Kertas Kerja Internship Azura

7
KERTAS KERJA PROJEK INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BUKU SKRAP TABIAT MAKAN HAIWAN BAGI TAHUN 3 TEMPAT : MAKMAL SAINS 1, SK TAMAN BUKIT SUBANG MASA : 1.10 – 2.10 PETANG TARIKH : 23 APRIL 2015 (KHAMIS) dengan kerja sama SK TAMAN BUKIT SUBANG, SHAH ALAM, SELANGOR dan

description

Laporan sepanjang praktikum.

Transcript of Kertas Kerja Internship Azura

Page 1: Kertas Kerja Internship Azura

KERTAS KERJA

PROJEK INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BUKU SKRAP TABIAT MAKAN HAIWAN BAGI TAHUN 3

TEMPAT : MAKMAL SAINS 1,

SK TAMAN BUKIT SUBANG

MASA : 1.10 – 2.10 PETANG

TARIKH : 23 APRIL 2015

(KHAMIS)

dengan kerja sama

SK TAMAN BUKIT SUBANG,

SHAH ALAM, SELANGOR

dan

IPG ILMU KHAS, K. LUMPUR.

Page 2: Kertas Kerja Internship Azura

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI BUKU SKRAP TABIAT MAKAN HAIWAN

1. Tajuk

Projek inovasi yang telah dipilih oleh saya ialah bertajuk ‘Buku Skrap Tabiat Makan

Haiwan’. Penyediaan inovasi buku skrap Tabiat makan Haiwan secara berkumpulan

direka adalah bertujuan untuk mengembangkan pengetahuan murid tahun 3 tentang tajuk

Tabiat makan Haiwan.

2. Pengenalan

Kemahiran mengelas haiwan berdasarkan tabiat makan yang perlu dikuasai oleh murid

boleh dijalankan dengan menggunakan beberapa jenis pendekatan, salah satunya belajar

melalui penghasilan projek buku skrap. Melalui projek ini diharap mereka belajar dan

meneroka melalui penghasilan buku skrap yang bersifat berpusatkan murid. Aktiviti yang

berpusatkan murid memberi makna kepada kanak-kanak, aktif serta bebas untuk

meneroka dan menjelajah persekitarannya dan mendapat keseronokan.

Projek menghasilkan buku skrap akan meningkatkan prestasi pemahaman murid-murid

berkaitan idea, konsep, teori dan prinsip sains. Prestasi murid-murid ditunjukkan melalui

huraian yang jelas dan penyediaan butir-butir serta hujah yang tepat dalam buku skrap.

(Newman & Wehlage 1995). Pembelajaran berasaskan projek adalah suatu pendekatan

yang komprehensif dengan melibatkan murid-murid dalam penyiasatan yang berterusan

dan berkerjasama (Bradford & Stein, 1993) dalam erti kata lain pembelajaran berasaskan

projek merupakan satu aktiviti yang berpusatkan murid.

3. Objektif

i. Mengetahui tahap penguasaan murid terhadap tajuk Tabiat makan haiwan selepas

projek penghasilan buku skrap.

ii. Meningkatkan minat murid terhadap tajuk Tabiat makan haiwan melalui

penghasilan buku skrap.

Page 3: Kertas Kerja Internship Azura

iii. Menggalakkan murid menjalankan kerja berkumpulan dalam mengumpul

maklumat.

4. Rasional Projek

Rasional projek inovasi ini dijalankan adalah untuk membantu proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Projek ini adalah suatu projek berbentuk ‘hands on’ di

mana murid-murid melibatkan diri secara aktif untuk mengumpul maklumat dan

menyiapkan buku skrap. Melalui projek buku skrap ini juga murid-murid memperolehi

kemahiran proses sains mengelas di mana murid-murid diminta mengelaskan pelbagai

haiwan kepada haiwan herbivor, karnivor dan omnivor. Pojek buku skrap ini juga

bertepatan dengan objektif sukatan pelajaran dan rancangan tahunan sains yang mesti

dicapai oleh murid-murid Tahun 3.

5. Anggaran Kos Projek

BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH (RM)

1. Kertas berwarna 40 0.20 8.00

2. Gunting 7 1.60 10.80

3. Gam 7 1.00 7.00

4. Fotostat (berwarna) 21 1.50 31.50

5. Hadiah untuk murid 36 1.50 54.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 101.30

6. Kumpulan Sasaran

Murid Tahun 3 Fasih berjumlah 36 orang.

Page 4: Kertas Kerja Internship Azura

7. Ahli Jawatankuasa

Penasihat

Puan Radziah bt. Talhah (Guru Besar SK Taman Bukit Subang)

Pengerusi :

Pn Wan Faten Humairah bt. Wan Muhammad (Mentor Program)

Naib Pengerusi :

Pn. Farizah (Guru Kanan Petang)

Setiausaha :

Nur Azura bt. Ahmad Zahiri (Pelajar PPG)

Bendahari :

Nur Azura bt. Ahmad Zahiri (Pelajar PPG)

8. Cadangan Aktiviti

i. Perancangan Tempat- Makmal Sains 1

ii. Masa : 1.10 -2.10 petang, Khamis (23 April 2015)

iii. Aturcara aktiviti :

a) Pengajaran dan Pembelajaran

b) Pembentukan Kumpulan

c) Pengedaran Bahan Buku Skrap

d) Pengumpulan Buku Skrap

e) Pengumuman Pemenang dan Penyampaian Hadiah

iv. Penyediaan Laporan

9. Kesimpulan

Diharap projek inovasi ini dapat mencapai hasrat dan objektifnya untuk mempelbagaikan

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mahupun di luar kelas.

Page 5: Kertas Kerja Internship Azura

Disediakan oleh :

NUR AZURA BINTI AHMAD ZAHIRI

PELAJAR SAINS,

PPG AMBILAN JUN 2011,

IPG ILMU KHAS, K. LUMPUR.

Disemak oleh :

WAN FATEN HUMAIRAH BINTI WAN MUHAMMAD

MENTOR PROGRAM INTERNSHIP,

SK TAMAN BUKIT SUBANG.

Disahkan oleh :

RADZIAH BINTI TALHAH,

GURU BESAR,

SK TAMAN BUKIT SUBANG,

SHAH ALAM, SELANGOR

Page 6: Kertas Kerja Internship Azura