Kertas Kerja Kursus Pengurusan Jenazah

5
Kertas Kerja Program Pengurusan Jenazah 2014 KURSUS PENGURUSAN JENAZAH ANJURAN PANITIAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM SEKOLAH KEBANGSAAN JIJAN 1. PENDAHULUAN Pengurusan Jenazah merupakan tuntutan fardhu kifayah terhadap setiap muslim kepada muslim yang lain. Memahami konsep dan amali dalam menguruskan jenazah memerlukan ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu. Kursus Pengurusan Jenazah ini merupakan program yang dirancang oleh Panitian Pendidikan Agama Islam dengan kerjasama murid-murid tahun 6 bagi memenuhi aktiviti aktiviti selepas UPSR yang julung kali diadakan di SK Jijan . Usaha ini juga diharapkan dapat membantu para pelajar memahami cara pengurusan jenazah sebagai salah satu tanggungjawab sebagai muslim. Program ini juga sebagai satu cara untuk menambah kefahaman dan panduan kearah melahirkan masyarakat yang mendalami ilmu agama dan dapat melaksanakan tuntutan agama dalam kehidupan mereka. 2. OBJEKTIF 1. Mendedahkan kepada semua pelajar tentang kepentingan mengetahui cara pengurusan jenazah 1

description

aktiviti

Transcript of Kertas Kerja Kursus Pengurusan Jenazah

Kertas Kerja Program Pengurusan Jenazah

Kertas Kerja Program Pengurusan Jenazah2014

KURSUS PENGURUSAN JENAZAHANJURAN PANITIAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM SEKOLAH KEBANGSAAN JIJAN

1.PENDAHULUAN

Pengurusan Jenazah merupakan tuntutan fardhu kifayah terhadap setiap muslim kepada muslim yang lain. Memahami konsep dan amali dalam menguruskan jenazah memerlukan ilmu pengetahuan dan kemahiran tertentu. Kursus Pengurusan Jenazah ini merupakan program yang dirancang oleh Panitian Pendidikan Agama Islam dengan kerjasama murid-murid tahun 6 bagi memenuhi aktiviti aktiviti selepas UPSR yang julung kali diadakan di SK Jijan . Usaha ini juga diharapkan dapat membantu para pelajar memahami cara pengurusan jenazah sebagai salah satu tanggungjawab sebagai muslim. Program ini juga sebagai satu cara untuk menambah kefahaman dan panduan kearah melahirkan masyarakat yang mendalami ilmu agama dan dapat melaksanakan tuntutan agama dalam kehidupan mereka.

2.OBJEKTIF

1. Mendedahkan kepada semua pelajar tentang kepentingan mengetahui cara pengurusan jenazah 2. Memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam menjalani kehidupan seharian.3. Membiasakan para pelajar dengan aktiviti bersifat praktikal supaya lebih mendapat pemahaman yang mendalam dalam pengurusan jenazah.3.RASIONAL

Tujuan diadakan kursus Pengurusan Jenazah ini adalah sebagai salah satu alternatif yang baik untuk mendedahkan para pelajar bagaimana pengurusan jenazah yang betul .

4.BUTIRAN TENTANG PERJALANAN MAJLIS

TARIKH :25hb. OKTOBER, 2015 ( JUMAAT)

TEMPAT:Dewan Terbuka SK Jijan

MASA:8.00 pagi - 10.30 pagi

PENCERAMAH:Ustaz Muhammad Rafiq bin Haji Osman( Bilal Masjid Kuarters KLIA )

5.ANJURANPanitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Jijan.

6.SASARANSemua murid Tahun 6

7. ATURCARA PROGRAM

8.00 pagi - Penyediaan tempat oleh murid Tahun 68.30 pagi-Ceramah oleh Ustaz Muhammad Rafiq bin Haji Osman9.30 pagi-Amali10.30 pagi-Majlis bersurai

8.SENARAI AHLI JAWATANKUASA

PENASIHAT:Puan Hajjah Nor Azikin binti HusseinPENGERUSI:Puan Faridah binti Salleh:Puan Jamaliah binti Azit:Puan Hafizah binti MasronSETIAUSAHA:Puan Wan Zuraini bt Wan RamliBENDAHARI:Encik Muhammad Rusydan bin OsmanAHLI JAWATANKUASA:Puan Umyati Samtifa binti ShamsuddinPuan Salwani bt Mohamed ZainPuan Rodziah bt ZainalEncik Shamsul Kamar bin AriffinEncik Azhar bin Punandir

9.SUMBER KEWANGAN :WANG PANITIA - RM 300.00

10.PERBELANJAAN

CENDERAHATISaguhati Penceramah =RM 300.00

RM 300.00

JUMLAH

11.PENUTUP

Kursus ini merupakan kursus yang penting untuk para pelajar kerana ia merupakan satu amali yang sangat praktikal dan penting sebagai persediaan kepada mereka . Di samping itu diharapkan program ini akan mampu memberi ilmu yang dapat dimanafaat sepanjang hayat oleh murid-muird Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Jijan. Semoga program ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Disediakan oleh ,

........................................................( Puan Wan Zuraini bt Wan Ramli )Setiausaha Program Pengurusan Jenazah

Disemak oleh,

............................................( Puan Faridah bt Salleh )Guru Penolong Kanan Kurikulum SKJ

Disahkan oleh ,

..............................................................( Puan Hajjah Nor Azikin bt Hussein )Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Jijan.

4