Kertas Kerja BIG Lawatan Benchmarking

12
Kertas Kerja, Program Bina Insan Guru PISMP Sains Semester5, Ambilan Jan 2012 Program Bina Insan Guru (BIG) PISMP Sains Semester 5 2014 PROGRAM “LAWATAN PENANDA ARAS” PISMP AMBILAN JANUARI 2012 Tempat : SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU BESUT, PELAGAT Tarikh:3 Mac 2014 Disediakan oleh: Jawatankuasa Program BIG Semester 5 PISMP Sains IPGKSM, 2014 1

description

contoh kertas kerja BIG sem 5

Transcript of Kertas Kerja BIG Lawatan Benchmarking

Kertas Kerja, Program Bina Insan GuruPISMP Sains Semester5, Ambilan Jan 2012

Program Bina Insan Guru (BIG)

PISMP Sains Semester 52014PROGRAM LAWATAN PENANDA ARASPISMP AMBILAN JANUARI 2012

Tempat :SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU BESUT, PELAGATTarikh:3 Mac 2014

Jumlah Peserta : 15 orangTutor : En Rosdi bin Omar PROGRAM BINA INSAN GURU

SEMESTER 5 PISMP SAINS, AMBILAN JAN 2012INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS SULTAN MIZANKANDUNGANMUKA SURAT

1. Pengenalan Bina Insan Guru

2. Rasional Bina Insan Guru

3. Matlamat 4. Objektif

5. Tarikh

6. Tempat

7. Peserta Kursus

8. Mentor

9. Jawatankuasa Pelaksana

10. Anggaran Kewangan

11. Tentatif Program

12. Penutup

Lampiran:

A. Senarai Nama Peserta Kursus

B. Jawatankuasa Pelaksana

3

4

5

5

56

6

66677-91011

1.0PENGENALANProgram Bina Insan Guru merupakan suatu program yang dirangka khas untuk memenuhi syarat guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini diletakkan di bawah komponen Asas Dinamika Guru (ADG), pelaksanaan program Bina Insan Guru merupakan suatu mekanisme tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru pelatih ke arah membentuk insan guru yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah Pendidikan Negara dan juga mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun Negara.

Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek kesedaran bahawa profesion perguruan adalah profesion yang mulia dan memerlukan sikap dan tanggungjawab yang tinggi. Insan guru juga dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang dan gemilang di samping menjadi insan contoh kepada masyarakat.

Pada kali ini Program Bina Insan Guru berteraskan kepada pengurusan dan budaya sekolah. Lawatan Penanda Arasan atau Lawatan Benchmarking menjadi tugasan BIG yang merupakan lawatan yang menumpukan kepada sekolah cemerlang dan juga sekolah harapan. Selain daripada sekadar lawatan, program ini juga turut menekankan kepada pemerhatian terhadap kepimpinan, pengurusan, iklim, infrastruktur dan infostruktur di sekolah tersebut. Penekanan kepada aspek-aspek berikut amat penting sebagai hasil pemahaman insan guru terhadap tanggungjawab profesion perguruan.

Oleh itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri dari aspek yang lengkap iaitu jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru adalah menjadi suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu disemai dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.2.0RASIONALProgram ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang berkualiti dan efektif bertepatan dengan tema lawatan yang ingin diadakan berorientasi kepada pengurusan dan budaya sekolah. Program ini merupakan batu asas kepada penterjemahan makna tugas guru yang lebih efisyen. Menurut Stephen Covey di dalam bukunya yang berjudul Stephen Covey's Seven Habits of Highly Effective People yang menekankan ke arah pembentukan manusia yang efeketif berlandaskan nilai-nilai dan prinsip-prinsip di antaranya adalah seperti proaktif, fokus kerja dan keutamaan kepada perkara yang lebih penting.

Justeru, lawatan ini akan memberi pendedahan kepada bakal guru tentang gerak kerja dalam pengurusan di sekolah dengan lebih jelas serta dapat memberi gambaran awal tugas guru supaya dapat membina suatu stigma bahawa guru perlu lebih eifisyen di dalam pengurusan di sekolah. Guru efektif merupakan guru yang cemerlang di dalam pengurusan di sekolah seiring dengan pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Di samping itu, guru-guru pelatih PISMP Sains dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu membina realiti wawasan negara.

3.0MATLAMATSelepas mengikuti program Bina Insan Guru, para guru pelatih PISMP Sains diharapkan dapat :

3.1. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan patuh kepada tuntutan agama.

3.2. Memiliki semangat berpasukan, semangat juang yang tinggi serta sikap muhibbah di antara satu sama lain.

3.3. Mempunyai disiplin dan komitmen yang tinggi dalam apa jua keadaan.

3.4. Menyesuaikan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran sebagai seorang pendidik.

3.5. Memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan.

4.0OBJEKTIFSasaran kepada guru pelatih PISMP Sains selepas menjalani program BIG ini agar dapat memahami perkara yang berkaitan dengan guru dan perundangan, mandat, Akta 550 (1968), Surat Pekeliling Ikhtisas, Pekeliling Perkhidmatan, fungsi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan sektor-sektor serta fungsi dan peranan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD)/Zon/Bahagian dan PKG, lawatan benchmarking. Inovasi, ciri-ciri kepimpinan, pengurusan, iklim sekolah atau budaya sekolah dan infrastruktur sekolah serta infrastruktur kurikulum.5.0TARIKH Program Bina Insan Guru PISMP Sains Semester 5 ini akan diadakan pada hari Isnin, 3 Mac 2014.

6.0TEMPATProgram ini akan di adakan di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut, Pelagat, Terengganu.7.0PESERTA KURSUSSeramai 15 orang guru pelatih menyertai Lawatan Penanda Aras ini. Guru pelatih adalah daripada pelajar-pelajar PISMP Sains Semester 5 yang terdiri daripada 7 orang guru pelatih lelaki dan 8 orang guru pelatih perempuan.*Sila rujuk LAMPIRAN A8.0MENTOR

Mentor yang dilantik dan dipertanggungjawabkan oleh pihak pentadbiran IPG Kampus Sultan Mizan adalah Encik Rosdi bin Omar.9.0JAWATANKUASA PELAKSANA*Sila rujuk LAMPIRAN B10.0ANGGARAN KEWANGANBerikut dinyatakan anggaran kewangan secara keseluruhan untuk perbelanjaan program:Bil. PerkaraKuantitiJumlah

1.- Minum pagi- Makan tengahariRM2.50 x 15RM5.00 x 15RM37.50RM75.00

2.Cenderamata kepada pihak sekolah(Plak IPG)1 unit-

3.JUMLAH KESELURUHAN RM 112.50

11.0TENTATIF PROGRAM (Tertakluk kepada perubahan)MasaPerkara / aktivitiCatatan

7.00 amSarapan Pagi

7.45 amBengkel bersama mentor

8.00 amBertolak ke SM Imtiaz Besut

9.00 amTaklimat pengurusan pentadbiran sekolah

10.00 amRehat

10.30 amLawatan ke kawasan sekolah

12.00 pmMajlis Penutup dan pemberian cenderahati kepada pihak sekolahP.I.C : AJK Cenderahati

- Ng Wai Mun

2.00 pmBertolak pulang ke IPGKSMP.I.C : AJK Pengangkutan Muhammad Safwan Bin Shuhami

12.0PENUTUPSecara tuntasnya, kerjasama dan komitmen yang jitu daripada semua pihak yang terlibat dapat menjayakan program Lawatan Penanda Aras ini dengan sempurna. Hasil daripada program ini dapat melahirkan guru yang memahami dan mendalami pengurusan yang lebih sistematik, mempraktikkan nilai-nilai kepimpinan dan pemahaman terhadap keperluan infrastruktur dan infostruktur sekolah. Justeru, membentuk guru yang efektif dalam bidang tugasnya serta mempunyai nilai tambah dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan modal insan negara.

Disediakan oleh,

...................

(MOHAMAD IRFAN BIN RAFIE)

Setiausaha

Program Bina Insan Guru

Unit Sains semester 5Disemak oleh,

...................

(ROSDI BIN OMAR)

Mentor Unit Sains Semester 5Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

...................

(MOHAMAD YUSSOFF BIN ALI)

Penyelaras Program Bina Insan Guru

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

Melalui,

........................................

(MOHAMAD BIN AB LATIFF)

Ketua Unit Kokurikulum

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.Diluluskan oleh,

............................................

(KAMARUDIN BIN HASHIM)

Pengarah,

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.Dengan ini saya (MELULUSKAN/TIDAK MELULUSKAN) program ini sebagaimana seperti tarikh dan tempat yang telah dinyatakan.

Ulasan/komen:

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________LAMPIRAN A

SENARAI NAMA PELAJAR 5-PISMP SAINS

KURSUS: PENGAJIAN SAINS

MENTOR: ENCIK ROSDI BIN OMARBILNAMANO KPNO. TELEFON

1.AHMAD FERDAUS BIN NORHASIM920715-12-5539019-5358708

2.DHILEMON DOMINIC KAJAN921020-13-5495011-19818133

3.JESSICA ANAK BONGSAM920823-13-5160014-6976959

4.JESSIE YEO CHI WEI920201-04-5216016-6582281

5.KAVITHAA A/P SENGALRAYAN921221-04-5882017-9020833

6.KU NUR FARHANIM BINTI KU IBRAHIM920605-02-5772019-6452228

7.MOHAMAD IRFAN BIN RAFIE910505-03-6125013-9911204

8.MOHD KHAIRI BIN OTHMAN910815-02-5739014-3005049

9.MUHAMMAD SAFWAN BIN SHUHAMI921015-07-5125017-4275105

10.NG WAI MUN920209-08-5474016-5215729

11.PREMA A/P RAJENDRAN920415-02-6168016-5442247

12.SALIHIN BIN AHMAD920422-13-5813 013-3598873

13.SIVASEHARAN A/L GUNASEHARAN921121-01-5345011-19818155

14.THIAN FANG MING920607-13-5158016-8575861

15.WINNIE TING SIEW LING910921-13-5472019-8596129

LAMPIRAN BJAWATANKUASA PELAKSANAPENGERUSI

: Ku Nur Farhanim Binti Ku IbrahimNAIB PENGERUSI

: Jessica Anak BongsamSETIAUSAHA

: Mohamad Irfan Bin RafieNAIB SETIAUSAHA:: Ahmad Ferdaus Bin NorhasimBENDAHARI

: Jessie Yeo Chi WeiAHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

1) PENGANGKUTAN : A) Muhammad Safwan Bin Shuhami B) Salihin Bin Ahmad2) PERHUBUNGAN : A) Kavithaa A/P Sengalrayan

B) Dhilemon Dominic Kajan3) DOKUMENTASI

: A) Sivaseharan A/L Gunaseharan

B) Winnie Ting Siew Ling4) CENDERAHATI

: A) Ng Wai Mun

B) Prema A/P Rajendran5) TUGAS-TUGAS KHAS : A) Mohd Khairi Bin Othman

B) Thian Fang MingPAGE 1Disediakan oleh:

Jawatankuasa Program BIG Semester 5 PISMP Sains IPGKSM, 2014