kertas kerja big

7
1.0 PENGENALAN Guru-guru merupakan tonggak kemajuan murid-murid, bukan sahaja di dalam bidang akademik malahan sahsiah. Guru-guru telah dibekalkan dengan ilmu untuk membentuk murid-murid supaya mempunyai kendiri dan supaya kemenjadian. Maka, tatkala menangani pelbagai permasalahan hari demi hari, tiba waktunya guru-guru ini perlu dikumpulkan semula supaya boleh ditambah bekalkan ilmu dan semangat perjuangan keguruan. Untuk itu, guru-guru ini telah dikumpulkan bersama-sama di satu tempat dalam keadaan sedikit santai disamping mendengar sedikit ilmu yang mungkin selama ini golongan guru terlepas pandang atau kita sudah terlupa. Dalam agam pula pun ada menjelaskan supaya kita sering ingat mengingati dalam perkara kebaikan. Oleh itu, program ini adalah dirancang untuk memberikan sedikit ilmu namun ia amat berguna kepada semua warga pendidikan SK PENDIDIKAN KHAS IPOH. 2.0 RASIONAL Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) ini diadakan untuk meningkatkan professional guru dan juga meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalime perguruan secara berterusan. Selain itu, ceramah ini dapat mewujudkan dan memantapkan nilai dan amalan perguruan. 3.0 OBJEKTIF Objektif program ini adalah bertujuan untuk guru-guru:

description

big

Transcript of kertas kerja big

Page 1: kertas kerja big

1.0 PENGENALAN

Guru-guru merupakan tonggak kemajuan murid-murid, bukan sahaja di dalam bidang

akademik malahan sahsiah. Guru-guru telah dibekalkan dengan ilmu untuk membentuk murid-

murid supaya mempunyai kendiri dan supaya kemenjadian. Maka, tatkala menangani pelbagai

permasalahan hari demi hari, tiba waktunya guru-guru ini perlu dikumpulkan semula supaya boleh

ditambah bekalkan ilmu dan semangat perjuangan keguruan. Untuk itu, guru-guru ini telah

dikumpulkan bersama-sama di satu tempat dalam keadaan sedikit santai disamping mendengar

sedikit ilmu yang mungkin selama ini golongan guru terlepas pandang atau kita sudah terlupa.

Dalam agam pula pun ada menjelaskan supaya kita sering ingat mengingati dalam perkara

kebaikan. Oleh itu, program ini adalah dirancang untuk memberikan sedikit ilmu namun ia amat

berguna kepada semua warga pendidikan SK PENDIDIKAN KHAS IPOH.

2.0 RASIONAL

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) ini diadakan untuk meningkatkan

professional guru dan juga meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalime perguruan

secara berterusan. Selain itu, ceramah ini dapat mewujudkan dan memantapkan nilai dan amalan

perguruan.

3.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah bertujuan untuk guru-guru:

1. Memacu barisan guru kepada meletakkan tugas dan tanggungjawab kepada hirarki

tertinggi.

2. Memperjelaskan kepada guru-guru keistemewaan tugasan guru.

3. Memperkemaskan lagi dan memantapkan lagi pengurusan displin sekolah.

4. Memberi keyakinan dan rasa tanggungjawab dalam melaksanakan tugas.

5. Melahirkan guru-guru yang berketrampilan, berwibawa, proaktif, pragmatis, dan kreatif.

6. Memberi keyakinan guru mengurus aktiviti ko-kurikulum di sekolah.

Page 2: kertas kerja big

7. Memantapkan lagi aktiviti ko-kurikulum yang sedia ada.

4.0 MATLAMAT

Terdapat beberapa matlamat yang ingin dicapai dalam Kursus Bina Insan Guru ini, iaitu:

1. Guru akan dapat menimba pengetahuan dan pengalaman praktikal asas mengenai

persediaan dan perlaksanaan aktiviti masyarakat.

2. Guru akan dapat pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran aktiviti-aktiviti utama dan

sampingan dalam komuniti ataupun masyarakat.

3. Guru akan dapat mengukuhkan sikap dan nilai-nilai murni melalui interaksi antara satu

sama lain dan bersama komuniti.

4. Guru akan dapat mengamati, menghayati dan menghargai kemahiran bersosial dan

berkomuniti.

5.0 CADANGAN PELAKSANAAN

Untuk mencapai dan merealisasikan hasrat di atas, program tersebut dirancang diadakan pada

tarikh dan tempat seperti di bawah:

Program : Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)

Tarikh : 2 Mei 2013

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Auricle, Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Ipoh

Tema : Ko-Kurikulum

Page 3: kertas kerja big

6.0 PENYERTAAN

Kumpulan sasaran yang akan menyertai program ini adalah semua guru SK Pendidikan

Khas Ipoh yang berjumlah 36 orang.

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat :Pn. Noorlida Binti Abd. Majid (Guru Besar SK Pend. Khas Ipoh)

Pn. Rafidah Binti Abd. Aziz (Penolong Kanan Pentadbiran)

Cik Jamaiah Binti Mahli (Penolong Kanan Hal Ehawal Murid)

Pn. Ruzila Binti Mohd. Yusoff (Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

Setiausaha : Pn. Salmah Binti Uayan @ Yaman

Bendahari : Pn. Hasniah Binti Mohammad

AJK

Pengacara Majlis : Pn. Norhamimah Binti Juli

Hadiah : Usila A/L Charol @ Endin

Makanan : Pn. Nor Azlina Bt. Noor Azhar

Penyambut Tetamu : Pn. Nurul Ayuni Binti Hj. Azmi

Peralatan & Siaraya: En. Che Mazlan Bin Che Ahmad

8.0 ATURCARA PROGRAM

2.00 petang - Pendaftaran

2.30 petang - Ucapan pengerusi majlis

2.35 petang - Ucapan penasihat (Guru Besar SK Pendidikan Khas Ipoh)

2.40 petang - Pembentangan LADAP (Pembentukan Modal Insan Melalui

Page 4: kertas kerja big

Aktiviti Ko-Kurikulum)

4.50 petang - Sesi soal jawab

5.00 petang - Ucapan penutup dan penyampaian cenderahati

5.10 petang - Jamuan

5.30 petang - Bersurai

9.0 PENCERAMAH

Penceramah jemputan : En. Hanafi Bin Ghazali

Pensyarah Cemerlang Ko-Kurikulum

Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

Jalan Pasukan Polis Hutan (PPH)

31150 Hulu Kinta

Perak.

10.0 KEWANGAN

Peruntukan kewangan diperolehi dari sumbangan ihsan guru-guru yang terlibat di dalam program

ini.

Bil Perkara RM

1 Makan & minum (40 X 3.00) 120

2 Cenderahati perasmi & Wang Tunai 110

Jumlah 230

Page 5: kertas kerja big

11.0 PENUTUP

Diharapkan dengan adanya program seperti LADAP ini dapat membantu guru-guru dan

pentadbir sekolah menguruskan aktiviti dan program ko-kurikulum dengan lebih baik di sekolah

khasnya dan amnya dapat memberi kesan yang terbaik untuk membentuk sahsiah diri murid tidak

mengira latar belakang keluarga, pendidikan, kaum mahupun etnik.

Diharapkan juga agar porgram ini dapat dijalankan dengan baik. Kerjasama daripada

semua pihak yang terlibat khususnya pentadbir, guru-guru, staf sokongan, dan murid-murid amat

diperlukan sekaligus dapat mencapai objektif serta matlamat bagi memastikan kecemerlangan

murid-murid pendidikan khas ini.

Disediakan oleh,

...........................................................

(Pn.Hasniah Binti Mohamad)Setiausaha LADAPSK Pendidikan Khas Ipoh

Disahkan oleh:

...........................................................

(Pn. Noorlida Binti Abd Majid)Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Ipoh

Page 6: kertas kerja big

“1 Malaysia: RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” “PERAK SENTIASA DIPUNCAK KECEMERLANGAN”

Ruj. Kami : SKPKI.500 – 5/4 ( ) Tarikh : En. Yusri Bin Mat Johor,Jurulatih Unit Ko-Kurikulum,(Merangkap setiausaha Bina Insan Guru )Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Melalui dan salinanPengarah,Institut Pendidikan Guru kampus Ipoh,Jalan PPH,31150 HULU KINTA.

Tuan,

MOHON BANTUAN JURULATIH BIG PPG WAJ 3114 (FASA 2 PERINGKAT 3)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa satu program ceramah untuk semua guru SK Pendidikan Khas Ipoh akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 13 Mac 2014Masa : 2.30 petangTempat : Bilik Auricle, SK Pendidikan Khas Ipoh Bil. Guru : 36 orangTajuk : Protokol dan Etiket

3. Sehubungan itu, pihak sekolah dengan berbesar hati ingin menjemput En. Yusri Bin Mat Johor untuk hadir sebagai pemantau bagi menjayakan program tersebut.

4. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

....................................................................................(PN. NOORLIDA BINTI ABD. MAJID)Guru Besar,SK Pendidikan Khas Ipoh