KERTAS CADANGAN Enzim Kulit Buah-buahan

20
PROJEK KHAS ENZIM KULIT BUAH-BUAHAN 2012 PENDAHULUAN Enzim Kulit Buah-buahan adalah larutan kompleks yang dihasilkan oleh penguraian sisa segar dari dapur (sayur- sayuran dan buah-buahan), gula (gula perang, gula jageri atau molasses) dan air. Warnanya perang tua/gelap dan tapai yang sangat masam manis. Enzim Kulit Buah-buahan juga adalah cecair pelbagai guna dan penggunaannya meliputi kegunaan di rumah, pertanian, penternakan haiwan dan sebagainya. Enzim ini juga dipanggil sebagai “Enzim Cintai Alam Sekitar” dimana bermula dari hari pertama proses pemerapan atau menapai sisa makanan organik proses katalisnya sudah mula membebaskan gas ozon. Molekul itu kemudiannya bertindak balas dengan gas karbon dioksida dalam lapisan atmosfera serta logam berat yang memerangkap haba di dalam awan. Sekali gus haba dapat dibebaskan dari muka bumi, mengurangkan kesan rumah hijau dan pemanasan global. Pada masa yang sama, garam nitrat dan karbonat terbentuk. Kedua- dua elemen ini dapat membantu menyuburkan tanah dan menjadi hormon serta nutrien semula jadi kepada tumbuhan. Enzim pula secara amnya diketahui dapat menggalakkan atau mempercepatkan proses kimia. Jadi penggunaannya dalam sungai yang dicemari minyak atau bahan kimia mampu dijernihkan airnya.. Bahkan bau masam yang busuk dari tong

description

Kertas CadanganEnzim Buah Kulit Buah

Transcript of KERTAS CADANGAN Enzim Kulit Buah-buahan

Page 1: KERTAS CADANGAN Enzim Kulit Buah-buahan

PROJEK KHAS ENZIM KULIT BUAH-BUAHAN 2012

PENDAHULUAN

Enzim Kulit Buah-buahan adalah larutan kompleks yang dihasilkan oleh penguraian

sisa segar dari dapur (sayur-sayuran dan buah-buahan), gula (gula perang, gula jageri

atau molasses) dan air. Warnanya perang tua/gelap dan tapai yang sangat masam manis.

Enzim Kulit Buah-buahan juga adalah cecair pelbagai guna dan penggunaannya

meliputi kegunaan di rumah, pertanian, penternakan haiwan dan sebagainya.

Enzim ini juga dipanggil sebagai “Enzim Cintai Alam Sekitar” dimana bermula dari hari

pertama proses pemerapan atau menapai sisa makanan organik proses katalisnya sudah

mula membebaskan gas ozon. Molekul itu kemudiannya bertindak balas dengan gas

karbon dioksida dalam lapisan atmosfera serta logam berat yang memerangkap haba di

dalam awan. Sekali gus haba dapat dibebaskan dari muka bumi, mengurangkan kesan

rumah hijau dan pemanasan global. Pada masa yang sama, garam nitrat dan karbonat

terbentuk. Kedua-dua elemen ini dapat membantu menyuburkan tanah dan menjadi

hormon serta nutrien semula jadi kepada tumbuhan.

Enzim pula secara amnya diketahui dapat menggalakkan atau mempercepatkan proses

kimia. Jadi penggunaannya dalam sungai yang dicemari minyak atau bahan kimia

mampu dijernihkan airnya.. Bahkan bau masam yang busuk dari tong atau longgokan

sampah didapati berjaya dirungkaikan pembentukan gas metana dan gas karbon

dioksidanya.

Aktiviti penghasilan enzim kulit buahan pada kali ini adalah dengan kerjasama daripada

Kelab Pencinta Alam, Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Matematik & Sains dan

HEM untuk program SERASI sekolah. Adalah diharapkan agar kerjasama dan

perkongsian aktiviti ini dapat meningkatkan dan menggalakan tahap kesedaran para

pelajar agar lebih prihatin dan sensitif dalam melindungi alam sekitar.

Maka dengan itu, SK Sung Siew melalui pelbagai aktiviti Ko Kurikulum dengan

kerjasama HEM mengambil peluang ini untuk turut serta menyokong usaha murni ini

demi kelanjutan hayat satu-satunya planet yang menjadi tempat tinggal manusia dan

Page 2: KERTAS CADANGAN Enzim Kulit Buah-buahan

hidupan yang lainnya.

PERANCANGAN

1. Pemilihan aktiviti

Aktiviti Enzim Kulit Buah-buahan ini adalah integrasi aktiviti dengan Kelab

Pencinta Alam dan Hal Ehwal Murid dalam pengisian aktiviti SERASI bagi

takwim HEM 2012. Aktiviti ini telah dijalankan di SK Sung Siew sejak tahun

2010 dan menjadi antara aktiviti utama dalam takwim Persatuan Sains dan

Matematik sehingga kini.

2. Matlamat

Matlamat aktiviti Enzim Kulit Buah-buahan pada tahun ini adalah bertujuan bagi

mencapai beberapa sasaran ;

2.1 Menjadikan aktiviti ini sebagai salah satu pemangkin kepada budaya

pengurusan bahan buangan secara mudah dan terancang.

2.2 Mendidik dan melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan mampu memikul

tanggungjawap.

2.3 Menanam sifat bekerjasama, bertoleransi dan bersatu padu di kalangan

pelajar.

3. Kumpulan Sasaran

Aktiviti Enzim Kulit Buah-buahan ini akan melibatkan:

3.1 Guru Besar, PK Ko-kurikulum dan PK Hal Ehwal Murid

3.2 Semua Guru Penasihat dan ahli Persatuan Pencinta Alam, Persatuan Sains

dan Matematik dan Persatuan Bahasa Melayu.

4. Tempat

Astaka Serbaguna SK Sung Siew

5. Lain-lain peralatan yang diperlukan

5.1 Botol plastik tempat menyimpan hasilan enzim kulit buah-buahan.

5.2 Sisa bahan buangan : Kulit Buah-buahan dan sayur-sayuran.

5.3 Alat penimbang, surat khabar terpakai, bikar penyukat air, gunting, bekas

Page 3: KERTAS CADANGAN Enzim Kulit Buah-buahan

penyediaan dan senduk kayu.

* Lain-lain peralatan di atas akan dibawa sendiri oleh murid dari rumah mengikut

agihan oleh guru penasihat sebelum ini.

6. Sumber Kewangan

Peruntukan Sekolah,Wang Kokurikulum dan HEM

7. Strategi Perlaksanaan

7.1 Mengemukakan proposal aktiviti.

7.2 Melantik Ahli Jawatankuasa.

7.3 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja.

7.4 Melaksanakan aktiviti.

7.5 Pemantauan.

12.6 Penilaian.

8. Kawalan & Penyeliaan

8.1 Guru Besar

8.2 Guru Penolong Kanan Kokurikulum

8.3 Guru Penolong Kanan HEM

8.4 Guru-guru Penasihat Kelab dan Persatuan.

9. Penilaian

Keberkesanan aktiviti Enzim Kulit Buah-buahan 2012 ini dapat dinilai :

9.1 Murid dapat menjalankan sendiri aktiviti ini mengikut prosedur kerja yang

diarahkan berdasarkan arahan teori dan praktikal semasa.

9.2 Aktiviti yang dilaksanakan berjaya sepertimana yang dirancangkan.

9.3 Mendokumentasikan laporan aktiviti yang dirancangkan dalam format yang

standard.

9.4 Membuat post mortem tentang kelemahan yang perlu diatasi dan kekuatan

yang perlu dikekalkan.

PENULISAN KERTAS KERJA

Page 4: KERTAS CADANGAN Enzim Kulit Buah-buahan

KERTAS KERJA

AKTIVITI ENZIM KULIT BUAH-BUAHAN

SK SUNG SIEW SANDAKAN

2012

Cadangan Tarikh : 19 MEI 2012 (Sabtu)

1. Pendahuluan

Aktiviti Enzim Kulit Buah-buahan adalah satu aktiviti utama yang diadakan

bagi memberikan pendedahan dan pendidikan kepada murid-murid supaya

peka, prihatin, menyayangi dan menghargai alam sekitar. Aktiviti ini

diharapkan dapat menggalakan murid belajar menguruskan bahan buangan

secara terancang bermula dari rumah khususnya serta kawasan persekitaran

amnya.

2. Objektif

Objektif Aktiviti Enzim Kulit Buah-buahan adalah bagi menggalakkan pelajar

aktif dan berminat dalam mengikuti, merasai serta menjalankan sendiri aktiviti

yang dijalankan oleh persatuannya di sekolah mahupun pihak tertentu.

Antaranya ialah;

2.1 Mendidik pelajar agar mengamalkan cara mudah menguruskan bahan

buangan secara terancang di rumah.

2.2 Memberikan peluang kepada mruid melaksanakan tugasan yang diberikan

mengikut tata kerja (prosedur) yang betul.

2.3 Memupuk sikap bantu membantu dikalangan pelajar dalam apa juga tugasan

yang diberikan dengan jujur dan betul.

3. Ahli Jawatan Kuasa

Pengerusi. : Pn. Florence Chong Mee Fook. (Guru Besar)

Naib Pengerusi : Pn. Chin Shoon Yuen. (GPK Ko-kurikulum)

: Pn. Maureen Lai (Penolong Kanan HEM)

Setiausaha : Pn. Siti Farhana Ahmad

Bendahari : Pn. Siti Hasmah Amat Baking

Page 5: KERTAS CADANGAN Enzim Kulit Buah-buahan

BIL AHLI JAWATANKUASA TUGASAN

3.1 AJK Protokol

1. Pn. Siti Farhana Ahmad

( Ketua Guru Penasihat Kelab

Pencinta Alam)

2. Pn.Masni Ilahan

( Ketua Guru Penasihat Bahasa

Melayu)

3. Pn.Siti Hasmah Amat Baking

(Ketua Penasihat Kelab

Matematik & Sains)

1. Membuat persiapan menyambut Guru

Besar dan Penolong-penolong Kanan,

Menyediakan Fail Kelab dan Persatuan

sebagai Buku Pelawat untuk Guru Besar.

2. Memastikan perjalanan aktiviti

berjalan dengan lancar hingga tamat

aktiviti

3.2 AJK Menanda Kehadiran.

1. Cik Hirnah Tahir

(GP Sains & Matematik)

2. Cik Wan Khuaidah Wan

(GP Persatuan B.Melayu)

3. Pn.Misnah Tasman

(GP Persatuan Bahasa Melayu)

4. Cik Noriza Abdullah

(GP Persatuan Pencinta Alam)

1. Mendaftar kehadiran para pelajar

2. Membuat laporan kehadiran guru-guru

kepada GPK Kokurikulum.

3. membungkus cenderahti jika perlu.

3.3 AJK Tentatif aktiviti.

1. Pn. Josephine Jumpa

2. Cik Armaloati Basirun

3. Pn. Siti Hasmah Amat Baking

1. Membuat tentatif aktiviti dan

mengedarkan kepada Guru Besar, GPK

Kokum, GPK HEM dan para AJK.

3.4 AJK PA Sistem.

1. En.Jalih Osman

2. En. Otu Muhammad

1. Memasang Sistem P.A dan peralatan

yang berkaitan

2. Memastikan sistem PA dan peralatan

yang berkaitan berfungsi dengan baik

3. Memulangkanperalatan yang dipinjam

setelah digunakan

3.5 AJK Pengacara Aktiviti. 1. Mengendalikan majlis dengan menjadi

Page 6: KERTAS CADANGAN Enzim Kulit Buah-buahan

1. Pn. Josephine Jumpa

2. Pn. Jumaidah Amat

pengacara majlis.

2. Menyediakan teks ucapan

3. Menjadi juruhebah (DJ)

4. memutarkan lagu yang sesuai dengan

permintaan ramai.

3.6 AJK Publisiti.

1. Pn.Siti Farhana Ahmad (Sidang

pagi)

2. Pn.Jamaria Rejikan (Sidang

petang)

3. Cik. Noriza Abdullah

1. Membuat hebahan kepada murid

2. Menampal iklan hebahan di tempat

yang sesuai.

3. Menanggalkan iklan hebahan setelah

tamat

3.7 AJK Persiapan Astaka

Serbaguna.

1. Pn. Nurisah Naisin

2. Pn. Jamaria Rejikan

3. Pn. Norsimah Hassim

4. Staff Pembersihan Sekolah

1. Mengatur kedudukan pelajar dan para

guru

2. Memastikan Astaka serbaguna bersih

dan kemas.

3. Menyediakan meja pelaksanaan aktiviti.

3.8 AJK Bacaan Doa.

1. Adik Md.Lukman Hakim B. Jalih

1. Membaca doa sebelum program dijalan-

Kan

3.9 AJK Agihan Tapak Aktiviti.

1. Cik Wan Khuaidah

2. Cik Hirnah Tahir

3. Staff Pembersihan Sekolah

1. Menyelaraskan jenis-jenis sisa buangan

buahan dan sayuran setiap

persatuan /kelab

2. Mengawasi sepanjang masa perjalanan

aktiviti .

3.10 AJK Kebersihan

1. Pn. Misnah Tasman

2. Pn.Masni Ilahan

3. Semua Guru Penasihat

4. Dibantu oleh pelajar.

5. Staff Pembersihan Sekolah

1. Menyediakan tong-tong sampah di

tapak aktiviti.

2. Membuang sampah ke tapak

pembuangan sampah.

3. Memastikan tapak aktiviti bersih

selepas pelaksanaan aktiviti.

3.11 AJK Peralatan 1. Mengangkat meja dan kerusi yang

Page 7: KERTAS CADANGAN Enzim Kulit Buah-buahan

1. Pn. Nurisah Naisin

2. Cik Wan Khuaidah

3. Guru-guru Penasihat

4. Dibantu oleh beberapa orang

pelajar.

diperlukan pada setiap kelab/persatuan

2.Memastikan meja/kerusi yang telah

digunakan dalam keadaan yang

sempurna dan bersih sebelum

dipulangkan ketempat asalnya.

3.12 Laporan Dokumentasi

1. Pn. Siti Hasmah Amat Baking

(Jurukamera).

2. Cik Armaloati Basirun

3. Cik Wan Khuaidah

1 Mengambil gambar sepanjang

pelaksanaan aktiviti.

2 Mencuci gambar dan disimpan dalam

album

3 Membuat laporan dengan format yang

ditetapkan.

3.13 AJK Keselamatan.

1. Semua Guru-guru Penasihat

3. AJK tertinggi Kelab dan

Persatuan

1. Memastikan murid terkawal dan tidak

melanggar peraturan sekolah.

2. Memastikan tahap keselamatan murid

terjamin.

4. Anggaran Kos :

4.1 Anggaran Perbelanjaan :

4.1.1 Gula Merah (Brown Sugar) 10kg : 30kg x RM 3.00 = RM 90.00

Jumlah =RM 90.00

5. Tentatif Aktiviti/ Ringkasan Projek

8.00 pagi : Perhimpunan ahli-ahli Persatuan Pencinta Alam, Sains &

Matematik,B.Melayu dan guru-guru penasihat.

8.15 pagi : Ketibaan Guru Besar diiringi oleh PK Kokurikulum dan PK HEM.

8.20 pagi : Mengumpul dan menyusun bahan-bahan dan perkakasan

8.40 pagi : Taklimat proses kerja aktiviti oleh Pn. Siti Farhana Ahmad.

9.10 pagi : -Pelaksanaan aktiviti Enzim Kulit Buah-buahan dimulakan.

-Memotong kulit buah-buahan

Page 8: KERTAS CADANGAN Enzim Kulit Buah-buahan

-Menimbang kulit buah-buahan (300gm/botol)

-Melarutkan gula perang (100gm/botol) ke dalam air (1 liter/botol)

-Memasukkan campuran kulit buah-buahan ke dalam larutan gula perang

-Melabel bahan larutan

-Menyimpan hasilan aktiviti

-Bergambar (bahan bukti laporan bergambar)

-Mengemaskan peralatan dan membersihkan tapak aktiviti

11.30 pagi : bersurai.

6. Kaedah Pelaksanaan ( Carta Gantt)

* sila rujuk lampiran

7. Tempoh Pelaksanaan

7.1 Projek Enzim Kulit Buah-buahan ini telah dilaksanakan dalam tempoh yang

telah ditetapkan. Tempoh pelaksanaan projek ini mengambil masa atau

tempoh selama tiga bulan. Projek ini telah dijalankan pada pertengahan

bulan Mei hingga bulan Ogos (3 bulan). Pelaksanaan ini juga dijalankan

secara berperingkat-peringkat dan mengikut jadual. Setiap minggu enzim

yang telah diletakkan di dalam botol akan dilihat dan diperiksa serta dibuka

penutupnya untuk membebaskan gas-gas yang terdapat di dalam botol

tersebut. Gas yang dibebaskan ini dapat mengurangkan kesan rumah hijau

dan pemanasan global.

8. Senarai Semak

BI

L

PERUBAHAN YA TIDAK

1 Adakah proses perubahan katalis kulit buahan berlaku

dengan cepat?

2 Enzim kulit buahan memberi kesan yang buruk terhadap

alam sekitar.

3 Proses penapaian atau katalis membebaskan gas ozon yang

banyak.

4 Proses penghasilan kulit buahan mengambil masa yang

singkat?

Page 9: KERTAS CADANGAN Enzim Kulit Buah-buahan

5 Adakah enzim kulit buah-buahan bermanfaat kepada alam

sekitar?

6 Adakah penghasilan enzim kulit buahan memerlukan kos

yang tinggi?

7 Bahan-bahan serta peralatan yang digunakan diperolehi

daripada bahan yang terbuang.

8 Adakah terdapat kekangan masa semasa melaksanakan

projek ini?

9 Proses penapaian menghasilkan bau yang teruk

10 Adakah proses penghasilan memerlukan kulit buahan yang

banyak

9. Jadual Pelaksanaan

BIL MINGGU PERUBAHAN

1 19 MEI – 25 MEI Perubahan pada kulit buahan. Mula membebaskan gas

ozon.

2 26 MEI – 01 JUN Kulit buah-buahan semakin reput.

3 02 JUN – 08 JUN Proses penapaian berlaku semakin cepat.

4 09 JUN– 21 JULAI

Setiap hari penutup perlu dibuka dan ditutup supaya

dapat membebaskan gas ozon yang terhasil.

Pembebasan gas ini akan dapat menghindari daripada

terhasilnya ulat.

Proses yang sama berlaku dan memerlukan

pemerhatian dari semasa ke semasa.

Page 10: KERTAS CADANGAN Enzim Kulit Buah-buahan

5 22 JULAI – 28 JULAI

Penghasilan enzim sudah terhasil. Kulit buahan sudah

tidak kelihatan kerana sudah berlaku proses pereputan.

6 29 JULAI - 04 OGOS

7 05 OGOS – 11 OGOS Penghasilan enzim diperhatikan sama ada boleh

digunakan ataupun tidak boleh.

8 12 OGOS – 18 OGOS Enzim kulit buahan boleh cuba digunakan sebagai alat

pembersihan dan penyiraman terhadap tumbuhan.

10. Penilaian

Setiap projek yang dijalankan mesti mempunyai penilaian yang perlu dibuat.

Penilaian yang telah dilakukan dalam projek ini ialah kesannya murid dapat

menjalankan aktiviti sendiri mengikut prosedur kerja yang diarahkan berdasarkan

arahan teori dan praktikal semasa aktiviti ini sedang dijalankan. Di samping itu,

aktiviti yang dilaksanakan ini mendapat sambutan yang baik daripada murid, guru

dan juga ibu bapa sebagaimana yang telah dirancangkan. Penilaian aktiviti ini juga

telah dibuat dengan mendokumentasikan laporan aktiviti dan membuat post

mortem tentang kelemahan serta masalah yang perlu diatasi. Manakala kekuatan

yang sudah ada perlu dikekalkan untuk masa hadapan.

10.1 Data Awal

Projek Enzim Kulit Buahan ini telah dijalankan pada 19 Mei 2012, iaitu pada

hari Sabtu. Sebelum projek ini dilaksanakan, murid-murid dan guru-guru

diminta membawa botol-botol mineral yang tidak digunakan dan kulit buah-

buahan yang terdapat di rumah untuk melaksanakan projek Enzim Kulit Buah-

buahan ini. Selain itu, gula merah juga digunakan dalam proses menghasilkan

enzim kulit buah-buahan ini. Pihak sekolah telah menyediakan gula merah

bagi menjalankan aktiviti ini.

Page 11: KERTAS CADANGAN Enzim Kulit Buah-buahan

Barang-barang atau peralatan yang digunakan untuk menghasilkan Enzim Kulit

Buah-buahan:

a) Botol-botol mineral – untuk menyimpan hasil enzim kulit buah-buahan

b) Gula merah (Brown Sugar) – 10kg

c) Sisa bahan buangan – kulit buah-buahan

d) Alat penimbang

e) Surat khabar

f) Bikar penyukat air

g) Gunting

h) Bekas penyediaan air – baldi

i) Senduk kayu

Nisbah yang digunakan untuk menghasilkan enzim kulit buah-buahan ini

adalah:

Air Gula merah Kulit buah-buahan

1 liter 100 gram 300 gram

Kemudian, bahan-bahan ini dicampurkan ke dalam botol-botol yang telah

dibawa. Hasil enzim kulit buah-buahan ini akan dapat dilihat dalam tempoh

masa tiga bulan.

10.2 Data Akhir

Selepas pelaksanaan projek ini, sebanyak 35 botol enzim kulit buah-buahan

berjaya dihasilkan atas kerjasama semua murid dan guru penasihat. Produk ini

dapat digunakan pada pertengahan bulan Ogos 2012.

11. Rumusan

Setelah sampai tempoh masa tiga bulan, bahan-bahan campuran ini akan

menghasilkan enzim yang boleh digunakan untuk merawat dunia kerana penapaian

kulit buah-buahan ini dapat menghasilkan gas ozon yang diperlukan untuk

memulihkan cuaca bumi.

Di samping itu juga, proses enzim buah-buahan ini dapat menjimatkan yang

mana enzim yang dihasilkan dapat sendiri ini dapat menjimatkan atau sekurang-

Page 12: KERTAS CADANGAN Enzim Kulit Buah-buahan

kurangnya mengurangkan penggunaan detegen semasa membersihkan lantai

rumah, pinggan mangkuk, pakaian malah menjadi baja tumbuhan. Selain itu ianya

juga dapat menyahbau, membunuh bakteria dan virus contohnya udara yang

dipenuhi asap rokok, bau kesan rumah terbakar dan sebagainya.

12. Cadangan Tindakan Susulan/Penambahbaikan

Semasa melaksanakan projek Enzim Kulit Buah-buahan ini, terdapat beberapa

kekangan contohnya masa, kurang pendedahan kepada murid tentang proses dan

hasil dapatan, bahan yang digunakan dan juga tempat. Pelbagai cara yang boleh

diambil untuk mengatasi masalah semasa menjalankan projek Enzim Kulit Buah-

buahan ini. Antara masalah yang dihadapi semasa melakukan enzim kulit buah-

buahan ini iaitu seperti botol plastik yang kurang sesuai untuk dijadikan bekas

mengisi bahan-bahan tersebut dan kekurangan kulit buah-buahan.

Botol-botol yang kurang sesuai digunakan untuk memasukkan kulit-kulit buah-

buahan amat menyukarkan guru-guru dan murid-murid semasa melaksanakan

projek ini. Hal ini kerana permukaan botol yang kecil mengambil masa yang lama

untuk memasukkan kulit buah-buahan. Oleh itu, pihak sekolah perlu menyediakan

bekas-bekas yang sesuai dan lebih besar permukaannya bagi memudahkan proses

penyediaan enzim ini. Di samping itu, murid-murid dan guru-guru juga perlu

memberi kerjasama dengan membawa bekas-bekas terpakai dari rumah.

Selain itu juga, semua guru dan murid dapat menyertai projek ini bagi tujuan

menyedarkan mereka bahawa pentingnya kulit buah-buahan yang terbuang kepada

kita dan alam sekitar. Penyertaan semua guru dan murid boleh mengumpulkan lebih

banyak sisa-sisa kulit buah-buahan bagi menghasilkan enzim ini. Sekiranya lebih

banyak kulit buah-buahan yang dikumpulkan lebih banyak enzim yang dihasilkan di

sekolah ini bagi tujuan penggunaannya.

13. Keberhasilan/Perkongsian

13.1 Dalam sekolah

Projek enzim daripada kulit buah-buahan ini digunakan sebagai bahan

pencuci ditandas murid, tandas guru,kawasan lantai kantin dan menyiram

tumbuh-tumbuhan di kawasan sekolah. Bahkan kakitangan sekolah

menggunakan produk ini di kediaman masing-masing. Selepas

menggunakan produk ini, lantai menjadi bersih, menyahbau, membunuh

bakteria dan virus serta fungsi membersih contohnya udara yang dipenuhi

Page 13: KERTAS CADANGAN Enzim Kulit Buah-buahan

asap rokok, bau kesan rumah terbakar dan menyuburkan tumbuh-

tumbuhan.

13.2 Luar sekolah

Melalui projek ini, murid boleh melakukannya di rumah bersama ibu bapa.

Di samping itu, menyedarkan kepada masyarakat tentang bahan yang

terbuang boleh di kitar semula menjadi bahan yang amat berguna.

14. Bonus

14.1 Mengurangkan penghasilan gas metana yang memerangkap haba 21 kali ganda

berbanding gas karbon dioksida.

14.2 Kos yang jimat kerana enzim yang dihasilkan hanya memerlukan bahan yang

di kitar semula.

14.3 Memelihara bumi daripada longgokan sampah yang semakin bertambah setiap

hari.

14.4 Penapaian sampah dari dapur dapat menghasilkan gas ozon yang diperlukan

untuk memulihkan cuaca bumi, mengurangkan kesan rumah hijau dan

pemanasan global.

14.5 Enzim juga menggalakkan atau mempercepatkan proses kimia di mana banyak

digunakan dalam sungai yang dicemari minyak atau bahan kimia ini dapat

menguraikan ikatan kompleks bahan kimia tersebut dan menjernihkan air

sungai.

15. Penutup.

Aktiviti penghasilan Enzim Kulit Buah-buahan yang akan dijadikan acara tahunan

ini akan memberi dorongan kepada murid supaya lebih aktif dalam

menyumbangkan sesuatu yang bermakna bagi menaikkan nama baik SK Sung Siew

Sandakan. Semoga perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dengan licin dan

berkesan.

Page 14: KERTAS CADANGAN Enzim Kulit Buah-buahan

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah.

…………………..………

( PN.SITI FARHANA AHMAD)

Ketua Guru Penasihat,

Persatuan Pencinta Alam,

SK. Sung Siew, Sandakan, Sabah.

Disemak oleh: Disahkan oleh:

............................................... .................................................

(PN. CHIN SHOON YUEN) (PN. FLORENCE CHONG )

GPK Kokurikulum, Guru Besar

SK. Sung Siew, Sandakan, Sabah. SK. Sung Siew, Sandakan, Sabah.

Salinan: 1. Fail Persatuan