Kertas Kerja Hari Kokurikulum 2010
-
Upload
shahrulradzi77 -
Category
Documents
-
view
1.888 -
download
19
Transcript of Kertas Kerja Hari Kokurikulum 2010
Sekolah Kebangsaan Pasir Kubu36800 Kg. Gajah
Perak.
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
1.0 NAMA PROGRAM
Minggu Ko-kurikulum 2010
2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM
Alhamdulillah, segunung pujian dan setinggi kesyukuran buat Allah yang Maha Penyayang dan
Maha Pengasihani dan selautan selawat dan salam buat Kekasih Allah, Muhammad Rasulullah S.A.W.
Hari Ko-kurikulum merupakan suatu program yang dirancang sebagai kesinambungan
daripada aktiviti mingguan ko-kurikulum sekolah. Ia berperanan untuk menonjolkan bakat-bakat
terpendam dan yang telah sedia ada melalui permainan-permainan dan aktiviti-aktiviti yang dirancang
khas semasa program ini dijalankan.
Adalah diharapkan dengan adanya program Minggu Ko-kurikulum ini, murid-murid Sekolah
Kebangsaan Pasir Kubu khususnya akan lebih berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti ko-kurikulum
pada masa yang akan datang.
3.0 RASIONAL
3.1 Memantapkan lagi pengetahuan murid-murid tentang teknik-teknik dalam permainan bola
sepak, bola jaring dan bola baling serta teknik membina gejek-gejek pengakap.
3.2 Memupuk semangat bekerjasama, tekun bekerja dan mengamalkan semangat persaingan
yang sihat.
3.3 Melahirkan bakal-bakal pemimpin yang berkebolehan dalam segala bidang terutamanya
kepemimpinan dan pengurusan kumpulan.
4.0 SASARAN
Murid-murid Tahun 3 hingga Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pasir Kubu.
5.0 TARIKH PROGRAM DIJALANKAN
5 – 12 November 2010
6.0 TEMPAT
Padang dan Dewan Sekolah Kebangsaan Pasir Kubu.
7.0 ORGANISASI PROGRAM (LIHAT LAMPIRAN A)
Pengerusi : En Abdul Rahman Ramli (Guru Kanan Pentadbiran & Penaung Guru Besar)
Naib Pengerusi : En Masrom Samsi (Guru Kanan HEM)Setiausaha : En Abu Hasan Mohamed (Guru Kanan Ko-kurikulum)Bendahari : Pn Norizan SulongAJK : En Masrom Samsi
En Abdul RahmanEn Shahrul Radzi Azizan Puan Nor Suriati Bt IsmailPuan Zaidah Bt Che LePn Jamna Bt Mgt NghaCik Siti Soffiah Bt Anuar
8.0 KEWANGAN
Bil Pendapatan RM Perbelanjaan RM1 Sumbangan sekolah 1000.00 Hadiah /Hamper Pertandingan:
Pertama (RM25 x 7) 175.00 Kedua (RM20 x 7) 140.00 Ketiga (RM15 x 7) 105.00
Makan/Minum Semasa Perkhemahan
340.00
Minum semasa Klinik Bola Baling & Bola Jaring.
40.00
Insentif Penceramah (2 x RM100) 200.00
Jumlah 1000.00 Jumlah 1000.00
9.0 JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI SEPANJANG MINGGU KO-KURIKULUM 2010
BIL ACARA / AKTIVITI TARIKH/HARI/MASA PENYELARAS
1 KURSUS KEPEMIMPINANTahun 3 hingga 6
5 November 2010JUMAAT
3.30 ptg – Pendaftaran
Semua Guru
2 PERKHEMAHAN KOKURIKULUMTahun 3 hingga 6
6-7 November 2010SABTU-AHAD
3.30 ptg – Pendaftaran
Semua Guru
3 PERTANDINGAN MENCIPTA GEJEK PENGAKAPTahun 3 hingga 6
6 November 2010SABTU
9.00 pagi
En. Abu Hasan B Mohamed En.Shahrul Radzi Bin Azizan
4 PERTANDINGAN MEMASAK MAKANAN HUTANTahun 3 hingga 6
6 November 2010SABTU
2.00 petang
Pn. Norizan Bt Sulong Pn. Siti Zaleha
5 PERTANDINGAN MENCIPTA WAUTahun 3 hingga 6
6 November 2010SABTU
5:00 petang
En. Abu Hasan B Mohamed En.Shahrul Radzi Bin Azizan
6 PERTANDINGAN MALAM KEBUDAYAANTahun 3 hingga 6
6 November 2010SABTU
9.00 malam
En. Masrom Bin Samsi En.Abdul Rahman B Ramli
7 PERLAWANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH (L & P)Tahun 3 hingga 6
7 November 2010AHAD
9.00 pagi
Ustaz Abdul Rahman En.Shahrul Radzi Bin Azizan
8 KLINIK BOLA BALINGTahun 3 hingga 6
8 November 2010ISNIN
3.30-5.30 ptg
En. Abu Hasan B Mohamed Cik Siti Soffiah Bt Anuar
9 PERTANDINGAN BOLA BALINGTahun 3 hingga 6
9 November 2010SELASA
3.30-5.30 ptg
Cik Siti Soffiah Bt Anuar En. Abu Hasan B Mohamed
10 KLINIK BOLA JARINGTahun 3 hingga 6
10 November 2010RABU
3.30-5.30 ptg
Pn Jamna Bt Mgt Ngha Pn Nor Suriati Bt Ismail Pn. Zaidah Bt Che Le
11 PERTANDINGAN BOLA JARINGTahun 3 hingga 6
11 November 2010KHAMIS
3.30-5.30 ptg
Pn Jamna Bt Mgt Ngha Pn Nor Suriati Bt Ismail Pn. Zaidah Bt Che Le
12 PENYAMPAIAN HADIAH 12 November 2010JUMAAT
10.30 pagi
Semua Guru
10.0 PENUTUP
Alhamdulillah, kami, Jawatankuasa Pelaksana Minggu Ko-Kurikulum amat berharap agar program
ini dapat menggarapkan seluruh matlamat, visi dan misi. Di harapkan program ini dapat dijalankan dengan
lancarnya dan semoga Allah memberkati kami dan seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakannya.
Wassalam.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
.............................................. ...........................................................(ABU HASAN BIN MOHAMED) (ABDUL RAHMAN BIN RAMLI)Guru Kanan Ko-Kurikulum, Guru Kanan Pentadbiran/Penaung Sekolah Kebangsaan Pasir Kubu, Guru Besar,36800 Kg. Gajah. Sekolah Kebangsaan Pasir Kubu,
36800 Kg. Gajah.
s.k: 1) Fail Ko-kurikulum2) Fail setiausaha