Kertas Kerja Badminton
-
Upload
tiewwin123 -
Category
Documents
-
view
28 -
download
15
description
Transcript of Kertas Kerja Badminton
KERTAS CADANGAN
Kejohanan Badminton Piala Pengarah Institut Pendidikan
Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka (IPGK PM) 2014
BERTEMPAT
Dewan Badminton SMJK Yok Bin
Jalan Ayer Leleh, Melaka
PADA
10 – 12 Oktober 2014
ANJURAN
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab, Durian Daun, 75400, Melaka
1.0 NAMA PROGRAM
Kejohanan Badminton Piala Pengarah IPGKPM
KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGARAH
IPGKPM2014
2.0 PENGENALAN
Program Kejohanan badminton merupakan salah satu program melibatkan
semua warga IPG di seluruh Malaysia anjuran IPGK Perempuan Melayu dalam
usaha melahirkan komuniti yang berpengetahuan dan mempunyai kemahiran
sosial yang intelek. Dalam usaha untuk mencapai gagasan Satu Malaysia,
program ini dilaksanakan secara menyeluruh kepada beberapa warga IPG
seluruh Malaysia dengan memaksimumkan impak program kepada kumpulan
sasaran.
3.0 RASIONAL
I. Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis merupakan salah satu
IPG Sukan yang melatih dan membimbing guru pelatih ke arah menjadi
seorang pendidik yang berpengetahuan dan berpengalaman dengan
pelbagai ilmu yang berkaitan dengan sukan di mana pertandingan ini
akan mendatangkan banyak faedah kepada peserta.
II. Mahasiswa guru Institut Pendidikan Guru Malaysia merupakan aset dan
sumber tenaga manusia untuk masa depan negara yang perlu
dibangunkan sesuai dengan kehendak dan keperluan negara.
III. Mahasiswa guru Institut Pendidikan Guru adalah golongan yang
mempunyai potensi untuk dibangunkan dan dikembangkan diri mereka
ke arah pembentukan anggota masyarakat yang dinamik dan progresif.
IV. Kekuatan dalaman seperti daya juang, ketahanan dan keyakinan diri
serta daya saing boleh dipupuk secara positif dan rasional melalui
aktiviti karnival ini sebagai persediaan sebelum melangkah ke peringkat
yang lebih tinggi.
4.0 MATLAMAT
KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGARAH
IPGKPM2014
Matlamat program ini dijalankan adalah untuk melahirkan mahasiswa guru yang
cemerlang dan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek dalam
merealisasi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memantapkan
modal insan. Mahasiswa guru juga diharapkan menjadi role model kepada
komuniti.
5.0 OBJEKTIF
Program ini diharapkan akan dapat:
i. Mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan mahasiswa
guru di seluruh Malaysia
ii. Mewujudkan persaingan yang sihat dengan kekuatan minda melalui
pemikiran kritis dan kreatif.
iii. Memupuk semangat kerjasama dan keyakinan diri dalam kalangan
mahasiswa guru melalui aktiviti yang disertai.
iv. Membina keterampilan mahasiswa guru dan menyerlahkan bakat
kepimpinan.
6.0 TEMA
“Pemangkin Mahasiswa Berketerampilan”
7.0 TARIKH
10 – 12 Oktober 2014
8.0 TEMPAT
Dewan Badminton SMJK Yok Bin
9.0 SENARAI PESERTA
* Rujuk Lampiran 1
KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGARAH
IPGKPM2014
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL. PERKARA JUMLAH
1Yuran Pendaftaran:
Pasukan Perempuan : RM 50 RM 50.00
2Makan dan Minum
RM 16.00 x 5 x 3 RM 240.00
3Penginapan
RM 10.00 x 5 x 5 RM 250.00
JUMLAH RM 540.00
KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGARAH
IPGKPM2014
11.0 PENUTUP
Kami berharap agar permohonan penyertaanKejohanan Bola Badminton Piala
Pengarah IPGK Perempuan Melayu dapat diluluskan kerana pertandingan ini
bukan sahaja akan dapat memberi kebaikan kepada semua pihak khususnya
guru-guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis yang bakal menyertai
pertandingan malah dapat menyerlahkan keupayaan dan kecemerlangan IPG
Kampus Perlis.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
.....................................................
.............................................
(ANGELINA LOW MIN NEE)
Wakil Pasukan Badminton
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
Disokong oleh, Diluluskan oleh,
KEJOHANAN BADMINTON PIALA PENGARAH
IPGKPM2014
.....................................................
.............................................