Kertas Kerja Kejohanan Bola Jaring Peringkat Prauniversiti Ppd Bachok

download Kertas Kerja Kejohanan Bola Jaring Peringkat Prauniversiti Ppd Bachok

of 13

Transcript of Kertas Kerja Kejohanan Bola Jaring Peringkat Prauniversiti Ppd Bachok

KERTAS KERJA KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT PRAUNIVERSITI PPD BACHOK

1.0 PENGENALAN :Prasiswa Prauniversiti merupakan aset negara yang akan membimbing masyarakat di masa hadapan. Kesinambungan kepimpinan negara adalah merupakan tanggungjawab yang harus dipikul oleh prasiswa untuk memastikan sejajar dengan aspirasi negara. Mengikut Pro Forma kursus Permainan Bola Jaring, aspek organisasi dan pentadbiran sukan adalah satu perkara yang amat dititikberatkan agar aktiviti sukan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kejohanan sebegini secara tidak langsung akan memyemai sifat-sifat murni dalam diri seperti kerjasama antara ahli, perpaduan antara pelbagai kaum, berdaya saing, berfikiran positif dan bersatu padu. Diharapkan kejohanan seperti ini akan berterusan agar dapat meningkatkan tahap kecergasan, penguasaan kemahiran dan semangat kesukanan dalam kalangan prasiswa.2.0 RASIONAL :Melalui kejohanan ini adalah diharapkan prasiswa PPD Bachok dapat menimba pengetahuan dan pengalaman dalam mengurus, mengendali, mentadbir dan melibatkan diri dalam sesuatu kejohanan dengan cemerlang. Pertandingan ini juga diharapkan dapat mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan prasiswa PPD Bachok serta mewujudkan semangat bersaing di kalangan prasiswa PPD Bachok mengenai pengurusan kejohanan pertandingan.3.0MATLAMAT:Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada prasiswa PPD Bachok mengendalikan pertandingan bola jaring serta memberi peluang kepada mereka untuk menunjukkan potensi mereka dalam bidang sukan. Kejohanan ini juga dapat membantu prasiswa PPD Bachok untuk memahirkan diri mereka dalam menguasai kemahiran permainan bola jaring ini.

4.0 OBJEKTIF:4.1Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada prasiswa PPD Bachok mengendalikan sesuatu kejohanan sukan.4.2Memberi peluang kepada prasiswa PPD Bachok untuk merancang, mengurus sesuatu kejohanan dan melibatkan diri dalam aktiviti sukan4.3Memperkembangkan potensi individu dan rasa tanggungjawab dalam menjayakan kejohanan ini.4.4Meningkatkan semangat kesukanan dan rasa kekitaan sepanjang perlawanan diadakan.4.5Mengeratkan perpaduan dan ikatan silaturrahim sesama peserta.

5.0 Tarikh Pelaksanaan

Tarikh: 15 Ogos 2015 (Sabtu)

6.0 Tempat Perlaksanaan Pertandingan

Padang bola jaring SMK Long Yunus

7.0 Pengelolaan / Penganjuran

Kelab Bola Jaring Prauniversiti SMK Long Yunus

8.0 Sasaran

Terbuka kepada pelajar perempuan sekolah pusat tingkatan enam PPD Bachok

9.0 Organisasi Penganjuran Bola Jaring Prauniversiti PPD Bachok 2015

Penasihat:Yang Berusaha Tn Hj Wan Hussin bin IsmailPengetua SMK Long Yunus

Pengerusi:Encik Mohd Asri bin Ibrahim Penolong Kanan Tingatan Enam SMK Long Yunus

Naib Pengerusi 1:Pn Hjjh Azizah binti AhmadGuru Kokurikulum Prauniversiti SMK Long Yunus

Naib Pengerusi 2:Encik Azian bin HashimGuru Kokurikulum Prauniversiti SMK Long Yunus

Setiausaha:Pn Nor Kahiri binti Mohammad

Pen. Setiausaha:Pn Nor Aida binti Abdullah

Bendahari 1:Ruhana Binti Che Mod @Mahmood

Bendahari 2:Pn Cik Ilani binti Jaafar

Jawatankuasa Kecil :PENASIHAT PENDAFTARAN PESERTAPn Nor Aida binti AbdullahPn Sakinah binti YahyaRuhana Binti Che Mod @Mahmood

PENASIHAT PENGURUS PENGADILPn Azni binti MahmoodPn Nor Kahiri binti Mohammad

PENASIHAT PENJAGA MASAPn Norlida binti YusoffSiti Zarinah Bt. Mohamad

PENASIHAT PENCATAT MARKAHPn Nor Ashikin Binti MuhammadRaja Zaharini Binti Raja Bidin

PENASIHAT HADIAH DAN SIJILNor Syamsiah binti Hasbullah SaghriEncik Roslan bin Che Ali

PENASIHAT PERALATAN DAN TEKNIKALPn Hjjh Azizah binti AhmadEncik Mohamed Zikri bin MahmoodTn Hj Azimoha bin Seman

PENASIHAT PERSEGARAN PEMAIN DAN VIPPn Sharifah binti AwangPn Noriza binti Ismail

PENASIHAT JURUGAMBAR DAN DOKUMENTASI Ainon Madiah Bt. Mohammad NawawiEncik Mohd Zain bin Yaacob

PENASIHAT KECEMASANPn Nor Hidayu binti IbrahimPn Cik Ilani binti Jaafar

10.0Jawatankuasa Pengelola Kejohanan (Pelajar)

Pengerusi:Siti Nur Asiah bt Bakar

Naib Pengerusi :Nur Haziyah bt Hussin

Setiausaha:Norhaliza bt Hashim

Pen. Setiausaha:Nur Ainaa Syuhada bt Jusoh

Bendahari:Surazmira bt Shamsuddin

Jawatankuasa Kerja:PENDAFTARAN PESERTANur Haziyah bt HussinSiti Zubaidah bt MuhammadNur Liyana bt Mohd Fauzi

PENGURUS PENGADILNur Ainaa Syuhada bt JusohNor Hazaniey bt Hanafi

PENJAGA MASANur Haziyah bt HussinNur Liyana bt Mohd Fauzi

PENCATAT MARKAHNur Fatin Syuhada bt Mat RasolNur Atikah Asyiqin bt Khairuddin

HADIAH DAN SIJILSiti Nur Asiah bt BakarWan Nur Fatihah bt Wan Sakri

PERALATAN DAN TEKNIKALNorhaliza bt HashimNur Fazline bt Nawawi

PERSEGARAN PEMAIN DAN VIPNurul Amirah bt SadriNurul Aiza bt ZulkifliSiti Nor Amirahbt Shukri

JURUGAMBAR DAN DOKUMENTASI Surazmira bt ShamsuddinHusna Izzaty bt Mohd Sabri

KECEMASANNorhaliza bt HashimNur Fazline bt Nawawi

11.0 Anggaran Perbelanjaan

10.1Perbelanjaan ditanggung oleh semua sekolah yang bertanding. Bayaran yang dicadangkan ialah RM 100.0 bagi setiap buah sekolah.BilPerkaraKuantitiRM

1Persegaran peserta dan VIP100100 x RM1.00RM 80.00

2Banner1RM 100.00

3Medal (Johan & Naib Johan)2626 x RM 8.00RM 208.00

4Pengadil22 x RM 50.00RM 100.00

5PengurusanRM 12.00

JUMLAHRM 500.00

10.2Sijil Penyertaan Peserta/Jurulatih/ Pengurus Pasukan/Urusetia disediakan oleh PPD Bachok BilPerkaraKuantitiKEPING

1Pemain1010 x 550

2Pengurus Pasukan11 x 5 5

3Jurulatih11 x 55

4Fisio11 x 5 5

5Urusetia2020 x 120

JUMLAH 85

12.0 Penutup

Diharapkan agar karnival ini dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Kerjasama dan sokongan daripada semua pihak amat diperlukan demi mempastikan matlamat dan objektif Kejohanan Bola Jaring Peringkat Prauniversiti Sekolah Pusat Tingkatan 6 PPD Bachok ini tercapai dengan jayanya.

LAMPIRAN 1

PERATURAN DAN SYARAT KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT PRAUNIVERSITI SEKOLAH PUSAT TINGKATAN 6 PPD BACHOK1.0Pelaksanaan PemilihanWakil Pasukan Bola Jaring Ke Peringkat Negeri:Tarikh :15 Ogos 2015Tempat: Padang Bola Jaring SMK Long YunusSasaran murid: Semua Pelajar Perempuan Prauniversiti PPD BachokJumlah Pemain: 7 orang pemain, 3 orang simpananJurulatih:1 orangPengurus Pasukan:1 orangFisio:1 orangKriteria Pemilihan: 1. Juara kejohanan secara automatik menjadi wakil daerah ke peringkat negeri.

2. Sistem pertandingan berdasarkan permainan kalah mati.

2.0 Syarat Penyertaan1. Pertandingan terbuka kepada Semua Pelajar Perempuan Prauniversiti PPD Bachok

2. Setiap sekolah menghantar satu pasukan bola jaring sahaja

3. Jumlah pemain tidak kurang daripada 7 orang dan tidak melebihi 10 orang pemain.

4. Borang penyertaan mestilah dihantar kepada pihak penganjur sebelum atau pada 10 Ogos 2015 melalui email [email protected]

5. Pihak penganjur berhak meminda syarat penyertaan dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada semua pasukan.

6. Yuran penyertaan yang dikenakan ialah RM 100.00 bagi setiap sekolah

3.0 Syarat Pertandingan1. Pendaftaran/Pembentukan Pasukan1.1 Setiap pasukan mestilah mempunyai tidak lebih daripada 10 orang pemain

2. Cara memutuskan Keputusan:2.1 Sistem pertandingan yang digunakan adalah sistem Kalah-mati

3. Jika permainan berakhir dengan seri, maka keputusan pemenang akan ditentukan melalui : -3.1 Apabila tamat masa permainan, pasukan akan bertukar kawasan bermain serta merta dan akan meneruskan permainan dengan masa tambahan selama 5 minit tanpa rehat. 3.2 Undang-undang yang meliputi hantaran tengah dan penggantian seperti mana terdapat dalam Buku Undang-Undang Permainan akan dilaksanakan.3.3 Setelah masa tambahan lima minit pertama tamat, pasukan akan sekali lagi bertukar kawasan bermain dan meneruskan permainan selama 5 minit lagi tanpa rehat.3.4 Jika kedudukan masih seri, setelah masa tambahan dua (2) minit kedua tamat, maka permainan akan diteruskan sehingga gol selanjutnya dijaringkan.

4. Pakaian :4.1 Pakaian seragam (Bibs) yang didaftarkan hendaklah dipakai termasuk huruf-huruf yangmenunjukkan posisi-posisi bermain di hadapan dan belakang dan terletak di atas pinggang dengan ukuran 150mm (6inci) tinggi. Huruf-huruf berikut hendaklah disematkan di hadapan dan belakang pemain:

GS Goal Shooter (Penjaring gol)GD Goal Defence (Penahan gol)GK Goal Keeper (Penjaga gol)GA Goal Attack (Penyerang gol)WA Wing Attack (Penyerang Sayap)WD Wing Defence (Penangkis Sayap)C Center (Pemain tengah)

4.2 Sebarang perhiasan atau barang kemas tidak boleh dipakai. Kasut pepaku seperti spike shoes tidak boleh dipakai. Kasut atau but yang diperbuat daripada bahan ringan boleh digunakan. Selain itu pengadil harus memastikan kuku pemain dipotong sebelum bermain.4.3 Setiap pasukan dikehendaki membawa bibs masing-masing.

5. Kelewatan:5.1 Hanya 10 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu, pihak lawan akan diberi kemenangan percuma.

6. Tempoh bermain :6.1 Pertandingan ini mengambil masa 20 minit untuk satu perlawanan. Tempoh permainan 10 minit diperuntukkan dan diselang masa rehat 5 minit. Waktu kecederaan dan gangguan akan diberikan, jika berlaku penangguhan permainan akibat sebarang gangguan atau berlakunya kecederaan. 7. Keputusan hakim adalah muktamad

Disediakan oleh :Disahkan oleh :

..... .........(Norhaliza bt Hashim) ( MOHD ASRI BIN IHRAHIM )Setiausaha, Penolong Kanan Tingatan EnamKelab Bola JaringSMK Long Yunus Prauniversiti SMK Long Yunus

LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM (cadangan)

MASAATURACARA8.00 pagi Pendaftaran peserta8.30 pagiTaklimat ringkas jurulatih dan pengurus pasukan8.45 pagiPermainan bola jaring bermula12.00 tengah hariPenyampaian Hadiah dan Sijil

LAMPIRAN 2JADUAL PERLAWANAN

SMK SRI GUNUNG

GAME 1AB

SMK DATO PERDANA

GAME 4 - FINALCDSMK BADAK

GAME 2

SMK BACHOK

GAME 3

SMK LONG YUNUS

E

BORANG PENYERTAAN BOLA JARINGNAMA SEKOLAH:.....................................................................................................................

PENGURUS PASUKAN:......................................................................IC..................................................

JURULATIH:......................................................................IC..................................................

FISIO:......................................................................IC..................................................

BILNAMA PEMAIN

NO. K/PPOSISI

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

TANDATANGAN PENGURUS PASUKAN

..

COP SEKOLAH( )