KERJA_KURSUS_PKE3102.docx

15
KERTAS KERJA SEKOLAHKU SELAMAT SK. KUALA MEROTAI TAWAU (PROGRAM 3K - KEBERSIHAN,KESIHATAN DAN KESELAMATAN) ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN GURU PELATIH PPG IPG KAMPUS TAWAU 1.0 PENDAHULUAN 1

Transcript of KERJA_KURSUS_PKE3102.docx

KERTAS KERJASEKOLAHKU SELAMAT SK. KUALA MEROTAI TAWAU(PROGRAM 3K - KEBERSIHAN,KESIHATAN DAN KESELAMATAN)

ANJURANPANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATANGURU PELATIH PPG IPG KAMPUS TAWAU

1.0 PENDAHULUANProgram 3K merupakan gabungan antara program-program yang terdapat di dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) . Antara program-program itu ialah Program Sekolah Bersih, Kempen Cara Hidup Sihat dan Keselamatan. Hasil kombinasi dari kempen-kempen tersebut maka terhasil Program 3K yang membawa maksud kebersihan , kesihatan dan keselamatan.Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan komuniti setempat. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup kearah yang lebih sihat . Melalui program ini juga, para pelajar dan masyarakat setempat akan didedahkan mengenai kepentingan belajar di dalam persekitaran sekolah yang bersih dan ceria , amalan gaya hidup sihat dan juga tentang aspek keselamatan. Tiga komponen pendidikan ini amatlah penting dan perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

1.1 Program Sekolah BersihKebersihan merupakan asas kepada kehidupan kita, jadi Program 3K ingin menerapkan amalan kebersihan bagi memastikan persekitaran sekolah selamat, bersih dan ceria. Sekolah Selamat merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran yang mula dilaksanakan pada tahun 2002. Ia bermaksud mewujudkan satu suasana persekitaran sekolah yang bersih, ceria serta tenteram kepada para pelajar agar pelajar dapat belajar dengan suasana yang kondusif sesuai dengan tuntutan ilmu dan kehendak proses pengajaran dan pembelajaran.Oleh itu, program ini dipilih bagi mempertingkatkan lagi tahap kebersihan dan keceriaan sekolah. Para pelajar akan lebih bersemangat dan merasa lebih yakin ketika berada di sekolah. Suasana sekolah yang bersih, ceria dan selamat amat sesuai dengan perkembangan fizikal dan mental pelajar.

1.2 Kempen Cara Hidup SihatGaya hidup sihat menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera. Amalan gaya hidup sihat menjurus kepada kebersihan diri, pemakanan yang seimbang, senaman yang konsisten, kemampuan menghadapi stress dan konflik serta menjauhi penyalahgunaan bahan bagi meningkatkan kualiti hidup.

1.3Keselamatan Sekolah Selamat membawa bermaksud persekitaran sekolah yang tidak membahayakan semua warga sekolah. Konsep selamat ialah dari semua aspek seperti kawasan sekolah yang mesra pengguna, kawalan lalu lintas yang baik, bebas dari denggi dan makanan yang selamat, infrastruktur yang lengkap dan tidak membahayakan serta sikap keprihatinan setiap warga tentang aspek-aspek keselamatan. Ia amat penting dalam mewujudkan suasana sekolah yang aman, tenteram dan meyakinkan, sesuai dengan matlamat Pendidikan Negara iaitu murid belajar dalam suasana yang penuh kondusif. Sekolah Selamat merupakan jaminan bagi membentuk insan seimbang dan harmonis sesuai dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 TUJUAN PROGRAMProgram Sekolahku Selamat dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi Berilmu,Sihat dan Progresif" melalui amalan gaya hidup yang sihat dan selamat. Di samping itu, ia bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek-aspek keselamatan kepada para pelajar semasa berada disekolah. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek-aspek 3K ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan menjaga keselamatan diri walau dimana berada. Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting bagi mendidik anak-anak mereka agar mengutamakan keselamatan masing-masing.

3.0 RASIONAL PROGRAMMerupakan sebahagian daripada program 3K dimana aspek keselamatan diutamakan untuk semua warga sekolah demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para pelajar , guru dan seterusnya ibubapa pelajar mengenai kepentingan menjaga keselamatan diri. Melalui program ceramah ini, murid dimaklumkan bahawa mereka terdedah dengan bahawa persekitaran seperti melintas jalan raya, ketika melalui jambatan dan sebagainya. Justeru langkah keselamatan yang sewajarnya harus diambil bagi mengelakkan terlibat dengan kemalangan.

4.0 MATLAMAT PROGRAM Memastikan pelajar sentiasa bersedia dan berwaspada sama ada dari segi fizikal,mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah. Semua pihak seharusnya berusaha mewujudkan persekitaran yang selamat demi memberi ketenangan kepada murid semasa beraktiviti.

5.0 OBJEKTIF PROGRAMAntara objektif program Sekolahku Selamat ialah: Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai keselamatan disekolah. Menanam kesedaran mengenai amalan berwaspada di kalangan pelajar walau di mana mereka berada. Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan bersih,sihat dan selamat ketika di sekolah. Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif kepada pelajar dengan terlaksananya program ini.6.0 KUMPULAN SASARANSemua warga sekolah umumnya dan murid-murid tahun 4, 5 dan 6 khususnya.

7.0 SUMBER KEWANGANPihak sekolah (Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)

8.0 BUTIRAN PROGRAM

Nama Program: Ceramah Keselamatan Di Sekolah (Pendidikan Keselamatan)

Tarikh: 11 Mac 2013 (Isnin)

Masa: 12.00 tengahari 4:00 petang

Sasaran: Murid-murid tahun 4, 5 dan 6

Anjuran: Pelatih PPG IPG Kampus Tawau Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan S. K Kuala Merotai

Tempat: Dewan Mini S. K Kuala Merotai

9.0 AHLI JAWATANKUASA

Penaung: En. Kafli @ Masri Bin Mossli Guru Besar, S. K Kuala Merotai

Penasihat: En. Ahmad Mahmud Penolong Kanan KoKurikulum S. K Kuala Merotai

En. Amir Kasan Pensyarah PJ, IPG Kampus Tawau

Penyelaras: En. Mohd Shamrie Mohd Ali En. Mohamad Amin Sunari En. Hamirudin Lasanipa En. Raman Bin OthmanSetiausaha: En. Hamirudin Lasanipa

Juruacara: En. Mohamad Amin Sunari

Bacaan Doa: Ustaz Muhd Rasiman Abd Haman

P. A Sistem: En. Dudik Yuliano G. Risdianto En. Hamirudin Lasanipa

Sijil /: En. Mohd Shamrie Mohd AliCenderamata En. Raman Bin Othman

Jurugambar: En. Hamirudin Lasanipa

Dokumentasi: En. Raman Bin Othman

10.0 TENTATIF PROGRAM

Tajuk: Ceramah 1 (Mewujudkan Persekitaran Yang Selamat) Ceramah 2 (Pertolongan Cemas)

Penceramah: En. Mohd Shamrie Mohd Ali En. Mohd Amin Sunari En. Hamirudin Lasanipa

MasaAktiviti

12.10 tengah hari- Murid berkumpul di dewan

12.10 12.30 tengah hari- Ketibaan Guru Besar- Bacaan doa- Ucapan alu-aluan Guru Besar

12.30 tgh hari 2.00 petang- Ceramah 1 Mewujudkan Persekitaran Yang Selamat

2.00 2.30 petang- Rehat

2.30 4.00 petang- Ceramah 2 Pertolongan Cemas

4.00 petang- Bersurai

11.0 ANGGARAN PERBELANJAANSijil dan Cenderamata= RM100

12.0 PENUTUPProgram ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelatih PPG opsyen Pendidikan Jasmani untuk mengendalikan satu sesi ceramah yang berkaitan Pendidikan Keselamatan secara school based. Sememangnya guru pelatih mempunyai pengalaman mengendalikan program disekolah masing-masing namun bekerjasama bagi melaksanakan suatu program disekolah lain adalah satu cabaran yang harus dihadapi. Ia juga bertujuan mendedahkan murid-murid sekolah rendah mengenai pengetahuan pendidikan keselamatan. Diharapkan program ini akan mencapai objektif yang telah dirancang.

Disediakan OlehDisemak OlehDisahkan Oleh...(En. Hamirudin Lasanipa)(Ahmad Mahmud)(Kafli @ Masri Bin Mossli)Setiausaha ProgramPK KoKurikulum,Guru Besar,S. K Kuala MerotaiS. K Kuala Merotai

LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI PROGRAM SEKOLAHKU SELAMAT

Tempat: S. K Kuala Merotai, TawauTarikh : 11 Mac 2013 (Isnin)Masa: 12.00 tengah hari 4 petangBilangan yang terlibat: 100 orang muridAktiviti: Ceramah berkaitan pendidikan keselamatan disekolah

1.0 PengenalanPelajar PPG opsyen PJ, IPG Kampus Tawau dengan kerjasama Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan S. K Kuala Merotai, Tawau telah mengadakan sesi ceramah pendidikan keselamatan untuk murid-murid tahun 4, 5 dan 6. Program ini merupakan salah satu tugasan yang perlu disiapkan oleh pelajar PPG-PJ untuk melengkapkan pembelajaran di semester 4 ini. Program ini juga sedikit sebanyak telah mendedahkan murid-murid lebih pengetahuan mengenai isu-isu keselamatan semasa berada disekolah.

2.0 Kelebihan ProgramProgram ini banyak mendatangkan kelebihan kepada pelajar PPG dan juga murid-murid S. K Kuala Merotai, Tawau. Antaranya ialah :

2.1 Murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan bagaimana menjaga keselamatan diri2.2 Meningkatkan keyakinan murid melalui sesi soal jawab.2.3 Merapatkan hubungan murid di kalangan mereka.2.4 Memberi pendedahan kepada pelajar PPG tentang pengendalian sesuatu program yang berkaitan dengan pendidikan keselamatan secara school based2.5 Menambahkan ilmu pengetahuan pelajar PPG dalam bidang yang berkaitan.

3.0 Kelemahan Program

3.1 Kawalan MuridBilangan peserta yang terlalu ramai menyebabkan kurangnya kawalan pada peringkat permulaan. Walau bagaimanapun guru-guru yang bertugas dapat mengawal keadaan selepas itu.

3.2 Murid Kurang FokusTerdapat segelintir murid kurang memberi perhatian semasa sesi ceramah dijalankan. Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan persembahan slaid power point yang kurang menarik perhatian pelajar.

3.3 MasaKekangan masa menyebabkan guru pelatih tidak dapat berbincang dengan lebih teliti bagi menghasilkan kerja yang lebih sempurna

4.0 Cadangan Memperbaiki Kelemahan

4.1 Mengurangkan bilangan peserta mengikut bilangan guru yang bertugas untuk memudahkan kawalan ke atas murid.

4.2 Merancang dan menggunakan persembahan yang lebih menarik seperti unsure-unsur permainan dan tayangan video

4.3 Membahagikan tugas sesama dan rakan secara sama rata.

5.0 Penutup

Secara keseluruhannya, program ini amat bermakna kepada murid-murid kerana mereka dapat didedahkan dengan lebih meluas mengenai topik pendidikan keselamatan semasa berada disekolah. Ini adalah kerana isu-isu keselamatan adalah perkara yang sering dianggap remeh dan saling melepaskan tangan serta tuduh menuduh apabila berlaku kemalangan disekolah. Oleh itu program ini seharusnya diteruskan di masa-masa akan datang agar murid sentiasa berwaspada dan berfikiran terbuka agar sentiasa menjaga keselamatan diri sendiri walau dimana berada.

Disediakan OlehPenyelaras Bersama

.(HAMIRUDIN BIN LASANIPA)(MOHD SHAMRIE BIN MOHD ALI)Setiausaha .(MOHAMAD AMIN BIN SUNARI)

(RAMAN BIN OTHMAN)

LAPORAN BERGAMBAR

16