kertas kerja bola sepak krt berek 12 6 sebelah.doc
-
Upload
pekansehari -
Category
Documents
-
view
59 -
download
2
Transcript of kertas kerja bola sepak krt berek 12 6 sebelah.doc
KERTAS KERJA____________________________________________________
KEJOHANAN BOLA SEPAK 6 SEBELAH TERTUTUP
PERINGKAT KRT BEREK 12______________________________________________________________
TARIKH :
13 NOVEMBER 2015 – 14 NOVEMBER 2015
TEMPAT :
PADANG EROPAH LORONG KUBUR TANJUNG
ANJURAN :
KRT BEREK 12
PENDAHULUAN
Pertandingan ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Biro Sukan
KRT Berek 12
Biro Sukan KRT Berek 12 akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 6
Sebelah Tertutup Peringkat KRT Berek 12 . Program ini di harap dapat
mengeratkan lagi siratulrahim antara penduduk - penduduk Berek 12.
Harapan kami juga agar kejohanan ini dapat memberi luang kepada penduduk
– penduduk Berek 12 Indah agar lebih mengenali antara satu dengan yang
lain,secara tidak langsung ianya dapat memberikan keharmonian dan
kesejahteraan di Berek 12.
2.0 MATLAMAT
Matlamat utama program adalah untuk menarik golongan muda agar lebih
cenderung ke arah kehidupan yang positif dengan beriadah dan melakukan
kerja- kerja kebajikan demi bangsa dan negara. Di samping itu ianya dapat
mencungkil bakat – bakat baru khususnya dalam acara bola sepak agar boleh
di ketengahkan bakatnya.Tidak mustahil , mungkin suatu hari nanti remaja –
remaja di Berek 12 akan mewakili negeri jika latihan yang sistemik dan
konsisten dapat di sempurnakan.
Sehubungan dengan itu, Biro Sukan KRT Berek 12 tidak mahu membuang
masa dan terus mengambil langkah – langkah perlu bagi membimbing dan
membina muda mudi kita agar sentiasa cergas dan berfikiran positif dengan
menjauhi gejala sosial yang memang hangat di kala ini.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai
sesebuah pertandingan.
3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan
diri dalam sesebuah kumpulan.
3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab
dalam sesebuah pasukan.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
3.5 Melahirkan komuniti yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi
yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
3.7 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan
sosial.
4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN
4.1 Tarikh yang dirancang ialah 13 – 14 Disember 2015 iaitu pada hari
Jumaat sehingga hari Sabtu.
4.2 Dilaksanakan selama 2 hari
4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi dan petang.
4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1
5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)
Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana Padang Eropah Lorong Kubur
Tanjung;
5.1 Penyewaan padang ini lebih murah dan mudah dikendalikan berbanding
Stadium Sultan Muhammad IV
5.2 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan
sepenuhnya pada peserta dalam aktiviti mereka.
5.3 Padang yang dipilih ini adalah padang untuk kemudahan riadah penduduk-
penduduk Berek 12.
6.0 PERASMIAN
Program Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah ini akan dirasmikan oleh Pegawai
Perpaduan Daerah Kota Bharu/Pasir Puteh/Bachok . Ia akan berlangsung di
Padang Eropah Lorong Kubur Tanjung.
7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN
7.1 Jumlah pasukan : 12 pasukan
7.2 Jumlah AJK pertandingan : 13 orang
8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi Program : En Mohd Afindi b. Ibrahim
Naib Pengerusi : En Wan Ariff b. Wan Zakaria
Setiausaha : En Marbudiman b. Omar
Bendahari : En Mohd Ruzlan b. Hamzah
Pengerusi Majlis : En Marbudiman b. Omar
AHLI JAWATANKUASA
AJK Minuman : En Mohamad Shaffril b. Ab Rahim
AJK Piala & Medal : En Mohd Nuruddin b. Muhamad
AJK Pertandingan : En Wan Hussain b. Wan Zakaria
AJK Keselamatan & Disiplin : En Asmadi b. Ariffin
AJK Kebajikan : En Muhammad Shahrizal b Shah Ariffin
AJK Pengurusan Padang/Kebersihan: En Zulkifli b. Adam
AJK Promosi : En Wan Afif b Wan Kamaruddin
AJK Peralatan : En Zainuddin b Yusof
AJK Persiapan Tempat : En Eddy Izuan b Ismail
9.0 ANGGARAN BELANJAWAN
Lampiran A
10.0 FORMAT PERTANDINGAN
Lampiran B
11.0 RINGKASAN EKSEKUTIF
Berikut adalah ringkasan eksekutif bagi Kejohanan Bola Sepak 6 Sebelah
Tertutup
KRT Berek 12 .
JAWATANKUASA Biro Sukan KRT Berek 12
TAJUK PROGRAM Kejohanan Bola Sepak 6 Sebelah Tertutup Peringkat KRT
Berek 12
JENIS PROJEK KESUKANAN ( BOLA SEPAK )
MATLAMAT ATAU
PENCAPAIAN
PROGRAM
Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam
menyertai sesebuah pertandingan.
Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu
menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.
Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi,
bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan.
Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai
aktiviti ini.
Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan
strategi-strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti
dalam kumpulan.
Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis
sikap mementingkan diri sendiri.
Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi
dan sosial.
ANJURAN Biro Sukan KRT Berek 12
TARIKH 18 – 19 Disember 2015
TEMPAT Padang Eropah, Lorong Kubur Tanjung
BIL. PASUKAN 12 pasukan
ANGGARAN KOS RM 5210.00
LAMPIRAN A
ANGGARAN BELANJAWAN
ANGGARAN BELANJAWAN:
i) Permohonan Peruntukan RM 5210.00
Jumlah Permohonan RM 5210.00
ANGGARAN PERBELANJAAN:
PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH
Kanopi
- kerusi
- meja
2 unit
100 unit
10 unit
RM 400.00
Promosi
- Flyers
- Banner
800 helai
4 unit
RM 70.00
RM 100.00
RM 70.00
RM 400.00
Baju AJK
( Tshirt round neck)
30 helai RM 15.00 RM 450.00
Pengurusan padang
- sewa padang
- Kebersihan Padang
2 hari
-
PERCUMA
RM 200.00
PERCUMA
RM 200.00
Peralatan
- Utiliti
- Bola
- jaring gol
2 biji
2 unit
RM 150.00
RM 100.00
RM 100.00
RM 300.00
RM 200.00
PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH
Pengadil 6 orang RM 20.00 /
sehari
RM 240.00
Makanan
- Urusetia
- VIP
- Minuman ( air mineral ) 20 kotak RM 10.00
RM 250.00
RM 200.00
RM 200.00
P.A. Sistem RM 300.00
Hadiah
Piala Pusingan
Tempat pertama X 4 X
RM15.00 X 8
- Berbentuk baju jersi
Tempat kedua X 4 X
RM13.00 X 8
- Berbentuk baju jersi
Tempat ketiga X 4 X
RM7.00 X 8
- Berbentuk tuala muka
Pemain terbaik
Medal X 4 X RM20.00
RM 300.00
RM 480.00
RM 416.00
RM 224.00
RM 80.00
First Aids 1 kotak RM 100.00 RM 100.00
Kos Luar Jangka RM 300.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 5210.00
Disediakan oleh :
.........................................................
Setiausaha Program
(En Marbudiman b Omar )
Disokong oleh :
.........................................................
Pengerusi Program
(Encik Mohd Afindi bin Ibrahim)
Disemak oleh :
.........................................................
Penasihat
(Encik Mohamed Safaruddin bin Ismail)
Disahkan oleh :
.........................................................
Pen. Pegawai Perpaduan Kota Bharu
(Pn Wan Nazira binti Wan Mat @ Wan Nawi)
BORANG PENYERTAAN
KEJOHANAN BOLA SEPAK 6 SEBELAH TERTUTUPPERINGKAT KRT BEREK 12
NAMA PASUKAN
SENARAI NAMA PEMAINBIL NAMA PEMAIN NO KP
NAMA PENGURUS PASUKAN
……………………………………… Tandatangan Pengurus PasukanNama :Tarikh :
*Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 11 Disember 2015 kepada AJK Pertandingan, En Wan Hussain b Wan Zakaria
……………………………………………Keratan disini................................................................. KEGUNAAN PEJABAT
………………........................ ……………………………….Tandatangan/Cop Urusetia TandatanganTarikh : Nama pasukan :
LAMPIRAN B
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK
-
NO. TELEFON BIMBIT
1. AM
Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 6 Sebelah Tertutup Peringkat KRT
Berek 12 .
2. PENGANJUR / PENGELOLA
Pertandingan ini dianjur oleh Biro Sukan KRT Berek 12
3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
3.1 Pertandingan ini terbuka kepada lelaki berumur 16 tahun ke atas.
3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai sebelas (11) orang pemain.
Pendaftaran hendaklah menggunakan Borang yang telah disediakan.
3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya
berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan
dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh
pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan
diberikan kepada pasukan lawan.
3.4 Setiap pemain dilarang sama sekali bermain untuk 2 pasukan dalam
pertandingan ini.
3.5 Yuran penyertaan bagi setiap pasukan adalah PERCUMA sahaja
3.6 Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 7 Disember 2015 di Pejabat Khidmat Masyarakat JKKKP Kg. Selayang Indah .
3.7 Tarikh pengundian akan diadakan pada 11 Disember 2015 di Dewan Umno Lembah Indah .
4. TEMPAT, MASA DAN JADUAL PERTANDINGAN
4.1 Semua perlawanan akan dijalankan di Padang Bola Sepak Kampung
Selayang Indah .
4.2 Perlawanan akan bermula pada 18 Disember 2015 dan akan berakhir pada
19 Disember 2015.
Setiap perlawanan hendaklah mengikut jadual yang telah disediakan oleh
Jawatankuasa Penganjur.
4.3 Masa bagi semua perlawanan adalah 7 + 1 + 7 = 15 minit keseluruhan
4.4 Pasukan yang akan bermain hendaklah berada di padang sepuluh (10) minit
sebelum perlawanan dimulakan. Kemenangan percuma akan diberikan kepada
mana-mana pasukan jika pasukan lawan gagal berada di padang selepas lima (5)
minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.
5. FORMAT PERTANDINGAN
1. Perlawanan akan dijalankan secara sembilan (9) sebelah.
2. Pasukan-pasukan yang bertanding dibahagi kepada 8 kumpulan. Kedudukan
pasukan dalam sesuatu kumpulan akan ditentukan dengan cara undian.
3. Perlawanan pusingan awal dalam sesuatu kumpulan, akan dijalankan secara liga.
Johan dan Naib Johan Kumpulan A akan bertemu secara menyilang dengan Naib
Johan dan Johan Kumpulan B dalam perlawanan separuh akhir bagi menentukan
pasukan mana layak ke peringkat akhir.
4. Perlawanan separuh akhir akan dijalankan secara kalah mati.
5. Dalam peringkat separuh akhir dan akhir, sekiranya dua pasukan yang bermain
masih dalam kedudukan seri setelah masa sebenar tamat, maka permainan
secara 'Sudden Death' akan dijalankan dalam masa tambahan 10 minit iaitu 5
minit setiap separuh masa dengan tiada masa rehat. ' Sudden Death' bermaksud
mana-mana pasukan yang menjaringkan gol terlebih dahulu akan diisytiharkan
sebagai pemenang dan permainan akan ditamatkan serta merta.
6. Pemberian mata ialah tiga (3) jika menang, satu (1) mata jika seri dan kosong (0)
mata jika kalah.
7. Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mempunyai jumlah mata teratas yang
sama, kaedah berikut hendaklah dipatuhi bagi menentukan pasukan yang layak
ke perlawanan akhir:
7.1 Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan bilangan gol yang
banyak.
7.2 Jika masih seri pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol
terbanyak
7.3 Jika masih seri juga, tendangan penalti sebanyak tiga (3) kali akan
diberikan. Pasukan yang banyak menyempurnakan tendangan penalti
akan diumumkan sebagai pemenang. Dan,
8. Jika masih seri sistem "Sudden Death" akan digunakan bagi tendangan penalti
bagi
menentukan pemenang.
6. PERTUKARAN PEMAIN.
Sebanyak dua (2) pertukaran pemain termasuk penjaga gol dibenarkan pada setiap
perlawanan.
Pertukaran pemain hendaklah dibuat melalui pembantu pengadil pertama semasa
bola tidak di dalam permainan.
7. KEMENANGAN PERCUMA
7.1 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan
lawannya didapati melakukan kesalahan seperti berikut :-
7.1.1 Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana perlawanan
seperti dinyatakan dalam perkara 3.2
7.1.2 Gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa perlawanan
sepatutnya
dimulakan seperti dinyatakan dalam perkara 4.4.
7.1.3 Gagal menyediakan sekurang-kurangnya sembilan (9) orang pemain dalam
sesuatu perlawanan.
7.1.4 Jika permainan dihentikan oleh kerana salah satu pasukan hanya mempunyai
tujuh
(7) orang pemain sahaja disebabkan kesalahan tatatertib, maka pasukan lawan yang
mempunyai pemain yang mencukupi akan diberikan kemenangan 2-0.
7.1.5 Tidak mahu meneruskan perlawanan.
7.2 Pasukan yang diberi kemenangan percuma akan mendapat tiga (3) mata dan
kiraan jaringan 2-0.
7.3 Pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memberi kemenangan percuma
kepada pasukan lawan. Jika berlaku juga keadaan sedemikian, pasukan tersebut
secara automatik terkeluar dari kejohanan ini dan perlawanan sebelumnya
dibatalkan.
8. PERATURAN AM
8.1 Jika seseorang pemain telah menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan
sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1)
perlawanan berikutnya.
8.2 Jika seseorang pemain menerima dua (2) kad kuning dan seterusnya diberikan
satu (1) kad merah dalam suatu perlawanan dan diperintahkan keluar padang, maka
pemain tersebut tidak boleh bermain dua (2) perlawanan berikutnya.
8.3 Jika seseorang pemain ditunjukkan kad merah dan diperintahkan keluar padang
dalam suatu perlawanan, pemain tersebut tidak dibenarkan bermain dalam
perlawanan seterusnya untuk pertandingan ini.
8.4 Pasukan yang bertanding wajib menyediakan dua (2) set jersi yang mempunyai
warna yang berlainan dan bernombor iaitu untuk jersi utama dan simpanan.
Sekiranya dua (2) pasukan yang akan bertanding didapati memakai jersi yang sama
warnanya, pasukan yang disebut terdahulu dalam jadual pertandingan hendaklah
menukar jersi yang dipakai dengan warna lain.
8.5 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak
diingini terhadap mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini
dijalankan.
8.6 Sekiranya Pengurus dan Pegawai-pegawai Pasukan terlibat dalam insiden
pergaduhan dengan Pegawai-pegawai perlawanan atau pasukan lawan atau Urusetia
Pertandingan, pasukannya akan didenda dengan dikeluarkan terus daripada
pertandingan.
8.7 Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan atau perubahan pada
jadual, padang perlawanan dan lain-lain yang berkaitan untuk melicinkan perjalanan
pertandingan.
8.8 Jika tidak disebut dalam syarat-syarat pertandingan ini maka syarat-syarat
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hendaklah digunakan.
8.9 Peraturan FIFA akan digunakan dalam pertandingan ini.
9. PENGADILAN
Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang bertauliah.
10. BANTAHAN
Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan yang dilantik oleh pihak penganjur kejohanan ini.
11. TARIKH TUTUP PENYERTAAN Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 7 Disember 2015 di Pejabat Khidmat Masyarakat JKKKP Kg. Selayang Indah .
Tarikh pengundian akan diadakan pada 11 Disember 2015 di Dewan Umno Lembah Indah .