Kerta Kerja Klinik Al Quran

11
KLINIK AL-QURAN DAN IBADAH RibatLife KERTAS CADANGAN KLINIK AL-QURAN & IBADAH 1

Transcript of Kerta Kerja Klinik Al Quran

Page 1: Kerta Kerja Klinik Al Quran

KLINIK AL-QURAN DAN IBADAH RibatLife

KERTAS CADANGAN

KLINIK AL-QURAN & IBADAH

1

Page 2: Kerta Kerja Klinik Al Quran

KLINIK AL-QURAN DAN IBADAH RibatLife

Islamic Training & Consultancy

( AS 0304088 – D )6A Tingkat 1 Jalan Pasar, 08000 Sungai Petani

No. Tel: 013-4324685BERSAMA MENJANA KECEMERLANGAN

www. Ribatlife.com.my________________________________________________________________________

KLINIK AL-QURAN & IBADAH

1.0. PENDAHULUAN

Al Quran merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi

panduan bagi seluruh umat Islam. Demikian itu, ilmu mempelajari dan

membacanya secara tartil, fasih dan bertajwid adalah dituntut dalam agama.

Seperti mana firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Muzammil ayat ke- 4 yang

bermaksud “Bacalah al-Quran dengan tartil”. Membaca Al-Quran dengan

tajwid yang betul hukumnya adalah fardhu ain.

Tetapi pada hari ini, ramai di kalangan individu dari pelbagai peringkat umur tidak

minat malah tidak tahu bagaimana untuk membaca Al-Quran. Antara alasan

yang diberi seperti kekangan masa, tak pandai baca, otak sudah berkarat,

sudah terlalu tua malah ada yang lebih agresif menyatakan bahawa mereka

tidak mendapat apa-apa faedah apabila membaca Al-Quran.

Menyedari akan wujudnya masalah dan sikap negatif individu terhadap

keperluan membaca dan mempelajari Al-Quran, pihak RibatLife Islamic

Training & Consultancy telah mencetus idea untuk mengadakan program

Klinik Al-Quran & Ibadah sebagai titik tolak mentransformasikan generasi kini

menjadi “Generasi Al-Quran”.

2

Page 3: Kerta Kerja Klinik Al Quran

KLINIK AL-QURAN DAN IBADAH RibatLife

Kekuatan dan kecemerlangan umat Islam hanya akan tercapai apabila kita dapat

menghayati dan mengamalkan budaya Al-Quran melalui pembacaan, hafazan,

pemahaman dan pengamalan bagi ajaran yang terkandung di dalamnya.

Kekuatan dan kecemerlangan ini mendorong kita menjadi generasi Al-Quran

yang agung dan dipandang mulia.

Pembangunan negara yang pesat menuntut kepada jati diri masyarakat

khususnya generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara. Dalam

usaha membentuk generasi yang seimbang mengejar kesejahteraan dunia dan

akhirat, penglibatan generasi muda dalam pengisian program Klinik Al-Quran &

Ibadah akan menjadi satu platform dalam meningkatkan IQ, EQ dan SQ mereka

dalam mencapai kejayaan yang optimum.

2.0. OBJEKTIF

2.1Mencetus kesedaran betapa besar manfaat mempelajari dan

membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul.

2.2Memberi kefahaman yang jitu kepada peserta tentang hukum

mempelajari ilmu tajwid dalam membaca Al-Quran.

2.3Memperbaiki makhraj huruf peserta melalui teknik ‘Talaqqi &

Musyafahah’

2.4Memperbaiki bacaan peserta secara ‘ Teori & Praktikal ’ dan Tasmi’

2.5Memberi satu anjakan paradigma tentang betapa pentingnya

melahirkan ‘Generasi Al-Quran’.

3.0. KUMPULAN SASAR

Anak-anak / Pelajar sekolah yang berumur 10 tahun ke atas ( Peserta

yang boleh membaca Al-Quran sangat digalakkan )

3

Page 4: Kerta Kerja Klinik Al Quran

KLINIK AL-QURAN DAN IBADAH RibatLife

4.0. TARIKH

Tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan.

5.0. TEMPAT

Perlaksanaan modul ini sesuai dilaksanakan di pusat latihan (aktiviti

dalaman), atau resort yang mempunyai kemudahan dewan yang boleh

memuatkan peserta serta kawasan persekitaran yang luas dan sesuai

untuk melaksanakan aktiviti berkumpulan seperti LDK dan bengkel.

Penginapan pula haruslah berbentuk bilik, rumah atau dormitori bagi

mengekalkan keselesaan semasa perbincangan peserta sepanjang

program berlangsung.

6.0. TEMPOH / MASA

Tertakluk kepada perbincangan dan persetujuan. Cadangan tempoh /

masa yang sesuai adalah selama 3 hari 2 malam iaitu bermula pada jam

4.00 petang hari pertama sehingga tamat pada jam 4.00 petang hari

ketiga atau 48 jam.

7.0. KOS

Tuntutan pembayaran bagi membekalkan tenaga mahir dari kalangan

jurulatih dan fasilitator serta penstrukturan dan perlaksanaan program

Klinik Al-Quran dan Ibadah selama 3 hari 2 malam bersama bahan-bahan

4

Page 5: Kerta Kerja Klinik Al Quran

KLINIK AL-QURAN DAN IBADAH RibatLife

latihan adalah RM4,000.00. Kos ini tidak termasuk kos pengangkutan,

penginapan dan penyediaan makanan untuk peserta.

8.0. MATLAMAT AKHIR

Peserta yang menghadiri program ini akan dibimbing untuk menghayati

Al-Quran serta kepentingan membaca Al-Quran dengan betul melalui

penumpuan kepada aspek tajwid dan makhraj huruf dalam pembacaan Al-

Quran. Di samping itu, mereka juga akan dibina keyakinan diri serta

memahami konsep kejayaan dan kecemerlangan di sisi Allah s.w.t.

9.0. JADUAL PROGRAM

HARI /

MASA

HARI PERTAMA HARI KEDUA HARI KETIGA

4.15 PAGI Bangun dan bersiap

diri

5.00 PAGI Qiyamullail Bangun dan bersiap

diri

6.15 PAGI Solat Subuh

berjemaah

Solat Subuh berjemaah

7.00 PAGI Siap diri dan Senaman

pagi

Tazkirah dan Tasmi’

Bacaan

8.15 PAGI Siap diri dan sarapan

pagi

Siap diri dan sarapan

pagi

9.00 PAGI Kuliah 2: Tajwid &

Bacaan Al-Quran

LDK

10.30 Minum pagi dan solat Minum pagi dan solat

5

Page 6: Kerta Kerja Klinik Al Quran

KLINIK AL-QURAN DAN IBADAH RibatLife

PAGI Sunat Dhuha Sunat Dhuha

11.15

PAGI

Kuliah 3: ‘Talaqqi &

Musyafahah’

Bengkel dan

Pembentangan

(Resolusi)

12.45

T.HARI

Makan tengahari dan

solat Zohor berjemaah

Makan tengahari dan

solat Zohor berjemaah

2.30

PETANG

Peserta berkumpul dan

bertolak serta tiba di

lokasi

Kuliah 4: ‘Talaqqi &

Musyafahah’

Majlis Perasmian

Penutup Klinik Al-

Quran dan Ibadah

4.00

PETANG

Taklimat logistik , solat

Asar berjemaah dan

minum petang

Bersurai

4.30

PETANG

Solat Asar berjemaah

dan minum petang

5.30

PETANG

Taklimat Program

Klinik Al-Quran dan

Ibadah serta Ice

Breaking

Siap diri dan riadah

petang

6.30

PETANG

Makan malam dan

bersiap diri

Makan malam dan

bersiap diri

7.30

MALAM

Solat Maghrib

berjemaah dan tazkirah

Solat Maghrib

berjemaah dan

tasmi’ bacaan

8.40

MALAM

Solat Isyak berjemaah Solat Isyak berjemaah

9.00

MALAM

Kuliah 1: Tajwid &

Bacaan Al- Quran

Kuliah 5: Cerdik Al-

Quran Melahirkan

Insan Super

10.40 Minum malam Minum malam

6

Page 7: Kerta Kerja Klinik Al Quran

KLINIK AL-QURAN DAN IBADAH RibatLife

MALAM

11.00

MALAM

Tasmi’ bacaan dan

bersiap diri

Tasmi’ bacaan dan

bersiap diri

12.00

T.MALAM

Tidur Tidur

10.0 ISI KANDUNGAN PROGRAM : Klinik Al-Quran dan Ibadah

10.1.Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Keterangan: Membentuk kumpulan peserta dalam lingkungan 10 ke 12 orang

peserta di dalam sesebuah kumpulan. Peserta di setiap kumpulan akan

dibimbing oleh seorang fasilitator yang terlatih dan bersedia.

10.2.Bengkel dan perbincangan

Keterangan: Aktiviti ini memerlukan peserta berbincang dengan bimbingan tidak

langsung oleh fasilitator mengikut tajuk yang diberikan dan ia berakhir dengan

pembentangan.

10.3.Tazkirah

Keterangan: Fasilitator atau pentazkirah jemputan memberikan peringatan atau

nasihat dalam tempoh tidak lebih dari 45 minit dengan tajuk-tajuk yang telah

disediakan sesuai dengan modul program.

10.4.Tasmi’ Bacaan

Keterangan: Peserta akan dibekalkan dengan ayat-ayat Al-Quran pilihan dan

peserta diminta untuk membacanya dan disemak oleh fasilitator.

10.5.Solat Berjemaah

7

Page 8: Kerta Kerja Klinik Al Quran

KLINIK AL-QURAN DAN IBADAH RibatLife

Keterangan: Perlaksanaan dan penglibatan peserta di dalam solat berjemaah

adalah suatu kewajipan sepanjang modul ini berlangsung. Ia adalah khusus

kepada solat 5 waktu, Qiyamullail dan solat Sunat Dhuha.

10.6.Qiyamullail

Keterangan: Peserta dibimbing oleh fasilitator untuk melakukan Qiyamullail.

Antara solat sunat yang akan dilakukan adalah solat Sunat Tahajjud, solat Sunat

Taubat, solat Sunat Hajat dan solat Sunat Witir.

10.7. ‘Talaqqi & Musyafahah’ dan Tajwid

Keterangan: Memperbaiki tajwid dan makhraj huruf peserta melalui teknik

Talaqqi & Musyafahah yang sememangnya berkesan untuk memperbaiki cara

sebutan huruf dan seterusnya meningkatkan mutu bacaan Al-Quran.

11.0.PENUTUP

Harapan kami, dengan terlaksananya program Klinik Al-Quran dan Ibadah akan

meningkatkan pengetahuan serta membuka jalan untuk segala usaha bagi

mengembalikan generasi muda kepada Al-Quran dan kehidupan beragama. Ini

merupakan sebahagian daripada usaha yang dapat kami lakukan untuk agama,

bangsa dan negara. Kami di Ribatlife Training & Consultancy mengucapkan

ribuan terima kasih atas peluang yang diberikan dan berdoa agar segala usaha

yang murni ini diberkati dan diberikan rahmat oleh Allah s.w.t.

8