kertas cadangan projek mural 1.docx

download kertas cadangan projek mural 1.docx

of 6

description

kertas cadangan projek mural

Transcript of kertas cadangan projek mural 1.docx

  • 5/19/2018 kertas cadangan projek mural 1.docx

    1/6

    SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA JAYA 2

    KERTAS CADANGANPROJEK MURAL

    1 MURID 1 SUKAN

    DISEDIAKAN OLEH :

    PELAJAR PRAKTIKUM INTERNSHIPIPG KAMPUS BAHASA MELAYU

  • 5/19/2018 kertas cadangan projek mural 1.docx

    2/6

    KERTAS CADANGAN

    MENJALANKAN SATU PROJEK MURAL YANG BERTEMAKAN 1 MURID 1 SUKAN

    1. PENGENALAN

    Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke

    arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang

    kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah

    sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum atau

    kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah juga

    dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Salah satu cara yang dapat dijalankanialah dengan mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah. Oleh itu, guru-guru

    pelatih akan mengambil peluang ini bagi menceriakan persekitaran sekolah dan

    mewujudkan suasana yang kondusif semasa bekerja dalam kalangan guru.

    2. RASIONAL

    Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda

    utama serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran yang

    perlu diwujudkan mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri daripada

    guru, kakitangan sekolah dan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan

    agama. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran

    sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya

    diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya.

    Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan dengan suasana persekitaran

    yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Secara tidak

    langsung tetamu yang melalui kawasan sekolah akan membaca kata-kata hikmah serta

    mengenal motif seni yang dijadikan mural. Mural yang dibina juga dapat dijadikan

    wadah yang menonjolkan budaya sekolah.

  • 5/19/2018 kertas cadangan projek mural 1.docx

    3/6

    3. OBJEKTIF

    i) Untuk menjadikan laluan tangga sekolah sebagai satu tempat tumpuan yang menarik

    bagi guru-guru, murid-murid dan tetamu yang berkunjung ke sekolah.

    ii) Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui oleh pihak

    sekolah.

    iii) Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap sekolah.

    iv) Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila selesai menjalani internship

    di sekolah ini.

    v) Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan keceriaan

    sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami bakal berkhidmat sebagai

    guru sebenar pada masa akan datang.

    4. TEMPOH PELAKSANAAN

    Tempoh : 4 minggu (Julai 2013)

    Tempat : Laluan tangga pertama sekolah

    5. AHLI JAWATANKUASA

    Penasihat : Puan Hajah Khadijah binti Udin

    Pengerusi : PK 1

    Naib Pengerusi : PK Koko

    Penyelaras Projek : Zanariah binti Joli

    Penolong Penyelaras : Nur Haiqal binti Abdul Razak

    Setiausaha : Nur Lailam binti Mustaffa

    Bendahari : Razliana binti Zulkafli

    Reka Grafik : Norain binti Ahmad

    Peralatan : Thanaletchumi a/p Subrahmonion

  • 5/19/2018 kertas cadangan projek mural 1.docx

    4/6

    6. ANGGARAN PERBELANJAAN

    Bil Perkara Harga/Kos

    1. Berus RM 20.00

    2. Cat Mural RM 50.00

    3. Cat Dinding RM 30.00

    Jumlah Keseluruhan RM 100.00

    7. SUMBER KEWANGAN

    Kewangan peribadi guru pelatih.

    8. PERANCANGAN PROJEK

    Bil. Aktiviti

    1. Perbincangan mengenai idea mural bertemakan 1 Murid 1 Sukan

    2. Pembinaan kertas kerja

    3. Perbincangan dan pemilihan bersama pihak pentadbiran untuk khidmat

    nasihat bagi mendapat kelulusan daripada Guru Besar

    4. Penyediaan lakaran mural

    5. Projek dimulakan

    6. Refleksi dan dokumentasi

  • 5/19/2018 kertas cadangan projek mural 1.docx

    5/6

    9. PENUTUP

    Perancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan pengurusan yang akan

    dikendalikan oleh guru pelatih dari IPGM Kampus Bahasa Melayu. Kami berharap

    projek melukis mural 1 Murid 1 Sukan dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.Projek seperti ini akan menjadi satu pengalaman secara tidak langsung kepada guru-

    guru pelatih mengenai pengurusan keceriaan di luar bilik darjah serta mengeratkan

    hubungan antara guru-guru pelatih dengan warga Sekolah Kebangsaan Damansara

    Jaya 2. Semoga projek yang bakal dilaksanakan ini dapat menceriakan lagi

    persekitaran Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya 2.

    Disediakan oleh:

    .......................................(NUR LAILAM BINTI MUSTAFFA)Setiausaha,Projek Mural 1 Murid 1 Sukan

    Disemak oleh:

    ........................................(ZANARIAH BINTI JOLI)Penyelaras,

    Projek Mural 1 Murid 1 Sukan

    Disahkan oleh:

    ........................................(.......................)Guru Penolong Kanan 1,Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya 2,Petaling Jaya.

    Diluluskan oleh:

    .........................................(PUAN HJH KHADIJAH BINTI UDIN)Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya 2,Petaling Jaya.

  • 5/19/2018 kertas cadangan projek mural 1.docx

    6/6