atas beliau sedang mencuba dan menghasilkan
pemandangan mengikut imaginasi yang terlintas olehnya walaupun imej yang terhasil
adalah tidak logik bagi orang dewasa. Menurut teori Victor Lowenfeld tanda-tanda
contengan mula hilang dan bentuk-bentuk yang dihasilkan adalah rumah, pokok,
matahari, kereta. Imej yang pertama dihasilkan adalah adalah rumah kerana ianya
adalah objek yang menjadi tempat tinggal ianya sekeluarga. Perhatikan objek-objek
yang dilukis beliau memang terdapat dalam pelbagai saiz.
KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV
17
Peringkat Schematic
Puteri Nurul Umayrah (8 tahun lebih)
Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek yang
menarik perhatian mereka. Lukisan adik Umayrah ini banyak menggunakan bentuk
geometri seperti bujur, empat segi, dan tiga segi. Lukisannya banyak bersifat hiasan
(dekoratif).
Adik Umayrah merupakan kanak-kanak yang aktif dan petah bercakap. Lukisan adik ini
menggambarkan keadaan pemandangan rumahnya ini kerana rumahnya baru siap
diubahsuai secara tidak langsung beliau menjadi teruja untuk menggambarkan
rumahnya di dalam bentuk lukisan. Beliau banyak menggunakan alat pembaris bagi
menghasilkan bentuk geometri empat segi seperti bentuk rumah dan juga pasu bunga.
Dalam teori Victor Lowenfeld, objek yang dilukis adalah berskala besar. Pernyataan ini
amat jelas dilihat kerana rumah yang dilukis oleh adik ini hamper memenuhi ¾ ruang
kertas lukisan.
KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV
18
Teori Victor Lowenfeld yang menjelaskan tentang analisis kanak-kanak ketika 7-9 tahun
ini jelas dan tepat kerana seandainya dilihat adik Umayrah terus mengambil pensel dan
melakar lukisan serta mewarnakannya. Caranya memegang pensel dan mewarnakan
lukisan ini begitu jelas bagaikan minda beliau telah menetapkan apa yang perlu dilukis
tanpa mengambil masa yang lama untuk berfikir.
KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV
19
Peringkat Dawning Realism / The Gang Age
Nur Ain Fatihah Binti Mohd Daud (11 tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak mula menyedari tentang diri sebagai seorang ahli rakan
sebaya dan masyarakat. Kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian mereka.
Perbezaan jantina mula dirasakan dan sebab itu mereka mula bergerak mengikut rakan
sebaya sama jantina. Lukisan mereka juga menampakkan ciri-ciri perbezaan jantina
melalui ciri rambut dan pakaian. Objek atau gambar yang dilukis berdasarkan kepada
kesedaran tampak sahaja bukan melalui pengamatan. Menggunakan warna bagi
menggambarkan sesuatu objek seperti hijau untuk pokok, biru untuk awan dan
sebagainya. Kanak-kanak pada tahap ini memasukkan lebih banyak objek dalam
lukisan mereka. Garisan yang digunakan oleh adik Fatihah bagi menghasilkan
lukisannya ialah garisan halus dan juga garisan tebal. Garisan tebal yang digunakan
bertujuan untuk memberi fokus kepada objek yang dilukis di dalam garisan tersebut. .
Penggunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat
juga warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk
KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV
20
seperti warna biru. Warna yang digunakan juga merupakan warna yang harmoni. Adik
Fatihah ini menggunakan pemandangan pantai kerana kampungnya berdekatan
dengan pantai lalu melalui imaginasinya beliau melukis pemandangan sebuah keluarga
yang sedang berkelah di tepi pantai sambil memberi ikan-ikan makan.
KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV
21
Peringkat Pseudo-naturalistic / Reasoning
Farizirah Binti Safarizan (13 tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak lebih menyedari tentang bentuk-bentuk sebenar seperti
apa yang diperhatikan. Peringkat ini peralihan zaman kanak-kanak ke zaman remaja
dan bersifat lebih kritikal. Lukisannya diolah lebih natural dan mula memahami konsep
ruang. Objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding yang dekat. Adik ini merupkan
seorang yang sangat aktif di sekolah mempunyai stamina yang cergas. Adik Farizirah
turut menghasilkan lukisan yang bertema persekitaran alam semula jadi. Dalam lukisan
adik ini beliau membahagikan ruang-ruang tertentu seperti sawah padi, dan gunung
yang menampakkan harmoni bagi pemandangan di kampung. Ruang objek dibuat
mengikut saiz dan jarak. Disini dapat dilihat adik ini begitu gemar kepada pemandangan
alam semulajadi kerana beliau juga telah membesar di persekitaran yang sedemikian.
KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV
22
Peringkat Period If Decision / Adolescent Art In High School
Wong May Kei (17 tahun)
Individu peringkat ini telah mula membuat kritikan diri, idealistik dan menyedari
peranannya dalam masyarakat. Kefahaman tentang ruang, objek dan perlambangan
menjadi lebih matang. Lukisan di peringkat ini menjadi penting kepada mereka sebagai
media melahirkan emosi, perasaan, respon terhadap sesuatu dan penyataan fikirannya.
Mula mengembangkan minat dan kemahuan untuk mendapatkan kemahiran seni. Adik
Wong ini merupakan pelajar pintar dan gemar kepada subek pendidikan seni di
sekolah. Beliau telah menghasilkan sebuah catan yang menarik bertemakan
pemandangan alam dengan pengalaman dan kemahiran yang beliau ada. Warna yang
digunakan memberi keharmonian kepada catan ini. Selain itu, imej yang dihasilkan
cukup realistik dan mempunyai kematangan di dalam membuat keputusan dan
pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni. Bahan yang dipilih untuk
KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV
23
mewarna adalah warna air. Pemilihan warna yang cuba diterapkan adalah warna-warna
yang harmoni dengan alam semulajadi.
Konsep perspektif yang begitu jelas diperlihatkan melalui susunan air dan angsa putih
yang sedang bermain dengan anak-anaknya berada di ruang hadapan diikuti oleh
rumah dan dibelakang sekali kelihatan hutan gunung. Begitu juga konsep ruang,
kerharmonian juga kesatuan, penegasan, jalinan dan diadaptasikan melalui catan ini.
Adik Wong ini menghasilkan karya ini kerana beliau amat gemar dengan keindahan
pemandangan alam semula jadi.
KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV
24
KESIMPULAN
Setelah dianalisis berdasarkan kepada contoh-contoh lukisan dari pelbagai peringkat
umur, jelas menunjukkan bahawa perkembangan artistik kanak-kanak banyak
dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Di mana persekitaran
yang sihat dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan cara yang
positif.
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang
mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Menurut Koster (2001), hasil
kerja seni berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-
kanak yang akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga dia membesar.
Menurut Victor Lowenfeld, aktiviti seni dapat disesuaikan mengikut perkembangan
kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
Pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada tahap
perkembangan dan pertumbuhan yang sihat dari segi fizikal, mental, emosi, sosial,
intelek dan estetik. Dengan ini perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan
berlaku dengan sihatnya tanpa disedari.
Dari faktor inilah, pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-
kanak penting bagi guru seni sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai
aktiviti. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta
kemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupaya
merancang aktiviti yang sesuai dengan tahap kanak-kanak.
KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV
25
REFLEKSI
Pada 19 Januari yang lalu, kami kumpulan DPLI (Pendidikan Seni Visual) telah diberi
satu tugasan kerja kursus bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kami
dikehendaki membuat kajian terhadap hasil lukisan kanak-kanak mengikut peringkat-
peringkat perkembangan umur mereka iaitu berumur 2 hingga 17 tahun. Kami juga
diminta menghuraikan hasil lukisan mereka berpandukan Teori Perkembangan Artisitik
Kanak-kanak oleh Vicktor Lowenfeld.
Perkara pertama yang saya lakukan ialah membahagikan tugasan mengikut masa
supaya tidak berlaku percanggahan waktu untuk menyiapkan tugasan yang lain.
Sepanjang cuti perayaan yang lalu saya telah mengambil kesempatan untuk
mengumpulkan beberapa lukisan melalui saudara-mara serta anak murid di sekolah
berdekatan. Saya juga meminta anak-anak jiran yang berbeza dari segi umur melukis
dan mewarna.
Selain itu, saya juga mendapatkan maklumat lain melalui blog-blog pelajar seni serta
jurnal-jurnal yang terdapat di dalam internet.
BIBLIOGRAFI
KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV
26
Mohd Azhar Abdul Hamid (2004). Kreativiti : Konsep Teori dan Praktis. Universiti
Teknologi Malaysia.
Donald Herberholz, Barbara Herberholz – 9th ed (2002). Artworks For Elementary
Teachers: Developing Artistic and Perceptual Awareness. Mc Graw Hill.
Chua Yan Piaw (2011). Panduan Revisi Esensi Pendidikan Seni Visual SPM. Pearson
Longman.
Rahil Mahyuddin , Habibah Elias, Maria Chong Abdullah (2005). Psikologi Kanak-kanak
dan Remaja. Universiti Putra Malaysia.
http://imann9969.blogspot.com/2009/07/nota-hbae1203-perkembangan-seni-kanak.html
http://www.oocities.org/zulmz65/senikanakanak1.pdf
http://eprints.ptar.uitm.edu.my/2371/1/LP_ABDUL_SYUKOR_HASHIM_07_24.pdf
http://en.wikipedia.org/wiki/Viktor_Lowenfeld
http://www.scribd.com/doc/2688621/Perkembangan-Seni-dan-Kanak-kanak