Kertas kerja big iptaa

16
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN BERSEPADU PASUKAN BADAN BERUNIFORM 2013 ANJURAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) SUNGAI JAN, JERANTUT, PAHANG.D.M. TARIKH : 1 HINGGA 3 MAC 2013 ( JUMAAT HINGGA AHAD ) TEMPAT : SJK(C) SUNGAI JAN, JERANTUT, PAHANG PPG AMBILAN JUN 2011 NAMA : NO. KAD PENGENALAN : UNIT :BC 3 KUMPULAN : 8 NAMA PENSYARAH : ENCIK ZAMANI BIN IBRAHIM

description

KERTAS KERJA BIG

Transcript of Kertas kerja big iptaa

Page 1: Kertas kerja big iptaa

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN BERSEPADU PASUKAN

BADAN BERUNIFORM 2013

ANJURAN

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) SUNGAI JAN,

JERANTUT, PAHANG.D.M.

TARIKH : 1 HINGGA 3 MAC 2013

( JUMAAT HINGGA AHAD )

TEMPAT : SJK(C) SUNGAI JAN, JERANTUT,

PAHANG

1.0 MATLAMAT

PPG AMBILAN JUN 2011

NAMA :NO. KAD PENGENALAN :UNIT :BC 3KUMPULAN : 8NAMA PENSYARAH : ENCIK ZAMANI BIN IBRAHIM

Page 2: Kertas kerja big iptaa

Sesuai dengan dasar pendidikan kebangsaan yang berteraskan falsafah pendidikan

kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk

melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk

memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa,

negara dan agama.

Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan

perkhemahan adalah bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan,

mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga

mampu menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya.

Melalui aktiviti yang dilaksanakan, adalah diharapkan agar para peserta memupuk

kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi ke arah

mencapai matlamat diri dan organisasi, membina sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan

dan berdaya juang yang tinggi, menghargai dan mencintai nilai-nilai budaya bangsa yang

relevan dengan perkembangan semasa.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek asas perkhemahan.

2.2 Melatih pelajar berkomunikasi di antara satu sama lain.

2.3 Melatih pelajar melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur

dan berdisiplin.

2.4 Mendedahkan pelajar dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.

2.5 Memberi peluang kepada pelajar menjalani latihan-latihan lasak dan

mencabar.

2.6 Memberi peluang kepada pelajar mengembangkan kreativiti masing-masing

dalam bidang kesenian dan kebudayaan.

2.7 Membimbing pelajar menghayati dan mengamalkan rukun-rukun

beragama dan kehidupan bermoral.

Page 3: Kertas kerja big iptaa

3.0 RASIONAL

Aktivit perkhemahan adalah di antara aktivit-aktiviti utama kegiatan ko-

kurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini, unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan

dipupuk secara hands on dengan pelajar dipupuk dengan sifat mulia seperti

bertoleransi, bertolak ansur, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan

kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi. Aktiviti perkhemahan juga

memdedahkan pelajar kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara tidak

langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing.

Seterusnya, perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara

tidak langsung mewujudkan peluang kepada pelajar mengembangkan kemahiran kognitif,

afektif dan psikomotor masing-masing. Di samping itu, ini juga boleh memantapkan kekuatan

fizikal dan kematangan emosi, selain daripada memperolehi kemahiran ikhtiar hidup dalam

keadaan terdesak serta mencabar.

4.0 KUMPULAN/ SASARAN

- 100 orang peserta ( Murid Tahap II )

5.0 TARIKH

1 HINGGA 3 MAC 2013

6.0 TEMPAT

SJK(C) SUNGAI JAN, JERANTUT, PAHANG.D.M.

Page 4: Kertas kerja big iptaa

7.0 AKTIVITI

7.1 Mendirikan khemah sebagai tempat tidur sementara. ( berteduh dan bermalam )

Khemah disediakan untuk memuatkan kapasiti 4 orang peserta.

- Tujuan :

~ untuk mendedahkan kepada suasana perkhemahan dan pengendalian serta

penggunaan perkhemahan secara terancang.

~ memupuk nilai-nilai murni dan semangat muafakat antara ahli-ahli di dalam

kawasan perkhemahan tersebut.

7.2 Pertolongan cemas

- Tujuan :

~ adalah untuk mendedahkan pengetahuan cara pertolongan cemas yang betul

kepada peserta .

~ untuk mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini serta dapat

meningkatkan tahap keyakinan diri semasa kecemasan.

7.3 pertandingan kawad kaki

-Tujuan :

~adalah untuk memupuk disiplin peserta dalam pertandingan

~mempelajari pengetahuan asas kawad kaki.

~memahami arahan kawad kaki.

7.4 Program

7.4.1 LDK 1

7.4.2 LDK 2

8.0 JAWATAN KUASA INDUK PERKHEMAHAN

Page 5: Kertas kerja big iptaa

9.0

ATURCARA PROGRAM

PENASIHAT : EN. MAH CHIN HENG ( Guru Besar)

EN. LAW HUN KEONG ( GPK 1)

PN. LEE SOK FONG ( GPK HEM )

PN. CHAN EIK LIN ( GPK KOKO )

PENGERUSI : CIK TEE LIN HONG

NAIB PENGERUSI : CIK KHOO HWAI YEE

SETIAUSAHA : CIK HAA WAI CHEN

NAIB SETIAUSAHA : PN. TEE QIAO YUN

BENDAHARI : PN. PHANG PEI TZE

AJK PENDAFTARAN : PN. KWAN CHING

PN. WONG YING YING

PN. PON KWIT FONG

CIK CHANG SOCK FAN

PN. PANG CHIOU TYNG

PN. LAU HIANG LIN

CIK TAN AN MOOI

PN. CHONG LAI YEN

AJK DISIPLIN DAN : PN. LAN LI SING

PENGINAPAN PN. CHEE OAN CHING

PN. HEI SOH FUEN

PN. NOR AZLINA

PN. LIAW YIN NIGH

PN. CHAN LOY THAI

PN. TAN LEE LEE

EN. CHEONG CHAY FOO

EN. LEE KOON LONG

EN. CHAI LING HORNG

EN. CHUI CHIN FEI

AJK SIARAYA : PN. PAM SIEW MAY

PN. SOO KEOK

AJK HADIAH/ : PN. CHAN LEE CHOO

CENDERAHATI/ SIJIL PN. CHAN SHELL PENG

MAKANAN/ : PN. CHIN KIM YU

MINUMAN PN. TEO SOH HUON

PN. TEO SOH CHING

PN. TAN YIT PENG

PN. RAIHANUN

PN. NORA

AJK PERSIAPAN : PN. LEE HOUI YUEN

Page 6: Kertas kerja big iptaa

Rujuk Lampiran I

10.0 PROGRAM LDK 1 & 2

Rujuk Lampiran II

11.0 ANGGARAN KEWANGAN

13.1 Makanan

RM29 X 100 orang = RM 2900

JUMLAH = RM 2900

Bilangan Makanan Harga Jumlah RM

2 hari (100)

SarapanMee goreng (RM1.50)Milo (RM1.00)

RM2.50 RM2.50X100X2=RM500.00

2 hari(100)

Minum pagiKek (RM1.00)Teh (RM1.00)

RM2.00 RM2.00X100X2=RM400.00

2 hari(100)

M akan Tengah Hari Nasi putih (RM0.50)3 jenis lauk (RM2.50)

RM3.00 RM3.00X100X2=RM600.00

2 hari(100)

Minum petang3 jenis kuih (RM1.00)Teh / kopi (RM1.00)

RM2.00 RM2.00X100X2=RM400.00

2 hari(100)

Makan malamNasi putih (RM0.50)3 jenis lauk (RM2.50)

RM3.00 RM3.00X100X2=RM600.00

2 hari(100)

SupperRoti (RM1.00)Bubur kacang (RM1.00)

RM2.00 RM2.00X100X2=RM400.00

Jumlah RM2900.0012.0 PENUTUP

Page 7: Kertas kerja big iptaa

Kami amat mengharapkan agar melalui perlaksanaan projek ini akan dapat

mencapai objektif yang telah digariskan. Semoga usaha ini dapat memberi manfaat

besar kepada pelajar serta yang amat memerlukan bantuan. Setinggi harapan kami

sekiranya projek ini mendapat sokongan dan komitmen yang menggalakkan daripada

pihak sekolah. Segala perhatian dan komitmen daripada pihak tuan didahului dengan

ucapan jutaan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Disediakan oleh:

………………………………………….

( )

SETIAUSAHA,

PERKHEMAHAN BERSEPADU PASUKAN BADAN BERUNIFORM 2013

Disemak oleh:

..............................................................

(EN. ZAMANI BIN IBRAHIM )

PENSYARAH PEMBIMBING

Page 8: Kertas kerja big iptaa

JADUAL PELAKSANAAN PR BAGI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)

SEMESTER 3 2012

Hari/Masa 1400 - 1415 1415 -1700 1700 - 1715 1715-1745 1745 - 1830 1830 - 2000 2000 - 2200 2200-2230

Hari 1

MAC 2013

Pendaftaran Taklimat

memasang

khemah

Minum

petang

Mendirikan /

memasang

khemah

Mandi dan

makan malam

Ceramah

pertolongan

cemas

Pertandingan

pertolongan

cemas(CPR)

Minum

malam

/tidur

Hari/Masa 0600 - 0630 0630 - 0700 0700 - 0730 0730 - 0830 0830-0900 0900-1000 1000 - 1230 1230 - 1300

Hari 2

MAC

2013

Bangun

pagi

Senaman

pagi

Sarapan pagi Pertandingan

kawad kaki

antara 4 unit

beruniform

Minum pagi Membina

Kumpulan

( Ice

Breaking)

Pertandingan

memasak

antara 8

kumpulan

Makan

tengah hari

Hari/Masa 1300 - 1500 1500 – 1515 1515-1800 1800-1845 1845-1945 1945-2045 2045-2200 2200-2230

Hari 2

MAC 2013

Taklimat

simpulan

dan ikatan

Minum

petang

Pertandingan

membuat

gajet

Mandi dan

makan

malam

Latihan

untuk

malam

bakat

persediaan

malam bakat

Pertandingan

malam bakat

(LDK 1)

Minum

malam

/tidur

LAMPIRAN 1

Page 9: Kertas kerja big iptaa

Hari/Masa 0600 - 0630 0630 – 0700 0700 - 0730 0730 - 0830 0830-0900 0900-1100 1100 - 1230 1230 - 1300

Hari 3

MAC

2013

Bangun

pagi

Senaman

pagi

Sarapan pagi Mengemaskan

tapak

perkhemahan

Minum pagi Aktiviti

mencari

harta karun

(LDK 2)

Majlis

perasmian

penutupan &

penyampaian

hadiah

Makan

tengah

hari

/bersurai

Page 10: Kertas kerja big iptaa

LAMPIRAN II

Tajuk : Membina Kumpulan (Ice Breaking)Masa : 0900 – 1000 ( 2 Mac 2013)Tempat : Tapak perhimpunanPeralatan : Kad manila yang telah ditulis salah satu dari lima jenis haiwanObjektif : 1. Membolehkan para peserta berkenalan antara satu sama lain.

2. Membolehkan para peserta berinteraksi dengan menggunakan unsur lain sekitar.3. Mewujudkan suasana yang seronok.

Cara Pelaksanaan:

Daya ingatan

1. Para peserta diminta membuat satu bulatan besar.

2. Para peserta diminta memperkenalkan diri masing-masing. Dengan menggunakan kaedah mudah dan pantas, mereka harus memperkenalkan nama, umur dan tempat asal.

3. Setelah memperkenalkan diri masing-masing, para peserta tidak dibenarkan bercakap lagi. Melalui kaedah rambang, fascilitator akan menarik seorang demi seorang peserta untuk memperkenalkan rakan disebelah kiri dan kanannya. Ini berterusan sehingga fascilitator berpuas hati dengan tahap ingatan peserta rakan-rakan mereka.

Pengetahuan am Mengenal Haiwan

4. Aktiviti seterusnya peserta diberikan satu kad manila dan telah ditulis salah satu dari lapan jenis haiwan. Para peserta dikehendaki menutup mata dan berdiam diri ketika fascilitator mengedarkan kad itu.

5. Setelah kad diedarkan, para pelajar dikehendaki membaca kad dan mula bergerak tanpa bercakap dengan melaungkan bunyi haiwan.

6. Sebelum bergerak, mereka harus berfikir apakah motif mereka bersuara dan gaya yang akan dibuat.

7. Kemudian para peserta akan bergerak ke dalam kumpulan masing-masing melalui aksi dan bunyi haiwan yang dibuat.

8. Setelah itu, berbentuklah lapan kumpulan dan setiap kumpulan akan melantik ketua masing-masing.

Page 11: Kertas kerja big iptaa

LAMPIRAN II

Tajuk : LDK 1Malam Bakat (Menghayati alam semula jadi melalui karya seni)

Masa : 2000 – 2300 ( 2 Mac 2013)Tempat : Dewan sekolahPeralatan : Kad manila yang telah ditulis salah satu dari lapan jenis haiwanObjektif : 1. Mencungkil bakat para peserta.

2. Membolehkan para peserta berkerjasama untuk menghasilkan karya seni.

3. Menghayati alam semula jadi.

Cara Pelaksanaan:

1. Para peserta diberikan penerangan pada awal perkhemahan agar mereka

bersedia dan menyediakan satu persembahan bertemakan alam

semulajadi di malam terakhir perkhemahan.

2. Aktivit boleh dijalankan di waktu malam sebagai salah satu persembahan

para peserta sebelum beredar pulang ke sekolah.

3. Para peserta boleh mempersembahan dalam bentuk nyanyian, puisi, sajak,

drama , lakonan dan lain-lain.

4. Para peserta yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan tersebut

akan memberikan persembahan kumpulan masing-masing.

Page 12: Kertas kerja big iptaa

Tajuk : LDK 2Mencari harta karun

Masa : 0900 – 1100 ( 3 Mac 2013)Tempat : Tapak perhimpunanPeralatan : Kad manila yang telah ditulis arahan mencari harta karunObjektif : 1. Menerapkan elemen-elemen daya imaginasi dan kreativiti kepada

peserta.2. Membolehkan para peserta berkerjasama untuk mencari harta karun mengikut arahan yang dinyatakan dalam kad manila.3. Menghayati alam semula jadi.

Cara Pelaksanaan:

1. Guru memberikan penerangan berkenaan dengan aktiviti ini dan memberikan peralatan-peralatan yang diperlukan.

2. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mencari harta karun pada masa yang ditetapkan dengan melalui setiap rintangan .

3. Setiap kumpulan diberikan peluang sekali untuk meminta pertolongan dari guru untuk menjayakan aktiviti dengan syarat menolak markah.

4. Setiap kumpulan diberikan masa 2 jam untuk menjayakan aktiviti mereka.

5. Sebelum pengadil, setiap pencapaian dalam rintangan akan direkod dan dinilai.